4. FLIPPED CLASSROOM
CREDITS
Maksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik
Idea datang daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007)
Satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak
memanfaatkan teknologi
Murid mengkaji topik di rumah dengan menggunakan pengajaran
video yang disediakan oleh guru
Di dalam kelas, murid diberikan aktiviti menyelesaikan masalah atau
membuat kerja amali berhubung dengan isi pelajaran yang dipelajari
di rumah
5. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
FLIPPED CLASSROOM
a) Guru ingin mengajarkan topik asid dan alkali kepada murid pada esok
hari
b) Oleh itu, guru memuatkan naik rakaman video serta bahan berkaitan
topik sebagai persediaan kepada murid
c) Setelah itu, murid akan menonton video tersebut serta membaca
bahan untuk mendapatkan gambaran awal tentang tajuk
d) Di sekolah, sesi pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan
dengan aktivti tentang asid dan alkali
e) Pelajar menguji bahan untuk mengenalpasti keadaannya sama ada
asid atau alkali
f) Ini merupakan amali yang dilakukan di dalam kelas setelah murid
membuat persediaan di rumah
g) Ketika di kelas, murid boleh bertanyakan kepada guru sekiranya ada
kekeliruan
7. BLENDED LEARNING
Kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid yang
menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka
dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara
seperti komputer dan rangkaian internet
Kaedah ini disesuaikan dengan pendiidkan formal iaitu guru akan
sampaikan isi pelajaran dengan interaksi bersemuka guna papan tulis
dan gabung dengan alat teknologi
Selepas PdP, pembelajaran boleh diteruskan dengan menggunakan
media atas talian
Guru mudah untuk kumpul data dan membuat penyesuaian pengajaran
dan penilaian
8. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BLENDED LEARNING
a) Guru menggunakan pembelajaran tradisional dan
pembelajaran abak ke-21 di dalam kelas
b) Guru ingin mengajarkan topik air mutlak di dalam kelas
c) Guru menyampaikan isi pelajaran berkaitan air mutlak secra
bersemuka dengan menggunakan teknologi seperti projektor
untuk menayangkan video, gambar dan sebagainya
d) Kaedah ini boleh menarik perhatian murid untuk lebih fokus di
dalam kelas kerana terdapat media digital
e) Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, interaksi guru dan murid diteruskan dengan
menggunakan media atas talian
f) Contohnya, guru memberikan latihan atau soalan latihan
kepada murid dengan menggunakan google classroom
10. PROJECT BASED LEARNING (PBL)
teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana
ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-komponen 4C
(Communation, Collaboration, Critical Thinking, Creativity).
Berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi
kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai ciri-ciri PBL
memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia
sebenar.
memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami
sesuatu perkara secara mendalam (mastery learning).
murid menjelajah pengetahuan baru, membuat pertimbangan,
interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang
telah diperolehi secara bermakna
11. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PBL
1) Mendapatkan
topik
penyiasatan
2) Membuat
perancangan
aktiviti
3) Membuat
takwim aktiviti
4) Pemerhatian
atau
pemantauan
5) Membuat
penilaian
6) Penilaian
keseluruhan
12. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROJECT BASED LEARNING
a) Guru memberi arahan kepada pelajar untuk merancang satu projek berkaitan
topik sukan dan permainan
b) Setelah menerima topik untuk projek, pelajar mula untuk merancang aktiviti
yang sesuai dengan topik yang telah diberikan. Contohnya, menganjurkan
aktiviti sukaneka di sekolah.
c) Seterusnya, mereka akan terus membuat takwim aktviti atau aturcara majlis
supaya dapat menganggarkan masa untuk setiap aktiviti
d) Guru berperanan sebagai fasilitator sepanjang proses ini, guru perlu
membimbing murid dalam semua aspek yang memerlukan kemahiran
e) Murid dan guru perlu membuat penilaian sepanjang proses ini berlangsung
serta menilai aktiviti yang dilakukan oleh setiap pelajar menggunakan rubrik
f) Akhir sekali, membuat penilaian secara keseluruhan oleh semua pelajar sama
ada secara individu atau kumpulan. Penambahbaikan boleh dilakukan setelah
membuat penilaian dan refleksi untuk semua kategori.
14. PROBLEM BASED LEARNING
• Problem Based Learning (PBL) adalah satu
pembelajaran berasaskan penyelesaian
masalah
• Satu situasi diberikan mengikut konteks murid
untuk murid berbincang dan berfikir cara-cara
bagaimana masalah dapat diselesaikan
• PBL dapat meransangkan kemahiran berfikir
murid ke arah yang lebih tinggi
15. 1
CIRI-CIRI PROBLEM BASED LEARNING
3 5
2 4
Masalah adalah relevan dan
logikal
Konsep asas
topical digunakan
ke arah mendapat
penyelesaian
masalah
Berorientasikan
masalah
Mempunyai operasi atau
langkah-langkah
sistematik ke arah
penyelesaian masalah
dengan pengunaan alat
berfikir
Jalan penyelesaian adalah meluas dan
mempunyai banyak pilihan
16. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROBLEM BASED LEARNING
a) Pertama, guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan
b) Kemudian masalah akan diberikan kepada pelajar untuk
diselesaikan. Contohnya, masalah ponteng sekolah di kalangan
pelajar
c) Setelah itu, murid akan mula mengenalpasti dan memahami
topik dengan lebih terperinci
d) Murid akan berbincang di dalam kumpulan bagi merancang
penyelesaian terhadap masalah dan memilih cara yang terbaik
untuk dilaksanakan
e) Seterusnya, mengaplikasikan perancangan tersebut di sekolah.
f) Akhir sekali, membuat refleksi terhadap langkah yang
dilaksanakan sama ada berkesan atau kurang berkesan.
18. ● Pendekatan berasaskan inkuiri merupakan satu
pendekatan yang mementingkan pembelajaran
melalui pengalaman
● Menekankan pendekatan inkuiri penemuan yang
menuntut pembelajaran berpusatkan murid, manakala
guru bertindak sebagai fasilitator
● Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal
dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku
INQUIRY BASED EDUCATION
21. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INQUIRY BASED EDUCATION
a) Guru memilih topik kajian mengikut objektif pelajaran dan kebolehan
murid iaitu topik magnet ( Sains, Tahun3)
b) Guru menyediakan peralatan untuk murid menjalankan eksperimen
c) Sebelum memulakan kajian, guru menyampaikan taklimat kepada
murid berkaitan tujuan kajian iaitu untuk mengenalpasti objek yang
boleh ditarik oleh magnet
d) Murid memulakan aktivti setelah memahami langkah-langkah
melaksanakan kajian dengan dibimbing oleh guru dari semasa ke
semasa
e) Guru tidak perlu memaklumkan jawapan atau kesimpulan kajian
kepada murid terlebih dahulu
f) Setelah selesai kajian, guru akan membuat perbincangan bersama
murid hasil dapatan kajian.