SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
AT10603
TUGASAN INDIVIDU : PENULISAN ILMIAH
TAJUK ESEI : PUNCA BERLAKUNYA
KEGAGALAN DALAM BERKOMUNIKASI DALAM
KALANGAN MASYARAKAT DAN LANGKAH
MENGATASINYA.
NAMA PENSYARAH : DR ZULAYTI BINTI
ZAKARIA
NAMA PELAJAR NO MATRIK NO TELEFON
MASNILIA
ANDISAN
BA21110162 0102350065
1.0 PENGENALAN
Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan sistem komunikasi. Hal ini
dikatakan demikian kerana, manusia perlu menjalankan aktiviti berkomunikasi ini
untuk bertutur atau memberikan tindak balas kepada pendengar. Dua atau lebih
orang terlibat dalam komunikasi, kerana komunikasi melibatkan penghantaran dan
penerimaan mesej daripada komunikator kepada komunikator. Komunikator boleh
menyampaikan mesej kepada komunikator melalui pelbagai cara, bergantung kepada
matlamat dan objektif yang dinyatakan. Selepas menghantar mesej, respons
daripada pemanggil yang menerima mesej itu diperlukan. Kerana melalui maklum
balas pemanggil, komunikator boleh mengetahui sama ada komunikasi berjaya atau
tidak (juga: komunikasi berkesan) atau sama ada mesej itu berjaya disampaikan
atau tidak.Persoalannya adalah apakah itu komunikasi ? Mengapakah komunikasi itu
sangat penting dalam kehidupan manusia.
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi ialah komunikasi secara
langsung atau melalui surat, radio, telefon, dan lain-lain. Komunikasi juga boleh
didefinisikan sebagai satu proses yang mana seseorang berkongsi atau bertukar
fikiran, idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain. Menurut Achmad S. Ruky,
komunikasi ialah proses penyampaian dan pertukaran mesej, di mana mesej itu
boleh dalam bentuk fakta, idea, perasaan, data, atau maklumat daripada seseorang
kepada orang lain. Proses ini dijalankan dengan tujuan untuk mempengaruhi
dan/atau mengubah maklumat yang dipegang dan tingkah laku penerima mesej.
Dalam erti kata lain, komunikasi dapat diperincikan lagi sebagai proses komunikasi.
Oleh itu, tanpa kita sedari, komunikasi merupakan sebahagian daripada
kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap dari kita berkomunikasi
kerana ia merupakan satu cara untuk kita berinteraksi dan juga menyampaikan
mesej kepada pendengar kita selari dengan definisi bahawa komunikasi melibatkan
dua orang pihak atau lebih. Oleh hal yang demikian adalah sangat penting untuk kita
memahami ilmu komunikasi kerana ia sentiasa berada dekat dengan kita.
Komunikasi ini juga terbahagi kepada beberapa jenis untuk kita fahami. Antaranya
adalah komunikasi verbal, komunikasi non-verbal, komunikasi formal, komunikasi
non formal, komunikasi informal, komunikasi langsung dan tidak langsung,
komunikasi internal, komunikasi eksternal, komunikasi berdasarkan jumlah
komunikator dan komunikan, komunikasi berdasarkan peranan individu, komunikasi
jaringan kerja, komunikasi berdasarkan maksudnya, komunikasi ajaran informasi,
komunikasi visual dan sebagainya .
Jenis-jenis komunikasi yang popular adalah salah satunya ialah komunikasi
verbal. Komunikasi verbal sendiri dan komunikasi non-verbal. Komunikasi verbal
merupakan komunikasi yang banyak menggunakan simbol-simbol verbal dan
melibatkan penggunaan kata yang lebih dari satu bahasa. Komunikasi verbal ini
merupakan satu elemen komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia
terutama sekali dalam dunia pekerjaan. Komunikasi verbal juga dikenali sebagai
komunikasi lisan. Secara umumnya, komunikasi lisan ini melibatkan komunikasi yang
perlu dilakukan secara bersemuka. Antara contoh komunikasi lisan ini adalah ketika
lebih daripada dua orang melakukan interaksi yang berupa seperti perbincangan
dengan menggunakan perantara atau media komunikasi dan lain-lain. Selain
daripada komunikasi lisan, komunikasi tulisan jugsa termasuk dalam komunikasi
tulisan ini. Komunikasi tulisan dapat ditakrifkan sebagai suatu komunikasi yang
melibatkan penghantaran mesej daripada komunikator kepada komunikan. Selalunya,
perkara ini disebabkan oleh faktor jarak yang jauh. Komunikasi tulisan ini
memerlukan seseorang tersebut mempunyai kemahiran mendengar dan membaca
dengan baik kerana komunikasi ini dilakukan bukanlah secara bersemuka.
Seterusnya ialah komunikasi non-verbal. Komunikasi non verbal ini sendiri
merupakan komunikasi yang dilakukan dengan menggunakan cara penyampaian dan
penghantaran secara non verbal. Hal ini dikatakan demikian kerana jenis komunikasi
ini tidak melibatkan interaksi antara penutur dan juga penerima malahan komunikasi
ini hanya melibatkan tindakan dalam menyampaikan mesej. Antara contoh
komunikasi non verbal ini adalah ekspresi wajah dalam jenis komunikasi adalah
sangat penting kerana jika hendak menyampaikan mesej atau ucapan apatah lagi di
hadapan khalayak ramai walaupun tidak secara bersemuka dan tanpa harus
mengeluarkan satu kata pun. Penggunaan ekspresi yang sesuai dan tidak melebih-
lebih mempengaruhi mesej yang hendak disampaikan. Selain itu, bahasa tubuh juga
merupakan salah satu cara dalam komunikasi non verbal ini. Hal ini dikatakan
demikian kerana, dengan hanya bahasa tubuh, seseorang dapat memahami mesej
yang hendak disampaikan. Contohnya, melalui gestur tubuh tertentu sahaja orang
lain dapat mengerti maksud daripada gestur dan mesej yang hendak disampaikan.
Dalam pada masa yang sama, melalui sentuhan seseorang juga merupakan salah
satu contoh dalam komunikasi non verbal ini. Contoh yang sering kita temui di
mana-mana saja jenis komunikasi ini adalah ketika seseorang tertawa dan secara
spontan menepuk bahu dari lawan bicara , hal ini memberikan makna supaya orang
tersebut lawan bicaranya itu menghargai percakapan mereka. Akhir sekali adalah
penampilan diri seseorang itu. Melalui penampilan diri juga kita dapat memahami
mesej yang hendak disampaikan. Melalui cara berpakaiannya, sehingga penggunaan
solek juga dapat menggambarkan bahawa orang tersebut hendak menyampaikan
