Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.
1UNIVERSITI MALAYSIA SABAHSEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNANSOSIALTH10203SEJARAH MALAYSIA : ABAD KE-20 HINGGA PRAKEMERDEKA...
2ISI KANDUNGANBil. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1. PENGENALAN 32. MALAYAN UNION (M.U.) 42.1 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN M.U. 4 - 5...
31. PENGENALANPengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 Ogos 1945 oleh pihakAmerika telah memberikan kesan ter...
42. MALAYAN UNION (M.U)2.1. Pembentukan Perlembagaan Malayan UnionMalayan Union merupakan satu cubaan kerajaan British unt...
5Pada peringkat awal, kerajaan British bercadang untuk menggabungkan semuanegeri – negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka ...
6Pada masa yang sama, kerajaan British turut memerlukan sumber pendapatan yang besarbagi membiayai kos perang. Oleh itu, d...
7Pusat pentadbiran Malayan Union diletakkan di Kuala Lumpur dan diketuai olehgabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal ...
8Perlembagaan Malayan Union telah diumumkan pada 10hb Oktober 1945 olehKerajaan British di London, dan pada hari berikutny...
9Akhirnya, pada 6 Januari 1946, Sir Harold MacMichael telah kembali ke Englanddengan menaiki Kapal Perang Tentera Laut Dir...
10mempunyai kuasa untuk melindungi mereka, kehilangan kuasa raja bermakna kehilangankuasa Melayu. Selain itu, perubahan st...
11martabat bangsa Melayu. Hasilnya, beberapa pertubuhan yang bercorak kenegerian telahditubuhkan seperti Kesatuan Melayu J...
12Akhirnya pada 1hb Mac 1946, persidangan kongres Melayu Se-Malaya yang pertamatelah dijalankan di Kelab Sultan Sulaiman, ...
13v. Berharap agar Kerajaan Inggeris menimbang semula cadangan – cadanganyang terdapat dalam perlembagaan Malayan Union;vi...
14Raja – Raja Melayu pada asalnya tetap ingin menghadiri majlis pelantikan EdwardGent, tetapi setelah dipujuk oleh Dato’ O...
15supaya diadakan pemilihan umum. Melalui akhbar Cina, perkara yang menarik adalah mogokumum yang dilancarkan oleh GLU (Ge...
16tawaran tersebut merupakan satu cubaan British untuk memisahkan Raja dan rakyat Melayu.Para pemimpin Melayu tetap yakin ...
17Melayu boleh bekerjasama dengan mereka sekiranya pemerintahan Tanah Melayu dipulihkanseperti sedia kala. Keadaan tersebu...
18akhirnya diluluskan oleh Persidangan Pleno dan diajukan kepada ‘Jemaah Menteri – Menteri’Kerajaan British di London.Perj...
19menghormati, maka segala tindakan yang diambil akan mebuahkan hasil yangmenguntungkan kepada semua pihak. Keadaan ini da...
207. BIBLIOGRAFI1. Anwar Abdullah (2004). Biografi Dato Onn: Hidup Melayu. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia .2. Instit...
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
Prochain SlideShare
Chargement dans…5
×

