Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Asgment pj word

asigment pj

  • Soyez le premier à commenter

  • Soyez le premier à aimer ceci

Asgment pj word

  1. 1. Soalan Pendidikan jasmani Anatomi Dan Fisiologi Manusia Sains Anatomi dan Fisiologi Sistem Rangka Sendi Sistem Otot
  2. 2. PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI ANATOMI  Anatomi adalah berasal daripada perkataan ‘Greek’iaitu ‘ANA’yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.  Anatomi juga adalah satu bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia dan juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk.  Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini.  Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik.  Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot.  Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.  Atau dalam erti kata lain anatomi adalah satu kajian struktur dalaman dan luaran dan hubungan fizikal di antara bahagian-bahagian tubuh badan.
  3. 3. Anatomi dipecahkan kepada cabang-cabang sains iaitu: Anatomi Histologi-Kajian Struktur tisu Anatomi Sitologi-Kajian mengenai struktur- struktur sel. Anatomi Gross/Kasar Kajian mengenai struktur-struktur yang dibuat tanpa penggunaan mikroskop. Anatomi Sistem Kajian sistem- sistem yang lebih spesifik seperti sistem saraf,otak,jantung dan sebagainya. Anatomi kawasan Kajian bahagian- bahagian badan contoh:bahagian kepala,leher dan tangan. Anatomi Perkembangan Perkembangan manusia dari peringkat telur hingga dewasa hingga mati. Anatomi Embriologi Kajian khusus tentang manusia dari peringkat telur hingga mati. Anatomi Patalogikal kajian pembahan struktur yang disebabkan oleh penyakit.
  4. 4. FISIOLOGI Berasal daripada dua perkataan 'Greek'iaitu PHYSIS+LOGOS',PH YSIS bermaksud semulajadi(Nature)da n LOGOS bermaksud kajian *Sains Anatomi dan Fisiologi *Organisasi StrukturTubuh *Tisu-tisuTubuh *Sistem- sistemTubuh *Homeostasis Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia danfibula dapat menyokong berat badan kita Fisiologi adalah kajian bagaimana tubuh badan dan bahagian- bahagiannya berfungsi
  5. 5. FISIOLOGI  Fisiologi diperolehi daripada dua perkataan ‘Greek’iaitu PHYSIS +’LOGOS’:PHYSIS bermaksud semulajadi(Nature) dan ‘LOGOS pula bermaksud kajian.  Kajian mengenai fungsi,tugas-tugas,sistem-sistem di dalam badan.  Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula yang dapat menyokong berat badan kita. KINESIOLOGI  Kajian berkaitan pergerakan tubuh manusia dan faktor- faktor yang boleh mempengaruhi pergerakan tersebut.
  6. 6. ORGANISASI STRUKTUR  Organisasi Struktur ManusiaTubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia.  Atom ini bergabungsesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel.  Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolisme dan mengeluarkan C0 2 daripada tubuh manusia.  Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama.  Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.  Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripadagabungan dua atau lebih tisu.  Organ mempunyai keempat-empat jenistisu seperti hati, ginjal dan jantung.  Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori.  Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah arasorganisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan.
  7. 7. Rajah:Aras Organisasi Struktural Manusia
  8. 8. Sistem-sistem Tubuh Manusia Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus. Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia
  9. 9. Bahagian BahuBahagian Tangan Anggota atas dibahagi kepada: Pangkal lengan hingga ke siku Pangkal Lengan dari siku hingga pergelangan tangan. Peha(dari pangkal peha ke lutut BAHAGIAN- BAHAGIAN BADAN Kepala dan Leher Badan(toraks, abdomen &pelvis membentuk bahagian badan.) Bahagian anggota- anggota atas,lengan, tangan dan anggota bawah iaitu kaki
  10. 10. Bahagian bahu- terdapat tiga kawasan pada bahagian bahu.Kawasan-kawasan tersebut dikenali sebagai kawasan pektoral atau dada di hadapan,kawasan skapula iaitu bahagian di sekitar tulang belikat(skapula di belakang,dan aksila atau ketiak di sisi tubuh. Bahagian Tangan-terdiri daripada beberapa bahagian.Antaranya pergelangan tangan(karpus),tangan sebenar(metakarpus)dan jari(digit) Lengan atas(Brakium)-Lengan atas adalah bahagian di antara bahu dengan siku. Siku(Kubitus)-Siku atau kubitus merupakan kawasan di antara lengan atas dan lengan bawah.Permukaan hadapan siku terdapat sau rongga yang cetek yang dikenali sebagai fosa kubital. Lengan Bawah(Antebrakium)- Lengan bawah adalah bahagian di antara siku dengan pergelangan tangan.
