SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
960609-02-5549
1
SENARAI ISI KANDUNGAN
Tajuk Halaman
Isi kandungan 1
Penghargaan 2
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif kajian 4
3.0 Lokasi kawasan kajian 5 - 7
4.0 Kaedah kajian 8 - 9
5.0 Hasil kajian dan perbincangan
5.1 Pola perbezaan suhu mengikut stesen 10 - 12
5.2 Hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa
di kawasan kajian. 13
5.3 Peranan tumbuhan terhadap suhu 14 - 16
5.4 Kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal 17 - 19
6.0 Kesimpulan kajian 20
Senarai rujukan 21
Lampiran
960609-02-5549
2
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi ke atas limpah kurnia-Nya, dapat juga pengkaji menyiapkan
kerja kursus Geografi kertas 4 (942/4) penggal 3 tahun 2016 yang bertajuk “Peranan
Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah ” dalam masa
yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Azizah binti Mad Ali yang
merupakan guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong, Jeniang, Kedah.
Terlebih dahulu ingin pengkaji merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang
tidak terhingga kepada En. Ali Bin Awang Kechik yang merupakan pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Sulong kerana telah memberi keizinan kepada pengkaji untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.
Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi iaitu Puan Azizah binti Mad Ali kerana telah banyak meluangkan masa,
memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu menyiapkan kajian ini, selain
memberikan semangat untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.
Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
pengkaji iaitu Haji Ahmad Bin Ismail serta Kamariah Binti Salleh yang telah banyak
berkorban dari segi tenaga, dorongan serta kewangan untuk memastikan kerja kursus ini
berjalan dengan lancar.
Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta pihak-pihak
yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu pengkaji
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.
Akhir sekali, penghargaan ini juga buat rakan-rakan seperjuangan di tingkatan enam
atas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong dan rakan-rakan dari sekolah lain kerana
sudi memberi tunjuk ajar kepada pengkaji semasa menyiapkan kerja kursus ini.
960609-02-5549
3
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), hutan ditarifkan sebagai kawasan
yang ditumbuhi pokok-pokok liar. Hutan merupakan kawasan yang dilitupi oleh tumbuh-
tumbuhan yang berbagai-bagai jenis dan saiz serta kawasan yang didiami oleh burung,
binatang, serangga dan organisma mikro (Hopkins 1984). Terdapat berbagai-bagai jenis
hutan di dunia ini yang terdiri daripada Hutan Hujan Khatulistiwa Atau Tropika, Hutan
Monsun, Hutan Malar Hijau Iklim Sederhana, Hutan Daun Luruh Iklim Sederhana, Hutan
Daun Jarum, Hutan Kayu Keras Malar Hijau, Hutan Jarang Savana, Samun Belukar Tropika
dan Semak Duri, Hutan Hampir Gurun dan Hutan Jarang Sejuk (Strahler 1978). Di antara
hutan yang paling padat ditumbuhi oleh tubuh-tumbuhan dan terdapat berjuta-juta haiwan
dan organisma mikro ialah Hutan Khatulistiwa atau Hutan Hujan Tropika.
Menurut Abibullah Samsudin (1994) di dalam buku Industri Balak Di Semenanjung
Malaysia : Satu Kajian Kes. Hutan Hujan Tropika ialah Hutan Malar Hijau atau sebahagian
malar hijau di kawasan-kawasan yang menerima hujan tidak kurang daripada 100 mm hujan
pada setiap bulan dalam masa tiga tahun dengan min tahunan melebihi 24oC dan bebas
daripada fros; di dalam hutan ini sebahagian daripada pokok akan mengalami keguguran
daun; hutan biasanya terdapat pada ketinggian di bawah 1300 meter.
Hutan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi proses geomorfologi,
hidrologi, ekologi dan atmosfera. Sebagai contoh, akar tumbuhan yang menjalar mampu
menghalang pergerakan jisim tanah yang akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh atau
tanah mendap. Namun, kajian ini lebih memfokuskan kepada peranan tumbuhan dalam
menentukan pola suhu persekitaran. Umumnya, hutan mempunyai tumbuhan yang padat,
berkanopi, bersuhu sederhana dan terdapat pelbagai spesies haiwan. Suhu yang sederhana di
kawasan hutan sangat berkait rapat dengan kelembapan udara yang tinggi akibat proses sejat
peluhan serta peranan daun tumbuhan yang menyerap bahangan/cahaya matahari melalui
proses fotosintesis. Selain itu, daun tumbuhan yang menghalang permukaan bumi daripada
menerima bahangan matahari secara terus membantu mengurangkan pembebasan bahangan
bumi pada waktu malam. Keadaan ini akan menyebabkan suhu persekitaran hutan tidak
terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
960609-02-5549
4
Objektif kajian
Kajian ini mengemukakan 4 objektif iaitu,
2.1 Menganalisis pola suhu mengikut stesen di hutan simpan Bukit perak
2.2 Membincangkan hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di hutan
simpan Bukit perak
2.3 Menghuraikan peranan tumbuhan terhadap pola suhu di hutan simpan Bukit perak
2.4 Menjelaskan kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal
960609-02-5549
5
3.0 Lokasi kawasan kajian
3.1 ciri fizikal kawasan kajian
Kawasan kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah hutan simpan Bukit Perak, Jeniang,
kedah. Bentuk muka bumi di hutan simpan Bukit perak ialah beralun dan tanah pamah.
Berhampiran dengan hutan simpan Bukit perak, terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba
seperti Tongkat Ali, selasih, serai wangi dan lain-lain serta terdapat kayu balak seperti cengal,
meranti, keruing, dan sebagainya. Manakala, haiwan seperti harimau, monyet, ular dan lain-
lain mudah dijumpai di hutan ini kerana hutan ini dijaga dan dilindungi oleh Jabatan
Perhutanan Negeri Kedah di bawah agensi tertentu.
3.2 ciri budaya kawasan budaya
Hutan simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah terletak berhampiran dengan pejabat renjer
hutan Jeniang/Sik. Kemudahan awam seperti jalan raya, klinik, masjid, pejabat pos, pondok
polis dan sebagainya disediakan berhampiran kawasan kajian. Penduduk sekitar kebanyakan
bekerja secara persendirian dan perkilangan dengan melakukan kerja-kerja kampung dan
mengambil upah dengan bekerja di kilang Permintex Furukawa. hutan simpan Bukit perak
juga berada berhampiran dengan beberapa buah sekolah menengah dan rendah seperti SMK
Tunku Sulong, SJK (c) Jeniang dan SK Jeniang. Di samping itu, wujud premis perniagaan
berhampiran hutan simpan Bukit perak seperti angun tom yam, cen cendol, remyra burger &
oblong dan lain-lain. Jarak hutan simpan Bukit perak dari pekan jeniang ialah 3km yang
mengambil masa selama 3 minit jika menaiki kereta ataupun motosikal. Manakala jarak dari
pusat bandar sungai petani dan pekan gurun ke hutan simpan Bukit perak ialah sejauh 50 km
dan 18 km.
.
960609-02-5549
6
Peta Daerah Kuala Muda
Peta 1 : Peta Daerah Kuala Muda
*anak panah : kawasan kajian; hutan simpan Bukit Perak
Sumber : Laman web rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani
Hutan simpan Bukit
Perak
Yan
Sik
U
5 km
960609-02-5549
7
960609-02-5549
8
2.0 Kaedah kajian
Kaedah kajian dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.
Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari
sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli. Untuk mengumpulkan data
primer antaranya ialah kaedah pemerhatian dan pengukuran. Data Sekunder adalah data yang
diperoleh atau dikumpulkan peneliti dari berbagai sumber yang telah ada (peneliti sebagai
tangan kedua). Data sekunder dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti di perpustakaan
dan Internet.
3.1 kaedah untuk Memperoleh Data Primer
3.1.1 Kaedah Pemerhatian dan pencerapan
Kaedah pemerhatian dan pencerapan ini membolehkan pengkaji untuk
merekod dan mentafsirkan bacaan suhu dengan lebih terperinci dan jelas di hutan
simpan Bukit Perak. Pengkaji dapat melakukan kajian dengan lebih mendalam
terhadap muka bumi, kanopi tumbuhan dan keadaan persekitaran hutan simpan Bukit
perak. Pemerhatian ini dijalankan pada 20 Julai 2016 dengan beberapa orang guru
pengiring dan 2 orang pegawai renjer Jeniang. Untuk dijadikan bahan bukti, pengkaji
telah mengambil beberapa keping gambar di hutan simpan Bukit perak bagi
menunjukkan bahawa pengkaji telah melakukan kajian.
3.1.2 Kaedah pengukuran
kaedah pengukuran digunakan dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan
bacaan suhu yang tetap supaya analisis dapat dilakukan bagi mengenal pasti
perubahan suhu di tempat dan masa yang berbeza. Beberapa jenis alatan digunakan
oleh pengkaji semasa mengukur suhu di hutan simpan Bukit perak seperti pita
pengukur, batang buluh, parang, pen, kertas, jam tangan dan termometer suhu.
Pengukuran dimulakan dengan menentukan tempat meletakkan kayu buluh untuk
dijadikan stesen pengukur suhu. Kerja-kerja penyelarasan dengan kayu buluh dan pita
pengukur digunakan untuk mengukur jarak satu stesen dengan stesen yang lain.
Bacaan suhu diukur dan dicatatkan pada tempoh masa yang berbeza ; 8 – 10 pagi, 12
tengahari – 2 petang, 5 petang – 7 malam di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza pada
selang jarak minimum 20m setiap stesen (10 stesen=200 meter) dalam satu garis lurus
dari luar hutan hingga ke dalam hutan. Data yang diperoleh dicatat pada kertas.
960609-02-5549
9
Gambar 1 : pengkaji bersama ahli kumpulan sedang melakukan proses
pengukuran
3.2 Kaedah memperoleh data sekunder
Pengkaji menggunakan kaedah sekunder sebagai maklumat tambahan bagi
melengkapkan laporan hasil dapatan kajian. Kaedah rujukan di perpustakaan dan
Internet dilakukan untuk tujuan tersebut.
3.2.1 Kaedah Rujukan Perpustakaan
Kaedah rujukan di perpustakaan dijalankan adalah untuk mendapatkan
maklumat sokongan tentang peranan tumbuhan terhadap suhu, sejarah hutan
simpan Bukit Perak dan lain-lain. Kaedah rujukan perpustakaan dilakukan
dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah. Buku daripada penulisan
Abibullah Samsudin, Hopkins dan Strahler banyak membantu pengkaji untuk
melengkapkan kajian ini.
3.2.2 Kaedah Laman Web
Pengkaji merujuk beberapa laman web untuk memperoleh maklumat
tentang peta daerah Kuala Muda dan melukis peta lakar di hutan simpan Bukit
perak. Malah, membantu pengkaji memahami konsep tumbuhan, suhu, hutan
dan lain-lain dengan lebih mudah dan pantas.
960609-02-5549
10
3.0 Hasil kajian dan perbincangan
4.1 Pola suhu mengikut stesen
Jadual 1 : pola suhu mengikut stesen
Stesen
Masa
Stesen
1
Stesen
2
Stesen
3
Stesen
4
Stesen
5
Stesen
6
Stesen
7
Stesen
8
Stesen
9
Stesen
10
9 – 10 a.m. 28°c 28°c 28°c 26°c 25.5°c 27°c 26°c 25°c 26°c 26°c
12 – 2 p.m. 31.5°c 31°c 32.5°c 28.5°c 28°c 29°c 28°c 27°c 28°c 27°c
5- 7 p.m. 32.5°c 32°c 31°c 30°c 29°c 29°c 28°c 29°c 29°c 30°c
Rajah 1 : Pola Suhu mengikut Stesen
28 28 28
26 25.5
27 26 25 26 26
31.5 31
32.5
28.5 28 29 28 27 28 27
32.5 32 31 30 29 29 28 29 29 30
0
5
10
15
20
25
30
35
Stesen
1
Stesen
2
Stesen
3
Stesen
4
Stesen
5
Stesen
6
Stesen
7
Stesen
8
Stesen
9
Stesen
10
Pola Suhu Mengikut Stesen
9.00 - 10.00 a.m. 12.00 - 2.00 p.m. 5.00 - 7.00 p.m.
suhu(oc)
Petunjuk:
960609-02-5549
11
Gambar 2 : Proses pengukuran suhu persekitaran di Hutan Simpan Bukit Perak
960609-02-5549
12
960609-02-5549
13
4.2 Hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di kawasan kajian
Berdasarkan data yang diperolehi oleh pengkaji di Hutan Simpan Bukit Perak,
pengkaji mendapati bahawa suhu persekitaran berbeza bagi setiap stesen. Sebagai contoh,
bacaan suhu di stesen satu (32.5 oC) pada waktu petang adalah lebih tinggi berbanding
dengan stesen lain dan bacaan suhu relatif semakin menurun bagi stesen yang seterusnya. Hal
ini menunjukkan bahawa suhu persekitaran di pengaruhi oleh jarak yang berbeza antara
stesen. Kedudukan stesen satu yang jauh dari litupan tumbuhan menyebabkan bacaan suhu di
stesen tersebut adalah tinggi berbanding stesen yang seterusnya. Namun, bacaan suhu
persekitaran di stesen yang kedua (2), ketiga (3) dan seterusnya yang tidak menunjukan
penurunan bacaan suhu yang tetap. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bacaan suhu stesen
dua ialah 32 oC dan stesen seterusnya ialah 31 oC, 30 oC dan 29 oC. Hal ini demikian kerana
sesetengah stesen berada di kawasan yang litupan tumbuhan yang kurang dan tidak padat
khususnya di gigi hutan berbanding stesen lain. Jelasnya, pengkaji dapat simpulkan bahawa
kawasan di dalam hutan yang lapang dan terdedah kepada cahaya matahari mempengaruhi
suhu persekitaran dan menyebabkan bacaan suhu yang diambil oleh pengkaji mudah berubah.
Oleh sebab itu, bacaan suhu adalah tidak menurun secara serata walaupun stesen yang
diletakkan oleh pengkaji semakin jauh ke dalam hutan simpan Bukit Perak.
Bacaan suhu yang diambil oleh pengkaji juga adalah tidak sama mengikut
waktu/masa. Kajian menunjukan bacaan suhu pada waktu pagi (9.00 – 10.00 a.m.) adalah
lebih rendah berbanding waktu lain iaitu dalam lingkungan 26 oC hingga 28 oC. Manakala,
bacaan suhu pada waktu petang dalam lingkungan waktu 5.00 – 7.00 p.m. adalah relatif lebih
tinggi berbanding pada waktu tengah hari (12.00 - 2.00 p.m.). bacaan suhu pada waktu petang
adalah dalm lingkungan (30 oC – 32.5 oC) dan pada waktu petang ialah 27 oC hingga 31.5 oC.
960609-02-5549
14
4.3 Peranan tumbuhan terhadap pola suhu di hutan simpan Bukit perak
4.3.1 Menyerap bahangan
Proses fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuhan di hutan simpan Bukit Perak telah
membantu mengawal suhu persekitaran dengan menyerap gas karbon dioksida (CO2) dan
membebaskan gas oksigen (O2). Proses ini perlu bagi meneruskan kelangsungan pokok
membesar dan membiak. Hal ini demikian kerana tumbuhan menyerap bahangan dan cahaya
matahari untuk menukarkan air dan nutrien dalam bentuk kimia yang akan disimpan oleh
tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan. Proses fotosintesis
yang berterusan ini akan mengurangkan lebihan gas karbon dioksida di dalam udara yang
akan menyebabkan terjadinya selimut bumi di kawasan sekitar. Selimut bumi ini akan
menjadikan lebih banyak haba terperangkap di atmosfera akibat pemantulan semula haba ke
permukaan bumi.
Gambar 3 : Hutan simpan Bukit Perak padat dengan tumbuhan
Sumber : kajian lapangan 2016
960609-02-5549
15
4.3.2 Menapis Bahangan Matahari
Tumbuhan berlapis-lapis (berstrata) di dalam ekosistem hutan simpan Bukit Perak
membantu menghalang pancaran matahari terus sampai ke lantai hutan. Hal ini akan
membantu mengurangkan permukaan bumi menyerap bahangan matahari pada waktu siang.
