SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
1


“ SETULUS KASIH, SALINA”




Pagi yang dingin dan ditemani kicauan burung-burung mengindahkan lagi suasana pagi itu.Sejuk
hingga meresap ke tulang sumsumku.Dengan gerak yang perlahan aku mengagahkan diri untuk
bingkas bangkit dari tidur lena ku.Hari ini bermulanya hidup aku sebagai seorang pensyarah
muda di sebuah unversiti terkemuka di Malaysia.Rumah yang aku huni bersama adik kesayangan
aku Diana yang kini sedang menuntut di sekolah menengah.Umurnya baru sahaja mencecah 15
tahun.Mukanya persis seperti ibu tiriku.

„Ibu tiri….

Menyebut dan teringat peristiwa lalu membuat aku semakin meluat.Perasaan benciku semakin
menjadi-jadi.Tapi, aku hanyalah insan biasa yang tidak mampu untuk menghukum apatah lagi
menyalahkan pesalah seperti seorang hakim yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

…..Kedengaran seperti sesuatu jatuh ke lantai.Berdesing telingaku.Aku segera turun ke bawah
walaupun kepalaku masih bertudungkan selimut.

„Dania, kenapa ni? Apa yang bunyi bising tu?‟

Aku segera merapati adikku yang kelihatannya kaku di hadapan.Langkah kaki ku
perlahankan.Dania hanya terdiam seribu bahasa.Perasaan marahku muncul serta-merta.

„Dania buat apa ni? Kenapa gambar ni boleh jatuh? Kenapa Dania?‟ Soalanku bertubi-tubi
menikam adikku.Aku terduduk di lantai lantas memegang kepingan gambar di samping serpihan
kaca yang menyaluti.Airmataku gugur.Ku usap-usap gambar seorang insan yang paling istimewa
dalam hidupku.

„ Akak, Dania minta maaf. Dania tak sengaja .Dania nak cepat-cepat tadi. Tapi tak sangka pula
tersiku gambar ni‟ Dania tersedu-sedu ketakutan.Aku menarik tangan Dania supaya duduk
bersamaku.

„Dania, akak bukan marahkan Dania dan tak marahkan sesiapa pun tapi akak salahkan masa
yang lalu. Perit Dania. Sangat perit.‟Aku memandang sayu wajah adikku.
2


Pagi itu, cuaca sungguh cerah, aku memandang ke arah jam loceng , hadiah pemberian kak
Salina sempena keputusan cemerlangku dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dua minggu yang
lepas. Penatku masih berbekas lagi, maklumlah aku baharu sahaja memulakan kehidupan sebagai
seorang pekerja di sebuah pasaraya di pecan hujung kampungku.Walupun kak Salina melarang
keras tetapi aku tetap dengan pendirianku.Bagi diriku, sampai bila hidupku ditanggung oleh kak
Salina.Aku juga perlu berdikari sendiri.

„ Diana!!!, bangun cepat. Kau ni nak jadi anak dara apa? Rumah tak dikemas lagi!‟

Awal pagi lagi , ibu tiriku sudah memekak. Terkadang, aku ingin lari daripada berhadapan
dengan wajah bengi ibu tiriku itu. Tapi kemana harus kakiku melangkah..Selimut ku kemas
dengan rapi, ku susun di atas bantal yang ku jahit sendiri.

„Hidup ini kena berdikari. Payah kalau sentiasa bergantung ke atas orang lain. Hidup tak maju,
diri sendiri pun tak ke mana-mana‟

Aku teringat dengan kata-kata ayah . Ayah sering memberiku kata-kata semangat jika
dibandingkan dengan ibu tiriku . Ku pulas perlahan tombol pintu bilikku. Mataku bertemu mata
dengan wajah bengis ibu tiriku.

„ Berapa kali aku nak panggil kau? Kau ni dah pekak ke apa? “ Ngauman ibu tiriku baru sahaja
bermula.

Aku tidak menjawab sepatah pun kata-kata yang dilontarkan oleh lidah berbisa ibu tiriku itu.Aku
dah lali dengan sikapnya.Api yang marak tak patut disimbah dengan minyak tanah. Kalau tidak ,
hanguslah jadinya. Aku teru bergerak le dapur.

„ Diana! Kau ni memang anak kurang ajar, aku bercakap kau boleh pergi macam tu je,kau nie
memang nak kena ya..‟Aku segera menoleh.

„ Ibu, saya penat‟ Itu sahaja jawapan yang mampu aku berikan lantas meneruskan langkah
kakiku.

„Diana!!‟

Kedengaran lagi ibu tiriku memanggil nama ku .Semakin lantang suaranya.
3


“ Ibu!!!!

Aku tahu itu pasti suara kak Salina yang baru sahaja balik dari menghantar hasil tempahan baju
kurung ke rumah pelanggan di kampung sebelah.

„ Kau ni dah kenapa Salina, menjerit tak tentu pasal?Kau ingat aku ni pekak ?‟

Ibu mencekak pinggang di hadapan pintu dengan wajahnya yang bengis..