  11. 11. Bahagian Anggota Bawah. Lutut(Genu)-Lutut terletak di antara paha dan tungkai bawah.Permukaan belakang lutut terdapat satu rongga yang cetek dikenali sebagai fosa popliteal. Kawasan Gluteal-Kawasan ini merupakan kawasan bulat di belakang,iaitu di antara badan dan hujung superiorpaha.Sendi pinggul terletak pada kawasan ini. Paha-adalah bahagian di antara pinggul dan lutut. Pergelangan kaki- adalah bahagian yang terletak di antara tungkai bawah kaki Tungkai bawah- merupakan bahagian antara lutut dan pergelangan kaki.Bahagian posterior tungkai bawah ini disebut sebagai betis. Kaki(Pes)-adalah bahagian yang paling distal pada anggota bawah.Permukaan atas dikenali permukaan dorsal dan dibahagian bawah dikenali sebagai plantar.
  12. 12. rajah 1.2 Pandangan hadapan tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya. Rajah 1.3 Pandangan belakang tubuh manusia bahagian dan kawasannya. Sumber : Abdul Hamid Rashid(2001).Anatomi Umum. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
  13. 13. Peringkat kedua sel-sel ini adalah struktur asas,merupakan unit organisma yang berfungsi. Jenis-jenis sel di dalam badan ialah sel-sel otot,sel saraf dan sel darah. Peringkat 1 peringkat kimia termasuk sebastian-sebastian kimia dlm badan. Sebastian ini akan bergabung menjadi peringkat ke-2 iaitu peringkat sel. Dua sebastian yang belainan jenis bergabung membentuk sel. Peringkat-peringkat Organisasi Tubuh Badan Peringkat ketiga(Tisu) Terbentuk daripada kumpulan sel yang mempunyai kumpulan tugas yang sama. Tisu-tisu ini bergabung untuk menjadi peringkat ke- 4 iaitu peringkat organ. Peringkat 5(sistem) Gabungan organ- organ yang mempunyai tugas yang sama. Contoh:organ penghadaman. Peringkat 4(organ) Organ adalah struktur yang mempunyai bentuk dan organ dari 2 atau lebih tisu yang berbeza.
  14. 14. JadualSistem-sistem TubuhBadan SISTEM BAHAGIAN DALAM SISTEM FUNGSI SISTEM 1.Integumentari(kulit) 1.Kulit  .Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh badan daripada kecederaan.  Bersifat kalis air,membantu mencegah kehilangan air dalam badan.  Peka kepada rangsangan sakit,sejuk,kepanasan ,tekanan dan sentuhan.  Menyingkirkan bahan kimia semasa perpeluhan seperti air,asid urik dan garam mineral berlebihan. 2.Rangka Tulang  Kartilej  Ligamen  Sendi  Menyokong berat badan.  Melindungi organ-organ lembut di dalam tubuh sperti otak,saraf tunjang(spina korda),jantung dan paru- paru.  Memeberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan.  Menyediakan tempat untuk pelekatan otot-otot rangka.  Tuas untuk pergerakan  Menghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah putih dan platelet di dalam sum-sum merah tulang. 3.Otot Otot  Tendon  Mengekalkan postur tubuh.  Menghasilkan pergerakan  Menghasilkan haba melalui aktiviti sel didalam otot.  Menstabilkan sendi
  15. 15.  Mengartikulasi antara otot dengan tulang. 4.Saraf Otak Saraftunjang Sarafperiferi  Organ reseptor  Mengesan,menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima.  Menyimpan maklumat yang diterima  Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh. 5.Endokrina Kelenjar sepertipituatari, tiroid dan adrenal.  Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormone yang dirembeskan ke dalam aliran darah. 6.kardiovaskular Jantung Salur darah  Jantung mengepam darah ke seluruh badan.
  16. 16.  Mengankut gas-gas respiratori,nutrient,horm on dan bahan buangan. 7.Limfatik Nodus limfa Salur limfatik Timus Organ limfoid Tonsil  Sebagai system imunisasi tubuh kerana mempunyai sel darah putih(leukosit)  Menghasilkan limfosit.  Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke system darah untuk diuraikan oleh hati.  Mengangkut hasil percernaan untuk diserap ke dalam lacteal. 8.Respiratori Hidung Farinks Trakea  Memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel.
  17. 17. Bronkus Paru-paru  Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis. 9.Pencernaan Mulut Esophagus Perut Pankreas Hepar Ileum Usus besar Rektum  Memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel.  Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis. 10.Urinari Ginjal Ureter Pundikacang Uretra  Menyingkirkan bahan kumuh daripada darah.  Mengawal isipadu dn komposisi bahan kimia.  Mengimbangkan paras asid dan alkali dalam darah. 11.Reproduktif (a)Lelaki  Penis  Testes  Vesikelsemen  Menghasilkan zuriat  Menghasilkan hormone seks.
