SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Télécharger pour lire hors ligne
HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
PENGENALAN
Kesusasteraan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai literature yang bermaksud
segala sesuatu yang bertulis.perkataan literature ini berasal dari perkataan Latin littera
(letter) yang bermaksud kata-kata yang tertulis dan tercetak. Menurut Bressler C.E.,
2000:9 mengatakan kesusasteraan adalah seni tulisan atau lisan hasil daripada
imaginasi dan penulisan kreatif. Menurutnya lagi bagi menjelaskan nilai imaginasi
kesusasteraan, sesetengah pengkritik memilih menbggunakan perkataan
kesusasteraan dalam bahasa Jerman iaitu wortkunst yang secara tidak langsung
menjelaskan imaginasi dan aspek kreatif merupakan unsure tepenting kesusasteraan.
Menurut A.Teeuw,1995:3 mengatakan dalam alam Melayu, istilah sastera berasal
daripada perkataan Snskrit dari akar kata sas yang bermaksud mengajar dan tra
merujuk kepada alat/sarana atau juga membawa maksud menyampaikan pengajaran.
Hashim Awang (1998) memberi maksud kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa sama ada ditutur atau ditulis. Definisi yang diberikan oleh
Hasihim Awang ini mendekati definisi yang dikemukakan oleh Bressler di mana kedua-
duanya menitikberatkan aspek seni.
Menurut Mana Sikana, 1997, sejarah sastera merangkumi perbincangan tentang aspek
pertumbuhan, perkembangan, pembinaan, perubahan, aliran dan sebagainya. Dari
sudut makna, sejarah membawa maksud tidak lebih daripada dokumentasi tentang
perkembangan, asal usul, pertumbuhan, penokohan dan kepentingan dokumen itu
dalam sejarah. Manakala dalam konteks sastera pula, sejarah sastera turut
mementingkan kerja-kerja melakukan perincian,pengkelasan, susur galur dan
periodisasi.Jadi,secara umumnya,sejarahsastera ini dapatdibezakankepada tiga jenis
iaitu sejarah genre, sejarah sastera secara kronologi dan sejarah sastera perbandingan.
Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa
Melayulama denganlanggambahasa danstuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib
yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Sastera
hikayat tergolong dalam 3 golongan antaranya Sastera Hikyat Berunsurkan Hindu,
Sastera Haikayat Berunsurkan Hindu-Islam dan Sastera Hikayat Berunsurkan Islam.
Sebagai contoh Hikayat Raja-raja Pasai yang diushakan oleh Russell Jones.
1.0 SEJARAH JURAI KETURUNAN
Pasai merupakan negeri yang pertama dimasuki agama Islam. Terdapat dua orang
bersaudara yang menjadi raja di dalam negeri itu. Mereka ialah Raja Ahmad dan Raja
Muhammad. Mereka ingin membuka sebuah negeri yang diberi nama Samarlanga.
Ketika mereka pergi membuat negeri, Raja Muhammad menemui seorang anak
perempuan yang keluar dari pohon bambu lalu baginda membawa pulang anak
perempuanitu dan mengangkatanak perempuanyangbaik parasrupanya itu menjadi
anak baginda. Baginda menamakannya Puteri Betung.
Manakala Raja Ahmad bernegeri di Balik Rimba telah keluar memburu di dalam hutan
tetapi baginda telah berjumpa seorang tua di dalam sebuah surau yang terletak di
tengah-tengah hutan. Daripada nasihat orang tua itu, Raja Ahmad telah menjumpai
seorang anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah yang besar. Oleh itu, baginda telah
menamakan kanak-kanak lelaki itu dengan nama Merah Gajah dan membawanya
pulang ke istana.
Akhirnya setelah kedua kanak-kanak ini membesar, Puteri Betung dan Merah Gajah
telahdinikahkan. Hasil perkahwinankedua-dua mereka lahirlahMerahSilaudanMerah
Hasum. Disebabkan oleh satu peristiwa ketika itu Puteri Betung sedang tidur, Merah
Gajahtelahmencabutsehelai rambut emasPuteri Betung danmenyebabkankeluarnya
darah putih yang banyak dan menyebabkan Puteri Betung hilang, maka berlakulah
penceraian antara Merah Gajah dan Puteri Betung. Raja Muhammad yang marah
terhadap tindakan Merah Gajah lalu membunuhnya. Peristiwa pembunuhan Merah
Gajahsampai ke pengetahuanRaja Ahmadlalubaginda melakukanseranganterhadap
Raja Muhammad. Dalam pertempuran itu, raja Ahmad dan Raja Muhammad telah
mangkat. Merah Silau dan adiknya Merah Hasum telah berhijrah ke arah barat lalu
sampai di negeri Biruan dan menetap disana.
Merah Silau membuat bubu untuk menangkap ikan tetapi apabila Merah Silau
mengangkat bubunya keesokan hari hanya terdapat gelang-gelang yang banyak.
Gelang-gelang itu telah dibawa pulang oleh Merah Silau untuk di masak. Setelah itu