Apabila permukaan bumi kurang menyerap bahangan matahari. Maka pada waktu malam,
permukaan bumi kurang membebaskan bahangan bumi pada waktu malam melalui
gelombang panjang. Kesannya, suhu persekitaran hutan simpan Bukit Perak adalah lebih
rendah berbanding kawasan yang kurang tumbuhan seperti kawasan bandar.
Gambar 4 : Tumbuhan berlapis-lapis (berstrata) di dalam ekosistem hutan simpan Bukit
Perak
Sumber : kajian lapangan 2016
960609-02-5549
16
4.3.3 Meningkatkan Kelembapan
Kadar kelembapan yang tinggi di suatu kawasan berkait rapat dengan proses sejat
peluhan yang tinggi. Proses sejatpeluhan ini lebih merujuk kepada kehilangan air melalui
proses sejatan daripada permukaan air, kelembapan tanih dan perpeluhan oleh tumbuhan. Di
hutan simpan Bukit Perak, proses sejatpeluhan banyak berlaku kerana terdapat pelbagai jenis
tumbuhan yang melakukan proses respirasi yang membebaskan wap air ke udara. Liang
stoma pada daun akan terbuka apabila terkena cahaya matahari dan memudahkan transpirasi
berlaku. Tambahan, di kawasan sekitar hutan simpan Bukit Perak terdapat beberapa badan air
seperti paya dan tasik buatan juga membantu menambah kelembapan bandingan. Oleh itu,
kombinasi proses sejatan dari tumbuhan di hutan simpan Bukit Perak dan kawasan paya dan
tasik buatan akan menjadi kawasan sekitar hutan simpan Bukit Perak mempunyai kadar
kelembapan bandingan yang tinggi dan bersuhu rendah.
Gambar 5 : Kawasan paya berhampiran hutan simpan Bukit Perak
Sumber : kajian lapangan 2016
960609-02-5549
17
4.4 Kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal
4.2.1 Mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro (atmosfera)
Di kawasan hutan simpan bukit Perak, pengkaji mendapati bahawa tiupan angin
adalah tenang dan nyaman. Hal ini demikian kerana kanopi pokok berfungsi untuk
mengurangkan halaju angin. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat dan padat
menyebabkan proses perpuluhan berlaku dengan banyak. Wap-wap air banyak dibebaskan ke
udara di dalam kawasan hutan tersebut. Kesannya, kelembapan udara meningkat. Sebagai
contoh, kandungan wap-wap air di dalam udara sentiasa melebihi 80% di kawasan hutan
hujan.
Apabila kelembapan udara adalah tinggi di kawasan hutan simpan Bukit perak, maka
suhu persekitaran Jeniang juga adalah sederhana dan kerpasan mudah terbentuk. Udara yang
nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora untuk
hidup, membesar dan membiak.
Gambar 6 : Kepadatan tumbuhan mempengaruhi iklim mikro hutan simpan Bukit
Perak
Sumber : kajian lapangan (2016)
960609-02-5549
18
4.4.2 Mengawal keseimbangan kitar hidrologi
Kadar larian air di permukaan hutan simpan Bukit Perak dipengaruhi ketebalan
kanopi dan jenis hutan. Hutan simpan Bukit Perak bersifat hutan primer dan berkanopi tebal
menjadikan proses pintasan hujan amat berkesan berbanding hutan jenis sekunder. Oleh itu,
kadar jatuhan air hutan ke atas permukaan tanah hutan simpan Bukit Perak adalah rendah.
Selain itu, Permukaan tanah hutan simpan Bukit perak yang padat dengan akar dan
pokok kecil berfungsi menghalang aliran air permukaan dan bertindak sebagai cengkaman
terhadap tanah bagi menghalang proses hakisan.
Gambar 7 : Lantai Hutan Simpan Bukit perak
Sumber : kajian lapangan (2016)
960609-02-5549
19
4.4.3 Menstabilkan cerun; melindungi permukaan cerun daripada hakisan tanah
dan geseran jisim (geomorfologi)
Di hutan simpan Bukit perak, kanopi tumbuhan berfungsi melindungi tanih daripada
hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air
permukaan. Proses hakisan ini dihalang melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara
tumbuhan. Hutan simpan Bukit perak ini mempunyai silara-silara pokok yang berlapis-lapis
yang membantu memperlahankan halaju setip titian air hujan yang menimpa lantai hutan.
Kesannya, permukaan cerun di hutan simpan Bukit Perak terlindung daripada hakisan tanah
dan geseran jisim. Maka, runtuhan tanah terutama di kawasan cerun dapat dikurangkan.
Selain itu, batuan di hutan simpan Bukit Perak giat berlaku proses luluhawa kimia,
fizikal dan sebagainya kerana keadaan hutan yang sentiasa lembap dan pada masa yang sama
menerima sejumlah haba yang besar dari cahaya matahari. Keadaan ini menyebabkan batuan
di hutan simpan Bukit Perak mengalami proses mengecut pada waktu malam dan
mengembang pada waktu siang.
Gambar 8 : Akar tumbuhan pokok di hutan simpan Bukit perak yang berfungsi
mengurangkan hakisan tanah dan geseran jisim
Sumber : Kajian Lapangan (2016)
960609-02-5549
20
Kesimpulan Kajian
Pengkaji dapat simpulkan bahawa kajian ini telah memenuhi objektif kajian
sebagaimana yang telah ditetapkan di awal permulaan kajian dilakukan. Pengkaji juga
mendapati bahawa hutan simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah masih lagi memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi unsur atmosfera, hidrologi, ekologi dan geomorfologi. Hal ini
dibuktikan dengan hasil kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum
ini. Malah, pola perubahan suhu di hutan simpan Bukit Perak pada tiga tempoh masa yang
berbeza di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza juga masih menunjukkan perbezaan yang
ketara. Ini membuktikan bahawa proses sejatpeluhan dan fotosintesis yang dilakukan oleh
tumbuhan mampu mempengaruhi suhu persekitaran melalui kelembapan bandingan dan
kanopi hutan.
Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa hutan simpan Bukit Perak masih dijaga
dan dipelihara dengan baik oleh agensi perhutanan negeri Kedah iaitu renjer hutan cawangan
Jeniang/Sik. Hal ini kerana keadaan pandangan fizikal hutan simpan Bukit Perak masih lagi
tidak diusik oleh kegiatan pembalakan haram walaupun di hutan ini terdapat pokok kayu
balak yang berusia ratusan tahun.
Dengan hasil kajian dan perbincangan yang telah pengkaji lakukan, pengkaji berharap
semua pihak terutamanya pihak berkuasa bersama-sama bekerjasama bagi memelihara dan
memelihara paru-paru bumi iaitu hutan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana tumbuhan
memainkan peranan yang penting kepada keharmonian dan kesejahteraan manusia dan
haiwan serta kehidupan lain secara tidak langsung. Proses fotosintesis yang dilakukan oleh
tumbuhan membebaskan gas oksigen yang amat diperlukan oleh manusia, haiwan, organisma
dan proses lain seperti proses pengaratan. Oleh itu, pemeliharaan dan pemeliharaan mesti
dilakukan oleh semua pihak agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan ini.
960609-02-5549
21
Senarai rujukan
Karya Penulis
i. Abibullah Samsudin. 1994. Industri Balak Di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian
Kes. Ampang/Hulu Kelang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. Hopkins, H. 1974. Edisi Kedua. Forest and Savanna. Heinemann, Ibadan and London,
iii. Strahler, A.N. 1978.Geografi Fizikal (edisi ke4). New York: John Wiley & Sons.
Bahan Internet
1) Wikipedia (2016). Dicapai pada Julai 5, 2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan.
2) Laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (2016). Dicapai pada Julai 16,
2016 dari http://www.kedforestry.gov.my/en/.
Kamus dan Ensiklopedia
1) Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Surat khabar atau Buletin
1) “Pentingnya pokok kepada manusia” dlm. BERITA HARIAN, 20 November 2001.

