SlideShare a Scribd company logo
1 of 66
ETNIK JAWA
 MUHAMAD HAFIZ B. MAHMOD
 NOR ANIS SUHANI BT MOHD
 SUKERI
SEJARAH

•      Menurut Ensiklopedia Sejarah dan
    Kebudayaan Melayu muka surat 1026,
    Jawa adalah salah sebuah pulau dalam
    Kepulauan Indonesia. Keluasan pulau ini
    ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau
    Madura dan pulau-pulau kecil lain.
SEJARAH

• Jawa mempunyai penduduk yang paling
  padat di Asia Tenggara iaitu sekitar 120
  juta. Terdiri daripada lima kawasan iaitu
  Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur,
  Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan
  Daerah Istimewa Yogyakarta.
SEJARAH

•     Kebudayaan Jawa yang asli dari
    masyarakat-masyarakat di pulau Jawa
    sudah berlaku selama berpuluh-puluh
    generasi. Ini bermaksud kebudayaan ini
    amat kaya dalam unsur-unsur kebudayaan
    universal seperti sistem organisasi sosial,
    pengetahuan, kesenian, bangsa dan
    bahasa.
SEJARAH

• Setelah    berpuluh-puluh      generasi,
  kebudayaan Jawa ini tumbuh dari
  gagasan-gagasan tentang pergaulan antara
  manusia    dan      pandangan      dunia
  sehinggalah terciptanya benda-benda
  yang memantulkan identiti konkrit
  tentang masyarakatnya.
Lokasi petempatan
Lokasi petempatan

• Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran
  Jawa yang datang ke Tanah Melayu
  berasal dari beberapa buah daerah di
  Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa
  Tengah dan Jawa Timur. Selain itu,
  terdapat juga masyarakat Jawa yang
  datang dari Pulau Madura yang terletak di
  bahagian utara Jawa Timur.
Lokasi petempatan

• Sejarah mengatakan bahawa imigran
  Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain
  sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara
  pulau yang menjadi kawasan petempatan
  mereka ialah Singapura, Palembang dan
  Lampung di Sumatera dan Pontianak di
  Kalimantan Borneo.
Lokasi petempatan

• Umumnya di Malaysia, terdiri daripada
 satu hingga dua juta bilangan masyarakat
 Jawa yang boleh didapati di beberapa
 buah negeri sahaja. Negeri Johor dan
 Selangor adalah dua buah petempatan
 yang sangat popular bagi masyarakat
 Jawa.
Lokasi petempatan

• Namun begitu, terdapat juga beberapa
  buah negeri yang mempunyai komposisi
  masyarakat Jawa seperti Perak, Melaka
  dan Negeri Sembilan. Petempatan
  masyarakat Jawa di Malaysia banyak
  tertumpu di kawasan Pantai Barat.
Lokasi petempatan

• Walaupun masyarakat Jawa mempunyai
  banyak persamaan dengan masyarakat
  Melayu namun masih terdapat perbezaan
  yang menunjukkan betapa uniknya
  masyarakat Jawa yang dipayungi
  kepulauan Melayu ini sama ada dari segi
  bahasa mahupun corak kehidupan.
Lokasi petempatan

• Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah
  mengalami proses asimilasi sehingga
  telah beransur-ansur diserap ke dalam
  masyarakat Melayu.
• Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa
  telah dimelayukan.
Lokasi petempatan

• Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila
  banyak       perkahwinan          ataupun
  percampuran generasi baru masyarakat
  Jawa dengan masyarakat Melayu amnya.
• Pada dasarnya terdapat beberapa perkara
  yang menyebabkan masyarakat Jawa
  mengalami proses asimilasi.
Lokasi petempatan