gelang yang dimasaknya itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Ini
membuatkan merah Silau menjadi kaya-raya. Selain itu, Merah Silau juga telah berjaya
menjinakkan seekor kerbau yang liar. Disebabkan peristiwa ini timbullah salah faham
antara abang dan adik kerana Merah Hasum menyangka bahawa abangnya itu telah
msksn cacing gelang-gelang yang dimasaknya itu dan bermain dengan kerbau iaitu
binatang yang tidak berguna. Merah Hasum menganggap perbuatan abangnya itu
telah mencalarkan maruahnya dan mengusir Merah Silau keluar dari negeri itu.
Merah Silau pergi mencari tempat yang baru dan sampai ke Hulu sungai Pasangan. Di
sana ada negeri yang bernama Buluh Telang yang diperintah oleh Megat Sekandar.
Megat Sekandar dan Megat Kedah merupakan kekanda kepada Sultan Malikul Nasir
di Rimba Jerana. Merah Silau sangat disukai orang disana sehingga Megat Sekandar
bersetuju untuk menjadikanbaginda sebagai raja di negeri itutetapi Tun HaridBenung
membantah. Ini menyebabkan berlaku peperangan dengan Sultan Malikul Nasir iaitu
adik Megat Sekandar.
Sultan Malikul Nasir dikalahkan berturut-turut oleh Merah Silau sehingga baginda
terpaksa melarikan diri ke dalam rimba yang bernama Rimba Pertama Terjun,
kemudiannya baginda melarikandiri keGunung Telawasdandisana baginda dikepung
oleh Merah Silu. Tempat kepungan itu kemudiannya dinamakan Kubu. Kemudiannya
baginda terus melarikan diri ke Pekersang dan kemudian melarikan diri ke Kumat. Di
situ ia telah diserang pula oleh Megat Sekandar, Sultan Malikul Nasir telah tewas.
Hulubalangnya yang bernama Tun Harid Benung telah lari ke Barus tetapi Raja Barus
telah berjaya menangkapnya. Merah Silau telah menjadi raja di Rimba Jerana.
Merah Silau telah memeluk agama Islam dan menukar nama menjadi Sultan Malikul
Saleh. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Ganggang anak kepada gundik raja
Perlak. Sultan Malikul Saleh telah mendapat seorang putera dinamai Sultan Malikul
Tahir yang menjadi raja Pasai setelah negeri Pasai dibuka. Sultan Malikul Tahir pula
dikurniakan dua orang putera iaitu SultanMalikul Mahmuddan Sultan Malikul Mansur.
SetelahSultanMalikul Tahirmangkat,Sultan Malikul Salehtelahmenyerahkan cucunya
Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan Malikul
Mansur dijaga oleh Sayid Semayamuddin.
Sultan Malikul Saleh telah merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan
Malikul Mansur di Samudera Darulsalam. Raja Siamtelah meminta ufti daripada Pasai
tetapi Pasai engganmembayarufti tersebutmenyebabkanPanglima SiamTalakSejang
menyerang Pasai. Telah berlaku peperangan di antara Siam dengan Pasai. Walau
bagaimanapun, Siam telah tewas dan Talak Sejang telah terbunuh. Sultan Malikul
Mahmud telah dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri. Putera baginda
bernama Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Sultan Ahmad Perumudal Perumal
mempunyai 30 orang anak. Tetapi anak-anaknya yang seibu sebapa ada 5 orang iaitu
TRun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil,Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah
Dara.
2.0 SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI
2.1 Sejarah Pembukaan Negeri Pasai
Pembukaan negeri Pasai berlaku apabila pada suatu hari sedang Sultan Malikul Saleh
sedang pergi berburu dengan pengikutnya di tepi laut. Sultan Malikul Saleh telah
membawa anjingnya yang bernama si Pasai. Setelah tiba di tepi laut si Pasai pun
dilepaskan lalu masuk ke dalam hutan. Kemudian si Pasai bertemu dengan seekor
pelanduk yang sedang duduk berehat di atas satu kawasan tanah tinggi tersebut. Si
Pasai itu pun menyalak akan pelanduk tersebut dan ingin menangkapnya. Namun
sesuatu yang ganjil telah berlaku apabila pelanduk itu membalas salakan si Pasai.
Apabila si Pasai mendengarsalakanpelandukitutadi , maka ia pun kembali kebalakang
iaitu tempat asalnya.
Setelah dilihat oleh Sultan Malikul Saleh keadaan yang berlaku itu, baginda pun cuba
untuk menangkap pelanduk itu tadi. Namun pelanduk itu dapat melarikan diri dari di
tangkap oleh Sultan Malikul Saleh dan anjingnya si Pasai. Lalu baginda Sultan pun
bertanyakan kepada semua hulubalang sama ada pernah melihat seekor pelanduk
yang gagahsekali.Maka terlintasdi fikiranSultan Malikul Salehuntuk membuka negeri
baru khas untuk anakndanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Setelah kembali ke negeri
