SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
PERMAINAN

BOLA TAMPAR

Bola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor sejak tahun 1926.
Permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasiswa dari universiti di Shanghai, China. Pada
tahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangor
telah dianjurkan.

Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan
sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan
fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi
yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah
pasukan.

OBJEKTIF

Setelah mempelajari topik ini, kita akan dapat:

   •   Melakukan sekurang-kurangnya empat kemahiran asas bola tampar dengan teknik yang
       betul dan selamat

   •   Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola
       tampar.

   •   Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam permainan
       bola tampar.

   •   Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar.

   •   Mengenal pasti sekurang-kurangnya lima otot utama dalam permainan bola tampar.

   •   Merancang strategi asas dalam permainan bola tampar.
Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan
lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William
G. Morgan pada tahun 1895. Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai “minonette”sebelum
digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun 1896.

2.1.1 KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR

Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang
digunakan dalam permainan ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)

A. Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang
permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas
padang rumput dan permukaan tanah liat.
B. Tiang, Jaring dan Antena

Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut
peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang.
Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua
hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang
merah.

          Kategori Pertandingan                               Ketinggian Jaring
Lelaki bawah 18 tahun                                              2.43 m
Perempuan bawah 18 tahun                                           2.24 m
Lelaki bawah 15 tahun                                              2.25 m
Perempuan bawah 15 tahun                                           2.10 m


C. Bola

Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang ringan dan
lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.
Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras
kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang.




                          65-67 CM




 Dimensi bola tampar
2.1.2 POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR

Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelangang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan.
Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arah pergerakan
giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan,
setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul.

2.1.3 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola
tampar. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah
menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.

A. Menyangga

Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan.
Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan.
Keupayaan megawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balas
yang berkesan.

Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini
dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed
underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola
tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai
dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.


Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan
hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau
bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas
kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
Teknik-teknik Menyangga:

   •   Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
   •   Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
   •   Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan.
   •   Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan
       untuk menerima hantaran.
   •   Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum
       bermain bola.
   •   Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
   •   Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
   •   Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
   •   Kendurkan bahagian atas tubuh.
   •   Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh
       ahli pasukan yang lain.

B. Servis

Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang ditetapkan. Servis
ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan.
Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkan pasukan hilang servis dan
pihak lawan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan
servis atas kepala atau gaya tenis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang
perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan
membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal
membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.


(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut
boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat
dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima
hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat
hantaran lemah (poor pass).

C. Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan
sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya, seseorang pemain
akan diberi tugas untuk melakukan umpanan. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi
jarring atau tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini memerlukan
persefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang akan melakukan rejaman.




Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan
menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya
pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat
daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap
persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola
yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran
membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan
diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.
D. Merejam

Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam
gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam
adalah kemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagi
melakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh
dilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanya
boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.




Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan
membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri
berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda.
Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan
tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan
ini samalah seperti smash dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola
tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam
gelanggang.
E. Mengadang

Mengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat dengan
jaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang
serangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa
otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan




Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan.
Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat
rejaman.


Cara-cara Menghadang
a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas
b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan
2.1.4 Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran bola tampar
                Kemahiran                                        Otot-otot utama
Menyangga                                         Deltoid
Servis                                            Deltoid, Pectoralis major
Mengumpan                                         Deltoid
Mengadang                                         Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid
Merejam                                           Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps,
                                                  Deltoid



2.1.5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar
Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut:
   1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan
       pengadil kedua.
   2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak
       melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.
   3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.
   4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.
   5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.
   6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan
       mana-mana bahagian badan.
   7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan
       sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan
       bagi mengadang.
   8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.
   9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.
   10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak
       lawan.
   11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali ‘time out’ dalam satu set permainan dengan
       kebenaran pengadil.
12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila
       masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang
       sama apabila pertukaran dibuat semula.
   13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila
       kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
   14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan
       untuk menentukan kemenangan
   15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan
       semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.


Kita perlu menguasai semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yang
baik. Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama, cepat dan bijak membuat
keputusan ketika beraksi menentang pihak lawan. Pengetahuan berkaitan permainan bola tampar
akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, membentuk sikap pemain yang berdisiplin
dan beretika.

