SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
JENRY BIN SAIPARUDIN               CT11210669

JURNAL PENDIDIKAN (II) TZ20106b : ISU – ISU TEKNOLOGI



1.0 PENGENALAN JURNAL : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN

    Di Malaysia, Internet bermula pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia
(RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan
merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat
sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah
sebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada
tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan
Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai
agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi
maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan
cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu
kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang
berwajah baru di seluruh negara.

    Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina
dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang dikenali sebagai
TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Rangkaian ini diasaskan oleh
sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun 1960-an melalui
sebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency)
oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan
satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antara
komputer-komputer tentera yang terletak di tempattempat yang berbeza dengan
menggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan1980-an,
satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lain
badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak
NSF mula longgarkan peraturan dan membenarkan kegunaan Internet untuk tujuan
komersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyerahkan
kawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan capaian
Internet.


2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL

    Aplikasi paling asas teknologi Internet yang boleh diketengahkan dalam bidang
pendidikan khususnya di peringkat sekolah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagai
mel elektronik. Melalui aplikasi ini, pelajarpelajar boleh menyatakan sebarang masalah
berkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan serta-merta. Contohnya, pelajar boleh
menanya guru soalan atau masalah yang dihadapi semasa belajar di perpustakaan atau di
rumah melalui e-mel. Dengan itu, guru boleh menjawab atau membantu pelajar tersebut
menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui e-mel atau guru boleh menjadikan soalan
atau masalah yang ditanya itu sebagai persediaan untuk pengajaran pada hari yang
berikutnya. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap kerja rumah
yang diberi melalui e-mel.

    Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar
untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di
setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan
sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-
sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebut
juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh
negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web
tersebut untuk mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-
anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui
e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibu
bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslah
disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat
ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung
ke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu
alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya.



3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL

    Kini bukan lagi satu khayalan apabila seseorang individu dengan mudah dapat melawat
masuk ke dalam sebuah perpustakaan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti
mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, pengajian rentas budaya,mempertingkatkan
penguasaan bahasa asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar belajar dengan rakan
sebaya. Contohnya jelas ketika ini apabila sudah terdapat perpustakaan elektronik di dalam
Internet yang boleh membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan
mereka. Perpustakaan tersebut akan menyediakan sebuah pintu masuk yang bersifat maya
untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai sumber maklumat yang turut
diperkayakan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar, bunyi dan video yang
pasti menyeronokkan pelajar. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet
yang mempunyai perpustakaaan yang tersendiri yang dipanggil ‘virtual library’. Guru boleh
mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan
dalam kelas. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat,
sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang
menyeronokkan

    Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat.
Tambahan pula, sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampu
menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh. Kandungannya turut
mencakupi keperluan maklumat pendidikan semasa sama ada untuk kegunaan golongan
profesional, pendidik, keluarga, pelajar dan orang ramai. Lebih dari itu, Internet turut
menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan.
Pencapaian maklumat tersebut adalah cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jika
mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan, maka dengan
usaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha tersebut
dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang
dapat membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian
Maklumat Luas (Global Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihat
maklumat dengan mudah dan tidak kira di mana maklumat itu berada. Dengan itu, kategori
laman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan sesuai untuk tujuan
pendidikan termasuklah laman Web bagi institusi pengajian tinggi maya, agensi berita,
majalah dan akhbar dalam talian yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebih
terperinci mudah dicapai.

    Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan Internet. Di Kanada dan
Amerika Syarikat, sekolah-sekolah telah dihubungkan dengan Internet sejak beberapa tahun
dahulu. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST
telah mendapati pelajar yang mencapai Internet mampu menghasilkan projek sekolah yang
lebih baik berbanding dengan para pelajar yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusah
et al. 2000). Ini membuktikan peranan Internet dalam pendidikan adalah sangat besar.
Sesungguhnya, Internet berupaya mengangkat kemampuan dan kecermelangan para
pelajar dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar di Malaysia.

    Sehubungan itu, pendekatan Sekolah Bestari yang digubal dan Persekitaran
Pembelajaran Bestari sebagai susulan daripadanya ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar.
Program yang digubal oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama pihak pengamal dan
penggalak seperti MIMOS ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dengan Internet
yang memerupakan pembelajaran sepanjang hayat. Galakkan ini diharapkan menjadi dasar
ke arah melahirkan manusia yang cekap dalam menerima ilmu melalui penggunaan Internet.


