SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
1
NOMBOR
SURAH
NAMA
SURAH
TERTIB
PENURUNAN
JUMLAH
AYAT
JUMLAH
PERKATAAN
JUMLAH
HURUF
TEMPAT
DITURUNKAN
1 Al-Fatihah 5 7 29 139 Makkah
2 Al-Baqarah 87 286 6144 25613 Madinah
3 Ali Imran 89 200 3503 14605 Madinah
4 An-Nisa' 92 176 3712 15937 Madinah
5 Al-Maidah 112 120 2837 11892 Madinah
6 Al-An'am 55 165 3055 12418 Makkah
7 Al-A'raf 39 206 3344 14071 Makkah
8 Al-Anfal 88 75 1243 5299 Madinah
9 At-Taubah 113 129 2506 10873 Madinah
10 Yunus 51 109 1841 7425 Makkah
11 Hud 52 123 1947 7633 Makkah
12 Yusuf 53 111 1795 7125 Makkah
13 Al-Ra'd 96 43 854 3450 Madinah
14 Ibrahim 72 52 831 3461 Makkah
15 Al-Hijr 54 99 658 2797 Makkah
16 Al-Nahl 70 128 1845 7642 Makkah
17 Al-Isra' 50 111 1559 6480 Makkah
18 Al-Kahfi 69 110 1583 6425 Makkah
19 Maryam 44 98 972 3835 Makkah
20 Thoha 45 135 1354 5288 Makkah
21 Al-Anbiya' 73 112 1174 4925 Makkah
22 Al-Hajj 103 78 1279 5196 Madinah
23 Al-Mu'minun 74 118 1051 4354 Makkah
24 An-Nuur 102 64 1317 5596 Madinah
25 Al-Furqan 42 77 896 3786 Makkah
26 Asy-Syu'ara' 47 227 1322 5517 Makkah
27 Al-Naml 48 93 1165 4679 Makkah
28 Al-Qashash 49 88 1441 5791 Makkah
29 Al-'Ankabut 85 69 982 4200 Makkah
30 Ar-Ruum 84 60 818 3388 Makkah
31 Luqman 57 34 550 2121 Makkah
32 As-Sajadah 75 30 374 1523 Makkah
33 Al-Ahzab 90 73 1303 5618 Madinah
34 Saba' 58 54 884 3510 Makkah
35 Fathir 43 45 780 3159 Makkah
36 Yaasin 41 83 733 2988 Makkah
37 As-Shaffat 56 182 865 3790 Makkah
38 Shad 38 88 735 2991 Makkah
39 Az-Zumar 59 75 1177 4741 Makkah
40 Ghafir 60 85 1228 4984 Makkah
41 Fushilat 61 54 796 3282 Makkah
42 Asy-Syura 62 53 860 3431 Makkah
43 Az-Zukhruf 63 89 837 3508 Makkah
44 Ad-Dhuhan 64 59 346 1439 Makkah
45 Al-Jaathiah 65 37 488 2014 Makkah
46 Al-Ahqaf 66 35 646 2602 Makkah
47 Muhammad 95 38 542 2360 Madinah
48 Al-Fathu 111 29 560 2456 Madinah
49 Al-Hujarat 106 18 353 1493 Madinah
50 Qaf 34 45 373 1473 Makkah
51 Az-Zariyat 67 60 360 1510 Makkah
52 At-Thur 76 49 312 1293 Makkah
53 An-Najm 23 62 359 1405 Makkah
54 Al-Qamar 37 55 342 1438 Makkah
55 Ar-Rahman 97 78 352 1585 Madinah
56 Al-Waqiah 46 96 379 1692 Makkah
57 Al-Hadid 94 29 575 2475 Madinah
58 Al-Mujadalah 105 22 475 1991 Madinah
59 al-Hasyr 101 24 447 1913 Madinah
60 Al-Mumtahinah 91 13 352 1519 Madinah
2
NOMBOR
SURAH
NAMA
SURAH
TERTIB
PENURUNAN
JUMLAH
AYAT
JUMLAH
PERKATAAN
JUMLAH
HURUF
TEMPAT
DITURUNKAN
61 As-Shaf 109 14 226 936 Madinah
62 Al-Jumuah 110 11 177 749 Madinah
63 Al-Munafiqun 104 11 180 780 Madinah
64 At-Thaghabun 108 18 242 1066 Madinah
65 At-Thalaq 99 12 279 1170 Madinah
66 At-Tahrim 107 12 254 1067 Madinah
67 Al-Mulk 77 30 337 1316 Makkah
68 Al-Qalam 2 52 301 1258 Makkah
69 Al-Haqqah 78 52 261 1107 Makkah
70 Al-Ma'arij 79 44 217 947 Makkah
71 Nuh 71 28 227 947 Makkah
72 Al-Jin 40 28 286 1089 Makkah
73 Al-Muzammil 3 20 200 840 Makkah
74 Al-Mudathir 4 56 256 1015 Makkah
75 Al-Qiamah 31 40 164 664 Makkah
76 Al-Insan 98 31 243 1065 Madinah
77 Al-Mursalat 33 50 181 815 Makkah
78 An-Naba' 80 40 174 766 Makkah
79 An-Naaziat 81 46 179 762 Makkah
80 'Abasa 24 42 133 538 Makkah
81 At-Takwir 7 29 104 425 Makkah
82 Al-Infithar 82 19 81 326 Makkah
83 Al-Mutaffifin 86 36 169 740 Makkah
84 Al-Insyiqaq 83 25 108 436 Makkah
85 Al-Buruj 27 22 109 459 Makkah
86 At-Tariq 36 17 61 249 Makkah
87 Al-A'la 8 19 72 293 Makkah
88 Al-Ghasyiah 68 26 92 378 Makkah
89 Al-Fajr 10 30 139 573 Makkah
90 Al-Balad 35 20 82 335 Makkah
91 Asy-Syams 26 15 54 249 Makkah
92 Al-Lail 9 21 71 312 Makkah
93 Ad-Dhuha 11 11 40 164 Makkah
94 Asy-Syarh 12 8 27 102 Makkah
95 At-Tin 28 8 34 156 Makkah
96 Al-'Alaq 19 72 281 Makkah
97 Al-Qadr 25 5 30 112 Makkah
98 Al-Baiyinah 100 8 94 394 Madinah
99 Al-Zalzalah 93 8 36 156 Madinah
100 Al-'Adiyat 14 11 40 164 Makkah
101 Al-Qaari'ah 30 11 36 158 Makkah
102 At-Takastur 16 8 28 122 Makkah
103 Al-'Asr 13 3 14 70 Makkah
104 Al-Humazah 32 9 33 133 Makkah
105 Al-Fil 19 5 23 96 Makkah
106 Quraisy 29 4 17 73 Makkah
107 Al-Ma'un 17 7 25 112 Makkah
108 Al-Kauthar 15 3 10 42 Makkah
109 Al-Kafirun 18 6 27 95 Makkah
110 An-Nasr 114 3 19 79 Madinah
111 Al-Masad 6 5 29 81 Makkah
112 Al-Ikhlas 22 4 15 47 Makkah
113 Al-Falaq 20 5 23 71 Makkah
114 An-Nas 21 6 20 80 Makkah
6555 6555 6236 77845 322604
3
Biodata Ringkas Al-Quran
Tarikh Diturunkan : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)
Tempoh Penurunan : 23 tahun
12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah
9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah
Ayat Terawal : Surah Al-'Alaq ayat 1-5 di Gua Hira'
Ayat Terakhir : Khilaf dikalangan ulama' ada yang mengatakan ayat 3 surah al-
Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah..
Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat 281 surah adalah yang
terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan
Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata :
"Ayat yang terakhir ialah ayat 281 Surah Al-Baqarah yang diturunkan pada malam ke 9
sebelum wafatnya Rasulullah".
Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3 Surah Al-
Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari
sebelum kewafatan baginda.
Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah
sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak
menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt
ayat 281 surah Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat
yang terakhir diturunkan.
Bahasa Pengantar : Bahasa Arab
Jumlah Ayat : 6236 ayat, (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)
Bilangan Juzuk : 30
Jumlah Surah : 114
Ayat Makkiah : 86
Ayat Madaniah : 28
4
Hukum-Hakam Al-Quran
a) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan Hari
Qiamat
b) Hukum yang berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan manusia iaitu
persoalan Akhlak dan Tasauf
c) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf iaitu :
Pertama : Hukum yang berkaitan dengan hubungan makhluk dengan pencipta iaitu
Ibadah spt solat dan puasa
Kedua : Hukum yang berkaitan dengan hubungan di antara seorang dengan individu
lain atau seorang dengan masyarakat atau masayarakat dengan mesyarakat lain
(negara lain). Ia dikenali sebagai Muamalat dan terbahagi kepada ;
a) Hukum yang berkaitan dengan hubungan seseorang kerana harta spt jualbeli, gadai
dsb yang dikenali sebagai Kanun Madani (lebih kurang 70 ayat)
b) Hukum yang berkaitan dengan kesaksian, pengakuan dan penghakiman yang
dikenali sebagai Kanun Al-Murafaat (lebih kurang 13 ayat)
c) Hukum yang berkaitan dengan jenayah dan kesalahan yang dikenali sebagai Kanun
Al-Jinaie al-Islami (lebih kurang 30 ayat)
d) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan yang menerangkan tentang hak-hak
dan kewajipan individu dalam Islam, persoalan nikahcerai dsb yang dikenali sebagai
Fiqh Akhwal Syahsiyyah atau Fiqh Usrah (lebih kurang 70 ayat)
e) Hukum yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan spt hubungan dan kewajipan
pemerintah dan rakyat yang dikenali sebagai Kanun Al-Dusturi
(lebih kurang 10 ayat)
f) Hukum yang berkaitan dengan Ekonomi yang dikenali sebagai Kanun Al-
Iqtishadiyah (lebih kurang 10 ayat)
5
Ciri-Ciri Ayat Makkiah
1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah
2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah.
3. Setiap surah yang terdapat perkataan "Wahai sekelian manusia" kecuali surah Al-
Hajj
4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al-
Baqarah
5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah
6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnya
kecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran
7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan diri
kepada Allah serta menceritakan tentang alam semester
8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas hukum syara' dan akhlak
serta jenayah
Ciri-Ciri Ayat Madaniah
1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud
2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut
3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab
4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan,
mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubungan
antarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian.
5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkari
para Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkan
kepada Islam
6
6. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahaya
mereka kepada umat Islam
BAGAIMANA BERLAKUNYA HARI KIAMAT
KEJADIAN yang maha dahsyat dan maha pedih akan tetap berlaku seperti yang
dijanjikan Allah SWT kepada manusia di dalam Al-Quran. Ia mempunyai
berbagai nama yang hebat seperti Al-Haqqah(sesuatu yang pasti datang), Al-
Qari’ah(pengegar), Al-Fauzul Akhbar (kegemparan yang
maha dahsyat), Al-Zalzalah (gempa kegoncangan bumi), Al-Shaakhkhah (hari yang
memekakkantelinga) serta berbagai nama lagi. Semua nama yang diberikan itu
sebagai menggambarkan kepadakita betapa dahsyatnya hari kiamat itu.
Di saat itu bumi akan bergoncang dengan hebatnya, gunung-ganang berterbangan
meletus menjadi abu, terjadi letupan yang luar biasa di langit dan di bumi,
kilat dan guruh yang luar biasa tajamnya akan berlaku hingga akan membutakan
mata manusia yang ada. Jantung dan hati manusia pula remuk redam dan hancur
akibat ketakutan yang amat sangat. Firman Allah yang bermaksud :








Sesungguhnya kegoncangan pada hari Kiamat itu adalah satu peristiwa yang
besar (dahsyat sekali). Pada hari itu engkau semua akan melihat
kaum wanita akan melupakan anak susuannya dan semua wanita yang hamil akan
melahirkan kandungannya. Juga semua manusia berada dalam kemabukkan padahal
sebenarnya mereka itu bukan mabuk melainkan siksa Allah SWT yang sangat
besarnya―.
Surah Al-Haj : Ayat 1 – 2
Tiupan Sangkakala (Nafiri)
Setelah sampai waktunya dan Allah SWT telah pasti tentang bahawa kiamat akan
berlaku pada masa tersebut, Dia akan memerintahkan Malaikat Israfil supaya
meniupkan sangkakala atau disebut juga sebagai Shur yakni terompet berbentuk
seakan-akan tanduk dan amat besar sekali saiznya.
7
Tiupan akan dilakukan sebanyak dua kali atas perintah Allah SWT. Tiupan kali
pertama adalah sebagai isyarat kepada terjadinya hari Kiamat di mana apabila
ia ditiup, bumi akan bergoncangdengan sehebat-hebatnya. Gunung ganang
bergoncang dan berpecah belah, sementara matahari, bulan, bintang-bintang dan
seluruh planet menjadi kacau bilau dan tidak menentu pergerakan dan
perjalanannya.
Makhluk lain seperti manusia, binatang dan tumbuhan pula berada dalam
ketakutan yang amat sangat hingga ada yang mati kerana terkejut. Ini
telah dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud :




87. Dan (Ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, Maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi,
kecuali siapa yang dikehendaki Allah. dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri
Surah An-Naml : Ayat 87
Kemudian dalam keadaan kacau bilau dan huru hara yang tak menentu itu, Allah
SWT akan memerintahkan untuk tiupan kali kedua. Tiupan
ini akan mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Manusia, haiwan,
tumbuhan termasuk jin dan iblis. Semua bintang-bintang
dan planet akan berhenti beredar. Semua air di lautan dan celah-celah bukit
dan gunung berhenti mengalir. Begitu juga dengan matahari dan bulan
semuanya dimatikan cahayanya dan jatuh berguguran ke bumi. Lamanya tempoh
masa yang ditetapkan antara dua tiupan itu tidaklah diketahui dengan tepat
oleh semua makhluk melainkan Allah SWT. Walaubagaimanapun daripada
riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a berkata :
Bahawa lamanya antara dua tiupan itu ialah
40. Ketika ditanyakan orang apakah 40 hari. Abu Hurairah berkata ‘aku
lupa’. Ketika ditanyakan adakah 40 bulan. Abu Hurairah
menjawab ‘aku lupa’. Kemudian ketika ditanyaadakah 40 tahun. Ia menjawab
‘aku lupa’. 
Ini menunjukkan semua itu tetap menjadi rahsia Allah SWT. Menurut satu hadis
yang diriwayatka oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a :
Bahawa sesudah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala dan seluruh isi langit
dan isi bumi mati serentak, maka Malaikat Izrail (Malaikat
Maut) akan datang kepada Allah SWT dan melaporkan, “Ya Allah, semuanya
telah mati melainkan Engkau kerana Engkau zat Yang Maha
Hidup, berdiri sendiri dan tidak mati selama-lamanya. Juga yang masih hidup
ialah Malaikat-Malaikat yang mendukung Arasy
(Hamlatul-Arsy), Jibrail, Mikail dan aku sendiri―.
Maka Allah SWT memerintahkan supaya dimatikan Jibrail dan Mikail. Lalu
matilah kedua malaikat itu. Kemudian Allah SWT memerintahkan pula
8
supaya dimatikan Malaikat Hamlatul-Arsy. Malaikat Izrail lalu mematikannya.
Allah perintahkan Arsy supaya merampas sangkakala yang ada di tangan Malaikat
Israfil dan mematikannya. Maka matilah Malaikat Israfil. Kemudian Malaikat
Izrail akan mengadap Allah SWT dan berkata :
Telah mati semua yang masih hidup kecuali Engkau Zat Yang tetap Hidup dan
juga saya―. Berkatalah Allah kepada Malaikat Izrail, ‘Kamu juga adalah
sebahagian dari makhlukKu maka engkau juga harus mati’.  Maka matilah
Malaikat Izrail.
Pada masa itu hanya Allah SWT sebagai Zat Yang Kekal sahaja yang tetap hidup
dan akan terus hidup. Lalu Allah SWT akan menggulung bumi dan
langit seperti menggulung kertas. Ini seperti
yang disebutkan dalam surah Al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud :
Pada hari Kami lipat langit seperti melipat daftar buku-buku. Sebagaimana
Kami mulai permulaan makhluk, begitu pula Kami mengulanginya. (Itulah) janji
Kami. Sesungguhnya Kami (mesti) akan menunaikannya―.
Apakah yang akan berlaku selepas ini? Demikian
pertanyaan Allah SWT yang diulangi sebanyak tiga
kali berturut-turut. Kemudian Allah menjawab kepada dirinya sendiri :




