SOALAN :
Sediakan dalam bentuk slide berkenaan dengan
pengangkutan di bandar yang anda biasa atau bandar
kampung anda. Anda digalakkan memasukkan gambar-
gambar dan rajah-rajah dalam laporan anda. Muatnaik
(upload) laporan anda ke SlideShare.net dan berikan
pautannya (link) dalam ruang yang disediakan.
Bandar Petaling
Jaya
Petaling Jaya atau PJ merupakan sebuah bandar raya dan bandar
terbesar di negeri Selangor, Malaysia. PJ diwujudkan pada
tahun 1952 sebagai sebuah bandar universiti dan bandar
satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-
kira 97.2 km2. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang
merupakan daerah yang memiliki populasi tertinggi dan termaju
di negeri Selangor.
Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi
sebuah bandar raya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada
bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato'
Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling
Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas
presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).
Pengangkutan di Bandar Petaling Jaya
Petaling Jaya merupakan antara salah satu bandar yang terletak di Lembah Klang yang semakin meningkat naik seiring dengan bandar-
bandar yang lain. Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan di sekitarnya seperti kawasan Sungai Way-
Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung
permintaan penduduk. Terdapat pelbagai kemudahan dan pusat beli belah yang disediakan seperti Paradigm Mall, Jaya Shopping
Centre serta Amcorp Mall. Akibat daripada pembangunan yang pesat membangun di bandar ini, pelbagai jenis pengangkutan yang
telah disediakan untuk kemudahan pergerakan masyarakat di kawasan ini termasuklah :
1. MRT
2. LRT
3. Bas (RapidKL, Bas MRT, Bas Smart Selangor)
4. Teksi
MRT (Mass Rapid
Transit)
MRT mempunyai 2 Haluan iaitu Kajang-Sungai Buloh
dan sebaliknya. Transit ini merupakan sistem kereta api
automatik dan tanpa pemandu kedua di kawasan
Lembah Klang. Pengangkutan awam ini memudahkan
pergerakan masyarakat di bandar Petaling Jaya untuk
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam
tempoh masa yang lebih singkat. Stesen MRT yang
strategik dan berhampiran dengan kawasan kediaman
penduduk menjadi pilihan utama oleh masyarakat
setempat sebagai. Di tambah pula dengan tambang yang
murah dan berpatutan.
LRT (Light Rapid
Transit)
LRT atau Transit Aliran Ringan adalah sebuah jenis
transit rel bandar dengan ciri-ciri gabungan trem dan
metro. LRT yang terdapat di Bandar Petaling Jaya
dikenali sebagai LRT laluan Kelana Jaya. Laluan ini dapat
menghubungkan penduduk-penduduk di kawasan
setempat dengan bandar-bandar di sekitarnya.
Pengangkutan awam ini menjadi antara penagngkutan
awam yang sering digunakan untuk masyarakat pergi
berkerja di kawasan Lembah Klang yang lain.
BAS
RAPIDKL
Bas ini juga dipanggil sebagai bas
loncat kerana ia mengelilingi
bandar Petaling Jaya dan sering
digunakan oleh penduduk
setempat kerana kadar
bayarannya yang murah.
BAS MRT
Bas ini memberi kemudahan dan
perkhidamatan kepada masyarakat
yang ingin menaiki MRT. Selain itu,
bas ini juga menghubungkan
penduduk yang mempunyai
kesukaran untuk pergi ke stesen MRT
kerana jarak yang jauh.
BAS SMART
SELANGOR
Bas ini memberikan
perkhidmatan percuma
kepada warganegara dan
bayaran RM 1 kepada
warga asing. Bas ini juga
turut melakukan
pekhidmatan yang
membawa masyarakat dari
luar bandar ke bandar yang
memudahkan penggunanya.
Teksi
Teksi juga merupakan salah satu
pengangkutan yang digunakan
sekiranya pengguna mahu pergi
ke suatu tempat yang tidak dilalui
oleh pengangkutan awam yang
lain
MASALAH
PENGANGKUTAN YANG
DIHADAPI
◦ Pencemaran udara dan bunyi
◦ Kesesakan lalu lintas
◦ Tempoh menunggu pengangkutan awam
yang lama dan membuang masa
◦ Suasana yang tidak kondusif
◦ Permukaan jalan yang berlubang
CADANGAN UNTUK MENGATASI
MASALAH
◦ Meningkatkan penguasaaan undang-undang yang berkaitan dengan jalan raya
◦ Melebarkan luas jalan raya di kawasan yang sering berlaku kesesakan
◦ Menggunakan alat sistem pengangkutan pintar untuk membantu memantau keaadaan
jalan raya
◦ Memasang penenang jalan seperti bonggol di jalan yang sering berlaku kemalangan
◦ Menurap jalan yang tidak rata dan mempunyai lubang
◦ Meningkatkan kelancaran pergerarakan pengangkutan awam dengan memastikan
ianya tiba mengikut jadual yang telah ditetapkan.