• Antaranya adalah dari segi wajah yang
  seiras, bahasa yang hampir sama, agama
  yang sama, persamaan corak hidup,
  pakaian dan perkahwinan.
• Ini menyebabkan masyarakat Jawa telah
  diterima sepenuhnya sebagai bangsa
  Melayu di bawah satu rumpun.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Pakar antropologi Amerika yang ternama,
  Clifford Geertz, pada tahun 1960-an
  membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga
  kelompok iaitu kaum Santri, Abangan dan
  Priyayi. Menurutnya kaum Santri adalah
  penganut agama Islam yang taat, kaum
  Abangan pula adalah penganut Islam secara
  nominal atau penganut Kejawen, sedangkan
  kaum Priyayi adalah kaum bangsawan.
Adat resam
   struktur masyarakat

• Priyayi atau berdarah biru dalam
  kebudayaan Jawa merupakan istilah
  untuk menerangkan suatu kelas sosial
  yang     mengacu      kepada      golongan
  bangsawan.
• Suatu     golongan      tertinggi    dalam
  masyarakat kerana memiliki keturunan
  dari keluarga kerajaan.
Adat resam
   struktur masyarakat

• Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi
  Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran
  dalam golongan ini adalah berdasarkan
  tinggi rendahnya suatu kehormatan
• Terdapat beberapa gelaran dari yang
  tertinggi hingga dengan hanya satu
  gelaran saja iaitu Raden.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat
  seiring dengan usianya. Misalnya ketika
  seorang anak lelaki lahir diberi nama
  Bomantara, ia bergelar Raden Mas. Nama
  penuhnya ialah Raden Mas Bomantara.
• Ketika menginjak akil baligh gelarannya
  bertambah satu kata menjadi Bandara Raden
  Mas, ketika menapak dewasa (18 atau 21
  tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden
  Mas Aryo.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Pada saat dewasa dan telah memiliki jawatan
  dalam hierarki kebangsawanan, ia akan
  memiliki gelaran yang berbeza dari gelaran
  yang telah dimilikinya. Misalnya apabila
  menduduki jawatan pemimpin ketenteraan
  maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti
  Pangeran Adipati Haryo. Dan setiap
  kedudukan yang dipimpininya akan memilki
  gelaran tambahan atau gelaran yang berubah
  nama.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Dalam     menjalani   kehidupan     seharian,
  masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem.
  Setiap kehidupan mereka diketuai oleh
  seorang ketua.
• Ketua memainkan peranan yang penting
  dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan
  masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting
  dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu
  dalam     masyarakat   Jawa     mempunyai
  tanggungjawab dan memikul amanah yang
  besar bagi memastikan keselesaan penduduk
  kampung.
• Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan
  kebolehan, pengalaman, keturunan dan
  pengetahuan dalam agama. Secara khususnya,
  pelantikan Lurah akan dilakukan secara
  pungutan suara.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Jika tiada, jawatan Lurah akan diberikan
  kepada orang lain yang mempunyai
  kebolehan yang sama.
• Menurut masyarakat Jawa tradisional,
  jawatan Lurah dibantu oleh beberapa
  orang pembantu atau lebih dikenali
  sebagai perabot Desa.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Perabot Desa pula boleh dibahagikan
  kepada beberapa peranan seperti Jongkok
  (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani),
  Kamitua (bendahari) Kebayan (pesuruh),
  Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau
  Kepetegan (polis atau jaga) dan Andjir
  (pegawai air).
Adat resam
   struktur masyarakat
• Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang
  berpengetahuan dalam bidang agama dan soal
  kemasyarakatan.
• Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam
  dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai
  juga bertanggungjawab untuk memulakan doa
  dalam majlis kenduri doa selamat atau
  sebagainya. Kiai juga sering kali menjadi
  penceramah apabila menyambut Maulud Nabi
Adat resam
    struktur masyarakat
• Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam
  masyarakat Jawa juga penting dalam hal
  pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada,
