SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
DOKUMEN RASMI KERAJAAN




               KERAJAAN NEGERI JOHOR




            GARIS PANDUAN MENGENAI
        TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
               DAN MEL ELEKTRONIK
          DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN




UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT
NEGERI JOHOR
JANUARI 2007
KANDUNGAN


Perkara                                    Muka Surat

PENGENALAN                                        3

TUJUAN                                            3

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET                      4

TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK                7

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA                            12

KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL            13

KHIDMAT NASIHAT                                   15

PENUTUP                                           15



LAMPIRAN A: CONTOH FORMAT EMEL BUKAN RAHSIA RASMI
             KERAJAAN
LAMPIRAN B: CONTOH FORMAT EMEL RAHSIA RASMI KERAJAAN
LAMPIRAN C: AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN




                            2
G A R I S P A N D U AN M EN G EN AI
      TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK
                     DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN
                      NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM


1.0    PENGENALAN
       Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan
       maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa
       kepada peningkatan penggunaan Internet dan mel elektronik dalam sektor awam.
       Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat
       yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga
       dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan
       perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses
       penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat
       dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan Internet dan emel yang tidak terkawal
       boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan
       yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan,
       keutuhan dan kebolehsediaan


2.0    TUJUAN
       2.1    Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara
              penggunaan Internet dan emel, meningkatkan tahap keselamatan sistem
              komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan
              operasi Internet dan emel. Panduan yang diberikan adalah berdasarkan
              Pekeliling Am Johor Bil 2 Tahun 2001: Peningkatan Penggunaan Emel
              Bagi Tujuan Rasmi Kerajaan.


3.0    TANGGUNGJAWAB AGENSI
       3.1    Semua Jabatan/Agensi adalah dikehendaki untuk mengambil perhatian
              kepada garis panduan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.




                                         3
4.0   TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
      Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan Internet:


      (a) Hak Akses Pengguna
         Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh
         Kerajaan untuk melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang
         disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di
         bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.


      (b) Memilih Laman
         Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan
         terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.


      (c) Pengesahan Maklumat
         Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan
         kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga
         dinyatakan.


      (d) Muat Naik Bahan
         Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan
         mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.


      (e) Muat Turun Bahan
         Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti
         perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan
         yang dimuat turun dari Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang
         dibenarkan oleh jabatan sahaja.




                                           4
(f) Perbincangan Awam
       Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan
       menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti forum,
       newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua
       Jabatan tertakluk kepada dasar dan tatacara yang telah ditetapkan. Perlu
       diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Kerajaan.
       Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas
       dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.


Penjawat awam adalah DILARANG daripada melakukan sebarang aktiviti yang
melanggar tatacara penggunaan Internet seperti:


   (a) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak
       berlesen


   (b) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan


   (c) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menghantar sebarang bentuk
       maklumat atau perkara rahsia rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk
       kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada
       Terhad, Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar.


   (d) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet
       yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh
       memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan


   (e) melayari, menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material,
       teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah;




                                       5
(f) memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak
   penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan
   pengguna Internet yang lain;


(g) memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas
   talian seperti permainan elektronik, video dan lagu;


(h) memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik,
   video,lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh
   mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian
   komputer;


(i) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti forum,
   newsgroup dan bulletin board;


(j) menggunakan kemudahan chatting melalui Internet;


(k) menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi;


(l) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik;


(m) melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan
   perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;


(n) menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke
   Internet.




                                     6
5.0   TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK
      Mel elektronik atau emel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan
      pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik.
      Aplikasi emel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih
      daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang
      ringkas.


      Setiap penjawat awam di semua Jabatan Kerajaan digalakkan untuk mewujudkan
      satu emel khusus bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan penjawat
      awam berkenaan sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, membuat aduan atau
      mengemukakan pandangan.


      Kerajaan Negeri telah menyediakan Emel Rasmi Kerajaan dan Emel Rakyat:


         (a) Emel Rasmi Kerajaan
             Emel untuk penjawat awam melaksanakan tugas-tugas rasmi.