29

Partager

Malayan union

Livres associés

Gratuit avec un essai de 30 jours de Scribd

Tout voir

Malayan union

  1. 1. 1UNIVERSITI MALAYSIA SABAHSEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNANSOSIALTH10203SEJARAH MALAYSIA : ABAD KE-20 HINGGA PRAKEMERDEKAANMALAYAN UNION“Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam tangan orang melayu pada hari ini –Dato Onn Ja’afar”
  2. 2. 2ISI KANDUNGANBil. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1. PENGENALAN 32. MALAYAN UNION (M.U.) 42.1 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN M.U. 4 - 52.2 FAKTOR PENUBUHAN M.U. 5 - 62.3 CIRI – CIRI M.U. 6 - 72.4 PROSES PENUBUHAN M.U. (MISI MACMICHAEL) 8 - 93. PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION 93.1. FAKTOR PENENTANGAN M.U. 9 - 103.2. PROSES PENENTANGAN 10 -154. PEMBUBARAN MALAYAN UNION 15 – 185. IKTIBAR 18 - 196. KESIMPULAN 197. BIBLIOGRAFI 20
  3. 3. 31. PENGENALANPengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 Ogos 1945 oleh pihakAmerika telah memberikan kesan terhadap penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pada 14Ogos 1945, pihak tentera Jepun telah menyerah kalah dan kembali ke tanah air mereka.Kekalahan tersebut bererti bahawa tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu dantamatnya Perang Dunia Ke-2.Selepas pihak jepun meninggalkan Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) atauMalayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang terdiri daripada kaum cina telahmengambil peluang tersebut untuk memerintah Tanah Melayu. Pihak PKM telahmenyebabkan pelbagai kekacauan dan huru–hara berlaku di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, pihak PKM hanya dapat menguasai Tanah Melayu selama 14 hari iaitusehingga kedatangan semula pihak British pada bulan September 1945 dengan tujuanmengembalikan keamanan di Tanah Melayu. Pihak British telah menubuhkan British MilitaryAdministration (BMA) iaitu sistem pemerintahan tentera bagi menangani kekacauan di TanahMelayu, tetapi organisasi tersebut tidak bertahan lama.Oleh yang demikian, pihak British telah memperkenalkan satu sistem pemerintahanbaru di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Sepanjang tempoh cadanganpenubuhan Malayan Union, terdapat pihak yang menyokong dan menentang cadangantersebut. Pelbagai peringkat proses penentangan turut berlaku sehingga akhirnya membawakepada kegagalan pelaksanaan Malayan Union dan wujudnya Perjanjian Persekutuan TanahMelayu yang membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
  4. 4. 42. MALAYAN UNION (M.U)2.1. Pembentukan Perlembagaan Malayan UnionMalayan Union merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri –negeri Melayu yang bernaung kepada tanah jajahan. Idea tersebut muncul berdasarkanPiagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill, Perdana Menteri Britain danRoosevelt, Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. Pada Februari 1943, Jabatan Negarabagi Tanah Jajahan Dan Pejabat Perang yang diketuai oleh Edward Gent telahmengemukakan idea Malayan Union dan pada Julai 1943, Unit Perancangan Tanah Melayu(Malayan Planning Unit) telah ditubuhkan bagi merangka sistem pentadbiran baru TanahMelayu di Britain.Unit Perancangan Tanah melayu (MPU) terdiri daripada bekas pegawai - pegawaiBritish yang pernah berkhidmat di Semenanjung sebelum jepun menguasai Tanah Melayu. Iadiketuai oleh Jeneral Ralph Hone dan antara pegawai yang terlibat ialah Mckerron, H.C.Willan, Brigadier A.T. Newboult, Kolonel E.V.G. Day dan Kolonel M.C. Hay. Manakala VictorPurcell merupakan pegawai yang bertanggungjawab meneliti hal ehwal orang cina. MPUmeminta pandangan daripada bekas – bekas pegawai tadbirnya bagi membantu dalampenyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan.Semasa penggubalan MU, terdapat tiga buah memorandum telah dikemukakankepada Pejabat Tanah Jajahan. Ketiga – tiga memorandum tersebut adalah terdiri daripadamemorandum yang dihantar oleh Persatuan British Malaya, Tan Cheng Lock dan PersatuanPelajar – Pelajar Melayu Britain. Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan BritishMalaya dan Tan Cheng Lock lebih kepada dasar menggabungkan semua negeri – negeriMelayu termasuk negeri – negeri Selat (NNS) di bawah satu unit pentadbiran walaupunterdapat sedikit perbezaan. Di pihak Persatuan British Malaya, semua negeri – negeri Melayudigabungkan kecuali Pulau Pinang dan Singapura menjadi tanah jajahan British, manakalaTan Cheng Lock mencadangkan semua negeri tersebut digabungkan dalam sebuahkesatuan. Selain itu, memorandum tersebut terut menetapkan beberapa cadangan sistempolitik di Tanah Melayu. Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan Pelajar – PelajarMalaya britain merupakan draf yang menentang rancangan Kerajaan British yang hendakmenukar taraf negeri – negeri Melayu daripada negeri bernaung kepada tanah jajahanBritish.