  Kiai ditugaskan untuk mentadbir masyarakat Jawa
  dalam hal-hal yang berbangkit sama ada
  mengenai keduniaan atau akhirat.
• Masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai
  kerana kebolehannya dalam segala segi sama ada
  yang berkaitan dengan keduniaan atau
  keakhiratan.
Adat resam
   struktur masyarakat
• Terdapat juga dalam kalangan Kiai yang
  bertanggungjawab dalam mengubati
  pesakit.
• Masyarakat Jawa meletakkan peranan
  Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci
  Al-Quran untuk menjampi air yang akan
  diminum oleh pesakit. Air yang dijampi
  itu dipercayai mampu menyembuhkan
  penyakit tersebut.
Adat resam
    struktur masyarakat
• Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai
  imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah
  sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang
  memainkan peranan yang cukup penting dalam
  adat kematian.
• Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah
  sehingga ke kawasan perkuburan. Kiai akan
  membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini
  bertujuan untuk mengingatkan si mati dan orang
  yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak.
Adat resam
kepercayaan
Adat resam
          kepercayaan
• Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting
  dalam sesebuah masyarakat. Orang Jawa asli
  sebahagian besar secara nominal menganut
  agama Islam.
• Namun terdapat juga yang menganut agama
  Kristian, Protestan dan Katholik. Umumnya
  masyarakat Jawa di Malaysia merupakan
  masyarakat yang menganut agama suci Islam.
Adat resam
         kepercayaan
• Masyarakat Jawa juga percaya akan
  aspek    persaudaraan.    Jika   dikaji,
  masyarakat Jawa seperti juga masyarakat
  Melayu lain amat mementingkan aspek
  persaudaraan.
• Malah tali persaudaraan sendiri amat
  ditekankan oleh agama Islam. Oleh itu,
  masyarakat Jawa adalah saudara kepada
  masyarakat Islam yang lain.
Adat resam
         kepercayaan
• Terdapat juga segelintir masyarakat Jawa
  yang mengamalkan amalan animisme.
• Amalan ini dianggap sebagai satu
  amalan yang kuno dan masih juga
  diamalkan oleh segelintir masyarakat
  Jawa walaupun telah menganut agama
  Islam.
Adat resam
        kepercayaan
• Amalan ini lebih menekankan tentang
  aspek makhluk-makhluk halus dan
  semangat sesuatu tempat.
• Terdapat segelintir masyarakat Jawa
  yang mempercayai sesuatu tempat
  tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh
  itu, adalah penting untuk meneroka
  sesebuah tempat sebelum diduduki atau
  didirikan bangunan.
Adat resam
 jantina
Adat resam
              jantina
• Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak-
  anak lelaki dan perempuan di layan secara
  berbeza-beza
• Kanak-kanak dapat mengenal pasti diri sendiri
  sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka
  mencari dan menerima maklumat tentang sifat
  kelelakian atau kewanitaan.
• Anak lelaki disuruh jangan menjadi ‘pondan’ dan
  anak perempuan pula disuruh bersopan
Adat resam
              jantina
• Anak     lelaki   juga    tidak    digalakkan
  menunjukkan emosi dan anak perempuan
  dihalang menjadi agresif.
• Ini terbukti mengenai pendedahan keluarga
  masyarakat Jawa dalam kehidupan.
• Anak-anak lelaki akan diajak bertani oleh bapa
  manakala anak-anak perempuan akan diajar
  menguruskan kerja rumah oleh ibu.
Adat resam
             jantina
• Kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh
  anggota      keluarga.    Mereka     menjaga
  keselamatan isteri dan anak-anak mereka.
• Sifat lelaki Jawa yang tegas dari luar namun
  lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga
  lelaki Melayu tidak memarahi anak-anak
  secara terbuka tetapi disampaikan melalui
  isteri.
Adat resam
             jantina
• Malah pandangan dan jelingan mata mereka
  juga mampu menyampaikan mesej tertentu
  kepada anak-anak. Boleh dikatakan juga
  bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam
  diam.
• Berbanding dengan perempuan Jawa, mereka
  lebih dicirikan sebagai seorang wanita yang
  penuh dengan nilai-nilai kelembutan.
Adat resam
                 jantina
• Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri
  sebagai “Kanca Wingking” yang bermaksud isteri
  adalah tulang belakang suami dalam mengelolakan
