SlideShare a Scribd company logo
1 of 65
MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK
Bab 4
Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri
Hubungan Etnik
Hasil Pembelajaran:
• Menjelaskan sikap akomodatif yg wujud dlm kalangan
pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan.
• Membahaskan peranan & kepentingan unsur-unsur tradisi
& permuafakatan sosial dlm konteks hubungan etnik di
Malaysia.
• Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dlm
Perlembagaan Malaysia.
PENGENALAN
• Bentuk & struktur perlembagaan adalah hasil drp
perjalanan sejarah sosial setempat hasil interaksi dgn
proses migrasi & globalisasi.
• Dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme bumiputera
serta penglibatan etnik lain yg berunding sesama mereka
dgn Raja & British.
• Memperuntukkan kedudukan anak watan & etnik lain.
• Mengurus etnonasionalisme anak watan & mengurus
keperluan masyarakat pelbagai etnik yg sivil.
• Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri
Sembilan jadi asas pembinaan negara moden.
• Mengambil kira & melindungi kepentingan semua pihak.
1.1 DEFINISI & KONSEP PERLEMBAGAAN
• Dokumen yg mengandungi semua undang-undang yg
tertinggi yg mustahak bagi penubuhan & kewujudan
sesebuah negara & sistem politiknya.
• Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dgn
prinsip-prinsip perlembagaan – perlembagaan boleh
batalkan undang-undang lain yg bertentangan dgnnya.
• Dokumen yg juga mengandungi peruntukan-peruntukan
asas yg mencerminkan pertimbangan suasana muhibah,
penerimaannya yg murni & kesefahaman antara
rakyatnya.
• Dokumen yg tidak terpisah drp sejarah, perkembangan &
tradisi negara yg terdiri drp pelbagai etnik.
• Undang-undang dasar/ tertinggi yg menjadi:
1. Teras panduan pemerintahan negara.
2. Kerangka asas yg membentuk & memandu sistem
pemerintahan negara.
3. Asas kpd undang-undang lain dlm negara.
4. Rujukan tentang aspirasi & pelan induk pemerintahan
negara.
5. Mengawal pemerintah & yg diperintah dlm
mempertahankan kewujudan & kesinambungan negara.
• Perlembagaan bertulis – menjadi sumber autoriti kpd
badan legislatif, eksekutif & kehakiman – mengandungi
15 bahagian, 183 perkara & 13 jadual.
Kandungan
Perlembagaan
Bidang kuasa legislatif, eksekutif &
kehakiman
Kedudukan agama Islam
Kewarganegaraan
Bahasa Kebangsaan
Kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri
Sabah & Sarawak.
• Semua perkara dlm perlembagaan negara adalah sama
seperti mana-mana perlembagaan di dunia.
• Keunikan Perlembagaan Persekutuan terletak pada
pengekalan unsur-unsur tradisi.
• Menggunapakai konsep ketinggian perlembagaan – tidak
terdapat mana-mana institusi yg boleh mengatasi
perlembagaan.
• Mahkamah boleh mengisytiharkan undang-undang
persekutuan/ negeri sbg tidak sah kerana bertentangan
dgn Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia
bercanggah (Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan).
Pindaan memerlukan sokongan 2/3 setiap dewan parlimen:
• Tanpa mendapat persetujuan sesiapa.
• Cth: sumpah & ikrar taat setia, pemilihan &
persaraan Senator.
Perkara
159 (4)
• Dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri
Sabah & Sarawak.
• Cth: bidang kuasa kerajaan negeri dan
kedudukan istimewa bumiputera.
Perkara
161 (E)
• Mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
• Cth: kedaulatan raja-raja, kedudukan
istimewa org Melayu, bahasa kebangsaan &
agama persekutuan.
Perkara
159 (5)
1.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Prasasti
Terengganu
(1303M)
Hukum Kanun Melaka &
Undang-Undang Laut Melaka
(1446-1456)
Perlembagaan
Negeri Johor
(1895)
Perlembagaan
Terengganu
(1911)
Malayan Union
(1948)
Persekutuan
Tanah Melayu
(1948)
Persekutuan
Tanah Melayu
(1957)
Malaysia
(1963)
• Perundangan Islam diamalkan lebih awal di Tanah
Melayu sebelum zaman Melaka.
• Penemuan prasasti Terengganu bertarikh 14 Rejab 702H/
22 Februari 1303 – mengandungi peraturan jenayah, urus
niaga & pentadbiran).
• Perlembagaan Negeri Johor, 1895 – perlembagaan
bertulis paling awal di Tanah Melayu – diikuti dgn
Perlembagaan Terengganu, 1911.
• Mengandungi peruntukan tentang pensyaratan raja,
menteri, agama negeri yg kekal termaktub sehingga kini.
• Membuktikan negara ini telah mempunyai sistem
perlembagaannya sendiri sebelum kedatangan penjajah.
• Tidak boleh disamakan dgn prinsip-prisip perlembagaan
moden kerana nilai & struktur sosial yg berbeza.
• Sifat & kandungan sesebuah perlembagaan bergantung/
dipengaruhi oleh keperluan zamannya.
1.3 MALAYAN UNION (MU)
• MU diperintah oleh Gabenor bagi menyelaraskan dasar &
pentadbiran antara wilayah.
• Sultan – raja kehormat dan anggota majlis hal ehwal
Islam yg dipengerusikan Gabenor.
• Kerakyatan mudah berasaskan prinsip jus soli.
• Gabenor dari segi pentadbiran dibantu oleh 2 badan
tetap; Majlis Perundangan & Majlis Mesyuarat Kerajaan.
• Diisytiharkan oleh kerajaan British pada 1 April 1946
melalui Perintah MU dlm Majls 1946 & Arahan Diraja
pada 27 Mac 1946.
• Tidak bertahan lama dan dibubarkan pada Februari 1948.
• Mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.
1.4 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (TM) 1948
• Sebuah persekutuan yg menggantikan MU.
• Melibatkan wilayah sama yg dicadangkan bagi MU.
• Konsep persekutuan – kerajaan pusat berkuasa dlm
semua perkara penting secara menyeluruh.
• Pada masa yg sama, ia kekalkan autonomi negeri serta
hormati kebesaran, martabat & bidang kuasa raja dlm hal
ehwal Islam & adat istiadat Melayu.
• Diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah perintah
Majlis Persekutuan TM 1948 – Singapura terpisah sbg
Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan.
• Memenuhi kehendak pihak yg mempertikaikan MU.
• Menjadi asas Perlembagaan Persekutuan TM, 1957.
1.5 KERJASAMAANTARAETNIK DLM MENUJU KEMERDEKAAN
• Kerjasama antara etnik mula terjalin dgn penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu – penubuhan CLC, 1949.
• Pelbagai etnik berusaha selesaikan sebahagian masalah
perlembagaan, politik & ekonomi yg wujud akibat
permintaan yg berlainan drp pelbagai etnik.
• Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian kuasa
melalui pembahagian kerusi & calon antara komponen.
• Ahli UMNO dlm Persidangan Perwakilan UMNO menuntut
diberikan 40 kerusi dlm Pilihan Raya Umum (PRU), 1955
atas alasan jumlah pengundi Melayu ialah 84.2%
• Demi perpaduan – 35 kerusi diperuntukkan kpd UMNO,
15 kerusi utk MCA dan 2 kerusi utk MIC.
• PRU, 1955 memperilhatkan penolakan sikap perkauman
oleh org Melayu.
• Julai, 1954 – British bersetuju mengadakan pilihanraya
bagi memilih 52 daripada 98 orang ahli Majlis
Perundangan Persekutuan.
• Pengundi Melayu adalah majoriti dlm 50 drp 52 kawasan
pilihan raya – mereka mampu menubuhkan kerajaan
Melayu dan menggubal perlembagaan Tanah Melayu yg
merdeka.
• Namun orang Melayu tidak menjadi opurtunis, demi
kepentingan hubungan & perpaduan antara etnik -
berkorban utk mendorong semangat toleransi interetnik.
PARTI PERUNTUKAN
KERUSI
%
KERUSI
%
PENGUNDI
AGIHAN KERUSI
MENGIKUT
% PENGUNDI
UMNO 35 69 84.2 44
MCA 15 28 11.2 6
MIC 2 3 3.9 2
• Perjuangan kemerdekaan merentasi batas perkauman
dan mewujudkan masyarakat yg bersatu padu.
• Ketepikan pandangan sempit perkauman & bekerja ke
arah menuntut kemerdekaan drp penjajah.
• Tunku membentuk komposisi kabinet yg seimbang antara
etnik selepas berunding dgn Sir Donald MacGillivray (6
Melayu, 3 Cina & 1 India).
1.6 SURUHANJAYA REID
• Ditubuhkan pada tahun 1956 – menentukan &
bertanggungjawab merangka perlembagaan).
• Dianggotai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William
Mckell, B. Malik & Hakim Abdul Hamid.
• Perikatan bersetuju anggota suruhanjaya dipilih sendiri
oleh British tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu.
• Perundingan yg dijalankan di London sendiri dianggotai
oleh 35 orang pegawai British berbanding dgn wakil
Perikatan & Raja-raja Melayu seramai 8 orang.
• Perjanjian London ditandatangani setelah rundingan yg
berjalan selama 3 minggu (18 Januari – 8 Februari 1956).
• Perjanjian London menetapkan perlembagaan yg hendak
digubal perlu mengambil kira:
1. Pembentukan sebuah persekutuan dgn kerajaan
pusat yg kuat.
2. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan
& hak Raja-raja Melayu.
3. Pengwujudan jawatan ketua negara yg bergelar Yang
Di-Pertuan Agong (YDPA).
4. Pemeliharaan hak istimewa orang Melayu serta hak-
hak yg sah milik kaum lain.
5. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yg
seragam utk seluruh persekutuan.
• 2 objektif Suruhanjaya dalam menyediakan rangka
perlembagaan yg baharu:
1. Mestilah ada peluang sepenuhnya utk pertumbuhan
sebuah negara yg bersatu padu, bebas & demokratik
2. Mestilah ada kemudahan yg lengkap utk
membangunkan sumber negara & mengekalkan serta
meningkatkan taraf hidup rakyat.
• Suruhanjaya juga:
1. Meneliti kedudukan perlembagaan unit-unit dlm
Persekutuan.
2. Melawat Negeri-negeri Melayu & Selat.
3. Berjumpa Raja, Menteri Besar, Penasihat British,
Pesuruhjaya Residen & pegawai negeri.
4. Membuat pertemuan secara terbuka & sering
mengadakan mesyuarat secara tidak rasmi.
• Kesannya – perlembagaan yg dirangka menjadi kukuh &
Praktikal serta dihormati kerana telah meminta cadangan
& pandangan semua pihak.
• Perlembagaan Persekutuan TM, 1957 telah mendapat
persetujuan & pandangan majoriti – digubal hasil
persetujuan bersama yg telah dicapai antara penduduk.
• Bukan sahaja merupakan sebuah dokumen perundangan
– permuafakatan sosial yg bersetuju atas beberapa
perkara yg sangat penting kpd kestabilan negara.
• Kontrak sosial & perjanjian damai antara etnik Melayu,
Cina & India.
1.7 JAWATANKUASAKERJA& PERISYTIHARAN PERLEMBAGAAN
• Ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu & British.
• Bertujuan mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid
bagi menyediakan Kertas Putih.
• Mengumpulkan hasil semakan & penelitian ke atas
laporan yg disediakan oleh Suruhanjaya Reid yg
diserahkan kpd Baginda Ratu & Raja-raja Melayu pada
Februari 1957.
• Kertas Putih yg mengandungi pindaan ke atas Penyata
Reid & rangka perlembagaan yg disusun oleh
jawatankuasa itu diterbitkan pada 3 Julai 1957.
• Draf Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu diterima &
diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
Senarai ahli Jawatankuasa Kerja untuk kajian semula cadangan
Suruhanjaya Reid bagi menyediakan Kertas Putih:
Pengerusi: Sir Donald MacGillivray
Wakil Perikatan
Tunku Abdul Rahman
(UMNO)
Datuk Abdul Razak
(UMNO)
Ong Yoke Lin
(MCA)
V.T Sambanthan
(MIC)
Wakil Raja-raja Melayu
Mustapha Albakri
(Penyimpan Mohor
Besar Raja-raja)
Shamsudin Nain
Tunku Ismail Tunku
Yahya
Neil Lawson
Kolonial British
Sir David Watherston
(Ketua Setiausaha
Kerajaan)
T.V.A Brodie
(Peguam Negara)
E.O Laird
(Setiausaha)
1.8 UNSUR-UNSURTRADISI DLM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
• Tradisi – pemindahan & kesinambungan drp satu
generasi kpd generasi yg lain – mencerminkan sejarah,
budaya dan fahaman sesuatu bangsa & masyarakat.
• Sistem tradisi dlm konteks politik & perlembagaan –
sistem pra-moden; sistem yg keesahannya bergantung
kpd agama & nilai-nilai asal yg lainnya.
• Kepentingan institusi tradisi – mengingatkan sejarah &
meneruskan kesinambungan nilai tradisi sesuatu bangsa
serta dapat menampung kekurangan yg sukar diatasi oleh
sistem demokrasi.
• Unsur-unsur tradisi perlu dikekalkan kerana telah wujud
ratusan tahun sebelum perlembagaan digubal.
• Berperanan menstabilkan sistem politik negara.
• Laporan Suruhanjaya Reid menekankan kepentingan
perlembagaan mengambil kira faktor sejarah, tradisi,
ekonomi & sosial yg wujud sebelum tahun 1957.
• Akta Hasutan 1948 melindungi unsur-unsur tradisi yg
dianggap sensitif drp perbincangan awam.
• Bagi rakyat, khususnya etnik Melayu, unsur –unsur tradisi
penting kerana menjadi identiti & kestabilan negara.
• Merupakan prasyarat & permuafakatan yg diterima oleh
etnik Melayu & bukan Melayu –prasyarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
• Formula selesaikan masalah yg wujud tanpa konflik.
Unsur
Tradisi
Kesultanan/
Pemerintahan Beraja
Agama
Islam
Bahasa Melayu
Kedudukan
istimewa
Orang
Melayu
Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
• Telah wujud dlm sistem sosial sejak berabad lamanya.
• Raja berkuasa mutlak dlm pemerintahan & pentadbiran.
• Dibantu oleh pembesar-pembesar yg dilantik.
• Masih diiktiraf oleh British sbg pemerintah berdaulat &
berkuasa penuh dlm negeri masing-masing sebelum
Perang Dunia Kedua (1939-1945) meskipun berada dlm
penjajahan (naungan) British dan dikehendaki menerima
nasihat residen dlm perjanjian dgn British.
• Institusi yg diteruskan dgn beberapa modifikasi utk
disesuaikan dgn konsep raja berperlembagaan –
dikendaki menerima nasihat kerajaan yg memerintah dan
bertindak mengikut nasihat itu.
• YDPA dipilih drp kalangan Raja-raja Melayu & diberi
kuasa memerintah persekutuan serta dikehendaki
bertindak atas nasihat Kabinet.
• Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
• Mempunyai kuasa utk mengampun & menangguh
hukuman bagi kesalahan yg disabitkan di mahkamah
tentera & bagi kesalahan yg dilakukan di dlm Wilayah
Persekutuan.
• Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kemuliaan
institusi diraja dilindungi oleh peruntukan Perkara 38(4),
Perlembagaan Persekutuan.
• Menjadi lambang perpaduan serta pemelihara
kepentingan & harapan setiap etnik.
• YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan
istimewa bumiputera serta kepentingan sah kaum lain.
• Pindaan perlembagaan berkaitan soal kewarganegaraan
berada di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.
• Amanah di bawah Perkara 153 dan 159(5) adalah amat
sukar kerana sering menjadi polemik yg jika gagal
ditangani dgn baik akan menggugat kestabilan negara.
• Perlu ada jaminan bagi menonjolkan sifat berkecuali
YDPA bagi mengelakkan baginda dipandang sbg alat
pemerintah.
• Institusi beraja dikaitkan dgn soal agama – ketua agama
Islam di negeri masing-masing.
• Bertanggungjawab menjaga agama – sebarang pindaan
terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja.
• YDPA – lambang keadilan & kesaksamaan; baginda
melantik semua hakim mahkamah (superior courts) atas
nasihat Perdana Menteri selepas berunding dgn Majlis
Raja-Raja.
• YDPA juga perlu dirundingi dlm perlantikan juruaudit
negara, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya & pelbagai
suruhanjaya perkhidmatan – jawatan-jawatan penting yg
menjaga hak rakyat dgn sikap berkecuali.
• YDPA – tonggak kehormatan – diberi kuasa utk
mengurniakan penghormatan kpd pihak yg memberikan
khidmat cemerlang kpd negara tanpa mengira etnik.
• YDPA & Majlis Raja-Raja menjadi lambang perpaduan &
harapan rakyat pelbagai etnik kerana bebas drp pengaruh
politik kepartian.
• YDPA adalah satu-satunya institusi perlembagaan bersifat
Melayu & Islam, tidak seperti Kabinet & Parlimen.
• YDPA – pemegang autoriti & kuasa yg diserahkan oleh
Negeri-Negeri Melayu kpd pihak berkuasa pusat.
Agama Islam
• Islam memiliki keistimewaan dlm perlembagaan, namun
agama-agama lain tetap diberikan perlindungan.
• Menjadi isu penting kerana berkait rapat dgn
kepercayaan/ pegangan majoriti.
• Isu sensitif kerana tidak dapat dipisahkan drp kehidupan
seharian etnik Melayu – boleh beri kesan kpd
ketenteraman awam khususnya yg melibatkan
ketegangan antara kaum (Kes Natrah, 1950 & Nur
Aisyah,1998).
• Islam mempunyai kedudukan yg sangat penting dlm
sejarah & kebudayaan Melayu – tidak termasuk dlm
rangka Perjanjian Pangkor, 1874.
• British sebenarnya memang bertujuan mengecilkan
peranan Islam dlm sistem politik negara agar ia tidak
bersifat menyeluruh dan terhad dlm bidang tertentu saja.
• Perlembagaan Perskutuan mengiktiraf:
• Kedudukan Malaysia sbg sebuah negara Islam.
• Bidang kuasa kerajaan negeri dlm soal agama Islam.
• Prinsip kebebasan beragama.
• Undang-undang yg melaranga penyebaran mana-mana
kepercayaan lain dlm kalangan orang Islam.
• Peruntukan Islam dlm perlembagaan telah memberikan
keistimewaan kpd agama Islam sehingga ia menonjol dlm
beberapa perkara:
Melayu-Islam – unsur yg tidak dapat dipisahkan.
YDPA - mestilah seorang raja; yg disyaratkan mesti beragama Islam.