  5. 5. 5Pada peringkat awal, kerajaan British bercadang untuk menggabungkan semuanegeri – negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka serta Borneo British dalam kesatuan danSingapura sebagai tanah jajahan berasingan. Namun demikian, pada bulan Mac 1943,Borneo British dianggap belum bersedia menyertai kesatuan. Akhirnya, setelah beberapadasar perubahan dilakukan, pada 10 Oktober 1945, George W. Hall telah mengumumkanrancangan penubuhan Malayan Union di persidangan Parlimen British.2.2. Faktor Penubuhan Malayan UnionPada dasarnya, penubuhan Malayan Union merupakan satu percubaan British untukmenukarkan taraf negeri – negeri Melayu yang berdaulat daripada negeri yang ‘bernaung’kepada tanah jajahan atau ‘koloni British’. Kerajaan British ingin berkuasa penuh dalampentadbiran Tanah Melayu dengan menghapuskan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor di Tanah Melayu yang turut menjadi sebab dalampembentukan tersebut.Salah satu faktor pembentukan Malayan Union adalah untuk mewujudkan sistempentadbiran yang seragam di Tanah Melayu. Hal ini berikutan, sebelum Perang Dunia ke -2,negeri – negeri di Tanah Melayu diletakkan di bawah tiga sistem pemerintahan yang berbezaiaitu; Negeri – Negeri Selat, Negeri – Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri – Negeri melayuTidak Bersekutu. Ketiga – tiga sistem pentadbiran tersebut telah menyebabkan sistempentadbiran menjadi tidak seragam. Oleh itu, kerajaan british ingin menetapkan semuanegeri – negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang diketuai olehGabenor. Penyatuan ini turut menjadikan kos pentadbiran berkurang dan melicinkan lagiperjalanan sistem pentadbiran.Malayan Union juga merupakan usaha British untuk memastikan kepentinganekonomi mereka di Tanah Melayu terpelihara. British ingin memulihkan semula ekonomi diTanah Melayu yang hampir muflis akibat daripada pendudukan Jepun. Di bawah MalayanUnion, Gabenor di beri kuasa penuh untuk memberi konsesi – konsesi ekonomi kepadapelabur – pelabur bagi membangunkan ekonomi Tanah Melayu dengan secepat mungkin.Selain itu, potensi bijih timah serta perusahaan getah sebagai sumber pendapatan utamaTanah Melayu perlu dipulihkan bagi mendapatkan pulangan yang lumayan dalam ekonomi.
  6. 6. 6Pada masa yang sama, kerajaan British turut memerlukan sumber pendapatan yang besarbagi membiayai kos perang. Oleh itu, dengan wujudnya Malayan Union, British akan dapatmengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu.Kerajaan British juga ingin memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang bukanMelayu. Dengan ini, semua hak antara orang Melayu dengan bukan Melayu adalah sama,malah hak keistimewaan orang Melayu turut hilang. Ia merupakan balasan kepada kaumCina dan India yang bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dan hukumankepada orang Melayu yang membantu jepun menentang British. British turut menginginkanorang Cina dan India memainkan peranan mereka untuk memajukan semula ekonomi Tanahmelayu.Selain itu, penubuhan Malayan Union turut menyediakan Tanah Melayu ke arahberkerajaan sendiri seperti yang termaktub dalam Piagam Atlantik. Kerajaan British perlumenyatukan rakyat dan negeri – negeri Melayu sebelum diberikan kemerdekaan. Iabertujuan supaya Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang bersatu. Maka, Malayan Unionberperanan sebagai mewujudkan kesedaran politik kepada penduduk Tanah Melayu dalamproses berkerajaan sendiri.2.3. Ciri – Ciri Malayan UnionDi bawah perlembagaan Malayan Union, taraf negeri – negeri Melayu akan bertukardaripada negeri – negeri ‘berdaulat’ yang bernaung di bawah Kerajaan British kepadajajahan takluk (Koloni) British. Sebagai tanah jajahan, British akan mempunyai kuasa penuhdi seluruh Tanah Melayu. Syarat tersebut akan menyebabkan kedaulatan serta kuasa raja –raja Melayu terhapus. Segala tugas pentadbiran terletak sepenuhnya di bawah kuasa British.Malayan Union turut menggabungkan kesemua negeri – negeri di Tanah Melayu iaitu;Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang; Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu negeriJohor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; serta Negeri – Negeri Selat iaitu Pulau –Pinang dan Melaka di bawah satu unit pentadbiran. Manakala Singapura pula diletakkan dibawah Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah pemerintahan seoranggabenor.
  7. 7. 7Pusat pentadbiran Malayan Union diletakkan di Kuala Lumpur dan diketuai olehgabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal pentedbiran Malayan Union. Di peringkatpusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. MajlisMesyuarat Kerja bertanggungjawab dalam menjalankan tugas – tugas pentadbiran,manakala Majlis Undangan berfungsi sebagai penggubal undang – undang. Kedua – duamajlis tersebut adalah terletak sepenuhnya pada kuasa gabenor. Di peringkat negeri, MajlisMesyuarat Negeri yang terletak di bawah kuasa Residen Commisioner bertindak sebagaipentadbir kerajaan tempatan. Ia terletak di bawah kawalan kerajaan pusat.Kedudukan raja – raja Melayu dikekalkan, namun kuasa mereka adalah terhadtermasuklah dalam hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Terdapat tiga majlisyang berkaitan dengan raja Melayu iaitu Majlis Negeri, Majlis Penasihat Sultan dan MajilisRaja. Namun pada hakikatnya Raja Melayu tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutifdalam majlis tersebut. Malahan dalam Majlis Penasihat Agama Islam dan Adat Resam yangditubuhkan juga terletak pada kuasa Gabenor dan Raja – Raja Melayu hanya sebagaiahlinya. Majlis ini berperanan dalam memutuskan fatwa – fatwa berkaitan dengan agamaislam dan adat resam Melayu.Hak keistimewaan orang Melayu turut terhapus dan Malayan Union menawarkan hakkerakyatan sama taraf kepada semua penduduknya tanpa mengira bangsa atau keturunan.Dari aspek kerakyatan, syarat kewarganegaraan adalah berdasarkan prinsip Jus Soli. Melaluiprinsip tersebut, kerakyatan di Tanah melayu diperolehi apabila; a) mereka yang dilahirkanTanah Melayu atau Singapura sebelum tarikh Malayan Union berkuatkuasa dan menjadipemastautin; b) mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di TanahMelayu selama 15 tahun pada tarikh 15 Februari 1942 serta mengangkat sumpah kesetiaankepada Kerajaan Malayan Union; dan c) mereka yang dilahirkan di Malayan Union atauSingapura selepas tarikh Malayan Union dikuatkuasakan.2.4. Proses Penubuhan Malayan Union (Misi MacMichael)
