Publicité
Publicité

Contenu connexe

Publicité

A177929 laporan pengangkutan sri gombak

  1. ISU PENGANGKUTAN JALAN RAYA : PENGANGKUTAN AKTIF & PASIF 01 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN 02
  2. Kesesakan Lalu Lintas Peningkatan Kenderaan pada waktu puncak : Pagi & Petang Kelemahan pengurusan pengangkutan awam Penyelengaraan yang tidak sistematik
  3. Gambar ini telah menunjukkan kesesakan lalu lintas di Taman Sri Gombak dan kawasan sekitarnya. Kesesakan ini adalah berpunca akibat pertambahan pembangunan perumahan di Gombak telah mengakibatkan peningkatan kuantiti kenderaan diatas jalan raya terutamanya pada waktu puncak iaitu pagi dan petang. Kawasan Sri Gombak merupakan kawasan yang terletak diantara sempadan Kuala Lumpur dan Selangor, hal ini telah menyebabkan peningkatan kapasiti pengguna diatas jalan raya.
  4. Gambar dibawah menunjukkan kerosakkan yang berlaku pada jalan raya di Taman Sri Gombak dan kawasan sekitarnya. Kerosakkan yang berlaku ini adalah disebabkan peningkatan penggunaan trafik dan kenderaan yang melalui kawasan tersebut telah melebihi kapisiti berat yang menyebabkan jalan menjadi pecah. Selain itu, waktu penyelengaraan yang tidak tepat akan merisikokan keselamatan pengguna diatas jalan raya terutamanya pada waktu puncak.
  5. Di Sri Gombak terdapatnya pelbagai kemudahan pengangkutan terutamanya pengangkutan awam kerana Gombak merupakah hub depoh bas Rapid KL dan mempunyai Stesen Terminal LRT bersepadu Gombak. Namun begitu, disebabkan peningkatan pembangunan perumahan meningkat berdasarkan luar kapasiti kawasan telah menjadikan kawasan ini menjadi padat yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Selain itu, masyarakat menggunakan kemudahan pengangkutan awam disebabkan Kuala Lumpur padat dengan pembangunan yang menyebabkan lalu lintas sesak dan kekurangan kawasan parkir. Sistem pengangkutan awam ini perlu dipertingkatkan pengurusannya dengan menambah kekerapan jadual waktu pergerakkan bagi mengelakkan kesesakan manusia di terminal.
  6. Kawasan ini mempunyai pelbagai perkhidmata fasiliti awam terutamanya untuk pejalan kaki. Jejantas banyak dibina di kawasan jalan yang berisiko tinggi untuk pejalan kaki meretasi jalan. Namun begitu, sikap rakyat Malaysia tidak ambil peduli tentang kemudahan jejantas akan merisiko keselamatan mereka, mungkin juga disebabkan oleh reka bentuk jejantas yang terlalu tinggi. Bagi laluan basikal pula, di kawasan Sri Gombak tiada laluan basikal. Mungkin disebabkan faktor bentuk muka bumi kawasan berbukit, kurangnya masyarakat berbasikal di kawasan ini. - PEJALAN KAKI - BASIKAL
  7. Kawasan Sri Gombak ini merupakan satu laluan utama yang menghubungkan sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, Hal ini menyebabkan ramai pengguna melalui jalan tersebut bagi tujuan masing-masing. Namun begitu, kawasan pembangunan dilitupi dengan permukaan yang bertar dan bersimen menyebabkan larian air permukaan menjadi tinggi dan kadar susupan air menjadi rendah. Sistem perparitan seperti longkang amat memainkan peranan kerana akan menyebabkan banjir kilat.
  8. - Menyelenggara perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi mesra alam bagi melindungi Alam sekitar. - Menyelenggara jalan secara sistematik dan cekap bagi menjamin keselamatan jalan raya, dengan penggunaan teknologi bagi mengesan jalan yang rosak untuk dibaikpulih. Contohnya : lampu jalan, jalan berlubang - Menambah kamera CCTV trafik bagi tujuan pemantauan trafik dan keselamatan pengguna jalan raya - Menambahkan bilangan pengangkutan awam dan mengkerapkan lagi jadual perjalanan pengangkutan. Contohnya bas atau LRT pada setiap 5 minit atau 10 minit bagi mengelakkan kesesakan manusia di sesuatu tempat.
  9. Pembinaan Flyover bagi mengelakkan berlakunya kesesakan kenderaan di atas jalanraya. Flyover juga berfungsi untuk memanjangkan ruang jalan bagi mengelakkan berlakunya Kesesakan lalu lintas. Selain itu, terdapatnya beberapa flyover ini merupakan jalan Alternatif untuk ke sesuatu kawasan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang berat setempat. PEMBINAAN FLYOVER
  10. Pembinaan Lorong basikal amat digalakkan hal ini kerana penggunaan pengangkutan Aktif amat baik terutamanya dalam aspek kesihatan manusia di samping memelihara kualiti alam sekitar. Selain itu, pembinaan Lorong basikal ini memberi jaminan keselamatan kepada pengguna basikal. PEMBINAAN LORONG BASIKAL
  11. Pembinaan Lorong Pejalan Kaki perlu ditambah, kerana pengguna pengangkutan aktif pejalan kaki dan menggunakan alternatif perkhidmatan pengangkutan awam adalah tinggi peratusannya. Pembinaan penambahan kuantiti Lorong pejalan kaki akan menjamin keselamatan pejalan kaki dari Cuaca panas atau hujan dan risiko jenayah ragut. PEMBINAAN LORONG PEJALAN KAKI
Publicité