Teori pembelajaran behaviorisme

UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
UNIVERSITY FOR TEACHERS XDTeacher à UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
(a) i. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME


      Menurut Ee Ah Meng (2001), pendekatan behaviourisme dipelopori oleh
John B. Watson Ahli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran
merupakan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu yang
disebabkan oleh pengalaman. Ini bermaksud segala pengalaman yang di lalui
oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah laku dia pada masa akan datang.
Mereka menyatakan setiap insan telah melalui proses pembelajaran sejak
dilahirkan maka adalah sukar untuk membezakan antara tumbesaran dan
pembelajaran kerana mereka adalah saling berkaitan. Teori pembelajaran
behaviourisme adalah tertumpu kepada tingkah laku dan persekitaran dimana
mereka menumpukan perhatian kepada tingkah laku manusia yang boleh dilihat
dan diukur. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani
Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat
kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi dapat membuat pemerhatian terhadap
perlakuan manusia untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang sedang
difikirkannya. Teori behaviourisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu
teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik
terdapat dua pengasas utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan Teori
Pelaziman Klasik Watson dan Ivan Petrovich Pavlov yang mengasaskan Teori
Pelaziman Klasik Pavlov. Dalam teori pelaziman operan juga mempunyai dua
pengasas utama iaitu Edward Lee Thorndike yang mengasaskan Teori
Pelaziman Operan Thorndike dan Burhrus Frederic Skinner yang mengasaskan
Teori Pelaziman Operan Skinner.
      Menurut   Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman
Cuba Jaya Thorndike) (tiada tarikh), John B. Watson digelar sebagai bapa
behaviorisme. Beliau menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang
kanak-kanak iaitu Albert yang berumur 11 bulan. Pada mulanya kanak-kanak
tidak berasa takut pada tikus tetapi apabila bunyi kuat dikeluarkan bersama
kemunculan tikus, Albert menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang
beberapa kali dan menyebabkan Albert menjadi takut kepada tikus walaupun


                                                                              1
tiada bunyi di keluarkan semasa menunjukkan tikus kepadanya. Menurut Prof.
Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan
(2006), dalam eksperimen ini, beliau telah membuktikan bahawa emosi manusia
boleh dilazimkan secara klasik. Beliau menerangkan perubahan tingkah laku
dalam proses pembelajaran dimana guru boleh mempengaruhi pengalaman
pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang diberi serta gerak
balas yang dihasilkan. Oleh itu guru harus memilih rangsangan yang
menyeronokkan pelajar untuk belajar.
      Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali,
Puan Ramlah Jantan (2006), Pavlov menyatakan setiap rangsangan akan
menimbulkan gerak balas. Rangsangan adalah apa-apa bentuk tenaga yang
menimbulkan gerak balas manakala gerak balas adalah apa-apa tingkah laku
yang timbul akibat rangsangan. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran boleh
berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran yang
berlaku ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat
rangsangan dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Perspektif Behaviorisme
dan Pembelajaran (Pelaziman Klasik) (tiada tarikh), Pavlov cuba membuktikan
teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati
bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar.
Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan
bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov
melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme
boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.             Melalui
eksperimen ini, Pavlov menghasilkan tiga peringkat pelaziman iaitu sebelum
pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Menurut Prof. Dr.
Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan
(2006), Pavlov telah menghasilkan tiga konsep penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan melalui
prinsip pelaziman klasiknya.
      Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali,
Puan Ramlah Jantan (2006), E. L. Thorndike adalah ahli behavioris yang



                                                                              2
pertama mengemukakan konsep pelaziman operan. Menurut              Perspektif
Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike) (tiada
tarikh), Thorndike menjalankan eskperimen dengan menggunakan suatu alat
yang diciptanya dan dipanggil “puzzle box”. Beliau memasukkan kucing kedalam
sangkar (“puzzle box”)   dan meletakkan makanan di luar. Beliau mendapati
kucing tersebut akan melakukan pelbagai percubaan untuk keluar dari sangkar
dan pembelajaran ini dinamakan sebagai pembelajaran cuba jaya. Bila
dimasukkan semula, kucing tersebut akan mengulangi percubaan untuk keluar
dan ini menunjukkan kucing tersebut belajar keluar secara cuba jaya. Melalui
eksperimennya, beliau menyatakan pembelajaran adalah hasil daripada
gabungan rangsangan dan gerak balas. Beliau menyatakan pembelajaran
manusia boleh dikawal oleh hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan,
Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
      Menurut TEORI PELAZIMAN OPERAN (tiada tarikh), Teori Pelaziman
Operan Skinner diasaskan oleh Burhrus Frederic Skinner. Menurut Prof. Dr.
Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan
(2006), Skinner bersependapat dengan Ivan Petrovich Pavlov tetapi menyatakan
bahawa perlakuan manusia seharusnya diperhatikan dalam satu jangka masa
yang panjang serta membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan
yang mudah. Pada tahun 1938, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk
The Behavior of Organism yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman
operan yang seterusnya menjadi suatu teori pembelajaran. Menurut Perspektif
Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Operan Skinner) (tiada
tarikh), perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud
bertindak ke atas sesuatu perkara. Pelaziman operan pula ialah suatu keadaan
dimana   organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu
beroperasi ke atas persekitarannya. Tingkah laku operan merupakan tingkahlaku
bukan otomatik atau boleh dijangkakan serta tidak ada kaitan dengan
rangsangan yang telah dikenalpasti. Beliau menjalankan kajian keatas haiwan
dengan menggunakan “Skinner Box” yang diciptanya dimana tingkah laku
binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balas mereka boleh



                                                                            3
diperhatikan dan direkodkan lalu membawa beliau menggunakannya dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyatakan gerak balas boleh di
perkuat jika diulang dan dihapuskan jika tidak diulang sebaik sahaja gerak balas
ditunjukkan. Lima proses utama beliau adalah peneguhan positif, peneguhan
negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.