  18. 18.  Kelenjar prostat  Uretra (b)Perempuan  Ovary  Tiub faliopio  Uterus  vagina Sumber: Marieb,N.M.(1997),Essentials of Human Anatomy and physiology,5th ed,Cummings Publishing Company Inc,California.
  19. 19. Sebagai kesimpulannya setiap sistem mestilh berfungsi dengan berkesan dan bertindak secara harmoni dengan sistem lain untuk kemandirian organisma.
  20. 20. PENGENALAN PERINGKAT KIMIA,SELULAR DAN ORGANISMA
  21. 21. Pengenalan Kimia,Selular dan Organisma  Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta interaksinya.  Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepada atom, molekul dansebatian (kompoun).  Interaksi antara atom sepertiikatan kovalen dan ikatan ionik akan mempengaruhi sifat-sifat fizikal sesuatu zarah.  Manakala elektron dalam atom tersebutakan menentukan sifat kimia. Bahan kimia selalunya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCldsb.  Bidang ini adalah penting kerana setiap unit jasad adalah terdiri daripada bahankimia.  Contohnya air adalah dibentuk melalui pergabungan satu atom oksigen dan duaatom hydrogen, Garam masak pula adalah dari pada natrium dan klorin.
  22. 22.  Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan kerjasama daripada semua organ badan.  Lebih terperinci, setiap sel dalam badan manusia melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan.  Yang penting, pengawal aturan adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangiketidaknormalan manusia.  Pengawalaturan ini dinamakan sebagaisuap balik positif dan suap balik negatif.  Dalam menjalankan aktiviti fizikal yang cergas sepertibermain hoki dan bola keranjang,seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan. BAHAN KIMIA UTAMA DALAM BADAN
  23. 23.  Badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endokrina (hormon danenzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif.  Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkanpembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal.  Selain itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk membekalkan air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila pengambilan air yang berlebihan.  Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat hidup dalam keadaan yang normal.  Biasanya, suap balik ini melibatkan denyutan jantung,pengecutan dan pengembagan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam konteks sukan.  Bidang kimia dalam sistem biologi pula digelarkan sebagai biokimia. Bahan- bahandiperlukan untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik dansebagainya.  Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkanperanan dalam membina dan menggantikan sel-sel untuk tumbesaran. Ia juga berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup.  Setiap sel memerlukan tenaga haba dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul makanan dalam sitoplasma.  Oleh yang demikian, manusia memerlukan tenaga untukbernafas dan bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut dalam unit joule (J).  Tenaga iniadalah unit untuk mengukur kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti fizikalseperti mandaki gunung.  Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalahsatu bahan kimia akhir yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel.
  24. 24.  Jadi, setiapmolekul makanan hendaklah dihadamkan supaya menjadi unit ATP, yang seterusnyadihadamkan menjadi tenaga dalam sukatan joule. Lebih banyak molekul ATP dihasilkan,maka lebih tenaga dapat diperoleh.  Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantitimakanan boleh ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule atau kilojoule.
  25. 25. CONTOH KONSEP ASAS KIMIA UTAMA DALAM BADAN ATOM UNSUR (ELEMEN) KOMPOUN (SEBATIAN) MOLEKUL ELEKTROLIT KARBOHIDRAT PROTEIN LIPID
  26. 26. Atom  Atom adalah satu struktur yang asas untuk membina sesuatu bahan kimia.  Setiap atom mempunyai elektron bercas negatif, proton bercas positif dan neutron yang neutral.  Atom boleh dibezakan antara satu sama lain dengan bilangan subatomnya iaitu elektron,  Proton dan neutron yang terkandung dalam suatu atom.  Contohnya atom yangmempunyai 1 elektron dan neutron serta tiada elektron dipanggil hidrogendandisingkatkan sebagaiH (simbol kimia).  Manakala atom yang mempunyai 2 proton dan 2elektron serta 2 neutron adalah helium (He). Atom Hidrogen Atom Helium
  27. 27.  Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan bilangan elektron yang sama supaya sesuatu atom adalah sentiasa bercas neutral (tidak bercas).  Dalam tindak balas kimia,sesuatu atom boleh kehilangan proton ataupun elektron dan seterusnya menjadi atom yang bercas positif atau negatif.  Contohnya, hidrogen yang kehilangan satu elektron akan bercas positif kerana kehadiran proton.  Atom yang bercas dipanggil sebagaiion positif atau ion negatif. Unsur (elemen)  Unsur pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom.  Unsur-unsur kimia telah diatur ke dalam jadual berkala mengikut sistem elektron dan petalanya.  Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang unik seperti hidrogen,oksigen,bromin, nitrogen dsb.  Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang neutral kerana unsur yang bercas akan mengelirukan.
