2. PERINTAH AM BAB A
Lantikan Dan Kenaikan Pangkat
Syarat-syarat am lantikan
Urusan pengambilan dan lantikan
Tempoh percubaan dan perlanjutannya
Penetapan gaji masuk
Pengesahan jawatan & perjawatan berpencen
Tarikh pelantikan, kekananan, kenaikan gaji
Kenaikan pangkat
Penamatan kerja dan notis berhenti kerja
Umur bersara
3. UAK Jun 2008
En Mohan telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.
Semasa dilantik, beliau dikenakan syarat tempoh percubaan selama 1
hingga 3 tahun. Setelah genap 3 tahun berkhidmat, beliau masih tidak
dapat disahkan dalam perkhidmatan kerana masih gagal dalam
peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan.
A) Nyatakan tindakan awal yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan
En Mohan sekiranya beliau hendak memperakukan En Mohan
dilanjutkan tempoh percubaannya.
B) Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan
tempoh percubaan tersebut?
C) Apakah implikasi kepada perkhidmatan En Mohan sekiranya
tempoh percubaan beliau dilanjutkan dengan berdenda?
4. (a) KJ memperakukan permohonan pelanjutan tempoh
percubaan dengan menyatakan butir-butir berikut:
Sebab pegawai itu tidak disahkan
Syor KJ sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut
diberi atau tidak, sama ada dengan denda atau tidak
Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikemaskini
Senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh
pegawai itu, tarikh dan keputusan peperiksaan itu.
5. (b) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(c) Implikasi kepada perkhidmatan En Mohan:
Hilang kekananannya
Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji
tahunan
Diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut
tarikh pengesahannya berkuatkuasa
6. PERINTAH AM BAB B
Elaun-elaun dalam perkhidmatan
Elaun-elaun kerana bertugas
Elaun, kemudahan dan bayaran semasa
bertukar @ berpindah rumah dlm negeri
Kemudahan perjalanan
Elaun-elaun bertugas seberang laut
Elaun-elaun kerana berkursus
Elaun-elaun pelbagai
Elaun-elaun bertugas di Sabah@Sarawak
dan sebaliknya
7. En. Sony seorang pegawai farmasi di Hospital Teluk
Intan telah menghadiri satu mesyuarat di Kementerian
Kesihatan Kuala Lumpur selama 3 hari. Dalam tempoh
tersebut beliau menginap di hotel. Semasa perjalanan
balik, kereta beliau telah mengalami kerosakan dan
beliau terpaksa membelanjakan RM 200.00 untuk
membaiki keretanya itu.
Nyatakan jenis-jenis elaun yang boleh dituntut oleh En.
Sony semasa menjalankan tugas tersebut
Nyatakan syarat-syarat yang membolehkan beliau
menuntut elaun harian serta kadarnya
Jelaskan sama ada beliau boleh menuntut perbelanjaan
membaiki keretanya daripada kerajaan.
8. Elaun yang layak dituntut:
– Elaun perjalanan
– Elaun sewa hotel
– Elaun makan
– Bayaran pelbagai
Syarat tuntutan elaun harian serta kadarnya
– Jika mesyuarat hari ketiga tamat awal tengahari. Beliau tak layak
mendapat elaun makan penuhnya sebaliknya boleh menuntut elaun
harian kerana jangkamasa melebihi 8 jam tetapi kurang 24 jam
– Kadar tuntutan separuh elaun makan
Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan kenderaan yang dialami
semasa menjalankan tugas
– Pegawai boleh menggunakan kenderaan sendiri dengan menuntut
mengikut kelayakannya apabila mendapat kebenaran ketua jabatan.
– En. Samy tidak layak membuat tuntutan membaiki kerosakan kereta
9. PERINTAH AM BAB C
Cuti
Cuti yang diberi kerana perkhidmatan
Cuti atas sebab perubatan
Cuti haji
Cuti kerana berkursus
Cuti tidak berekod
10. Dis 2005
Sepertimana yang dinyatakan dalam
Perintah Am Bab ‘C’, jelaskan maksud
perkara-perkara berikut:
– Cuti
– Cuti Sakit
– Sijil Sakit
11. Jawapan
a) Cuti - sebarang tempoh seseorang pegawai itu
dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan
tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau
sebagai berhenti kerja
b) Cuti sakit - cuti bergaji penuh yang diberi kerana
sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil
Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau
lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit @
kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.
c) Sijil Sakit - sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh
seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah
Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) @ oleh
seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh
Kerajaan.