„Ibu, mana Diana?‟

Mata kak Salina meliar-liar mencari aku.Kak Salina pergi ke setiap bilik mencari kelibatku.

„ Kau ni dh kenapa mencari budak tak guna tu? Apa faedahnya? Dapat menantu kaya ke aku ni?

„ Ibu tahu tak, Diana dapat masuk dapat tawaran masuk ke universiti!‟

Dengan wajah yang ceria dan penuh kegembiraan Kak Salina memberitahu ibu tiriku. Bebola
matanya mengharapkan agar ibu turut merasai apa yang kak Salina rasai.

„ Masuk universiti? Apa faedahnya? Buang masa dan duit sahaja?Apa kau ingat gaji menjahit
pakaian kau tu mampu menampung pelajaran budak tu! Kita yang kat rumah ni makan ibarat
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi kau masih nak tampung pelajaran
dia?Masuk U tapi nanti keluar menganggur. Belajar tinggi-tinggi pun takde guna tetap juga ke
dapur juga nanti‟

Riak wajah Kak Salina berubah serta-merta.Aku yang berada di kamar mandi turut memasang
telinga.Kegembiraan aku diragut oleh kata-kata yang dilemparkan ibu ibarat bumi dihempap
angkasa lepas.Berderai airmata gugur jatuh ke bumi .Laju bak hujan yang membasahi
bumi.Retak dek sembilu yang menghiris hati.Sabun buku yang ku pegang hampir terlepas dari
pegangan.

„ Inilah masalah masyarakat kita . Sentiasa berfikiran negatif.Masih berada di takuk yang
lama.Tak inginkan perubahan.Kalau semua orang berfikiran macam ibu, alamatnya tak kemana-
mana lah bangsa kita ibu. Mundur! Macam ibu jugak!‟
4


Pang! Satu tamparan melekat di pipi kanan Kak Salina.Aku terkejut dan dengan pantasnya aku
menyaluti badanku dengan tuala lantas menuju ke ruang tamu.

„ Ibu, Kak Salina apa ni?‟

Aku menjerit ketakutan.Pandangan mereka saling bertemu.Seolah pemangsa bertemu dengan
pemangsa.

„ Kau jangan nak mengajar aku Salina. Aku hidup lebih lama daripada kau.Apa yang kau tahu?
Kalau kau setakat tamat tingkatan lima tapi dah pandai-pandai nak mengajar orang macam aku
ni, kau patut cermin muka kau dan ukur langit tu tinggi ke rendah! Kalau kau rasa dah hebat
sangat kau keluar dari rumah ni sekarang! Aku nak tengok sejauh mana kau mampu berdikari
sendiri dengan bijaknya berkata-kata‟

„ Ini rumah ayah kami tapi ibu yang jual kepada orang lain dan Mak Timah yang menebusnya,
kenapa Salina perlu keluar dari rumah ni?

Ibu tiriku segera bergegas berlalu tanpa berkata apa-apa meniti anak-anak tangga rumah.
Seperti biasa ibu tiriku akan pulang lewat malam. Kadang- kadang tidak pulang ke rumah.Entah
ke mana.Adik bongsu ku pula walaupun masih sekolah rendah tetapi sudah dihantar ke sekolah
berasrama penuh.Aku termati kutu melihat pandangan tajam mata ibu sebelum kelibatnya hilang
dari pandangan.Kak Salina terjelepok.

„Kak!‟

Aku panik dengan serta- merta.

„Kak, kenapa ni?‟

Aku memeluk bahu Kak Salina.Matanya jelas tergambar seribu satu kekesalan disaluti kesedihan
yang terpancar pada anak matanya.

„ Adik, pergilah sambung belajar. Jangan dengar cakap ibu tu. Akak akan tolong adik‟

„Tapi kak..

Kata-kataku belum sempat ditamatkan ibarat mendayung tanpa tujuan.
5


„ Assalamualaikum..Assalamualaikum..‟

Aku dan Kak Salina segera bangun dan mencari dari mana datang arah suara itu.

Hurmmm..orang tua ni tak habis-habis lagi ke?Bisik hatiku apabila melihat sepasang tubuh yang
memang aku kenal dengan sifat Mak Joyah atau Mak Timah yang merupakan kakak kepada ibu
tiriku.

„Waalaikumsalam. Mak Timah..ada apa?

„ Adik aku ada kat rumah tak? Ibu koranglah‟

Mak Timah tanpa segan –silu meniti tangga rumah dengan muka yang penuh sinis.

„ Takde Mak Timah . Dia dah keluar tadi.‟

„ Ni, Mak Timah datang nak tanya bila nak bayar hutang „

Matanya meliar memandang ke seluruh pelosok rumah.

„ Hutang?Hutang ape Mak Timah?Bukan ke Salina dah bagi kat Ibu supaya bagi sendiri kat Mak
Timah.