         (b) Emel Rakyat
             Emel untuk orang awam terutama rakyat negeri Johor


      Bagi Emel Rasmi Kerajaan, segala permohonan baru, kakitangan yang bertukar
      jabatan atau penamatan akaun emel hendaklah menggunakan Borang Permohonan
      Emel yang boleh di muat turun dari Laman Web Unit Sains Teknologi dan ICT
      Negeri Johor (www.johordt.gov.my/ustj) dan dihantar ke alamat berikut:


      Seksyen Pembangunan dan Sokongan
      Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor
      Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim
      Jalan Bukit Timbalan
      80000 Johor Bahru




                                         7
atau
faks: 07-2234 269/221 5033


Berikut adalah kaedah penggunaan emel yang betul dan disesuaikan
pemakaiannya di setiap Jabatan Kerajaan:


   (a) Pemilikan Akaun E-mel
       Pemilikan akaun emel bukanlah hak mutlak seseorang. la adalah
       kemudahan yang tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik
       balik jika penggunaannya melanggar peraturan. Akaun atau alamat emel
       yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan. Penggunaan
       akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang.


   (b) Format
       Emel adalah salah satu saluran komunikasi rasmi Kerajaan. Ini bermakna,
       setiap emel mestilah mengandungi nama, jawatan dan nama jabatan.


       Penggunaan huruf besar kandungan emel adalah tidak digalakkan dan
       dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan huruf
       kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian di
       samping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan.


       Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan emel
       adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum
       penghantaran dilakukan.




                                   8
(c) Penghantaran
   Penghantaran emel rasmi hendaklah menggunakan akaun emel rasmi dan
   pastikan alamat emel penerima adalah betul. Penghantar boleh
   menggunakan kemudahan `salinan kepada' (cc) sekiranya emel tersebut
   perlu dimaklumkan kepada penerima lain. Bagaimanapun, penggunaan
   `blind cc' (bcc) tidak digalakkan.


   Kemudahan `reply' digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar
   asal dan `forward' untuk memanjangkan emel atau dimajukan kepada
   penerima lain. Sebagai amalan baik, emel penghantar hendaklah dijawab
   selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh emel berkenaan diterima. Kemudahan
   penghantaran emel jawab automatik semasa berada di luar pejabat bagi
   tempoh waktu yang panjang, boleh dipertimbangkan penggunaannya oleh
   Jabatan.


(d) Penyemakan E-mel
   Setiap pengguna emel diminta untuk menyemak emel sekurang-kurangnya
   sekali dalam satu hari.


(e) Penghantaran Bersama Fail Kepilan
   Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya
   mengepilkan fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan
   menerima fail emel yang bersaiz melebihi megabait. Sekiranya perlu,
   kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan.


(f) Penerimaan
   Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka emel daripada
   penghantar yang tidak diketahui atau diragui.




                                 9
(g) Mengenal Pasti Identiti Pengguna
   Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna
   yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan
   transaksi maklumat melalui emel. Ini bertujuan untuk melindungi
   maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.


(h) Penyimpanan
   Setiap emel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan
   mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik jabatan masing-
   masing. Pengguna hendaklah memastikan jumlah emel yang disimpan di
   dalam kotak masuk emel adalah tidak melebihi ruang storan yang telah
   diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan emel yang perlu sahaja.
   Penyimpanan salinan emel pada sumber storan kedua seperti disket adalah
   digalakkan bagi tujuan keselamatan.


(i) Pemusnahan dan Penghapusan
   Emel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah
   diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. Sebagai
   contoh draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman dan brosur.


(j) Tarikh dan Masa Sistem Komputer
   Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem
   komputer adalah tepat.