  8. 8. 8Perlembagaan Malayan Union telah diumumkan pada 10hb Oktober 1945 olehKerajaan British di London, dan pada hari berikutnya, maklumat mengenai perlembagaantersebut telah disiarkan di Tanah Melayu melalui akhbar – akhbar. Pada 12hb Oktober 1945,Sir Harold MacMichael telah tiba di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Kelang) dengan kapalH.M.S. Royalist. Beliau telah diiringi oleh H.T. Bourdillon dan A.T. Newboult bagimenjalankan tugasnya untuk mendapatkan tandatangan Raja – Raja Melayu terhadapMalayan Union. Ia merupakan idea Ralph Hone yang berpendapat bahawa satu perjanjianbaru dengan sultan – sultan adalah diperlukan sebelum Malayan Union diperkenalkan.Dengan perjanjian tersebut, maka kedaulatan negeri – negeri Melayu akan diserahkansepenuhnya kepada British.MacMichael telah memulakan misi pertamanya dengan menemui Sultan Johor, SultanIbrahim, iaitu sultan yang tertua dan terkanan. Pada 18hb Oktober 1945, Sultan Ibrahimyang dianggap oleh British sebagai pro – Jepun telah bersetuju untuk menandatanganiperjanjian tersebut tanpa sebarang bantahan atau tentangan. Kemudiannya, MacMichaeltelah menghadap 8 orang Sultan negeri – negeri Melayu pada;i. 23 Oktober – Sultan Alam Shah (Selangor),ii. 31 Oktober – Sultan Abu Bakar (Pahang),iii. 13 November – Yam Tuan Besar Tungku Abdul Rahman (Negeri Sembilan),iv. 20 November – Sultan Abdul Aziz (Perak),v. 2 Disember – Sultan Badlisyah (Kedah),vi. Raja Syed Putra (Perlis),vii. 17 Disember – Sultan Ibrahim (Kelantan),viii. Sultan Ismail (Terengganu).Dalam masa kurang daripada tiga bulan, iaitu sehingga 21 Disember 1945, MacMichael telahberjaya mendapatkan tandatangan daripada 9 orang Sultan Melayu.Menurut catatan daripada beberapa sumber yang dipercayai, semasa Sir HaroldMacMichael dipertanggungjawab mendapatkan tandatangan daripada raja – raja Melayu,beliau telah melakukan pelbagai bentuk penipuan, paksaan serta ugutan terhadap paraSultan. Ini misalnya seperti yang terjadi kepada Sultan Abdul Aziz (Perak), baginda telahmenandatangani perjanjian tersebut secara terdesak tanpa diberi tempoh masa untukmeneliti dan mengkaji ‘Perjanjian’ yang dikemukakan. Sultan Badlisyah (Kedah) turut diugutakan diturunkan takhtanya dan digantikan dengan sultan yang baru.
  9. 9. 9Akhirnya, pada 6 Januari 1946, Sir Harold MacMichael telah kembali ke Englanddengan menaiki Kapal Perang Tentera Laut Diraja British. Beliau telah membawabersamanya ‘Kertas – kertas Penyerahan Kuasa’ yang telah ditandatangani oleh Sultan –Sultan Melayu. Akhirnya, pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan‘Kertas Putih’ di Dewan Parlimennya dan mengumumkan rancangan penubuhan MalayanUnion (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di negeri –negeri Melayu. Pengisytiharan Malayan Union akhirnya diputuskan pada 1 April 1946.3. PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION3.1. Faktor – Faktor PenentanganRancangan penubuhan Malayan Union oleh British di Tanah Melayu telahmenimbulkan tentangan yang hebat daripada penduduk Tanah Melayu. Hal ini berikutandaripada syarat – syarat yang terdapat di dalam perlembagaan Malayan Union tersebut danakibat daripada tindakan Sir Harold MacMichael yang menggunakan tipu muslihat ketikamendapatkan tandatangan daripada Raja –Raja Melayu.Tindakan MacMichael yang telah menggunakan unsur penipuan, paksaan dan ugutanterhadap raja – raja Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Melayu. MacMichael telahmemaksa raja – raja Melayu menandatangani perjanjian dengan mengugut akan melucutkanjawatan mereka atas alasan sultan – sultan bekerjasama dengan Jepun menentang Britishsemasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, orang Melayu turut merasa diperkecilkan keranamasa yang diberikan untuk membincangkan rancangan penubuhan Malayan Union adalahsingkat. MacMichael juga tidak menerangkan syarat – syarat gagasan Malayan Union secaraterperinci dan mendapat pandangan daripada raja – raja Melayu terlebih dahulu sebelumsultan menandatangani perjanjian tersebut.Orang Melayu turut menentang kerana pertubuhan Malayan Union akan mengancamkedaulatan dan kuasa mutlak para sultan. Melalui Malayan Union, kedudukan sultan akandikekalkan tetapi kuasa penuh adalah terletak di tangan gabenor British yang mempunyaikuasa pembatal (veto). Pada pandangan orang Melayu, raja dianggap berdaulat dan
  10. 10. 10mempunyai kuasa untuk melindungi mereka, kehilangan kuasa raja bermakna kehilangankuasa Melayu. Selain itu, perubahan status sosial raja – raja Melayu mambangkitkankebimbangan orang Melayu terhadap masa hadapan mereka untuk menghadapi persaingandaripada orang bukan Melayu yang menguasai ekonomi. Orang Melayu turut merasa maruahserta kesucian agama Islam akan jatuh apabila Majlis Islam dipengerusikan oleh gabenoryang bukan beragama Islam. Kehilangan kuasa sultan akan mengubah status Tanah Melayukepada tanah jajahan British dan ini telah membangkitkan semangat kebangsaan orangMelayu untuk menentang Malayan Union.Syarat pemberian taraf kerakyatan turut menyebabkan penentangan orang Melayuterhadap gagasan Malayan Union. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli yang terlalu liberaltelah menebalkan sentimen kebencian orang Melayu kepada kaum lain terutamanya kaumCina. Jika Malayan Union dilaksanakan, dianggarkan kira – kira 85% orang Cina dan 75%orang India akan mendapat taraf kewrganegaraan Tanah Melayu. Syarat kerakyatan yanglonggar akan menyebabkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orangMelayu. Sekiranya orang bukan Melayu mendapat hak yang sama, ini akan mengugat hakistimewa dan kedudukan politik orang Melayu. Keadaan ini dianggap berbahaya terhadapkedudukan politik, ekonomi dan masa hadapan oran Melayu.3.2 Proses Penentangan Malayan UnionKeputusan British untuk melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu telahmembangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan pemimpin Melayu. Mereka sedarjika ia diteruskan, maka nasib orang Melayu akan terancam. Pemimpin – pemimpin TanahMelayu telah menggunakan akhbar – akhbar tempatan seperti Warta Negara, Utusan Melayudan Majlis untuk menyeru rakyat Melayu supaya bersatu padu menentang Malayan Union.Mereka turut menyeru supaya Barisan Bersatu ditubuhkan bagi menentang Malayan Union.Akhbar – akhbar Melayu turut memuatkan rencana – rencana yang mengingatkan orangMelayu terhadap bahaya Malayan Union. Desakan daripada akhbar – akhbar telahmembangkitkan semangat pemimpin – pemimpin pertubuhan politik yang ada di TanahMelayu untuk bersatu –padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union.Peranan Dato Onn Ja’afar dalam membangkitkan semangat orang melayu menentangMalayan Union juga tidak dilupakan. Dato Onn telah menggesa agar semua pertubuhanMelayu di Tanah Melayu bergabung tenaga untuk mengembalikan kedaulatan, maruah, dan
  11. 11. 11martabat bangsa Melayu. Hasilnya, beberapa pertubuhan yang bercorak kenegerian telahditubuhkan seperti Kesatuan Melayu Johor, Ikatan Melayu johor, Persatuan Melayu Kedah,Persatuan Melayu Kelantan, dan Persatuan Melayu Melaka. Persatuan – persatuan tersebuttelah memainkan peranan dengan mengemukakan bantahan terhadap pelaksanaan MalayanUnion melalui demonstrasi secara besar – besaran di seluruh negara. Antara siri bantahantersebut;i. 15hb Disember 1945 – satu demonstrasi telah dianjurkan oleh PersatuanMelayu Kelantan dengan disertai oleh 10 000 orang semasa MacMichael tibadi istana Sultan Kelantan untuk mendapatkan tandatangan;ii. 19hb Januari 1946 – Persatuan Melayu kedah mengadakan demonstrasi diAlor Setar dan disertai kira – kira 50 000 orang;iii. 1hb Februari 1946 – Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan demonstrasikedua di Kota Bahru;iv. 10hb Februari 1946 – satu demonstrasi yang disertai seramai 15 000 orangtermasuk wanita diadakan di Johor.Selain itu, di Johor, Dato Onn bin ja’afar turut menubuhkan Pergerakan MelayuSemenanjung Johor (PMSJ) pada 3hb Januari 1946. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuanmenyatupadukan orang Melayu untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari rancanganKerajaan British menubuhkan Malayan Union. Beliau turut memainkan peranan yang besardalam sejarah perjuangan negara apabila bertindak mengirim sepucuk surat kepada akhbarUtusan Malaya pada 23hb Januari 1946 dan memohon surat tersebut disiarkan.Penghantaran surat tersebut merupakan cadangan daripada beberapa orang anggotaKesatuan Melayu Johor seperti Syed Alwi Al – Hadi, Haji Anuar Malik dan Haji Mohd. Noah.Bagi mereka, Dato Onn mempunyai kepentingan dalam menyatukan orang Melayu.Motif daripada tindakan tersebut adalah untuk mengajak pemimpin – pemimpinMelayu di seluruh negara berhimpun untuk mengadakan suatu kongres bagi membincangkanperkara berkaitan penubuhan Malayan Union dan memikirkan tindakan serta langkah yangperlu diambil untuk membanteras rancangan Kerajaan Inggeris tersebut. Di dalam surattersebut turut dicadangkan satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Melayu Bersatuatau United Malays Organization (UMO) perlu ditubuhkan sebagai badan pendesak yangmenjadi induk mewakili seluruh umat Melayu. Beliau telah mengajak semua persatuan,pergerakan dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura menghantar wakil – wakilmereka ke kongres tersebut.
  12. 12. 12Akhirnya pada 1hb Mac 1946, persidangan kongres Melayu Se-Malaya yang pertamatelah dijalankan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bahru, Kuala Lumpur. Kongres tersebuttelah dihadiri hampir 300 orang wakil dan pemerhati rasmi daripada 41 buah pertubuhanMelayu. DYMM Sultan Hishammudin Alam Shah, iaitu Sultan Selangor telah merasmikanpersidangan kongres tersebut. Manakala, Dato Onn telah diangkat sebagai pengerusikongres. Persidangan orang Melayu tersebut tidak mendapat tekanan oleh pihak British.Surat kebenaran mengadakan kongres telah diberi pada 30hb Februari 1946 dan pada haripersidangan, pentadbiran British hanya menghantar beberapa orang mata – mata gelap danpolis untuk ‘menjaga’ perjalanan kongres. British tidak melihat kongres tersebut sebagai satuancaman terhadap Malayan Union.Persidangan kongres telah berlangsung selama empat hari dan kesemua persatuanyang hadir telah memberikan kerjasama kepada Dato Onn. Cadangan Dato Onn untukmenubuhkan pertubuhan kebangsaan telah dipersetujui, tetapi namanya telah diubahkepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays NationalOrganization (UMNO) oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba). Pada hari kedua,persidangan kongres telah membincangkan soal Malayan Union dan mengutuk tindakan SirHarold MacMichael ketika mendapatkan tandatangan raja – raja Melayu. Di akhirpersidangan, kongres tersebut telah membuat beberapa resolusi sebagai satu bantahanbertulis orang Melayu secara kolektif. Antara ketetapan yang dicapai sepanjang persidangantersebut ialah;i. Bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh Raja – Raja Melayu adalah tidakmengikut perlembagaan, hak pusaka dan amalan negeri – negeri Melayu.Dengan demikian, ‘persetujuan’ tersebut adalah tidak sah dan terbatal sertarakyat tidak akan mengiktiraf ‘perjanjian’ tersebut;ii. Perjanjian tersebut juga dianggap tidak dengan pengetahuan dan berlawanandengan kehendak rakyat, maka kongres telah mengisytiharkan perbuatanseumpama itu adalah bertentangan dengan dasar – dasar demokrasi;iii. Cadangan Kerajaan Inggeris mengambil kuasa penuh ke atas Tanah Melayudan menafikan kuasa sultan turut dianggap berlawanan dengan PiagamAtlantik;iv. Berkenaan dengan syarat – syarat yang terkandung dalam perlembagaanMalayan Union adalah mengecewakan orang Melayu yang pernah menaruhperasaan setia kepada takhta Kerajaan Inggeris sebagai kuasa penaung;
