LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL
L M C P 1 5 3 2
P E M B A N G U N A N B A N D A R M A P A N
-PEMANASAN GLOBAL-
PENSYARAH :
PROF.DATO’IR.DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
KUZAIFAH HAFAZZILAH BINTI ADOR (A151759)
Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan aras
laut semenjak 50 thaun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang,
ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda
dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan
atau mengatasi masalah ini.
Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan MITIGASI dan ADAPTASI.
SOALAN:
Kenaikan paras laut disebabkan oleh perubahan iklim dunia dan pemanasan global
Pemanasan global adalah suatu keadaan dimana suhu di permukaan bumi menjadi lebih panas
berbanding dengan suhu normal.
Pemanasan global (Global Warming) merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang
dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas (karbon dioksida, karbon
monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida ) ini menghalang dan
memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa
Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan
membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.
Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air
masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.
Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana
pupusnya dinosaur.
PEMANASAN GLOBAL
TINDAKAN MITIGASI DAN ADAPTASI
TINDAKAN
MITGASI
Pengertian tindakan mitigasi ialah mengurangkan
perbuatan manusia disebabkan masalah pemanasan
global. Ia juga diertikan sebagai menyekat
pemanasan global melalui perbuatan manusia.
TINDAKAN
ADAPTASI
adaptasi bermaksud penyesuaian dengan keadaan
sesuatu, tindakan adaptasi dilakukan bagi
menyelesaikan dan mengatasi masalah di kawasan
tersebut dengan membuat penyesuaian antara
tempat dan keadaan cuaca.
PELAN TINDAKAN MITGASI
1.Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana tayar yang tidak dipam secukupnya
akan melepaskan gas karbon dioksida yang banyak ke atmosfera.
2. Elak menggunakan air panas bagi mencuci pakaian sebaliknya menggunakan alat pencuci yang
sesuai yang boleh digunakan walau dalam air sejuk atau suam.
3. Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian kerana
plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus elektrik masih
mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.
4 Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu bilik atau
lampu mentol.
5 Beli barangan yang boleh dikitar semula, dapat meminimumkan penggunaan bahan mentah
untuk penghasilan barangan baru.
4. Setiap isirumah digalakkan memilih barangan eletrik yang jenis tenaga efisien terutamanya dalam
pembelian barangan eletrik yang besar seperti peti sejuk, mesin basuh,hawa dingin.Anda haruslah
memastikan barangan elektrik yang anda beli itu dilabelkan dengan label Energy Star kerana label ini
menunjukkan barangan eletrik tersebut menggunakan kurang daripada 15% tenaga elektrik.
5. Kurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-belah dengan membawa beg anda sendiri.Ini
kerana beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh dibiodegradasikan
1. Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau
Penanaman tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk menngkatkan penghasilan gas gas yang
bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak
sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan kepada
pelajar akan kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem.
2. Kitar semula
Program kitar semula perlu digiatkan dengan pelbagai idea yang lebih menarik. Melalui
program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga hasil mineral bumi.
Dengan cara ini generasi akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh
Pendidikan secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat jenis-jenis barang yang
dan boleh dikitar semula.
PELAN TINDAKAN ADAPTASI
3. Pengurangan penggunaan tenaga
Penggunaan petrol dalam pembakaran enjin kereta juga meningkatkan suhu pemanasan global.
Penggunaan sumber alternatif seperti kereta hybrid yang bercirikan “hijau alam sekitar” adalah antara
langkah terbaik dalam mengatasi pemanasan global. Di kebanyakkan negara maju, tenaga solar telah
lama diaplikasi dalam kediaman rumah dan pejabat bagi menggantikan pembakaran fosil.
4. Kerajaan haruslah mempergiatkan kajian (R&D) terhadap penggunaan sumber tenaga alternatif.
Walaubagaimanapun,Pihak kerajaan perlulah mempergiatkan lagi kajian terhadap penggunaan sumber
tenaga alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenaga elektrik.Dengan
itu,kita boleh kurang bergantung kepada bahan api fosil
5. Kerajaan haruslah menaiktarafkan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam, Infrastruktur dan
sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan perumahan supaya penggunaan kereta
persendirian juga boleh dikurangkan.
6. Mengurangkan pembinaan bangunan di kawasan berdekatan dengan pantai dengan memindahkan
penduduk yang berdekatan dengan pantai ke tempat yang lebih tinggi.
Setiap dari kita berperanan untuk berganding bahu memberi bantuan dalam
meringankan isu pemanasan global ini dengan melakukan kitar semula,
menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, gunakan
tenaga elektrik dengan berhemah serta menyokong pelaksanaan tenaga boleh
baharu (TBB) lebih menyeluruh .
KESIMPULAN