                               10
Pengguna adalah DILARANG daripada melakukan sebarang aktiviti yang
melanggar tatacara penggunaan emel rasmi Kerajaan seperti:


   a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi
       akaun kepada orang lain;


   b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat
       yang sah;


   c) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang
       seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;


   d) menghantar dan melibatkan diri dalam emel yang berunsur hasutan, emel
       sampah, emel bom, emel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain
       yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia;


   e) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door
       yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;


   f) menghantar semula emel yang gagal sampai ke destinasi sebelum
       menyiasat punca kejadian;


   g) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab emel kepada penghantar asal
       bagi pihaknya;


   h) menggunakan emel untuk tujuan komersial atau politik




                                   11
6.0   TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
      Pengguna hendaklah mematuhi tatacara penggunaan Internet dan emel yang telah
      ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin. Peranan
      dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut:


         a) menggunakan akaun atau alamat emel yang diperuntukkan oleh Kerajaan
             Negeri;


         b) memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT dengan segera sekiranya
             mengesyaki akaun telah disalahgunakan;


         c) menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang
             bersesuaian dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan;


         d) memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum
             digunakan;


         e) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik
             termasuk e-mel di dalam akaun sendiri. Dengan itu, pengguna perlu
             bertindak bijak, profesional dan berhati-hati apabila berkomunikasi
             menerusi saluran elektronik;


         f) berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan
             menerima dan disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsur-
             unsur tidak menyenangkan;


         g) mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik
             seperti disket dan sebagainya bagi tujuan keselamatan.




                                         12
7.0    KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL
Internet dan emel adalah terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan, penyelewengan,
pemalsuan, pemintasan dan pembocoran rahsia. Dengan itu, keselamatan Internet dan
emel perlu untuk melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat bukan rahsia rasmi
Kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Keselamatan Internet dan emel bergantung
kepada faktor-faktor sokongan berikut:


       a) Keselamatan Fizikal
          Komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal
          yang selamat daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah.


       b) Keselamatan Dokumen Elektronik
          Bagi memastikan semua fail yang dihantar dan diterima bebas daripada
          sebarang bentuk ancaman keselamatan, perisian anti-virus dan penapis
          malicious codes perlulah dikemas kini dari semasa ke semasa.


          Semua maklumat rahsia rasmi atas talian perlu berada dalam bentuk teks sifer
          sepanjang masa, manakala maklumat rahsia rasmi yang tidak diperlukan atas
          talian mesti dipindahkan segera ke media storan elektronik sekunder dalam
          bentuk teks sifer dan hendaklah dikelaskan. Peraturan mengelaskan maklumat
          digital telah digariskan dalam dokumen Malaysian Public Sector Management
          of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS),
          Buku Arahan Keselamatan dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987
          “Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan
          Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986”.


          Sekiranya penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan, agensi perlu
          memastikan semua maklumat bukan rahsia rasmi atau rahsia rasmi di dalam
          komputer berkenaan telah dikeluarkan dan selamat sebelum menghantar
          komputer untuk penyelenggaraan.




                                         13
c) Tandatangan Digital
   Jabatan Kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia rasmi mesti
   menggunakan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
   perakuan tempatan yang ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu Pihak
   Berkuasa Persijilan (Certification Authority).


d) Keselamatan Pengendalian Emel Rahsia Rasmi
   Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan
   kesahihan emel rahsia rasmi iaitu:
      i.   penyulitan mesti dilakukan ke atas semua emel rahsia rasmi yang
           dihantar, diterima dan disimpan;


     ii.   penerima emel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahihan dokumen
           apabila ditandatangani secara digital oleh pengirim;


    iii.   penerima mesti membuat akuan penerimaan emel rahsia rasmi sebaik
           sahaja menerimanya;


    iv.    emel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh
           dimajukan kepada pihak lain. Sementara emel bertanda Sulit dan
           Terhad yang hendak dimajukan kepada pihak lain memerlukan izin
           daripada pemula dokumen;


     v.    emel yang melibatkan maklumat rahsia rasmi yang hendak
           dimusnahkan perlulah ditulis ganti (overwrite) sekurang-kurangnya
           tiga (3) kali dengan fail yang lain sebelum dipadamkan;


    vi.    agensi perlu menentukan sistem emel rahsia rasmi yang disambungkan
           kepada Internet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan
           yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network.




