Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam

13 579 vues

Publié le

This is just simple.

Publié dans : Spirituel

Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam

  1. 1. KEBEBASANBERAGAMA DALAM ISLAM Arial Font Family
  2. 2. (1) KONSEP KEBEBASAN DALAM AL-QURANTIADA paksaan dalam memeluk agama Islam 2
  3. 3.  Tidak ada paksaan dalam memeluk agama Islam. Tidak boleh masuk campur dalam urusan agama lain.
  4. 4. (2) PERUNTUKAN KEBEBASAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIAPerkara 3: Agama Bagi Persekutuan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam. Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri itu. 4
  5. 5. Perkara 11: Kebebasan Beragama Perkara 11 menerangkan mengenai kebebasan beragama dalam peruntukan perlembagaan Malaysia.Seluruh rakyat berhak memilih agama yang ingin di anuti tetapi untuk kaum Melayu, mereka wajib menganut agama Islam.Terdapat beberapa klausa dalam perlembagaan yang menerangkan konsep sebenar kebebasan beragama yang di benarkan di Negara ini. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya. Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. 5
  6. 6. Perkara 11 (4)• Memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.• Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing- masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan. 6
  7. 7. • Perlembagaan Malaysia memang memperuntukkan kebebasan beragama dalam persekutuan. Seluruh rakyat mempunyai hak untuk beragama dan memilih agama sendiri tetapi bagi kaum melayu, mereka wajib menganut agama Islam.• Walaupun konsep kebebasan beragama diamalkan tetapi terdapat pengecualian tertentu terhadap kebebasan tersebut. Penyebaran agama bukan Islam di Negara di halang dan tidak dibenarkan sama sekali dan sesiapa yang terlibat menyebarkan agama bukan Islam dan di sabit kesalahan akan di denda di bawah akta-akta yang telah di tetapkan. 7
  8. 8. (3) IMPLIKASI KONSEP KEBEBASAN BERAGAMAHARI CUTI Hari Ahad merupakan hari cuti tradisional Kristian adalah hari cuti rasmi akhir di Wilayah Persekutuan. Pengecualian adalah negara bahagian Kedah, Kelantan dan Terengganu, di mana akhir cuti jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu Percutian beberapa agama diiktiraf sebagai hari cuti rasmi, termasuk Hari Raya Puasa (Muslim), Hari Raya Haji (Muslim), ulang tahun Nabi (Muslim), Hari Wesak (Buddha) , Deepavali (Hindu), Thaipusam (Hindu), Krismas (Kristian) dan dalam Sabah dan Sarawak, Jumaat Agung (Kristian). 8
  9. 9. PENDIDIKAN Kerajaan mewajibkan supaya pendidikan agama Islam wajib diajar kepada semua kanak-kanak yang beragama Islam manakala mereka yang bukan beragama Islam didedahkan dengan kelas moral dan etika. Namun begitu, bagi sekolah-sekolah persendirian, mereka bebas untuk mempelajari ajaran agama mereka dengan sukatan-sukatan yang dibenarkan oleh Kerajaan. 9
  10. 10. PENUKARAN AGAMA Perkara 11 di dalam Perlembagaan Malaysia ada menyatakan bahawa individu yang berumur 18 tahun ke atas bebas memilih agama masing-masing Penukaran dari agama Islam ke agama lain (Kes Hartini Kamarudin dan Azlina Joy) Penukaran dari agama lain ke agama Islam (Kes Suzie Teoh-Nur Aini) Kita lebih takut kepada undang-undang dunia dari undang-undang Islam dengan alasan tidak sesuai digunakan pada masa sekarang padahal undang-undang Islam itu sesuai untuk sepanjang zaman 10
  11. 11. PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN Orang bukan Muslim yang ingin menikahi seorang muslim harus memasuki agama Islam sebelum perkahwinan boleh diiktiraf sebagai sah mengikut undang-undang Malah mengenai penceraian, sekiranya salah seorang pasangan telah menukar agamanya terutamanya salah seorang adalah beragama Islam manakala pasangannya tidak beragama Islam, maka perkahwinan akan terbatal di sisi undang-undang 11
  12. 12. MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK Islam tidak menghalang penganutnya untuk berkarya dan melahirkan ekspresi diri mereka. Tetapi, Islam melarang penganutnya untuk menyentuh isu-isu atau perkara-perkara yang sensitif dengan Islam. Undang-undang Malaysia melarang sebarang ajaran daripada agama Kristian mahupun Hindu kepada mereka yang beragama Islam. Namun undang-undang Malaysia tidak melarang ajaran Islam dari menular kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ketidakadilan yang seringkali disebut ini, seringkali digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam bagi menghentam undang- undang Malaysia yang memberikan kelebihan kepada agama Islam 12
  13. 13. RUMAH IBADAT• Kerajaan telah memperuntukkan beberapa juta bagi membina rumah ibadat bagi semua agama di Malaysia.• Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan memberikan kebebasan bagi semua kaum untuk mengamalkan ajaran agama mereka• Namun ada wujud beberapa isu di mana konflik berlaku di Parlimen bahawa kerajaan tidak memberikan modal yang secukupnya untuk membina rumah ibadat bagi kaum lain malah untuk mendapat kelulusan membina rumah ibadat kaum lains selain Islam adalah sukar 13
  14. 14. LAIN-LAIN ISUAZAN Segelintir individu daripada mereka yang bukan beragama Islam menyatakan perasaan terganggu mereka berikutan bunyi azan Subuh yang kedengaran pada waktu Subuh namun dalam Perlembagaan Malaysia, semua kaum bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. Jika terdapat larangan dari azan berkumandang, maka sebarang nyanyian atau bacaan daripada tokong dan gereja juga harus dilarang sekiranya mereka yang bukan beragama Islam mahu bertindak adil. 14
  15. 15. (4) PERBANDINGAN ANTARA PERLEMBAGAAN DAN AGAMA ISLAM MURTAD MENURUT ISLAM MENURUT PERLEMBAGAAN“Sesiapa yang menukar Perkara 11 (1) Perlembagaanagamanya, maka bunuhlah ia”. Persekutuan telah menyatakan(Riwayat Bukhari). setiap individu itu bebas untuk menganut apa-apa agama. 15
  16. 16. MENURUT ISLAM MENURUT PERLEMBAGAAN"Adalah tidak Halal (Sah) untuk Mahkamah-mahkamahmencurahkan darah seorang Mahkamah-mahkamah Syariah diIslam, kecuali dalam TIGA negeri-negeri di Malaysia maksimaPerkara berikut, yaitu - Menjadi 3 tahun penjara atau 6 sebatanmurtad sesudah dia memeluk atau RM5000 denda atauIslam, kedua - Berzina sesudah kesemuanya sekali.berkahwin, dan ketiga -Membunuh seseorang tanpa apa -apa hak atau sebab yangmunasabah." 16
  17. 17. ҉ TAMAT ҉

×