  13. 13. 13v. Berharap agar Kerajaan Inggeris menimbang semula cadangan – cadanganyang terdapat dalam perlembagaan Malayan Union;vi. Bahawa kongres mendesak Kerajaan Britain agar menarik balik cadangan –cadangan yang disebutkan dengan segera, dan mengembalikan semula tarafkedudukan negeri – negeri Melayu.Ketetapan kongres pertama tersebut telah diisytiharkan kepada beribu rakyat Melayu diDewan Bandaran (Town Hall) Kuala Lumpur pada petang 4hb Mac 1946. Resolusi tersebutakhirnya dikirimkan kepada Setiausaha Negara bagi Jabatan Tanah dan Jajahan TaklukBritain di Whitehall, London. Walau bagaimanapun, resolusi yang dihantar daripadapersidangan kongres pertama tersebut tidak mendapat perhatian Kerajaan british. Britishtetap dengan keputusan mereka untuk mengisytiharkan Malayan Union di Tanah Melayupada 1hb April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yangpertama.Tindakan British tersebut telah menyebabkan kongres kedua di Tanah Melayudijalankan secara tergempar pada 30hb Mac 1946. Persidangan kedua tersebut telahdijalankan di Ibu Pejabat dan dihadiri oleh 9 orang wakil daripada 9 buah persatuan negeriMelayu sahaja kerana kesuntukan masa. Dalam tempoh perbincangan selama dua hari,kongres tersebut telah membuat beberapa keputusan penting. Antaranya adalah denganmeminta raja – raja Melayu memulau pelantikan Sir Edward gent sebagai Gabenor MalayanUnion pada 1hb April 1946, meminta ahli Melayu yang dilantik bagi Majlis Mesyuarat MalayanUnion (MMMU) menolak pelantikan tersebut dan meminta rakyat Melayu berkabung selamatujuh hari sebagai tanda kematian hak mereka.Keputusan tersebut telah mendapat kerjasama yang baik daripada masyarakatMelayu. Ahli Melayu yang dilantik dalam Majlis Mesyuarat Malayan Union telah memulaukandan menjalankan dasar tidak bekerjasama terhadap majlis tersebut. Pemulauan tersebuttelah melemahkan sokongan orang Melayu dalam pentadbiran British. Manakala orangMelayu pula memakai songkok berlilit kain putih tanda berkabung. Bantahan tersebutmerupakan bantahan sebulat suara orang Melayu daripada peringkat pentadbir dan rakyatbawahan.
  14. 14. 14Raja – Raja Melayu pada asalnya tetap ingin menghadiri majlis pelantikan EdwardGent, tetapi setelah dipujuk oleh Dato’ Onn yang disertai bersama – sama Dato’ Hj. WahabToh Muda dan Dato’ Nik Ahmad Kamil serta bantuan Sultan Ibrahim yang datang berbincangdengan raja – raja Melayu di kediaman mereka di Station Hotel. Dato’ Onn juga telahmengingatkan raja – raja Melayu supaya bekerjasama dengan kongres untuk mengelakkanrakyat Melayu menderhaka, akhirnya raja – raja Melayu tersebut akur dan bersetuju untukbejerjasama dengan kongres. Kejayaan ini juga hasil daripada sokongan beribu – ribu rakyatMelayu yang telah melaungkan ‘daulat tuanku’ betalu – talu di luar kediaman raja – rajaMelayu tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai tanda berbudi bahasa, Sultan Perak telahmengirimkan sepucuk surat kepada Edward Gent sebagai tanda memohon maaf pada harikeesokannya.Semasa dalam proses penentangan, raja – raja Melayu yang menyesali tindakanmereka menandatangani perjanjian dengan Sir Harold MacMichael secara terburu – burupernah menghantar surat kepada Setiausaha Negara bagi Tanah dan Jajahan Takluk Britainserta rakan – rakan inggeris mereka yang berpengaruh di England. Raja – raja Melayu telahmempertikaikan persetujuan yang diberi dan mendakwa mereka telah diperdaya olehMacMichael. Tetapi rayuan raja – raja Melayu tersebut tidak diendahkan oleh Kerajaanbritish. Dengan itu raja – raja Melayu telah memutuskan untuk bersama – sama rakyatmenentang penubuhan Malayan Union. Dalam satu persidangan Raja – Raja yang diadakandi Istana Iskandariyah, Kuala Kangsar, pada bulan April 1946, Baginda sekalian telahmemutuskan untuk berangkat ke England untuk mengemukakan bantahan, secara peribadi,jika perlu.Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja datangnya dari orang Melayutetapi juga tentangan daripada beberapa orang kaum bukan Melayu, terutamanya orangCina. Tentangan daripada kaum Cina datangnya daripada kumpulan politik berhaluan kiriiaitu Parti Komunis Malaya (PKM). PKM secara keseluruhannya bersetuju dengan konsepMalayan Union tetapi tidak bersetuju dengan pengekalan Singapura sebagai koloniberasingan oleh Kerajaan British. Mereka juga tidak berpuas hati dengan keahlian dewanundangan dan eksekutif yang dianggap tidak demokratik. Hal ini berikutan PKM menuntut