                                   14
KHIDMAT NASIHAT
Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan
Internet dan Mel Elektronik ini bolehlah dirujuk kepada Unit Sains Teknologi dan ICT
Negeri Johor (USTICT). Permohonan untuk keterangan lanjut mengenai kandungan
dokumen ini boleh ditujukan kepada:


       Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor
       Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim
       Jalan Bukit Timbalan
       80000 Johor Bahru
       Johor Darul Takzim


       Tel: 07-223 8239/221 5304
       Faks: 07-2234 269/221 5033
       Emel: ustict@johor.gov.my



PENUTUP
Garis Panduan ini mengandungi amalan-amalan terbaik penggunaan Internet dan mel
elektronik yang patut diikuti oleh semua anggota Perkhidmatan Awam dan akan dikemas
kini dari semasa ke semasa selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dan perundangan. Dokumen ini hendaklah dibaca bersama dengan
dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communications
Technology Security Handbook (MyMIS) dan Buku Arahan Keselamatan.




                                         15
Lampiran A


Contoh Format Emel Bukan Rahsia Rasmi Kerajaan


From      : Karim@johor.gov.my
To        : Razak@johor.gov.my
Cc        : Maliq@johor.gov.my
Subject   : Kursus Asas Microsoft Word 2003      No.Ruj: BSI/USTJ (24)


                   UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR
                   ARAS 2, BANGUNAN SULTAN IBRAHIM
                   JALAN BUKIT TIMBALAN
                   80000 JOHOR BAHRU
                   JOHOR DARUL TAKZIM




"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


KARIM BIN HAJI PARMEN
Pegawai Teknologi Maklumat
Unit Sains Teknologi dan ICT
Negeri Johor

Tel: 07-2238239
Fax: 07-2234269




                                      16
Lampiran B


Contoh Format Emel Rahsia Rasmi Kerajaan


From      : Karim@johor.gov.my
To        : Razak@johor.gov.my
Cc        : Maliq@johor.gov.my
Subject   : Kursus Asas Microsoft Word 2003     No.Ruj: BSI/USTJ (24)


                   UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR
                   ARAS 2, BANGUNAN SULTAN IBRAHIM
                   JALAN BUKIT TIMBALAN
                   80000 JOHOR BAHRU
                   JOHOR DARUL TAKZIM

RAHSIA




                                                              RAHSIA




"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


KARIM BIN HAJI PARMEN
Pegawai Teknologi Maklumat
Unit Sains Teknologi dan ICT
Negeri Johor

Tel: 07-2238239
Fax: 07-2234269




                                      17
Lampiran C


AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN
Kata laluan adalah penting bagi memastikan komputer, sistem dan data hanya dicapai
oleh pihak yang sah dan bertanggungjawab. Oleh itu, kata laluan perlu mengikut amalan
keselamatan berikut:


   (a) Rahsiakan kata laluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang
       tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997


   (b) Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, hendaklah
       dilaporkan kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia ada diubah dengan
       serta merta.


   (c) Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam 30 hari


   (d) Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya enam (6) aksara
       dengan gabungan alphanumeric dan symbol khas


   (e) Pastikan kata laluan merupakan suatu yang tidak mudah diteka atau dijangkakan.


   (f) Elakkan dari menggunakan semula kata laluan yang pernah digunakan


   (g) Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media.




                                         18

More Related Content

Viewers also liked

Bm power
Bm powerBm power
Bm powerNAS90
 
Kitchen 2
Kitchen 2Kitchen 2
Kitchen 2davaaee
 
Tsahim e 6
Tsahim e 6Tsahim e 6
Tsahim e 6davaaee
 
Harvest festival
Harvest festivalHarvest festival
Harvest festivaldavaaee
 
Harvest festival
Harvest festivalHarvest festival
Harvest festivaldavaaee
 
Langkah 2
Langkah 2Langkah 2
Langkah 2NAS90
 
At the party
At the partyAt the party
At the partydavaaee
 
Etika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksEtika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksNAS90
 
Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April
Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April
Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April Triggr In
 
2. derecho y responsabilidad pública
2.  derecho y responsabilidad pública2.  derecho y responsabilidad pública
2. derecho y responsabilidad públicaFrancisco Hernández
 
Literate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla Ousley
Literate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla OusleyLiterate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla Ousley
Literate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla Ousleykousley
 
Langkah 2
Langkah 2Langkah 2
Langkah 2NAS90
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksiNAS90
 

Viewers also liked (15)