12. Bersesuaian dengan Perintah Am Bab C,
lembaga perubatan boleh dipanggil bagi
membuat pemantauan dan laporan terhadap
tahap kesihatan pegawai awam.
Jelaskan kenapa perlunya lembaga tersebut
demi keutamaan kebajikan penjawat awam.
13. JAWAPAN :
Lembaga perubatan boleh dipanggil apabila:
Seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah
menghabiskan semua cuti-cuti sakitnya
Seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan
untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas
Tiap-tiap tahun dalam masa 3 tahun yang berturut-turut
pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih
Kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragukan
Pegawai telah tercedera semasa bertugas
Pegawai disahkan mengidap penyakit tibi,kusta atau barah
Pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan
rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di
negeri ini.
14. PERINTAH AM BAB D
Kelakuan dan tatatertib
Kelakuan
Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib
Prosedur tatatertib
Hukuman
Penahanan kerja dan penggantungan kerja
Penamatan demi kepentingan awam
Pelbagai
15. Terdapat 7 jenis hukuman tatatertib yang
boleh dikenakan terhadap seseorang
penjawat awam.
Huraikan tiga persamaan dan tiga perbezaan
antara hukuman “tangguh pergerakan gaji”
dengan hukuman “turun gaji”
16. Persamaan kedua-dua hukuman ini ialah:
Kedua-dua hukuman ini boleh dikenakan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan
kedua-dua hukuman ini mengubah tarikh pergerakan gaji dalam tempoh hukuman ini
berkuatkuasa,pegawai berkenaan tidak berhak menerima pergerakan gaji.
Perbezaan kedua-dua hukuman ini ialah:
TANGGUH PERGERAKAN
GAJI
Tarikh kuatkuasa pada tarikh
ulang tahun kenaikan gaji selepas
tarikh lembaga tt membuat
keputusan
Tempoh kuatkuasa ialah 3 bulan,6
bulan,9 bulan atau 12 bulan
Tidak sesuai dikenakan kpd
mereka yang telah berada di
matagaji maksimum
TURUN GAJI
Tarikh lembaga tt bersidang atau
satu tarikh ke hadapan yang
ditetapkan oleh lembaga tt
Tempoh antara 12 bulan hingga
36 bulan
Tidak sesuai dikenakan kepada
mereka yang matagaji berada
pada P1T1,P2T1 dan P3T1
17. PERINTAH AM BAB E
Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
Rumah-rumah kediaman
Tanggungjawab pegawai yang mendiami
rumah kerajaan
Kadar sewa, pembayarannya dan lain-lain
bayaran
Bangunan pejabat
Tanggungjawan Jabatan Kerja Raya
Pelbagai
18. Sebagai pegawai perkhidmatan awam anda
layak menduduki rumah kerajaan yang
disediakan demi kepentingan tugas.
a) Nyatakan larangan-larangan yang perlu
dipatuhi semasa mendiami rumah kerajaan
b) Huraikan tanggungjawab anda sebagai
penghuni rumah berkenaan
19. a) Larangan-larangan yang perlu dipatuhi
– Menjadikannya permis perniagaan
– Meminda rumah tanpa kebenaran pengarah JKR negeri
– Menyewa mana-mana bahagian rumah
– Memelihara binatang-binatang ternakan
b) Tanggungjawab sebagai penghuni rumah
• Laporkan kerosakan
• Laporkan bila memasuki rumah
• Menjelaskan semua bil air dan elektrik
• Laporkan ketika rumah dikosongkan
• Membersih kawasan,potong rumput dan sebagainya
• Menyerahkan kunci rumah bila keluar rumah serta sijil keluar
• Membayar atas kerosakan yang disengajakan
20. PERINTAH AM BAB F
Perubatan
Rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai
Tanggungjawab pegawai perubatan
Lembaga perubatan
Bayaran dan peraturan wad
Pelbagai
21. Okt 2005, Mei 2006, Julai 2007
Pegawai kerajaan dan keluarga mereka
yang jatuh sakit layak mendapat rawatan
yang disediakan oleh pihak Kerajaan atau
swasta mengikut peraturan yang ditetapkan.
– Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad
bagi keluarga pegawai.