  28. 28. Jadual berkala unsur
  29. 29. Kompaun (sebatian).  Dalam ilmu kimia, sebatian adalah satu kumpulan unsur yang digabungkan secaraionik apabila satu unsur kehilangan elektron (bercas positif) dan satu lagi menerimaelektron(bercas negatif).  Dua ion yang bertentangan cas akan menarik antara satu samalain untuk membentuk sebatian.  Apabila kompaun ini berada dalam air, ia akan dipisahkandan membentuk ion dan boleh menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu.  Contohsebatian adalah seperti NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dan sebagainya.  Jadi, peranan sebatian dalam badan kita adalah membekalkan elektrolit (cecair yang bercas)untuk mengimbangicaj-caj dalam cecair badan. Sebatian Natrium Klorida
  30. 30. Molekul Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsur boleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melaluiperkongsian elektron apabila elektron terluar bagi sesuatu unsur adalah komplimentari dengan unsur yang digabungkan. Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak membentu kion kerana sifat kimia adalah berlainan dengan air (air merupakan molekul yang berkutub). Molekul bolehwujud dalam cecair apabila ia dileburkan ataupun larut dalam pelarut organic yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah sepertiCCl4, O2, Cl2, H2. Molekul Hemoglobin
  31. 31. Elektrolit  Ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik.  Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katoddan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar).  Dalam biokimia,elektrolit dalam cecair badan berfungsiuntuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan.  Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawaltekanannya sepertidalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam menolongproses-proses lain seperti penghadaman yang memerlukan faktor sampingan dan sebagainya.  Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita.  Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan menjadi lemah. Larutan Elektrolit Elektrolit
  32. 32. Karbohidrat  Karbohidrat adalah pembekaltenaga utama dalam badan manusia.  Ia adalah sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran banyak ikatan kovalen antara unsur- unsur C, H, dan O.  Jadi formula kimia umum bagi karbohidrat adalah ditulis sebagai C6H12O6]n,n adalah bilangan unit berulang.  Dalam perkataan harian,karbohidrat adalah gula. Namun, dalam istilah biokimia, karbohidrat adalah sukrosa,maltosa, glukosa, fruktosa.  Ada yang membezakan karbohidrat melalui bilangan karbon dalam unit berulangnya (unit berulang dipanggil sebagai monomer). Sumber Makanan Karbohidrat Glukosa
  33. 33.  Contohnya pentosadan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon.  Cuma beberapajenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita,iaitu sukrosa, fruktosa.  Kesemuagula ini perlu dicernakan dalam sistem pencernaanmanusia supaya menjadi unit yang terkecil iaitu glukosa untuk diserap ke dalam sel-sel.Jadi,kekurangan glukosa dalam darah  Ini bermakna seseorang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan proses dalam badan.  Kesannya, individu tersebut akan pitam dan pengsan.  Nasi, roti, dan gandum merupakan sumberkarbohidrat yang utama. Sistem Pencernaan Manusia Glukosa
  34. 34. LIPID  Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungibadan kita.  Ia berfungsisebagaipenebatbawah kulituntuk melindungi badan daripadakesejukan.  Ia jugabertindak sebagaiminyak pelinciruntuk mengelakkan geseran antara organsemasabergerak.  Lipid juga merupakankomponen yang pentingdalam membentuk selmembran.  Selain itu, lemak juga merupakan pembekaltenaga terakhir apabila ketandusan karbohidratatau protein untuk memberi tenaga kepada badan.  Jadi, semua orangmemerlukanlipid untuk terus hidup dan melicinkan prosesdalam badan.  Akan tetapi, pengambilan lemak yang berlebihanakan meyebabkanseseorang terus menjadigemuk keranaia tidak digunakan apabila pembekaltenaga lainmasih ada.  Badan akan menyimpan lemak tersebutdi bawah kulit seperti paha,perut,danbahagian-bahagian yangkurang aktif.  Lipid boleh diambildaripadadaging,kacang,dansayur-sayuran.
  35. 35. Contoh Lipid
  36. 36. Protein  Protein adalah sumber yangpenting dalam membinaotot-otot badan.  Ia adalahunsuryang pentingsemasapertumbuhan dari peringkat kanak-kanak ke dewasa.  Protein biasanya diambildaridaging-daging sepertiayam, lembu,ikan, soya.  Biasanya,otot akan mengalamikerosakan dan kepecahan apabila seseorangmenjalankansukan,jadi otot tersebutperlu diperbaikidengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagianotot yang rosak.  Jadi, otot kelihatan besarpada tubuh badan.
  37. 37. Contoh Protien
  38. 38. SISTEM SEL SEBAGAI UNIT ASAS HIDUP.

×