More Related Content

What's hot

SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARAsmawi Abdullah
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERAAsmawi Abdullah
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIAAsmawi Abdullah
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan HabaUnsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Habaharalhaj
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2Mohd Hafiz Wazini
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologiAsmawi Abdullah
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAAsmawi Abdullah
 
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim MalaysiaFaktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysiaannisa ulhusna
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksiAsmawi Abdullah
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMyenchuxx
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarAsmawi Abdullah
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Farhana Aisyah Norzelan
 

What's hot (20)

SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
 
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan HabaUnsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
 
Bab 2 cuaca dan iklim
Bab 2   cuaca dan iklimBab 2   cuaca dan iklim
Bab 2 cuaca dan iklim
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologi
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
 
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim MalaysiaFaktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
 
SEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANANSEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANAN
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
Kemarau
KemarauKemarau
Kemarau
 
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASANKONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPM
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
 
Modul penuh ekologi
Modul penuh   ekologiModul penuh   ekologi
Modul penuh ekologi
 

Viewers also liked

MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1
MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1
MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1Ade Iskandar
 
Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM) Sektor Publik
Manajemen  Sumber  Daya  Manusia (MSDM) Sektor PublikManajemen  Sumber  Daya  Manusia (MSDM) Sektor Publik
Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM) Sektor Publikvirmannsyah
 
employee turnover-slideshare- by chandan jha
employee turnover-slideshare- by chandan jhaemployee turnover-slideshare- by chandan jha
employee turnover-slideshare- by chandan jhaChanand Jha
 
Best Practices in Managing Employee Turnover
Best Practices in Managing Employee TurnoverBest Practices in Managing Employee Turnover
Best Practices in Managing Employee TurnoverBambooHR
 
How to Manage Employee Turnover
How to Manage Employee TurnoverHow to Manage Employee Turnover
How to Manage Employee TurnoverBambooHR
 
7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee Turnover
7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee Turnover7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee Turnover
7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee TurnoverUrbanBound
 
Understanding Employee Turnover
Understanding Employee TurnoverUnderstanding Employee Turnover
Understanding Employee TurnoverG&A Partners
 

Viewers also liked (10)

MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1
MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1
MSDM Sektor Publik by Ade Gumilar Iskandar Part 1
 
Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM) Sektor Publik
Manajemen  Sumber  Daya  Manusia (MSDM) Sektor PublikManajemen  Sumber  Daya  Manusia (MSDM) Sektor Publik
Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM) Sektor Publik
 
employee turnover-slideshare- by chandan jha
employee turnover-slideshare- by chandan jhaemployee turnover-slideshare- by chandan jha
employee turnover-slideshare- by chandan jha
 
Best Practices in Managing Employee Turnover
Best Practices in Managing Employee TurnoverBest Practices in Managing Employee Turnover
Best Practices in Managing Employee Turnover
 
Employee turnover and maximizing staff retention
Employee turnover and maximizing staff retentionEmployee turnover and maximizing staff retention
Employee turnover and maximizing staff retention
 
How to Manage Employee Turnover
How to Manage Employee TurnoverHow to Manage Employee Turnover
How to Manage Employee Turnover
 