  bahtera rumah tangga.
• Bertepatan dengan sikap dan sifat mereka yang
  feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah
  bersesuaian tugas mereka untuk membuat kerja-kerja di
  rumah sementara menunggu pulangnya suami dari
  mencari rezeki.
Adat resam
                jantina
• Wanita Jawa juga disifatkan sebagai pembantu
  kepada suami. Wanita yang lembut menjaga
  kebajikan suami.
• Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita
  Jawa akan menyambut kepulangan suami dengan
  wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di
  atas sanggul sambil menunggu lauk dipanaskan,
  mereka akan memicit dan mengurut badan suami
  untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian
  bekerja.
kebudayaan
               kematian
• Masyarakat Jawa mempunyai satu sistem atau cara
  tertentu untuk menyempurnakan sesuatu kematian.
  Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli
  keluarga akan memberitahu imam atau Kiai untuk
  menguruskan kematian.
• Kemudian mereka akan menyebarkan berita tersebut
  kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga
  yang jauh.
kebudayaan
              kematian
• Ahli masjid akan mengetuk gentung atau
  beduk untuk memberitahu tentang kematian.
  Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
  masyarakat kampung supaya menziarahi si
  mati.
• Selepas tersebarnya berita tentang kematian,
  rumah si mati akan dikerumi saudara-mara dan
  sahabat handai.
kebudayaan
                kematian
• Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang
  meletakkan sebilah kacip pinang melintang dari kiri
  ke kanan si mati adalah dipercayai kacip dapat
  menghalang mayat daripada dilangkahi hantu
  syaitan.
• Di bahagian hadapan katil pula diletakkan sebuah
  bekas bara api yang senantiasa berasap dengan
  membakar serbuk harum kayu setanggi atau kayu
  gaharu dengan menggunakan sabut kelapa.
kebudayaan
               kematian
• Kedua-dua jenis kayu ini dibakar selagi mayat
  berada di atas rumah.
• Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu setanggi dan
  gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam
  walaupun si mati telah dikebumikan dapat
  mewangikan keadaan rumah serta sekali gus dapat
  menghalang hantu syaitan yang mungkin mengacau
  si mati tersebut.
kebudayaan
perkahwinan
kebudayaan
           perkahwinan
• Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh
  anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan
  kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet.
• Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih
  perawan yang mempunyai sifat yang terpuji
  seperti lemah-lembut, bersopan santun,
  menghormati orang tua dan rajin bekerja.
kebudayaan
             perkahwinan
• Ibu bapa daripada pihak perempuan pula akan
  memilih teruna yang mempunyai sikap ringan
  tulang, pandai dalam soal agama, menghormati
  orang tua dan tahu tanggungjawab terhadap
  keluarga.
• Apabila ibu bapa daripada pihak lelaki bersetuju,
  mereka akan menghantar wakil yang terdiri daripada
  mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat
  merisik.
kebudayaan
             perkahwinan
• Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka
  akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan
  kepada saudara-mara atau sahabat handai yang
  datang ke majlis tersebut.
• Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara
  atau sahabat yang datang dijamu dengan sempurna.
  Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan
  dijamukan dengan makanan ringan.
kebudayaan
              perkahwinan
• Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan
  rumah tidak menyediakan makanan ringan kepada
  saudara-mara dan akan menjadi sebutan masyarakat
  setempat selepas kenduri kelak.
• Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara
  gotong-royong atau lebih dikenali sebagai rewang
  dalam bahasa Jawa.
• Oleh itu, segala kerja menjadi ringan sebelum ketua
  dilantik.
kebudayaan
perkahwinan
Kesenian
pencak silat
Kesenian
jaipongan
Kesenian
gamelan
Kesenian
wayang golek
Kesenian
kuda renggong
Kesenian
kuda lumping
Kesenian
angklung
Kesenian
 buncis
kesan
bahasa
kesan
makanan
kesan
makanan
kesan
makanan
pakaian
kesan
pakaian
kesan
pakaian
kesan
pakaian
sumbangan