Samudera baginda menitahkan agar kawasan tersebut di bersihkan dan di dirikan oleh
baginda sebuah istana. Tidak berapa lama setelah selesai semua pembinaan di
kawasan tanah tinggi itu, anjing baginda pun mati. Kemudiannya baginda
mengarahkanagarsi Pasai di tanamdinegeri yangbaru di buka itu. Sempena kematian
si Pasai Sultan Malikul Saleh menamakan negeri baru itu sebagai negeri Pasai.
Di sini dapat kita lihat sejarah awal pasai bermula dari Sultan Malikul Saleh menjumpai
kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan laut. Nama Pasai itu sendiri di ambil
sempena nama anjing Baginda Sultan iaitu si Pasai. Nama tersebut diambil kerana
selepasterbinanya sebuahnegeri di kawasanitu anjingBaginda Sultanpun mati.Selain
itu nama anjing ini di gunakan kerana si Pasai inilah yang menjumpai kawasan tanah
tinggi tersebut.
2.2 Sejarah Pembukaan Negeri Samudera
Asal usul wujudnya Samudera berkait rapat dengan penemuan seekor semut
sebesar seekor kucing.Pada suatu hari Merah Silu keluar berburu bersama-sama
pengiringnya beserta seekor anjing bernama Si Pasai.Ketika Si Pasai menyalak di atas
sebuah tanah tunggi,terdapat seekor semut sebesar kucing.Merah Silu menangkapnya
dan memakan semut itu.Daripada peristiwa itu,tempat itu dijadikan negeri yang
bernama Samudera yang bermaksud semut yang amat besar.
3.0 SEJARAH PENGISLAMAN
SebelumIslamSultanMalikul Salehdikenali dengannama Merah Silu. Pada malamhari
merah Silu bermimpi bahawa baginda disuruh mengucap dua kalimah Syahadat tetapi
baginda tidak boleh mengucapkannya. Kemudian mulutnya diludahi oleh seorang
yang berhadapan dengannya dalam mimpi dan memberitahu kepadanya bahawa
baginda akan diangkat menjadi sultan dengan nama Malikul Saleh serta menjadi
seorang muslim dan menyuruhnya makan binatang halal yang disembelih. Baginda
sudah pandai mengucap kalimah syahadat dan telah diberikan pengajaran mengenai
beberapa soal Fiqih.Dalammimpi tersebut,baginda diberitahuakantiba sebuah kapal
dalam masa 40 hari ke negeri tersebut. Menurut mimpinya lagi,perintah anak kapal itu
harus diturutinya akhirnya orang yang berhadapan dengannya dalam mimpi itu
memperkenalkan dirinya adalah Nabi Muhammad s.a.w.
Merah Silu terus terjaga dari tidurnya terus boleh mengaji 30 juzuk Al-Quran. Ia
menimbulkan kehairanan kepada orang yang mendengarnya. Hal ini kerana perkataan
yang diucapkan oleh Merah Silu tidak diketahui ertinya. Ia bermula dengan sebuah
kapal dari Makkah yang tiba di Samudera dan berlabuh di Teluk Teli. Seorang Syeikh
dari Makkah yang bernama Syeikh Ismail beserta seorang fakir menghadap Sultan
Malikul Saleh. Beliau meminta Sultan Malikul Saleh mengucap kalimah Syahadat.
Sultan Muhammad yang menyamar sebagai fakir memberi Al-Quran kepada Sultan
Malikul Saleh untuk dibaca. Serentak dengan itu, Syeikh Ismail mengislamkan semua
rakyat di negeri Samudera. Semua rakyat negeri Pasai memeluk Islam dengan sukarela
dan negeri itu digelar negeri Darul Salam. Sultan Malikul Saleh ditabalkan oleh Syeikh
Ismail sebagai Raja Samudera Darulsalam. Beberapa pembesar negeri yang memeluk
islam ditukarkan namanya. Contohnya, Tun Seri Kaya digelar Sayid Ghiatuddin dan
Baba Kaya digelar Sayin Semayamuddin. Sultan memberi fidyah ambar, kapur barus,
gaharu, cendana, kemenyan, khelembak, cengkeh dan pala kira-kira seratus bahara
kepada Syeikh Ismail yang ingin pulang ke Makkah.
Sultan Muhammad yang menyamar menjadi fakir terus tinggal di negeri Samudera
bagi menyebarkan agama Islam. Namun, terdapat satu kaum dalam negeri Samudera
yang enggan memeluk agama Islam dan mereka telah berhijrah ke hulu Pasangan.
Sekarang kaum ini dikenali sebagai orang Gaya.
4.0 KEJATUHAN NEGERI PASAI
Setelah Sultan Malikul Mahmud jatuh sakit dan mangkat, baginda telah meninggalkan
wasiat kepada puteranya iaitu Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja di Pasai.
Sultan AhmadPerumudal Perumal mempunyai 30 oranganak tetapi hasil perkahwinan
baginda dengan Dara Zulaikha Tingkap, dikurniakan 5 orang iaitu Tun Beraim Bapa,
Tun Abdul Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Sultan Ahmad
Perumudal Perumal berahi akan kedua anak daranya iaitu Tun Medan Peria dan Tun
Takiah Dara. Perkara itu telah diketahui oleh Tun Beraim Bapa, ia telah membawa adik-
adik itu lari ke Tukas tinggal bersamanya menyebabkan Sultan Ahmad Perumudal
Perumal berang dengan tindakannya itu.