                                                                               4
(b) i.          TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOURISME
                TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
                       Hukum Pembelajaran Thorndike


         Menurut Mok Soon Sang (2006), kesimpulan yang dibuat oleh Thorndike
daripada hasil kajiannya adalah pembelajaran merupakan proses cuba-ralat atau
memilih dan menghubungkait. Latihan akan diberi berulang-ulang dan gerak
balas yang salah pada mulanya akan semakin berkurangan maka perhubungan
diantara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh. Maka
perhubungan di antara gerak balas dengan rangsangan sebenarnya mewakili
proses pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan,
keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Menurut Prof. Dr.
Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan
(2006), Thorndike menghasilkan Hukum Pembelajaran Thondike yang terdiri
daripada Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan hasil daripada
eksperimennya .

1. Hukum Kesediaan

         Menurut Ee Ah Meng (2002), Thorndike merujuk kesediaan sebagai
persiapan yang perlu ada pada individu sebelum dapat bertindak. Menurut Dr.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pelajar yang berada dalam keadaan
sedia akan berasa puas apabila bertindak. Jika mereka belum bersedia dan guru
mengarahkan mereka untuk bertindak maka mereka akan berasa kecewa. Ini
menunjukkan kesediaan perlu ada dalam diri seseorang sebelum dia dapat
bertindak.    Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani
Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Hukum Kesediaan terbahagi kepada tiga
aspek utama iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan
psikomotor.
         Menurut Ee Ah Meng (2000), kognitif adalah aktiviti mental seperti berfikir,
menaakul, menganalisis, membentuk konsep dan sebagainya. Kesediaan


                                                                                    5
kognitif adalah kesediaan mental untuk mempelajari sesuatu. Menurut Mok Soon
Sang (2001), perkembangan intelek adalah berkadar terus dengan umur kerana
pelajar sekolah rendah belajar benda yang konkrit dan selepas masuk sekolah
menengah mereka mula sanggup belajar benda yang kompleks. Semasa
seseorang telah mencapai kesediaan mental, pencapaian akademiknya adalah
selaras dengan usaha dan latihan yang dilaluinya seperti John yang berumur
tujuh tahun dapat mengira 1 hingga 50 kerana dia telah mencapai kesediaan
kognitif yang diperlukan untuk menjalani ilmiah Tahun 1. jika John tidak bersedia
dari segi mentalnya untuk belajar mengira 1 hingga 50 sudah tentu John tidak
akan berjaya mengira 1 hingga 50.
        Menurut Mok Soon Sang (2001), kesediaan afektif adalah merujuk kepada
sikap, keinginan, semangat, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti pembelajaran. Ini menunjukkan pembelajaran yang berkesan
adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali pelajar mengulang
kaji. Oleh itu pelajar yang mempunyai kesediaan afektif yang tinggi mempunyai
sikap positif , motivasi diri yang tinggi dan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan akan memudahkan proses pembelajarannya dan mencapai
kesemerlangan. Tetapi pelajar yang kesediaan afektif rendah seperti mempunyai
sikap negatif belajar iaitu tiada minat belajar akan menyebabkan pelajar itu sukar
mencapai kejayaan dalam pelajaran walaupun telah melakukan banyak aktiviti
pembelajaran yang sama.
        Menurut Ee Ah Meng (2000), kesediaan psikomotor adalah merujuk
kepada kesediaan seseorang individu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang
memerlukan koordinasi pergerakan otot seperti semasa kanak-kanak cuba
memegang pensel untuk menulis atau menyebut perkataan. Menurut Mok Soon
Sang (2001), kesediaan psikomotor adalah seseorang yang mempunyai potensi
atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal
dalam proses pembelajaran yang baru. Kedua-dua penulis ini telah membuktikan
bahawa seseorang individu mempunyai kesediaan psikomotor jika tubuhnya
telah   matang   selaras   dengan    latihan   fizikal   yang   diperlukan   seperti
perkembangan otot, anggota, pengawalan dan penyelarasan badan untuk



                                                                                  6
melakukan aktiviti memegang pensel untuk menulis. Tetapi kanak-kanak yang
sama umur tidak semestinya mempunyai perkembangan fizikal yang sama
kerana individu adalah berbeza dan kesediaan psikomotor yang tinggi
membolehkan mereka melakukan latihan dalam pembelajaran dengan cekap
seperti melukis dalam pendidikan seni atau bersukan.
      Menurut Mok Soon Sang (2003), Hukum Kesediaan menekankan
ganjaran   hanya   berkesan   jika   pelajar   mempunyai   kesanggupan   untuk
menerimanya dari segi psikologi. Jika pelajar menerima ganjaran dan mendapat
kepuasan maka hubungan diantara gerak balas dengan ganjaran pelajar akan
bertambah kukuh. Ini bermaksud pemberian ganjaran yang sesuai dengan
kehendak pelajar akan mendorong pelajar lebih bersedia bagi mengikuti proses
pembelajaran pada masa depan. Kesimpulannya adalah pelajar yang bersedia
untuk belajar akan memastikan pembelajaran berkesan dan memuaskan kerana
wujudnya rangsangan motivasi, manakala pelajar yang belum bersedia belajar
atau dipaksa akan menyebabkan pembelajaran tidak berkesan kerana tiada
rangsangan.

2. Hukum Latihan

      Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali,
Puan Ramlah Jantan (2006), Thorndike menyatakan rangsangan dan gerak
balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang
akan menguasai kemahiran jika dia membuat latihan berulang kali kerana
melalui pengulangan dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Contoh
hukum latihan yang biasanya digunakan adalah guru memberi latihan untuk
dibuat oleh pelajar selepas guru mengajar benda baru kepada pelajar. Ini adalah
penting supaya pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas selepas
membuat latihan. Jika latihan tidak diberi oleh guru selepas mengajar benda
baru, besar kemungkinan pelajar akan lupa akan apa yang telah mereka pelajari.
Ini menunjukkan tingkah laku dapat diteguhkan apabila diulang atau diaplikasi
dan dilemahkan tanpa pengulangan atau tanpa pengukuhan. Keadaan ini
menunjukkan hukum latihan sesuai untuk pembelajaran yang perlukan teknik


                                                                              7
menghafal kerana teknik yang digunakan adalah mengulangi latihan. Kesimpulan
bagi hukum latihan adalah, latihan yang diulang akan meningkatkan kemahiran
pelajar iaitu pertalian diantara rangsangan dengan gerak balas bertambah
kukuh, manakala pelajar akan menjadi lemah jika latihan tidak dijalankan kerana
pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah lemah jika tidak
diulang.