mesej dan pesanan yang khas.
Seperti yang kita tahu bahawa, komunikasi ini merupakan hal yang sangat
penting dalam aktiviti seharian kita. Namun demikian, tidak semua orang mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik dan berkesan apatah lagi di depan khalayak
ramai. Hal ini merupakan satu kegagalan berkomunikasi. Kefahaman merupakan
puncak tujuan dalam sesuatu komunikasi. Gagal dalam menyampaikan maksud
merupakan kegagalan komunikasi. Hal ini sudah tentu jelas kerana tujuan kita
berkomunikasi adalah untuk menyampaikan mesej kepada penerima dengan harapan
ia dapat diulas dan difahami oleh mereka yang mendengar. Sebagai tindak balas
kepada kefahaman tersebut, penerima akan memberi reaksi dan gerak balas yang
juga bertujuan untuk difahami oleh penyampai (Hashim Shiyuti, 2015). Oleh itu,
apakah punca berlakunya kegagalan berkomunikasi . Jika perkara ini terus dibiarkan
maka tujuan utama komunikasi untuk semua orang dapat memahami mesej yang
hendak disampaikan tidak tercapai. Oleh itu, langkah perlulah diambil untuk
mengatasi punca berlakunya kegagalan komunikasi dalam kalangan masyarakat ini.
2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KEGAGALAN DALAM KOMUNIKASI
DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Kegagalan dalam berkomunikasi berlaku disebabkan oleh beberapa aspek.
Punca-punca berlakunya kegagalan berkomunikasi ini berbeza mengikut individu itu
sendiri. Terdapat beberapa aspek yang diambil kira yang mempengaruhi komunikasi
ini. Berikut merupakan beberapa punca-puncanya :
2.a Manusia
Manusia itu sendiri merupakan punca utama berlakunya kegagalan komunikasi dalam
kalangan masyarakat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, segala tindakan
komunikasi dilakukan oleh manusia. Tambahan pula manusia lah sendiri yang
menjadi komunikator dan juga komunikan sekali gus menjalankan proses komunikasi
ini. Dalam punca ini juga terdapat juga sub punca kegagalan komunikasi dari aspek
manusia ini. Antaranya ialah tingkat pengetahuan seseorang itu. Pengetahuan
seseorang itu amat lah penting untuk membolehkan seseorang itu dapat
berkomuniksi dengan baik dengan orang lain apatah lagi di hadapan khalayak ramai.
Misalnya, mesej yang hendak disampaikan perlulah mengandungi susunan ayat dan
fakta serta hujah yang bernas ketika hendak menyampaikan sesuatu mesej kepada
orang ramai. Contoh yang dapat diambil adalah ketika seorang pemimpin hendak
menyampaikan sesuatu ucapan dalam lingkungan yang begitu banyak, pemimpin
tersebut perlu menyampaikan idea yang bernas kepada orang ramai. Namun begitu,
perkara ini akan sulit berlaku jika kurangnya keyakinan diri seseorang tersebut. Hal
ini sudah tentu menyumbang kepada kegagalan komunikasi.
Seseorang yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam
menyampaikan sesuatu mesej akan membuatkan pihak kedua iaitu pihak pendengar
sukar untuk memahami perkara yang cuba untuk disampaikan oleh komunikator.
Sikap yang malu untuk bercakap juga merupakan punca yang disebabkan oleh
manusia dalam berkomunikasi ini. Hal ini kita dapat lihat daripada suasana di sekolah.
Situasi yang mana sebilangan pelajar yang malu untuk tampil bercakap di hadapan
orang ramai disebabkan oleh perasaan malu yang kuat menyebabkan mereka tidak
dapat meneruskan percakapan. Seterusnya, punca yang menyebabkan kegagalan
komunikasi dalam kalangan masyarakat dari aspek manusia ini juga adalah
disebabkan perkembangan manusia. Sememangnya, perkembangan manusia ini
mempengaruhi bentuk komunikasi. Masyarakat yang tidak mempunyai tingkat
perkembangan atau teknik berkomunikasi yang berkesan juga menyebabkan mereka
sukar untuk berkomunikasi. Banyak dalam kalangan masyarkat ini yang tidak dan
malas untuk mempelajari teknik berkomunikasi yang betul. Oleh itu, mereka sukar
untuk mempunyai kebiasaan berucap mahupun bercakap dengan orang ramai
menggunakan bahasa yang betul.
Di samping itu, tahap penguasaan bahasa seseorang individu juga merupakan salah
satu punca kegagalan dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat ini.
Menurut Buntat dan Hassan (2003), kegagalan untuk mewujudkan interaksi yang
positif menjadi sebab utama kegagalan dalam pekerjaan. Graduan bukan hanya
mempunyai masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja tetapi juga dalam
Bahasa Melayu (Nurul Salmi & Mohd Isha, 2014; Zainuddin & Ziadatul, 2006). Seperti
yang kita tahu bahawa dalam komunikasi ini bukanlah hanya dalam satu bahasa
sahaja. Bahkan terlalu banyak bahasa yang ada di dunia ini yang mana ramai orang
menggunakan berbagai bahasa untuk berkomunikasi. Seseorang individu yang
mempunyai tahap yang rendah penguasaan bahasa membuatkan mereka sukar
untuk menginterpretasi dan menterjemahkan sesuatu makna ketika menyampaikan
suatu mesej. Keadaan yang kita dapat lihat di Malaysia adalah terdapat banyak jenis
bahasa dan dialek-dialek. Contoh yang dapat diambil daripada senario adalah ketika
sekelompok orang yang bertutur menggunakan dialek mereka sendiri hal ini dapat
menimbulkan kesalahfahaman kepada yang tidak memahami bahasa tersebut.
Apatah lagi bahawa ada perkataan yang sama namun bagi sesetengah bahasa lain
perkataan tersebut merupakan perkataan yang membawa kepada makna yang tidak
baik seperti yang berunsurkan lucah, hinaan dan lain-lain.
Di samping itu, punca seterusnya adalah tabiat masyarakat yang terlalu
banyak bercakap. Terdapat segelintir masyarakat yang sememangnya mempunyai
tabiat ini iaitu tabiat yang suka terlalu banyak bercakap walaupun untuk perkara
yanng tidak ada dalam topik. Hal ini menyebabkan perkara yang hendak
disampaikan kurang untuk dihadam dan difahami oleh pendengar yang lain. Perkara
yang dicampur adukkan bersama dengan hal-hal di luar topik membuatkan mereka
yang mendengar sukar untuk memahami perkara sebenar yang hendak disampaikan.
Oleh itu, ia menjadi salah satu punca kegagalan komunikasi dalam aspek manusia ini.