4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL

   Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer,
Kementerian Pelajaran dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan pendidik . Projek ini
merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian
Pelajaran. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian
maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu
pendidikan bertaraf dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif
dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat
kemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang menggunakan e-
mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan ‘listserv’ atau senarai
perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 ‘listserv’ di dalam Internet yang boleh difikirkan oleh
manusia (Jamaludin Badusah et. al 2000).

    Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar
untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di
setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan
sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-
sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebut
juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh
negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web
tersebut untukmengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-
anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui
e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibu
bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslah
disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat
ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung
ke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu
alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya.

    Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikategorikan sebagai proses pengajaran
dan pembelajaran. Ini memandangkan kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan
komponen-komponen lain seperti laman-laman Web, malah menyediakan sumber
pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik,
animasi atau audio visual. Kaedah pendidikan melalui Internet ini memerlukan penglibatan
aktif para penggunanya di samping mengetengahkan konsep interaktif. Konsep tersebut
bukan sahaja sesuai menyampaikan sumber-sumber maklumat berbentuk pendidikan,
malah sesuai digunakan untuk menyampaikan program latihan dan perkhidmatan
pendidikan dalam talian. Program-program pendidikan dan latihan secara interaktif menerusi
Internet sama ada yang dikendalikan oleh pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi dan
pihak berkuasa pendidikan memerlukan penglibatan secara langsung di antara pihak
penerima dan penyampainya. Sebagai contoh mengakseskan nota-nota kuliah, menghantar
dan menyemak tugasan boleh dilakukan menerusi talian.
Pembelajaran ini dikatakan lebih memanfaatkan pelajar kerana walau apapun kaedah
pengajaran yang dipilih, penglibatan pelajar secara aktif perlulah diberi keutamaan.
Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalam mengakseskan bahan-bahan yang diperlu dalam
Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kreativiti di
kalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak 1997).

    Kemudahan Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu
pengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh para guru
boleh mengakses bahan-bahan akedemik dan mencari maklumat pendidikan melalui
perpustakaan siber universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kemudahan USENET
yang disediakan oleh Internet. Di samping itu, para guru dapat membincangkan isu semasa
pengajaran dengan guru-guru lain di seluruh negara mengenai program pendidikan yang
telah berjaya.



5.0 PENUTUP

    Kini pendidikan adalah isu global yang perlu diberi perhatian memandangkan
kepentingannya membawa Malaysia ke arah pencapaian yang lebih cermelang. Untuk
membekalkan kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa demi melahirkan generasi baru
yang bersifat inovasi, berfikiran saintifik serta berupaya berinteraksi secara efektif melalui
teknologi-teknologi terbaru, khususnya Internet, sekolah-sekolah dan institusi pengajian
tinggi perlu sentiasa bertindak balas positif terhadap pembangunan teknologi terutama
dalam pembinaan struktur pengajaran. Keperluan kepada penggunaan teknologi pendidikan
berasaskan internet jelas menggambarkan betapa pentingnya pemelajaran elektronik dalam
pendidikan kerana hal ni berperanan mentranformasikan Malaysia menjadi negara maju
yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi.

    Berdasarkan kepada perkembangan semasa, kemudahan Internet di peringkat sekolah
di negara ini masih lagi terhad dan baru di tahap permulaan. Walaupun demikian
persekitaran sekolah dijangka memberikan suasana yang sesuai dalam usaha
mengintegrasi teknologi maklumat dalam budaya masyarakat kita. Sekiranya kemudahan
Internet ingin dieksploitasikan sepenuhnya dalam memperkayakan lagi sumber-sumber
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah di negara ini, sudah sewajahnya pihak-
pihak yang berkenaan memberikan latihan yang mencukupi kepasa golongan guru dan
pelajar. Kita tidak mahu melihat segala kemudahan yang akan dibekalkan nanti ibarat gajah
putih kerana penggunanya ketandusan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkenaan.
Sehubungan itu, banyak lagi perkara yang perlu diteliti dan dilaksanakan bagi memastikan
peluang yang tersedia dimaanfaatkan sepenuhnya dan boleh dikecapi oleh setiap individu
yang terlibat dalam sektor pendidikan negara.
RUJUKAN



 1. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd, Rasid Johar. 2000. Inovasi dan

    teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: AJM Publishing Enterprise.

 2. Kurland, J.D. & Sharp, R.M. 1997. Introduction to the internet for education. USA:

    Wadsworth Publishing.