Muka Kak Salina penuh kehairanan.Pelbagai persoalan yang timbul di benaknya.

„Kalau dah bayar hutang, taklah aku datang kemari nak tagih hutang! Korang ingat aku teringin
sangat ke nak datang ke rumah yang hampir roboh ni. Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku jual
rumah ni tapi mengenangkan ibu korang tu adik aku , aku redha je lah . Nasib berkahwin dengan
lelaki duda beranak dua yang papa kedana.‟

Darahku kian membuak.Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menerkam dan menarik rambut
Mak Timah itu.

„ Mak Timah, apa salahnya kita berbicara mengenai perkara yang baik sahaja mengenai arwah?‟

Kak Salina cuba menenteramkan diri daripada terusan bertikam lidah yang tiada penghujung.
Aku memandang tajam wajah Mak Timah.

Mak! Oh Mak!
6


„Siapa lagi pulak yang datang ni? Tak habis-habis ke bala yang menimpa hari ini? Tak cukup
lagi ke?Hatiku kian membara lagi.

Rupanya Annisa anak Mak Timah yang datang.

„ Ada apa kau datang sini, tempat ni kotor nak, cepat balik!‟

Annisa tersenyum tersipu-sipu.

„Gediknya perempuan ni” bisik hatiku lagi.

„ Annisa dapat tawaran masuk universiti. Annisa dapat tawaran dari Universiti Lim Kok Wing‟

Aku mendengus.Sabar je lah wahai hati.

„ Betulke apa yang mak dengar ni ? Jom kita balik kita bagitahu seluruh kampung yang anak aku
memang pandai. Macam mak dia. Tak lah macam sesetengah orang tu. Hanya mampu
menamatkan Tingkatan Enam je..Kerja kat Pasaraya je lah.‟

Mak Timah memandang sinis ke arahku dan dengan cepatnya turun dari anak tangga dan berlalu
pergi.Kak Salina memandang wajahku.

„ Adik, dengarlah cakap akak . Pergilah sambung belajar.Adik tak nak berjaya macam orang lain
ke? Adik tak nak senang dan berjaya mengubah hidup kita?‟

„ Akak, adik bukan tak nak tapi banyak benda perlu dipertimbangkan.Betul cakap mak tu,
walaupun setinggi mana kita belajar , kita tetap ke dapur juga . Macam mana kalau habis belajar
nanti, adik menganggur?‟

„ Adik, kenapa kita suka memikirkan perkara yang berlaku pada masa setahun dua ini? Kenapa
tak difikirkan 10 tahun akan datang? Kenapa fikiran adik cetek?.Orang yang tak pernah putus asa
ialah orang yang takkan gagal.‟Lembut tapi penuh dengan ketegasan.

Aku hanya terdiam mendengar kata-kata Kak Salina.

Malam seperti sebelumya aku akan solat bersama-sama Kak Salina tapi tidak kali ini. Aku masih
termangu di atas sejadah . Aku berdoa:
7


Ya Allah , kau berikanlah petunjuk kepada hambamu ini agar jalan yang ku temui itu ada
sinarnya. Kau kuatkanlah hati hambamu ini dengan kuasamu dalam menjalani kehidupan yang
bakal mendatang.Kau bukakanlah pintu hati ibuku agar berubah dan kembali ke jalan yang
benar.Ya Allah, semua ini aku mohon atas namamu Ya Allah.

„Tok! Tok! Tok!

Kedengaran bunyi pintu rumah diketuk. Aku segera keluar dari kamar dan melihat ibu tiriku
dengan sepucuk surat ada ditangannya. Kak Salina yang ketika itu tengah menjahit kain
tempahan pelanggan bingkas bangun dan berdiri di tepinya.

„Ya Allah, apa lagi ni‟

„Diana! Kau pandang sini elok-elok! Buka mata dengan luas-luas! Impian dan cita-cita kau
berada di tangan aku sekarang! Ini surat tawaran universiti!‟

Kak Salina cuba merampas surat tersebut dari genggaman ibu tetapi ditolaknya badan Kak Salina
dengan kasarnya hingga jatuh ke lantai. Mataku tergamam.

„Ibu buat apa ni?‟

„Aku kata jangan lawan aku, jangan lawan aku! Aku cakap tak payah pergi sambung belajar kan
tetapi kenapa degil sangat! Kau nak jadi anak derhaka?

„Jangan ibu, jangan bu..Aku merayu sepenuh hati. Kaki ibu ku peluk seeratnya .Airmata ku tidak
dapat diungkapkan dan diibaratkan dengan perumpaan.Dengan kasar, ibu menyepak muka ku.

„Darah!

Aku takut pada darah tapi dalam situasi seperti ini, aku perlu kuat.Tidak boleh mengalah.

