Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Prochain SlideShare
Kertas penerangan k1
Kertas penerangan k1
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 24 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Similaire à BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf (20)

Plus récents (20)

Publicité

BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf

  1. 1. KOD DAN NAMA PROGRAM MC-101-2:2015 PLASTIC INJECTION MOULDING OPERATION START-UP KOD UNIT KOMPETENSI MC-101-2:2015-C05 INJECTION MOULDING AUXILIARY EQUIPMENT SET-UP Disediakan oleh:
  2. 2.  TAJUK PEMBELAJARAN SISTEM ASAS HIDRAULIK (P1) TUJUAN : Dalam tajuk ini menerangkan mengenai sistem asas hidraulik yang digunakan pada mesin pengacuanan suntikan. ❖Pengenalan dan Prinsip Hidraulik ❖Fungsi komponen asas Hidraulik ❖Komponen-komponen asas hidraulik ❖Peralatan asas sistem hidraulik ❖Konsep asas sistem hidraulik ❖Pemeriksaan paras minyak hidraulik
  3. 3. Sistem hidraulik merupakan suatu sistem yang menggunakan cecair bertekanan sebagai media penghantaran kuasa untuk menghasilkan daya gerakan. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh dimampatkan dan berfungsi sebagai bahan pelincir. Sistem hidraulik adalah tahan lasak. Ia mengaplikasikan hukum pascal di mana tenaga boleh dipindahkan melalui cecair. Kuasa hidraulik kerap dipilih dalam penggunaan yang memerlukan kuasa melebihi satu kuasa kuda. Selain itu, ianya mudah dikawal dan mengurangkan bunyi.
  4. 4. Walaupun sistem hidraulik direka bentuk dan dibina agar tidak berlaku kebocoran, tetapi masih terdapat kemungkinan kebocoran berlaku pada bahagian kedap(sealing) dan penyendat(stopper) ataupun saluran hidraulik pecah. Selain dari mendatangkan kekotoran, bendalir yang meleleh keluar boleh menjejaskan proses pengeluaran. Ini melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi sekiranya berlaku kerosakkan. FUNGSI HIDRAULIK Minyak hidraulik digunakan untuk memindahkan tenaga dari tenaga cecair(fluid work force) kepada tenaga mekanikal (pergerakan). Fungsi hidraulik adalah : i) Menjadi pelincir kepada bahagian yang bergerak. ii) Menggerakan bahagian-bahagian tertentu. iii) Menjadi pelega kepada bahagian yang bertemu. iv) Menjadi bahan penyejuk kepada sistem.
  5. 5. Rajah di atas menunjukkan bahagian unit suntikan, ianya berfungsi untuk mengerakkan skru ke hadapan untuk proses suntikan dan memutarkan skru ke belakang untuk proses pengambilan semula (refilling). Rajah 1 Sistem hidraulik pada unit suntikan (injection unit)
  6. 6. Rajah 2 Sistem hidraulik pada unit pengapitan (clamping unit) Di bahagian unit pengapitan pula, sistem hidraulik berfungsi untuk mengerakkan plat bergerak (moving platen) kehadapan dan kebelakang (untuk proses buka dan tutup acuan).
  7. 7. Sistem hidraulik juga digunakan pada sistem pelenting iaitu dengan mengerakkan bar lentingan (ejector bar) ke hadapan dan seterusnya bar lentingan tersebut akan menolak plat lentingan atas (upper ejector plate), plat lentingan bawah (lower ejector plate), pin lentingan (ejector pin) dan pin penarik sprue (sprue puller pin) kehadapan untuk proses lentingan produk. Apabila bar lentingan kembali kebelakang, plat lentingan atas, plat lentingan bawah, pin lentingan dan pin penarik sprue akan kembali kebelakang dengan bantuan spring. Rajah 3 Sistem lentingan pada komponen Acuan (Ejector unit)
  8. 8. KOMPONEN ASAS HIDRAULIK Komponen asas yang diperlukan untuk membentuk suatu sistem hidraulik adalah motor, pam, tangki (takungan minyak), injap, silinder (penggerak) dan penapis. Semuanya komponen ini dipasang melalui saluran penghantaran berupa pempaipan, tiub atau hos. Sistem hidraulik direkabentuk untuk membentuk satu litar tertutup. Minyak dipam dari takungan dan dikembalikan semula ke takungan. Rajah 4 Litar sistem hidraulik
  9. 9. Fungsi komponen asas hidraulik. i. Motor Motor menyediakan kuasa untuk memacu pam hidraulik. Sama ada ia menggunakan enjin pembakaran dalaman ataupun motor elektrik. Bagaimanapun, pemacu motor elektrik paling kerap digunakan. Bagi suatu tekanan tertentu, jika kadar alir dua kali ganda, maka saiz motor juga seharusnya berkadaran dua kali ganda. Sebuah motor yang mempunyai kadar kuasa kuda bernilai dua kali ganda, seharusnya digunakan jika tekanannya ditambah dua kali ganda. Oleh itu, saiz motor untuk mesin pengacuanan suntikan mestilah mengikut tonnage mesin yang digunakan.
  10. 10. ii) Pam (Pump) Pam hidraulik merupakan jantung bagi litar ini. Ia merupakan peranti yang menyebabkan bendalir mengalir melalui sistem hidraulik. Rajah 5 Kedudukan Pam