  15. 15. 15supaya diadakan pemilihan umum. Melalui akhbar Cina, perkara yang menarik adalah mogokumum yang dilancarkan oleh GLU (General Labour Union) yang telah diilhamkan oleh PKM.Disamping itu, terdapat juga segelintir pegawai – pegawai berbangsa Inggeris yangturut menyokong orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union. Antaranya ialah;Frank Swettenham, George Maxwell, Ronald Bradel, CecilClementi, dan R.O. Winstedt.Mereka merupakan antara pegawai – pegawai British yang berpengaruh dan pernahbertugas di Tanah Melayu sebelum pendudukan Jepun. Pegawai – pegawai sepertiSwettenham dan Winstedt melihat dasar Malayan Union itu sangat bertentangan dengandasar kerajaan British sebelumnya. Pegawai – pegawai British tersebut telah menyatakantentangan mereka terhadap Malayan Union dengan menulis di akhbar – akhbar Londonseperti Times dengan menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Unionyang dianggap tidak sesuai untuk Tanah Melayu. Kecaman yang lebih berkesan dari merekadatangnya daripada anggota pembangkang Parti Konservatif Britain dalam ‘House ofCommons’ . Bagi mereka, Malayan Union merupakan satu tindakan yang memusnahkanorang Melayu. Dengan ini, pegawai – pegawai British serta parti tersebut bukan sahaja telahmembidas tetapi juga meminta supaya Kerajaan British mengkaji semula bantahan yangdibuat oleh orang Melayu secara dekat.4. PEMBUBARAN MALAYAN UNIONPada asalnya, Kerajaan British tetap dengan keputusannya menubuhkan MalayanUnion. Namun, akibat desakan daripada penduduk Tanah Melayu dan rakyat Britain, makaKerajaan British terpaksa menimbang semula pandangan penduduk Tanah Melayu danbercadang untuk membuat beberapa pindaan dalam susunan pentadbiran dan pemerintahanMalayan Union. Terdapat beberapa faktor penting yang telah menyebabkan Kerajaan Britishbertindak sedemikian.Akibat daripada penentangan orang Melayu, Sir Edward Gent telah mengadakansuatu mesyuarat yang dihadiri oleh raja – raja Melayu. Dalam mesyuarat tersebut, Edwardgent telah menawarkan beberapa kelonggaran dalam kuasa Gabenor dan memulihkansebahagiannya kepada kuasa Raja. Namun begitu, tawaran yang tidak menyentuh mengenaisoal penjajahan dan penaklukan Tanah Melayu tidak berjaya mempengaruhi tentanganpemimpin – pemimpin Melayu terhadap Malayan Union. Mereka menganggap bahawa
  16. 16. 16tawaran tersebut merupakan satu cubaan British untuk memisahkan Raja dan rakyat Melayu.Para pemimpin Melayu tetap yakin sekiranya mereka bersatu padu, maka ia akanmenjejaskan pemerintahan Malayan Union. Akhirnya, Kerajaan British terpaksamemansuhkan Malayan Union dan menggantikannya dengan corak pemerintahan baru yangdapat diterima oleh penduduk Tanah Melayu.Selain itu, tindakan British memansuhkan Malayan Union juga adalah akibat daripadakecaman yang dilakukan oleh Parti Konservatif dalam persidangan Parlimen Britain. PartiKonsrvatif telah mengecam Kerajaan Parti Buruh, atas dasar Malayan Union yang dianggapakan memusnahkan kedudukan orang Melayu. Parti Konservatif turut mencadangkan agarsatu rombongan yang terdiri daripada ahli – ahli Parlimen yang mewakili dua parti terbesar,ditugaskan untuk membuat tinjauan dan mengkaji keadaan yang wujud di Tanah Melayu,seperti yang dituntut oleh kongres 1946. Kerajaan British akhirnya telah menghantarrombongan dua ahli Parlimen British yang dianggotai oleh Kapten L.D. Gammans dari PartiKonservatif dan Leftenan Kolonel David Rees-Williams dari Parti Buruh ke Tanah Melayupada penghujung bulan Mei 1946.Sepanjang lawatan dua wakil Parlimen British tersebut di Tanah Melayu, mereka telahmenyaksikan beribu orang Melayu berhimpun menunjuk perasaan, mambantah danmengutuk Malayan Union. Dalam perhimpunan tersebut kaum wanita serta kanak – kanakturut terlibat, malah Permaisuri Sultan Perak turut turun padang dengan mengetuai kaumwanita berarak menunjuk perasaan. Keadaan ini telah menyebabkan wakil – wakil Britishtersebut melaporkan pendapat mereka mendesak Kerajaan British untuk memansuhkanMalayan Union dan mengesyorkan supaya satu perjanjian baru dibuat. Mereka turtuberpendapat, sekiranya keadaan tersebut dibiarkan, penentangan orang Melayu akanmeningkat dan ini akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Malayan Union.Malayan Union turut dimansuhkan akibat daripada kebimbangan Kerajaan Britishterhadap kecaman orang bukan Melayu seperti Parti Komunis Malaya (PKM) serta parti –parti siasah luar negara, seperti Parti Kuomintang (KMT) China, Parti Kongres India dan Parti– parti siasah Indonesia. Kerajaan British berpendapat bahawa ancaman yang diberikan olehparti – perti tersebut adalah lebih berbahaya kerana mereka memperjuangkan kepentingankuasa – kuasa luar. Bagi Kerajaan British tentangan yang diberikan oleh orang Melayuadalah lebih terbuka dan mengikut lunas perundangan serta masih menghormati pegawaiMalayan Union. Namun sekiranya British masih enggan bekerjasama, sikap tersebut mungkinakan berubah kepada kekerasan. Oleh yang demikian, British amat yakin bahawa orang
  17. 17. 17Melayu boleh bekerjasama dengan mereka sekiranya pemerintahan Tanah Melayu dipulihkanseperti sedia kala. Keadaan tersebut akan membawa kebaikan dan keuntungan di kedua –dua belah pihak.Setelah menyedari bahawa ancaman yang dihadapi oleh Kerajaan British hanya dapatdiatasi dengan adanya bantuan serta kerjasama dari orang Melayu, maka Kerajaan Britishbersetuju untuk memansuhkan Malayan Union dan mengenepikan dasar Imperialismenya.Akhirnya pada bulan Jun 1946, Kerajaan British telah bersetuju untuk membuat beberapapindaan iaitu;i. Status negeri – negeri Melayu dari taraf ‘Tanah Jajahan Takluk’ kepadaWilayah di bawah ‘Naungan’ Kerajaan British;ii. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat Persekutuan denganperundangan serta pentadbiran pusat yang bertanggungjawab dalam urusanumum;iii. Kuasa Raja – Raja Melayu dipulihkan;iv. Malayan Union dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan TanahMelayu;v. Jawatan Gabenor digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan TanahMelayu;vi. Bahasa Melayu serta Agama Islam dijadikan bahasa dan agama rasmipersekutuan; sertavii. Hak – hak keistimewaan orang Melayu dipulihkan seperti sedia kala.Kerajaan British turut bersetuju mewujudkan satu ‘Jawatankuasa Kerja’ yangditubuhkan khas untuk meggubal dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayudan Perjanjian Negeri – Negeri. Jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh tiga kumpulaniaitu; Kerajaan British, Raja – Raja Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Jawatankuasa tersebut telah mengambil masa selama lebih kurang lima bulanuntuk menggubal dan merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 20hbNovember 1946, rangka Perlembagaan ‘Persekutuan’ dan perjanjian untuk Negeri – NegeriMelayu telah dibentangkan di persidangan Pleno, di mana ia dihadiri oleh Raja – RajaMelayu, wakil – wakil Kerajaan Malayan Union dan wakil – wakil UMNO. Rangka tersebut