2.b Perbezaan Budaya dan Fahaman
Selain daripada punca daripada aspek manusia. Terdapat juga punca yang
lain yang menyebabkan kegagalam dalam berkomunikasi dalam kalangan
masyarakat ini . Salah satu aspek yang perlu diambil kira juga adalah daripada aspek
perbezaan budaya. Budaya merupakan kepercayaan, nilai dan cara kelakuan yang
dikongsi sesebuah masyarakat dan diturunkan dari generasi ke generasi lain (Devito,
2003). Seperti yang kita tahu bahawa di Malaysia kaya dengan budaya dan adat
resam. Budaya itu sendiri dapat dinilai sifatnya yang abstrak, kompleks dan luas
yang dapat menentukan sifat seseorang itu. Pelbagai etnik dan bahasa-bahasa yang
ada di Malaysia. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara ini
namun demikian terdapat juga sebilangan rakyat yang menggunakan dia lek negeri
mereka untuk bertutur. Kadang kala komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan dialek ini menimbulkan ketidakselesaan kepada sesetengah orang. Tambahan
lagi, perbezaan budaya ini mempengaruhi tindakan dan juga perilaku dalam
komunikasi individu tersebut kerana pembentukan sesebuah budaya itu sendiri.
Terdapat beberapa dialek yang menggunakan nada yang agak kasar namun
sebenarnya hal itu merupakan perkara yang biasa bagi etnik mereka namun
sebaliknya untuk orang lain yang tidak memahami bahasa tersebut hal akan
menganggap bahawa mereka sedang membicarakan perkara yang kasar. Hal ini
sudah tentu menjadi kesalahfahaman yang membawa kepada punca kegagalan
komunikasi dalam kalangan masyarakat.
2.c Sikap Individu
Setiap individu penting dalam bidang komunikasi ini kerana sememangnya
kelancaran proses komunikasi itu bergantung kepada sikap individu itu sendiri. Salah
satu juga punca kegagalan komunikasi dalam kalangan masyarakat. Tidak semua
orang memiliki sifat yang peramah, mesra dan mudah bergaul. Sikap-sikap seperti
itu diperlukan untuk dapat menyampaikan mesej dan bercakap atau memulakan
perbualan bersama orang lain agar suasana yang mesra dapat diwujudkan. Namun
begitu, terdapat juga segelintir mereka yang cara bertuturnya agak kasar dan tidak
ramah kepada orang lain menyebabkan proses komunikasi itu terhambat. Hal ini
dikatakan demikian kerana sikap individu itu sendiri yang tidak menghargai
perbualan dan bersikap dingin, acuh tak acuh serta tertutup untuk menerima
pendapat orang mahupun percakapan dalam perbualan semasa. Perkara ini sudah
tentu membuatkan mereka tidak berasa nyaman untuk meneruskan perbualan.
2. d Persepsi dan Pandangan Negatif
Dalam menjalankan proses komunikasi berkesan pihak komunikator ataupun
pihak penutur memainkan peranan penting dalam menghasilkan komunikasi tersebut.
Namun begitu, akan wujud beberapa persepsi dan juga pandangan yang negatif
yang diberikan oleh pihak kedua ataupun komunikan. Hal ini dikatakan demikian
kerana persepsi individu tersebut ketika sedang berada dalam proses komunikasi
dapat mempengaruhi, menghambat bahkan memutuskan komunikasi yang sedang
dilakukan. Persepsi negatif yang diberikan kepada pihak pertama yang menutur akan
menghilangkan perasaan percaya diri mereka. Sebagai contoh yag kita dapat lihat di
sini adalah persepsi seperti memberikan komen yang pedas, menganggap bahawa
segala kata-kata yang diucapkan hanya lah sebuah kata-kata yang tidak berguna.
2.e Hubungan
Hubungan di antara pihak penutur dan pihak pendengar ataupu dikenali
sebagi pihak komunikator dan juga komunikan juga merupakan satu punca.
Hubungan yang baik di antara individu pada suatu proses komunikasi sememangnya
mempengaruhi setiap keadaan yang sedang dihadapi ketika sedang berinteraksi dan
juga berkomunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi mereka yang
mempunyai hubungan baik segala proses komunikasi tersebut akan lebih baik.
Namun sebaliknya pula kepada mereka yang tidak saling mengenali dan baru
berkenalan. Sudah tentu suatu proses komunikasi tersebut tidak akan berjalan
dengan lancar kerana penggunaan bahasa yang formal dan akan menghambat
suasana interaksi tersebut. Namun demikian, bagi mereka yang tidak mempunyai
hubungan yang baik sesama mereka juga akan menyebabkan proses komunikasi ini
terbantut. Hal ini disebabkan kerana mereka kurang senang saling berinteraksi.
Ditambah lagi, komunikasi dengan orang yang suda saling mengenali sejak lama lagi
ini cenderung kepada penggunaan bahasa yang tidak formal dan kasar kerana
menganggap bahawa itu hanyalah sekadar gurauan. Namun tanpa disedari perkara
itu juga mampu untuk menghambat suasana proses komunikasi tersebut.
2.f Isi Mesej Yang Disampaikan
Dalam pada masa yang sama, isi kandungan sesuatu mesej yang hendak
disampaikan juga dapat mempengaruhi teknik komunikasi yang berkesan kepada
seseorang individu tersebut. Sememangnya, mesej dan cara penyampaian sesuatu
mesej itu sangat penting kerana ia mempengaruhi reaksi para pendengar atau pun
pihak kedua. Contohnya, isi mesej yang menggembirakan akan disertai dengan
gerak tubuh badan dan riak wajah seseorang yang berseri dan lantang. Namun
sebaliknya, jika mesej yang hendak disampaikan dengan keadaan yang marah. Hal
ini sudah tentu membuatkan pihak kedua yang mendengar akan berasa kurang
selesa dan cuba keluar dari suasana tersebutdan ini sudah pasti membuatkan proses
komunikasi itu juga terhambat. Proses penyampaian mesej ini penting kerana ada
sgelintir orang yang menggunakan pola penyampaian yang kurang sesuai digunakan.
Mesej yang terlalu banyak dan padat juga jika tidak disampaikan dengan baik
membuatkan mereka kebingungan untuk menerima perkara yang cuba disampaikan.
2.g Gangguan Komunikasi
Akhir sekali, punca yang juga menyumbang kepada kegagalan dalam
berkomunikasi juga adalah gangguan komunikasi. Lazimmnya, perkara ini berlaku
jika seseorang tersebut hendak menyampaikan sesuatu melalui mikrofon atau lain-
lain. Hal ini sudah tentu menganggu kerana perkara yang hendaak disampaikan