„ Kau nampak ni?‟

Surat tawaran itu dikoyak secebis demi secebis. Tiada lagi helaian yang tinggal..Melayangnya
setiap cebisan kertas itu, acapkali itulah raungan ku semakin menjadi.Kak Salina hanya mampu
mengucap tanpa henti-henti.Malam itu telah menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku.Bagaimana
seorang ibu sanggup memusnahkan impian anaknya sendiri. Betapa teganya ..Perasaan hormatku
8


kepada ibu kian pudar.Sokongan seorang ibu yang kudambakan tapi cacian dan hinaan yang
bertapak di hatiku.

Dan malam itu juga , aku berjanji kepada diri sendiri untuk meneruskan pengajian selama tiga
tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di situlah segalanya akan terukir.

„Kakak….

Dania tidak mampu meneruskan kata-katanya.Dia terus memeluk badanku.

„Kenapa akak tak pernah ceritakan kat adik?Kenapa sekarang baru adik tahu segala perit yang
akak perlu lalui? Sedangkan adik …

„ Adik, masa lalu itu terlalu pahit untuk diceritakan. Ceritanya memang takkan pernah habis.
Seperti kita belajar sejarah, sejarah akan sentiasa berlaku melainkan dunia ini akan tamat. Cerita
akan takkan pernah habis adik‟

Dania memelukku dengan eratnya.

„Kak, Kak Salina di mana sekarang?Ibu?‟

Persoalan yang sememangnya sudah ku duga . Yang pasti aku akan jawab dengan jawapan yang
telah ku aturkan.

Kepulangan aku dari unversiti dengan membawa segulung ijazah sangat menggembirakan hati
Kak Salina.Dia membuat segala persiapan untuk menyambut kepulanganku.Tapi, Allah lebih
menyayanginya. Kak Salina terlibat dalam kemalangan semasa hendak menjemputku di
Lapangan Terbang Antarabangsa ,Kuching. Teramat pilu hati aku ketika itu, melihat wajah
tenang Kak Salina ketika dikafankan.

„Ya , Kak Salina. Impian akak dah tertunai.Adik dah bawakan segulung ijazah untuk akak.Adik
sayangkan akak.‟

“Ibu???‟

Ibu terus menghilangkan diri sejak dari hari itu. Dia tidak pernah muncul lagi.Kehilangannya
memberi seribu tanda tanya.
9




Sejak dari hari itu, hidupku bertemankan kenangan bersama Kak Salina.Kekuatan hatinya,
keazaman dan kekentalan hatinya terlalu bererti bagi diriku. Aku masih ingat lagi kata-kata Kak
Salina pada hari dia menghantarku ke lapangan terbang:

“Kita tak mahu sedar dengan segala perubahan sekeliling. Itu yang sering membuat kita lupa,
kehendak orang tak sama dengan kehendak kita, hati orang tak sama dengan hati kita,
fikiran orang tak sama dengan fikiran kita. Dan itu, selalu buat kita terluka kerana harapan
kita supaya orang mengerti apa yang kita rasa, seringkali tersasar.Dan ingatlah bahawa
orang yang kuat hatinya datang dari imannya yang kukuh”
10
11

Contenu connexe

Tendances (19)

Andai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan zAndai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan z
 
Cerpen-Hal Tak Terduga
Cerpen-Hal Tak TerdugaCerpen-Hal Tak Terduga
Cerpen-Hal Tak Terduga
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
Naskah drama 4 orang persahabatan
Naskah drama 4 orang persahabatanNaskah drama 4 orang persahabatan
Naskah drama 4 orang persahabatan
 
Karangan cerpen sendiri
Karangan cerpen sendiriKarangan cerpen sendiri
Karangan cerpen sendiri
 
Bidadariku annisa
Bidadariku annisaBidadariku annisa
Bidadariku annisa
 
My cerpen "Kotak Buah"
My cerpen "Kotak Buah"My cerpen "Kotak Buah"
My cerpen "Kotak Buah"
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Cerpen cinta another love story
Cerpen cinta another love storyCerpen cinta another love story
Cerpen cinta another love story
 
Kumpulan Cerpen Fajar Sany: Desember 2014 - Mei 2015
Kumpulan Cerpen Fajar Sany: Desember 2014 - Mei 2015Kumpulan Cerpen Fajar Sany: Desember 2014 - Mei 2015
Kumpulan Cerpen Fajar Sany: Desember 2014 - Mei 2015
 
Karma
KarmaKarma
Karma
 
Cerita ibu tunggal
Cerita ibu tunggalCerita ibu tunggal
Cerita ibu tunggal
 
Cerpen 1 pop
Cerpen 1 popCerpen 1 pop
Cerpen 1 pop
 
Cerpen putri
Cerpen putriCerpen putri
Cerpen putri
 
Cerpen Jangan Pergi
Cerpen Jangan PergiCerpen Jangan Pergi
Cerpen Jangan Pergi
 
Cerpen "Namaku farida"
 Cerpen "Namaku farida" Cerpen "Namaku farida"
Cerpen "Namaku farida"
 
Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpen
 
Cintaku Bersemi di Kota Bali
Cintaku Bersemi di Kota BaliCintaku Bersemi di Kota Bali
Cintaku Bersemi di Kota Bali
 