 Wujud masyarakat majmuk.
 Wujud kepelbagaian budaya, bahasa,
 agama dan adat resam.
 Menyumbang kepada pembangunan
 negara.

More Related Content

What's hot

Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhafarsya1305
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanSiti Zulaikha
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesionSairah Husin
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalismeZul Isa
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
Lagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganuLagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganuaimanrais
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4Sumitra Kan
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukriwmkfirdaus
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALAmy Syahida
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Mohd Hafiz Aziz
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Kaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarahKaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarahMichael Chin
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 

What's hot (20)

ZAMAN PRASEJARAH
ZAMAN PRASEJARAH ZAMAN PRASEJARAH
ZAMAN PRASEJARAH
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Lagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganuLagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganu
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Taksonomi bloom
Taksonomi bloomTaksonomi bloom
Taksonomi bloom
 
Kaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarahKaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarah
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 

Similar to Jawa

8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdf
8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdf8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdf
8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdfRestyMaesacahya
 
Kebudayaan suku sunda_dan_suku_jawa
Kebudayaan suku sunda_dan_suku_jawaKebudayaan suku sunda_dan_suku_jawa
Kebudayaan suku sunda_dan_suku_jawaSheiLa Kumala
 
kEbudayaan jawa masa kerajaan islam
kEbudayaan jawa masa kerajaan islamkEbudayaan jawa masa kerajaan islam
kEbudayaan jawa masa kerajaan islamRahman Ab
 
KULIAH SKI DAN LOKAL.pptx
KULIAH SKI DAN LOKAL.pptxKULIAH SKI DAN LOKAL.pptx
KULIAH SKI DAN LOKAL.pptxFaizahNurAtika2
 
5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islam
5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islam5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islam
5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islamdinnianggra
 
Dealing Business with Javanese People
Dealing Business with Javanese PeopleDealing Business with Javanese People
Dealing Business with Javanese PeopleFajar Syahruramdhan
 
Budaya Jawa - Manajemen Indonesia
Budaya Jawa - Manajemen IndonesiaBudaya Jawa - Manajemen Indonesia
Budaya Jawa - Manajemen IndonesiaFajar Syahruramdhan
 
Suku bugis_elang_sm
Suku bugis_elang_smSuku bugis_elang_sm
Suku bugis_elang_smbrutaldeath
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancipbrutaldeath
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancipbrutaldeath
 
Suku Jawa / Etnis Jawa
Suku Jawa / Etnis JawaSuku Jawa / Etnis Jawa
Suku Jawa / Etnis JawaKrisdiana 1911
 
SUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptx
SUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptxSUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptx
SUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptxMAASSAKIENAH
 
5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptx
5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptx5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptx
5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptxChatrinaSimamora
 

Similar to Jawa (20)

8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdf
8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdf8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdf
8B Leadership Figure and Indonesian Culture Class.pdf
 
Kebudayaan suku sunda_dan_suku_jawa
Kebudayaan suku sunda_dan_suku_jawaKebudayaan suku sunda_dan_suku_jawa
Kebudayaan suku sunda_dan_suku_jawa
 
kEbudayaan jawa masa kerajaan islam
kEbudayaan jawa masa kerajaan islamkEbudayaan jawa masa kerajaan islam
kEbudayaan jawa masa kerajaan islam
 
KULIAH SKI DAN LOKAL.pptx
KULIAH SKI DAN LOKAL.pptxKULIAH SKI DAN LOKAL.pptx
KULIAH SKI DAN LOKAL.pptx
 
5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islam
5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islam5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islam
5. tradisi dan_budaya_masyarakat_jawa_dalam_perspektif_islam
 