terganggu oleh suara-suara yang berasal dari sumber alat teknikal.
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PUNCA KEGAGALAN KOMUNIKASI
DALAM KALANGAN MASYARAKAT.
Oleh kerana komunikasi ini penting, jika dibiarkan maka tujuan komunikasi pada
asalnya juga tidak tercapai . Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil
oleh semua pihak bagi mengatasi punca kegagalan komunikasi itu sendiri. Oleh
kerana setiap individu terlibat dalam proses komunikasi ini, maka setiap individu itu
haruslah mengambil peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Tindakan yang
perlu diambil adalah fokus kepada menyampaikan. Oleh kerana punca terbesar
adalah disebabakan oleh perasaan tidak percaya diri untuk bercakap di hadapan
khalayak ramai, oleh yang demikian perkara ini perlu diambil berat. Hal yang perlu
dilakukan adalah sebelum memulakan sesi komunikasi, para penutur perlu
memeriksa dan menyemak kembali niat pertama dan melihat pada perspektif yang
lebih dalam . Setiap individu yang berfungsi sebagai komunikator perlu lah
menyampaikan mesej yang hendak disampaikan secara bersemuka dan matlamat
yang ingin dicapai dari komunikasi yang dilakukan adalah hal yang terbaik untuk
menyampaikan mesej.
Selain itu, meningkatkan tahap penguasaan bahasa seseorang individu juga
merupakan salah satu langkah mengatasi. Hal ini dikatakan demikian kerana,
komunikasi boleh terhambat kerana penggunaan bahasa yang berbeza. Oleh hal
yang demikian, jika penggunaan bahasa seseorang tersebut berada di tahap yang
baik maka mesej yang hendak disampaikan akan lebih mudah. Komunikan juga
dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Perkara ini memudahkan para
komunikator dalam mengintepretasikan dan menterjemahkan sesuatu makna yang
lebih luas kepada pihak pendengar.
Di samping itu, penggunaan bahasa atau perkataan yang mudah difahami
bersama dan lebih spesifik juga perlu dilakukan oleh setiap individu sebagai
komunikator. Beberapa perkara perlu dielakkan jika hendak menyampaikan sesuatu
mesej seperti perkataan yang menunjukkan double-meaning dan susah difahami. Hal
ini bagi mengelakkan proses komunikasi yang berlaku tidak tergantung dan tidak
terhambat. Dalam pada masa yang sama, ia juga penting untuk membuatkan
mereka faham perkara yang disampaikan. Selain itu, para komunikator perlu lah
membuka peluang untuk penerima agar dapat menanyakan soalan atau meminta
penjelasan akan perkara yang disampaikan agar proses komunikasi yang melibatkan
dua pihak atau lebih dan terlaksana. Hal ini juga bagi membuatkan para komunikator
yang kurang berkeyakinan dan tidak percaya diri dapat membiasakan diri mereka
dalam suasana komunikasi yang meriah.
Akhir sekali , pihak kerajaan mahupun swasta perlu mewujudkan satu pusat
latihan untuk memberikan pendedahan tentang komunikasi berkesan kepada semua
lapisan masyarakat. Pusat latihan ini dapat membantu mereka yang kurang
mengetahui dan tidak mempunyai keyakinan diri yang kuat untuk belajar
berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Seperti yang kita tahu bahawa
komunikasi bukan sahaja digunakan pada perbualan biasa sahaja namun komunikasi
berkesan ini juga penting dalam bidang-bidang besar seperti bidang perniagaan,
pendidikan, perubatan dan lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian, mereka akan lebih
terlatih cara-cara berkomunikasi yang lebih serta penggunaan bahasa atau perkataan
dan meningkatkan percaya diri mereka dalam menghadapi hal-hal yang melibatkan
khalayak ramai.
4.0 KESIMPULAN
Kemahiran berkomunikasi sememangnya sangat penting untuk kita. Hal ini
disebabkan kita hidup dalam bermasyarakat yang mana komunikasi merupakan salah
satu tindakan dan proses yang akan dihadapi oleh setiap kita. Tidak dinafikan
bahawa komunikasi banyak memberikan kepentingan dalam kehidupan seharian kita
kerana manusia akan berhubung antara satu sama lain dalam melaksanakan suatu
tugas. Bukan itu sahaja komunikasi yang berkesan juga dapat mengekalkan
persahabatan dan perhubungan yang baik. Kebolehan berkomunikasi merupakan
satu kemahiran yang patut dimiliki oleh semua orang ( Al. Ramaiah, 1999). Secara
keseluruhannya, dapat dilihat bahawa komunikasi berperanan dalam menjalinkan
hubungan, walaupun demikian bahawa pertalian darah merupakan ikatan bilogikal
bagi semua orang namun komunikasi mampu mengeratkan dan menjalin hubungan
yang baik di antara kalangan manusia. Dengan adanya, bidang komunikasi ini semua
komunikator dapat menyampaikan mesej mereka dengan jelas dan mudah difahami.
5. 0 BIBLIOGRAFI
Amir Aris & Rozelan Yunus (September 2016), Komunikasi Berkesan ( online ),
Available at https://www.researchgate.net/publication/308414649_. Accessed at 21
May 2022
Nur Syuhada Samsir ( 2019), Punca Masalah Komunikasi (online), Available at
https://prezi.com/p/jbq3k9uv0fbp/punca-masalah-komunikasi/ . Accessed at 22 May
2022
Merdeka. Com ( 2012), 6 Cara Mengatasi Masalah Komunikasi ( online ), Available at
https://m.merdeka.com/gaya/6-cara-mengatasi-masalah-komunikasi.html. Accessed
at 22 May 2022
Amir Firdaus Fate (2012), Perbezaan Antara Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
( online). Available at https://www.scribd.com/doc/87965370/Perbezaan-Antara-
Komunikasi-Lisan-Dan-Bukan-Lisan . Accessed at 21 May 2022
Dr Ahmad Sauffiyan Hasan ( 2019 ), Kepentingan Komunikasi Bersemuka, ( online).
Available at https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kepentingan-komunikasi-
bersemuka-196108 . Accessed at 20 May 2022
Myscorecard ( 2021 ), Cara Mengatasi Hambatan Komunikasi Dalam Perusahaan,
(online), Available at https://my-scorecard.com/blog/cara-mengatasi-hambatan-
komunikasi-dalam-perusahaan.html . Accessed at 20 May 2022
Seni Komunikasi ( 2021 ), Jenis-jenis Komunikasi dan Contohnya (online), Available
at https://senikomunikasi.com/jenis-jenis-komunikasi-dan-contohnya/ . Accessed at
20 May 2022.