Lafaz sumpah jawatan YDPA yg selaras dgn ajaran Islam.
YDPA sebagai ketua agama Islam di negeri yg tidak beraja.
Raja-Raja kekal sbg ketua agama Islam di negeri masing-masing.
Tanggungjawab YDPA melindungi kedudukan istimewa orang Melayu.
Kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda walaupun semasa darurat.
Sah bagi kerajaan memperuntukkan sejumlah wang utk syiar Islam.
Perntukan Islam terjamin kerana pindaannya perlukan perkenan YDPA.
Terdapat pengecualian terhadap perlantikan bagi institusi agama Islam.
Boleh menyekat penyebaran agama selain drp Islam kpd orang Islam.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah yg terpisah drp Mahkamah Sivil.
Bahasa Melayu (BM)
• Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan – BM sbg
Bahasa Kebangsaan, namun turut melindungi bahasa-
bahasa lain.
• Tiada larangan menggunakan/ mengajar/ belajar bahasa
lain kecuali bagi maksud rasmi.
• Menjadi medium komunikasi/ bahasa pertuturan umum &
bahasa rasmi negara – menyatukan rakyat pelbagai etnik
– hasil permuafakatan perlembagaan.
• Perkara 150(6A) – kedudukan BM kekal terjamin
dilindungi walaupun dlm keadaan darurat.
• Kedudukan BM termasuk di bawah Perkara 10(4) –
perkara sensitif yg dilarang drp perbahasan terbuka.
• Pindaannya memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja.
• Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan – bahasa rasmi
bagi tujuan kerajaan; pusat & negeri kecuali atas
beberapa perkara yg dibenarkan undang-undang spt bagi
tujuan diplomatik & latihan yg dijalankan oleh pakar asing.
• Perkara 160(B) – jika terdapat percanggahan di antara
teks perlembagaan yg diterjemahkan ke dlm bahasa
kebangsaan dgn teks dlm Bahasa Inggeris, maka teks
kebangsaan hendaklah mengatasi teks Bahasa Inggeris.
• Sebelum Perang Dunia Kedua, BM sudah digunakan
secara luas bagi tujuan rasmi utk mudahkan urusan
pentadbiran yg kakitangannya terdiri drp pelbagai kaum.
• Diterima sbg bahasa rasmi apabila Johor menerima
Penasihat Inggeris pada tahun 1914.
• Pegawai Eropah yg memegang lebih 95% jawatan
kumpulan I wajib belajar, mengambil ujian & lulus BM
agar layak ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu.
• Membuktikan BM telah diterima sbg bahasa perantaraan
rasmi walaupun pada zaman penjajahan Inggeris.
• Tujuan bahasa kebangsaan – memenuhi keperluan bagi
menyatukan pelbagai etnik melalui penggunaan satu
bahasa yg sama; Bahasa Melayu.
• Telah diputuskan oleh para pemimpin terdahulu semasa
perlembagaan digubal.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
• Dilindungi oleh peruntukan Perkara, 153 Perlembagaan
Persekutuan (termasuk Perkara 8(f), 89, 90 & Jadual 13)
• Takrif Melayu mengikut perspektif sejarah & sosiobudaya
– mereka yg mendiami Alam/ Kepulauan Melayu.
• Dianggap oleh ahli bahasa & budaya sbg satu kumpulan
yg sama, iaitu keturunan Melayu walaupun terdapat
pelbagai suku bangsa, bahasa & dialek.
• Namun definisi Melayu menurut Perlembagaan
Persekutuan agak berbeza dgn takrifan sejarah &
sosiobudaya.
• Peruntukan berkaitan definisi Melayu dijelaskan dlm
Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan.
• Perkara 160(2) – Beragama Islam, lazimnya bercakap
BM, menurut adat istiadat Melayu, dan:
• Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan/ Singapura
atau ibu bapanya telah lahir di Persekutuan/ Singapura
atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di
Persekutuan/ Singapura atau;
• Ia adalah keturunan yg tersebut.
• Mengikut perlembagaan, utk menjadi seorang Melayu,
tidak semestinya seseorang itu berketurunan Melayu.
• Seorang Indonesia juga bukanlah seorang Melayu bagi
maksud perlembagaan jika dia tidak dilahirkan di Tanah
Melayu/ Singapura sebelum Hari Merdeka.
Menurut Perkara 153, YDPAatas nasihat kerajaan boleh:
Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam.
Menentukan kadar perizaban permit & lesen bagi menjalankan
sebarang perniagaan atau pekerjaan.
Menentukan kadar perizaban dlm biasiswa, bantuan & keistimewaan
pelajaran & latihan atau kemudahan khas yg diberikan atau diadakan
oleh kerajaan.
Perkara 8 (5) (f) – kemasukan dlm RAMD yg hanya diperuntukkan kpd
orang Melayu.
Menurut Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu):
Tanah Rizab Melayu terus kekal statusnya selepas merdeka
Mana-mana tanah boleh diisytiharkan sebagai Tanah Rizab Melayu.
Kerajaan negeri boleh mengambil tanah utk menempatkan orang Melayu
& bukan Melayu
Jika tanah tersebut telah dimililki oleh orang bukan Melayu, maka tanah
rizab Melayu tidak boleh diisytiharkan.
Perkara 90 – pengecualian undang-undang yg ada berkenaan tanah adat
(Negeri Sembilan/ Melaka) & tanah pegangan orang Melayu (Terengganu).
Jadual 13 (Peruntukan-peruntukan berhubung dgn
persempadanan bahagian pilihanraya)
• Menurut Seksyen 2 (c), Bahagian 1(Persiytiharan &
Prinsip-Prinsip Berhubung Dgn Persempadanan
Bahagian Pilihan Raya), Jadual 13:
• Jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan hendaklah
sama;
• namun jumlah pengundi bagi kawasan luar bandar
hanya separuh drp jumlah pengundi bagi kawasan
bandar.
1.9 ISU-ISU ISLAM & ORANG MELAYU DLM PERLEMBAGAAN
Permasalahan
Kebebasan
Beragama
Kesamarataan
Diskriminasi
Perlindungan
Persoalan
Perkara 153
Perjanjian 20/ 18 Perkara
Sabah/ Sarawak
Permasalah Kebebasan Beragama
• Banyak disentuh dari perspektif hak asasi dlm Perkara 11.
• Boleh juga dirujuk dlm Perkara 3(1), Perkara 8, Perkara
10 & Perkara 12 – kebebasan beragama diberikan
kepada penganut semua agama; Islam & bukan Islam.
• Namun kebebasan dlm penyebaran agama adalah tidak
mutlak.
• Perkara 11(4) beri kuasa kpd Parlimen & DUN utk
luluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam
dlm kalangan bukan Islam.
• Orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan/
mengembangkan agama mereka dlm kalangan orang
Islam.
• Kelihatan berlaku ketidakadilan dlm kebebasan beragama
apabila orang Islam sebaliknya dibenarkan berbuat
demikian – namun peruntukan ini dimasukkan demi
menjaga kestabilan masyarakat.
• Kebebasan beragama tertakluk kpd undang-undang yg
menyekat penyebaran agama lain kpd orang Islam.
• Agama lain boleh diamalkan secara aman jika tidak
mengganggu ketenteraman awam & menyakitkan hati
penganut agama lain.
• Tertakluk kpd undang-undang awam – Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 & Akta Polis
1967.
• Tidak bermakna seseorang itu bebas membina rumah
ibadat di mana sahaja sesuka hati.
• Seseorang dilindungi drp membayar sebarang cukai yg
diperuntukkan khas utk maksud agama yang lain drp
agama anutannya.
• Semua kumpulan agama boleh tubuhkan & uruskan
yayasan bagi tujuan agama & kebajikan serta berhak
memperoleh & memegang harta.
• Hak kebebasan beragama mencakupi hak perseorangan
& hak kumpulan tapi bersifat tidak mutlak - tertakluk kpd
sekatan undang-undang yg sah & tidak bercanggah dgn
perlembagaan.
Kesamarataan
• Semua orang sama & berhak mendapat perlindungan yg
sama di sisi undang-undang – konsep sama rata.
• Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi atas
alasan ia merupakan salah seorang rakyat raja mana-
mana negeri, agama, ras, keturunan atau tempat lahir dlm
mana-mana undang-undang atau dalam:
1. Perlantikan apa-apa jawatan/ pekerjaan di bawah
pihak berkuasa awam.
2. Pentadbiran undang-undang yg berhubung dgn
perolehan/ pemegangan/ pelupusan harta.
3. Penubuhan atau perjalanan apa-apa perdagangan/
perniagaan/kerjaya/ pekerjaan.
• Pihak berkuasa awam juga tidak boleh mengamalkan
diskriminasi terhadap sesiapa pun atas alasan dia
bermastautin/ menjalankan perniagaan di mana-mana
negeri di persekutuan atau di luar bidang kuasa pihak
berkuasa itu.
• Namun, pihak kerajaaan sedar jaminan ke atas hak sama
rata semata-mata tanpa memikirkan aspek yg lain tidak
mencukupi utk mewujudkan masyarakat yg adil.
• Terdapat sebahagian rakyat yg tertinggal dlm sesuatu
perubahan sosial & ekonomi.
• Persamaan secara mutlak dlm masyarakat pelbagai etnik
dgn golongan yg berlainan peringkat pembangunannya
akan mengakibatkan huru-hara.