16. (yaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi
Allah. (lalu Allah berfirman): "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi
Maha Mengalahkan.
Surah Al-Mukmin : Ayat 16
Lalu Allah SWT menggantikan bumi yang telah musnah itu dengan bumi yang baru
di mana ianya hanya mendatar dan rata sesayup mata memandang tanpa menurun
atau menanjak. Begitu juga dengan langit yang dipenuhi dengan planet dan
bintang-bintang yang baru belaka.
Lalu selepas itu barulah dihidupkan kembali semua makhluk yang lain. Tumbuh-
tumbuhan, binatang, jin dan iblis serta seluruh Malaikat dan manusia. Di
dalam tafsir As-Sa’laby dinyatakan tentang kebangkitan semula ini bermula
dengan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah mengenai jangka masa
tiupan sangkakala selama 40.
Mengikut tafsir itu, selepas kematian seluruisi alam selama 40 tahun, maka
Allah akan menurunkan hujan selama 40 hari tanpa hentinya. Ini menyebabkan
seluruh permukaan bumi digenangi air sedalam 12 hasta tingginya. Dengan air
itu Allah menumbuhkan setiap jasad yang sudah mati beribu-ribu abad lamanya.
Selepas itu Allah akan menghidupkan semua malaikat Hamlatul-Arsy, Jibrail,
Mikail, Izrail dan Israfil. Apabila Israfil hidup kembali, ia
diperintahkan untuk meniupkan sangkakala yang ketiga. Kali ini semua roh-roh
akan kembali kepada jasad masing-masing yang sudah tumbuh dengan sempurna.
Lalu sempurnalah kebangkitan semua seperti yang Allah SWT janjikan.
9
Bagaimanakah jasad yang sudah hancur dimakan tanah selama berabad-abad itu
boleh hidup kembali? Mengikut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan
Ibnu Hibban Adri Abu Said, Rasulullah SAW berkata :
Tanah akan memakan seluruh bahagian dari tubuh manusia selain ujung
ekornya . Mereka bertanya, “Apakah itu ya Rasulullah?― Rasulullah SAW
menjawab, “Bahagian sebesar biji bayam, dari bahagian itulah kamu akan
ditumbuhkan―.
Jadi kejadian manusia untuk kali keduseakan-akan sama dengan kejadian
awalnya. Daripada satu sel yang kecil yang tidak musnah dan hancur walaupun
dikuburkan sekian lama atau dibakar menjadi abu, ia tetap akan hidup dengan
kehendak Allah SWT. Kemudian ia akan tumbuh menjadi jasad sebagaimana jasad
seseorang itu semasa di dunia dulu. Bayangkan betapa Allah SWT
itu Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.
ANDA-TANDA KIAMAT
Adapun tanda-tanda kiamat, Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam menjelaskan dengan
beberapa haditsnya. Diantaranya: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum adanya
sepuluh tanda-tanda kiamat, yaitu tenggelam di Timur, tenggelam di Barat, tenggelam di
Jazirah Arab, adanya asap, datangnya Dajjal, Dabbah (binatang melata yang besar), Ya‟juj dan
Ma‟juj, terbit matahari dari sebelah barat, keluar api dari ujung Aden yang menggiring
manusia, dan turunnya Nabi Isa.” (Hadits Riwayat Muslim).
Penjelasan Nabi Shallallahu „alaihi wasallam dalam sabdanya yang lain: “Dajjal datang kepada
umatku dan hidup selama 40 tahun, lalu Allah mengutus Isa bin Maryam, kemudian ia mencari
Dajjal dan membinasakannya. Kemudian selama 70 tahun manusia hidup aman dan damai, tak
ada permusuhan antara siapapun. Sesudah itu Allah meniupkan angin yang dingin dari arah
negeri Syam (kini Suriah, pen). Maka setiap orang yang dalam hatinya masih ada kebajikan
meskipun sebesar atom, pasti menemui ajalnya. Bahkan jika seandainya seseorang dari kamu
masuk ke dalam gunung, pasti angin itu mengejarnya dan mematikannya. Maka sisanya tinggal
orang-orang jahat seperti binatang buas (fii khiffatit thoiri wa ahlaamis sibaa‟), mereka tidak
10
mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran. Dan syetan menjelma pada mereka
(manusia) lalu berkata: Maukah kamu mengabulkan? Manusia berkata: Apa yang akan kamu
perintahkan kepada kami? Syetan lalu memerintahkan kepada mereka agar menyembah berhala,
sedang mereka hidup dalam kesenangan. Kemudian ditiuplah sangkakala. Tapi seorangpun tak
akan mendengarnya kecuali orang yang tajam pendengarannya. Dan orang yang pertama kali
mendengarnya yaitu seorang laki-laki yang mengurusi untanya. Nabi bersabda: Maka matilah
semua manusia. Kemudian turunlah hujan seperti hujan gerimis. Maka keluarlah dari situ jasad
manusia (dari kubur-kuburnya). Kemudian ditiup lagi sangkakala, maka tiba-tiba mereka
berdiri menunggu. Lalu dikatakan kepada mereka: Wahai manusia, marilah menghadap kepada
Tuhanmu dan merekapun berada di Mahsyar karena mereka akan diminta tanggung jawabnya.
Kemudian dikatakan kepada mereka, pergilah kamu karena neraka telah dinyalakan, lalu
dikatakan lagi: Dari berapakah? Lalu dikatakan lagi: Dari setiap seribu sembilan ratus
sembilan puluh sembilan orang. Begitulah keadaannya pada hari anak dijadikan beruban dan
pada hari betis disingkap (hari kiamat yang menggambarkan orang sangat ketakutan yang
hendak lari karena huru-hara kiamat).” (Hadits Riwayat Muslim).
Sabda Nabi Shallallahu „alaihi wasallam ketika berkhutbah : “Wahai manusia, bahwasanya
kamu nanti akan dihimpun Allah dalam keadaan telanjang kaki, telanjang bulat, dalam keadaan
kulup (tidak dikhitan). Ingatlah bahwa orang yang mula-mula diberi pakaian adalah Ibrahim
AS. Ingatlah bahwa nanti ada di antara umatku yang didudukkan di sebelah kiri. Ketika itu aku
berkata: Ya Tuhan, (mereka itu adalah) sahabatku. Lalu Tuhan berkata: Engkau tidak tahu apa
yang mereka perbuat sesudah kamu (wafat).” (HR Muslim).
PERTANGGUNG JAWABAN
Mengenai pertanggungan jawab perbuatan, Nabi Muhammad Shallallahu „alaihi wasallam
bersabda: “Pada hari kiamat, setiap hamba tak akan melangkah sebelum ditanya empat hal,
yaitu tentang umur untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya dari mana ia
peroleh dan untuk apa ia belanjakan, dan (kesehatan) badannya untuk apa ia pergunakan.” (HR
Tirmidzi, hadits hasan shahih, dan teks ini menurut riwayat Muslim).
Tentang dahsyatnya keadaan kiamat sampai manusia tak ingat pada lainnya, adapun
penjelasannya: “Dari Aisyah , Bahwa ia teringat Neraka lalu menangis, maka Rasulullah `
bertanya: Apa yang menyebabkan engkau menangis? Aisyah menjawab: Aku teringat pada
Neraka, hingga aku menangis. Apakah pada hari kiamat kamu akan ingat pada keluargamu?
Jawab Nabi Shallallahu „alaihi wasallam : Adapun di tiga tempat, orang tidak teringat pada
yang lainnya, yaitu ketika ditimbang amalnya sebelum dia mengetahui berat ringannya amal
kebaikannya. Ketika buku catatan amalnya beterbangan sebelum dia mengetahui di mana
hinggapnya buku itu, di sebelah kanan, kiri, atau di belakangnya. Dan ketika meniti
titian/jembatan (shirath) yang terbentang di punggung neraka Jahannam sebelum dia
melaluinya.” (HR Abu Daud, hadits hasan).
Itulah peristiwa kiamat yang wajib kita yakini beserta tanda-tandanya. Semuanya itu
merupakan hal yang ghaib, hanya Allah yang mengetahui, sedang Nabi Shallallahu „alaihi
wasallammengkhabarkan itu dari wahyu Allah. Maka hal-hal yang tak sesuai dengan penjelasan
Allah dan RasulNya mesti kita tolak, meskipun datangnya dari orang yang mengaku intelek,
pakar, ataupun mengaku telah menyelidiki bertahun-tahun dengan metode yang disebut ilmiah
dan canggih. Sebaliknya, kalau itu datang dari Allah dan RasulNya, maka wajib kita imani. Dan
beriman kepada Hari kiamat itu merupakan halyangtermasuk pokok di dalamIslam seperti
tersebut di atas. Mengingkarinya berarti rusak keimanannya.
11
(Dikutip dari: Minhajul Muslim , oleh Abu Bakr Al-Jazairi)
22 tanda hari kiamat semakin hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah
atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa
yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan
haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk
hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana
maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
12
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada
perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan
musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara
lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid
yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan
mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai
terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan
kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela
sertamenyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang
baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk
berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah
BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT
Erti hari kiamat
Kiamat dari segi bahasa bererti kebangkitan.Erti hari kiamat dari segi istilah ilmu tauhid menurut
ajaran Islam ialah hari di mana Allah akan mematikan sekelian makhluknya , kemudian
dibangkitkan dan dihidupkan semula dan dihimpunkan di padang mahsyar untuk diperhitungkan
segala amalan mereka sewaktu hidup di dunia lalu diberi balasan samada syurga atau
neraka.Nama – nama lain bagi hari kiamat itu antaranya adalah sebagaimana berikut :-
1)Yaumul akhir yang bererti hari yang penghabisan kerana ia merupakan penghabisan segala
hari – hari dunia.
2)Yaumul mahsyar yang bererti hari perhimpunan kerana pada hari itu semua makhluk akan
13
dihimpunkan di padang mahsyar.
3)Yaumul din yang bererti hari pembalasan kerana pada hari itu akan dibalas semua amal
perbuatan makhluk samada buruk atau baik.
4)Yaumul waqi‟ah bererti hari yang pasti berlaku kerana hari kiamat itu pasti akan berlaku tanpa
sebarang syak.
5)Yaumul nadamah bererti hari penyesalan kerana pada hari itu semua makhluk akan menyesali
kesalahan – kesalahan yang mereka lakukan di dunia.
6)Yaumul hisab bererti hari perhitungan kerana pada hari itu semua amalan manusia akan
diperhitungkan.
7)Yaumul zalzalah bererti hari gempa kerana pada hari tersebut alam keseluruhannya mengalami
gempa yang sangat dahsyat.
Hukum beriman dengan hari kiamat
Hukum beriman dengan hari kiamat itu wajib dan menjadi kafir sesiapa yang mengingkarinya
kerana telah sabit di dalam Al Quran dan hadis – hadis.Firman Allah Taala
Ertinya : tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat
Rasulullah saw bersabda
Ertinya :Bahawa kamu beriman dengan Allah dan para malaikatnya dan kitab-kitabnya dan
sekelian rasul-rasulnya dan hari akhirat.
Pembahagian kiamat
Kiamat terbahagi kepada dua iaitu:-
1)Kiamat kecil iaitu kematian yang berlaku ke atas individu yang telah sampai ajalnya.Kiamat
kecil juga dinamakan kiamat khusus.Sabda Rasulullah saw
Ertinya :Apabila mati seseorang daripada kamu maka berlakulah kiamat atas dirinya.
2)Kiamat besar atau kiamat umum.Inilah yang disebutkan di dalam Al Quran sebagai yaumul
ghasyiah yang bererti hari yang meliputi kerana berlakunya meliputi atas sekelian makhluk tanpa
kecuali.
Alam barzakh
Sepertimana yang telah dinyatakan apabila mati seseorang itu maka berlakulah kiamat atas
dirinya yang mana dengan kematian tersebut berpindahlah ruhnya dari alam dunia kepada alam
kubur dan akan tinggal di sana sementara menantikan berlakunya kiamat besar yang
meliputi.Alam kubur ini juga disebut alam barzakh.Barzakh itu ertinya „sempadan‟ kerana ia
merupakan sempadan di antara alam dunia dengan alam akhirat.Semasa berada di dalam alam
kubur atau alam barzakh tersebut ruh akan menghadapi :-
1)Fitnah kubur yakni soalan – soalan yang akan dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakir
di alam kubur.Sebab kedua – dua malaikat tersebut dinamakan Munkar dan Nakir kerana
keduanya akan datang dengan rupa yang sangat tidak dikenal dan sangat menakutkan.Soalan –
soalan yang akan ditanya itu adalah soalan tentang akidah si mati seperti siapa Tuhanmu , siapa
nabimu , apa ikutanmu , siapa saudara - saudaramu dan seterusnya.Bagi orang yang beriman
akan diulang – ulang soalan tersebut selama tujuh hari kerana memuliakan dan membanggakan
mereka atas malaikat.Bagi orang kafir akan diulang – ulang pertanyaan tersebut selama empat
puluh hari untuk menghinakan mereka.Dalil adanya fitnah kubur adalah hadis nabi setelah
baginda selesai dari mengkebumikan jenazah salah seorang sahabat baginda , baginda bersabda
14
Ertinya :Pohonkan bagi saudara kamu ini ketetapan kerana dia sekarang akan ditanya.
2)Nikmat kubur dan azab kubur yakni setelah selesai urusan pertanyaan malaikat munkar dan
nakir yang tersebut keduanya akan pergi dan tidak akan kembali lagi namun akan menanti pula
nikmat kubur bagi orang – orang yang beriman dan azab kubur bagi orang – orang yang kafir
dan derhaka.Nikmat dan azab ini akan berkekalan sehinggalah berlaku kiamat.Sabda Rasulullah
saw
Ertinya :Hanyasanya kubur itu adalah satu taman daripada taman syurga atau satu lubang dari
lubang neraka.Sabda Rasulullah saw
Ertinya :Bersihkanlah kencing kerana kebanyakan azab kubur adalah disebabkan oleh kencing.
3)Himpitan bumi yang mana semua jenazah yang telah dikebumikan tidak akan terlepas daripada
himpitan bumi kecuali jenazah anbia‟ , orang – orang yang mati syahid dan Fatimah binti
Asad.Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa jikalau dapat terlepas seseorang daripada
himpitan bumi nescaya akan terlepaslah Saad bin Muaz yang pada hari kematiannya bergoncang
arasy Allah Taala.Hanyasanya jenazah orang – orang yang beriman akan dihimpit bumi seperti
ibu memeluk anaknya.
Ya Allah lindungilah kami dan sekelian orang – orang yang beriman daripada sekelian yang
tersebut dan Engkau tetapkanlah iman kami , kedua ibubapa kami , anak isteri dan zuriat kami ,
kaum kerabat kami , guru – guru kami , murid – murid kami dan sekelian saudara – saudara kami
yang beriman.Sesungguhnya kami tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan diri kami
melainkan semata – mata dengan kurniamu jua ya Allah.
Amalan yang dapat melepaskan diri daripada huru hara di dalam
kubur
1)Mengukuhkan iman terhadap Allah dan rasulnya dengan cara mentaati suruhan Allah dan rasul
dan menjauhi larangan Allah dan rasul.
2)Memperbanyakkan zikrullah.Rasulullah saw bersabda
Ertinya :Tiada amalan yang terlebih melepaskan daripada azab kubur daripada zikrullah.
3)Mengamalkan sunnah nabi.
4)Membaca surah Al Muluk pada tiap – tiap malam.
5)Bersungguh – sungguh memelihara solat.
6)Bersungguh – sungguh memelihara hukum taharah (kebersihan) terutamanya kencing.
7)Menjaga perpaduan kaum muslimin dan menjauhi amalan hasut menghasut.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah untuk kita melakukan amalan – amalan tersebut.
Tanda – tanda hari kiamat.
Allah dan rasulnya tidak menentukan tarikh berlakunya kiamat sebagai ujian ketaatan ke atas
manusia.Namun Allah dengan sifat kasih sayangnya kepada manusia telah memberitahukan
tanda – tanda kedatangan kiamat tersebut.Tanda – tanda kiamat itu terbahagi dua iaitu tanda –
tanda kecil dan tanda – tanda besar.Tanda – tanda kecil adalah seperti berikut :-
1)Diutusnya nabi Muhammad saw sebagai rasulullah.
2)Para pemimpin akan terdiri daripada keturunan yang rendah dan hina.
3)Hamba melahirkan tuannya.
4)Orang-orang miskin yang berkaki ayam akan membina gedung-gedung yang menjulang tinggi.
5)Ada dua golongan yang besar yang akan berbunuh-bunuhan padahal seruan mereka sama.
6)Akan muncul dajajil(dajal-dajal kecil) yakni para penipu yang menyesatkan.
7)Ilmu pengetahuan akan dilenyapkan.
15
8)Banyak berlaku gempa bumi.
9)Banyak timbul fitnah.
10)Banyak haraj (pembunuhan)
11)Harta kekayaan akan melimpah ruah.
Adapun tanda – tanda besar pula adalah seperti berikut:-
1)Munculnya Imam Mahdi
2)Munculnya Dajjal
3)Turun Nabi Isa as.
4)Terbitnya matahari dari sebelah barat.
5)Keluarnya dabbatul ardh (sejenis binatang)
Proses berlakunya kiamat.
1)Tiupan sangkakala yang pertama menandakan proses penghancuran alam dan kematian seluruh
makhluk.
2)Tiupan sangkakala yang kedua yang menandakan proses kebangkitan sekelian makluk yang
telah dimatikan yang mana mereka akan dihidupkan semula untuk dikumpulkan di padang
mahsyar.Selang antara dua tiupan tersebut adalah empat puluh tahun.Sangkakala itu adalah
trompet besar yang berbentuk seperti tanduk diperbuat daripada kaca ditiup oleh malaikat
Israfil.Besarnya sangkakala tersebut digambarkan di dalam hadis – hadis andaikata langit dan
bumi ini dimasukkan ke dalam lubangnya nescaya muat.
3)Makhluk yang telah dibangkitkan itu akan digiring dan dikumpulkan di padang mahsyar di
dalam keadaan berkaki ayam dan bertelanjang.Keadaan mereka dari hal susah dan senang adalah
bergantung kepada amalan masing – masing.Padang mahsyar adalah bumi yang rata yang
berwarna putih seperti roti.Di sana manusia akan menunggu untuk diadili.Lamanya manusia di
sana mengikut riwayat Abu Ya‟la dan Ibnu Hibban ialah selama dua puluh lima ribu tahun.Di
sana manusia akan pergi dari satu nabi kepada satu nabi untuk memohon syafaat agar
dipercepatkan hisab.Akhirnya hisab dijalankan dengan syafaat nabi Muhammad dan inilah yang
dipanggil “syafaat kubra” ertinya syafaat yang besar yang merangkumi seluruh makhluk samada
muslim atau kafir dan samada manusia atau jin iaitu syafaat untuk dipercepatkan hisab.
4)Hisab ialah proses menghitung amalan – amalan makhluk samada baik atau buruk.Cara
penghisaban dilakukan bergantung kepada amalan seseorang itu.Sesetengah manusia dihisab
dengan hisab yang sangat berat.Sesetengah manusia dihisab dengan hisab yang ringan.Bagi
orang yang menutup aib orang lain semasa di dunia maka hisab ke atas mereka akan dijalankan
dengan tersembunyi di sebalik tabir dan Allah akan menutup aib mereka pula dengan memberi
keampunan supaya kesalahan mereka tidak diketahui oleh orang lain.Bagi yang dihisab secara
terang – terangan akan dihisab di hadapan orang – orang yang mereka kenali semasa di dunia
supaya mereka mendapat malu yang amat sangat bagi setiap kesalahan yang mereka
lakukan.Semoga Allah menutup aurat (keaiban) kita dan mengamankan ketakutan kita pada hari
tersebut.Sebelum penghisaban dijalankan ke atas manusia , akan diserahkan kepada mereka buku
catatan amalan yang mereka telah lakukan di dunia.Orang – orang yang berbahagia akan
mendapat catatan amalannya dari sebelah kanan dan orang – orang yang celaka akan mendapat
catatan amalan mereka dari sebelah kiri atau dari arah belakang.Kemudian catatan amalan itu
akan ditimbang di atas neraca yang dipanggil “mizan” yakni neraca yang sangat adil dan teliti
yang dapat menimbang amalan seseorang walau sekecil zarrah sekalipun.Adalah besar kedua –
dua daunnya jika diletakkan dunia dengan sekelian isi – isinya nescaya muat ia.
5)Kemudian manusia akan diperintah untuk melintas titian sirat iaitu jambatan yang merentangi
atas neraka jahannam.Kadar lebarnya adalah bergantung kepada amalan dan iman manusia iaitu
luas dan lebar bagi orang – orang mukmin yang bertakwa dan sempit dan halus bagi orang –
orang yang fasik dan munafik sehingga sampai ia akan halusnya itu seolah – olah rambut atau
lebih halus lagi daripada itu.Rasulullah saw bersabda
16
Ertinya :Sirat itu adalah terlebih halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang.
Jauhnya perjalanan sirat itu adalah seribu lima ratus tahun peralanan.Keadaan manusia semasa
melintas sirat itu berbeza – beza dari segi bersegera atau lambat dengan kadar bersegera atau
lambatnya mereka menunaikan perintah – perintah Allah Taala semasa di dunia.Sesetengahnya
seperti kilat yang menyambar.Sesetengahnya seperti angin yang bertiup.Sesetengahnya seperti
burung yang terbang.Sesetengahnya seperti kuda yang berlari.Sesetengahnya seperti berlarinya
seorang lelaki yang kuat.Ada yang berjalan.Ada yang merangkak dan ada yang mengisut.Ada
yang sampai di dalam sekelip mata.Ada yang sehari.Ada yang sebulan.Ada yang setahun.Ada
yang beribu ribu tahun.Orang – orang yang munafik akan jatuh ke dalam neraka sementara orang
– orang yang beriman akan sampai di syurga dengan selamat.
Syurga dan neraka
Syurga adalah satu tempat yang disediakan oleh Allah ke atas hamba – hambanya yang taat di
dalamnya penuh dengan segala kenikmatan.Kenikmatan yang terdapat di syurga itu antara lain
ialah :-
1)Bidadari – bidadari yang cantik jelita.
2)Minuman yang lazat citarasanya seperti arak , madu dan susu.
3)Makanan dan buah – buahan yang lazat.
4)Pelayan – pelayan dari anak – anak muda yang cantik dan sebaya.
5)Gedung – gedung dan rumah – rumah yang cantik.
6)Hidup selama – lamanya dan tidak mati.Muda selama – lamanya dan tidak tua.
Nama – nama syurga adalah sepertimana berikut :-
1)Jannatul firdaus.
2)Jannatul adnin
3)Jannatul ma‟wa
4)Jannatul naim
5)Jannatul khuldi
6)Darul Qarar
7)Darul salam.
8)Darul muqamah
Firman Allah di dalam hadis qudsi
Ertinya :Telah Aku (Allah) sediakan untuk hamba-hambaku yang bertakwa suatu (balasan
syurga) yang tak pernah dilihat oleh mata,dan tidak pernah didengar oleh telinga,dan (bahkan)
tidak pernah terlintas pun di dalam hati (mana-mana)manusia.
Neraka adalah satu tempat yang disediakan oleh Allah untuk menghukum orang – orang yang
derhaka kepada Allah yang terdiri daripada orang – orang munafik , orang – orang kafir dan
orang – orang yang melakukan dosa – dosa besar yang mati tanpa bertaubat dan dosa mereka itu
tidak diampunkan Allah.Di antara siksaan – siksaan yang telah disediakan oleh Allah itu ialah :-
1)Api yang menyala – nyala.
2)Rantai dan belenggu.
3)Binatang – binatang yang berbisa seperti ular dan kala.
4)Yang menjaga dan mengawal neraka itu terdiri daripada malaikat yang kasar dan keras.
5)Zaqqum iaitu buah yang sangat pahit dan dhari‟ iaitu buah yang beracun dan berduri.
6)Minumannya adalah air yang tersangat panas yang dapat memutuskan tali perut dan wapnya
dapat menghancurkan daging muka.Nauuzubillah min zalik.
Berikut adalah nama – nama neraka :-
1)Neraka jahannam
2)Neraka jahim
17
3)Neraka sa‟ir
4)neraka lazha
5)Neraka huthamah
6)Neraka saqar
7)Neraka hawiah
Pahala dan dosa
Pahala ertinya jaminan balasan baik yang diberikan ke atas orang – orang yang melakukan
kebajikan.Dosa ialah jaminan balasan buruk yang diberikan ke atas orang – orang yang membuat
maksiat.Pahala dan dosa inilah yang ditimbang di atas neraca mizan pada hari kiamat
nanti.FirmanAllah Taala
Ertinya : Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan)
sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal
kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka
tidak dianiaya (sedikitpun).
Syafaat
Syafaat ertinya pertolongan yang akan diberikan di akhirat ke atas manusia – manusia yang
berdosa yang dikehendakki Allah.Jenis – jenis syafaat itu adalah seperti berikut :-
1)Syafaat mempercepatkan hisab.Syafaat ini dikhususkan bagi nabi Muhammad saw
sahaja.Ianya juga dikenali dengan syafaat uzhma atau syafaat kubra yang bererti syafaat yang
besar kerana ia meliputi semua makhluk tanpa kecuali samada manusia atau jin , muslim atau
kafir.
2)Syafaat supaya diringankan siksaan.
3)Syafaat memasukkan orang – orang yang beriman ke dalam syurga tanpa hisab.
4)Syafaat untuk orang yang berdosa yang mewajibkan masuk ke neraka tetapi tidak dimasukkan
ke neraka.
5)Syafaat untuk orang yang masuk ke neraka tetapi disingkatkan tempoh siksaan.
6)Syafaat untuk mengeluarkan semua orang yang melakukan dosa – dosa besar yang mati atas
tauhid lalu dimasukkan ke dalam syurga.
Perhatian :Syafaat dari jenis yang ketiga hingga keenam itu hanya khusus untuk orang – orang
yang mati di dalam akidah tauhid sahaja dan tidak akan dapat diperolehi oleh orang – orang yang
mati di dalam keadaan mensyirikkan Allah.Firman Allah Taala
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya
(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.
Selain nabi Muhammad , sekelian nabi – nabi yang lain , para ulama dan orang – orang yang
mati syahid turut mendapat keistimewaan memberikan syafaat.Rasulullah saw bersabda
Ertinya :Akan memberikan syafaat pada hari kiamat nanti oleh para nabi , ulama dan juga orang
– orang yang mati syahid.
Selain itu terdapat juga syafaat dari anak – anak yang mati sewaktu kecil bagi ibu bapa mereka
yang beriman.Terdapat juga syafaat bagi penghafaz – penghafaz Al Quran bagi sepuluh ahli
keluarga mereka yang mewajibkan neraka tetapi tidak dimasukkan ke neraka.Semoga Allah
menetapkan iman kita semua dan melayakkan kita untuk memperolehi syafaat pada hari yang
18
dahsyat tersebut.Amin ya Rabbal alamin.
Di antara usaha – usaha untuk memperolehi syafat itu ialah :-
1)Memelihara akidah selama hayat dikandung badan.
2)Memelihara solat fardu lima waktu.
3)Membanyakkan sedekah
4)Membanyakkan salawat ke atas nabi Muhammad saw.
5)Bersabar dan reda dengan musibah hidup.
6)Membanyakkan doa dan merendah diri kepada Allah swt.
7)Suka menolong orang – orang yang beriman.
8)Membanyakkan membaca kalam Allah ayat – ayat suci Al Quran al karim.
9)Sentiasa bertaubat dan memperbaiki amalan.
Perkara – perkara sam’iyat
Perkara – perkara sam‟iyat ertinya perkara – perkara yang di dengar daripada perkhabaran Al
Quran dan hadis.Wajib atas tiap – tiap manusia beriman dengan adanya perkara – perkara
tersebut seperti yang dinyatakan oleh Al Quran dan hadis.Mengingkari perkara – perkara
sam‟iyat yang sabit daripada Al Quran itu adalah kufur yang mengekalkan di dalam neraka.Wal
iyazubillah.Begitu juga mengingkari perkara – perkara sam‟iyat yang sabit daripada hadis yang
mutawattir (hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai sehingga mencapai darjat yakin)
juga boleh menyebabkan kufur.Adapun mengingkari perkara – perkara sami‟yat yang sabit
dengan khabar ahad (hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang dari mutawattir) tidak
menjatuhkan seseorang kepada kufur sebaliknya menjadikan seseorang itu fasik (berdosa
besar).Kesimpulannya kita wajiblah mempercayai perkara – perkara sam‟iyat samada
perkhabarannya itu mutawattir atau tidak supaya kita terselamat dari sebarang gelaran samada
kufur atau fasik.Perkara – perkara sam‟iyat itu adalah sebagaimana berikut :-
1)Para malaikat dan sekelian yang berkaitan dengan mereka seperti yang diceritakan di dalam Al
Quran dan hadis.
2)Para nabi dan sekelian yang berkaitan dengan kisah mereka seperti yang diceritakan oleh Al
Quran dan hadis.
3)Kitab – kitab yang diturunkan Allah sebelum Al Quran dan sekelian yang berkaitan dengannya
seperti yang diceritakan di da lam Al Quran dan hadis.
4)Hari akhirat dan sekelian yang berkaitan dengannya seperti yang diceritakan di dalam Al
Quran dan hadis.
5)Makhluk jin , syaitan dan Iblis dan sekelian yang berkaitan dengannya seperti yang diceritakan
di dalam Al Quran dan hadis.
6)Kadhak dan kadar.
7)Arasy.
8)Kursi.
9)Luh Mahfuz.
10)Qalam.
12)Ruh.
Pendekata apa sahaja yang diceritakan oleh Al Quran dan hadis maka yang demikian itu adalah
perkara – paerkara sami‟yat yang wajib diimani oleh tiap – tiap mukallaf.
19
20 jenis orang yang makruh kita beri salam
1. Orang yang sedang mengambil wudhuk
2. Orang yang berada di dalam toilet
3. Orang yang sedang menikmati makanan dan minuman
4. Orang yang sedang berperang dengan musuh
5. Orang yang sedang membaca al-quran atau berdoa
6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah (haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar, berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang sedang belajar, mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan
10. Orang yang sedang qada’ hajat.
11. Orang yang sedang bersetubuh dengan isteri
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. kanak-kanak
18. Orang yang sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam lelaki kepada perempuan atau sebaliknya kerana ditakuti membawa fitnah
- dari kitab “ghizaul albab” tulisan oleh As-safarini
20
1. LALUAN MENUJU KE KUBUR. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji.
Hindarkan perasaan irihati (benci). Jangan terpengaruh dengan harta dunia. Sucikan
qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang airkecil!)
2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL. Bersihkan diri dengan bertaubat. Gembirakan
hati orang Mu'min. Bayar semula qadha' (solat & puasa) yang tertinggal. Kasih sepenuh
hati kepada ALLAH Taala
3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR. Mengucap dua kalimah
syahadat. Suka memberi sedekah. Berkata benar. Bersihkan dan perbaiki hati
4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN. Belajar atau mengajar ilmu yang
bermanafaat. Sucikan perkataan dan pakaian. Bersyukur dengan yang sedikit. Suka dan
redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN. Jauhkan perkataan yang sia-sia. Pendekkan
cita-cita dunia. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH. Banyakkan sedekah dan khairat
6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM. Kasihilah aulia ALLAH
Ta'ala. Berbaktilah kepada kedua ibubapa. Berpegang teguh dengan hukum syara'.
Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.
7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA. Banyakkan membaca al-Quran.
Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu. Tinggalkan perkara yang maksiat.
Jauhkan segala yang haram
8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA. Membuat kebajikan seberapa banyak yang
boleh. Kasihi orang yang soleh. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH. Merendahkan
diri di antara semua makhluk ALLAH
9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD. Kasihilah Nabi ALLAH.
Kasihilah Rasulullah. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAHd. Banyakkan selawat
Nabi S.a.w.
10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH.
Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada
ALLAH. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.
11. Minyak ini berfungsi untuk memberikan tampak ketenangan kepada suasana
sekitar dimana pengguna akan terlihat lebih cerah, lebih tenang dan nyaman
dipandang buat lawan jenis yang melihatnya, orang yang melihat akan timbul
kesan belas kasihan dan kepada pengguna kerana mereka akan melihat sang
pengguna dalam bentuk simpati, serta merapatkan diri dengan keluarga.
12. Ramuan minyak ini menjadi warna hijau muda dan mempunyai bau yang tahan
lama. Antara cara menghasilkannya:
13. a. Persediaan ramuan 7 atau 19 kuntum bunga
b. Di baca ayat Surah Ar-Rahman: 12-13
c. Disertai bacaan Surah Toha:131
d. Kemudian membaca Selawat Nabi – 777 kali
e. Akhirnya bahan tersebut dicampur dengan Minyak Mawar, Minyak Melati dan
Minyak Cendana. Ketiganya dicampur dengan komposisi yang sama banyak.