Employee Turnover
Employee TurnoverEmployee Turnover
Employee Turnover
 
7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee Turnover
7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee Turnover7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee Turnover
7 Companies Give Their #1 Tip For Reducing Employee Turnover
 
Understanding Employee Turnover
Understanding Employee TurnoverUnderstanding Employee Turnover
Understanding Employee Turnover
 
HRM Employee Turnover
HRM Employee TurnoverHRM Employee Turnover
HRM Employee Turnover
 

Similar to kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

Big 3 b perancangan program ,kertas kerja
Big 3   b perancangan program ,kertas kerjaBig 3   b perancangan program ,kertas kerja
Big 3 b perancangan program ,kertas kerjaAidiel Harith
 
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologiAshraf Azim
 
Tugasan 2 data logging
Tugasan 2 data loggingTugasan 2 data logging
Tugasan 2 data loggingRahmah Soid
 
Tugasan 2 data logging
Tugasan 2 data loggingTugasan 2 data logging
Tugasan 2 data loggingRahmah Soid
 
Minit mesyuarat kali_pertama_kebersihan
Minit mesyuarat kali_pertama_kebersihanMinit mesyuarat kali_pertama_kebersihan
Minit mesyuarat kali_pertama_kebersihanharubiru75
 
Kertas kerja taman sumber 2012
Kertas kerja taman sumber 2012Kertas kerja taman sumber 2012
Kertas kerja taman sumber 2012yumniyusoff
 
Geo Noe ( Bab 16 )
Geo Noe ( Bab 16 )Geo Noe ( Bab 16 )
Geo Noe ( Bab 16 )guestf77eed
 

Similar to kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah (10)

Big 3 b perancangan program ,kertas kerja
Big 3   b perancangan program ,kertas kerjaBig 3   b perancangan program ,kertas kerja
Big 3 b perancangan program ,kertas kerja
 
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
 
Tugasan 2 data logging
Tugasan 2 data loggingTugasan 2 data logging
Tugasan 2 data logging
 
Tugasan 2 data logging
Tugasan 2 data loggingTugasan 2 data logging
Tugasan 2 data logging
 
Minit mesyuarat kali_pertama_kebersihan
Minit mesyuarat kali_pertama_kebersihanMinit mesyuarat kali_pertama_kebersihan
Minit mesyuarat kali_pertama_kebersihan
 
Modul siri 6
Modul siri 6Modul siri 6
Modul siri 6
 
Kertas kerja taman sumber 2012
Kertas kerja taman sumber 2012Kertas kerja taman sumber 2012
Kertas kerja taman sumber 2012
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Geo Noe ( Bab 16 )
Geo Noe ( Bab 16 )Geo Noe ( Bab 16 )
Geo Noe ( Bab 16 )
 

More from Hilmi Ahmad

Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Hilmi Ahmad
 
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untuk
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untukMeskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untuk
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untukHilmi Ahmad
 
viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...
viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...
viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...Hilmi Ahmad
 
Kuliah 9:- Proses Pembangunan Ekonomi
   Kuliah 9:-Proses Pembangunan Ekonomi   Kuliah 9:-Proses Pembangunan Ekonomi
Kuliah 9:- Proses Pembangunan EkonomiHilmi Ahmad
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungaiHilmi Ahmad
 
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negaraJenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negaraHilmi Ahmad
 
Kerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanKerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanHilmi Ahmad
 
Geografi alam sekitar fizikal
Geografi alam sekitar fizikalGeografi alam sekitar fizikal
Geografi alam sekitar fizikalHilmi Ahmad
 

More from Hilmi Ahmad (8)

Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
 
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untuk
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untukMeskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untuk
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh malaysia untuk
 
viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...
viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...
viva pengajian am 2016 ; peranan Perpustakaan Awam Sungai Petani kepada pengu...
 
Kuliah 9:- Proses Pembangunan Ekonomi
   Kuliah 9:-Proses Pembangunan Ekonomi   Kuliah 9:-Proses Pembangunan Ekonomi
Kuliah 9:- Proses Pembangunan Ekonomi
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
 
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negaraJenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
 
Kerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanKerpasan / Hujan
Kerpasan / Hujan
 
Geografi alam sekitar fizikal
Geografi alam sekitar fizikalGeografi alam sekitar fizikal
Geografi alam sekitar fizikal
 

kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

  • 1. 960609-02-5549 1 SENARAI ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman Isi kandungan 1 Penghargaan 2 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif kajian 4 3.0 Lokasi kawasan kajian 5 - 7 4.0 Kaedah kajian 8 - 9 5.0 Hasil kajian dan perbincangan 5.1 Pola perbezaan suhu mengikut stesen 10 - 12 5.2 Hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di kawasan kajian. 13 5.3 Peranan tumbuhan terhadap suhu 14 - 16 5.4 Kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal 17 - 19 6.0 Kesimpulan kajian 20 Senarai rujukan 21 Lampiran
  • 2. 960609-02-5549 2 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi ke atas limpah kurnia-Nya, dapat juga pengkaji menyiapkan kerja kursus Geografi kertas 4 (942/4) penggal 3 tahun 2016 yang bertajuk “Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah ” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Azizah binti Mad Ali yang merupakan guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong, Jeniang, Kedah. Terlebih dahulu ingin pengkaji merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Ali Bin Awang Kechik yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong kerana telah memberi keizinan kepada pengkaji untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur. Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu Puan Azizah binti Mad Ali kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu menyiapkan kajian ini, selain memberikan semangat untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa pengkaji iaitu Haji Ahmad Bin Ismail serta Kamariah Binti Salleh yang telah banyak berkorban dari segi tenaga, dorongan serta kewangan untuk memastikan kerja kursus ini berjalan dengan lancar. Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu pengkaji menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini. Akhir sekali, penghargaan ini juga buat rakan-rakan seperjuangan di tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong dan rakan-rakan dari sekolah lain kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada pengkaji semasa menyiapkan kerja kursus ini.
  • 3. 960609-02-5549 3 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), hutan ditarifkan sebagai kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar. Hutan merupakan kawasan yang dilitupi oleh tumbuh- tumbuhan yang berbagai-bagai jenis dan saiz serta kawasan yang didiami oleh burung, binatang, serangga dan organisma mikro (Hopkins 1984). Terdapat berbagai-bagai jenis hutan di dunia ini yang terdiri daripada Hutan Hujan Khatulistiwa Atau Tropika, Hutan Monsun, Hutan Malar Hijau Iklim Sederhana, Hutan Daun Luruh Iklim Sederhana, Hutan Daun Jarum, Hutan Kayu Keras Malar Hijau, Hutan Jarang Savana, Samun Belukar Tropika dan Semak Duri, Hutan Hampir Gurun dan Hutan Jarang Sejuk (Strahler 1978). Di antara hutan yang paling padat ditumbuhi oleh tubuh-tumbuhan dan terdapat berjuta-juta haiwan dan organisma mikro ialah Hutan Khatulistiwa atau Hutan Hujan Tropika. Menurut Abibullah Samsudin (1994) di dalam buku Industri Balak Di Semenanjung Malaysia : Satu Kajian Kes. Hutan Hujan Tropika ialah Hutan Malar Hijau atau sebahagian malar hijau di kawasan-kawasan yang menerima hujan tidak kurang daripada 100 mm hujan pada setiap bulan dalam masa tiga tahun dengan min tahunan melebihi 24oC dan bebas daripada fros; di dalam hutan ini sebahagian daripada pokok akan mengalami keguguran daun; hutan biasanya terdapat pada ketinggian di bawah 1300 meter. Hutan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi proses geomorfologi, hidrologi, ekologi dan atmosfera. Sebagai contoh, akar tumbuhan yang menjalar mampu menghalang pergerakan jisim tanah yang akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh atau tanah mendap. Namun, kajian ini lebih memfokuskan kepada peranan tumbuhan dalam menentukan pola suhu persekitaran. Umumnya, hutan mempunyai tumbuhan yang padat, berkanopi, bersuhu sederhana dan terdapat pelbagai spesies haiwan. Suhu yang sederhana di kawasan hutan sangat berkait rapat dengan kelembapan udara yang tinggi akibat proses sejat peluhan serta peranan daun tumbuhan yang menyerap bahangan/cahaya matahari melalui proses fotosintesis. Selain itu, daun tumbuhan yang menghalang permukaan bumi daripada menerima bahangan matahari secara terus membantu mengurangkan pembebasan bahangan bumi pada waktu malam. Keadaan ini akan menyebabkan suhu persekitaran hutan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
  • 4. 960609-02-5549 4 Objektif kajian Kajian ini mengemukakan 4 objektif iaitu, 2.1 Menganalisis pola suhu mengikut stesen di hutan simpan Bukit perak 2.2 Membincangkan hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di hutan simpan Bukit perak 2.3 Menghuraikan peranan tumbuhan terhadap pola suhu di hutan simpan Bukit perak 2.4 Menjelaskan kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal
  • 5. 960609-02-5549 5 3.0 Lokasi kawasan kajian 3.1 ciri fizikal kawasan kajian Kawasan kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah hutan simpan Bukit Perak, Jeniang, kedah. Bentuk muka bumi di hutan simpan Bukit perak ialah beralun dan tanah pamah. Berhampiran dengan hutan simpan Bukit perak, terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, selasih, serai wangi dan lain-lain serta terdapat kayu balak seperti cengal, meranti, keruing, dan sebagainya. Manakala, haiwan seperti harimau, monyet, ular dan lain- lain mudah dijumpai di hutan ini kerana hutan ini dijaga dan dilindungi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah di bawah agensi tertentu. 3.2 ciri budaya kawasan budaya Hutan simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah terletak berhampiran dengan pejabat renjer hutan Jeniang/Sik. Kemudahan awam seperti jalan raya, klinik, masjid, pejabat pos, pondok polis dan sebagainya disediakan berhampiran kawasan kajian. Penduduk sekitar kebanyakan bekerja secara persendirian dan perkilangan dengan melakukan kerja-kerja kampung dan mengambil upah dengan bekerja di kilang Permintex Furukawa. hutan simpan Bukit perak juga berada berhampiran dengan beberapa buah sekolah menengah dan rendah seperti SMK Tunku Sulong, SJK (c) Jeniang dan SK Jeniang. Di samping itu, wujud premis perniagaan berhampiran hutan simpan Bukit perak seperti angun tom yam, cen cendol, remyra burger & oblong dan lain-lain. Jarak hutan simpan Bukit perak dari pekan jeniang ialah 3km yang mengambil masa selama 3 minit jika menaiki kereta ataupun motosikal. Manakala jarak dari pusat bandar sungai petani dan pekan gurun ke hutan simpan Bukit perak ialah sejauh 50 km dan 18 km. .
  • 6. 960609-02-5549 6 Peta Daerah Kuala Muda Peta 1 : Peta Daerah Kuala Muda *anak panah : kawasan kajian; hutan simpan Bukit Perak Sumber : Laman web rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani Hutan simpan Bukit Perak Yan Sik U 5 km