• Cth: Orang kulit hitam yg terus jauh ketinggalan di USA -
pindaan perlembagaan bagi menghapuskan perhambaan
tidak diikuti dgn rancangan perlembagaan utk
meningkatkan taraf hidup mereka.
• Sistem persamaan & peluang yg sama yg tidak ada batas
akan menghapuskan mereka.
• Tanpa perlindungan golongan yg ketinggalan tersebut
akan terus jauh ketinggalan.
• Kesannya doktrin hak sama rata terpaksa dilonggarkan &
diberikan hak bersyarat utk mengatasi kedudukan sosial
& ekonomi yg tidak seimbang dlm masyarakat sesebuah
negara.
Diskriminasi Perlindungan
• Undang-undang memberi perlindungan & keistimewaan
kpd golongan/ etnik dlm sesebuah negara & dlm masa yg
sama tidak menafikan pelunag terhadap kumpulan/ etnik
lain.
• Membantu sesuatu etnik dlm beberapa aspek kehidupan
spt perkhidmatan awam, ekonomi & pendidikan.
• Bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup etnik yg
ketinggalan dlm arus pembangunan negara agar dapat
menyaingi etnik lain yg lebih terkehadapan.
• Satu perkara biasa dlm dlm yg diperuntukkan dlm
perlembagaan sesebuah negara yg bersifat pelbagai etnik
– Perlembagaan India melindungi golongan minoriti.
• Konsep ini diperuntukkan dlm Perkara 153 – perlindungan
kepada etnik Melayu & bumiputera di Sabah & Sarawak.
• Merujuk kpd kedaulatan Raja-raja Melayu yg tidak pernah
dipertikaikan dlm Perjanjian Raja-raja Negeri dgn British
sebelum wujudnya perjanjian Persekutuan TM, 1948.
• Semua perjanjian itu menunjukkan hasrat secara umum
agar orang Melayu dibantu.
• Menteri Kewangan juga, dlm debat Dewan Perundangan,
mesyuarat ke-13 & 14, sesi kedua Dewan Perundangan
Kedua Persekutuan Tanah Melayu 1956, telah
menjelaskan perlunya orang Melayu dibantu kerana
ketinggalan mereka dari sudut ekonomi:
• Diskriminasi perlindungan bertujuan:
1. Memperbetulkan ketidakseimbangan politik sesebuah
negara dgn memberi keutamaan kpd orang Melayu
memasuki perkhidmatan awam agar mereka boleh
menguasai politik negara kerana pegawai kerajaan
berperanan penting dlm menjalankan polisi & dasar
pemerintah.
2. Menjamin/ & mepertahankan kepentingan hak
golongan minoriti spt bahasa, kebudayaan &
kepercayaan drp ditenggelami golongan majoriti.
3. Memberi keutamaan kpd kumpulan yg telah merasai
& mengecapi keistimewaan itu sebelumnya kerana
menarik balik keistimewaan tersebut adalah
perubahan yg radikal yg akan membangkitkan
kemarahan kumpulan itu – turut dilaksanakan di India.
4. Memberi kuasa kpd kerajaan utk memperbaiki taraf
kehidupan dari segi ekonomi, sosial & kebudayaan
masyarakat yg mundur agar dapat bersaing dgn
masyarakat yg maju.
5. Memberi hak beberapa keistimewaan kpd sesuatu
kumpulan yg memberi sesuatu hak kepada kumpulan
yg lain sbg kompromi (kontrak sosial) antara etnik.
Persoalan Perkara 153
• Difokuskan kpd 2 perkara; pencapaian pendidikan &
ekonomi.
• Pencapaian dlm perkhidmatan awam tidak dibincangkan
kerana melalui penggunaan sistem kouta, semakin ramai
etnik Melayu menjawat jawatan tinggi berbanding
sebelum tahun 1970.
• Persoalan yg timbul – Adakah Perkara 153 cara yg paling
berkesan mengatasi kemiskinan & kemunduran etnik
Melayu? Adalah etnik Melayu dapat menyeimbangkan
kedudukan mereka dgn etnik lain?
• Statistik kerajaan menunjukkan Perkara 153 membantu
meningkatkan pendidikan & ekonomi etnik Melayu.
• Namun penyertaan etnik Melayu dlm bidang profesional &
teknikal masih lagi ketinggalan (38.8%-2005) manakala
dlm bidang lain, bilangan hampir seimbang.
• Perlaksanaan Perkara 153 wajar diteruskan dlm bidang
pendidikan kerana bilangan pelajar bukan Melayu di IPT
lebih ramai berbanding Melayu.
• Bertujuan mengatasi ketidakseimbangan antara IPTA
dengan IPTS serta IPT luar negara melalui sistem kouta &
biasiswa.
• Kadar kemiskinan bertambah baik, tapi masih ketinggalan
drp etnik bukan Melayu.
Nisbah pendapatan (2004)
Bandar-luar bandar 1:2.11
Bumiputera-etnik Cina 1:1.64
Bumiputera-etnik India 1:1.27
Kadar kemiskinan (2004)
Luar bandar 11.9%
Bandar 2.5%
Melayu 8.3%
Cina 0.6%
India 2.9%
• Pendapatan etnik Melayu semakin baik tapi masih
ketinggalan jika dibandingkan sgn etnik lain.
• Kadar kemiskinan etnik Cina amat rendah & kemajuan
seterusnya akan mengeluarkan mereka drp kemisikinan.
• Kadar kemisikinan mutlak etnik India tidak jauh berbeza
dgn etnik Cina.
• Kadar kemiskinan di negeri majoriti Melayu masih tinggi –
Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis.
• Perkara 153 khususnya dlm bidang perniagaan tidak
banyak membantu pencapaian etnik Melayu untuk
memenuhi sasaran DEB.
• 75% masih bergantung hidup kpd sektor pertanian &
perikanan yg berpendapatan kecil.
• Keadaan ekonomi etnik Melayu masih banyak tidak
berubah walaupun diberikan perlindungan & hak
istimewa.
• Pemilikan modal saham mengikut sektor juga masih
ketinggalan kecuali dlm sektor pembinaan yg telah
mencapai matlamat 30%.
Peratusan Hak Milik Modal Saham Mengikut Sektor & Etnik
(2004)
Sektor Bumiputera Bukan
bumiputera
Pertanian 16.4 54
Perlombongan 12.3 39.8
Pembuatan 8.1 25
Utiliti 6.3 9.2
Pembinaan 35.2 44
Perdagangan, borong & runcit 20.4 53.3
Pengangkutan 26.7 30.6
Kewangan 12.5 10.5
Perkhidmatan 18.7 40.9
Lain-lain 24.3 48.6
JUMLAH 18.9 40.6
• Timbul persoalan:
1. Adalah perlaksanaan hak istimewa etnik Melayu telah
berjaya atau tidak?
2. Jika matlamatnya sudah dicapai, adakah hak
istimewa tersebut masih diperlukan etnik Melayu?
• Walaupun hak istimewa etnik Melayu dianggap isu
sensitif, namun ia tidak menghalang perbincangan
mengenai perlaksanaannya.
• Setakat ini, etnik Melayu masih memerlukan Perkara 153
keranan matlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi
mereka masih belum tercapai.
• Perkara 153 perlu diteruskan utk mencapai matlamat yg
dikehendaki dlm bidang ekonomi & pendidikan.
• Namun, dlm masa yg sama pelbagai kemudahan &
keistimewaan dlm aspek pendidikan turut diberikan kpd
etnik bukan Melayu:
1. SRJK terus dipertahankan walaupun Penyata Razak
1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan
kebangsaan secara beransur-ansur.
2. Keistimewaan memasuki MRSM dan Matrikulasi dgn
kouta sebanyak 10%.
3. Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem
meritokrasi.
• Meskipun terdapat kedudukan istimewa mengenai
pendidikan yg termaktub dlm perlembagaan, namun
wujud sikap akomodatif antara Melayu-bukan Melayu utk
memantapkan hubungan etnik.
• Dari segi ekonomi sasaran DEB dlm pemilikan ekuiti
negara bagi etnik Melayu sebanyak 30% masih belum
tercapai.
% Pemilikan ekuiti negara 1970 1990
Melayu 2.4 19.2
Bukan Melayu 28.3 34.4
Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah & 18 Perkara bagi Sarawak.
• Hasil drp persetujuan yg disepakati antara pemimpin
Tanah Melayu, Sabah & Sarawak dlm Perjanjian
Malaysia, 1963.
• Dimasukkan dlm Perlembagaan Persekutuan melalui
peruntukan berikut:
1. Perkara 161, BAHAGIAN 12A (PERLINDUNGAN
TAMBAHAN BAGI NEGERI-NEGERI SABAH &
SARAWAK)
2. Senarai 2A (Tambahan kpd Senarai Negeri bagi
Negeri-negeri Sabah & Sarawak), Jadual 9
3. Senarai 3A (Tambahan kpd Senarai Bersama bagi
Negeri-negeri Sabah & Sarawak), Jadual 9.
Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah
1. Agama 6. Imigresen 11. Cukai &
kewangan
16. Perlindungan
Perlembagaan
2. Bahasa 7. Hak Menarik Diri 12. Kedudukan
khas
bangsa asli/
bumiputera
17. Perwakilan
dlm
Parlimen
Persekutuan.
3. Perlembagaan 8. Borneonisasi 13. Kerajaan
Negeri
18. Nama
Ketua Negeri
4. Ketua
Persekutuan
9. Pegawai-pegawai
British
14. Jangkamasa
Peralihan
19. Nama Negeri
5. Nama
Persekutuan
10. Kewarganegaraan 15. Pelajaran 20. Tanah, hutan,
kerajaan
tempatan dll.