More Related Content

What's hot

Bab 2 Sumber Hukum Islam
Bab 2   Sumber Hukum IslamBab 2   Sumber Hukum Islam
Bab 2 Sumber Hukum Islam
WanBK Leo
 
Fakta Sains Berdasarkan Hadis
Fakta Sains Berdasarkan HadisFakta Sains Berdasarkan Hadis
Fakta Sains Berdasarkan Hadis
Nurulain Samsol
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikraj
ziyah84
 
Kitab ta'wil mukhtalaf hadits
Kitab ta'wil mukhtalaf haditsKitab ta'wil mukhtalaf hadits
Kitab ta'wil mukhtalaf hadits
gun2ab
 

What's hot (20)

Am & khas
Am & khasAm & khas
Am & khas
 
Pengurusan harta anak yatim
Pengurusan harta anak yatimPengurusan harta anak yatim
Pengurusan harta anak yatim
 
Bab 2 Sumber Hukum Islam
Bab 2   Sumber Hukum IslamBab 2   Sumber Hukum Islam
Bab 2 Sumber Hukum Islam
 
Tafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-TinTafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-Tin
 
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
Perlantikan nabi sbg rasul (nina, anies)
 
Fakta Sains Berdasarkan Hadis
Fakta Sains Berdasarkan HadisFakta Sains Berdasarkan Hadis
Fakta Sains Berdasarkan Hadis
 
Dahsyatnya Surah al Fatihah (LGM)
Dahsyatnya Surah al Fatihah (LGM)Dahsyatnya Surah al Fatihah (LGM)
Dahsyatnya Surah al Fatihah (LGM)
 
Wahdaniah
WahdaniahWahdaniah
Wahdaniah
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikraj
 
Setetes Hikmah Isra Mi'raj
Setetes Hikmah Isra Mi'rajSetetes Hikmah Isra Mi'raj
Setetes Hikmah Isra Mi'raj
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1
 
Lailatul qadr
Lailatul qadrLailatul qadr
Lailatul qadr
 
Tadabbur Surah al-Asr
Tadabbur Surah al-AsrTadabbur Surah al-Asr
Tadabbur Surah al-Asr
 