 3. Lasarendo, J. 1997. Wired for learning. USA: Macmillan Computer Publishing.

 4. Rasihidi Azizan & Abd Razak. 1998. Pengajaran dalam bilik darjah kaedah dan

    strategi. Kajang: Masa Enterprise.

 5. Isu-isu ICT dalam Pendidikan ; http://yuzie-ict.blogspot.com/2010/07/penggunaan-

    email-di-sekolah.html

More Related Content

More from Jenry Saiparudin

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananJenry Saiparudin
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Jenry Saiparudin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 

More from Jenry Saiparudin (20)

ITEM TV20106b
ITEM TV20106bITEM TV20106b
ITEM TV20106b
 
Force
ForceForce
Force
 
Pressure formulalist
Pressure formulalistPressure formulalist
Pressure formulalist
 
Formula of light mind map
Formula of light  mind mapFormula of light  mind map
Formula of light mind map
 
TD20003
TD20003TD20003
TD20003
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Heat formula list
Heat formula listHeat formula list
Heat formula list
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpictTz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpict
 
Kit transisi11
Kit transisi11Kit transisi11
Kit transisi11
 
Pemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bonoPemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bono
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
 

Tz20106b jurnal pendidikan ii jenry saiparudin

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 JURNAL PENDIDIKAN (II) TZ20106b : ISU – ISU TEKNOLOGI 1.0 PENGENALAN JURNAL : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN Di Malaysia, Internet bermula pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Rangkaian ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun 1960-an melalui sebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency) oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antara komputer-komputer tentera yang terletak di tempattempat yang berbeza dengan menggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak NSF mula longgarkan peraturan dan membenarkan kegunaan Internet untuk tujuan komersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyerahkan kawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan capaian Internet. 2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL Aplikasi paling asas teknologi Internet yang boleh diketengahkan dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat sekolah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagai mel elektronik. Melalui aplikasi ini, pelajarpelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan serta-merta. Contohnya, pelajar boleh menanya guru soalan atau masalah yang dihadapi semasa belajar di perpustakaan atau di rumah melalui e-mel. Dengan itu, guru boleh menjawab atau membantu pelajar tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui e-mel atau guru boleh menjadikan soalan atau masalah yang ditanya itu sebagai persediaan untuk pengajaran pada hari yang berikutnya. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap kerja rumah yang diberi melalui e-mel. Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah- sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebut
  • 2. juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web tersebut untuk mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak- anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya. 3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL Kini bukan lagi satu khayalan apabila seseorang individu dengan mudah dapat melawat masuk ke dalam sebuah perpustakaan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, pengajian rentas budaya,mempertingkatkan penguasaan bahasa asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar belajar dengan rakan sebaya. Contohnya jelas ketika ini apabila sudah terdapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang boleh membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan tersebut akan menyediakan sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai sumber maklumat yang turut diperkayakan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar, bunyi dan video yang pasti menyeronokkan pelajar. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang mempunyai perpustakaaan yang tersendiri yang dipanggil ‘virtual library’. Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam kelas. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat, sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat. Tambahan pula, sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh. Kandungannya turut mencakupi keperluan maklumat pendidikan semasa sama ada untuk kegunaan golongan profesional, pendidik, keluarga, pelajar dan orang ramai. Lebih dari itu, Internet turut menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan. Pencapaian maklumat tersebut adalah cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jika mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan, maka dengan usaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah dan tidak kira di mana maklumat itu berada. Dengan itu, kategori laman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan sesuai untuk tujuan pendidikan termasuklah laman Web bagi institusi pengajian tinggi maya, agensi berita, majalah dan akhbar dalam talian yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebih terperinci mudah dicapai. Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan Internet. Di Kanada dan Amerika Syarikat, sekolah-sekolah telah dihubungkan dengan Internet sejak beberapa tahun dahulu. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST telah mendapati pelajar yang mencapai Internet mampu menghasilkan projek sekolah yang lebih baik berbanding dengan para pelajar yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusah et al. 2000). Ini membuktikan peranan Internet dalam pendidikan adalah sangat besar.