Contenu connexe

Tendances

Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukanNoor Remy Ariffin
 
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuTutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuPhua Joo
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)AzreeShariff
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxMok Ming yan
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1) nichurl
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraEdreygonAlexander
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaNicholas Lidang Mud
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanAlecis Alex
 

Tendances (20)

Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
Retorik
RetorikRetorik
Retorik
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
 
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuTutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
 

Similaire à Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx

BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdf
BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdfBMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdf
BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdfEbby EF
 
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Bayu Wijaya
 
Interpersonal
InterpersonalInterpersonal
Interpersonalseti4budi
 
Materi korespondensi
Materi korespondensiMateri korespondensi
Materi korespondensimiat khori'ah
 
Jurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .doc
Jurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .docJurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .doc
Jurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .docPuspaPramudita
 
Jurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.doc
Jurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.docJurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.doc
Jurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.docCarlaCQ
 
Komunikasi dalam perpustakaan
Komunikasi dalam perpustakaanKomunikasi dalam perpustakaan
Komunikasi dalam perpustakaanhalwa
 
Assignment Komunikasi Berkesan
Assignment Komunikasi BerkesanAssignment Komunikasi Berkesan
Assignment Komunikasi BerkesanShamsul De Bagio
 
Makalah komunikasi
Makalah komunikasiMakalah komunikasi
Makalah komunikasiWarnet Raha
 
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1Diah Suci
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)SyifaARN
 
Makalah sejarah Komunikasi modern dan traditional
Makalah sejarah Komunikasi modern dan traditionalMakalah sejarah Komunikasi modern dan traditional
Makalah sejarah Komunikasi modern dan traditionalSabella Zahra
 
IMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN
IMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPANIMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN
IMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPANNur Arifaizal Basri
 

Similaire à Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx (20)

BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdf
BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdfBMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdf
BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA - eBook.pdf
 
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
 
Interpersonal
InterpersonalInterpersonal
Interpersonal
 
Bbm 1
Bbm 1Bbm 1
Bbm 1
 
Bbm 1
Bbm 1Bbm 1
Bbm 1
 
Makalah komunikasi
Makalah komunikasiMakalah komunikasi
Makalah komunikasi
 
Materi korespondensi
Materi korespondensiMateri korespondensi
Materi korespondensi
 
Jurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .doc
Jurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .docJurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .doc
Jurnal Konflik Akibat Gaya Berbusana Pada Remaja .doc
 
Jurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.doc
Jurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.docJurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.doc
Jurnal Konflik Gaya Busana ISB tugas ISB REVISI -1.doc
 
Makalah sapta
Makalah saptaMakalah sapta
Makalah sapta
 
Komunikasi dalam perpustakaan
Komunikasi dalam perpustakaanKomunikasi dalam perpustakaan
Komunikasi dalam perpustakaan
 
Assignment Komunikasi Berkesan
Assignment Komunikasi BerkesanAssignment Komunikasi Berkesan
Assignment Komunikasi Berkesan
 
Makalah komunikasi
Makalah komunikasiMakalah komunikasi
Makalah komunikasi
 
Makalah komunikasi
Makalah komunikasiMakalah komunikasi
Makalah komunikasi
 
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
Hambatan komunikasi dan strategis mengatasi hambatan kap 1
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
 
16650729 makalah-2-komunikasi
16650729 makalah-2-komunikasi16650729 makalah-2-komunikasi
16650729 makalah-2-komunikasi
 
Makalah sejarah Komunikasi modern dan traditional
Makalah sejarah Komunikasi modern dan traditionalMakalah sejarah Komunikasi modern dan traditional
Makalah sejarah Komunikasi modern dan traditional
 
IMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN
IMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPANIMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN
IMPLEMENTASI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN
 

Dernier

PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 

Dernier (20)

PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 

Masnilia Andisan- Esei Penulisan Ilmiah.docx

  • 1. AT10603 TUGASAN INDIVIDU : PENULISAN ILMIAH TAJUK ESEI : PUNCA BERLAKUNYA KEGAGALAN DALAM BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT DAN LANGKAH MENGATASINYA. NAMA PENSYARAH : DR ZULAYTI BINTI ZAKARIA NAMA PELAJAR NO MATRIK NO TELEFON MASNILIA ANDISAN BA21110162 0102350065
  • 2. 1.0 PENGENALAN Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan sistem komunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, manusia perlu menjalankan aktiviti berkomunikasi ini untuk bertutur atau memberikan tindak balas kepada pendengar. Dua atau lebih orang terlibat dalam komunikasi, kerana komunikasi melibatkan penghantaran dan penerimaan mesej daripada komunikator kepada komunikator. Komunikator boleh menyampaikan mesej kepada komunikator melalui pelbagai cara, bergantung kepada matlamat dan objektif yang dinyatakan. Selepas menghantar mesej, respons daripada pemanggil yang menerima mesej itu diperlukan. Kerana melalui maklum balas pemanggil, komunikator boleh mengetahui sama ada komunikasi berjaya atau tidak (juga: komunikasi berkesan) atau sama ada mesej itu berjaya disampaikan atau tidak.Persoalannya adalah apakah itu komunikasi ? Mengapakah komunikasi itu sangat penting dalam kehidupan manusia. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi ialah komunikasi secara langsung atau melalui surat, radio, telefon, dan lain-lain. Komunikasi juga boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana seseorang berkongsi atau bertukar fikiran, idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain. Menurut Achmad S. Ruky, komunikasi ialah proses penyampaian dan pertukaran mesej, di mana mesej itu boleh dalam bentuk fakta, idea, perasaan, data, atau maklumat daripada seseorang kepada orang lain. Proses ini dijalankan dengan tujuan untuk mempengaruhi dan/atau mengubah maklumat yang dipegang dan tingkah laku penerima mesej. Dalam erti kata lain, komunikasi dapat diperincikan lagi sebagai proses komunikasi. Oleh itu, tanpa kita sedari, komunikasi merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap dari kita berkomunikasi kerana ia merupakan satu cara untuk kita berinteraksi dan juga menyampaikan mesej kepada pendengar kita selari dengan definisi bahawa komunikasi melibatkan dua orang pihak atau lebih. Oleh hal yang demikian adalah sangat penting untuk kita memahami ilmu komunikasi kerana ia sentiasa berada dekat dengan kita. Komunikasi ini juga terbahagi kepada beberapa jenis untuk kita fahami. Antaranya adalah komunikasi verbal, komunikasi non-verbal, komunikasi formal, komunikasi non formal, komunikasi informal, komunikasi langsung dan tidak langsung, komunikasi internal, komunikasi eksternal, komunikasi berdasarkan jumlah komunikator dan komunikan, komunikasi berdasarkan peranan individu, komunikasi jaringan kerja, komunikasi berdasarkan maksudnya, komunikasi ajaran informasi, komunikasi visual dan sebagainya .
  • 3. Jenis-jenis komunikasi yang popular adalah salah satunya ialah komunikasi verbal. Komunikasi verbal sendiri dan komunikasi non-verbal. Komunikasi verbal merupakan komunikasi yang banyak menggunakan simbol-simbol verbal dan melibatkan penggunaan kata yang lebih dari satu bahasa. Komunikasi verbal ini merupakan satu elemen komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia terutama sekali dalam dunia pekerjaan. Komunikasi verbal juga dikenali sebagai komunikasi lisan. Secara umumnya, komunikasi lisan ini melibatkan komunikasi yang perlu dilakukan secara bersemuka. Antara contoh komunikasi lisan ini adalah ketika lebih daripada dua orang melakukan interaksi yang berupa seperti perbincangan dengan menggunakan perantara atau media komunikasi dan lain-lain. Selain daripada komunikasi lisan, komunikasi tulisan jugsa termasuk dalam komunikasi tulisan ini. Komunikasi tulisan dapat ditakrifkan sebagai suatu komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej daripada komunikator kepada komunikan. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh faktor jarak yang jauh. Komunikasi tulisan ini memerlukan seseorang tersebut mempunyai kemahiran mendengar dan membaca dengan baik kerana komunikasi ini dilakukan bukanlah secara bersemuka. Seterusnya ialah komunikasi non-verbal. Komunikasi non verbal ini sendiri merupakan komunikasi yang dilakukan dengan menggunakan cara penyampaian dan penghantaran secara non verbal. Hal ini dikatakan demikian kerana jenis komunikasi ini tidak melibatkan interaksi antara penutur dan juga penerima malahan komunikasi ini hanya melibatkan tindakan dalam menyampaikan mesej. Antara contoh komunikasi non verbal ini adalah ekspresi wajah dalam jenis komunikasi adalah sangat penting kerana jika hendak menyampaikan mesej atau ucapan apatah lagi di hadapan khalayak ramai walaupun tidak secara bersemuka dan tanpa harus mengeluarkan satu kata pun. Penggunaan ekspresi yang sesuai dan tidak melebih- lebih mempengaruhi mesej yang hendak disampaikan. Selain itu, bahasa tubuh juga merupakan salah satu cara dalam komunikasi non verbal ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan hanya bahasa tubuh, seseorang dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Contohnya, melalui gestur tubuh tertentu sahaja orang lain dapat mengerti maksud daripada gestur dan mesej yang hendak disampaikan. Dalam pada masa yang sama, melalui sentuhan seseorang juga merupakan salah satu contoh dalam komunikasi non verbal ini. Contoh yang sering kita temui di mana-mana saja jenis komunikasi ini adalah ketika seseorang tertawa dan secara spontan menepuk bahu dari lawan bicara , hal ini memberikan makna supaya orang tersebut lawan bicaranya itu menghargai percakapan mereka. Akhir sekali adalah
  • 4. penampilan diri seseorang itu. Melalui penampilan diri juga kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Melalui cara berpakaiannya, sehingga penggunaan solek juga dapat menggambarkan bahawa orang tersebut hendak menyampaikan mesej dan pesanan yang khas. Seperti yang kita tahu bahawa, komunikasi ini merupakan hal yang sangat penting dalam aktiviti seharian kita. Namun demikian, tidak semua orang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan berkesan apatah lagi di depan khalayak ramai. Hal ini merupakan satu kegagalan berkomunikasi. Kefahaman merupakan puncak tujuan dalam sesuatu komunikasi. Gagal dalam menyampaikan maksud merupakan kegagalan komunikasi. Hal ini sudah tentu jelas kerana tujuan kita berkomunikasi adalah untuk menyampaikan mesej kepada penerima dengan harapan ia dapat diulas dan difahami oleh mereka yang mendengar. Sebagai tindak balas kepada kefahaman tersebut, penerima akan memberi reaksi dan gerak balas yang juga bertujuan untuk difahami oleh penyampai (Hashim Shiyuti, 2015). Oleh itu, apakah punca berlakunya kegagalan berkomunikasi . Jika perkara ini terus dibiarkan maka tujuan utama komunikasi untuk semua orang dapat memahami mesej yang hendak disampaikan tidak tercapai. Oleh itu, langkah perlulah diambil untuk mengatasi punca berlakunya kegagalan komunikasi dalam kalangan masyarakat ini.