Sistem pergaulan dalam islam
Sistem pergaulan dalam islamSistem pergaulan dalam islam
Sistem pergaulan dalam islam
 
Slide sunnah dan bid ah
Slide sunnah dan bid ahSlide sunnah dan bid ah
Slide sunnah dan bid ah
 
Usul Fiqh 1 - Topik 8 - Sumber Hukum Islam: Ijma' (Ijmak)
Usul Fiqh 1 - Topik 8 - Sumber Hukum Islam: Ijma' (Ijmak)Usul Fiqh 1 - Topik 8 - Sumber Hukum Islam: Ijma' (Ijmak)
Usul Fiqh 1 - Topik 8 - Sumber Hukum Islam: Ijma' (Ijmak)
 
Unsur unsur hadis
Unsur unsur hadisUnsur unsur hadis
Unsur unsur hadis
 
Kitab ta'wil mukhtalaf hadits
Kitab ta'wil mukhtalaf haditsKitab ta'wil mukhtalaf hadits
Kitab ta'wil mukhtalaf hadits
 
ANALISIS QADA QADAR DALAM KITAB AQIDAH AN-NAJIN
ANALISIS QADA QADAR DALAM KITAB AQIDAH AN-NAJINANALISIS QADA QADAR DALAM KITAB AQIDAH AN-NAJIN
ANALISIS QADA QADAR DALAM KITAB AQIDAH AN-NAJIN
 

More from Mohd Asmariza Che Mahmood (19)

Borang minit curai
Borang minit curaiBorang minit curai
Borang minit curai
 
Tentatif
TentatifTentatif
Tentatif
 
Banner mtq
Banner mtqBanner mtq
Banner mtq
 
Cuti wesak
Cuti wesakCuti wesak
Cuti wesak
 
Bercerita lelaki 2017.mtq(1)-1[1]
Bercerita lelaki 2017.mtq(1)-1[1]Bercerita lelaki 2017.mtq(1)-1[1]
Bercerita lelaki 2017.mtq(1)-1[1]
 
Borang hafazan cantik
Borang hafazan cantikBorang hafazan cantik
Borang hafazan cantik
 
Takwim panitia 2011
Takwim panitia 2011Takwim panitia 2011
Takwim panitia 2011
 
Rph minggu 6
Rph minggu 6Rph minggu 6
Rph minggu 6
 
Kew.ps 4 (baru)
Kew.ps 4 (baru)Kew.ps 4 (baru)
Kew.ps 4 (baru)
 
Kew.ps 7 (baru)
Kew.ps 7 (baru)Kew.ps 7 (baru)
Kew.ps 7 (baru)
 
Kew.ps 13 (terkini)
Kew.ps 13 (terkini)Kew.ps 13 (terkini)
Kew.ps 13 (terkini)
 
Kew.ps 1 (baru)
Kew.ps 1 (baru)Kew.ps 1 (baru)
Kew.ps 1 (baru)
 
Niat solat
Niat solatNiat solat
Niat solat
 
Niat solat
Niat solatNiat solat
Niat solat
 
Visi sekolah 2015
Visi sekolah 2015Visi sekolah 2015
Visi sekolah 2015
 
Tazkirah ramadhan2
Tazkirah ramadhan2Tazkirah ramadhan2
Tazkirah ramadhan2
 
Tazkirah ramadhan
Tazkirah ramadhanTazkirah ramadhan
Tazkirah ramadhan
 
Jadual surah lazim solat terawih 20 rakaat
Jadual surah lazim solat terawih 20 rakaatJadual surah lazim solat terawih 20 rakaat
Jadual surah lazim solat terawih 20 rakaat
 