3. Hukum Kesan

      Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pertalian antara
rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh apabila terdapat kesan yang
memuaskan atau menyeronokkan selepas sesuatu gerak balas dihasilkan
seperti guru memberi pujian kepada pelajar selepas pelajar menjawab soalan
yang diberikan dengan betul. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut berasa
seronok dan menyebabkan pelajar tersebut mahu menjawab soalan guru lagi
pada masa depan. Terdapat dua jenis peneguhan yang boleh diberikan oleh
guru iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah
rangsangan yang diberikan oleh guru untuk menyebabkan pelajar mengulangi
tingkah laku yang diingini. Peneguhan negatif pula merupakan rangsangan yang
tidak positif yang diberikan oleh guru untuk mengelakkan pelajar pengulangan
tingkah laku yang tidak diingini. Peneguhan positif yang biasa digunakan oleh
guru adalah memberi senyuman dan membalas salam kepada pelajar selepas
pelajar memberi salam kepada guru. Keadaan ini akan memberi pelajar
pengalaman yang menyenangkan lalu akan mengulangi amalan bersopan
mereka semasa melihat guru iaitu memberi salam. Peneguhan negatif yang
biasanya diberi oleh guru kepada pelajar adalah memarahi pelajar yang tidak
menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar
menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan mereka
daripada dimarahi. Selain itu, terdapat juga konsep diskriminasi dimana pelajar
dapat membezakan rangsangan yang hampir sama dan memberi gerak balas
kepada rangsangan tersebut seperti, pelajar tahu membuat persediaan untuk
mengikuti mata pelajaran yang berbeza iaitu selepas pelajar bermain di padang


                                                                              8
bagi pendidikan jasmani, pelajar tahu menukar pakaian sukan mereka kepada
pakaian uniform untuk belajar dalam kelas untuk mengelak daripada di marahi
oleh guru. Kesimpulan bagi hukum kesan adalah pertalian antara rangsangan
dan gerak balas akan bertambah kukuh jika individu mendapat kesan
pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala
jika kesan pengalaman itu menyakitkan individu tersebut, gerak balas tersebut
akan di perhentikan.




                                                                            9
(b) ii.      CONTOH APLIKASI HUKUM PEMBELAJARAN
                        THORNDIKE DALAM BILIK DARJAH


   1. Hukum Kesediaan


      Sebelum     guru     memulakan      sesi   pengajarannya,   guru   perlulah
menganalisis pelajarnya secara umum iaitu dari segi kesediaan kognitif,
kesediaan psikomotor dan kesediaan afektif pelajarnya. Contoh, jika guru
mengajar mata pelajaran Bahasa Malayu yang bertajuk Buluh Pelbagai Guna
kepada pelajar Tahun 2, guru perlu membuat pendekatan mengajar yang sesuai
untuk pelajar tahap Tahun 2. Ini bermakna guru perlu menganalisis kesediaan
pelajarnya   terlebih    dahulu.   Pada   permulaan    pengajaran,   guru   perlu
memulakannya dengan menggunakkan set induksi yang menarik seperti
membaca teka-teki buluh supaya dapat merangsang minda pelajar untuk
mengikuti proses pembelajaran kerana pelajar Tahun 2 biasanya suka bermain
teka-teki. Di sinilah guru akan memastikan pelajarnya bersedia dari segi
kesediaan kognitif mereka kerana mereka mula menggunakan minda mereka
untuk meneka apakah jawapan teka-teki tersebut. Pada masa yang sama
kesediaan afektif pelajar juga bersedia kerana emosi mereka pada mulanya tidak
berminat untuk belajar telah menjadi berminat kerana dapat bermain meneka
teka-teki. Teka-teki yang di berikan kepada pelajar perlulah menggunakan saiz
perkataan yang besar, perkataan yang mudah dibaca dan difahami supaya
pelajar dapat menekanya. Pada masa yang sama guru juga telah memastikan
kesediaan psikomotor pelajar diambil kira dengan memaparkan perkataan dalam
teka-teki buluh dalam slaid Power Point yang mengandungi warna yang sesuai
iaitu warna kontras supaya pelajar dapat melihat dengan jelas akibat perbezaan
warna seperti tulisan putih dan latar adalah biru gelap. Tulisan yang dipaparkan
perlulah besar dan jelas kerana kesediaan psikomotor pelajar pada masa itu
adalah sukar untuk membaca tulisan yang kecil. Guru perlu memaparkan



                                                                              10
gambar-gambar yang menarik dalam pengajaran seperti memaparkan gambar
buluh pada slaid Power Point dan namanya di bawah supaya dapat menarik
minat pelajar untuk membacanya. Selain itu guru perlu menyediakan pelbagai
sumber pengajaran dan aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat
pelajar untuk belajar dan pada masa yang sama menyediakan mereka dari segi
kesediaan afektif untuk belajar dengan emosi yang gembira dan berminat untuk
meneruskan pembelajaran. Apabila selesai set induksi tersebut barulah guru
memulakan pengajaran yang sebenar kerana pelajarnya telah menerima
rangsangan motivasi daripada set induksi terlebih dahulu dan telah bersedia dari
segi kesediaan afektif, kesediaan psikomotor dan kesediaan kognitif untuk mula
belajar.