Dealing Business with Javanese People
Dealing Business with Javanese PeopleDealing Business with Javanese People
Dealing Business with Javanese People
 
Budaya Jawa - Manajemen Indonesia
Budaya Jawa - Manajemen IndonesiaBudaya Jawa - Manajemen Indonesia
Budaya Jawa - Manajemen Indonesia
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancip
 
Suku bugis_elang_sm
Suku bugis_elang_smSuku bugis_elang_sm
Suku bugis_elang_sm
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancip
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancip
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancip
 
Suku bugis
Suku bugisSuku bugis
Suku bugis
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancip
 
Elang bugis smancip
Elang bugis smancipElang bugis smancip
Elang bugis smancip
 
Agama di malaysia
Agama di malaysiaAgama di malaysia
Agama di malaysia
 
Suku Jawa / Etnis Jawa
Suku Jawa / Etnis JawaSuku Jawa / Etnis Jawa
Suku Jawa / Etnis Jawa
 
SUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptx
SUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptxSUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptx
SUKU BADUY_ABDULLAH_2281130168.pptx
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptx
5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptx5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptx
5ejarah 1ndo 5 - Copy.pptx
 

Jawa

  • 1. ETNIK JAWA MUHAMAD HAFIZ B. MAHMOD NOR ANIS SUHANI BT MOHD SUKERI
  • 2. SEJARAH • Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu muka surat 1026, Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Indonesia. Keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan pulau-pulau kecil lain.
  • 3. SEJARAH • Jawa mempunyai penduduk yang paling padat di Asia Tenggara iaitu sekitar 120 juta. Terdiri daripada lima kawasan iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan Daerah Istimewa Yogyakarta.
  • 4. SEJARAH • Kebudayaan Jawa yang asli dari masyarakat-masyarakat di pulau Jawa sudah berlaku selama berpuluh-puluh generasi. Ini bermaksud kebudayaan ini amat kaya dalam unsur-unsur kebudayaan universal seperti sistem organisasi sosial, pengetahuan, kesenian, bangsa dan bahasa.
  • 5. SEJARAH • Setelah berpuluh-puluh generasi, kebudayaan Jawa ini tumbuh dari gagasan-gagasan tentang pergaulan antara manusia dan pandangan dunia sehinggalah terciptanya benda-benda yang memantulkan identiti konkrit tentang masyarakatnya.
  • 7. Lokasi petempatan • Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Selain itu, terdapat juga masyarakat Jawa yang datang dari Pulau Madura yang terletak di bahagian utara Jawa Timur.
  • 8. Lokasi petempatan • Sejarah mengatakan bahawa imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura, Palembang dan Lampung di Sumatera dan Pontianak di Kalimantan Borneo.
  • 9. Lokasi petempatan • Umumnya di Malaysia, terdiri daripada satu hingga dua juta bilangan masyarakat Jawa yang boleh didapati di beberapa buah negeri sahaja. Negeri Johor dan Selangor adalah dua buah petempatan yang sangat popular bagi masyarakat Jawa.
  • 10. Lokasi petempatan • Namun begitu, terdapat juga beberapa buah negeri yang mempunyai komposisi masyarakat Jawa seperti Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Petempatan masyarakat Jawa di Malaysia banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat.
  • 11. Lokasi petempatan • Walaupun masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi bahasa mahupun corak kehidupan.
  • 12. Lokasi petempatan • Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami proses asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu. • Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa telah dimelayukan.
  • 13. Lokasi petempatan • Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila banyak perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu amnya. • Pada dasarnya terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi.
  • 14. Lokasi petempatan • Antaranya adalah dari segi wajah yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang sama, persamaan corak hidup, pakaian dan perkahwinan. • Ini menyebabkan masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai bangsa Melayu di bawah satu rumpun.
  • 15. Adat resam struktur masyarakat • Pakar antropologi Amerika yang ternama, Clifford Geertz, pada tahun 1960-an membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga kelompok iaitu kaum Santri, Abangan dan Priyayi. Menurutnya kaum Santri adalah penganut agama Islam yang taat, kaum Abangan pula adalah penganut Islam secara nominal atau penganut Kejawen, sedangkan kaum Priyayi adalah kaum bangsawan.