Lampiran e
Lampiran eLampiran e
Lampiran e
 

Nombor surah alquran

  • 1. 1 NOMBOR SURAH NAMA SURAH TERTIB PENURUNAN JUMLAH AYAT JUMLAH PERKATAAN JUMLAH HURUF TEMPAT DITURUNKAN 1 Al-Fatihah 5 7 29 139 Makkah 2 Al-Baqarah 87 286 6144 25613 Madinah 3 Ali Imran 89 200 3503 14605 Madinah 4 An-Nisa' 92 176 3712 15937 Madinah 5 Al-Maidah 112 120 2837 11892 Madinah 6 Al-An'am 55 165 3055 12418 Makkah 7 Al-A'raf 39 206 3344 14071 Makkah 8 Al-Anfal 88 75 1243 5299 Madinah 9 At-Taubah 113 129 2506 10873 Madinah 10 Yunus 51 109 1841 7425 Makkah 11 Hud 52 123 1947 7633 Makkah 12 Yusuf 53 111 1795 7125 Makkah 13 Al-Ra'd 96 43 854 3450 Madinah 14 Ibrahim 72 52 831 3461 Makkah 15 Al-Hijr 54 99 658 2797 Makkah 16 Al-Nahl 70 128 1845 7642 Makkah 17 Al-Isra' 50 111 1559 6480 Makkah 18 Al-Kahfi 69 110 1583 6425 Makkah 19 Maryam 44 98 972 3835 Makkah 20 Thoha 45 135 1354 5288 Makkah 21 Al-Anbiya' 73 112 1174 4925 Makkah 22 Al-Hajj 103 78 1279 5196 Madinah 23 Al-Mu'minun 74 118 1051 4354 Makkah 24 An-Nuur 102 64 1317 5596 Madinah 25 Al-Furqan 42 77 896 3786 Makkah 26 Asy-Syu'ara' 47 227 1322 5517 Makkah 27 Al-Naml 48 93 1165 4679 Makkah 28 Al-Qashash 49 88 1441 5791 Makkah 29 Al-'Ankabut 85 69 982 4200 Makkah 30 Ar-Ruum 84 60 818 3388 Makkah 31 Luqman 57 34 550 2121 Makkah 32 As-Sajadah 75 30 374 1523 Makkah 33 Al-Ahzab 90 73 1303 5618 Madinah 34 Saba' 58 54 884 3510 Makkah 35 Fathir 43 45 780 3159 Makkah 36 Yaasin 41 83 733 2988 Makkah 37 As-Shaffat 56 182 865 3790 Makkah 38 Shad 38 88 735 2991 Makkah 39 Az-Zumar 59 75 1177 4741 Makkah 40 Ghafir 60 85 1228 4984 Makkah 41 Fushilat 61 54 796 3282 Makkah 42 Asy-Syura 62 53 860 3431 Makkah 43 Az-Zukhruf 63 89 837 3508 Makkah 44 Ad-Dhuhan 64 59 346 1439 Makkah 45 Al-Jaathiah 65 37 488 2014 Makkah 46 Al-Ahqaf 66 35 646 2602 Makkah 47 Muhammad 95 38 542 2360 Madinah 48 Al-Fathu 111 29 560 2456 Madinah 49 Al-Hujarat 106 18 353 1493 Madinah 50 Qaf 34 45 373 1473 Makkah 51 Az-Zariyat 67 60 360 1510 Makkah 52 At-Thur 76 49 312 1293 Makkah 53 An-Najm 23 62 359 1405 Makkah 54 Al-Qamar 37 55 342 1438 Makkah 55 Ar-Rahman 97 78 352 1585 Madinah 56 Al-Waqiah 46 96 379 1692 Makkah 57 Al-Hadid 94 29 575 2475 Madinah 58 Al-Mujadalah 105 22 475 1991 Madinah 59 al-Hasyr 101 24 447 1913 Madinah 60 Al-Mumtahinah 91 13 352 1519 Madinah
  • 2. 2 NOMBOR SURAH NAMA SURAH TERTIB PENURUNAN JUMLAH AYAT JUMLAH PERKATAAN JUMLAH HURUF TEMPAT DITURUNKAN 61 As-Shaf 109 14 226 936 Madinah 62 Al-Jumuah 110 11 177 749 Madinah 63 Al-Munafiqun 104 11 180 780 Madinah 64 At-Thaghabun 108 18 242 1066 Madinah 65 At-Thalaq 99 12 279 1170 Madinah 66 At-Tahrim 107 12 254 1067 Madinah 67 Al-Mulk 77 30 337 1316 Makkah 68 Al-Qalam 2 52 301 1258 Makkah 69 Al-Haqqah 78 52 261 1107 Makkah 70 Al-Ma'arij 79 44 217 947 Makkah 71 Nuh 71 28 227 947 Makkah 72 Al-Jin 40 28 286 1089 Makkah 73 Al-Muzammil 3 20 200 840 Makkah 74 Al-Mudathir 4 56 256 1015 Makkah 75 Al-Qiamah 31 40 164 664 Makkah 76 Al-Insan 98 31 243 1065 Madinah 77 Al-Mursalat 33 50 181 815 Makkah 78 An-Naba' 80 40 174 766 Makkah 79 An-Naaziat 81 46 179 762 Makkah 80 'Abasa 24 42 133 538 Makkah 81 At-Takwir 7 29 104 425 Makkah 82 Al-Infithar 82 19 81 326 Makkah 83 Al-Mutaffifin 86 36 169 740 Makkah 84 Al-Insyiqaq 83 25 108 436 Makkah 85 Al-Buruj 27 22 109 459 Makkah 86 At-Tariq 36 17 61 249 Makkah 87 Al-A'la 8 19 72 293 Makkah 88 Al-Ghasyiah 68 26 92 378 Makkah 89 Al-Fajr 10 30 139 573 Makkah 90 Al-Balad 35 20 82 335 Makkah 91 Asy-Syams 26 15 54 249 Makkah 92 Al-Lail 9 21 71 312 Makkah 93 Ad-Dhuha 11 11 40 164 Makkah 94 Asy-Syarh 12 8 27 102 Makkah 95 At-Tin 28 8 34 156 Makkah 96 Al-'Alaq 19 72 281 Makkah 97 Al-Qadr 25 5 30 112 Makkah 98 Al-Baiyinah 100 8 94 394 Madinah 99 Al-Zalzalah 93 8 36 156 Madinah 100 Al-'Adiyat 14 11 40 164 Makkah 101 Al-Qaari'ah 30 11 36 158 Makkah 102 At-Takastur 16 8 28 122 Makkah 103 Al-'Asr 13 3 14 70 Makkah 104 Al-Humazah 32 9 33 133 Makkah 105 Al-Fil 19 5 23 96 Makkah 106 Quraisy 29 4 17 73 Makkah 107 Al-Ma'un 17 7 25 112 Makkah 108 Al-Kauthar 15 3 10 42 Makkah 109 Al-Kafirun 18 6 27 95 Makkah 110 An-Nasr 114 3 19 79 Madinah 111 Al-Masad 6 5 29 81 Makkah 112 Al-Ikhlas 22 4 15 47 Makkah 113 Al-Falaq 20 5 23 71 Makkah 114 An-Nas 21 6 20 80 Makkah 6555 6555 6236 77845 322604
  • 3. 3 Biodata Ringkas Al-Quran Tarikh Diturunkan : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar) Tempoh Penurunan : 23 tahun 12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah 9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah Ayat Terawal : Surah Al-'Alaq ayat 1-5 di Gua Hira' Ayat Terakhir : Khilaf dikalangan ulama' ada yang mengatakan ayat 3 surah al- Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah.. Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat 281 surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata : "Ayat yang terakhir ialah ayat 281 Surah Al-Baqarah yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah". Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3 Surah Al- Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda. Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan. Bahasa Pengantar : Bahasa Arab Jumlah Ayat : 6236 ayat, (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat) Bilangan Juzuk : 30 Jumlah Surah : 114 Ayat Makkiah : 86 Ayat Madaniah : 28
  • 4. 4 Hukum-Hakam Al-Quran a) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan Hari Qiamat b) Hukum yang berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan manusia iaitu persoalan Akhlak dan Tasauf c) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf iaitu : Pertama : Hukum yang berkaitan dengan hubungan makhluk dengan pencipta iaitu Ibadah spt solat dan puasa Kedua : Hukum yang berkaitan dengan hubungan di antara seorang dengan individu lain atau seorang dengan masyarakat atau masayarakat dengan mesyarakat lain (negara lain). Ia dikenali sebagai Muamalat dan terbahagi kepada ; a) Hukum yang berkaitan dengan hubungan seseorang kerana harta spt jualbeli, gadai dsb yang dikenali sebagai Kanun Madani (lebih kurang 70 ayat) b) Hukum yang berkaitan dengan kesaksian, pengakuan dan penghakiman yang dikenali sebagai Kanun Al-Murafaat (lebih kurang 13 ayat) c) Hukum yang berkaitan dengan jenayah dan kesalahan yang dikenali sebagai Kanun Al-Jinaie al-Islami (lebih kurang 30 ayat) d) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan yang menerangkan tentang hak-hak dan kewajipan individu dalam Islam, persoalan nikahcerai dsb yang dikenali sebagai Fiqh Akhwal Syahsiyyah atau Fiqh Usrah (lebih kurang 70 ayat) e) Hukum yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan spt hubungan dan kewajipan pemerintah dan rakyat yang dikenali sebagai Kanun Al-Dusturi (lebih kurang 10 ayat) f) Hukum yang berkaitan dengan Ekonomi yang dikenali sebagai Kanun Al- Iqtishadiyah (lebih kurang 10 ayat)
  • 5. 5 Ciri-Ciri Ayat Makkiah 1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah 2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah. 3. Setiap surah yang terdapat perkataan "Wahai sekelian manusia" kecuali surah Al- Hajj 4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al- Baqarah 5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah 6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnya kecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran 7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan diri kepada Allah serta menceritakan tentang alam semester 8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas hukum syara' dan akhlak serta jenayah Ciri-Ciri Ayat Madaniah 1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud 2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut 3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab 4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan, mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubungan antarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian. 5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkari para Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkan kepada Islam
  • 6. 6 6. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahaya mereka kepada umat Islam BAGAIMANA BERLAKUNYA HARI KIAMAT KEJADIAN yang maha dahsyat dan maha pedih akan tetap berlaku seperti yang dijanjikan Allah SWT kepada manusia di dalam Al-Quran. Ia mempunyai berbagai nama yang hebat seperti Al-Haqqah(sesuatu yang pasti datang), Al- Qari’ah(pengegar), Al-Fauzul Akhbar (kegemparan yang maha dahsyat), Al-Zalzalah (gempa kegoncangan bumi), Al-Shaakhkhah (hari yang memekakkantelinga) serta berbagai nama lagi. Semua nama yang diberikan itu sebagai menggambarkan kepadakita betapa dahsyatnya hari kiamat itu. Di saat itu bumi akan bergoncang dengan hebatnya, gunung-ganang berterbangan meletus menjadi abu, terjadi letupan yang luar biasa di langit dan di bumi, kilat dan guruh yang luar biasa tajamnya akan berlaku hingga akan membutakan mata manusia yang ada. Jantung dan hati manusia pula remuk redam dan hancur akibat ketakutan yang amat sangat. Firman Allah yang bermaksud :         Sesungguhnya kegoncangan pada hari Kiamat itu adalah satu peristiwa yang besar (dahsyat sekali). Pada hari itu engkau semua akan melihat kaum wanita akan melupakan anak susuannya dan semua wanita yang hamil akan melahirkan kandungannya. Juga semua manusia berada dalam kemabukkan padahal sebenarnya mereka itu bukan mabuk melainkan siksa Allah SWT yang sangat besarnya―. Surah Al-Haj : Ayat 1 – 2 Tiupan Sangkakala (Nafiri) Setelah sampai waktunya dan Allah SWT telah pasti tentang bahawa kiamat akan berlaku pada masa tersebut, Dia akan memerintahkan Malaikat Israfil supaya meniupkan sangkakala atau disebut juga sebagai Shur yakni terompet berbentuk seakan-akan tanduk dan amat besar sekali saiznya.
  • 7. 7 Tiupan akan dilakukan sebanyak dua kali atas perintah Allah SWT. Tiupan kali pertama adalah sebagai isyarat kepada terjadinya hari Kiamat di mana apabila ia ditiup, bumi akan bergoncangdengan sehebat-hebatnya. Gunung ganang bergoncang dan berpecah belah, sementara matahari, bulan, bintang-bintang dan seluruh planet menjadi kacau bilau dan tidak menentu pergerakan dan perjalanannya. Makhluk lain seperti manusia, binatang dan tumbuhan pula berada dalam ketakutan yang amat sangat hingga ada yang mati kerana terkejut. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud :     87. Dan (Ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, Maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri Surah An-Naml : Ayat 87 Kemudian dalam keadaan kacau bilau dan huru hara yang tak menentu itu, Allah SWT akan memerintahkan untuk tiupan kali kedua. Tiupan ini akan mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Manusia, haiwan, tumbuhan termasuk jin dan iblis. Semua bintang-bintang dan planet akan berhenti beredar. Semua air di lautan dan celah-celah bukit dan gunung berhenti mengalir. Begitu juga dengan matahari dan bulan semuanya dimatikan cahayanya dan jatuh berguguran ke bumi. Lamanya tempoh masa yang ditetapkan antara dua tiupan itu tidaklah diketahui dengan tepat oleh semua makhluk melainkan Allah SWT. Walaubagaimanapun daripada riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a berkata : Bahawa lamanya antara dua tiupan itu ialah 40. Ketika ditanyakan orang apakah 40 hari. Abu Hurairah berkata ‘aku lupa’. Ketika ditanyakan adakah 40 bulan. Abu Hurairah menjawab ‘aku lupa’. Kemudian ketika ditanyaadakah 40 tahun. Ia menjawab ‘aku lupa’.  Ini menunjukkan semua itu tetap menjadi rahsia Allah SWT. Menurut satu hadis yang diriwayatka oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a : Bahawa sesudah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala dan seluruh isi langit dan isi bumi mati serentak, maka Malaikat Izrail (Malaikat Maut) akan datang kepada Allah SWT dan melaporkan, “Ya Allah, semuanya telah mati melainkan Engkau kerana Engkau zat Yang Maha Hidup, berdiri sendiri dan tidak mati selama-lamanya. Juga yang masih hidup ialah Malaikat-Malaikat yang mendukung Arasy (Hamlatul-Arsy), Jibrail, Mikail dan aku sendiri―. Maka Allah SWT memerintahkan supaya dimatikan Jibrail dan Mikail. Lalu matilah kedua malaikat itu. Kemudian Allah SWT memerintahkan pula
  • 8. 8 supaya dimatikan Malaikat Hamlatul-Arsy. Malaikat Izrail lalu mematikannya. Allah perintahkan Arsy supaya merampas sangkakala yang ada di tangan Malaikat Israfil dan mematikannya. Maka matilah Malaikat Israfil. Kemudian Malaikat Izrail akan mengadap Allah SWT dan berkata : Telah mati semua yang masih hidup kecuali Engkau Zat Yang tetap Hidup dan juga saya―. Berkatalah Allah kepada Malaikat Izrail, ‘Kamu juga adalah sebahagian dari makhlukKu maka engkau juga harus mati’.  Maka matilah Malaikat Izrail. Pada masa itu hanya Allah SWT sebagai Zat Yang Kekal sahaja yang tetap hidup dan akan terus hidup. Lalu Allah SWT akan menggulung bumi dan langit seperti menggulung kertas. Ini seperti yang disebutkan dalam surah Al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud : Pada hari Kami lipat langit seperti melipat daftar buku-buku. Sebagaimana Kami mulai permulaan makhluk, begitu pula Kami mengulanginya. (Itulah) janji Kami. Sesungguhnya Kami (mesti) akan menunaikannya―. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Demikian pertanyaan Allah SWT yang diulangi sebanyak tiga kali berturut-turut. Kemudian Allah menjawab kepada dirinya sendiri :     16. (yaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi Allah. (lalu Allah berfirman): "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Surah Al-Mukmin : Ayat 16 Lalu Allah SWT menggantikan bumi yang telah musnah itu dengan bumi yang baru di mana ianya hanya mendatar dan rata sesayup mata memandang tanpa menurun atau menanjak. Begitu juga dengan langit yang dipenuhi dengan planet dan bintang-bintang yang baru belaka. Lalu selepas itu barulah dihidupkan kembali semua makhluk yang lain. Tumbuh- tumbuhan, binatang, jin dan iblis serta seluruh Malaikat dan manusia. Di dalam tafsir As-Sa’laby dinyatakan tentang kebangkitan semula ini bermula dengan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah mengenai jangka masa tiupan sangkakala selama 40. Mengikut tafsir itu, selepas kematian seluruisi alam selama 40 tahun, maka Allah akan menurunkan hujan selama 40 hari tanpa hentinya. Ini menyebabkan seluruh permukaan bumi digenangi air sedalam 12 hasta tingginya. Dengan air itu Allah menumbuhkan setiap jasad yang sudah mati beribu-ribu abad lamanya. Selepas itu Allah akan menghidupkan semua malaikat Hamlatul-Arsy, Jibrail, Mikail, Izrail dan Israfil. Apabila Israfil hidup kembali, ia diperintahkan untuk meniupkan sangkakala yang ketiga. Kali ini semua roh-roh akan kembali kepada jasad masing-masing yang sudah tumbuh dengan sempurna. Lalu sempurnalah kebangkitan semua seperti yang Allah SWT janjikan.