   2. Hukum Latihan


       Guru memberi pelajar latihan untuk dibuat sebagai pengukuhan dengan
mengulangi apa yang telah diajar. Pada mulanya guru akan memberi latihan
berbentuk soal jawab dimana pelajar akan di beri soalan sejurus selepas guru
mengajar satu benda. Soalan tersebut adalah ulangan kepada apa yang baru di
ajar. Selepas itu guru akan memberi pelajar latihan bertulis dimana pelajar perlu
menulis dalam kertas kerja yang diedarkan. Di sini pelajar akan melakukan
latihan yang di berikan dalam masa yang ditetapkan. Latihan pengukuhan diberi
terus kepada pelajar selepas mereka berjaya mempelajari sesuatu yang baru
supaya mereka tidak lupa apa yang baru dipelajari dengan mudah kerana latihan
ulangan akan mengukuhkan daya ingatan mereka. Mereka perlu menulis nama
benda yang dibuat daripada buluh dengan melihat gambar dan mencari jawapan
yang dibekalkan di atas gambar. Ruang untuk pelajar menulis adalah besar
supaya sesuai dengan kesediaan psikomotor mereka kerana tulisan pelajar
Tahun 2 biasanya adalah besar. Pada masa yang sama guru akan membimbing
pelajar yang kurang cekap untuk menjawab soalan latihan yang diberi. Melalui
latihan yang diberikan sudah tentu pelajar akan dapat mengingati apa yang telah




                                                                              11
diajar oleh guru. Pengulangan melalui latihan ini sudah tentu dapat membantu
pelajar mengingati apa yang telah mereka pelajari.
   3. Hukum Kesan


      Guru akan memberi peneguhan positif sebagai rangsangan untuk
memotivasikan pelajar supaya mengulangi tingkah laku yang diingini oleh guru.
Contohnya seperti selepas pelajar menyiapkan latihan yang diberikan, guru akan
memberi   pujian   kepada   mereka    yang    berjaya       menyiapkannya   dengan
menyatakan “bagus”, “baik”, “hebatnya” , “syabas” dan banyak lagi. Ini secara
tidak langsung telah memotivasikan pelajar untuk menyiapkan kerja yang
diberikan dalam masa yang diberi supaya mereka boleh mendapat pujian
daripada guru. Selain itu pujian sebegini akan memberi pelajar rasa bangga
kerana mendapat pujian maka mereka akan belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh lagi. Guru juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berjaya
menjawab soalan yang diketengahkan seperti gula-gula, pembaris, pensel dan
lain-lain. Pemberian ganjaran ini akan memotivasikan pelajar untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka boleh mendapat
ganjaran yang diberikan oleh guru semasa sesi menjawab soalan kerana hanya
pelajar yang menjawab dengan betul sahaja diberi ganjaran. Kesemua
peneguhan positif ini akan memberi pelajar pengalaman belajar yang seronok
dan mengembirakan lalu pelajar akan suka belajar dan akan belajar dengan
bersungguh-sungguh. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran
supaya pelajar lebih seronok untuk belajar. Sebagai contoh guru akan mengubah
kaedah pengajaran yang biasanya berpuastkan pelajar kepada belajar melalui
kerja berkumpulan. Ini akan mewujudkan satu kesan dimana pelajar berasa
kaedah guru mengajar adalah baru dan tidak membosankan lalu menyebabkan
mereka    bersemangat    untuk   belajar.   Selain   itu,    suasana   persekitaran
pembelajaran juga perlu dipelbagaikan. Pembelajaran yang efeftik tidak
semestinya berlansung di dalam kelas semata-mata. Pembelajaran boleh
dilakukan di dalam suasana yang berbeza sperti di luar bilik darjah, di taman,
dan di padang. Contohnya, guru akan membawa pelajar keluar dari kelas seperti


                                                                                12
di kawasan padang untuk membuat kuiz unutk mengelakkan pelajar membuat
bising dalam kelas yang boleh mengganggu pelajar lain semasa sesi kiuz di
jalankan. Pelajar pada masa ini akan berasa seronok untuk belajar dalam
suasana baru dan akan memberi komitmen yang sepenuhnya kepada guru untuk
menjayakan sesi kuiz.




                                                                       13
RUJUKAN


1. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu
   Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah
   Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
2. Ee Ah Meng (2000). PSIKOLOGI PENDIDIKAN II (Semester II).
   Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Ee Ah Meng (2002). PSIKOLOGI PENDIDIKAN III Edisi Ketiga (Semester
   III). Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. Mok Soon Sang (2001). PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus
   Diploma Perguruan Semester 2. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
5. Mok Soon Sang (2003). PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus
   Diploma Perguruan Semester 3. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
6. Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah :
   Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Selangor : Kumpulan
   Budiman Sdn. Bhd.
7. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Pelaziman Klasik). (tiada
   tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada
   http://www.homestead.com/peoplelearn/psychlearncontent2a.html
8. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya
   Thorndike). (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada
   http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2b.html
9. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Operan
   Skinner). (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada
   http://www.homestead.com/peoplelearn/psychlearncontent2c.html
10. Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan
   Ramlah Jantan (2006). HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :
   Open Universiti Malaysia.




                                                                         14
11. TEORI PELAZIMAN OPERAN. (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006
   daripada
   http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/teori/Teori_Pelaziman_Operan.htm




                                                                         15

Recommandé

Perkembangan sosio emosi par
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
63.3K vues14 diapositives
Teori tingkah laku ivan pavlov par
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovwan nurul uliana
11.9K vues14 diapositives
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran par
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
52K vues5 diapositives
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI par
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
25.7K vues18 diapositives
Teori Pembelajaran Humanisme par
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeAsyrafRidzuan
17.7K vues12 diapositives
Teori Behaviorisme par
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
27K vues29 diapositives

Contenu connexe

Tendances

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna par
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
14.5K vues22 diapositives
Konsep dan definisi kurikulum par
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
137.6K vues13 diapositives
Kemahiran Berfikir par
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
7.6K vues12 diapositives
Pertumbuhan & perkembangan par
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
44.8K vues20 diapositives
Pengajian kurikulum model kurikulum par
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
36K vues47 diapositives
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak) par
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
37.5K vues34 diapositives

Tendances(20)