  • 16. Adat resam struktur masyarakat • Priyayi atau berdarah biru dalam kebudayaan Jawa merupakan istilah untuk menerangkan suatu kelas sosial yang mengacu kepada golongan bangsawan. • Suatu golongan tertinggi dalam masyarakat kerana memiliki keturunan dari keluarga kerajaan.
  • 17. Adat resam struktur masyarakat • Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran dalam golongan ini adalah berdasarkan tinggi rendahnya suatu kehormatan • Terdapat beberapa gelaran dari yang tertinggi hingga dengan hanya satu gelaran saja iaitu Raden.
  • 18. Adat resam struktur masyarakat • Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat seiring dengan usianya. Misalnya ketika seorang anak lelaki lahir diberi nama Bomantara, ia bergelar Raden Mas. Nama penuhnya ialah Raden Mas Bomantara. • Ketika menginjak akil baligh gelarannya bertambah satu kata menjadi Bandara Raden Mas, ketika menapak dewasa (18 atau 21 tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden Mas Aryo.
  • 19. Adat resam struktur masyarakat • Pada saat dewasa dan telah memiliki jawatan dalam hierarki kebangsawanan, ia akan memiliki gelaran yang berbeza dari gelaran yang telah dimilikinya. Misalnya apabila menduduki jawatan pemimpin ketenteraan maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti Pangeran Adipati Haryo. Dan setiap kedudukan yang dipimpininya akan memilki gelaran tambahan atau gelaran yang berubah nama.
  • 20. Adat resam struktur masyarakat • Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Setiap kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. • Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai.
  • 21. Adat resam struktur masyarakat • Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. • Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan, pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan Lurah akan dilakukan secara pungutan suara.
  • 22. Adat resam struktur masyarakat • Jika tiada, jawatan Lurah akan diberikan kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama. • Menurut masyarakat Jawa tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali sebagai perabot Desa.
  • 23. Adat resam struktur masyarakat • Perabot Desa pula boleh dibahagikan kepada beberapa peranan seperti Jongkok (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani), Kamitua (bendahari) Kebayan (pesuruh), Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau Kepetegan (polis atau jaga) dan Andjir (pegawai air).
  • 24. Adat resam struktur masyarakat • Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. • Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai juga bertanggungjawab untuk memulakan doa dalam majlis kenduri doa selamat atau sebagainya. Kiai juga sering kali menjadi penceramah apabila menyambut Maulud Nabi
  • 25. Adat resam struktur masyarakat • Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa juga penting dalam hal pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada, Kiai ditugaskan untuk mentadbir masyarakat Jawa dalam hal-hal yang berbangkit sama ada mengenai keduniaan atau akhirat. • Masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai kerana kebolehannya dalam segala segi sama ada yang berkaitan dengan keduniaan atau keakhiratan.
  • 26. Adat resam struktur masyarakat • Terdapat juga dalam kalangan Kiai yang bertanggungjawab dalam mengubati pesakit. • Masyarakat Jawa meletakkan peranan Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjampi air yang akan diminum oleh pesakit. Air yang dijampi itu dipercayai mampu menyembuhkan penyakit tersebut.
  • 27. Adat resam struktur masyarakat • Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian. • Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah sehingga ke kawasan perkuburan. Kiai akan membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini bertujuan untuk mengingatkan si mati dan orang yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak.
  • 29. Adat resam kepercayaan • Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat. Orang Jawa asli sebahagian besar secara nominal menganut agama Islam. • Namun terdapat juga yang menganut agama Kristian, Protestan dan Katholik. Umumnya masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang menganut agama suci Islam.
  • 30. Adat resam kepercayaan • Masyarakat Jawa juga percaya akan aspek persaudaraan. Jika dikaji, masyarakat Jawa seperti juga masyarakat Melayu lain amat mementingkan aspek persaudaraan. • Malah tali persaudaraan sendiri amat ditekankan oleh agama Islam. Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain.