– Jelaskan tafsiran “Keluarga Pegawai” yang
layak menerima rawatan percuma selepas
kematian pegawai
22. a) Keluarga pegawai berkelayakan utk dimasukkan ke
dalam wad yang sama seperti pegawai sendiri
Kadar bayaran wad sama dengan kadar bayaran wad
untuk pegawai.
Sekiranya anak pegawai murid sekolah tidak melebihi
tingkatan lima, dikecualikan bayaran wad apabila ia
dimasukkan ke dalam wad kelas dua.
b) Balu atau duda, selagi tidak berkahwin semula
Anak berumur di bawah 18 tahun
Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang
Anak yang masih bersekolah, umur 21 tahun ke bwh
Anak tiri berumur di bawah 18 tahun
Anak yang daif (spt kelemahan otak / jasmani)
23. atau…
Kelayakan Bayaran
Kelas 1 – seorang
Kelas 1 – berdua
Kelas 1 – bertiga
RM 10.00
RM 8.00
RM 6.00
Kelas 2 RM 3.00
Kelas 3 Percuma
24. PERINTAH AM BAB G
Waktu Bekerja dan Lebih Masa
Waktu bekerja pejabat
Waktu bekerja bukan pejabat
Lebih masa
Pelbagai
25. Soalan-Soalan Di Luar
Sukatan KISSM
1) Jelaskan matlamat, tujuan dan fungsi Mesyuarat
Pagi
(a) Matlamat
– Memupuk semangat mengutamakan kepentingan
nasional daripada kepentingan jabatan
(c) Fungsi
– Mengkaji kedudukan semasa pelaksanaan program /
projek
– Mengenalpasti masalah yang dihadapi
– Mengambil tindakan menghapuskan tunggakan kerja
– Menentukan tindakan penyelesaian
26. (b) Tujuan
– Menyelesaikan masalah secara ‘on the spot’.
mengesan segala halangan dan membolehkan tindakan
penyelesaian dilakukan dengan segera
– Merupakan satu forum setempat antara jabatan.
Mengelakkan berlakunya tunggakan kerja dan
keputusan dapat dibuat dengan kadar segera
– Mewujudkan dan memupuk penyelarasan di kalangan
jabatan kerajaan supaya bergerak sehaluan untuk
mencapai matlamat pembangunan negara
27. 2) Encik Aidil baru dilantik sebagai Penolong
Pengarah di Jabatan Imigresen. Beliau
ditugaskan menguruskan aduan daripada
orang ramai mengenai jabatannya. Beliau
perlu mengikuti prosedur tertentu
mengendalikan hal itu.
Jelaskan lima prosedur tersebut berdasarkan
PKPA 4/92.
28. Pegawai hendaklah memberi perhatian sewajarnya semua
pengaduan awam dan mengendalikannya sperti berikut:
– Mengeluarkan surat akuan terima dalam tempoh dua minggu
setelah menerima surat aduan daripada orang awam ataupun
yang dirujuk Biro Pengaduan Awam.
– Memberi jawapan dalam masa yang ditetapkan kepada pengadu.
– Menghantar surat jawapan sementara mengandungi penjelasan
tidak dapat menjawab segera dan memaklumklan masa jawapan
boleh diberi
– Memberi kerjasama penuh kepada Biro Pengaduan Awam
apabila siasatan mengenai aduan dijalankan
– Mengambil tindakan pembetulan untuk menyelesaikan aduan
– Mengemukakan laporan kemajuan tindakan pembetulan yang
dibuat dari masa ke semasa kepada Biro Pengaduan Awam.
– Menyimpan rekod mengenai semua aduan yang diterima dan
yang diirujuk oleh Biro Pengaduan Awam.
29. 3)Terangkan aspek-aspek penting yang perlu
perlu diberi perhatian dalam pengurusan
tenaga manusia untuk meningkatkan Kualiti
Pengurusan kaunter
30. Mengadakan program latihan yang terancang untuk
menghasilkan tenaga manusia berkualiti sebelum
ditempatkan di tempat kerja.
Mengadakan program motivasi untuk meningkatkan
keupayaan bekerja
Mewujudkan sistem pengiktirafan untuk menghargai
pegawai yang berkhidmat cemerlang
Memastikan bilangan staf mencukupi
Mengadakan sistem giliran kerja untuk membolehkan
staf mendapat pendedahan mencukupi mengenai semua
tugas bidang kerja
Melantik pegawai yang sesuai dengan tugas
Penggunaan tenaga optimum
Penilaian prestasi kerja mengikut SKT