KESIMPULAN
• Perlembagaan Persekutuan telah digubal dgn mengambil
kira kepentingan setiap etnik di Malaysia.
• Terdapat perimbangan kepada kelebihan yg seolah-olah
diberikan kpd sesuatu etnik.
• Hasil persetujuan yg diterima oleh semua etnik ketika itu.
• Pengingkaran kpd permuafakatan sosial boleh
menimbulkan ketegangan & konflik.
• Islam & Melayu menjadi asas utama pembentukan
Malaysia.
• Generasi muda perlu bersikap terbuka & toleran dlm
sesuatu isu yg melibatkan Islam & Melayu dlm
perlembagaan.

More Related Content

Similar to MPU 3113 BAB 4.ppt

Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10
Jivendra Pandian
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
HidayahMdZin
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1
Fatin Asyiqin
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
Erwina Masir
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Ashikin Azeman
 
P.am 1
P.am 1P.am 1
P.am 1
suntar
 
Perlembagaan negara
Perlembagaan negaraPerlembagaan negara
Perlembagaan negara
jpenmalaysia
 

Similar to MPU 3113 BAB 4.ppt (20)

Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Bab 3 b
Bab 3 bBab 3 b
Bab 3 b
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptx
 
Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
 
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.pptHubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
 
P.am 1
P.am 1P.am 1
P.am 1
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Perlembagaan negara
Perlembagaan negaraPerlembagaan negara
Perlembagaan negara
 

MPU 3113 BAB 4.ppt

  • 1. MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK Bab 4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik
  • 2. Hasil Pembelajaran: • Menjelaskan sikap akomodatif yg wujud dlm kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan. • Membahaskan peranan & kepentingan unsur-unsur tradisi & permuafakatan sosial dlm konteks hubungan etnik di Malaysia. • Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dlm Perlembagaan Malaysia.
  • 3. PENGENALAN • Bentuk & struktur perlembagaan adalah hasil drp perjalanan sejarah sosial setempat hasil interaksi dgn proses migrasi & globalisasi. • Dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme bumiputera serta penglibatan etnik lain yg berunding sesama mereka dgn Raja & British. • Memperuntukkan kedudukan anak watan & etnik lain. • Mengurus etnonasionalisme anak watan & mengurus keperluan masyarakat pelbagai etnik yg sivil. • Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan jadi asas pembinaan negara moden. • Mengambil kira & melindungi kepentingan semua pihak.
  • 4. 1.1 DEFINISI & KONSEP PERLEMBAGAAN • Dokumen yg mengandungi semua undang-undang yg tertinggi yg mustahak bagi penubuhan & kewujudan sesebuah negara & sistem politiknya. • Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dgn prinsip-prinsip perlembagaan – perlembagaan boleh batalkan undang-undang lain yg bertentangan dgnnya. • Dokumen yg juga mengandungi peruntukan-peruntukan asas yg mencerminkan pertimbangan suasana muhibah, penerimaannya yg murni & kesefahaman antara rakyatnya. • Dokumen yg tidak terpisah drp sejarah, perkembangan & tradisi negara yg terdiri drp pelbagai etnik.
  • 5. • Undang-undang dasar/ tertinggi yg menjadi: 1. Teras panduan pemerintahan negara. 2. Kerangka asas yg membentuk & memandu sistem pemerintahan negara. 3. Asas kpd undang-undang lain dlm negara. 4. Rujukan tentang aspirasi & pelan induk pemerintahan negara. 5. Mengawal pemerintah & yg diperintah dlm mempertahankan kewujudan & kesinambungan negara. • Perlembagaan bertulis – menjadi sumber autoriti kpd badan legislatif, eksekutif & kehakiman – mengandungi 15 bahagian, 183 perkara & 13 jadual.
  • 6. Kandungan Perlembagaan Bidang kuasa legislatif, eksekutif & kehakiman Kedudukan agama Islam Kewarganegaraan Bahasa Kebangsaan Kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah & Sarawak.
  • 7. • Semua perkara dlm perlembagaan negara adalah sama seperti mana-mana perlembagaan di dunia. • Keunikan Perlembagaan Persekutuan terletak pada pengekalan unsur-unsur tradisi. • Menggunapakai konsep ketinggian perlembagaan – tidak terdapat mana-mana institusi yg boleh mengatasi perlembagaan. • Mahkamah boleh mengisytiharkan undang-undang persekutuan/ negeri sbg tidak sah kerana bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia bercanggah (Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan).
  • 8. Pindaan memerlukan sokongan 2/3 setiap dewan parlimen: • Tanpa mendapat persetujuan sesiapa. • Cth: sumpah & ikrar taat setia, pemilihan & persaraan Senator. Perkara 159 (4) • Dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah & Sarawak. • Cth: bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera. Perkara 161 (E) • Mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. • Cth: kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa org Melayu, bahasa kebangsaan & agama persekutuan. Perkara 159 (5)
  • 9. 1.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Prasasti Terengganu (1303M) Hukum Kanun Melaka & Undang-Undang Laut Melaka (1446-1456) Perlembagaan Negeri Johor (1895) Perlembagaan Terengganu (1911) Malayan Union (1948) Persekutuan Tanah Melayu (1948) Persekutuan Tanah Melayu (1957) Malaysia (1963)
  • 10. • Perundangan Islam diamalkan lebih awal di Tanah Melayu sebelum zaman Melaka. • Penemuan prasasti Terengganu bertarikh 14 Rejab 702H/ 22 Februari 1303 – mengandungi peraturan jenayah, urus niaga & pentadbiran). • Perlembagaan Negeri Johor, 1895 – perlembagaan bertulis paling awal di Tanah Melayu – diikuti dgn Perlembagaan Terengganu, 1911. • Mengandungi peruntukan tentang pensyaratan raja, menteri, agama negeri yg kekal termaktub sehingga kini. • Membuktikan negara ini telah mempunyai sistem perlembagaannya sendiri sebelum kedatangan penjajah.
  • 11. • Tidak boleh disamakan dgn prinsip-prisip perlembagaan moden kerana nilai & struktur sosial yg berbeza. • Sifat & kandungan sesebuah perlembagaan bergantung/ dipengaruhi oleh keperluan zamannya.
  • 12. 1.3 MALAYAN UNION (MU) • MU diperintah oleh Gabenor bagi menyelaraskan dasar & pentadbiran antara wilayah. • Sultan – raja kehormat dan anggota majlis hal ehwal Islam yg dipengerusikan Gabenor. • Kerakyatan mudah berasaskan prinsip jus soli. • Gabenor dari segi pentadbiran dibantu oleh 2 badan tetap; Majlis Perundangan & Majlis Mesyuarat Kerajaan. • Diisytiharkan oleh kerajaan British pada 1 April 1946 melalui Perintah MU dlm Majls 1946 & Arahan Diraja pada 27 Mac 1946. • Tidak bertahan lama dan dibubarkan pada Februari 1948. • Mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.
  • 13. 1.4 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (TM) 1948 • Sebuah persekutuan yg menggantikan MU. • Melibatkan wilayah sama yg dicadangkan bagi MU. • Konsep persekutuan – kerajaan pusat berkuasa dlm semua perkara penting secara menyeluruh. • Pada masa yg sama, ia kekalkan autonomi negeri serta hormati kebesaran, martabat & bidang kuasa raja dlm hal ehwal Islam & adat istiadat Melayu. • Diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah perintah Majlis Persekutuan TM 1948 – Singapura terpisah sbg Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan. • Memenuhi kehendak pihak yg mempertikaikan MU. • Menjadi asas Perlembagaan Persekutuan TM, 1957.
  • 14. 1.5 KERJASAMAANTARAETNIK DLM MENUJU KEMERDEKAAN • Kerjasama antara etnik mula terjalin dgn penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – penubuhan CLC, 1949. • Pelbagai etnik berusaha selesaikan sebahagian masalah perlembagaan, politik & ekonomi yg wujud akibat permintaan yg berlainan drp pelbagai etnik. • Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian kuasa melalui pembahagian kerusi & calon antara komponen. • Ahli UMNO dlm Persidangan Perwakilan UMNO menuntut diberikan 40 kerusi dlm Pilihan Raya Umum (PRU), 1955 atas alasan jumlah pengundi Melayu ialah 84.2% • Demi perpaduan – 35 kerusi diperuntukkan kpd UMNO, 15 kerusi utk MCA dan 2 kerusi utk MIC.
  • 15. • PRU, 1955 memperilhatkan penolakan sikap perkauman oleh org Melayu. • Julai, 1954 – British bersetuju mengadakan pilihanraya bagi memilih 52 daripada 98 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan. • Pengundi Melayu adalah majoriti dlm 50 drp 52 kawasan pilihan raya – mereka mampu menubuhkan kerajaan Melayu dan menggubal perlembagaan Tanah Melayu yg merdeka. • Namun orang Melayu tidak menjadi opurtunis, demi kepentingan hubungan & perpaduan antara etnik - berkorban utk mendorong semangat toleransi interetnik.
  • 16. PARTI PERUNTUKAN KERUSI % KERUSI % PENGUNDI AGIHAN KERUSI MENGIKUT % PENGUNDI UMNO 35 69 84.2 44 MCA 15 28 11.2 6 MIC 2 3 3.9 2 • Perjuangan kemerdekaan merentasi batas perkauman dan mewujudkan masyarakat yg bersatu padu. • Ketepikan pandangan sempit perkauman & bekerja ke arah menuntut kemerdekaan drp penjajah. • Tunku membentuk komposisi kabinet yg seimbang antara etnik selepas berunding dgn Sir Donald MacGillivray (6 Melayu, 3 Cina & 1 India).