More Related Content

What's hot (20)

pengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsalpengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsal
 
Modul Latihan Sukan Badminton
Modul Latihan Sukan BadmintonModul Latihan Sukan Badminton
Modul Latihan Sukan Badminton
 
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola JaringUndang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
kemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangkemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjang
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Permainan Sofbol
Permainan Sofbol Permainan Sofbol
Permainan Sofbol
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
 
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola TamparChegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2
 
Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2
 
Peraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaringPeraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaring
 
Contoh Membuat Jadual Periodisasi Latihan Bola Tampar
Contoh Membuat Jadual Periodisasi Latihan Bola TamparContoh Membuat Jadual Periodisasi Latihan Bola Tampar
Contoh Membuat Jadual Periodisasi Latihan Bola Tampar
 
Kertas kerja futsal
Kertas kerja futsalKertas kerja futsal
Kertas kerja futsal
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
Sistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukanSistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukan
 
Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2
 
Merejam lembing 2
Merejam lembing 2Merejam lembing 2
Merejam lembing 2
 

Viewers also liked (6)

1 present bola tampar
1 present bola tampar1 present bola tampar
1 present bola tampar
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
 
Bola Tampar (menyangga)
Bola Tampar (menyangga)Bola Tampar (menyangga)
Bola Tampar (menyangga)
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 

Similar to BOLA TAMPAR SEJARAH DAN KEMAHIRAN

Similar to BOLA TAMPAR SEJARAH DAN KEMAHIRAN (20)

91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar
 
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
 
PPT PEMBELAJARAN PJOK MATERI BOLA VOLI UNTUK KELAS X.pptx
PPT PEMBELAJARAN PJOK MATERI BOLA VOLI UNTUK KELAS X.pptxPPT PEMBELAJARAN PJOK MATERI BOLA VOLI UNTUK KELAS X.pptx
PPT PEMBELAJARAN PJOK MATERI BOLA VOLI UNTUK KELAS X.pptx
 
Ppt Tentang Bola Voli
Ppt Tentang Bola VoliPpt Tentang Bola Voli
Ppt Tentang Bola Voli
 
Pjm3111
Pjm3111Pjm3111
Pjm3111
 
Volleyball
VolleyballVolleyball
Volleyball
 
Presentasi penjaskes bola basket
Presentasi penjaskes bola basketPresentasi penjaskes bola basket
Presentasi penjaskes bola basket
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basket
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basket
 
Kliping bola basket
Kliping bola basketKliping bola basket
Kliping bola basket
 
Bola basket
Bola basketBola basket
Bola basket
 
ppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptxppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptx
 
Bola voli
Bola voliBola voli
Bola voli
 
ppt pendidikan kesehatan dan jasman.pptx
ppt pendidikan kesehatan dan jasman.pptxppt pendidikan kesehatan dan jasman.pptx
ppt pendidikan kesehatan dan jasman.pptx
 
A
AA
A
 
Bola Basket.pptx
Bola Basket.pptxBola Basket.pptx
Bola Basket.pptx
 
Gambar kliping
Gambar klipingGambar kliping
Gambar kliping
 
Bola basket
Bola basketBola basket
Bola basket
 
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_Kriesna_Bayu.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_Kriesna_Bayu.pptxMATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_Kriesna_Bayu.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_Kriesna_Bayu.pptx
 
Kliping bola basket
Kliping bola basketKliping bola basket
Kliping bola basket
 

More from Afzan Razali

Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistikAfzan Razali
 
Olahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakeraOlahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakeraAfzan Razali
 
Olahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kakiOlahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kakiAfzan Razali
 
Olahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakeraOlahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakeraAfzan Razali
 
Olahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kakiOlahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kakiAfzan Razali
 
Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatifPergerakan kreatif
Pergerakan kreatifAfzan Razali
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanAfzan Razali
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanAfzan Razali
 
Hsp pj kbsm_pemetaan
Hsp pj kbsm_pemetaanHsp pj kbsm_pemetaan
Hsp pj kbsm_pemetaanAfzan Razali
 
Hsp pj kbsm_mdepan
Hsp pj kbsm_mdepanHsp pj kbsm_mdepan
Hsp pj kbsm_mdepanAfzan Razali
 
Literarture review afzan
Literarture review afzanLiterarture review afzan
Literarture review afzanAfzan Razali
 
Asas seni reka one
Asas seni reka oneAsas seni reka one
Asas seni reka oneAfzan Razali
 

