Surat pendek Al-‘Asr menyatakan bahwa manusia secara umum berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran. Surat ini menekankan pentingnya iman, amal saleh, dan dakwah kebenaran sebagai jalan untuk menghindari kerugian.
2. Bengkel Tadabbur Surah al-‘Asr IPTC 2017 2
IBRAH SURAH AL-‘ASR
ﺣﺘﻰ ﻳﻔﱰﻗﺎ مل اﻟﺘﻘﻴﺎ إذا وﺳﻠﻢ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﻠﻪ ﺻﲆ اﻟﻨﺒﻲ أﺻﺤﺎب ﻣﻦ اﻟﺮﺟﻼن ﻛﺎن
اﻵﺧﺮ ﻋﲆ أﺣﺪﻫام ﻳﻘﺮأ
““Kalau dua orang sahabat Rasulullah SAW bertemu, mereka tidak akan
berpisah melainkan salah seorang di antara mereka membaca Surat Al-‘Ashr
antara satu sama lain terlebih dahulu, kemudian barulah mereka mengucapkan
salam tanda berpisah.”
(Athar dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam al-Awsath dan al-Baihaqi dalam al-Sya’b dari Abu
Huzaifah al-Yamani serta al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah)
ﻟﻮﺮّﺑﺗﺪاﻟﻨﺎسﻫﺬهاﻟﺴﻮرةﻢُﻬْﺘَﻌِﺳَﻮَﻟوﻟﻮملﻳﻨﺰلإﻟﻴﻬﻢإﻻﻫﻲﻟﻜﻔﺘﻬﻢوإﻧﻬﺎ
ﺷﻤﻠﺖﺟﻤﻴﻊﻋﻠﻮماﻟﻘﺮآن
"Seandainya tidak turun kepada manusia kecuali surah ini, nescaya ia sudah
cukup bagi mereka." al-Imam al-Syafie
(direkodkan oleh al-Tabrani dari Hammad bin Salmah dari Thabit dari Ubaidullah bin Hashn)
"Beriman sahaja tidak memadai. Beramal soleh sahaja tidak memadai.
Keempat-empat unsur ini mesti dipenuhi kesemuanya. Keimanan seseorang
perlulah dibuktikan dengan tekad dan perbuatan sehingga kaum mukminin
tidak berada berasingan bahkan memfungsikan dirinya di tengah-tengah
kehidupan bermasyarakat." - Syekh Muhammad al-Ghazali, surah al-'Asr
3. Bengkel Tadabbur Surah al-‘Asr IPTC 2017 3
IBRAH SURAH AL-‘ASR
Disediakan oleh : Syaari Ab Rahman1
Nas Surat Al-`Aşr (The Declining Day) - اﻟﻌﴫ ﺳﻮرة
اﻟﺮﺣﻴﻢ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﻠﻪ ﺑﺴﻢ
103:1
(Aku bersumpah) Demi al-Asr!
103:2
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian yang nyata
103:3
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
1
Syaari Ab Rahman merupakan Principal Trainer Ibrah Paradigm Training & Consultancy sedang melanjutkan pengajian
Sarjana dalam bidang Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia, kolumnis majalah Al-Ustaz terbitan Telaga Biru, penyampai
segmen “Ibrah” di radio IKIM.fm sejak 2013-2016 dan penulis buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan “Berfikir Gaya
Al-Fateh” terbitan PTS Milennia. Beliau boleh ditemui di laman Facebook beliau iaitu “Syaari Ab Rahman” serta blog syarikat
beliau, www.ibrahparadigm.com.my.
6. Bengkel Tadabbur Surah al-‘Asr IPTC 2017 6
PENGENALAN
1. Surah ini sangat singkat, mempunyai 3 ayat, 68 huruf dan 14 kalimah
sahaja, namun mesejnya merangkumi semua aktiviti manusia tidak
mengira waktu dan tempat.
2. Al-Alusi dan Ibnu Asyur menyatakan ia sebagai surah ke 13 turun kepada
Rasulullah di awal Makkiyah selepas surah al-Syarh dan al-Dhuha dan
sebelum surah al-'Adiyat yang menekankan persoalan motivasi
pendakwah dan gerakan dakwah itu sendiri.
3. Surah ke 103 dalam juzuk 30 selepas surah al-Takathur dan sebelum al-
Humazah.
4. Al-Hafiz Ibnu Kathir merakamkan dalam tafsirnya hadis mengenai para
Sahabah tidak akan berpisah sesama mereka selepas sesuatu pertemuan
melainkan akan dibaca sesama mereka sehingga sempurna surah al-Asr
dan kemudiannya kesemua mereka akan saling memberi salam antara
satu sama lain.
5. Ternyata para Sahabah membaca surah al-Asr selepas majlis bersama
Rasulullah dalam membentuk membacakan kepada sesama mereka
sehingga bacaan itu menjadi peringatan berharga sesama mereka, dan
bukannya hanya dibaca di bibir sahaja tanpa penghayatan atau sekadar
bacaan yang bergema di telinga pembacanya sahaja tanpa digemakan ke
telinga orang lain.
6. Almarhum Syed Qutb pula menyatakan surah ini dibaca sesama para
Sahabah seolah-olah untuk memperbaharui baiah mereka kepada
Rasulullah bagi meneruskan perjuangan dakwah ketika bersama atau
ketika baginda sudah tiada.
.