  • 17. 1.6 SURUHANJAYA REID • Ditubuhkan pada tahun 1956 – menentukan & bertanggungjawab merangka perlembagaan). • Dianggotai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B. Malik & Hakim Abdul Hamid. • Perikatan bersetuju anggota suruhanjaya dipilih sendiri oleh British tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu. • Perundingan yg dijalankan di London sendiri dianggotai oleh 35 orang pegawai British berbanding dgn wakil Perikatan & Raja-raja Melayu seramai 8 orang. • Perjanjian London ditandatangani setelah rundingan yg berjalan selama 3 minggu (18 Januari – 8 Februari 1956).
  • 18. • Perjanjian London menetapkan perlembagaan yg hendak digubal perlu mengambil kira: 1. Pembentukan sebuah persekutuan dgn kerajaan pusat yg kuat. 2. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan & hak Raja-raja Melayu. 3. Pengwujudan jawatan ketua negara yg bergelar Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). 4. Pemeliharaan hak istimewa orang Melayu serta hak- hak yg sah milik kaum lain. 5. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yg seragam utk seluruh persekutuan.
  • 19. • 2 objektif Suruhanjaya dalam menyediakan rangka perlembagaan yg baharu: 1. Mestilah ada peluang sepenuhnya utk pertumbuhan sebuah negara yg bersatu padu, bebas & demokratik 2. Mestilah ada kemudahan yg lengkap utk membangunkan sumber negara & mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
  • 20. • Suruhanjaya juga: 1. Meneliti kedudukan perlembagaan unit-unit dlm Persekutuan. 2. Melawat Negeri-negeri Melayu & Selat. 3. Berjumpa Raja, Menteri Besar, Penasihat British, Pesuruhjaya Residen & pegawai negeri. 4. Membuat pertemuan secara terbuka & sering mengadakan mesyuarat secara tidak rasmi. • Kesannya – perlembagaan yg dirangka menjadi kukuh & Praktikal serta dihormati kerana telah meminta cadangan & pandangan semua pihak.
  • 21. • Perlembagaan Persekutuan TM, 1957 telah mendapat persetujuan & pandangan majoriti – digubal hasil persetujuan bersama yg telah dicapai antara penduduk. • Bukan sahaja merupakan sebuah dokumen perundangan – permuafakatan sosial yg bersetuju atas beberapa perkara yg sangat penting kpd kestabilan negara. • Kontrak sosial & perjanjian damai antara etnik Melayu, Cina & India.
  • 22. 1.7 JAWATANKUASAKERJA& PERISYTIHARAN PERLEMBAGAAN • Ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu & British. • Bertujuan mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid bagi menyediakan Kertas Putih. • Mengumpulkan hasil semakan & penelitian ke atas laporan yg disediakan oleh Suruhanjaya Reid yg diserahkan kpd Baginda Ratu & Raja-raja Melayu pada Februari 1957. • Kertas Putih yg mengandungi pindaan ke atas Penyata Reid & rangka perlembagaan yg disusun oleh jawatankuasa itu diterbitkan pada 3 Julai 1957. • Draf Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu diterima & diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
  • 23. Senarai ahli Jawatankuasa Kerja untuk kajian semula cadangan Suruhanjaya Reid bagi menyediakan Kertas Putih: Pengerusi: Sir Donald MacGillivray Wakil Perikatan Tunku Abdul Rahman (UMNO) Datuk Abdul Razak (UMNO) Ong Yoke Lin (MCA) V.T Sambanthan (MIC) Wakil Raja-raja Melayu Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja) Shamsudin Nain Tunku Ismail Tunku Yahya Neil Lawson Kolonial British Sir David Watherston (Ketua Setiausaha Kerajaan) T.V.A Brodie (Peguam Negara) E.O Laird (Setiausaha)
  • 24. 1.8 UNSUR-UNSURTRADISI DLM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN • Tradisi – pemindahan & kesinambungan drp satu generasi kpd generasi yg lain – mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu bangsa & masyarakat. • Sistem tradisi dlm konteks politik & perlembagaan – sistem pra-moden; sistem yg keesahannya bergantung kpd agama & nilai-nilai asal yg lainnya. • Kepentingan institusi tradisi – mengingatkan sejarah & meneruskan kesinambungan nilai tradisi sesuatu bangsa serta dapat menampung kekurangan yg sukar diatasi oleh sistem demokrasi. • Unsur-unsur tradisi perlu dikekalkan kerana telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan digubal.
  • 25. • Berperanan menstabilkan sistem politik negara. • Laporan Suruhanjaya Reid menekankan kepentingan perlembagaan mengambil kira faktor sejarah, tradisi, ekonomi & sosial yg wujud sebelum tahun 1957. • Akta Hasutan 1948 melindungi unsur-unsur tradisi yg dianggap sensitif drp perbincangan awam. • Bagi rakyat, khususnya etnik Melayu, unsur –unsur tradisi penting kerana menjadi identiti & kestabilan negara. • Merupakan prasyarat & permuafakatan yg diterima oleh etnik Melayu & bukan Melayu –prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. • Formula selesaikan masalah yg wujud tanpa konflik.
  • 27. Kesultanan atau Pemerintahan Beraja • Telah wujud dlm sistem sosial sejak berabad lamanya. • Raja berkuasa mutlak dlm pemerintahan & pentadbiran. • Dibantu oleh pembesar-pembesar yg dilantik. • Masih diiktiraf oleh British sbg pemerintah berdaulat & berkuasa penuh dlm negeri masing-masing sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945) meskipun berada dlm penjajahan (naungan) British dan dikehendaki menerima nasihat residen dlm perjanjian dgn British. • Institusi yg diteruskan dgn beberapa modifikasi utk disesuaikan dgn konsep raja berperlembagaan – dikendaki menerima nasihat kerajaan yg memerintah dan bertindak mengikut nasihat itu.
  • 28. • YDPA dipilih drp kalangan Raja-raja Melayu & diberi kuasa memerintah persekutuan serta dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet. • Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. • Mempunyai kuasa utk mengampun & menangguh hukuman bagi kesalahan yg disabitkan di mahkamah tentera & bagi kesalahan yg dilakukan di dlm Wilayah Persekutuan. • Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kemuliaan institusi diraja dilindungi oleh peruntukan Perkara 38(4), Perlembagaan Persekutuan.
  • 29. • Menjadi lambang perpaduan serta pemelihara kepentingan & harapan setiap etnik. • YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa bumiputera serta kepentingan sah kaum lain. • Pindaan perlembagaan berkaitan soal kewarganegaraan berada di bawah kuasa Majlis Raja-Raja. • Amanah di bawah Perkara 153 dan 159(5) adalah amat sukar kerana sering menjadi polemik yg jika gagal ditangani dgn baik akan menggugat kestabilan negara. • Perlu ada jaminan bagi menonjolkan sifat berkecuali YDPA bagi mengelakkan baginda dipandang sbg alat pemerintah.
  • 30. • Institusi beraja dikaitkan dgn soal agama – ketua agama Islam di negeri masing-masing. • Bertanggungjawab menjaga agama – sebarang pindaan terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja. • YDPA – lambang keadilan & kesaksamaan; baginda melantik semua hakim mahkamah (superior courts) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dgn Majlis Raja-Raja. • YDPA juga perlu dirundingi dlm perlantikan juruaudit negara, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya & pelbagai suruhanjaya perkhidmatan – jawatan-jawatan penting yg menjaga hak rakyat dgn sikap berkecuali.
  • 31. • YDPA – tonggak kehormatan – diberi kuasa utk mengurniakan penghormatan kpd pihak yg memberikan khidmat cemerlang kpd negara tanpa mengira etnik. • YDPA & Majlis Raja-Raja menjadi lambang perpaduan & harapan rakyat pelbagai etnik kerana bebas drp pengaruh politik kepartian. • YDPA adalah satu-satunya institusi perlembagaan bersifat Melayu & Islam, tidak seperti Kabinet & Parlimen. • YDPA – pemegang autoriti & kuasa yg diserahkan oleh Negeri-Negeri Melayu kpd pihak berkuasa pusat.
  • 32. Agama Islam • Islam memiliki keistimewaan dlm perlembagaan, namun agama-agama lain tetap diberikan perlindungan. • Menjadi isu penting kerana berkait rapat dgn kepercayaan/ pegangan majoriti. • Isu sensitif kerana tidak dapat dipisahkan drp kehidupan seharian etnik Melayu – boleh beri kesan kpd ketenteraman awam khususnya yg melibatkan ketegangan antara kaum (Kes Natrah, 1950 & Nur Aisyah,1998). • Islam mempunyai kedudukan yg sangat penting dlm sejarah & kebudayaan Melayu – tidak termasuk dlm rangka Perjanjian Pangkor, 1874.