  • 5. 2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KEGAGALAN DALAM KOMUNIKASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT Kegagalan dalam berkomunikasi berlaku disebabkan oleh beberapa aspek. Punca-punca berlakunya kegagalan berkomunikasi ini berbeza mengikut individu itu sendiri. Terdapat beberapa aspek yang diambil kira yang mempengaruhi komunikasi ini. Berikut merupakan beberapa punca-puncanya : 2.a Manusia Manusia itu sendiri merupakan punca utama berlakunya kegagalan komunikasi dalam kalangan masyarakat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, segala tindakan komunikasi dilakukan oleh manusia. Tambahan pula manusia lah sendiri yang menjadi komunikator dan juga komunikan sekali gus menjalankan proses komunikasi ini. Dalam punca ini juga terdapat juga sub punca kegagalan komunikasi dari aspek manusia ini. Antaranya ialah tingkat pengetahuan seseorang itu. Pengetahuan seseorang itu amat lah penting untuk membolehkan seseorang itu dapat berkomuniksi dengan baik dengan orang lain apatah lagi di hadapan khalayak ramai. Misalnya, mesej yang hendak disampaikan perlulah mengandungi susunan ayat dan fakta serta hujah yang bernas ketika hendak menyampaikan sesuatu mesej kepada orang ramai. Contoh yang dapat diambil adalah ketika seorang pemimpin hendak menyampaikan sesuatu ucapan dalam lingkungan yang begitu banyak, pemimpin tersebut perlu menyampaikan idea yang bernas kepada orang ramai. Namun begitu, perkara ini akan sulit berlaku jika kurangnya keyakinan diri seseorang tersebut. Hal ini sudah tentu menyumbang kepada kegagalan komunikasi. Seseorang yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menyampaikan sesuatu mesej akan membuatkan pihak kedua iaitu pihak pendengar sukar untuk memahami perkara yang cuba untuk disampaikan oleh komunikator. Sikap yang malu untuk bercakap juga merupakan punca yang disebabkan oleh manusia dalam berkomunikasi ini. Hal ini kita dapat lihat daripada suasana di sekolah. Situasi yang mana sebilangan pelajar yang malu untuk tampil bercakap di hadapan orang ramai disebabkan oleh perasaan malu yang kuat menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan percakapan. Seterusnya, punca yang menyebabkan kegagalan komunikasi dalam kalangan masyarakat dari aspek manusia ini juga adalah disebabkan perkembangan manusia. Sememangnya, perkembangan manusia ini mempengaruhi bentuk komunikasi. Masyarakat yang tidak mempunyai tingkat
  • 6. perkembangan atau teknik berkomunikasi yang berkesan juga menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi. Banyak dalam kalangan masyarkat ini yang tidak dan malas untuk mempelajari teknik berkomunikasi yang betul. Oleh itu, mereka sukar untuk mempunyai kebiasaan berucap mahupun bercakap dengan orang ramai menggunakan bahasa yang betul. Di samping itu, tahap penguasaan bahasa seseorang individu juga merupakan salah satu punca kegagalan dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat ini. Menurut Buntat dan Hassan (2003), kegagalan untuk mewujudkan interaksi yang positif menjadi sebab utama kegagalan dalam pekerjaan. Graduan bukan hanya mempunyai masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja tetapi juga dalam Bahasa Melayu (Nurul Salmi & Mohd Isha, 2014; Zainuddin & Ziadatul, 2006). Seperti yang kita tahu bahawa dalam komunikasi ini bukanlah hanya dalam satu bahasa sahaja. Bahkan terlalu banyak bahasa yang ada di dunia ini yang mana ramai orang menggunakan berbagai bahasa untuk berkomunikasi. Seseorang individu yang mempunyai tahap yang rendah penguasaan bahasa membuatkan mereka sukar untuk menginterpretasi dan menterjemahkan sesuatu makna ketika menyampaikan suatu mesej. Keadaan yang kita dapat lihat di Malaysia adalah terdapat banyak jenis bahasa dan dialek-dialek. Contoh yang dapat diambil daripada senario adalah ketika sekelompok orang yang bertutur menggunakan dialek mereka sendiri hal ini dapat menimbulkan kesalahfahaman kepada yang tidak memahami bahasa tersebut. Apatah lagi bahawa ada perkataan yang sama namun bagi sesetengah bahasa lain perkataan tersebut merupakan perkataan yang membawa kepada makna yang tidak baik seperti yang berunsurkan lucah, hinaan dan lain-lain. Di samping itu, punca seterusnya adalah tabiat masyarakat yang terlalu banyak bercakap. Terdapat segelintir masyarakat yang sememangnya mempunyai tabiat ini iaitu tabiat yang suka terlalu banyak bercakap walaupun untuk perkara yanng tidak ada dalam topik. Hal ini menyebabkan perkara yang hendak disampaikan kurang untuk dihadam dan difahami oleh pendengar yang lain. Perkara yang dicampur adukkan bersama dengan hal-hal di luar topik membuatkan mereka yang mendengar sukar untuk memahami perkara sebenar yang hendak disampaikan. Oleh itu, ia menjadi salah satu punca kegagalan komunikasi dalam aspek manusia ini.
  • 7. 2.b Perbezaan Budaya dan Fahaman Selain daripada punca daripada aspek manusia. Terdapat juga punca yang lain yang menyebabkan kegagalam dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat ini . Salah satu aspek yang perlu diambil kira juga adalah daripada aspek perbezaan budaya. Budaya merupakan kepercayaan, nilai dan cara kelakuan yang dikongsi sesebuah masyarakat dan diturunkan dari generasi ke generasi lain (Devito, 2003). Seperti yang kita tahu bahawa di Malaysia kaya dengan budaya dan adat resam. Budaya itu sendiri dapat dinilai sifatnya yang abstrak, kompleks dan luas yang dapat menentukan sifat seseorang itu. Pelbagai etnik dan bahasa-bahasa yang ada di Malaysia. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara ini namun demikian terdapat juga sebilangan rakyat yang menggunakan dia lek negeri mereka untuk bertutur. Kadang kala komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan dialek ini menimbulkan ketidakselesaan kepada sesetengah orang. Tambahan lagi, perbezaan budaya ini mempengaruhi tindakan dan juga perilaku dalam komunikasi individu tersebut kerana pembentukan sesebuah budaya itu sendiri. Terdapat beberapa dialek yang menggunakan nada yang agak kasar namun sebenarnya hal itu merupakan perkara yang biasa bagi etnik mereka namun sebaliknya untuk orang lain yang tidak memahami bahasa tersebut hal akan menganggap bahawa mereka sedang membicarakan perkara yang kasar. Hal ini sudah tentu menjadi kesalahfahaman yang membawa kepada punca kegagalan komunikasi dalam kalangan masyarakat. 2.c Sikap Individu Setiap individu penting dalam bidang komunikasi ini kerana sememangnya kelancaran proses komunikasi itu bergantung kepada sikap individu itu sendiri. Salah satu juga punca kegagalan komunikasi dalam kalangan masyarakat. Tidak semua orang memiliki sifat yang peramah, mesra dan mudah bergaul. Sikap-sikap seperti itu diperlukan untuk dapat menyampaikan mesej dan bercakap atau memulakan perbualan bersama orang lain agar suasana yang mesra dapat diwujudkan. Namun begitu, terdapat juga segelintir mereka yang cara bertuturnya agak kasar dan tidak ramah kepada orang lain menyebabkan proses komunikasi itu terhambat. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap individu itu sendiri yang tidak menghargai perbualan dan bersikap dingin, acuh tak acuh serta tertutup untuk menerima pendapat orang mahupun percakapan dalam perbualan semasa. Perkara ini sudah tentu membuatkan mereka tidak berasa nyaman untuk meneruskan perbualan.
  • 8. 2. d Persepsi dan Pandangan Negatif Dalam menjalankan proses komunikasi berkesan pihak komunikator ataupun pihak penutur memainkan peranan penting dalam menghasilkan komunikasi tersebut. Namun begitu, akan wujud beberapa persepsi dan juga pandangan yang negatif yang diberikan oleh pihak kedua ataupun komunikan. Hal ini dikatakan demikian kerana persepsi individu tersebut ketika sedang berada dalam proses komunikasi dapat mempengaruhi, menghambat bahkan memutuskan komunikasi yang sedang dilakukan. Persepsi negatif yang diberikan kepada pihak pertama yang menutur akan menghilangkan perasaan percaya diri mereka. Sebagai contoh yag kita dapat lihat di sini adalah persepsi seperti memberikan komen yang pedas, menganggap bahawa segala kata-kata yang diucapkan hanya lah sebuah kata-kata yang tidak berguna. 2.e Hubungan Hubungan di antara pihak penutur dan pihak pendengar ataupu dikenali sebagi pihak komunikator dan juga komunikan juga merupakan satu punca. Hubungan yang baik di antara individu pada suatu proses komunikasi sememangnya mempengaruhi setiap keadaan yang sedang dihadapi ketika sedang berinteraksi dan juga berkomunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi mereka yang mempunyai hubungan baik segala proses komunikasi tersebut akan lebih baik. Namun sebaliknya pula kepada mereka yang tidak saling mengenali dan baru berkenalan. Sudah tentu suatu proses komunikasi tersebut tidak akan berjalan dengan lancar kerana penggunaan bahasa yang formal dan akan menghambat suasana interaksi tersebut. Namun demikian, bagi mereka yang tidak mempunyai hubungan yang baik sesama mereka juga akan menyebabkan proses komunikasi ini terbantut. Hal ini disebabkan kerana mereka kurang senang saling berinteraksi. Ditambah lagi, komunikasi dengan orang yang suda saling mengenali sejak lama lagi ini cenderung kepada penggunaan bahasa yang tidak formal dan kasar kerana menganggap bahawa itu hanyalah sekadar gurauan. Namun tanpa disedari perkara itu juga mampu untuk menghambat suasana proses komunikasi tersebut. 2.f Isi Mesej Yang Disampaikan Dalam pada masa yang sama, isi kandungan sesuatu mesej yang hendak disampaikan juga dapat mempengaruhi teknik komunikasi yang berkesan kepada seseorang individu tersebut. Sememangnya, mesej dan cara penyampaian sesuatu mesej itu sangat penting kerana ia mempengaruhi reaksi para pendengar atau pun