  • 3. Sesungguhnya, Internet berupaya mengangkat kemampuan dan kecermelangan para pelajar dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar di Malaysia. Sehubungan itu, pendekatan Sekolah Bestari yang digubal dan Persekitaran Pembelajaran Bestari sebagai susulan daripadanya ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar. Program yang digubal oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama pihak pengamal dan penggalak seperti MIMOS ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dengan Internet yang memerupakan pembelajaran sepanjang hayat. Galakkan ini diharapkan menjadi dasar ke arah melahirkan manusia yang cekap dalam menerima ilmu melalui penggunaan Internet. 4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian Pelajaran dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan pendidik . Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pelajaran. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat kemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang menggunakan e- mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan ‘listserv’ atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 ‘listserv’ di dalam Internet yang boleh difikirkan oleh manusia (Jamaludin Badusah et. al 2000). Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah- sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebut juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web tersebut untukmengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak- anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya. Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikategorikan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran. Ini memandangkan kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan komponen-komponen lain seperti laman-laman Web, malah menyediakan sumber pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi atau audio visual. Kaedah pendidikan melalui Internet ini memerlukan penglibatan aktif para penggunanya di samping mengetengahkan konsep interaktif. Konsep tersebut bukan sahaja sesuai menyampaikan sumber-sumber maklumat berbentuk pendidikan, malah sesuai digunakan untuk menyampaikan program latihan dan perkhidmatan pendidikan dalam talian. Program-program pendidikan dan latihan secara interaktif menerusi Internet sama ada yang dikendalikan oleh pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa pendidikan memerlukan penglibatan secara langsung di antara pihak penerima dan penyampainya. Sebagai contoh mengakseskan nota-nota kuliah, menghantar dan menyemak tugasan boleh dilakukan menerusi talian.
  • 4. Pembelajaran ini dikatakan lebih memanfaatkan pelajar kerana walau apapun kaedah pengajaran yang dipilih, penglibatan pelajar secara aktif perlulah diberi keutamaan. Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalam mengakseskan bahan-bahan yang diperlu dalam Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak 1997). Kemudahan Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh para guru boleh mengakses bahan-bahan akedemik dan mencari maklumat pendidikan melalui perpustakaan siber universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kemudahan USENET yang disediakan oleh Internet. Di samping itu, para guru dapat membincangkan isu semasa pengajaran dengan guru-guru lain di seluruh negara mengenai program pendidikan yang telah berjaya. 5.0 PENUTUP Kini pendidikan adalah isu global yang perlu diberi perhatian memandangkan kepentingannya membawa Malaysia ke arah pencapaian yang lebih cermelang. Untuk membekalkan kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa demi melahirkan generasi baru yang bersifat inovasi, berfikiran saintifik serta berupaya berinteraksi secara efektif melalui teknologi-teknologi terbaru, khususnya Internet, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu sentiasa bertindak balas positif terhadap pembangunan teknologi terutama dalam pembinaan struktur pengajaran. Keperluan kepada penggunaan teknologi pendidikan berasaskan internet jelas menggambarkan betapa pentingnya pemelajaran elektronik dalam pendidikan kerana hal ni berperanan mentranformasikan Malaysia menjadi negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, kemudahan Internet di peringkat sekolah di negara ini masih lagi terhad dan baru di tahap permulaan. Walaupun demikian persekitaran sekolah dijangka memberikan suasana yang sesuai dalam usaha mengintegrasi teknologi maklumat dalam budaya masyarakat kita. Sekiranya kemudahan Internet ingin dieksploitasikan sepenuhnya dalam memperkayakan lagi sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah di negara ini, sudah sewajahnya pihak- pihak yang berkenaan memberikan latihan yang mencukupi kepasa golongan guru dan pelajar. Kita tidak mahu melihat segala kemudahan yang akan dibekalkan nanti ibarat gajah putih kerana penggunanya ketandusan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkenaan. Sehubungan itu, banyak lagi perkara yang perlu diteliti dan dilaksanakan bagi memastikan peluang yang tersedia dimaanfaatkan sepenuhnya dan boleh dikecapi oleh setiap individu yang terlibat dalam sektor pendidikan negara.
  • 5. RUJUKAN 1. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd, Rasid Johar. 2000. Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: AJM Publishing Enterprise. 2. Kurland, J.D. & Sharp, R.M. 1997. Introduction to the internet for education. USA: Wadsworth Publishing. 3. Lasarendo, J. 1997. Wired for learning. USA: Macmillan Computer Publishing. 4. Rasihidi Azizan & Abd Razak. 1998. Pengajaran dalam bilik darjah kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. 5. Isu-isu ICT dalam Pendidikan ; http://yuzie-ict.blogspot.com/2010/07/penggunaan- email-di-sekolah.html