  11. 11. Terdapat tiga jenis pam yang berlainan iaitu gear, ram dan omboh. Walaupun pembinaannya berlainan, tetapi ke semua pam menghasilkan vakum separa (partial vacuum) apabila pam berputar. Tekanan atmosfera yang bertindak ke atas minyak di dalam takungan memaksa minyak tersebut memasuki pam melalui saluran masukan. Minyak memasuki melalui pam dan keluar dalam keadaan bertekanan melalui saluran keluar. Rajah 6 Pam Gear
  12. 12. Prinsip kerja Hidraulik Pam Ram Rajah 7 Pam Ram
  13. 13. Rajah 8 Pam Omboh (Piston)
  14. 14. iii) Tangki (Oil Tank) Walaupun fungsi utama tangki adalah sebagai penyimpan dan sumber bekalan bagi sistem minyak, tetapi ia juga mempunyai kegunaan lain. Pada bahagian inilah minyak disejukkan setelah bekerja di dalam sistem, minyak yang kembali dibersihkan daripada kandungan udara dan bahan tercemar seperti habuk dan zarah-zarah logam halus dipisahkan daripada minyak. Rajah 9 Tangki (Tank)
  15. 15. Minyak yang kembali ke pam harus dialirkan melalui penapis sebelum dipam semula ke dalam sistem. Ini memberikan masa untuk minyak disejukkan, udara dibersihkan dan bahan tercemar dimendakan. Sebuah tukup pengisi diletakkan pada bahagian atas tangki untuk membolehkan minyak ditambah apabila perlu. Saiz takungan adalah penting. Bagi sistem kecil dan tugas ringan, muatan takungan seharusnya dalam keadaan sebesar yang boleh agar kesemua silinder (omboh) dalam sistem dapat disuapkan serentak. Untuk sistem yang besar dan tugas berat pula, muatan seharusnya besar dan cukup untuk menampung dua hingga empat kali ganda keupayaan aliran pam serta untuk memberikan penyejukkan secukupnya.
  16. 16. iv) Injap (Valve) Injap hidraulik merupakan peranti yang digunakan untuk mengawal arah, tekanan dan halaju aliran minyak yang mengalir menerusi sistem ini. Injap-injap ini dikenali sebagai injap kawalan arah, injap kawalan tekanan dan injap kawalan aliran. Rajah 10 Injap (Valve)
  17. 17. v) Silinder (Cylinder) Silinder hidraulik dikenali juga sebagai pelantak didapati dalam beberapa saiz untuk penggunaan berlainan. Terdapat dua jenis silinder iaitu selinder tindakan sehala dan selinder tindakan dua hala. Silinder tindakan sehala memberi tindakan daya pada satu hala sahaja. Tekanan minyak dimasukkan ke dalam ruang selinder untuk mengangkat beban. Selinder terdiri daripada perumah, omboh dan rod dalam liang. Gelang omboh jenis automobil atau gelang ‘O’ dipasang pada bahagian lilitan luar omboh bagi mengelakkan minyak daripada mengalir keluar. Rajah 11 Selinder Tindakan Sehala (Single Acting Cylinder)
  18. 18. Rajah 12 Selinder Tindakan Dua Hala (Double Acting Cylinder) Selinder tindakan dua hala memberikan tindakan pada 2 hala iaitu ke hadapan dan ke belakang. Tekanan minyak disalurkan kepada salah satu daripada ruang masukan silinder dan kemudiannya ke ruang masukan yang lain.
  19. 19. vi) Penapis dan Saring (Filter) Minyak perlu sentiasa dalam keadaan bersih. Dianggarkan 75 peratus daripada masalah yang berlaku dalam sistem hydraulik berpunca daripada minyak tercemar. Sebuah penapis biasanya dipasang pada bahagian saluran kembali dan akan menapis minyak sebelum kembali ke tangki, manakala saring dipasang pada bahagian saluran masuk pam (pump input line) seperti rajah di bawah. Rajah 13 Kedudukan penapis dan saring Ini membantu memisahkan zarah pelelas halus daripada beredar secara berulang kali melalui sistem. Ia dapat mengelak kehausan berterusan pada pam, motor, silinder dan injap. Saring dan penapis harus dibersihkan secara berjadual. Minyak perlu diganti dari semasa ke semasa secara berjadual.
  20. 20. vii) Saluran (hose) Saluran atau hos diguna untuk mengalirkan minyak dari pam ke komponen lain di dalam sistem dan juga untuk mengembalikan minyak tersebut ke takungan. Paip, tiub dan hos telah direka khas bagi tujuan ini. Di tempat pergerakkan peranti atau getaran yang lebih, hos ini biasa digunakan. Hos yang direka khas ini mengandungi tiub dalaman, pelapik bertetulang dan salutan pelindung luar seperti gambar di bawah. Rajah 14 Saluran (Hose)
  21. 21. MEMERIKSA PARAS / KUANTITI MINYAK HIDRAULIK Paras minyak di dalam tangki minyak mestilah sentiasa diperiksa. Paras minyak di dalam tangki ditunjukkan oleh penunjuk paras minyak yang terdapat pada sesuatu tangki itu. Minyak hidraulik yang baru, biasanya likat dan berwarna kuning jernih. Bagi minyak yang sudah lama digunakan, ia lebih cair dan warnanya lebih gelap. Rajah 15 Injap Paras minyak (Oil level gauge)
  22. 22. PEMBELAJARAN SUDAH TAMAT ……JUMPA LAGI….. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS HAK MILIK: ROKIAH BINTI ISMAIL

×