Bm power
Bm powerBm power
Bm power
 
Kitchen 2
Kitchen 2Kitchen 2
Kitchen 2
 
Tsahim e 6
Tsahim e 6Tsahim e 6
Tsahim e 6
 
Harvest festival
Harvest festivalHarvest festival
Harvest festival
 
Harvest festival
Harvest festivalHarvest festival
Harvest festival
 
Langkah 2
Langkah 2Langkah 2
Langkah 2
 
India
IndiaIndia
India
 
At the party
At the partyAt the party
At the party
 
Etika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksEtika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pks
 
18 march 2012
18 march 201218 march 2012
18 march 2012
 
Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April
Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April
Lean product management for web2.0 by Sujoy Bhatacharjee, April
 
2. derecho y responsabilidad pública
2.  derecho y responsabilidad pública2.  derecho y responsabilidad pública
2. derecho y responsabilidad pública
 
Literate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla Ousley
Literate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla OusleyLiterate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla Ousley
Literate Environment Analysis Presentation EDUC 6706 by: Kyla Ousley
 
Langkah 2
Langkah 2Langkah 2
Langkah 2
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 

Similar to Garis panduan laman_web

Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internetAplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internetfaradeeya
 
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internetAplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internetfaradeeya
 
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxT2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxZuana Hanom
 
Undang undang dalam komunikasi
Undang undang dalam komunikasiUndang undang dalam komunikasi
Undang undang dalam komunikasiFreedy Kalang
 
Maksud garis panduan it
Maksud garis panduan itMaksud garis panduan it
Maksud garis panduan itCikli Aliff
 
Garis panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internetGaris panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internet芬 黄
 
Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_
Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_
Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_Edmondw1
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bazlin Ahmad
 
Asingment 1 presentation
Asingment 1 presentationAsingment 1 presentation
Asingment 1 presentationAziatul Akhmar
 
Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000
Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000
Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000sjkckgjering
 
Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)
Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)
Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)Amir Azros Abdul Aziz
 
Etika&penggunaan internet
Etika&penggunaan internetEtika&penggunaan internet
Etika&penggunaan internetNandy Krishnan
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bazlin Ahmad
 
7. cyber law & computer crimes
7. cyber law & computer crimes7. cyber law & computer crimes
7. cyber law & computer crimesSiti Muhammed
 
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala KangsarDasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsaralifdalya adie
 
alamat internet
alamat internetalamat internet
alamat internetfarhyn
 

Similar to Garis panduan laman_web (20)

Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internetAplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
 
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internetAplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet
 
Komputer 21.7
Komputer 21.7Komputer 21.7
Komputer 21.7
 
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxT2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
 
Undang undang dalam komunikasi
Undang undang dalam komunikasiUndang undang dalam komunikasi
Undang undang dalam komunikasi
 
Maksud garis panduan it
Maksud garis panduan itMaksud garis panduan it
Maksud garis panduan it
 
Garis panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internetGaris panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internet
 
Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_
Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_
Aduan terhadap agensi_penguatkuasaan_memberikan_maklumat_keterangan_palsu_
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1
 
Isu perundangan
Isu perundanganIsu perundangan
Isu perundangan
 
Asingment 1 presentation
Asingment 1 presentationAsingment 1 presentation
Asingment 1 presentation
 
Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000
Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000
Tugas juru teknik komputer pp bil. 11 2000
 
Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)
Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)
Bab 6 : Telekomunikasi Di Malaysia (Geografi Tingkatan 2)
 
Etika&penggunaan internet
Etika&penggunaan internetEtika&penggunaan internet
Etika&penggunaan internet
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1
 
7. cyber law & computer crimes
7. cyber law & computer crimes7. cyber law & computer crimes
7. cyber law & computer crimes
 
Unit1 lengkap
Unit1 lengkapUnit1 lengkap
Unit1 lengkap
 
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala KangsarDasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
Dasar Keselamatan ICT Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar
 
alamat internet
alamat internetalamat internet
alamat internet
 
Soalan lazim
Soalan lazimSoalan lazim
Soalan lazim
 

More from NAS90

Penutup
PenutupPenutup
PenutupNAS90
 
Teks bacaan
Teks bacaanTeks bacaan
Teks bacaanNAS90
 
Penutup
PenutupPenutup
PenutupNAS90
 
Teks bacaan
Teks bacaanTeks bacaan
Teks bacaanNAS90
 
Etika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksEtika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksNAS90
 
Aktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpandu
Aktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpanduAktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpandu
Aktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpanduNAS90
 

More from NAS90 (7)

Penutup
PenutupPenutup
Penutup
 
L3
L3L3
L3
 
Teks bacaan
Teks bacaanTeks bacaan
Teks bacaan
 
Penutup
PenutupPenutup
Penutup
 
Teks bacaan
Teks bacaanTeks bacaan
Teks bacaan
 
Etika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksEtika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pks
 
Aktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpandu
Aktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpanduAktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpandu
Aktiviti kemahiran menulis menggunakan contoh karangan berpandu
 

Recently uploaded

Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxFauziEding2
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaankalpanz
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docxSuriaHussin2
 

Recently uploaded (7)

Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 

Garis panduan laman_web

  • 1. DOKUMEN RASMI KERAJAAN KERAJAAN NEGERI JOHOR GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR JANUARI 2007
  • 2. KANDUNGAN Perkara Muka Surat PENGENALAN 3 TUJUAN 3 TATACARA PENGGUNAAN INTERNET 4 TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK 7 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA 12 KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL 13 KHIDMAT NASIHAT 15 PENUTUP 15 LAMPIRAN A: CONTOH FORMAT EMEL BUKAN RAHSIA RASMI KERAJAAN LAMPIRAN B: CONTOH FORMAT EMEL RAHSIA RASMI KERAJAAN LAMPIRAN C: AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN 2
  • 3. G A R I S P A N D U AN M EN G EN AI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 1.0 PENGENALAN Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan Internet dan mel elektronik dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan Internet dan emel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan 2.0 TUJUAN 2.1 Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan Internet dan emel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi Internet dan emel. Panduan yang diberikan adalah berdasarkan Pekeliling Am Johor Bil 2 Tahun 2001: Peningkatan Penggunaan Emel Bagi Tujuan Rasmi Kerajaan. 3.0 TANGGUNGJAWAB AGENSI 3.1 Semua Jabatan/Agensi adalah dikehendaki untuk mengambil perhatian kepada garis panduan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. 3
  • 4. 4.0 TATACARA PENGGUNAAN INTERNET Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan Internet: (a) Hak Akses Pengguna Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan. (b) Memilih Laman Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan. (c) Pengesahan Maklumat Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan. (d) Muat Naik Bahan Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik. (e) Muat Turun Bahan Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja. 4
  • 5. (f) Perbincangan Awam Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti forum, newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan tatacara yang telah ditetapkan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Kerajaan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan. Penjawat awam adalah DILARANG daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet seperti: (a) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen (b) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan (c) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menghantar sebarang bentuk maklumat atau perkara rahsia rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada Terhad, Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar. (d) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan (e) melayari, menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah; 5
  • 6. (f) memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain; (g) memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu; (h) memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video,lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer; (i) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti forum, newsgroup dan bulletin board; (j) menggunakan kemudahan chatting melalui Internet; (k) menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi; (l) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik; (m) melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas; (n) menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke Internet. 6
  • 7. 5.0 TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK Mel elektronik atau emel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi emel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas. Setiap penjawat awam di semua Jabatan Kerajaan digalakkan untuk mewujudkan satu emel khusus bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan penjawat awam berkenaan sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, membuat aduan atau mengemukakan pandangan. Kerajaan Negeri telah menyediakan Emel Rasmi Kerajaan dan Emel Rakyat: (a) Emel Rasmi Kerajaan Emel untuk penjawat awam melaksanakan tugas-tugas rasmi. (b) Emel Rakyat Emel untuk orang awam terutama rakyat negeri Johor Bagi Emel Rasmi Kerajaan, segala permohonan baru, kakitangan yang bertukar jabatan atau penamatan akaun emel hendaklah menggunakan Borang Permohonan Emel yang boleh di muat turun dari Laman Web Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (www.johordt.gov.my/ustj) dan dihantar ke alamat berikut: Seksyen Pembangunan dan Sokongan Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim Jalan Bukit Timbalan 80000 Johor Bahru 7