  • 9. pihak kedua. Contohnya, isi mesej yang menggembirakan akan disertai dengan gerak tubuh badan dan riak wajah seseorang yang berseri dan lantang. Namun sebaliknya, jika mesej yang hendak disampaikan dengan keadaan yang marah. Hal ini sudah tentu membuatkan pihak kedua yang mendengar akan berasa kurang selesa dan cuba keluar dari suasana tersebutdan ini sudah pasti membuatkan proses komunikasi itu juga terhambat. Proses penyampaian mesej ini penting kerana ada sgelintir orang yang menggunakan pola penyampaian yang kurang sesuai digunakan. Mesej yang terlalu banyak dan padat juga jika tidak disampaikan dengan baik membuatkan mereka kebingungan untuk menerima perkara yang cuba disampaikan. 2.g Gangguan Komunikasi Akhir sekali, punca yang juga menyumbang kepada kegagalan dalam berkomunikasi juga adalah gangguan komunikasi. Lazimmnya, perkara ini berlaku jika seseorang tersebut hendak menyampaikan sesuatu melalui mikrofon atau lain- lain. Hal ini sudah tentu menganggu kerana perkara yang hendaak disampaikan terganggu oleh suara-suara yang berasal dari sumber alat teknikal. 3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PUNCA KEGAGALAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT. Oleh kerana komunikasi ini penting, jika dibiarkan maka tujuan komunikasi pada asalnya juga tidak tercapai . Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak bagi mengatasi punca kegagalan komunikasi itu sendiri. Oleh kerana setiap individu terlibat dalam proses komunikasi ini, maka setiap individu itu haruslah mengambil peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Tindakan yang perlu diambil adalah fokus kepada menyampaikan. Oleh kerana punca terbesar adalah disebabakan oleh perasaan tidak percaya diri untuk bercakap di hadapan khalayak ramai, oleh yang demikian perkara ini perlu diambil berat. Hal yang perlu dilakukan adalah sebelum memulakan sesi komunikasi, para penutur perlu memeriksa dan menyemak kembali niat pertama dan melihat pada perspektif yang lebih dalam . Setiap individu yang berfungsi sebagai komunikator perlu lah menyampaikan mesej yang hendak disampaikan secara bersemuka dan matlamat yang ingin dicapai dari komunikasi yang dilakukan adalah hal yang terbaik untuk menyampaikan mesej.
  • 10. Selain itu, meningkatkan tahap penguasaan bahasa seseorang individu juga merupakan salah satu langkah mengatasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, komunikasi boleh terhambat kerana penggunaan bahasa yang berbeza. Oleh hal yang demikian, jika penggunaan bahasa seseorang tersebut berada di tahap yang baik maka mesej yang hendak disampaikan akan lebih mudah. Komunikan juga dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Perkara ini memudahkan para komunikator dalam mengintepretasikan dan menterjemahkan sesuatu makna yang lebih luas kepada pihak pendengar. Di samping itu, penggunaan bahasa atau perkataan yang mudah difahami bersama dan lebih spesifik juga perlu dilakukan oleh setiap individu sebagai komunikator. Beberapa perkara perlu dielakkan jika hendak menyampaikan sesuatu mesej seperti perkataan yang menunjukkan double-meaning dan susah difahami. Hal ini bagi mengelakkan proses komunikasi yang berlaku tidak tergantung dan tidak terhambat. Dalam pada masa yang sama, ia juga penting untuk membuatkan mereka faham perkara yang disampaikan. Selain itu, para komunikator perlu lah membuka peluang untuk penerima agar dapat menanyakan soalan atau meminta penjelasan akan perkara yang disampaikan agar proses komunikasi yang melibatkan dua pihak atau lebih dan terlaksana. Hal ini juga bagi membuatkan para komunikator yang kurang berkeyakinan dan tidak percaya diri dapat membiasakan diri mereka dalam suasana komunikasi yang meriah. Akhir sekali , pihak kerajaan mahupun swasta perlu mewujudkan satu pusat latihan untuk memberikan pendedahan tentang komunikasi berkesan kepada semua lapisan masyarakat. Pusat latihan ini dapat membantu mereka yang kurang mengetahui dan tidak mempunyai keyakinan diri yang kuat untuk belajar berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Seperti yang kita tahu bahawa komunikasi bukan sahaja digunakan pada perbualan biasa sahaja namun komunikasi berkesan ini juga penting dalam bidang-bidang besar seperti bidang perniagaan, pendidikan, perubatan dan lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian, mereka akan lebih terlatih cara-cara berkomunikasi yang lebih serta penggunaan bahasa atau perkataan dan meningkatkan percaya diri mereka dalam menghadapi hal-hal yang melibatkan khalayak ramai.
  • 11. 4.0 KESIMPULAN Kemahiran berkomunikasi sememangnya sangat penting untuk kita. Hal ini disebabkan kita hidup dalam bermasyarakat yang mana komunikasi merupakan salah satu tindakan dan proses yang akan dihadapi oleh setiap kita. Tidak dinafikan bahawa komunikasi banyak memberikan kepentingan dalam kehidupan seharian kita kerana manusia akan berhubung antara satu sama lain dalam melaksanakan suatu tugas. Bukan itu sahaja komunikasi yang berkesan juga dapat mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik. Kebolehan berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang patut dimiliki oleh semua orang ( Al. Ramaiah, 1999). Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa komunikasi berperanan dalam menjalinkan hubungan, walaupun demikian bahawa pertalian darah merupakan ikatan bilogikal bagi semua orang namun komunikasi mampu mengeratkan dan menjalin hubungan yang baik di antara kalangan manusia. Dengan adanya, bidang komunikasi ini semua komunikator dapat menyampaikan mesej mereka dengan jelas dan mudah difahami.
  • 12. 5. 0 BIBLIOGRAFI Amir Aris & Rozelan Yunus (September 2016), Komunikasi Berkesan ( online ), Available at https://www.researchgate.net/publication/308414649_. Accessed at 21 May 2022 Nur Syuhada Samsir ( 2019), Punca Masalah Komunikasi (online), Available at https://prezi.com/p/jbq3k9uv0fbp/punca-masalah-komunikasi/ . Accessed at 22 May 2022 Merdeka. Com ( 2012), 6 Cara Mengatasi Masalah Komunikasi ( online ), Available at https://m.merdeka.com/gaya/6-cara-mengatasi-masalah-komunikasi.html. Accessed at 22 May 2022 Amir Firdaus Fate (2012), Perbezaan Antara Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan ( online). Available at https://www.scribd.com/doc/87965370/Perbezaan-Antara- Komunikasi-Lisan-Dan-Bukan-Lisan . Accessed at 21 May 2022 Dr Ahmad Sauffiyan Hasan ( 2019 ), Kepentingan Komunikasi Bersemuka, ( online). Available at https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kepentingan-komunikasi- bersemuka-196108 . Accessed at 20 May 2022 Myscorecard ( 2021 ), Cara Mengatasi Hambatan Komunikasi Dalam Perusahaan, (online), Available at https://my-scorecard.com/blog/cara-mengatasi-hambatan- komunikasi-dalam-perusahaan.html . Accessed at 20 May 2022 Seni Komunikasi ( 2021 ), Jenis-jenis Komunikasi dan Contohnya (online), Available at https://senikomunikasi.com/jenis-jenis-komunikasi-dan-contohnya/ . Accessed at 20 May 2022.