M46314 n6
M46314 n6M46314 n6
M46314 n6
 

Similaire à Cerpen kasih salina (20)

Rembulan di Mata Ibu
Rembulan di Mata IbuRembulan di Mata Ibu
Rembulan di Mata Ibu
 
Putriberdarahungu thehalfbloodprincess
Putriberdarahungu thehalfbloodprincess Putriberdarahungu thehalfbloodprincess
Putriberdarahungu thehalfbloodprincess
 
Mutiara Air Mata.docx
Mutiara Air Mata.docxMutiara Air Mata.docx
Mutiara Air Mata.docx
 
Cerita versi ku
Cerita versi kuCerita versi ku
Cerita versi ku
 
Post 1
Post 1Post 1
Post 1
 
Berdiri diatas impian
Berdiri diatas impianBerdiri diatas impian
Berdiri diatas impian
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Mentari mulai terbit
Mentari mulai terbitMentari mulai terbit
Mentari mulai terbit
 
Mentari mulai terbit
Mentari mulai terbitMentari mulai terbit
Mentari mulai terbit
 
Mentari mulai terbit
Mentari mulai terbitMentari mulai terbit
Mentari mulai terbit
 
Mentari mulai terbit
Mentari mulai terbitMentari mulai terbit
Mentari mulai terbit
 
Mentari mulai terbi1
Mentari mulai terbi1Mentari mulai terbi1
Mentari mulai terbi1
 
Mentari mulai terbi1
Mentari mulai terbi1Mentari mulai terbi1
Mentari mulai terbi1
 
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
 
Pudarnya Pesona Cleopatra
Pudarnya Pesona CleopatraPudarnya Pesona Cleopatra
Pudarnya Pesona Cleopatra
 
Pudarnya pesona cleopatra
Pudarnya pesona cleopatraPudarnya pesona cleopatra
Pudarnya pesona cleopatra
 