  • 9. 9 Bagaimanakah jasad yang sudah hancur dimakan tanah selama berabad-abad itu boleh hidup kembali? Mengikut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Hibban Adri Abu Said, Rasulullah SAW berkata : Tanah akan memakan seluruh bahagian dari tubuh manusia selain ujung ekornya . Mereka bertanya, “Apakah itu ya Rasulullah?― Rasulullah SAW menjawab, “Bahagian sebesar biji bayam, dari bahagian itulah kamu akan ditumbuhkan―. Jadi kejadian manusia untuk kali keduseakan-akan sama dengan kejadian awalnya. Daripada satu sel yang kecil yang tidak musnah dan hancur walaupun dikuburkan sekian lama atau dibakar menjadi abu, ia tetap akan hidup dengan kehendak Allah SWT. Kemudian ia akan tumbuh menjadi jasad sebagaimana jasad seseorang itu semasa di dunia dulu. Bayangkan betapa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. ANDA-TANDA KIAMAT Adapun tanda-tanda kiamat, Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam menjelaskan dengan beberapa haditsnya. Diantaranya: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum adanya sepuluh tanda-tanda kiamat, yaitu tenggelam di Timur, tenggelam di Barat, tenggelam di Jazirah Arab, adanya asap, datangnya Dajjal, Dabbah (binatang melata yang besar), Ya‟juj dan Ma‟juj, terbit matahari dari sebelah barat, keluar api dari ujung Aden yang menggiring manusia, dan turunnya Nabi Isa.” (Hadits Riwayat Muslim). Penjelasan Nabi Shallallahu „alaihi wasallam dalam sabdanya yang lain: “Dajjal datang kepada umatku dan hidup selama 40 tahun, lalu Allah mengutus Isa bin Maryam, kemudian ia mencari Dajjal dan membinasakannya. Kemudian selama 70 tahun manusia hidup aman dan damai, tak ada permusuhan antara siapapun. Sesudah itu Allah meniupkan angin yang dingin dari arah negeri Syam (kini Suriah, pen). Maka setiap orang yang dalam hatinya masih ada kebajikan meskipun sebesar atom, pasti menemui ajalnya. Bahkan jika seandainya seseorang dari kamu masuk ke dalam gunung, pasti angin itu mengejarnya dan mematikannya. Maka sisanya tinggal orang-orang jahat seperti binatang buas (fii khiffatit thoiri wa ahlaamis sibaa‟), mereka tidak
  • 10. 10 mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran. Dan syetan menjelma pada mereka (manusia) lalu berkata: Maukah kamu mengabulkan? Manusia berkata: Apa yang akan kamu perintahkan kepada kami? Syetan lalu memerintahkan kepada mereka agar menyembah berhala, sedang mereka hidup dalam kesenangan. Kemudian ditiuplah sangkakala. Tapi seorangpun tak akan mendengarnya kecuali orang yang tajam pendengarannya. Dan orang yang pertama kali mendengarnya yaitu seorang laki-laki yang mengurusi untanya. Nabi bersabda: Maka matilah semua manusia. Kemudian turunlah hujan seperti hujan gerimis. Maka keluarlah dari situ jasad manusia (dari kubur-kuburnya). Kemudian ditiup lagi sangkakala, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu. Lalu dikatakan kepada mereka: Wahai manusia, marilah menghadap kepada Tuhanmu dan merekapun berada di Mahsyar karena mereka akan diminta tanggung jawabnya. Kemudian dikatakan kepada mereka, pergilah kamu karena neraka telah dinyalakan, lalu dikatakan lagi: Dari berapakah? Lalu dikatakan lagi: Dari setiap seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang. Begitulah keadaannya pada hari anak dijadikan beruban dan pada hari betis disingkap (hari kiamat yang menggambarkan orang sangat ketakutan yang hendak lari karena huru-hara kiamat).” (Hadits Riwayat Muslim). Sabda Nabi Shallallahu „alaihi wasallam ketika berkhutbah : “Wahai manusia, bahwasanya kamu nanti akan dihimpun Allah dalam keadaan telanjang kaki, telanjang bulat, dalam keadaan kulup (tidak dikhitan). Ingatlah bahwa orang yang mula-mula diberi pakaian adalah Ibrahim AS. Ingatlah bahwa nanti ada di antara umatku yang didudukkan di sebelah kiri. Ketika itu aku berkata: Ya Tuhan, (mereka itu adalah) sahabatku. Lalu Tuhan berkata: Engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sesudah kamu (wafat).” (HR Muslim). PERTANGGUNG JAWABAN Mengenai pertanggungan jawab perbuatan, Nabi Muhammad Shallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Pada hari kiamat, setiap hamba tak akan melangkah sebelum ditanya empat hal, yaitu tentang umur untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya dari mana ia peroleh dan untuk apa ia belanjakan, dan (kesehatan) badannya untuk apa ia pergunakan.” (HR Tirmidzi, hadits hasan shahih, dan teks ini menurut riwayat Muslim). Tentang dahsyatnya keadaan kiamat sampai manusia tak ingat pada lainnya, adapun penjelasannya: “Dari Aisyah , Bahwa ia teringat Neraka lalu menangis, maka Rasulullah ` bertanya: Apa yang menyebabkan engkau menangis? Aisyah menjawab: Aku teringat pada Neraka, hingga aku menangis. Apakah pada hari kiamat kamu akan ingat pada keluargamu? Jawab Nabi Shallallahu „alaihi wasallam : Adapun di tiga tempat, orang tidak teringat pada yang lainnya, yaitu ketika ditimbang amalnya sebelum dia mengetahui berat ringannya amal kebaikannya. Ketika buku catatan amalnya beterbangan sebelum dia mengetahui di mana hinggapnya buku itu, di sebelah kanan, kiri, atau di belakangnya. Dan ketika meniti titian/jembatan (shirath) yang terbentang di punggung neraka Jahannam sebelum dia melaluinya.” (HR Abu Daud, hadits hasan). Itulah peristiwa kiamat yang wajib kita yakini beserta tanda-tandanya. Semuanya itu merupakan hal yang ghaib, hanya Allah yang mengetahui, sedang Nabi Shallallahu „alaihi wasallammengkhabarkan itu dari wahyu Allah. Maka hal-hal yang tak sesuai dengan penjelasan Allah dan RasulNya mesti kita tolak, meskipun datangnya dari orang yang mengaku intelek, pakar, ataupun mengaku telah menyelidiki bertahun-tahun dengan metode yang disebut ilmiah dan canggih. Sebaliknya, kalau itu datang dari Allah dan RasulNya, maka wajib kita imani. Dan beriman kepada Hari kiamat itu merupakan halyangtermasuk pokok di dalamIslam seperti tersebut di atas. Mengingkarinya berarti rusak keimanannya.
  • 11. 11 (Dikutip dari: Minhajul Muslim , oleh Abu Bakr Al-Jazairi) 22 tanda hari kiamat semakin hampir 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  • 12. 12 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela sertamenyebarkannya. 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT Erti hari kiamat Kiamat dari segi bahasa bererti kebangkitan.Erti hari kiamat dari segi istilah ilmu tauhid menurut ajaran Islam ialah hari di mana Allah akan mematikan sekelian makhluknya , kemudian dibangkitkan dan dihidupkan semula dan dihimpunkan di padang mahsyar untuk diperhitungkan segala amalan mereka sewaktu hidup di dunia lalu diberi balasan samada syurga atau neraka.Nama – nama lain bagi hari kiamat itu antaranya adalah sebagaimana berikut :- 1)Yaumul akhir yang bererti hari yang penghabisan kerana ia merupakan penghabisan segala hari – hari dunia. 2)Yaumul mahsyar yang bererti hari perhimpunan kerana pada hari itu semua makhluk akan
  • 13. 13 dihimpunkan di padang mahsyar. 3)Yaumul din yang bererti hari pembalasan kerana pada hari itu akan dibalas semua amal perbuatan makhluk samada buruk atau baik. 4)Yaumul waqi‟ah bererti hari yang pasti berlaku kerana hari kiamat itu pasti akan berlaku tanpa sebarang syak. 5)Yaumul nadamah bererti hari penyesalan kerana pada hari itu semua makhluk akan menyesali kesalahan – kesalahan yang mereka lakukan di dunia. 6)Yaumul hisab bererti hari perhitungan kerana pada hari itu semua amalan manusia akan diperhitungkan. 7)Yaumul zalzalah bererti hari gempa kerana pada hari tersebut alam keseluruhannya mengalami gempa yang sangat dahsyat. Hukum beriman dengan hari kiamat Hukum beriman dengan hari kiamat itu wajib dan menjadi kafir sesiapa yang mengingkarinya kerana telah sabit di dalam Al Quran dan hadis – hadis.Firman Allah Taala Ertinya : tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat Rasulullah saw bersabda Ertinya :Bahawa kamu beriman dengan Allah dan para malaikatnya dan kitab-kitabnya dan sekelian rasul-rasulnya dan hari akhirat. Pembahagian kiamat Kiamat terbahagi kepada dua iaitu:- 1)Kiamat kecil iaitu kematian yang berlaku ke atas individu yang telah sampai ajalnya.Kiamat kecil juga dinamakan kiamat khusus.Sabda Rasulullah saw Ertinya :Apabila mati seseorang daripada kamu maka berlakulah kiamat atas dirinya. 2)Kiamat besar atau kiamat umum.Inilah yang disebutkan di dalam Al Quran sebagai yaumul ghasyiah yang bererti hari yang meliputi kerana berlakunya meliputi atas sekelian makhluk tanpa kecuali. Alam barzakh Sepertimana yang telah dinyatakan apabila mati seseorang itu maka berlakulah kiamat atas dirinya yang mana dengan kematian tersebut berpindahlah ruhnya dari alam dunia kepada alam kubur dan akan tinggal di sana sementara menantikan berlakunya kiamat besar yang meliputi.Alam kubur ini juga disebut alam barzakh.Barzakh itu ertinya „sempadan‟ kerana ia merupakan sempadan di antara alam dunia dengan alam akhirat.Semasa berada di dalam alam kubur atau alam barzakh tersebut ruh akan menghadapi :- 1)Fitnah kubur yakni soalan – soalan yang akan dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur.Sebab kedua – dua malaikat tersebut dinamakan Munkar dan Nakir kerana keduanya akan datang dengan rupa yang sangat tidak dikenal dan sangat menakutkan.Soalan – soalan yang akan ditanya itu adalah soalan tentang akidah si mati seperti siapa Tuhanmu , siapa nabimu , apa ikutanmu , siapa saudara - saudaramu dan seterusnya.Bagi orang yang beriman akan diulang – ulang soalan tersebut selama tujuh hari kerana memuliakan dan membanggakan mereka atas malaikat.Bagi orang kafir akan diulang – ulang pertanyaan tersebut selama empat puluh hari untuk menghinakan mereka.Dalil adanya fitnah kubur adalah hadis nabi setelah baginda selesai dari mengkebumikan jenazah salah seorang sahabat baginda , baginda bersabda
  • 14. 14 Ertinya :Pohonkan bagi saudara kamu ini ketetapan kerana dia sekarang akan ditanya. 2)Nikmat kubur dan azab kubur yakni setelah selesai urusan pertanyaan malaikat munkar dan nakir yang tersebut keduanya akan pergi dan tidak akan kembali lagi namun akan menanti pula nikmat kubur bagi orang – orang yang beriman dan azab kubur bagi orang – orang yang kafir dan derhaka.Nikmat dan azab ini akan berkekalan sehinggalah berlaku kiamat.Sabda Rasulullah saw Ertinya :Hanyasanya kubur itu adalah satu taman daripada taman syurga atau satu lubang dari lubang neraka.Sabda Rasulullah saw Ertinya :Bersihkanlah kencing kerana kebanyakan azab kubur adalah disebabkan oleh kencing. 3)Himpitan bumi yang mana semua jenazah yang telah dikebumikan tidak akan terlepas daripada himpitan bumi kecuali jenazah anbia‟ , orang – orang yang mati syahid dan Fatimah binti Asad.Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa jikalau dapat terlepas seseorang daripada himpitan bumi nescaya akan terlepaslah Saad bin Muaz yang pada hari kematiannya bergoncang arasy Allah Taala.Hanyasanya jenazah orang – orang yang beriman akan dihimpit bumi seperti ibu memeluk anaknya. Ya Allah lindungilah kami dan sekelian orang – orang yang beriman daripada sekelian yang tersebut dan Engkau tetapkanlah iman kami , kedua ibubapa kami , anak isteri dan zuriat kami , kaum kerabat kami , guru – guru kami , murid – murid kami dan sekelian saudara – saudara kami yang beriman.Sesungguhnya kami tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan diri kami melainkan semata – mata dengan kurniamu jua ya Allah. Amalan yang dapat melepaskan diri daripada huru hara di dalam kubur 1)Mengukuhkan iman terhadap Allah dan rasulnya dengan cara mentaati suruhan Allah dan rasul dan menjauhi larangan Allah dan rasul. 2)Memperbanyakkan zikrullah.Rasulullah saw bersabda Ertinya :Tiada amalan yang terlebih melepaskan daripada azab kubur daripada zikrullah. 3)Mengamalkan sunnah nabi. 4)Membaca surah Al Muluk pada tiap – tiap malam. 5)Bersungguh – sungguh memelihara solat. 6)Bersungguh – sungguh memelihara hukum taharah (kebersihan) terutamanya kencing. 7)Menjaga perpaduan kaum muslimin dan menjauhi amalan hasut menghasut. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah untuk kita melakukan amalan – amalan tersebut. Tanda – tanda hari kiamat. Allah dan rasulnya tidak menentukan tarikh berlakunya kiamat sebagai ujian ketaatan ke atas manusia.Namun Allah dengan sifat kasih sayangnya kepada manusia telah memberitahukan tanda – tanda kedatangan kiamat tersebut.Tanda – tanda kiamat itu terbahagi dua iaitu tanda – tanda kecil dan tanda – tanda besar.Tanda – tanda kecil adalah seperti berikut :- 1)Diutusnya nabi Muhammad saw sebagai rasulullah. 2)Para pemimpin akan terdiri daripada keturunan yang rendah dan hina. 3)Hamba melahirkan tuannya. 4)Orang-orang miskin yang berkaki ayam akan membina gedung-gedung yang menjulang tinggi. 5)Ada dua golongan yang besar yang akan berbunuh-bunuhan padahal seruan mereka sama. 6)Akan muncul dajajil(dajal-dajal kecil) yakni para penipu yang menyesatkan. 7)Ilmu pengetahuan akan dilenyapkan.