  • 8. atau faks: 07-2234 269/221 5033 Berikut adalah kaedah penggunaan emel yang betul dan disesuaikan pemakaiannya di setiap Jabatan Kerajaan: (a) Pemilikan Akaun E-mel Pemilikan akaun emel bukanlah hak mutlak seseorang. la adalah kemudahan yang tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan. Akaun atau alamat emel yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang. (b) Format Emel adalah salah satu saluran komunikasi rasmi Kerajaan. Ini bermakna, setiap emel mestilah mengandungi nama, jawatan dan nama jabatan. Penggunaan huruf besar kandungan emel adalah tidak digalakkan dan dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan huruf kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian di samping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan. Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan emel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan. 8
  • 9. (c) Penghantaran Penghantaran emel rasmi hendaklah menggunakan akaun emel rasmi dan pastikan alamat emel penerima adalah betul. Penghantar boleh menggunakan kemudahan `salinan kepada' (cc) sekiranya emel tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima lain. Bagaimanapun, penggunaan `blind cc' (bcc) tidak digalakkan. Kemudahan `reply' digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal dan `forward' untuk memanjangkan emel atau dimajukan kepada penerima lain. Sebagai amalan baik, emel penghantar hendaklah dijawab selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh emel berkenaan diterima. Kemudahan penghantaran emel jawab automatik semasa berada di luar pejabat bagi tempoh waktu yang panjang, boleh dipertimbangkan penggunaannya oleh Jabatan. (d) Penyemakan E-mel Setiap pengguna emel diminta untuk menyemak emel sekurang-kurangnya sekali dalam satu hari. (e) Penghantaran Bersama Fail Kepilan Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan menerima fail emel yang bersaiz melebihi megabait. Sekiranya perlu, kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan. (f) Penerimaan Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka emel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui. 9
  • 10. (g) Mengenal Pasti Identiti Pengguna Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui emel. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan. (h) Penyimpanan Setiap emel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik jabatan masing- masing. Pengguna hendaklah memastikan jumlah emel yang disimpan di dalam kotak masuk emel adalah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan emel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan emel pada sumber storan kedua seperti disket adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan. (i) Pemusnahan dan Penghapusan Emel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. Sebagai contoh draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman dan brosur. (j) Tarikh dan Masa Sistem Komputer Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem komputer adalah tepat. 10
  • 11. Pengguna adalah DILARANG daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan emel rasmi Kerajaan seperti: a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain; b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah; c) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah; d) menghantar dan melibatkan diri dalam emel yang berunsur hasutan, emel sampah, emel bom, emel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia; e) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain; f) menghantar semula emel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian; g) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab emel kepada penghantar asal bagi pihaknya; h) menggunakan emel untuk tujuan komersial atau politik 11
  • 12. 6.0 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA Pengguna hendaklah mematuhi tatacara penggunaan Internet dan emel yang telah ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut: a) menggunakan akaun atau alamat emel yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri; b) memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan; c) menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan; d) memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan; e) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk e-mel di dalam akaun sendiri. Dengan itu, pengguna perlu bertindak bijak, profesional dan berhati-hati apabila berkomunikasi menerusi saluran elektronik; f) berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan menerima dan disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsur- unsur tidak menyenangkan; g) mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket dan sebagainya bagi tujuan keselamatan. 12