Toga i'm coming
Toga i'm comingToga i'm coming
Toga i'm coming
 
Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktu
 
Kasih seorang ibu
Kasih seorang ibuKasih seorang ibu
Kasih seorang ibu
 
Kasih seorang ibu
Kasih seorang ibuKasih seorang ibu
Kasih seorang ibu
 

Cerpen kasih salina

  • 1. 1 “ SETULUS KASIH, SALINA” Pagi yang dingin dan ditemani kicauan burung-burung mengindahkan lagi suasana pagi itu.Sejuk hingga meresap ke tulang sumsumku.Dengan gerak yang perlahan aku mengagahkan diri untuk bingkas bangkit dari tidur lena ku.Hari ini bermulanya hidup aku sebagai seorang pensyarah muda di sebuah unversiti terkemuka di Malaysia.Rumah yang aku huni bersama adik kesayangan aku Diana yang kini sedang menuntut di sekolah menengah.Umurnya baru sahaja mencecah 15 tahun.Mukanya persis seperti ibu tiriku. „Ibu tiri…. Menyebut dan teringat peristiwa lalu membuat aku semakin meluat.Perasaan benciku semakin menjadi-jadi.Tapi, aku hanyalah insan biasa yang tidak mampu untuk menghukum apatah lagi menyalahkan pesalah seperti seorang hakim yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah. …..Kedengaran seperti sesuatu jatuh ke lantai.Berdesing telingaku.Aku segera turun ke bawah walaupun kepalaku masih bertudungkan selimut. „Dania, kenapa ni? Apa yang bunyi bising tu?‟ Aku segera merapati adikku yang kelihatannya kaku di hadapan.Langkah kaki ku perlahankan.Dania hanya terdiam seribu bahasa.Perasaan marahku muncul serta-merta. „Dania buat apa ni? Kenapa gambar ni boleh jatuh? Kenapa Dania?‟ Soalanku bertubi-tubi menikam adikku.Aku terduduk di lantai lantas memegang kepingan gambar di samping serpihan kaca yang menyaluti.Airmataku gugur.Ku usap-usap gambar seorang insan yang paling istimewa dalam hidupku. „ Akak, Dania minta maaf. Dania tak sengaja .Dania nak cepat-cepat tadi. Tapi tak sangka pula tersiku gambar ni‟ Dania tersedu-sedu ketakutan.Aku menarik tangan Dania supaya duduk bersamaku. „Dania, akak bukan marahkan Dania dan tak marahkan sesiapa pun tapi akak salahkan masa yang lalu. Perit Dania. Sangat perit.‟Aku memandang sayu wajah adikku.
  • 2. 2 Pagi itu, cuaca sungguh cerah, aku memandang ke arah jam loceng , hadiah pemberian kak Salina sempena keputusan cemerlangku dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dua minggu yang lepas. Penatku masih berbekas lagi, maklumlah aku baharu sahaja memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja di sebuah pasaraya di pecan hujung kampungku.Walupun kak Salina melarang keras tetapi aku tetap dengan pendirianku.Bagi diriku, sampai bila hidupku ditanggung oleh kak Salina.Aku juga perlu berdikari sendiri. „ Diana!!!, bangun cepat. Kau ni nak jadi anak dara apa? Rumah tak dikemas lagi!‟ Awal pagi lagi , ibu tiriku sudah memekak. Terkadang, aku ingin lari daripada berhadapan dengan wajah bengi ibu tiriku itu. Tapi kemana harus kakiku melangkah..Selimut ku kemas dengan rapi, ku susun di atas bantal yang ku jahit sendiri. „Hidup ini kena berdikari. Payah kalau sentiasa bergantung ke atas orang lain. Hidup tak maju, diri sendiri pun tak ke mana-mana‟ Aku teringat dengan kata-kata ayah . Ayah sering memberiku kata-kata semangat jika dibandingkan dengan ibu tiriku . Ku pulas perlahan tombol pintu bilikku. Mataku bertemu mata dengan wajah bengis ibu tiriku. „ Berapa kali aku nak panggil kau? Kau ni dah pekak ke apa? “ Ngauman ibu tiriku baru sahaja bermula. Aku tidak menjawab sepatah pun kata-kata yang dilontarkan oleh lidah berbisa ibu tiriku itu.Aku dah lali dengan sikapnya.Api yang marak tak patut disimbah dengan minyak tanah. Kalau tidak , hanguslah jadinya. Aku teru bergerak le dapur. „ Diana! Kau ni memang anak kurang ajar, aku bercakap kau boleh pergi macam tu je,kau nie memang nak kena ya..‟Aku segera menoleh. „ Ibu, saya penat‟ Itu sahaja jawapan yang mampu aku berikan lantas meneruskan langkah kakiku. „Diana!!‟ Kedengaran lagi ibu tiriku memanggil nama ku .Semakin lantang suaranya.
  • 3. 3 “ Ibu!!!! Aku tahu itu pasti suara kak Salina yang baru sahaja balik dari menghantar hasil tempahan baju kurung ke rumah pelanggan di kampung sebelah. „ Kau ni dah kenapa Salina, menjerit tak tentu pasal?Kau ingat aku ni pekak ?‟ Ibu mencekak pinggang di hadapan pintu dengan wajahnya yang bengis.. „Ibu, mana Diana?‟ Mata kak Salina meliar-liar mencari aku.Kak Salina pergi ke setiap bilik mencari kelibatku. „ Kau ni dh kenapa mencari budak tak guna tu? Apa faedahnya? Dapat menantu kaya ke aku ni? „ Ibu tahu tak, Diana dapat masuk dapat tawaran masuk ke universiti!