Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Kertas kerja inovasi

  • Soyez le premier à commenter

Kertas kerja inovasi

  1. 1. TAJUK PROJEK Projek Perangkap Tikus Menggunakan Bahan Terbuang. PENGENALAN Kami menjalankan projek penangkapan tikus menggunakan bahan terbuang. Kajian ini dijalankan bertujuan menangkap tikus yang banyak berkeliaran di kantin sekolah. Kajian ini dijalankan oleh 12 orang pelajar yang dipimpin oleh Puan Rohana Abdul Rahman selaku guru penasihat kelab. Pemilihan projek perangkap tikus adalah bertujuan untuk membendung populasi tikus yang semakin bertambah yang akan menyebabkan wabak penyakit yang dibawa oleh tikus tersebar seperti leptospirosis. Leptospirosis atau penyakit kencing tikus boleh menyerang manusia melalui air yang dicemari dengan air kencing tikus tersebut menyentuh bukaan pada kulit, mata atau dengan selaput lendir. Tikus merupakan sejenis mamalia yang mempunyai habitat di kawasan tempat tinggal manusia. Tikus merupakan haiwan perosak yang selalu mengundang kesusahan buat manusia, amnya. Hal ini demikian kerana, tikus merupakan binatang yang paling kotor, mencemari makanan dan merosakkan harta benda. Sekiranya tiada langkah pencegahan yang diambil, sudah tentu ramai manusia terpaksa menanggung risiko penyakit berbahaya termasuk kos rawatan yang tinggi. Oleh itu, kami telah mencipta alat untuk menangkap tikus menggunakan kos menjimatkan yang beranggaran RM 1.00. Alat ini akan memudahkan masyarakat membinanya sendiri. Selain itu, kita juga dapat mengitar semula bahan terbuang, menjimatkan kos dan sekaligus dapat memelihara alam sekitar. OBJEKTIF I. Menggunakan bahan terpakai untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar . II. Memanfaatkan bahan terpakai dengan lebih efisyen . III. Dapat mengurangkan penyakit berjangkit dengan mengurangkan bilangan tikus. IV. Meningkatkan lagi kadar kebersihan alam sekitar. RASIONAL PROJEK I. Mengurangkan populasi tikus. II. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran. III. Mengelakkan populasi haiwan perosak yang lain di kawasan tersebut. IV. Mengurangkan penyakit berjangkit yang dibawa oleh tikus. V. Menjimatkan kos menggunakan bahan terbuang. VI. Mengitar semula bahan terbuang yang mengambil masa yang lama untuk lupus. VII. Mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar. -1-
  2. 2. SKOP DAN LIMITASI PROJEK SKOP PROJEK - Alat penangkap tikus yang telah kami reka dapat digunakan secara pakai buang. Hal ini kerana, bakteria yang dibawa bersama tikus yang ditangkap amat berbahaya untuk disentuh. Oleh itu, alat ini hanya perlu dibuang setelah digunakan. - Oleh kerana bahan yang digunakan untuk membuat alat ini senang didapati, maka proses pembuatan alat ini amat mudah dan dapat dibuat di mana-mana sahaja sama ada di rumah, sekolah, dan sebagainya. LIMITASI PROJEK - Sepanjang melakukan projek ini,kami telah menghadapi kesulitan untuk ke tempat kajian kerana perlu mendapat keizinan daripada pihak pengurusan kantin kerana kaji selidik yang kami jalankan setelah waktu persekolahan berakhir. - Kami juga terpaksa menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak bagi menyiapkan projek ini kerana waktu yang terhad. Oleh itu, terdapat beberapa subjek yang tidak dapat kami ikuti. KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK KEPENTINGAN i. Bilangan tikus dapat dikurangkan ii. Pencemaran dapat dikurangkan iii. Membantu meringankan kos kerajaan untuk menangkap tikus iv. Mengurangkan pembaziran bagi kos rawatan penyakit yang dibawa tikus IMPAK i. Mengurangkan populasi tikus melalui alat ini ii. Peratus habitat untuk tikus akan menurun iii. Kesihatan masyarakat akan lebih terjaga kerana persekitaran yang lebih bersih -2-