  • 13. 7.0 KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL Internet dan emel adalah terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan, penyelewengan, pemalsuan, pemintasan dan pembocoran rahsia. Dengan itu, keselamatan Internet dan emel perlu untuk melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat bukan rahsia rasmi Kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Keselamatan Internet dan emel bergantung kepada faktor-faktor sokongan berikut: a) Keselamatan Fizikal Komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah. b) Keselamatan Dokumen Elektronik Bagi memastikan semua fail yang dihantar dan diterima bebas daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan, perisian anti-virus dan penapis malicious codes perlulah dikemas kini dari semasa ke semasa. Semua maklumat rahsia rasmi atas talian perlu berada dalam bentuk teks sifer sepanjang masa, manakala maklumat rahsia rasmi yang tidak diperlukan atas talian mesti dipindahkan segera ke media storan elektronik sekunder dalam bentuk teks sifer dan hendaklah dikelaskan. Peraturan mengelaskan maklumat digital telah digariskan dalam dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS), Buku Arahan Keselamatan dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 “Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986”. Sekiranya penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan, agensi perlu memastikan semua maklumat bukan rahsia rasmi atau rahsia rasmi di dalam komputer berkenaan telah dikeluarkan dan selamat sebelum menghantar komputer untuk penyelenggaraan. 13
  • 14. c) Tandatangan Digital Jabatan Kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia rasmi mesti menggunakan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perakuan tempatan yang ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu Pihak Berkuasa Persijilan (Certification Authority). d) Keselamatan Pengendalian Emel Rahsia Rasmi Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan kesahihan emel rahsia rasmi iaitu: i. penyulitan mesti dilakukan ke atas semua emel rahsia rasmi yang dihantar, diterima dan disimpan; ii. penerima emel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahihan dokumen apabila ditandatangani secara digital oleh pengirim; iii. penerima mesti membuat akuan penerimaan emel rahsia rasmi sebaik sahaja menerimanya; iv. emel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh dimajukan kepada pihak lain. Sementara emel bertanda Sulit dan Terhad yang hendak dimajukan kepada pihak lain memerlukan izin daripada pemula dokumen; v. emel yang melibatkan maklumat rahsia rasmi yang hendak dimusnahkan perlulah ditulis ganti (overwrite) sekurang-kurangnya tiga (3) kali dengan fail yang lain sebelum dipadamkan; vi. agensi perlu menentukan sistem emel rahsia rasmi yang disambungkan kepada Internet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network. 14
  • 15. KHIDMAT NASIHAT Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik ini bolehlah dirujuk kepada Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT). Permohonan untuk keterangan lanjut mengenai kandungan dokumen ini boleh ditujukan kepada: Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim Jalan Bukit Timbalan 80000 Johor Bahru Johor Darul Takzim Tel: 07-223 8239/221 5304 Faks: 07-2234 269/221 5033 Emel: ustict@johor.gov.my PENUTUP Garis Panduan ini mengandungi amalan-amalan terbaik penggunaan Internet dan mel elektronik yang patut diikuti oleh semua anggota Perkhidmatan Awam dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perundangan. Dokumen ini hendaklah dibaca bersama dengan dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS) dan Buku Arahan Keselamatan. 15
  • 16. Lampiran A Contoh Format Emel Bukan Rahsia Rasmi Kerajaan From : Karim@johor.gov.my To : Razak@johor.gov.my Cc : Maliq@johor.gov.my Subject : Kursus Asas Microsoft Word 2003 No.Ruj: BSI/USTJ (24) UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR ARAS 2, BANGUNAN SULTAN IBRAHIM JALAN BUKIT TIMBALAN 80000 JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TAKZIM "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" KARIM BIN HAJI PARMEN Pegawai Teknologi Maklumat Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor Tel: 07-2238239 Fax: 07-2234269 16
  • 17. Lampiran B Contoh Format Emel Rahsia Rasmi Kerajaan From : Karim@johor.gov.my To : Razak@johor.gov.my Cc : Maliq@johor.gov.my Subject : Kursus Asas Microsoft Word 2003 No.Ruj: BSI/USTJ (24) UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR ARAS 2, BANGUNAN SULTAN IBRAHIM JALAN BUKIT TIMBALAN 80000 JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TAKZIM RAHSIA RAHSIA "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" KARIM BIN HAJI PARMEN Pegawai Teknologi Maklumat Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor Tel: 07-2238239 Fax: 07-2234269 17
  • 18. Lampiran C AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN Kata laluan adalah penting bagi memastikan komputer, sistem dan data hanya dicapai oleh pihak yang sah dan bertanggungjawab. Oleh itu, kata laluan perlu mengikut amalan keselamatan berikut: (a) Rahsiakan kata laluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 (b) Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, hendaklah dilaporkan kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia ada diubah dengan serta merta. (c) Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam 30 hari (d) Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya enam (6) aksara dengan gabungan alphanumeric dan symbol khas (e) Pastikan kata laluan merupakan suatu yang tidak mudah diteka atau dijangkakan. (f) Elakkan dari menggunakan semula kata laluan yang pernah digunakan (g) Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media. 18