‟ Dengan wajah yang ceria dan penuh kegembiraan Kak Salina memberitahu ibu tiriku. Bebola matanya mengharapkan agar ibu turut merasai apa yang kak Salina rasai. „ Masuk universiti? Apa faedahnya? Buang masa dan duit sahaja?Apa kau ingat gaji menjahit pakaian kau tu mampu menampung pelajaran budak tu! Kita yang kat rumah ni makan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi kau masih nak tampung pelajaran dia?Masuk U tapi nanti keluar menganggur. Belajar tinggi-tinggi pun takde guna tetap juga ke dapur juga nanti‟ Riak wajah Kak Salina berubah serta-merta.Aku yang berada di kamar mandi turut memasang telinga.Kegembiraan aku diragut oleh kata-kata yang dilemparkan ibu ibarat bumi dihempap angkasa lepas.Berderai airmata gugur jatuh ke bumi .Laju bak hujan yang membasahi bumi.Retak dek sembilu yang menghiris hati.Sabun buku yang ku pegang hampir terlepas dari pegangan. „ Inilah masalah masyarakat kita . Sentiasa berfikiran negatif.Masih berada di takuk yang lama.Tak inginkan perubahan.Kalau semua orang berfikiran macam ibu, alamatnya tak kemana- mana lah bangsa kita ibu. Mundur! Macam ibu jugak!‟
  • 4. 4 Pang! Satu tamparan melekat di pipi kanan Kak Salina.Aku terkejut dan dengan pantasnya aku menyaluti badanku dengan tuala lantas menuju ke ruang tamu. „ Ibu, Kak Salina apa ni?‟ Aku menjerit ketakutan.Pandangan mereka saling bertemu.Seolah pemangsa bertemu dengan pemangsa. „ Kau jangan nak mengajar aku Salina. Aku hidup lebih lama daripada kau.Apa yang kau tahu? Kalau kau setakat tamat tingkatan lima tapi dah pandai-pandai nak mengajar orang macam aku ni, kau patut cermin muka kau dan ukur langit tu tinggi ke rendah! Kalau kau rasa dah hebat sangat kau keluar dari rumah ni sekarang! Aku nak tengok sejauh mana kau mampu berdikari sendiri dengan bijaknya berkata-kata‟ „ Ini rumah ayah kami tapi ibu yang jual kepada orang lain dan Mak Timah yang menebusnya, kenapa Salina perlu keluar dari rumah ni? Ibu tiriku segera bergegas berlalu tanpa berkata apa-apa meniti anak-anak tangga rumah. Seperti biasa ibu tiriku akan pulang lewat malam. Kadang- kadang tidak pulang ke rumah.Entah ke mana.Adik bongsu ku pula walaupun masih sekolah rendah tetapi sudah dihantar ke sekolah berasrama penuh.Aku termati kutu melihat pandangan tajam mata ibu sebelum kelibatnya hilang dari pandangan.Kak Salina terjelepok. „Kak!‟ Aku panik dengan serta- merta. „Kak, kenapa ni?‟ Aku memeluk bahu Kak Salina.Matanya jelas tergambar seribu satu kekesalan disaluti kesedihan yang terpancar pada anak matanya. „ Adik, pergilah sambung belajar. Jangan dengar cakap ibu tu. Akak akan tolong adik‟ „Tapi kak.. Kata-kataku belum sempat ditamatkan ibarat mendayung tanpa tujuan.
  • 5. 5 „ Assalamualaikum..Assalamualaikum..‟ Aku dan Kak Salina segera bangun dan mencari dari mana datang arah suara itu. Hurmmm..orang tua ni tak habis-habis lagi ke?Bisik hatiku apabila melihat sepasang tubuh yang memang aku kenal dengan sifat Mak Joyah atau Mak Timah yang merupakan kakak kepada ibu tiriku. „Waalaikumsalam. Mak Timah..ada apa? „ Adik aku ada kat rumah tak? Ibu koranglah‟ Mak Timah tanpa segan –silu meniti tangga rumah dengan muka yang penuh sinis. „ Takde Mak Timah . Dia dah keluar tadi.‟ „ Ni, Mak Timah datang nak tanya bila nak bayar hutang „ Matanya meliar memandang ke seluruh pelosok rumah. „ Hutang?Hutang ape Mak Timah?Bukan ke Salina dah bagi kat Ibu supaya bagi sendiri kat Mak Timah. Muka Kak Salina penuh kehairanan.Pelbagai persoalan yang timbul di benaknya. „Kalau dah bayar hutang, taklah aku datang kemari nak tagih hutang! Korang ingat aku teringin sangat ke nak datang ke rumah yang hampir roboh ni. Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku jual rumah ni tapi mengenangkan ibu korang tu adik aku , aku redha je lah . Nasib berkahwin dengan lelaki duda beranak dua yang papa kedana.‟ Darahku kian membuak.Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menerkam dan menarik rambut Mak Timah itu. „ Mak Timah, apa salahnya kita berbicara mengenai perkara yang baik sahaja mengenai arwah?‟ Kak Salina cuba menenteramkan diri daripada terusan bertikam lidah yang tiada penghujung. Aku memandang tajam wajah Mak Timah. Mak! Oh Mak!
  • 6. 6 „Siapa lagi pulak yang datang ni? Tak habis-habis ke bala yang menimpa hari ini? Tak cukup lagi ke?Hatiku kian membara lagi. Rupanya Annisa anak Mak Timah yang datang. „ Ada apa kau datang sini, tempat ni kotor nak, cepat balik!‟ Annisa tersenyum tersipu-sipu. „Gediknya perempuan ni” bisik hatiku lagi. „ Annisa dapat tawaran masuk universiti. Annisa dapat tawaran dari Universiti Lim Kok Wing‟ Aku mendengus.Sabar je lah wahai hati. „ Betulke apa yang mak dengar ni ? Jom kita balik kita bagitahu seluruh kampung yang anak aku memang pandai. Macam mak dia. Tak lah macam sesetengah orang tu. Hanya mampu menamatkan Tingkatan Enam je..Kerja kat Pasaraya je lah.‟ Mak Timah memandang sinis ke arahku dan dengan cepatnya turun dari anak tangga dan berlalu pergi.Kak Salina memandang wajahku. „ Adik, dengarlah cakap akak . Pergilah sambung belajar.Adik tak nak berjaya macam orang lain ke? Adik tak nak senang dan berjaya mengubah hidup kita?