  • 33. • British sebenarnya memang bertujuan mengecilkan peranan Islam dlm sistem politik negara agar ia tidak bersifat menyeluruh dan terhad dlm bidang tertentu saja. • Perlembagaan Perskutuan mengiktiraf: • Kedudukan Malaysia sbg sebuah negara Islam. • Bidang kuasa kerajaan negeri dlm soal agama Islam. • Prinsip kebebasan beragama. • Undang-undang yg melaranga penyebaran mana-mana kepercayaan lain dlm kalangan orang Islam. • Peruntukan Islam dlm perlembagaan telah memberikan keistimewaan kpd agama Islam sehingga ia menonjol dlm beberapa perkara:
  • 34. Melayu-Islam – unsur yg tidak dapat dipisahkan. YDPA - mestilah seorang raja; yg disyaratkan mesti beragama Islam. Lafaz sumpah jawatan YDPA yg selaras dgn ajaran Islam. YDPA sebagai ketua agama Islam di negeri yg tidak beraja. Raja-Raja kekal sbg ketua agama Islam di negeri masing-masing. Tanggungjawab YDPA melindungi kedudukan istimewa orang Melayu.
  • 35. Kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda walaupun semasa darurat. Sah bagi kerajaan memperuntukkan sejumlah wang utk syiar Islam. Perntukan Islam terjamin kerana pindaannya perlukan perkenan YDPA. Terdapat pengecualian terhadap perlantikan bagi institusi agama Islam. Boleh menyekat penyebaran agama selain drp Islam kpd orang Islam. Bidang kuasa Mahkamah Syariah yg terpisah drp Mahkamah Sivil.
  • 36. Bahasa Melayu (BM) • Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan – BM sbg Bahasa Kebangsaan, namun turut melindungi bahasa- bahasa lain. • Tiada larangan menggunakan/ mengajar/ belajar bahasa lain kecuali bagi maksud rasmi. • Menjadi medium komunikasi/ bahasa pertuturan umum & bahasa rasmi negara – menyatukan rakyat pelbagai etnik – hasil permuafakatan perlembagaan. • Perkara 150(6A) – kedudukan BM kekal terjamin dilindungi walaupun dlm keadaan darurat. • Kedudukan BM termasuk di bawah Perkara 10(4) – perkara sensitif yg dilarang drp perbahasan terbuka.
  • 37. • Pindaannya memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja. • Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan – bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan; pusat & negeri kecuali atas beberapa perkara yg dibenarkan undang-undang spt bagi tujuan diplomatik & latihan yg dijalankan oleh pakar asing. • Perkara 160(B) – jika terdapat percanggahan di antara teks perlembagaan yg diterjemahkan ke dlm bahasa kebangsaan dgn teks dlm Bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan hendaklah mengatasi teks Bahasa Inggeris. • Sebelum Perang Dunia Kedua, BM sudah digunakan secara luas bagi tujuan rasmi utk mudahkan urusan pentadbiran yg kakitangannya terdiri drp pelbagai kaum.
  • 38. • Diterima sbg bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1914. • Pegawai Eropah yg memegang lebih 95% jawatan kumpulan I wajib belajar, mengambil ujian & lulus BM agar layak ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu. • Membuktikan BM telah diterima sbg bahasa perantaraan rasmi walaupun pada zaman penjajahan Inggeris. • Tujuan bahasa kebangsaan – memenuhi keperluan bagi menyatukan pelbagai etnik melalui penggunaan satu bahasa yg sama; Bahasa Melayu. • Telah diputuskan oleh para pemimpin terdahulu semasa perlembagaan digubal.
  • 39. Kedudukan Istimewa Orang Melayu • Dilindungi oleh peruntukan Perkara, 153 Perlembagaan Persekutuan (termasuk Perkara 8(f), 89, 90 & Jadual 13) • Takrif Melayu mengikut perspektif sejarah & sosiobudaya – mereka yg mendiami Alam/ Kepulauan Melayu. • Dianggap oleh ahli bahasa & budaya sbg satu kumpulan yg sama, iaitu keturunan Melayu walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa & dialek. • Namun definisi Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan agak berbeza dgn takrifan sejarah & sosiobudaya. • Peruntukan berkaitan definisi Melayu dijelaskan dlm Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan.
  • 40. • Perkara 160(2) – Beragama Islam, lazimnya bercakap BM, menurut adat istiadat Melayu, dan: • Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan/ Singapura atau ibu bapanya telah lahir di Persekutuan/ Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan/ Singapura atau; • Ia adalah keturunan yg tersebut. • Mengikut perlembagaan, utk menjadi seorang Melayu, tidak semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. • Seorang Indonesia juga bukanlah seorang Melayu bagi maksud perlembagaan jika dia tidak dilahirkan di Tanah Melayu/ Singapura sebelum Hari Merdeka.
  • 41. Menurut Perkara 153, YDPAatas nasihat kerajaan boleh: Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam. Menentukan kadar perizaban permit & lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan. Menentukan kadar perizaban dlm biasiswa, bantuan & keistimewaan pelajaran & latihan atau kemudahan khas yg diberikan atau diadakan oleh kerajaan. Perkara 8 (5) (f) – kemasukan dlm RAMD yg hanya diperuntukkan kpd orang Melayu.
  • 42. Menurut Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu): Tanah Rizab Melayu terus kekal statusnya selepas merdeka Mana-mana tanah boleh diisytiharkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Kerajaan negeri boleh mengambil tanah utk menempatkan orang Melayu & bukan Melayu Jika tanah tersebut telah dimililki oleh orang bukan Melayu, maka tanah rizab Melayu tidak boleh diisytiharkan. Perkara 90 – pengecualian undang-undang yg ada berkenaan tanah adat (Negeri Sembilan/ Melaka) & tanah pegangan orang Melayu (Terengganu).
  • 43. Jadual 13 (Peruntukan-peruntukan berhubung dgn persempadanan bahagian pilihanraya) • Menurut Seksyen 2 (c), Bahagian 1(Persiytiharan & Prinsip-Prinsip Berhubung Dgn Persempadanan Bahagian Pilihan Raya), Jadual 13: • Jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan hendaklah sama; • namun jumlah pengundi bagi kawasan luar bandar hanya separuh drp jumlah pengundi bagi kawasan bandar.
  • 44. 1.9 ISU-ISU ISLAM & ORANG MELAYU DLM PERLEMBAGAAN Permasalahan Kebebasan Beragama Kesamarataan Diskriminasi Perlindungan Persoalan Perkara 153 Perjanjian 20/ 18 Perkara Sabah/ Sarawak
  • 45. Permasalah Kebebasan Beragama • Banyak disentuh dari perspektif hak asasi dlm Perkara 11. • Boleh juga dirujuk dlm Perkara 3(1), Perkara 8, Perkara 10 & Perkara 12 – kebebasan beragama diberikan kepada penganut semua agama; Islam & bukan Islam. • Namun kebebasan dlm penyebaran agama adalah tidak mutlak. • Perkara 11(4) beri kuasa kpd Parlimen & DUN utk luluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam dlm kalangan bukan Islam. • Orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan/ mengembangkan agama mereka dlm kalangan orang Islam.
  • 46. • Kelihatan berlaku ketidakadilan dlm kebebasan beragama apabila orang Islam sebaliknya dibenarkan berbuat demikian – namun peruntukan ini dimasukkan demi menjaga kestabilan masyarakat. • Kebebasan beragama tertakluk kpd undang-undang yg menyekat penyebaran agama lain kpd orang Islam. • Agama lain boleh diamalkan secara aman jika tidak mengganggu ketenteraman awam & menyakitkan hati penganut agama lain. • Tertakluk kpd undang-undang awam – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 & Akta Polis 1967.
  • 47. • Tidak bermakna seseorang itu bebas membina rumah ibadat di mana sahaja sesuka hati. • Seseorang dilindungi drp membayar sebarang cukai yg diperuntukkan khas utk maksud agama yang lain drp agama anutannya. • Semua kumpulan agama boleh tubuhkan & uruskan yayasan bagi tujuan agama & kebajikan serta berhak memperoleh & memegang harta. • Hak kebebasan beragama mencakupi hak perseorangan & hak kumpulan tapi bersifat tidak mutlak - tertakluk kpd sekatan undang-undang yg sah & tidak bercanggah dgn perlembagaan.
  • 48. Kesamarataan • Semua orang sama & berhak mendapat perlindungan yg sama di sisi undang-undang – konsep sama rata. • Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi atas alasan ia merupakan salah seorang rakyat raja mana- mana negeri, agama, ras, keturunan atau tempat lahir dlm mana-mana undang-undang atau dalam: 1. Perlantikan apa-apa jawatan/ pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam. 2. Pentadbiran undang-undang yg berhubung dgn perolehan/ pemegangan/ pelupusan harta. 3. Penubuhan atau perjalanan apa-apa perdagangan/ perniagaan/kerjaya/ pekerjaan.
  • 49. • Pihak berkuasa awam juga tidak boleh mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa pun atas alasan dia bermastautin/ menjalankan perniagaan di mana-mana negeri di persekutuan atau di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu. • Namun, pihak kerajaaan sedar jaminan ke atas hak sama rata semata-mata tanpa memikirkan aspek yg lain tidak mencukupi utk mewujudkan masyarakat yg adil. • Terdapat sebahagian rakyat yg tertinggal dlm sesuatu perubahan sosial & ekonomi. • Persamaan secara mutlak dlm masyarakat pelbagai etnik dgn golongan yg berlainan peringkat pembangunannya akan mengakibatkan huru-hara.
  • 50. • Cth: Orang kulit hitam yg terus jauh ketinggalan di USA - pindaan perlembagaan bagi menghapuskan perhambaan tidak diikuti dgn rancangan perlembagaan utk meningkatkan taraf hidup mereka. • Sistem persamaan & peluang yg sama yg tidak ada batas akan menghapuskan mereka. • Tanpa perlindungan golongan yg ketinggalan tersebut akan terus jauh ketinggalan. • Kesannya doktrin hak sama rata terpaksa dilonggarkan & diberikan hak bersyarat utk mengatasi kedudukan sosial & ekonomi yg tidak seimbang dlm masyarakat sesebuah negara.