Konsep dan definisi kurikulum par Aziyan Bakar
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Aziyan Bakar137.6K vues
Kemahiran Berfikir par Nur Aini
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
Nur Aini7.6K vues
Pertumbuhan & perkembangan par Yunkz Dion
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
Yunkz Dion44.8K vues
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak) par Aina Azrina
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Aina Azrina37.5K vues
model-model pengajaran par Opie Mohamad
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
Opie Mohamad26.8K vues
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn par SALWANIERAZLI
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
SALWANIERAZLI12.4K vues
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional par awin awin
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
awin awin50.7K vues
Maksud kurikulum par shahrul93
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul9335.6K vues
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102) par Rafiza Diy
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
Rafiza Diy19.6K vues
MODEL-MODEL KURIKULUM par hudhud321
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
hudhud32110.9K vues
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke... par Cho Shirley
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
Cho Shirley40.2K vues
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford par Nur Leana Burn
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Nur Leana Burn2.8K vues
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum par Hayati Mustaffa
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Hayati Mustaffa30.9K vues
Teori pembelajaran konstruktivisme par sahronzulkepli
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli59.4K vues
Teori Kognitif Lev vygotsky par Izzat Najmi
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
Izzat Najmi32.5K vues

En vedette

Teori behaviorisme par
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
59.4K vues20 diapositives
TEORI BEHAVIORISME par
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMEAmelia Jaminkhiri
20.1K vues42 diapositives
Teori sigmund freud par
Teori sigmund freudTeori sigmund freud
Teori sigmund freudNurul Addy
10.6K vues30 diapositives
Carl roger sp par
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger spBen PHu
20.4K vues58 diapositives
Behaviourisme par
BehaviourismeBehaviourisme
Behaviourismeguest0321ac
6.5K vues56 diapositives
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 – par
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –wadikpli09
4.1K vues7 diapositives

En vedette(16)

Teori behaviorisme par Nor Saroni
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
Nor Saroni59.4K vues
Teori sigmund freud par Nurul Addy
Teori sigmund freudTeori sigmund freud
Teori sigmund freud
Nurul Addy10.6K vues
Carl roger sp par Ben PHu
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger sp
Ben PHu20.4K vues
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 – par wadikpli09
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
wadikpli094.1K vues
Teori gestalt ppt par Ryan Advan
Teori gestalt pptTeori gestalt ppt
Teori gestalt ppt
Ryan Advan9.3K vues
Teori humanistik (carl rogers) par 1115500020BBK
Teori humanistik (carl rogers)Teori humanistik (carl rogers)
Teori humanistik (carl rogers)
1115500020BBK8.3K vues
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik par Mohd Halim
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Mohd Halim24.4K vues
Teori perkembangan kognitif jean piaget par Fanera Jeffery
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Fanera Jeffery224.5K vues

Similaire à Teori pembelajaran behaviorisme

Teori pembelajaran awal kanak-kank par
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
16.7K vues46 diapositives
Mabbehave par
MabbehaveMabbehave
MabbehavePensil Dan Pemadam
171 vues17 diapositives
Pendekatan behaviorisme par
Pendekatan behaviorismePendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorismeChitra Devi Ramasamy
7.8K vues2 diapositives
Teori Behaviorisme par
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeNineZero
5.5K vues17 diapositives
Present par
PresentPresent
PresentNur Hidayani
609 vues33 diapositives
Present par
PresentPresent
PresentNur Hidayani
840 vues33 diapositives

Similaire à Teori pembelajaran behaviorisme(20)

Teori pembelajaran awal kanak-kank par Gabby Ee
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Gabby Ee16.7K vues
Teori Behaviorisme par NineZero
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
NineZero5.5K vues
TEORI Skinner and pavlov par Nahzatul Akma
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
Nahzatul Akma40.3K vues
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget par Sattia Wathy
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
Sattia Wathy3K vues
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02 par Kamal Khalid
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Kamal Khalid901 vues
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget par CHIANG JIE CHYNG
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
CHIANG JIE CHYNG3.9K vues
Pergerakan lokomotor par Arra Asri
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
Arra Asri8.5K vues

Plus de UNIVERSITY FOR TEACHERS XD

Ujian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodist par
Ujian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodistUjian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodist
Ujian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodistUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
13.7K vues4 diapositives
Pksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chin par
Pksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chinPksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chin
Pksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chinUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
747 vues10 diapositives
Rpt sejarah kssr thn4 sk par
Rpt sejarah kssr thn4  skRpt sejarah kssr thn4  sk
Rpt sejarah kssr thn4 skUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
9.3K vues13 diapositives
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2 par
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
1.5K vues53 diapositives
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1 par
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
11.5K vues45 diapositives
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi par
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
2.6K vues40 diapositives

Plus de UNIVERSITY FOR TEACHERS XD(20)

HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia par UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusiaHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