Lalu Sultan Ahmad Perumudal Perumal menyatakan hasratnya ingin membunuh Tun
Beraim Bapa kepada Dara Zulaikha Tingkap. Pelbagai cubaan telah dilakukan oleh
baginda antaranya, baginda telah menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di dalam
sungai dan apabila timbul, baginda menyuruh hulubalangnya menetaknya tetapi Tun
Beraim Bapa menyelamdan telah timbul jauh dari itu. Selain itu, perahu Sultan Ahmad
Perumudal Perumal telah terlekat pada batang. Baginda telah menyuruh Tun Beraim
Bapa membuangnya namun Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu itu serta
selamat daripada mati lemas.
Cubaan bunuh yang ketiga dilakukan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal dengan
menyuruh orangSeri membuatcucur peniaramberacun.Baginda memberi kepada Tun
Beraim Bapa supaya memakan peniaram beracun itu agar dapat memanaskan tubuh
yang dingin selepas menyelam. Tun Beraim Bapa mengetahui helah yang di buat lalu
memberi peniaram beracun itu kepada anjing dan ayam dan menyebabkan kedua
binatang itu mati serta-merta. Manakala adik-adiknya Tun Medam Peria dan Tun
TakiahDara juga telahmakan peniaramberacunitu menyebabkankedua-duanya mati.
Mereka telah dikebumikan di Bukit Fudul Allah. Oleh sebab tidak mahu menderhaka
kepada ayahandanya, Tun Beraim Bapa telah makan cucur peniaram beracun. Dalam
keadaanyanglemahTun BeraimBapa menyelamdalamLubukTurai untuk menangkap
ular lembu bagi mengurangkan sakitnya. Tetapi sakitnya juga tetaptidak sembuh. Tun
Beraim Bapa telah melontar lembingnya lalu terhunjam di antara dua kubur adiknya.
Akhirnya Tun Beraim Bapa mati. Ia telah dikebumikan di tempat lembing tercacak itu.
Sultan Ahmad Perumudal Perumal amat gembira dengan kematian Tun Beraim Bapa.
Semasa ketiadaanSultanAhmadPerumudal Perumal tiada,TunAbdul Jalil memerintah
Pasai. Tun Abdul Jalil berusaha memperelokkan negeri Pasai. Disebabkan Tuan Puteri
Gemerencang anak kepada ratu Majapahit amat mencintai Tun Abdul Jalil, Sultan
Ahmad Perumudal Perumal cemburu dengan anaknya lalu membunuh Tun Abdul Jalil.
Apabila Tuan Puteri Gemerencang mendapat tahu akan perkara ini, ia telah meminta
kepada Allah supaya mengaramkan ghurabnya di Jambu Air supayya ia dapatbertemu
dengan Tun Abdul Jalil. Doanya telah diperkenan oleh Allah, ia telah mati tenggelam
di laut Jambu Air.
Ratu Majapahit marah setelah mendapat khabar bahawa puteri kesayangannya
telahmati di Pasai lalu memerintahkan askar-askarnya menyerang Pasai. Sultan Ahmad
Perumudal Perumal telah tewas dan lari ke Menduga.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa Hikayat Raja-raja Pasai ini boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, sejarah jurai keturunan, sejarah
pembukaan Pasai, sejarah pengislaman Pasai da kejatuhan Pasai.
Sejarah jurai keturunan ini dapat dilihat jelas melalui watak-watak yang ada dalam
hikayat ini seperti Raja Ahmad dan Raja Muhamad, Merah Gajah dan Puteri Betung,
Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh dan Merah Hasum, Sultan Malikul Mahmud dan
Sultan Malikul Mansur, SultanAhmadPerumudal Perumal,Tun BeraimBapa,TunAbdul
Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara.
SejarahpembukaanPasai pula bermula apabilaia berburudi dalamhutanbersama
seekor anjing buruan yang bernama Si Pasai. Ketika sedang berburu, si Pasai menyalak
kepada seekor pelanduk putih. Anjing Malikulsalleh itu dikejar oleh pelanduk yang
disalakkannya. Anjingnya mati disitu lalu dikuburkan dan tempat itu dinamakan Pasai.
Ia merupakan suatu kejadian yang pelik sehingga membuatkan para penasihat kagum
dan mencadangkan kepada Malikul Saleh untuk mendirikan karajaan baru di sana.
Itulah Kerajaan Pasai didirikan berdekatan dengan Lho Seumawe sekarang (Indonesia).
Pengislaman Pasai pula bermula daripada pengislaman Merah Silau yang
bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w yang menyuruhnya mengucap dua kalimah
Syahadat. Setelah memeluk agama Islam Merah Putih telah menukar namanya kepada
Sultan Malikul Saleh.
Kejatuhan Pasai berlaku disebabkan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal
sendiri mempunyai sikap buruk. Ia dengki terhadap anak kandungnya sendiri iaitu Tun
Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Ia tergamak berahi terhadap dua orang puterinya
iaitu Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Oleh sebab iri hati, Sultan Ahmad
Perumudal Perumal sanggup membunuh anak-anaknya itu.