  • 8. 960609-02-5549 8 2.0 Kaedah kajian Kaedah kajian dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli. Untuk mengumpulkan data primer antaranya ialah kaedah pemerhatian dan pengukuran. Data Sekunder adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan peneliti dari berbagai sumber yang telah ada (peneliti sebagai tangan kedua). Data sekunder dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti di perpustakaan dan Internet. 3.1 kaedah untuk Memperoleh Data Primer 3.1.1 Kaedah Pemerhatian dan pencerapan Kaedah pemerhatian dan pencerapan ini membolehkan pengkaji untuk merekod dan mentafsirkan bacaan suhu dengan lebih terperinci dan jelas di hutan simpan Bukit Perak. Pengkaji dapat melakukan kajian dengan lebih mendalam terhadap muka bumi, kanopi tumbuhan dan keadaan persekitaran hutan simpan Bukit perak. Pemerhatian ini dijalankan pada 20 Julai 2016 dengan beberapa orang guru pengiring dan 2 orang pegawai renjer Jeniang. Untuk dijadikan bahan bukti, pengkaji telah mengambil beberapa keping gambar di hutan simpan Bukit perak bagi menunjukkan bahawa pengkaji telah melakukan kajian. 3.1.2 Kaedah pengukuran kaedah pengukuran digunakan dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan bacaan suhu yang tetap supaya analisis dapat dilakukan bagi mengenal pasti perubahan suhu di tempat dan masa yang berbeza. Beberapa jenis alatan digunakan oleh pengkaji semasa mengukur suhu di hutan simpan Bukit perak seperti pita pengukur, batang buluh, parang, pen, kertas, jam tangan dan termometer suhu. Pengukuran dimulakan dengan menentukan tempat meletakkan kayu buluh untuk dijadikan stesen pengukur suhu. Kerja-kerja penyelarasan dengan kayu buluh dan pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak satu stesen dengan stesen yang lain. Bacaan suhu diukur dan dicatatkan pada tempoh masa yang berbeza ; 8 – 10 pagi, 12 tengahari – 2 petang, 5 petang – 7 malam di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza pada selang jarak minimum 20m setiap stesen (10 stesen=200 meter) dalam satu garis lurus dari luar hutan hingga ke dalam hutan. Data yang diperoleh dicatat pada kertas.
  • 9. 960609-02-5549 9 Gambar 1 : pengkaji bersama ahli kumpulan sedang melakukan proses pengukuran 3.2 Kaedah memperoleh data sekunder Pengkaji menggunakan kaedah sekunder sebagai maklumat tambahan bagi melengkapkan laporan hasil dapatan kajian. Kaedah rujukan di perpustakaan dan Internet dilakukan untuk tujuan tersebut. 3.2.1 Kaedah Rujukan Perpustakaan Kaedah rujukan di perpustakaan dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat sokongan tentang peranan tumbuhan terhadap suhu, sejarah hutan simpan Bukit Perak dan lain-lain. Kaedah rujukan perpustakaan dilakukan dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah. Buku daripada penulisan Abibullah Samsudin, Hopkins dan Strahler banyak membantu pengkaji untuk melengkapkan kajian ini. 3.2.2 Kaedah Laman Web Pengkaji merujuk beberapa laman web untuk memperoleh maklumat tentang peta daerah Kuala Muda dan melukis peta lakar di hutan simpan Bukit perak. Malah, membantu pengkaji memahami konsep tumbuhan, suhu, hutan dan lain-lain dengan lebih mudah dan pantas.
  • 10. 960609-02-5549 10 3.0 Hasil kajian dan perbincangan 4.1 Pola suhu mengikut stesen Jadual 1 : pola suhu mengikut stesen Stesen Masa Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 Stesen 6 Stesen 7 Stesen 8 Stesen 9 Stesen 10 9 – 10 a.m. 28°c 28°c 28°c 26°c 25.5°c 27°c 26°c 25°c 26°c 26°c 12 – 2 p.m. 31.5°c 31°c 32.5°c 28.5°c 28°c 29°c 28°c 27°c 28°c 27°c 5- 7 p.m. 32.5°c 32°c 31°c 30°c 29°c 29°c 28°c 29°c 29°c 30°c Rajah 1 : Pola Suhu mengikut Stesen 28 28 28 26 25.5 27 26 25 26 26 31.5 31 32.5 28.5 28 29 28 27 28 27 32.5 32 31 30 29 29 28 29 29 30 0 5 10 15 20 25 30 35 Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 Stesen 6 Stesen 7 Stesen 8 Stesen 9 Stesen 10 Pola Suhu Mengikut Stesen 9.00 - 10.00 a.m. 12.00 - 2.00 p.m. 5.00 - 7.00 p.m. suhu(oc) Petunjuk:
  • 11. 960609-02-5549 11 Gambar 2 : Proses pengukuran suhu persekitaran di Hutan Simpan Bukit Perak
  • 13. 960609-02-5549 13 4.2 Hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di kawasan kajian Berdasarkan data yang diperolehi oleh pengkaji di Hutan Simpan Bukit Perak, pengkaji mendapati bahawa suhu persekitaran berbeza bagi setiap stesen. Sebagai contoh, bacaan suhu di stesen satu (32.5 oC) pada waktu petang adalah lebih tinggi berbanding dengan stesen lain dan bacaan suhu relatif semakin menurun bagi stesen yang seterusnya. Hal ini menunjukkan bahawa suhu persekitaran di pengaruhi oleh jarak yang berbeza antara stesen. Kedudukan stesen satu yang jauh dari litupan tumbuhan menyebabkan bacaan suhu di stesen tersebut adalah tinggi berbanding stesen yang seterusnya. Namun, bacaan suhu persekitaran di stesen yang kedua (2), ketiga (3) dan seterusnya yang tidak menunjukan penurunan bacaan suhu yang tetap. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bacaan suhu stesen dua ialah 32 oC dan stesen seterusnya ialah 31 oC, 30 oC dan 29 oC. Hal ini demikian kerana sesetengah stesen berada di kawasan yang litupan tumbuhan yang kurang dan tidak padat khususnya di gigi hutan berbanding stesen lain. Jelasnya, pengkaji dapat simpulkan bahawa kawasan di dalam hutan yang lapang dan terdedah kepada cahaya matahari mempengaruhi suhu persekitaran dan menyebabkan bacaan suhu yang diambil oleh pengkaji mudah berubah. Oleh sebab itu, bacaan suhu adalah tidak menurun secara serata walaupun stesen yang diletakkan oleh pengkaji semakin jauh ke dalam hutan simpan Bukit Perak. Bacaan suhu yang diambil oleh pengkaji juga adalah tidak sama mengikut waktu/masa. Kajian menunjukan bacaan suhu pada waktu pagi (9.00 – 10.00 a.m.) adalah lebih rendah berbanding waktu lain iaitu dalam lingkungan 26 oC hingga 28 oC. Manakala, bacaan suhu pada waktu petang dalam lingkungan waktu 5.00 – 7.00 p.m. adalah relatif lebih tinggi berbanding pada waktu tengah hari (12.00 - 2.00 p.m.). bacaan suhu pada waktu petang adalah dalm lingkungan (30 oC – 32.5 oC) dan pada waktu petang ialah 27 oC hingga 31.5 oC.
  • 14. 960609-02-5549 14 4.3 Peranan tumbuhan terhadap pola suhu di hutan simpan Bukit perak 4.3.1 Menyerap bahangan Proses fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuhan di hutan simpan Bukit Perak telah membantu mengawal suhu persekitaran dengan menyerap gas karbon dioksida (CO2) dan membebaskan gas oksigen (O2). Proses ini perlu bagi meneruskan kelangsungan pokok membesar dan membiak. Hal ini demikian kerana tumbuhan menyerap bahangan dan cahaya matahari untuk menukarkan air dan nutrien dalam bentuk kimia yang akan disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan. Proses fotosintesis yang berterusan ini akan mengurangkan lebihan gas karbon dioksida di dalam udara yang akan menyebabkan terjadinya selimut bumi di kawasan sekitar. Selimut bumi ini akan menjadikan lebih banyak haba terperangkap di atmosfera akibat pemantulan semula haba ke permukaan bumi. Gambar 3 : Hutan simpan Bukit Perak padat dengan tumbuhan Sumber : kajian lapangan 2016
  • 15. 960609-02-5549 15 4.3.2 Menapis Bahangan Matahari Tumbuhan berlapis-lapis (berstrata) di dalam ekosistem hutan simpan Bukit Perak membantu menghalang pancaran matahari terus sampai ke lantai hutan. Hal ini akan membantu mengurangkan permukaan bumi menyerap bahangan matahari pada waktu siang. Apabila permukaan bumi kurang menyerap bahangan matahari. Maka pada waktu malam, permukaan bumi kurang membebaskan bahangan bumi pada waktu malam melalui gelombang panjang. Kesannya, suhu persekitaran hutan simpan Bukit Perak adalah lebih rendah berbanding kawasan yang kurang tumbuhan seperti kawasan bandar. Gambar 4 : Tumbuhan berlapis-lapis (berstrata) di dalam ekosistem hutan simpan Bukit Perak Sumber : kajian lapangan 2016
