Program Kem Kepimpinan Tunas Kadet Remaja Sekolah diadakan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama murid. Program satu hari ini akan menampilkan ceramah dan aktiviti kepimpinan untuk murid Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Pengkalan Lobang pada 1 November 2017. Program ini bertujuan untuk melatih dan memupuk semangat kepimpinan serta kerjasama dalam kalangan peserta.
1. KERTAS KERJA
PROGRAM KEM KEPIMPINAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG 2015
1.0 Pengenalan
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK
Pengkalan Lobang. Program ini melibatkan semua anggota Tunas Kadet Remaja
Sekolah SK Pengkalan Lobang. Tujuan utama penganjuran aktiviti ini ialah untuk
memberi pendedahan cara pengendalian tugas yang pelbagai kepada murid sebagai
panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini
khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan,
pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan murid. Program ini
juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para murid untuk
berkongsi pengalaman dalam memantapkan lagi sikap kepimpinan mereka. Semoga
usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama
sekolah.
2.0 Matlamat
Program Kem Kepimpinan Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Pengkalan Lobang
diadakan bagi meningkatkan tahap kepimpinan dalam kalangan murid serta
menyedarkan murid tentang pentingnya disiplin di dalam kehidupan. Selain itu,
program ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama antara murid.
3.0 Objektif
Objektif program ini adalah untuk :
1. Meningkatkan dan mencungkil bakat kepimpinan yang ada pada diri setiap
murid.
2. Menyemarakkan komitmen murid dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan.
3. Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan disiplin yang
mantap dapat menjadikan murid seorang insan yang cemerlang dari segi
akademik dan sahsiah.
4.0 Sasaran
Semua ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Pengkalan Lobang.
2. 5.0 Tarikh, Masa dan Tempat
Tarikh : 1 November 2017
Masa : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan SK Pengkalan Lobang
6.0 Tentatif Program
7.0 Anggaran Kos
Program ini mendapat suntikan peruntukan Bantuan Kokurikulum untuk Peruntukan
Pembangunan Sahsiah.
Bil Perkara Harga Unit Jumlah
1. Hadiah Peserta
- Buku latihan
- Set alatulis
RM7.00
RM6.00
4 dozen
4 set
RM28.00
RM24.00
2. Alat dan bahan aktiviti
- Kertas warna
- Gam
RM10.50
RM1.30
3 rim
1 biji
RM31.50
RM1.30
RM84.80
Tarikh Masa Aktiviti Tindakan
1/11/2017
1430 - 1500 Ceramah Kepimpinan
En Drahman
Bin Kerma
1500 - 1600
LDK 1 (Siapakah Temanku)
LDK 2 (Oh, Menara Kami!)
Guru
Penasihat
TKRS
1600 – 1630
Guru dan murid mengambil tempat
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Sekolah
Ucapan aluan oleh Pengerusi Program
Ucapan penutup oleh Guru Besar
Penyampaian Hadiah
Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku
Bersurai
Semua
Kakitangan
Sekolah
3. 8.0 Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksana
JAWATANKUASA PELAKSANA
KEM KEPIMPINAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PENASIHAT
EN JAMIL BIN IBRAHIM (GURU BESAR)
PENGERUSI
EN DRAHMAN BIN KERMA (PK KOKURIKULUM)
PENYELARAS
EN MUHAMMAD HILMI BIN MUHAMAD HANAFIAH
AJK MAKANAN
EN ZEKRI BIN MOHD JANAH (K)
EN JELEPANG ANAK MADAK
PENGACARA MAJLIS
EN HADEFI BIN DAUD
AJK HADIAH
PUAN IRMA HERINIZA BT SESUNI(K)
PUAN NORITA BT ABDULLAH
AJK PANEL PENILAI
CIK ANNIE ANAK JERRY (K)
EN ABG ZAIROL BIN ABG ABD WAHAB
CIK PATRICIA HENRY
AJK KAWALAN MURID
EN AHAD BIN HJ DAMIT (K)
EN MOS ANAK SINTAU
CIK ERMA BINTI AHMAD
AJK SIARAYA & BUKU PROGRAM
EN YHUHANI BIN HASMI (K)
EN ABDUL PATAH BIN SARUJA
AJK AKTIVITI
PUAN ALICETER ANAK TANGGIE (K)
EN MOHD NUR FIRDAUS BIN JA’APAR
AJK PERALATAN
EN CHONG YIAN KING (K)
EN ULYSSES NIN TURKEY
CIK NURRAFIDAH BINTI SOUD
4. 9.0 Penutup
Adalah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat
baru kepada murid dalam melaksanakan tugas sebagai ahli Tunas Kadet Remaja
Sekolah serta menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pemimpin
umumnya. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi
manfaat serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam
melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin
mencabar.
Disediakan oleh: .....................................
(En Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah)
Guru Penyelaras TKRS
Disemak oleh: .......................................
(En Drahman Bin Kerma)
Penolong Kanan KoKurikulum
Diluluskan oleh: .........................................
(En Jamil Bin Ibrahim)
Guru Besar SK Pengkalan Lobang
5. SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG,
96400, MUKAH, SARAWAK.
KERTAS KERJA
KEM KEPIMPINAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT SK PENGKALAN LOBANG, MUKAH.
TARIKH :
1 NOVEMBER 2017
TEMPAT :
DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG,
96400, MUKAH, SARAWAK.