Contenu connexe

Tendances

Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah muhammad
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuahDidamin
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuahBakri Taba
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)NorWahida Salim
 
17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau es17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau esDody Irawan
 
Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)
Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)
Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)Linda Lestari
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATNorWahida Salim
 
Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)
Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)
Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)Rosasnita Roslani
 
Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.jimoh370
 
Nimas met pen sastra
Nimas met pen sastraNimas met pen sastra
Nimas met pen sastraNimas Lestari
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaMasniza Mustafa
 

Tendances (19)

Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
 
17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau es17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau es
 
Mitos
MitosMitos
Mitos
 
Merah silu
Merah siluMerah silu
Merah silu
 
Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)
Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)
Ramalan Jayabaya (Tugas Sejarah Indonesia kelas 10)
 
Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
 
Ramalan jayabaya
Ramalan jayabayaRamalan jayabaya
Ramalan jayabaya
 
Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)
Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)
Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.
 
Nimas met pen sastra
Nimas met pen sastraNimas met pen sastra
Nimas met pen sastra
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
Kerajaan hindu banjar
Kerajaan hindu banjarKerajaan hindu banjar
Kerajaan hindu banjar
 

En vedette

Hikayat Raja pasai
Hikayat Raja pasaiHikayat Raja pasai
Hikayat Raja pasaiYana Dormad
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungfiro HAR
 
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungfiro HAR
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 

En vedette (9)

Hikayat Raja pasai
Hikayat Raja pasaiHikayat Raja pasai
Hikayat Raja pasai
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agung
 
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 

Similaire à Hikayat raja

bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaDixon Ong
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji geehamid
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxFakrulHamka
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merongkelantan999
 
Kerajaan samudra pasai
Kerajaan samudra pasaiKerajaan samudra pasai
Kerajaan samudra pasaiFikri Yaqin
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinlauchen32
 
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsanorhafizahabdrahim
 
Hikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanHikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanNaddyAmmy
 
Kerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di SumatraKerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di SumatraSal
 
Islamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandIslamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandAyi Milanisti
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakanzumaliah
 
SINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptxSINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptxFakrulHamka
 

Similaire à Hikayat raja (20)

bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
 
Nota 8
Nota 8Nota 8
Nota 8
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Merah Silu
Merah SiluMerah Silu
Merah Silu
 
Kerajaan samudra pasai
Kerajaan samudra pasaiKerajaan samudra pasai
Kerajaan samudra pasai
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
 
Merah silu
 Merah silu Merah silu
Merah silu
 
Tengku kudin
Tengku kudinTengku kudin
Tengku kudin
 
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
 
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
 
Hikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanHikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantan
 
Kerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di SumatraKerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di Sumatra
 
Islamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandIslamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan island
 
Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakan
 
SINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptxSINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptx
 

Dernier

Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023woronotes
 
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptxPPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptxAbdulGalib4
 
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptxANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptxrahmatraju03
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024woronotes
 
Info-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produkInfo-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produkKresnaSuputra1
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptxPAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptxBintangDemarta1
 
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7vickrygaluh59
 
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023BintangDemarta1
 
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketingAMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketingLhalNhiez1
 
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdfPETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdflucyanarahmi88
 

Dernier (10)

Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
 
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptxPPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
PPT AKL 2-Pelaporan Segmen & Interim.pptx
 
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptxANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
ANALISIS LAPORAN KEUANGAN Swasta dan BUMN.pptx
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI 20032024
 
Info-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produkInfo-perancangan-dan-pengembangan-produk
Info-perancangan-dan-pengembangan-produk
 
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptxPAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
PAPARAN MATERI PROGRAM ASABRI AI.pptx
 
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
ppt manajer pengelola bangunan gedung jenjang 7
 
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
Paparan Penyelenggaraan Program PT ASABRI (Persero) Tahun 2023
 
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketingAMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
AMSI-Modul-Pelatihan-Daring -digital-marketing
 
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdfPETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
PETUNJUK TEKNIS PELAKSANAAN PESANTREN RAMADHAN 1445 H.pdf
 