More from Afzan Razali (20)

Gimnastik irama
Gimnastik iramaGimnastik irama
Gimnastik irama
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
 
Olahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakeraOlahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakera
 
Olahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kakiOlahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kaki
 
Lempar cakera
Lempar cakeraLempar cakera
Lempar cakera
 
Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kaki
 
Olahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakeraOlahraga lempar cakera
Olahraga lempar cakera
 
Olahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kakiOlahraga lumba jalan kaki
Olahraga lumba jalan kaki
 
Rekreasi
RekreasiRekreasi
Rekreasi
 
Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatifPergerakan kreatif
Pergerakan kreatif
 
Permainan sofbol
Permainan sofbolPermainan sofbol
Permainan sofbol
 
Permainan sofbol
Permainan sofbolPermainan sofbol
Permainan sofbol
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Komunikasi
KomunikasiKomunikasi
Komunikasi
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikan
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikan
 
Hsp pj kbsm_pemetaan
Hsp pj kbsm_pemetaanHsp pj kbsm_pemetaan
Hsp pj kbsm_pemetaan
 
Hsp pj kbsm_mdepan
Hsp pj kbsm_mdepanHsp pj kbsm_mdepan
Hsp pj kbsm_mdepan
 
Literarture review afzan
Literarture review afzanLiterarture review afzan
Literarture review afzan
 
Asas seni reka one
Asas seni reka oneAsas seni reka one
Asas seni reka one
 

BOLA TAMPAR SEJARAH DAN KEMAHIRAN

  • 1. PERMAINAN BOLA TAMPAR Bola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor sejak tahun 1926. Permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasiswa dari universiti di Shanghai, China. Pada tahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangor telah dianjurkan. Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan. OBJEKTIF Setelah mempelajari topik ini, kita akan dapat: • Melakukan sekurang-kurangnya empat kemahiran asas bola tampar dengan teknik yang betul dan selamat • Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola tampar. • Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam permainan bola tampar. • Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar. • Mengenal pasti sekurang-kurangnya lima otot utama dalam permainan bola tampar. • Merancang strategi asas dalam permainan bola tampar.
  • 2. Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William G. Morgan pada tahun 1895. Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai “minonette”sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun 1896. 2.1.1 KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang digunakan dalam permainan ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) A. Gelanggang Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang rumput dan permukaan tanah liat.
  • 3. B. Tiang, Jaring dan Antena Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang. Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah. Kategori Pertandingan Ketinggian Jaring Lelaki bawah 18 tahun 2.43 m Perempuan bawah 18 tahun 2.24 m Lelaki bawah 15 tahun 2.25 m Perempuan bawah 15 tahun 2.10 m C. Bola Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang. 65-67 CM Dimensi bola tampar
  • 4. 2.1.2 POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelangang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan. Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arah pergerakan giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan, setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul. 2.1.3 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola tampar. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang. A. Menyangga Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan. Keupayaan megawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balas yang berkesan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
  • 5. Teknik-teknik Menyangga: • Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. • Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. • Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. • Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. • Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. • Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. • Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. • Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. • Kendurkan bahagian atas tubuh. • Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain. B. Servis Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang ditetapkan. Servis ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan. Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkan pasukan hilang servis dan pihak lawan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan servis atas kepala atau gaya tenis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah: (a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis. (b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima
  • 6. hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass). C. Mengumpan Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya, seseorang pemain akan diberi tugas untuk melakukan umpanan. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi jarring atau tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang akan melakukan rejaman. Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.
  • 7. D. Merejam Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam adalah kemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagi melakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh dilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanya boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan. Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smash dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.
  • 8. E. Mengadang Mengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat dengan jaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman. Cara-cara Menghadang a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan
  • 9. 2.1.4 Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran bola tampar Kemahiran Otot-otot utama Menyangga Deltoid Servis Deltoid, Pectoralis major Mengumpan Deltoid Mengadang Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid Merejam Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps, Deltoid 2.1.5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut: 1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. 7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. 10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak lawan. 11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali ‘time out’ dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.
  • 10. 12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula. 13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan 15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan. Kita perlu menguasai semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yang baik. Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama, cepat dan bijak membuat keputusan ketika beraksi menentang pihak lawan. Pengetahuan berkaitan permainan bola tampar akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, membentuk sikap pemain yang berdisiplin dan beretika.