Teori pembelajaran behaviorisme

  • 1. (a) i. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Menurut Ee Ah Meng (2001), pendekatan behaviourisme dipelopori oleh John B. Watson Ahli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Ini bermaksud segala pengalaman yang di lalui oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah laku dia pada masa akan datang. Mereka menyatakan setiap insan telah melalui proses pembelajaran sejak dilahirkan maka adalah sukar untuk membezakan antara tumbesaran dan pembelajaran kerana mereka adalah saling berkaitan. Teori pembelajaran behaviourisme adalah tertumpu kepada tingkah laku dan persekitaran dimana mereka menumpukan perhatian kepada tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang sedang difikirkannya. Teori behaviourisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik terdapat dua pengasas utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan Teori Pelaziman Klasik Watson dan Ivan Petrovich Pavlov yang mengasaskan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Dalam teori pelaziman operan juga mempunyai dua pengasas utama iaitu Edward Lee Thorndike yang mengasaskan Teori Pelaziman Operan Thorndike dan Burhrus Frederic Skinner yang mengasaskan Teori Pelaziman Operan Skinner. Menurut Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike) (tiada tarikh), John B. Watson digelar sebagai bapa behaviorisme. Beliau menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak iaitu Albert yang berumur 11 bulan. Pada mulanya kanak-kanak tidak berasa takut pada tikus tetapi apabila bunyi kuat dikeluarkan bersama kemunculan tikus, Albert menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali dan menyebabkan Albert menjadi takut kepada tikus walaupun 1
  • 2. tiada bunyi di keluarkan semasa menunjukkan tikus kepadanya. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), dalam eksperimen ini, beliau telah membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara klasik. Beliau menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran dimana guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang diberi serta gerak balas yang dihasilkan. Oleh itu guru harus memilih rangsangan yang menyeronokkan pelajar untuk belajar. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Pavlov menyatakan setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Rangsangan adalah apa-apa bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas manakala gerak balas adalah apa-apa tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Pelaziman Klasik) (tiada tarikh), Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Melalui eksperimen ini, Pavlov menghasilkan tiga peringkat pelaziman iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Pavlov telah menghasilkan tiga konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan melalui prinsip pelaziman klasiknya. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), E. L. Thorndike adalah ahli behavioris yang 2
  • 3. pertama mengemukakan konsep pelaziman operan. Menurut Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike) (tiada tarikh), Thorndike menjalankan eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang diciptanya dan dipanggil “puzzle box”. Beliau memasukkan kucing kedalam sangkar (“puzzle box”) dan meletakkan makanan di luar. Beliau mendapati kucing tersebut akan melakukan pelbagai percubaan untuk keluar dari sangkar dan pembelajaran ini dinamakan sebagai pembelajaran cuba jaya. Bila dimasukkan semula, kucing tersebut akan mengulangi percubaan untuk keluar dan ini menunjukkan kucing tersebut belajar keluar secara cuba jaya. Melalui eksperimennya, beliau menyatakan pembelajaran adalah hasil daripada gabungan rangsangan dan gerak balas. Beliau menyatakan pembelajaran manusia boleh dikawal oleh hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Menurut TEORI PELAZIMAN OPERAN (tiada tarikh), Teori Pelaziman Operan Skinner diasaskan oleh Burhrus Frederic Skinner. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Skinner bersependapat dengan Ivan Petrovich Pavlov tetapi menyatakan bahawa perlakuan manusia seharusnya diperhatikan dalam satu jangka masa yang panjang serta membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Pada tahun 1938, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk The Behavior of Organism yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan yang seterusnya menjadi suatu teori pembelajaran. Menurut Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Operan Skinner) (tiada tarikh), perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas sesuatu perkara. Pelaziman operan pula ialah suatu keadaan dimana organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu beroperasi ke atas persekitarannya. Tingkah laku operan merupakan tingkahlaku bukan otomatik atau boleh dijangkakan serta tidak ada kaitan dengan rangsangan yang telah dikenalpasti. Beliau menjalankan kajian keatas haiwan dengan menggunakan “Skinner Box” yang diciptanya dimana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balas mereka boleh 3
  • 4. diperhatikan dan direkodkan lalu membawa beliau menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyatakan gerak balas boleh di perkuat jika diulang dan dihapuskan jika tidak diulang sebaik sahaja gerak balas ditunjukkan. Lima proses utama beliau adalah peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. 4
  • 5. (b) i. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOURISME TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE Hukum Pembelajaran Thorndike Menurut Mok Soon Sang (2006), kesimpulan yang dibuat oleh Thorndike daripada hasil kajiannya adalah pembelajaran merupakan proses cuba-ralat atau memilih dan menghubungkait. Latihan akan diberi berulang-ulang dan gerak balas yang salah pada mulanya akan semakin berkurangan maka perhubungan diantara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh. Maka perhubungan di antara gerak balas dengan rangsangan sebenarnya mewakili proses pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Thorndike menghasilkan Hukum Pembelajaran Thondike yang terdiri daripada Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan hasil daripada eksperimennya . 1. Hukum Kesediaan Menurut Ee Ah Meng (2002), Thorndike merujuk kesediaan sebagai persiapan yang perlu ada pada individu sebelum dapat bertindak. Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pelajar yang berada dalam keadaan sedia akan berasa puas apabila bertindak. Jika mereka belum bersedia dan guru mengarahkan mereka untuk bertindak maka mereka akan berasa kecewa. Ini menunjukkan kesediaan perlu ada dalam diri seseorang sebelum dia dapat bertindak. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Hukum Kesediaan terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Menurut Ee Ah Meng (2000), kognitif adalah aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep dan sebagainya. Kesediaan 5