  • 31. Adat resam kepercayaan • Terdapat juga segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. • Amalan ini dianggap sebagai satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa walaupun telah menganut agama Islam.
  • 32. Adat resam kepercayaan • Amalan ini lebih menekankan tentang aspek makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. • Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu, adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan bangunan.
  • 34. Adat resam jantina • Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak- anak lelaki dan perempuan di layan secara berbeza-beza • Kanak-kanak dapat mengenal pasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. • Anak lelaki disuruh jangan menjadi ‘pondan’ dan anak perempuan pula disuruh bersopan
  • 35. Adat resam jantina • Anak lelaki juga tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. • Ini terbukti mengenai pendedahan keluarga masyarakat Jawa dalam kehidupan. • Anak-anak lelaki akan diajak bertani oleh bapa manakala anak-anak perempuan akan diajar menguruskan kerja rumah oleh ibu.
  • 36. Adat resam jantina • Kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga. Mereka menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka. • Sifat lelaki Jawa yang tegas dari luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi anak-anak secara terbuka tetapi disampaikan melalui isteri.
  • 37. Adat resam jantina • Malah pandangan dan jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anak-anak. Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam. • Berbanding dengan perempuan Jawa, mereka lebih dicirikan sebagai seorang wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan.
  • 38. Adat resam jantina • Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri sebagai “Kanca Wingking” yang bermaksud isteri adalah tulang belakang suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga. • Bertepatan dengan sikap dan sifat mereka yang feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami dari mencari rezeki.
  • 39. Adat resam jantina • Wanita Jawa juga disifatkan sebagai pembantu kepada suami. Wanita yang lembut menjaga kebajikan suami. • Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita Jawa akan menyambut kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di atas sanggul sambil menunggu lauk dipanaskan, mereka akan memicit dan mengurut badan suami untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian bekerja.
  • 40. kebudayaan kematian • Masyarakat Jawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu imam atau Kiai untuk menguruskan kematian. • Kemudian mereka akan menyebarkan berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh.
  • 41. kebudayaan kematian • Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya menziarahi si mati. • Selepas tersebarnya berita tentang kematian, rumah si mati akan dikerumi saudara-mara dan sahabat handai.
  • 42. kebudayaan kematian • Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip dapat menghalang mayat daripada dilangkahi hantu syaitan. • Di bahagian hadapan katil pula diletakkan sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayu setanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa.
  • 43. kebudayaan kematian • Kedua-dua jenis kayu ini dibakar selagi mayat berada di atas rumah. • Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekali gus dapat menghalang hantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut.
  • 45. kebudayaan perkahwinan • Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet. • Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin bekerja.
  • 46. kebudayaan perkahwinan • Ibu bapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yang mempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan tahu tanggungjawab terhadap keluarga. • Apabila ibu bapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik.
  • 47. kebudayaan perkahwinan • Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan kepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut. • Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang datang dijamu dengan sempurna. Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan dijamukan dengan makanan ringan.
  • 48. kebudayaan perkahwinan • Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan masyarakat setempat selepas kenduri kelak. • Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara gotong-royong atau lebih dikenali sebagai rewang dalam bahasa Jawa. • Oleh itu, segala kerja menjadi ringan sebelum ketua dilantik.
  • 66. sumbangan  Wujud masyarakat majmuk.  Wujud kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.  Menyumbang kepada pembangunan negara.