‟ „ Akak, adik bukan tak nak tapi banyak benda perlu dipertimbangkan.Betul cakap mak tu, walaupun setinggi mana kita belajar , kita tetap ke dapur juga . Macam mana kalau habis belajar nanti, adik menganggur?‟ „ Adik, kenapa kita suka memikirkan perkara yang berlaku pada masa setahun dua ini? Kenapa tak difikirkan 10 tahun akan datang? Kenapa fikiran adik cetek?.Orang yang tak pernah putus asa ialah orang yang takkan gagal.‟Lembut tapi penuh dengan ketegasan. Aku hanya terdiam mendengar kata-kata Kak Salina. Malam seperti sebelumya aku akan solat bersama-sama Kak Salina tapi tidak kali ini. Aku masih termangu di atas sejadah . Aku berdoa:
  • 7. 7 Ya Allah , kau berikanlah petunjuk kepada hambamu ini agar jalan yang ku temui itu ada sinarnya. Kau kuatkanlah hati hambamu ini dengan kuasamu dalam menjalani kehidupan yang bakal mendatang.Kau bukakanlah pintu hati ibuku agar berubah dan kembali ke jalan yang benar.Ya Allah, semua ini aku mohon atas namamu Ya Allah. „Tok! Tok! Tok! Kedengaran bunyi pintu rumah diketuk. Aku segera keluar dari kamar dan melihat ibu tiriku dengan sepucuk surat ada ditangannya. Kak Salina yang ketika itu tengah menjahit kain tempahan pelanggan bingkas bangun dan berdiri di tepinya. „Ya Allah, apa lagi ni‟ „Diana! Kau pandang sini elok-elok! Buka mata dengan luas-luas! Impian dan cita-cita kau berada di tangan aku sekarang! Ini surat tawaran universiti!‟ Kak Salina cuba merampas surat tersebut dari genggaman ibu tetapi ditolaknya badan Kak Salina dengan kasarnya hingga jatuh ke lantai. Mataku tergamam. „Ibu buat apa ni?‟ „Aku kata jangan lawan aku, jangan lawan aku! Aku cakap tak payah pergi sambung belajar kan tetapi kenapa degil sangat! Kau nak jadi anak derhaka? „Jangan ibu, jangan bu..Aku merayu sepenuh hati. Kaki ibu ku peluk seeratnya .Airmata ku tidak dapat diungkapkan dan diibaratkan dengan perumpaan.Dengan kasar, ibu menyepak muka ku. „Darah! Aku takut pada darah tapi dalam situasi seperti ini, aku perlu kuat.Tidak boleh mengalah. „ Kau nampak ni?‟ Surat tawaran itu dikoyak secebis demi secebis. Tiada lagi helaian yang tinggal..Melayangnya setiap cebisan kertas itu, acapkali itulah raungan ku semakin menjadi.Kak Salina hanya mampu mengucap tanpa henti-henti.Malam itu telah menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku.Bagaimana seorang ibu sanggup memusnahkan impian anaknya sendiri. Betapa teganya ..Perasaan hormatku
  • 8. 8 kepada ibu kian pudar.Sokongan seorang ibu yang kudambakan tapi cacian dan hinaan yang bertapak di hatiku. Dan malam itu juga , aku berjanji kepada diri sendiri untuk meneruskan pengajian selama tiga tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di situlah segalanya akan terukir. „Kakak…. Dania tidak mampu meneruskan kata-katanya.Dia terus memeluk badanku. „Kenapa akak tak pernah ceritakan kat adik?Kenapa sekarang baru adik tahu segala perit yang akak perlu lalui? Sedangkan adik … „ Adik, masa lalu itu terlalu pahit untuk diceritakan. Ceritanya memang takkan pernah habis. Seperti kita belajar sejarah, sejarah akan sentiasa berlaku melainkan dunia ini akan tamat. Cerita akan takkan pernah habis adik‟ Dania memelukku dengan eratnya. „Kak, Kak Salina di mana sekarang?Ibu?‟ Persoalan yang sememangnya sudah ku duga . Yang pasti aku akan jawab dengan jawapan yang telah ku aturkan. Kepulangan aku dari unversiti dengan membawa segulung ijazah sangat menggembirakan hati Kak Salina.Dia membuat segala persiapan untuk menyambut kepulanganku.Tapi, Allah lebih menyayanginya. Kak Salina terlibat dalam kemalangan semasa hendak menjemputku di Lapangan Terbang Antarabangsa ,Kuching. Teramat pilu hati aku ketika itu, melihat wajah tenang Kak Salina ketika dikafankan. „Ya , Kak Salina. Impian akak dah tertunai.Adik dah bawakan segulung ijazah untuk akak.Adik sayangkan akak.‟ “Ibu???‟ Ibu terus menghilangkan diri sejak dari hari itu. Dia tidak pernah muncul lagi.Kehilangannya memberi seribu tanda tanya.
  • 9. 9 Sejak dari hari itu, hidupku bertemankan kenangan bersama Kak Salina.Kekuatan hatinya, keazaman dan kekentalan hatinya terlalu bererti bagi diriku. Aku masih ingat lagi kata-kata Kak Salina pada hari dia menghantarku ke lapangan terbang: “Kita tak mahu sedar dengan segala perubahan sekeliling. Itu yang sering membuat kita lupa, kehendak orang tak sama dengan kehendak kita, hati orang tak sama dengan hati kita, fikiran orang tak sama dengan fikiran kita. Dan itu, selalu buat kita terluka kerana harapan kita supaya orang mengerti apa yang kita rasa, seringkali tersasar.Dan ingatlah bahawa orang yang kuat hatinya datang dari imannya yang kukuh”
  • 10. 10
  • 11. 11