  3. 3. ANGGARAN KOS PROJEK Bil. Peralatan Kos seunit (RM) 1. Gunting (sedia ada) 2. Benang (sedia ada) 3. Pisau pemotong (sedia ada) 4. Hot glue gun (sedia ada) 5. Botol mineral plastik (kitar semula) 6. Batang sate (kitar semula) 7. Gelang getah (kitar semula) 8. Paku (kitar semula) 9. Klip kertas 0.20 10. Hot glue gun stick 0.80 Jumlah 1.00 TINJAUAN/KAJIAN LITERATUR Pelbagai kaedah penyelidikan yang telah kami jalankan. Antaranya ialah melalui kaedah pemerhatian,kaedah kaji selidik dan juga kaedah temu ramah. Oleh itu, kami telah membuat pemerhatian dengan meninjau keadaan di kantin pada waktu tamat sesi persekolahan untuk mendapatkan kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh pihak pengurusan kantin. Kami telah mendapati keadaan stor kantin yang gelap dan terdapat sumber makanan yang banyak merupakan antara faktor stor tersebut menjadi tempat tinggal bagi tikus-tikus tersebut. Selain itu, kami juga telah menggunakan kaedah kaji selidik dengan meletakkan dua keping roti pada salah satu sudut di dalam stor tersebut. Pada keesokan harinya, kami mendapati bahawa terdapat sisa-sisa roti di tempat kaji selidik kami. Hal ini membuktikan bahawa stor tersebut memang terdapat tikus-tikus. Tambahan pula,kami telah menemu ramah seorang kakitangan kantin dan beliau telah menyatakan bahawa tikus-tikus tersebut telah mencemari bekas-bekas yang digunakan untuk memasak yang sebelum ini telah dicuci oleh mereka. Hal ini telah membebankan pihak kantin untuk mencuci bekas tersebut semula. Oleh itu, kami juga telah meninjau aspek kebersihan stor dan mendapati terdapat najis-najis tikus di sudut-sudut stor tersebut KAEDAH PENYELIDIKAN ATAU METODOLOGI PROJEK METODOLOGI PROJEK  Pembinaan model  Membaiki kekurangan pada model  Menguji keberkesanan model dengan meletakkannya di kantin sekolah  Menilai -3-
  4. 4. PELAN PERANCANGAN PROJEK Mula Taklimat projek Pemilihan Tajuk Projek dan Penyediaan Kertas Cadangan Pembentangan Kertas Cadangan Diterima Aktiviti Projek Penyerahan hasil projek dan draf laporan Diterima Membentang projek Menghantar laporan Menyemak laporan dan menilai hasil projek Pembetulan TIDAK YA Penambahbaikan TIDAK YA Guru Pembimbing Projek Murid Ketua Kumpulan Guru Pembimbing Murid Murid Panel/guru pembimbing Membuat Kesimpulan -4-
  5. 5. KESIMPULAN Menyedari tentang masalah yang selalu dihadapi oleh pekerja-pekerja kantin,kami telah memasang perangkap tikus yang telah kami cipta daripada bahan buangan. Impak positif telah dapat dilihat dengan perangkap yang kami pasang dikantin sekolah telah berjaya menangkap seekor tikus. Diharapkan dengan adanya alat ini,dapat membantu mengurangkan kadar populasi haiwan perosak di negara kita. Pada masa yang sama,alat ini juga dapat mengurangkan lagi kadar pencemaran alam sekitar. Seterusnya, dapat meningkatkan kualiti kebersihan. Penciptaan alat ini mampu mengurangkan kos kerajaan untuk memproses semula bahan-bahan terbuang tanpa memanfaatkannya terlebih dahulu. Akhir sekali, alat ini akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kegunaan bahan-bahan terbuang. -5-
  6. 6. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DURIAN GULING,MARANG, TERENGGANU PROJEK PERANGKAP TIKUS MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG
  7. 7. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DURIAN GULING AHLI KUMPULAN : MOHD AMIRUL AIMAN BIN MOHD TARMIZI 980830-06-5521 MOHD AZMAN BIN AWANG 980202-29-5019 MUHD HAKIMI BIN MOHD LAJI 980202-11-5575 AHMAD MIZWAR FIKRI BIN BAHARUDDIN 980207-11-5371 MUHD FIRDHAUS BIN MAKHTAR 980531-11-5867 NURUN NADHIRAH BINTI MOHAMAD 980727-04-5098 ASMA FATHIYAH BINTI ABD JALIL 980520-11-5466 NURAINI BINTI ISMAIL 981004-11-5624 NUR NAYLI BINTI MAZUKI 980808-10-6366 IFFAH MUKTASIMAH BINTI MOKHTAR 980102-11-5092 AISYAH ATIQAH BINTI ABDUL 990101-11-7140 NURAIN BINTI ALI 980607-11-5346

×