Hikayat raja

  • 1. HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI PENGENALAN Kesusasteraan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai literature yang bermaksud segala sesuatu yang bertulis.perkataan literature ini berasal dari perkataan Latin littera (letter) yang bermaksud kata-kata yang tertulis dan tercetak. Menurut Bressler C.E., 2000:9 mengatakan kesusasteraan adalah seni tulisan atau lisan hasil daripada imaginasi dan penulisan kreatif. Menurutnya lagi bagi menjelaskan nilai imaginasi kesusasteraan, sesetengah pengkritik memilih menbggunakan perkataan kesusasteraan dalam bahasa Jerman iaitu wortkunst yang secara tidak langsung menjelaskan imaginasi dan aspek kreatif merupakan unsure tepenting kesusasteraan. Menurut A.Teeuw,1995:3 mengatakan dalam alam Melayu, istilah sastera berasal daripada perkataan Snskrit dari akar kata sas yang bermaksud mengajar dan tra merujuk kepada alat/sarana atau juga membawa maksud menyampaikan pengajaran. Hashim Awang (1998) memberi maksud kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa sama ada ditutur atau ditulis. Definisi yang diberikan oleh Hasihim Awang ini mendekati definisi yang dikemukakan oleh Bressler di mana kedua- duanya menitikberatkan aspek seni. Menurut Mana Sikana, 1997, sejarah sastera merangkumi perbincangan tentang aspek pertumbuhan, perkembangan, pembinaan, perubahan, aliran dan sebagainya. Dari sudut makna, sejarah membawa maksud tidak lebih daripada dokumentasi tentang perkembangan, asal usul, pertumbuhan, penokohan dan kepentingan dokumen itu dalam sejarah. Manakala dalam konteks sastera pula, sejarah sastera turut mementingkan kerja-kerja melakukan perincian,pengkelasan, susur galur dan periodisasi.Jadi,secara umumnya,sejarahsastera ini dapatdibezakankepada tiga jenis iaitu sejarah genre, sejarah sastera secara kronologi dan sejarah sastera perbandingan. Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa Melayulama denganlanggambahasa danstuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Sastera hikayat tergolong dalam 3 golongan antaranya Sastera Hikyat Berunsurkan Hindu, Sastera Haikayat Berunsurkan Hindu-Islam dan Sastera Hikayat Berunsurkan Islam. Sebagai contoh Hikayat Raja-raja Pasai yang diushakan oleh Russell Jones.
  • 2. 1.0 SEJARAH JURAI KETURUNAN Pasai merupakan negeri yang pertama dimasuki agama Islam. Terdapat dua orang bersaudara yang menjadi raja di dalam negeri itu. Mereka ialah Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Mereka ingin membuka sebuah negeri yang diberi nama Samarlanga. Ketika mereka pergi membuat negeri, Raja Muhammad menemui seorang anak perempuan yang keluar dari pohon bambu lalu baginda membawa pulang anak perempuanitu dan mengangkatanak perempuanyangbaik parasrupanya itu menjadi anak baginda. Baginda menamakannya Puteri Betung. Manakala Raja Ahmad bernegeri di Balik Rimba telah keluar memburu di dalam hutan tetapi baginda telah berjumpa seorang tua di dalam sebuah surau yang terletak di tengah-tengah hutan. Daripada nasihat orang tua itu, Raja Ahmad telah menjumpai seorang anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah yang besar. Oleh itu, baginda telah menamakan kanak-kanak lelaki itu dengan nama Merah Gajah dan membawanya pulang ke istana. Akhirnya setelah kedua kanak-kanak ini membesar, Puteri Betung dan Merah Gajah telahdinikahkan. Hasil perkahwinankedua-dua mereka lahirlahMerahSilaudanMerah Hasum. Disebabkan oleh satu peristiwa ketika itu Puteri Betung sedang tidur, Merah Gajahtelahmencabutsehelai rambut emasPuteri Betung danmenyebabkankeluarnya darah putih yang banyak dan menyebabkan Puteri Betung hilang, maka berlakulah penceraian antara Merah Gajah dan Puteri Betung. Raja Muhammad yang marah terhadap tindakan Merah Gajah lalu membunuhnya. Peristiwa pembunuhan Merah Gajahsampai ke pengetahuanRaja Ahmadlalubaginda melakukanseranganterhadap Raja Muhammad. Dalam pertempuran itu, raja Ahmad dan Raja Muhammad telah mangkat. Merah Silau dan adiknya Merah Hasum telah berhijrah ke arah barat lalu sampai di negeri Biruan dan menetap disana. Merah Silau membuat bubu untuk menangkap ikan tetapi apabila Merah Silau mengangkat bubunya keesokan hari hanya terdapat gelang-gelang yang banyak. Gelang-gelang itu telah dibawa pulang oleh Merah Silau untuk di masak. Setelah itu gelang yang dimasaknya itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Ini membuatkan merah Silau menjadi kaya-raya. Selain itu, Merah Silau juga telah berjaya menjinakkan seekor kerbau yang liar. Disebabkan peristiwa ini timbullah salah faham antara abang dan adik kerana Merah Hasum menyangka bahawa abangnya itu telah msksn cacing gelang-gelang yang dimasaknya itu dan bermain dengan kerbau iaitu binatang yang tidak berguna. Merah Hasum menganggap perbuatan abangnya itu telah mencalarkan maruahnya dan mengusir Merah Silau keluar dari negeri itu.
  • 3. Merah Silau pergi mencari tempat yang baru dan sampai ke Hulu sungai Pasangan. Di sana ada negeri yang bernama Buluh Telang yang diperintah oleh Megat Sekandar. Megat Sekandar dan Megat Kedah merupakan kekanda kepada Sultan Malikul Nasir di Rimba Jerana. Merah Silau sangat disukai orang disana sehingga Megat Sekandar bersetuju untuk menjadikanbaginda sebagai raja di negeri itutetapi Tun HaridBenung membantah. Ini menyebabkan berlaku peperangan dengan Sultan Malikul Nasir iaitu adik Megat Sekandar. Sultan Malikul Nasir dikalahkan berturut-turut oleh Merah Silau sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke dalam rimba yang bernama Rimba Pertama Terjun, kemudiannya baginda melarikandiri keGunung Telawasdandisana baginda dikepung oleh Merah Silu. Tempat kepungan itu kemudiannya dinamakan Kubu. Kemudiannya baginda terus melarikan diri ke Pekersang dan kemudian melarikan diri ke Kumat. Di situ ia telah diserang pula oleh Megat Sekandar, Sultan Malikul Nasir telah tewas. Hulubalangnya yang bernama Tun Harid Benung telah lari ke Barus tetapi Raja Barus telah berjaya menangkapnya. Merah Silau telah menjadi raja di Rimba Jerana. Merah Silau telah memeluk agama Islam dan menukar nama menjadi Sultan Malikul Saleh. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Ganggang anak kepada gundik raja Perlak. Sultan Malikul Saleh telah mendapat seorang putera dinamai Sultan Malikul Tahir yang menjadi raja Pasai setelah negeri Pasai dibuka. Sultan Malikul Tahir pula dikurniakan dua orang putera iaitu SultanMalikul Mahmuddan Sultan Malikul Mansur. SetelahSultanMalikul Tahirmangkat,Sultan Malikul Salehtelahmenyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Saleh telah merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darulsalam. Raja Siamtelah meminta ufti daripada Pasai tetapi Pasai engganmembayarufti tersebutmenyebabkanPanglima SiamTalakSejang menyerang Pasai. Telah berlaku peperangan di antara Siam dengan Pasai. Walau bagaimanapun, Siam telah tewas dan Talak Sejang telah terbunuh. Sultan Malikul Mahmud telah dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri. Putera baginda bernama Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai 30 orang anak. Tetapi anak-anaknya yang seibu sebapa ada 5 orang iaitu TRun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil,Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara.
  • 4. 2.0 SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI 2.1 Sejarah Pembukaan Negeri Pasai Pembukaan negeri Pasai berlaku apabila pada suatu hari sedang Sultan Malikul Saleh sedang pergi berburu dengan pengikutnya di tepi laut. Sultan Malikul Saleh telah membawa anjingnya yang bernama si Pasai. Setelah tiba di tepi laut si Pasai pun dilepaskan lalu masuk ke dalam hutan. Kemudian si Pasai bertemu dengan seekor pelanduk yang sedang duduk berehat di atas satu kawasan tanah tinggi tersebut. Si Pasai itu pun menyalak akan pelanduk tersebut dan ingin menangkapnya. Namun sesuatu yang ganjil telah berlaku apabila pelanduk itu membalas salakan si Pasai. Apabila si Pasai mendengarsalakanpelandukitutadi , maka ia pun kembali kebalakang iaitu tempat asalnya. Setelah dilihat oleh Sultan Malikul Saleh keadaan yang berlaku itu, baginda pun cuba untuk menangkap pelanduk itu tadi. Namun pelanduk itu dapat melarikan diri dari di tangkap oleh Sultan Malikul Saleh dan anjingnya si Pasai. Lalu baginda Sultan pun bertanyakan kepada semua hulubalang sama ada pernah melihat seekor pelanduk yang gagahsekali.Maka terlintasdi fikiranSultan Malikul Salehuntuk membuka negeri baru khas untuk anakndanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Setelah kembali ke negeri Samudera baginda menitahkan agar kawasan tersebut di bersihkan dan di dirikan oleh baginda sebuah istana. Tidak berapa lama setelah selesai semua pembinaan di kawasan tanah tinggi itu, anjing baginda pun mati. Kemudiannya baginda mengarahkanagarsi Pasai di tanamdinegeri yangbaru di buka itu. Sempena kematian si Pasai Sultan Malikul Saleh menamakan negeri baru itu sebagai negeri Pasai. Di sini dapat kita lihat sejarah awal pasai bermula dari Sultan Malikul Saleh menjumpai kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan laut. Nama Pasai itu sendiri di ambil sempena nama anjing Baginda Sultan iaitu si Pasai. Nama tersebut diambil kerana selepasterbinanya sebuahnegeri di kawasanitu anjingBaginda Sultanpun mati.Selain itu nama anjing ini di gunakan kerana si Pasai inilah yang menjumpai kawasan tanah tinggi tersebut. 2.2 Sejarah Pembukaan Negeri Samudera
  • 5. Asal usul wujudnya Samudera berkait rapat dengan penemuan seekor semut sebesar seekor kucing.Pada suatu hari Merah Silu keluar berburu bersama-sama pengiringnya beserta seekor anjing bernama Si Pasai.Ketika Si Pasai menyalak di atas sebuah tanah tunggi,terdapat seekor semut sebesar kucing.Merah Silu menangkapnya dan memakan semut itu.Daripada peristiwa itu,tempat itu dijadikan negeri yang bernama Samudera yang bermaksud semut yang amat besar. 3.0 SEJARAH PENGISLAMAN SebelumIslamSultanMalikul Salehdikenali dengannama Merah Silu. Pada malamhari merah Silu bermimpi bahawa baginda disuruh mengucap dua kalimah Syahadat tetapi baginda tidak boleh mengucapkannya. Kemudian mulutnya diludahi oleh seorang yang berhadapan dengannya dalam mimpi dan memberitahu kepadanya bahawa baginda akan diangkat menjadi sultan dengan nama Malikul Saleh serta menjadi seorang muslim dan menyuruhnya makan binatang halal yang disembelih. Baginda sudah pandai mengucap kalimah syahadat dan telah diberikan pengajaran mengenai beberapa soal Fiqih.Dalammimpi tersebut,baginda diberitahuakantiba sebuah kapal dalam masa 40 hari ke negeri tersebut. Menurut mimpinya lagi,perintah anak kapal itu harus diturutinya akhirnya orang yang berhadapan dengannya dalam mimpi itu memperkenalkan dirinya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Merah Silu terus terjaga dari tidurnya terus boleh mengaji 30 juzuk Al-Quran. Ia menimbulkan kehairanan kepada orang yang mendengarnya. Hal ini kerana perkataan yang diucapkan oleh Merah Silu tidak diketahui ertinya. Ia bermula dengan sebuah kapal dari Makkah yang tiba di Samudera dan berlabuh di Teluk Teli. Seorang Syeikh dari Makkah yang bernama Syeikh Ismail beserta seorang fakir menghadap Sultan Malikul Saleh. Beliau meminta Sultan Malikul Saleh mengucap kalimah Syahadat. Sultan Muhammad yang menyamar sebagai fakir memberi Al-Quran kepada Sultan Malikul Saleh untuk dibaca. Serentak dengan itu, Syeikh Ismail mengislamkan semua rakyat di negeri Samudera. Semua rakyat negeri Pasai memeluk Islam dengan sukarela dan negeri itu digelar negeri Darul Salam. Sultan Malikul Saleh ditabalkan oleh Syeikh Ismail sebagai Raja Samudera Darulsalam. Beberapa pembesar negeri yang memeluk islam ditukarkan namanya. Contohnya, Tun Seri Kaya digelar Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya digelar Sayin Semayamuddin. Sultan memberi fidyah ambar, kapur barus, gaharu, cendana, kemenyan, khelembak, cengkeh dan pala kira-kira seratus bahara kepada Syeikh Ismail yang ingin pulang ke Makkah.