  • 51. Diskriminasi Perlindungan • Undang-undang memberi perlindungan & keistimewaan kpd golongan/ etnik dlm sesebuah negara & dlm masa yg sama tidak menafikan pelunag terhadap kumpulan/ etnik lain. • Membantu sesuatu etnik dlm beberapa aspek kehidupan spt perkhidmatan awam, ekonomi & pendidikan. • Bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup etnik yg ketinggalan dlm arus pembangunan negara agar dapat menyaingi etnik lain yg lebih terkehadapan. • Satu perkara biasa dlm dlm yg diperuntukkan dlm perlembagaan sesebuah negara yg bersifat pelbagai etnik – Perlembagaan India melindungi golongan minoriti.
  • 52. • Konsep ini diperuntukkan dlm Perkara 153 – perlindungan kepada etnik Melayu & bumiputera di Sabah & Sarawak. • Merujuk kpd kedaulatan Raja-raja Melayu yg tidak pernah dipertikaikan dlm Perjanjian Raja-raja Negeri dgn British sebelum wujudnya perjanjian Persekutuan TM, 1948. • Semua perjanjian itu menunjukkan hasrat secara umum agar orang Melayu dibantu. • Menteri Kewangan juga, dlm debat Dewan Perundangan, mesyuarat ke-13 & 14, sesi kedua Dewan Perundangan Kedua Persekutuan Tanah Melayu 1956, telah menjelaskan perlunya orang Melayu dibantu kerana ketinggalan mereka dari sudut ekonomi:
  • 53. • Diskriminasi perlindungan bertujuan: 1. Memperbetulkan ketidakseimbangan politik sesebuah negara dgn memberi keutamaan kpd orang Melayu memasuki perkhidmatan awam agar mereka boleh menguasai politik negara kerana pegawai kerajaan berperanan penting dlm menjalankan polisi & dasar pemerintah. 2. Menjamin/ & mepertahankan kepentingan hak golongan minoriti spt bahasa, kebudayaan & kepercayaan drp ditenggelami golongan majoriti.
  • 54. 3. Memberi keutamaan kpd kumpulan yg telah merasai & mengecapi keistimewaan itu sebelumnya kerana menarik balik keistimewaan tersebut adalah perubahan yg radikal yg akan membangkitkan kemarahan kumpulan itu – turut dilaksanakan di India. 4. Memberi kuasa kpd kerajaan utk memperbaiki taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial & kebudayaan masyarakat yg mundur agar dapat bersaing dgn masyarakat yg maju. 5. Memberi hak beberapa keistimewaan kpd sesuatu kumpulan yg memberi sesuatu hak kepada kumpulan yg lain sbg kompromi (kontrak sosial) antara etnik.
  • 55. Persoalan Perkara 153 • Difokuskan kpd 2 perkara; pencapaian pendidikan & ekonomi. • Pencapaian dlm perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana melalui penggunaan sistem kouta, semakin ramai etnik Melayu menjawat jawatan tinggi berbanding sebelum tahun 1970. • Persoalan yg timbul – Adakah Perkara 153 cara yg paling berkesan mengatasi kemiskinan & kemunduran etnik Melayu? Adalah etnik Melayu dapat menyeimbangkan kedudukan mereka dgn etnik lain? • Statistik kerajaan menunjukkan Perkara 153 membantu meningkatkan pendidikan & ekonomi etnik Melayu.
  • 56. • Namun penyertaan etnik Melayu dlm bidang profesional & teknikal masih lagi ketinggalan (38.8%-2005) manakala dlm bidang lain, bilangan hampir seimbang. • Perlaksanaan Perkara 153 wajar diteruskan dlm bidang pendidikan kerana bilangan pelajar bukan Melayu di IPT lebih ramai berbanding Melayu. • Bertujuan mengatasi ketidakseimbangan antara IPTA dengan IPTS serta IPT luar negara melalui sistem kouta & biasiswa. • Kadar kemiskinan bertambah baik, tapi masih ketinggalan drp etnik bukan Melayu.
  • 57. Nisbah pendapatan (2004) Bandar-luar bandar 1:2.11 Bumiputera-etnik Cina 1:1.64 Bumiputera-etnik India 1:1.27 Kadar kemiskinan (2004) Luar bandar 11.9% Bandar 2.5% Melayu 8.3% Cina 0.6% India 2.9% • Pendapatan etnik Melayu semakin baik tapi masih ketinggalan jika dibandingkan sgn etnik lain. • Kadar kemiskinan etnik Cina amat rendah & kemajuan seterusnya akan mengeluarkan mereka drp kemisikinan. • Kadar kemisikinan mutlak etnik India tidak jauh berbeza dgn etnik Cina. • Kadar kemiskinan di negeri majoriti Melayu masih tinggi – Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis.
  • 58. • Perkara 153 khususnya dlm bidang perniagaan tidak banyak membantu pencapaian etnik Melayu untuk memenuhi sasaran DEB. • 75% masih bergantung hidup kpd sektor pertanian & perikanan yg berpendapatan kecil. • Keadaan ekonomi etnik Melayu masih banyak tidak berubah walaupun diberikan perlindungan & hak istimewa. • Pemilikan modal saham mengikut sektor juga masih ketinggalan kecuali dlm sektor pembinaan yg telah mencapai matlamat 30%.
  • 59. Peratusan Hak Milik Modal Saham Mengikut Sektor & Etnik (2004) Sektor Bumiputera Bukan bumiputera Pertanian 16.4 54 Perlombongan 12.3 39.8 Pembuatan 8.1 25 Utiliti 6.3 9.2 Pembinaan 35.2 44 Perdagangan, borong & runcit 20.4 53.3 Pengangkutan 26.7 30.6 Kewangan 12.5 10.5 Perkhidmatan 18.7 40.9 Lain-lain 24.3 48.6 JUMLAH 18.9 40.6
  • 60. • Timbul persoalan: 1. Adalah perlaksanaan hak istimewa etnik Melayu telah berjaya atau tidak? 2. Jika matlamatnya sudah dicapai, adakah hak istimewa tersebut masih diperlukan etnik Melayu? • Walaupun hak istimewa etnik Melayu dianggap isu sensitif, namun ia tidak menghalang perbincangan mengenai perlaksanaannya. • Setakat ini, etnik Melayu masih memerlukan Perkara 153 keranan matlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka masih belum tercapai.
  • 61. • Perkara 153 perlu diteruskan utk mencapai matlamat yg dikehendaki dlm bidang ekonomi & pendidikan. • Namun, dlm masa yg sama pelbagai kemudahan & keistimewaan dlm aspek pendidikan turut diberikan kpd etnik bukan Melayu: 1. SRJK terus dipertahankan walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan secara beransur-ansur. 2. Keistimewaan memasuki MRSM dan Matrikulasi dgn kouta sebanyak 10%. 3. Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem meritokrasi.
  • 62. • Meskipun terdapat kedudukan istimewa mengenai pendidikan yg termaktub dlm perlembagaan, namun wujud sikap akomodatif antara Melayu-bukan Melayu utk memantapkan hubungan etnik. • Dari segi ekonomi sasaran DEB dlm pemilikan ekuiti negara bagi etnik Melayu sebanyak 30% masih belum tercapai. % Pemilikan ekuiti negara 1970 1990 Melayu 2.4 19.2 Bukan Melayu 28.3 34.4
  • 63. Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah & 18 Perkara bagi Sarawak. • Hasil drp persetujuan yg disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah & Sarawak dlm Perjanjian Malaysia, 1963. • Dimasukkan dlm Perlembagaan Persekutuan melalui peruntukan berikut: 1. Perkara 161, BAHAGIAN 12A (PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI-NEGERI SABAH & SARAWAK) 2. Senarai 2A (Tambahan kpd Senarai Negeri bagi Negeri-negeri Sabah & Sarawak), Jadual 9 3. Senarai 3A (Tambahan kpd Senarai Bersama bagi Negeri-negeri Sabah & Sarawak), Jadual 9.
  • 64. Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah 1. Agama 6. Imigresen 11. Cukai & kewangan 16. Perlindungan Perlembagaan 2. Bahasa 7. Hak Menarik Diri 12. Kedudukan khas bangsa asli/ bumiputera 17. Perwakilan dlm Parlimen Persekutuan. 3. Perlembagaan 8. Borneonisasi 13. Kerajaan Negeri 18. Nama Ketua Negeri 4. Ketua Persekutuan 9. Pegawai-pegawai British 14. Jangkamasa Peralihan 19. Nama Negeri 5. Nama Persekutuan 10. Kewarganegaraan 15. Pelajaran 20. Tanah, hutan, kerajaan tempatan dll.
  • 65. KESIMPULAN • Perlembagaan Persekutuan telah digubal dgn mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia. • Terdapat perimbangan kepada kelebihan yg seolah-olah diberikan kpd sesuatu etnik. • Hasil persetujuan yg diterima oleh semua etnik ketika itu. • Pengingkaran kpd permuafakatan sosial boleh menimbulkan ketegangan & konflik. • Islam & Melayu menjadi asas utama pembentukan Malaysia. • Generasi muda perlu bersikap terbuka & toleran dlm sesuatu isu yg melibatkan Islam & Melayu dlm perlembagaan.