  18. 18. 18akhirnya diluluskan oleh Persidangan Pleno dan diajukan kepada ‘Jemaah Menteri – Menteri’Kerajaan British di London.Perjanjian (Perlembagaan) Persekutuan Tanah Melayu serta Perjanjian – PerjanjianNegeri Melayu tersebut akhirnya telah diterima dan disahkan oleh ‘Jemaah Menteri – Menteri’Kerajaan British pada 5 Disember 1946. Pada tahun berikutnya, maka secara rasmi MalayanUnion dibubarkan dan seterusnya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yangditubuhkan pada 1hb Februari 1948.5. IKTIBARSesungguhnya peristiwa – peristiwa yang berlaku ketika pengenalan Malayan Uniontelah memberikan banyak pengajaran yang berharga utuk dijadikan iktibar serta pedomanoleh generasi merdeka pada masa kini dan pada masa hadapan. Antara iktibar yangdiperolehi ialah, sesungguhnya kecekalan serta semangat yang tinggi mampu memberikankejayaan kepada seseorang atau sesuatu bangsa. Rakyat juga seharusnya menanamkansemangat nasionalisme yang tinggi kepada negara untuk mengelakkan negara kita dijajaholeh kuasa asing yang akan menghapuskan martabat serta warisan budaya Negara yangberdaulat. Ini misalnya, pengenalan Malayan Union yang telah menghapuskan sepenuhnyakuasa para sultan dan hak istimewa orang Melayu. Tanpa adanya tokoh – tokoh pejuangyang bersemangat tinggi serta kerjasama dari seluruh rakyat Melayu, maka sesungguhnyanilai budaya Melayu yang tinggi itu akan hilang ditelan kuasa penjajah.Dalam pada masa yang sama, peristiwa – peristiwa ketika pengenalan Malayan Uniontelah memberikan iktibar bahawa dengan adanya kesepaduan di antara pemerintah (ketua)dengan rakyat (orang bawahan), maka sesuatu objektif yang ingin diperjuangkan akanmenghasilkan kejayaan yang tak ternilai terhadap sesuatu negara, organisasi atau kumpulan.Kisah perjuangan bangsa melayu yang bersifat lembut tetapi tegas atau tidak radikaltelah menunjukkan bahawa sesuatu kejayaan itu tidak semestinya diperolehi melaluikekerasan. Apabila menggunakan kekerasan, maka ia hanya akan merugikan ramai pihakdengan adanya pertumpahan darah dan kerosakkan harta benda serta melumpuhkanekonomi negara. Dengan mengekalkan sifat kerjasama dan bersatu padu, hormat –
  19. 19. 19menghormati, maka segala tindakan yang diambil akan mebuahkan hasil yangmenguntungkan kepada semua pihak. Keadaan ini dapat digambarkan melalui perjuanganorang Melayu yang menyuarakan bantahan mereka melalui akhbar – akhbar, demonstrasiserta pertubuhan kongres yang dianggap tidak bersifat radikal.6. KESIMPULANKesimpulannya, hasil daripada semangat nasionalisme penduduk Melayu yang kuat,maka mereka telah berjaya memujuk Kerajaan British untuk membubarkan Malayan Unionyang dianggap sebagai satu bentu penjajahan baru di Tanah Melayu oleh Kerajaan British.Dengan mansuhnya Malayan Union, maka kedaulatan serta maruah rakyat Melayu berjayadikekalkan dan seterusnya berjaya membawa Tanah Melayu kepada satu bentuk Kerajaanbaru, iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu,maka ia telah membuka ruang kepada orang Melayu untuk melibatkan diri dalam politiknegara dan memerintah tanah air sendiri. Ia turut membuka ruang para pemimpin Melayuuntuk membawa kemerdekaan kepada negara yang akhirnya berjaya diperolehi pada 31hbOgos 1957.Disamping itu, peristiwa – peristiwa yang berlaku dalam sejarah perjuangan sebelummerdeka perlulah diambil iktibar bagi pedoman kepada masyarakat kini dan generasi –generasi yang akan mendatang bagi mempertahankan kedaulatan negara kita.
  20. 20. 207. BIBLIOGRAFI1. Anwar Abdullah (2004). Biografi Dato Onn: Hidup Melayu. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia .2. Institut Tadbiran Awam Negara (1983). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar– Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.3. J. Kennedy (2007). History of Malaya. Kuala Lumpur : Synergy Media.4. Ja’afar Onn (2007). UMNO dan Malayan Union. Selangor: MPH Group Publishing.5. Mohd. Ashraf Ibrahim (2004). Gagasan Bangsa Malaysia yang Bersatu: 1945 – 1957.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.6. Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia: 1800 – 1963. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.7. Ramlah Adam (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
  21. 21. 21
  22. 22. 22
  23. 23. 23
  24. 24. 24
  25. 25. 25
  26. 26. 26
  27. 27. 27
  28. 28. 28
  29. 29. 29
  30. 30. 30
  31. 31. 31
  32. 32. 32
  33. 33. 33
  34. 34. 34
  35. 35. 35
  • NevyndrenRavindren

    Oct. 25, 2020
  • eddy1469

    Oct. 16, 2020
  • AzibMizan

    Oct. 3, 2020
  • LydiaNatasya1

    Sep. 27, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • NurWahedayah

    Sep. 8, 2020
  • inbakumhar

    Aug. 11, 2020
  • syidahlee

    Jul. 14, 2020
  • CranCaramell

    Jul. 14, 2020
  • muhammadimran1319

    Apr. 6, 2020
  • atikahmddesa

    Nov. 18, 2019

Vues

Nombre de vues

119 441

Sur Slideshare

0

À partir des intégrations

0

Nombre d'intégrations

148

Actions

Téléchargements

0

Partages

0

Commentaires

0

Mentions J'aime

29

×