  • 6. kognitif adalah kesediaan mental untuk mempelajari sesuatu. Menurut Mok Soon Sang (2001), perkembangan intelek adalah berkadar terus dengan umur kerana pelajar sekolah rendah belajar benda yang konkrit dan selepas masuk sekolah menengah mereka mula sanggup belajar benda yang kompleks. Semasa seseorang telah mencapai kesediaan mental, pencapaian akademiknya adalah selaras dengan usaha dan latihan yang dilaluinya seperti John yang berumur tujuh tahun dapat mengira 1 hingga 50 kerana dia telah mencapai kesediaan kognitif yang diperlukan untuk menjalani ilmiah Tahun 1. jika John tidak bersedia dari segi mentalnya untuk belajar mengira 1 hingga 50 sudah tentu John tidak akan berjaya mengira 1 hingga 50. Menurut Mok Soon Sang (2001), kesediaan afektif adalah merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Ini menunjukkan pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali pelajar mengulang kaji. Oleh itu pelajar yang mempunyai kesediaan afektif yang tinggi mempunyai sikap positif , motivasi diri yang tinggi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan akan memudahkan proses pembelajarannya dan mencapai kesemerlangan. Tetapi pelajar yang kesediaan afektif rendah seperti mempunyai sikap negatif belajar iaitu tiada minat belajar akan menyebabkan pelajar itu sukar mencapai kejayaan dalam pelajaran walaupun telah melakukan banyak aktiviti pembelajaran yang sama. Menurut Ee Ah Meng (2000), kesediaan psikomotor adalah merujuk kepada kesediaan seseorang individu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan koordinasi pergerakan otot seperti semasa kanak-kanak cuba memegang pensel untuk menulis atau menyebut perkataan. Menurut Mok Soon Sang (2001), kesediaan psikomotor adalah seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kedua-dua penulis ini telah membuktikan bahawa seseorang individu mempunyai kesediaan psikomotor jika tubuhnya telah matang selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan seperti perkembangan otot, anggota, pengawalan dan penyelarasan badan untuk 6
  • 7. melakukan aktiviti memegang pensel untuk menulis. Tetapi kanak-kanak yang sama umur tidak semestinya mempunyai perkembangan fizikal yang sama kerana individu adalah berbeza dan kesediaan psikomotor yang tinggi membolehkan mereka melakukan latihan dalam pembelajaran dengan cekap seperti melukis dalam pendidikan seni atau bersukan. Menurut Mok Soon Sang (2003), Hukum Kesediaan menekankan ganjaran hanya berkesan jika pelajar mempunyai kesanggupan untuk menerimanya dari segi psikologi. Jika pelajar menerima ganjaran dan mendapat kepuasan maka hubungan diantara gerak balas dengan ganjaran pelajar akan bertambah kukuh. Ini bermaksud pemberian ganjaran yang sesuai dengan kehendak pelajar akan mendorong pelajar lebih bersedia bagi mengikuti proses pembelajaran pada masa depan. Kesimpulannya adalah pelajar yang bersedia untuk belajar akan memastikan pembelajaran berkesan dan memuaskan kerana wujudnya rangsangan motivasi, manakala pelajar yang belum bersedia belajar atau dipaksa akan menyebabkan pembelajaran tidak berkesan kerana tiada rangsangan. 2. Hukum Latihan Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Thorndike menyatakan rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang akan menguasai kemahiran jika dia membuat latihan berulang kali kerana melalui pengulangan dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Contoh hukum latihan yang biasanya digunakan adalah guru memberi latihan untuk dibuat oleh pelajar selepas guru mengajar benda baru kepada pelajar. Ini adalah penting supaya pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas selepas membuat latihan. Jika latihan tidak diberi oleh guru selepas mengajar benda baru, besar kemungkinan pelajar akan lupa akan apa yang telah mereka pelajari. Ini menunjukkan tingkah laku dapat diteguhkan apabila diulang atau diaplikasi dan dilemahkan tanpa pengulangan atau tanpa pengukuhan. Keadaan ini menunjukkan hukum latihan sesuai untuk pembelajaran yang perlukan teknik 7
  • 8. menghafal kerana teknik yang digunakan adalah mengulangi latihan. Kesimpulan bagi hukum latihan adalah, latihan yang diulang akan meningkatkan kemahiran pelajar iaitu pertalian diantara rangsangan dengan gerak balas bertambah kukuh, manakala pelajar akan menjadi lemah jika latihan tidak dijalankan kerana pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah lemah jika tidak diulang. 3. Hukum Kesan Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh apabila terdapat kesan yang memuaskan atau menyeronokkan selepas sesuatu gerak balas dihasilkan seperti guru memberi pujian kepada pelajar selepas pelajar menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut berasa seronok dan menyebabkan pelajar tersebut mahu menjawab soalan guru lagi pada masa depan. Terdapat dua jenis peneguhan yang boleh diberikan oleh guru iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah rangsangan yang diberikan oleh guru untuk menyebabkan pelajar mengulangi tingkah laku yang diingini. Peneguhan negatif pula merupakan rangsangan yang tidak positif yang diberikan oleh guru untuk mengelakkan pelajar pengulangan tingkah laku yang tidak diingini. Peneguhan positif yang biasa digunakan oleh guru adalah memberi senyuman dan membalas salam kepada pelajar selepas pelajar memberi salam kepada guru. Keadaan ini akan memberi pelajar pengalaman yang menyenangkan lalu akan mengulangi amalan bersopan mereka semasa melihat guru iaitu memberi salam. Peneguhan negatif yang biasanya diberi oleh guru kepada pelajar adalah memarahi pelajar yang tidak menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan mereka daripada dimarahi. Selain itu, terdapat juga konsep diskriminasi dimana pelajar dapat membezakan rangsangan yang hampir sama dan memberi gerak balas kepada rangsangan tersebut seperti, pelajar tahu membuat persediaan untuk mengikuti mata pelajaran yang berbeza iaitu selepas pelajar bermain di padang 8
  • 9. bagi pendidikan jasmani, pelajar tahu menukar pakaian sukan mereka kepada pakaian uniform untuk belajar dalam kelas untuk mengelak daripada di marahi oleh guru. Kesimpulan bagi hukum kesan adalah pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika individu mendapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala jika kesan pengalaman itu menyakitkan individu tersebut, gerak balas tersebut akan di perhentikan. 9