  • 15. 15 8)Banyak berlaku gempa bumi. 9)Banyak timbul fitnah. 10)Banyak haraj (pembunuhan) 11)Harta kekayaan akan melimpah ruah. Adapun tanda – tanda besar pula adalah seperti berikut:- 1)Munculnya Imam Mahdi 2)Munculnya Dajjal 3)Turun Nabi Isa as. 4)Terbitnya matahari dari sebelah barat. 5)Keluarnya dabbatul ardh (sejenis binatang) Proses berlakunya kiamat. 1)Tiupan sangkakala yang pertama menandakan proses penghancuran alam dan kematian seluruh makhluk. 2)Tiupan sangkakala yang kedua yang menandakan proses kebangkitan sekelian makluk yang telah dimatikan yang mana mereka akan dihidupkan semula untuk dikumpulkan di padang mahsyar.Selang antara dua tiupan tersebut adalah empat puluh tahun.Sangkakala itu adalah trompet besar yang berbentuk seperti tanduk diperbuat daripada kaca ditiup oleh malaikat Israfil.Besarnya sangkakala tersebut digambarkan di dalam hadis – hadis andaikata langit dan bumi ini dimasukkan ke dalam lubangnya nescaya muat. 3)Makhluk yang telah dibangkitkan itu akan digiring dan dikumpulkan di padang mahsyar di dalam keadaan berkaki ayam dan bertelanjang.Keadaan mereka dari hal susah dan senang adalah bergantung kepada amalan masing – masing.Padang mahsyar adalah bumi yang rata yang berwarna putih seperti roti.Di sana manusia akan menunggu untuk diadili.Lamanya manusia di sana mengikut riwayat Abu Ya‟la dan Ibnu Hibban ialah selama dua puluh lima ribu tahun.Di sana manusia akan pergi dari satu nabi kepada satu nabi untuk memohon syafaat agar dipercepatkan hisab.Akhirnya hisab dijalankan dengan syafaat nabi Muhammad dan inilah yang dipanggil “syafaat kubra” ertinya syafaat yang besar yang merangkumi seluruh makhluk samada muslim atau kafir dan samada manusia atau jin iaitu syafaat untuk dipercepatkan hisab. 4)Hisab ialah proses menghitung amalan – amalan makhluk samada baik atau buruk.Cara penghisaban dilakukan bergantung kepada amalan seseorang itu.Sesetengah manusia dihisab dengan hisab yang sangat berat.Sesetengah manusia dihisab dengan hisab yang ringan.Bagi orang yang menutup aib orang lain semasa di dunia maka hisab ke atas mereka akan dijalankan dengan tersembunyi di sebalik tabir dan Allah akan menutup aib mereka pula dengan memberi keampunan supaya kesalahan mereka tidak diketahui oleh orang lain.Bagi yang dihisab secara terang – terangan akan dihisab di hadapan orang – orang yang mereka kenali semasa di dunia supaya mereka mendapat malu yang amat sangat bagi setiap kesalahan yang mereka lakukan.Semoga Allah menutup aurat (keaiban) kita dan mengamankan ketakutan kita pada hari tersebut.Sebelum penghisaban dijalankan ke atas manusia , akan diserahkan kepada mereka buku catatan amalan yang mereka telah lakukan di dunia.Orang – orang yang berbahagia akan mendapat catatan amalannya dari sebelah kanan dan orang – orang yang celaka akan mendapat catatan amalan mereka dari sebelah kiri atau dari arah belakang.Kemudian catatan amalan itu akan ditimbang di atas neraca yang dipanggil “mizan” yakni neraca yang sangat adil dan teliti yang dapat menimbang amalan seseorang walau sekecil zarrah sekalipun.Adalah besar kedua – dua daunnya jika diletakkan dunia dengan sekelian isi – isinya nescaya muat ia. 5)Kemudian manusia akan diperintah untuk melintas titian sirat iaitu jambatan yang merentangi atas neraka jahannam.Kadar lebarnya adalah bergantung kepada amalan dan iman manusia iaitu luas dan lebar bagi orang – orang mukmin yang bertakwa dan sempit dan halus bagi orang – orang yang fasik dan munafik sehingga sampai ia akan halusnya itu seolah – olah rambut atau lebih halus lagi daripada itu.Rasulullah saw bersabda
  • 16. 16 Ertinya :Sirat itu adalah terlebih halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang. Jauhnya perjalanan sirat itu adalah seribu lima ratus tahun peralanan.Keadaan manusia semasa melintas sirat itu berbeza – beza dari segi bersegera atau lambat dengan kadar bersegera atau lambatnya mereka menunaikan perintah – perintah Allah Taala semasa di dunia.Sesetengahnya seperti kilat yang menyambar.Sesetengahnya seperti angin yang bertiup.Sesetengahnya seperti burung yang terbang.Sesetengahnya seperti kuda yang berlari.Sesetengahnya seperti berlarinya seorang lelaki yang kuat.Ada yang berjalan.Ada yang merangkak dan ada yang mengisut.Ada yang sampai di dalam sekelip mata.Ada yang sehari.Ada yang sebulan.Ada yang setahun.Ada yang beribu ribu tahun.Orang – orang yang munafik akan jatuh ke dalam neraka sementara orang – orang yang beriman akan sampai di syurga dengan selamat. Syurga dan neraka Syurga adalah satu tempat yang disediakan oleh Allah ke atas hamba – hambanya yang taat di dalamnya penuh dengan segala kenikmatan.Kenikmatan yang terdapat di syurga itu antara lain ialah :- 1)Bidadari – bidadari yang cantik jelita. 2)Minuman yang lazat citarasanya seperti arak , madu dan susu. 3)Makanan dan buah – buahan yang lazat. 4)Pelayan – pelayan dari anak – anak muda yang cantik dan sebaya. 5)Gedung – gedung dan rumah – rumah yang cantik. 6)Hidup selama – lamanya dan tidak mati.Muda selama – lamanya dan tidak tua. Nama – nama syurga adalah sepertimana berikut :- 1)Jannatul firdaus. 2)Jannatul adnin 3)Jannatul ma‟wa 4)Jannatul naim 5)Jannatul khuldi 6)Darul Qarar 7)Darul salam. 8)Darul muqamah Firman Allah di dalam hadis qudsi Ertinya :Telah Aku (Allah) sediakan untuk hamba-hambaku yang bertakwa suatu (balasan syurga) yang tak pernah dilihat oleh mata,dan tidak pernah didengar oleh telinga,dan (bahkan) tidak pernah terlintas pun di dalam hati (mana-mana)manusia. Neraka adalah satu tempat yang disediakan oleh Allah untuk menghukum orang – orang yang derhaka kepada Allah yang terdiri daripada orang – orang munafik , orang – orang kafir dan orang – orang yang melakukan dosa – dosa besar yang mati tanpa bertaubat dan dosa mereka itu tidak diampunkan Allah.Di antara siksaan – siksaan yang telah disediakan oleh Allah itu ialah :- 1)Api yang menyala – nyala. 2)Rantai dan belenggu. 3)Binatang – binatang yang berbisa seperti ular dan kala. 4)Yang menjaga dan mengawal neraka itu terdiri daripada malaikat yang kasar dan keras. 5)Zaqqum iaitu buah yang sangat pahit dan dhari‟ iaitu buah yang beracun dan berduri. 6)Minumannya adalah air yang tersangat panas yang dapat memutuskan tali perut dan wapnya dapat menghancurkan daging muka.Nauuzubillah min zalik. Berikut adalah nama – nama neraka :- 1)Neraka jahannam 2)Neraka jahim
  • 17. 17 3)Neraka sa‟ir 4)neraka lazha 5)Neraka huthamah 6)Neraka saqar 7)Neraka hawiah Pahala dan dosa Pahala ertinya jaminan balasan baik yang diberikan ke atas orang – orang yang melakukan kebajikan.Dosa ialah jaminan balasan buruk yang diberikan ke atas orang – orang yang membuat maksiat.Pahala dan dosa inilah yang ditimbang di atas neraca mizan pada hari kiamat nanti.FirmanAllah Taala Ertinya : Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). Syafaat Syafaat ertinya pertolongan yang akan diberikan di akhirat ke atas manusia – manusia yang berdosa yang dikehendakki Allah.Jenis – jenis syafaat itu adalah seperti berikut :- 1)Syafaat mempercepatkan hisab.Syafaat ini dikhususkan bagi nabi Muhammad saw sahaja.Ianya juga dikenali dengan syafaat uzhma atau syafaat kubra yang bererti syafaat yang besar kerana ia meliputi semua makhluk tanpa kecuali samada manusia atau jin , muslim atau kafir. 2)Syafaat supaya diringankan siksaan. 3)Syafaat memasukkan orang – orang yang beriman ke dalam syurga tanpa hisab. 4)Syafaat untuk orang yang berdosa yang mewajibkan masuk ke neraka tetapi tidak dimasukkan ke neraka. 5)Syafaat untuk orang yang masuk ke neraka tetapi disingkatkan tempoh siksaan. 6)Syafaat untuk mengeluarkan semua orang yang melakukan dosa – dosa besar yang mati atas tauhid lalu dimasukkan ke dalam syurga. Perhatian :Syafaat dari jenis yang ketiga hingga keenam itu hanya khusus untuk orang – orang yang mati di dalam akidah tauhid sahaja dan tidak akan dapat diperolehi oleh orang – orang yang mati di dalam keadaan mensyirikkan Allah.Firman Allah Taala Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. Selain nabi Muhammad , sekelian nabi – nabi yang lain , para ulama dan orang – orang yang mati syahid turut mendapat keistimewaan memberikan syafaat.Rasulullah saw bersabda Ertinya :Akan memberikan syafaat pada hari kiamat nanti oleh para nabi , ulama dan juga orang – orang yang mati syahid. Selain itu terdapat juga syafaat dari anak – anak yang mati sewaktu kecil bagi ibu bapa mereka yang beriman.Terdapat juga syafaat bagi penghafaz – penghafaz Al Quran bagi sepuluh ahli keluarga mereka yang mewajibkan neraka tetapi tidak dimasukkan ke neraka.Semoga Allah menetapkan iman kita semua dan melayakkan kita untuk memperolehi syafaat pada hari yang
  • 18. 18 dahsyat tersebut.Amin ya Rabbal alamin. Di antara usaha – usaha untuk memperolehi syafat itu ialah :- 1)Memelihara akidah selama hayat dikandung badan. 2)Memelihara solat fardu lima waktu. 3)Membanyakkan sedekah 4)Membanyakkan salawat ke atas nabi Muhammad saw. 5)Bersabar dan reda dengan musibah hidup. 6)Membanyakkan doa dan merendah diri kepada Allah swt. 7)Suka menolong orang – orang yang beriman. 8)Membanyakkan membaca kalam Allah ayat – ayat suci Al Quran al karim. 9)Sentiasa bertaubat dan memperbaiki amalan. Perkara – perkara sam’iyat Perkara – perkara sam‟iyat ertinya perkara – perkara yang di dengar daripada perkhabaran Al Quran dan hadis.Wajib atas tiap – tiap manusia beriman dengan adanya perkara – perkara tersebut seperti yang dinyatakan oleh Al Quran dan hadis.Mengingkari perkara – perkara sam‟iyat yang sabit daripada Al Quran itu adalah kufur yang mengekalkan di dalam neraka.Wal iyazubillah.Begitu juga mengingkari perkara – perkara sam‟iyat yang sabit daripada hadis yang mutawattir (hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai sehingga mencapai darjat yakin) juga boleh menyebabkan kufur.Adapun mengingkari perkara – perkara sami‟yat yang sabit dengan khabar ahad (hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang dari mutawattir) tidak menjatuhkan seseorang kepada kufur sebaliknya menjadikan seseorang itu fasik (berdosa besar).Kesimpulannya kita wajiblah mempercayai perkara – perkara sam‟iyat samada perkhabarannya itu mutawattir atau tidak supaya kita terselamat dari sebarang gelaran samada kufur atau fasik.Perkara – perkara sam‟iyat itu adalah sebagaimana berikut :- 1)Para malaikat dan sekelian yang berkaitan dengan mereka seperti yang diceritakan di dalam Al Quran dan hadis. 2)Para nabi dan sekelian yang berkaitan dengan kisah mereka seperti yang diceritakan oleh Al Quran dan hadis. 3)Kitab – kitab yang diturunkan Allah sebelum Al Quran dan sekelian yang berkaitan dengannya seperti yang diceritakan di da lam Al Quran dan hadis. 4)Hari akhirat dan sekelian yang berkaitan dengannya seperti yang diceritakan di dalam Al Quran dan hadis. 5)Makhluk jin , syaitan dan Iblis dan sekelian yang berkaitan dengannya seperti yang diceritakan di dalam Al Quran dan hadis. 6)Kadhak dan kadar. 7)Arasy. 8)Kursi. 9)Luh Mahfuz. 10)Qalam. 12)Ruh. Pendekata apa sahaja yang diceritakan oleh Al Quran dan hadis maka yang demikian itu adalah perkara – paerkara sami‟yat yang wajib diimani oleh tiap – tiap mukallaf.
  • 19. 19 20 jenis orang yang makruh kita beri salam 1. Orang yang sedang mengambil wudhuk 2. Orang yang berada di dalam toilet 3. Orang yang sedang menikmati makanan dan minuman 4. Orang yang sedang berperang dengan musuh 5. Orang yang sedang membaca al-quran atau berdoa 6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah (haji dan umrah ) 7. Orang yang sedang mengajar, berkhutbah dan memberi nasihat 8. Orang yang sedang belajar, mendengar khutbah dan nasihat. 9. Orang yang sedang azan 10. Orang yang sedang qada’ hajat. 11. Orang yang sedang bersetubuh dengan isteri 12. Orang yang sedang iqamat 13. Orang yang sedang mabuk. 14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi 15. Orang yang sedang solat 16. Orang gila 17. kanak-kanak 18. Orang yang sedang tidur 19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman 20. Salam lelaki kepada perempuan atau sebaliknya kerana ditakuti membawa fitnah - dari kitab “ghizaul albab” tulisan oleh As-safarini
  • 20. 20 1. LALUAN MENUJU KE KUBUR. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji. Hindarkan perasaan irihati (benci). Jangan terpengaruh dengan harta dunia. Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang airkecil!) 2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL. Bersihkan diri dengan bertaubat. Gembirakan hati orang Mu'min. Bayar semula qadha' (solat & puasa) yang tertinggal. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala 3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR. Mengucap dua kalimah syahadat. Suka memberi sedekah. Berkata benar. Bersihkan dan perbaiki hati 4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat. Sucikan perkataan dan pakaian. Bersyukur dengan yang sedikit. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH 5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN. Jauhkan perkataan yang sia-sia. Pendekkan cita-cita dunia. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH. Banyakkan sedekah dan khairat 6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala. Berbaktilah kepada kedua ibubapa. Berpegang teguh dengan hukum syara'. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk. 7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA. Banyakkan membaca al-Quran. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu. Tinggalkan perkara yang maksiat. Jauhkan segala yang haram 8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh. Kasihi orang yang soleh. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH 9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD. Kasihilah Nabi ALLAH. Kasihilah Rasulullah. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAHd. Banyakkan selawat Nabi S.a.w. 10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH. Bencikan segala yang diharamkan-Nya. 11. Minyak ini berfungsi untuk memberikan tampak ketenangan kepada suasana sekitar dimana pengguna akan terlihat lebih cerah, lebih tenang dan nyaman dipandang buat lawan jenis yang melihatnya, orang yang melihat akan timbul kesan belas kasihan dan kepada pengguna kerana mereka akan melihat sang pengguna dalam bentuk simpati, serta merapatkan diri dengan keluarga. 12. Ramuan minyak ini menjadi warna hijau muda dan mempunyai bau yang tahan lama. Antara cara menghasilkannya: 13. a. Persediaan ramuan 7 atau 19 kuntum bunga b. Di baca ayat Surah Ar-Rahman: 12-13 c. Disertai bacaan Surah Toha:131 d. Kemudian membaca Selawat Nabi – 777 kali e. Akhirnya bahan tersebut dicampur dengan Minyak Mawar, Minyak Melati dan Minyak Cendana. Ketiganya dicampur dengan komposisi yang sama banyak.