  • 6. Sultan Muhammad yang menyamar menjadi fakir terus tinggal di negeri Samudera bagi menyebarkan agama Islam. Namun, terdapat satu kaum dalam negeri Samudera yang enggan memeluk agama Islam dan mereka telah berhijrah ke hulu Pasangan. Sekarang kaum ini dikenali sebagai orang Gaya. 4.0 KEJATUHAN NEGERI PASAI Setelah Sultan Malikul Mahmud jatuh sakit dan mangkat, baginda telah meninggalkan wasiat kepada puteranya iaitu Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja di Pasai. Sultan AhmadPerumudal Perumal mempunyai 30 oranganak tetapi hasil perkahwinan baginda dengan Dara Zulaikha Tingkap, dikurniakan 5 orang iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Sultan Ahmad Perumudal Perumal berahi akan kedua anak daranya iaitu Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Perkara itu telah diketahui oleh Tun Beraim Bapa, ia telah membawa adik- adik itu lari ke Tukas tinggal bersamanya menyebabkan Sultan Ahmad Perumudal Perumal berang dengan tindakannya itu. Lalu Sultan Ahmad Perumudal Perumal menyatakan hasratnya ingin membunuh Tun Beraim Bapa kepada Dara Zulaikha Tingkap. Pelbagai cubaan telah dilakukan oleh baginda antaranya, baginda telah menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di dalam sungai dan apabila timbul, baginda menyuruh hulubalangnya menetaknya tetapi Tun Beraim Bapa menyelamdan telah timbul jauh dari itu. Selain itu, perahu Sultan Ahmad Perumudal Perumal telah terlekat pada batang. Baginda telah menyuruh Tun Beraim Bapa membuangnya namun Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu itu serta selamat daripada mati lemas. Cubaan bunuh yang ketiga dilakukan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal dengan menyuruh orangSeri membuatcucur peniaramberacun.Baginda memberi kepada Tun Beraim Bapa supaya memakan peniaram beracun itu agar dapat memanaskan tubuh yang dingin selepas menyelam. Tun Beraim Bapa mengetahui helah yang di buat lalu memberi peniaram beracun itu kepada anjing dan ayam dan menyebabkan kedua binatang itu mati serta-merta. Manakala adik-adiknya Tun Medam Peria dan Tun TakiahDara juga telahmakan peniaramberacunitu menyebabkankedua-duanya mati. Mereka telah dikebumikan di Bukit Fudul Allah. Oleh sebab tidak mahu menderhaka kepada ayahandanya, Tun Beraim Bapa telah makan cucur peniaram beracun. Dalam keadaanyanglemahTun BeraimBapa menyelamdalamLubukTurai untuk menangkap ular lembu bagi mengurangkan sakitnya. Tetapi sakitnya juga tetaptidak sembuh. Tun
  • 7. Beraim Bapa telah melontar lembingnya lalu terhunjam di antara dua kubur adiknya. Akhirnya Tun Beraim Bapa mati. Ia telah dikebumikan di tempat lembing tercacak itu. Sultan Ahmad Perumudal Perumal amat gembira dengan kematian Tun Beraim Bapa. Semasa ketiadaanSultanAhmadPerumudal Perumal tiada,TunAbdul Jalil memerintah Pasai. Tun Abdul Jalil berusaha memperelokkan negeri Pasai. Disebabkan Tuan Puteri Gemerencang anak kepada ratu Majapahit amat mencintai Tun Abdul Jalil, Sultan Ahmad Perumudal Perumal cemburu dengan anaknya lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Apabila Tuan Puteri Gemerencang mendapat tahu akan perkara ini, ia telah meminta kepada Allah supaya mengaramkan ghurabnya di Jambu Air supayya ia dapatbertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya telah diperkenan oleh Allah, ia telah mati tenggelam di laut Jambu Air. Ratu Majapahit marah setelah mendapat khabar bahawa puteri kesayangannya telahmati di Pasai lalu memerintahkan askar-askarnya menyerang Pasai. Sultan Ahmad Perumudal Perumal telah tewas dan lari ke Menduga. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa Hikayat Raja-raja Pasai ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, sejarah jurai keturunan, sejarah pembukaan Pasai, sejarah pengislaman Pasai da kejatuhan Pasai. Sejarah jurai keturunan ini dapat dilihat jelas melalui watak-watak yang ada dalam hikayat ini seperti Raja Ahmad dan Raja Muhamad, Merah Gajah dan Puteri Betung, Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh dan Merah Hasum, Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur, SultanAhmadPerumudal Perumal,Tun BeraimBapa,TunAbdul Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. SejarahpembukaanPasai pula bermula apabilaia berburudi dalamhutanbersama seekor anjing buruan yang bernama Si Pasai. Ketika sedang berburu, si Pasai menyalak kepada seekor pelanduk putih. Anjing Malikulsalleh itu dikejar oleh pelanduk yang disalakkannya. Anjingnya mati disitu lalu dikuburkan dan tempat itu dinamakan Pasai. Ia merupakan suatu kejadian yang pelik sehingga membuatkan para penasihat kagum
  • 8. dan mencadangkan kepada Malikul Saleh untuk mendirikan karajaan baru di sana. Itulah Kerajaan Pasai didirikan berdekatan dengan Lho Seumawe sekarang (Indonesia). Pengislaman Pasai pula bermula daripada pengislaman Merah Silau yang bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w yang menyuruhnya mengucap dua kalimah Syahadat. Setelah memeluk agama Islam Merah Putih telah menukar namanya kepada Sultan Malikul Saleh. Kejatuhan Pasai berlaku disebabkan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal sendiri mempunyai sikap buruk. Ia dengki terhadap anak kandungnya sendiri iaitu Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Ia tergamak berahi terhadap dua orang puterinya iaitu Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Oleh sebab iri hati, Sultan Ahmad Perumudal Perumal sanggup membunuh anak-anaknya itu.