  • 16. 960609-02-5549 16 4.3.3 Meningkatkan Kelembapan Kadar kelembapan yang tinggi di suatu kawasan berkait rapat dengan proses sejat peluhan yang tinggi. Proses sejatpeluhan ini lebih merujuk kepada kehilangan air melalui proses sejatan daripada permukaan air, kelembapan tanih dan perpeluhan oleh tumbuhan. Di hutan simpan Bukit Perak, proses sejatpeluhan banyak berlaku kerana terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang melakukan proses respirasi yang membebaskan wap air ke udara. Liang stoma pada daun akan terbuka apabila terkena cahaya matahari dan memudahkan transpirasi berlaku. Tambahan, di kawasan sekitar hutan simpan Bukit Perak terdapat beberapa badan air seperti paya dan tasik buatan juga membantu menambah kelembapan bandingan. Oleh itu, kombinasi proses sejatan dari tumbuhan di hutan simpan Bukit Perak dan kawasan paya dan tasik buatan akan menjadi kawasan sekitar hutan simpan Bukit Perak mempunyai kadar kelembapan bandingan yang tinggi dan bersuhu rendah. Gambar 5 : Kawasan paya berhampiran hutan simpan Bukit Perak Sumber : kajian lapangan 2016
  • 17. 960609-02-5549 17 4.4 Kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal 4.2.1 Mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro (atmosfera) Di kawasan hutan simpan bukit Perak, pengkaji mendapati bahawa tiupan angin adalah tenang dan nyaman. Hal ini demikian kerana kanopi pokok berfungsi untuk mengurangkan halaju angin. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat dan padat menyebabkan proses perpuluhan berlaku dengan banyak. Wap-wap air banyak dibebaskan ke udara di dalam kawasan hutan tersebut. Kesannya, kelembapan udara meningkat. Sebagai contoh, kandungan wap-wap air di dalam udara sentiasa melebihi 80% di kawasan hutan hujan. Apabila kelembapan udara adalah tinggi di kawasan hutan simpan Bukit perak, maka suhu persekitaran Jeniang juga adalah sederhana dan kerpasan mudah terbentuk. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora untuk hidup, membesar dan membiak. Gambar 6 : Kepadatan tumbuhan mempengaruhi iklim mikro hutan simpan Bukit Perak Sumber : kajian lapangan (2016)
  • 18. 960609-02-5549 18 4.4.2 Mengawal keseimbangan kitar hidrologi Kadar larian air di permukaan hutan simpan Bukit Perak dipengaruhi ketebalan kanopi dan jenis hutan. Hutan simpan Bukit Perak bersifat hutan primer dan berkanopi tebal menjadikan proses pintasan hujan amat berkesan berbanding hutan jenis sekunder. Oleh itu, kadar jatuhan air hutan ke atas permukaan tanah hutan simpan Bukit Perak adalah rendah. Selain itu, Permukaan tanah hutan simpan Bukit perak yang padat dengan akar dan pokok kecil berfungsi menghalang aliran air permukaan dan bertindak sebagai cengkaman terhadap tanah bagi menghalang proses hakisan. Gambar 7 : Lantai Hutan Simpan Bukit perak Sumber : kajian lapangan (2016)
  • 19. 960609-02-5549 19 4.4.3 Menstabilkan cerun; melindungi permukaan cerun daripada hakisan tanah dan geseran jisim (geomorfologi) Di hutan simpan Bukit perak, kanopi tumbuhan berfungsi melindungi tanih daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan. Proses hakisan ini dihalang melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara tumbuhan. Hutan simpan Bukit perak ini mempunyai silara-silara pokok yang berlapis-lapis yang membantu memperlahankan halaju setip titian air hujan yang menimpa lantai hutan. Kesannya, permukaan cerun di hutan simpan Bukit Perak terlindung daripada hakisan tanah dan geseran jisim. Maka, runtuhan tanah terutama di kawasan cerun dapat dikurangkan. Selain itu, batuan di hutan simpan Bukit Perak giat berlaku proses luluhawa kimia, fizikal dan sebagainya kerana keadaan hutan yang sentiasa lembap dan pada masa yang sama menerima sejumlah haba yang besar dari cahaya matahari. Keadaan ini menyebabkan batuan di hutan simpan Bukit Perak mengalami proses mengecut pada waktu malam dan mengembang pada waktu siang. Gambar 8 : Akar tumbuhan pokok di hutan simpan Bukit perak yang berfungsi mengurangkan hakisan tanah dan geseran jisim Sumber : Kajian Lapangan (2016)
  • 20. 960609-02-5549 20 Kesimpulan Kajian Pengkaji dapat simpulkan bahawa kajian ini telah memenuhi objektif kajian sebagaimana yang telah ditetapkan di awal permulaan kajian dilakukan. Pengkaji juga mendapati bahawa hutan simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah masih lagi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi unsur atmosfera, hidrologi, ekologi dan geomorfologi. Hal ini dibuktikan dengan hasil kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Malah, pola perubahan suhu di hutan simpan Bukit Perak pada tiga tempoh masa yang berbeza di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza juga masih menunjukkan perbezaan yang ketara. Ini membuktikan bahawa proses sejatpeluhan dan fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuhan mampu mempengaruhi suhu persekitaran melalui kelembapan bandingan dan kanopi hutan. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa hutan simpan Bukit Perak masih dijaga dan dipelihara dengan baik oleh agensi perhutanan negeri Kedah iaitu renjer hutan cawangan Jeniang/Sik. Hal ini kerana keadaan pandangan fizikal hutan simpan Bukit Perak masih lagi tidak diusik oleh kegiatan pembalakan haram walaupun di hutan ini terdapat pokok kayu balak yang berusia ratusan tahun. Dengan hasil kajian dan perbincangan yang telah pengkaji lakukan, pengkaji berharap semua pihak terutamanya pihak berkuasa bersama-sama bekerjasama bagi memelihara dan memelihara paru-paru bumi iaitu hutan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana tumbuhan memainkan peranan yang penting kepada keharmonian dan kesejahteraan manusia dan haiwan serta kehidupan lain secara tidak langsung. Proses fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuhan membebaskan gas oksigen yang amat diperlukan oleh manusia, haiwan, organisma dan proses lain seperti proses pengaratan. Oleh itu, pemeliharaan dan pemeliharaan mesti dilakukan oleh semua pihak agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan ini.
  • 21. 960609-02-5549 21 Senarai rujukan Karya Penulis i. Abibullah Samsudin. 1994. Industri Balak Di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian Kes. Ampang/Hulu Kelang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. ii. Hopkins, H. 1974. Edisi Kedua. Forest and Savanna. Heinemann, Ibadan and London, iii. Strahler, A.N. 1978.Geografi Fizikal (edisi ke4). New York: John Wiley & Sons. Bahan Internet 1) Wikipedia (2016). Dicapai pada Julai 5, 2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan. 2) Laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (2016). Dicapai pada Julai 16, 2016 dari http://www.kedforestry.gov.my/en/. Kamus dan Ensiklopedia 1) Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat khabar atau Buletin 1) “Pentingnya pokok kepada manusia” dlm. BERITA HARIAN, 20 November 2001.