  • 10. (b) ii. CONTOH APLIKASI HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE DALAM BILIK DARJAH 1. Hukum Kesediaan Sebelum guru memulakan sesi pengajarannya, guru perlulah menganalisis pelajarnya secara umum iaitu dari segi kesediaan kognitif, kesediaan psikomotor dan kesediaan afektif pelajarnya. Contoh, jika guru mengajar mata pelajaran Bahasa Malayu yang bertajuk Buluh Pelbagai Guna kepada pelajar Tahun 2, guru perlu membuat pendekatan mengajar yang sesuai untuk pelajar tahap Tahun 2. Ini bermakna guru perlu menganalisis kesediaan pelajarnya terlebih dahulu. Pada permulaan pengajaran, guru perlu memulakannya dengan menggunakkan set induksi yang menarik seperti membaca teka-teki buluh supaya dapat merangsang minda pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran kerana pelajar Tahun 2 biasanya suka bermain teka-teki. Di sinilah guru akan memastikan pelajarnya bersedia dari segi kesediaan kognitif mereka kerana mereka mula menggunakan minda mereka untuk meneka apakah jawapan teka-teki tersebut. Pada masa yang sama kesediaan afektif pelajar juga bersedia kerana emosi mereka pada mulanya tidak berminat untuk belajar telah menjadi berminat kerana dapat bermain meneka teka-teki. Teka-teki yang di berikan kepada pelajar perlulah menggunakan saiz perkataan yang besar, perkataan yang mudah dibaca dan difahami supaya pelajar dapat menekanya. Pada masa yang sama guru juga telah memastikan kesediaan psikomotor pelajar diambil kira dengan memaparkan perkataan dalam teka-teki buluh dalam slaid Power Point yang mengandungi warna yang sesuai iaitu warna kontras supaya pelajar dapat melihat dengan jelas akibat perbezaan warna seperti tulisan putih dan latar adalah biru gelap. Tulisan yang dipaparkan perlulah besar dan jelas kerana kesediaan psikomotor pelajar pada masa itu adalah sukar untuk membaca tulisan yang kecil. Guru perlu memaparkan 10
  • 11. gambar-gambar yang menarik dalam pengajaran seperti memaparkan gambar buluh pada slaid Power Point dan namanya di bawah supaya dapat menarik minat pelajar untuk membacanya. Selain itu guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan pada masa yang sama menyediakan mereka dari segi kesediaan afektif untuk belajar dengan emosi yang gembira dan berminat untuk meneruskan pembelajaran. Apabila selesai set induksi tersebut barulah guru memulakan pengajaran yang sebenar kerana pelajarnya telah menerima rangsangan motivasi daripada set induksi terlebih dahulu dan telah bersedia dari segi kesediaan afektif, kesediaan psikomotor dan kesediaan kognitif untuk mula belajar. 2. Hukum Latihan Guru memberi pelajar latihan untuk dibuat sebagai pengukuhan dengan mengulangi apa yang telah diajar. Pada mulanya guru akan memberi latihan berbentuk soal jawab dimana pelajar akan di beri soalan sejurus selepas guru mengajar satu benda. Soalan tersebut adalah ulangan kepada apa yang baru di ajar. Selepas itu guru akan memberi pelajar latihan bertulis dimana pelajar perlu menulis dalam kertas kerja yang diedarkan. Di sini pelajar akan melakukan latihan yang di berikan dalam masa yang ditetapkan. Latihan pengukuhan diberi terus kepada pelajar selepas mereka berjaya mempelajari sesuatu yang baru supaya mereka tidak lupa apa yang baru dipelajari dengan mudah kerana latihan ulangan akan mengukuhkan daya ingatan mereka. Mereka perlu menulis nama benda yang dibuat daripada buluh dengan melihat gambar dan mencari jawapan yang dibekalkan di atas gambar. Ruang untuk pelajar menulis adalah besar supaya sesuai dengan kesediaan psikomotor mereka kerana tulisan pelajar Tahun 2 biasanya adalah besar. Pada masa yang sama guru akan membimbing pelajar yang kurang cekap untuk menjawab soalan latihan yang diberi. Melalui latihan yang diberikan sudah tentu pelajar akan dapat mengingati apa yang telah 11
  • 12. diajar oleh guru. Pengulangan melalui latihan ini sudah tentu dapat membantu pelajar mengingati apa yang telah mereka pelajari. 3. Hukum Kesan Guru akan memberi peneguhan positif sebagai rangsangan untuk memotivasikan pelajar supaya mengulangi tingkah laku yang diingini oleh guru. Contohnya seperti selepas pelajar menyiapkan latihan yang diberikan, guru akan memberi pujian kepada mereka yang berjaya menyiapkannya dengan menyatakan “bagus”, “baik”, “hebatnya” , “syabas” dan banyak lagi. Ini secara tidak langsung telah memotivasikan pelajar untuk menyiapkan kerja yang diberikan dalam masa yang diberi supaya mereka boleh mendapat pujian daripada guru. Selain itu pujian sebegini akan memberi pelajar rasa bangga kerana mendapat pujian maka mereka akan belajar dengan lebih bersungguh- sungguh lagi. Guru juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diketengahkan seperti gula-gula, pembaris, pensel dan lain-lain. Pemberian ganjaran ini akan memotivasikan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka boleh mendapat ganjaran yang diberikan oleh guru semasa sesi menjawab soalan kerana hanya pelajar yang menjawab dengan betul sahaja diberi ganjaran. Kesemua peneguhan positif ini akan memberi pelajar pengalaman belajar yang seronok dan mengembirakan lalu pelajar akan suka belajar dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya pelajar lebih seronok untuk belajar. Sebagai contoh guru akan mengubah kaedah pengajaran yang biasanya berpuastkan pelajar kepada belajar melalui kerja berkumpulan. Ini akan mewujudkan satu kesan dimana pelajar berasa kaedah guru mengajar adalah baru dan tidak membosankan lalu menyebabkan mereka bersemangat untuk belajar. Selain itu, suasana persekitaran pembelajaran juga perlu dipelbagaikan. Pembelajaran yang efeftik tidak semestinya berlansung di dalam kelas semata-mata. Pembelajaran boleh dilakukan di dalam suasana yang berbeza sperti di luar bilik darjah, di taman, dan di padang. Contohnya, guru akan membawa pelajar keluar dari kelas seperti 12
  • 13. di kawasan padang untuk membuat kuiz unutk mengelakkan pelajar membuat bising dalam kelas yang boleh mengganggu pelajar lain semasa sesi kiuz di jalankan. Pelajar pada masa ini akan berasa seronok untuk belajar dalam suasana baru dan akan memberi komitmen yang sepenuhnya kepada guru untuk menjayakan sesi kuiz. 13
  • 14. RUJUKAN 1. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2. Ee Ah Meng (2000). PSIKOLOGI PENDIDIKAN II (Semester II). Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. 3. Ee Ah Meng (2002). PSIKOLOGI PENDIDIKAN III Edisi Ketiga (Semester III). Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Mok Soon Sang (2001). PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus Diploma Perguruan Semester 2. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 5. Mok Soon Sang (2003). PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 6. Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 7. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Pelaziman Klasik). (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada http://www.homestead.com/peoplelearn/psychlearncontent2a.html 8. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike). (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2b.html 9. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Operan Skinner). (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada http://www.homestead.com/peoplelearn/psychlearncontent2c.html 10. Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006). HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia. 14
  • 15. 11. TEORI PELAZIMAN OPERAN. (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/teori/Teori_Pelaziman_Operan.htm 15