1. PBD MATEMATIK TINGKATAN 1
BAB 2 FAKTOR DAN GANDAAN
Nama : ………………………….. Kelas : ……………… Tarikh : ……………….
Bil Soalan
1 a) Bulatkan nombor-nombor perdana
21 23 31 36 53 77
TP1
b) Senaraikan semua faktor bagi 12
2 a) Cari faktor sepunya bagi 16 dan 24 TP2
b) Senaraikan tiga gandaan sepunya bagi 2, 3 dan 8
3 a) Cari faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi 42 dan 60 TP3
b) Cari gandaan sepunya terkecil (GSTK) bagi 15 dan 20
4 a) Dalam suatu jamuan makan, Puan Aliya telah menyediakan 60 biji kuih talam,
90 biji kuih keria dan 105 biji karipap. Dia ingin menghidanglan kuih-kuih itu di
dalam sebilangan pinggan. Berapakah bilangan maksimum pinggan yang perlu
supaya semua kuih iu diagihkan sama rata di dalam semua pinggan?
TP4
2. b) Satu lampu neon mengelip setiap 8 saat manakala satu lagi lampu neon
mengelip setiap 14 saat. Jika dua lampu neon itu mengelip serentak ketika suis
dihidupkan, selepas berapa saat dua lampu neon itu akan mengelip serentak
sekali lagi?
5 a) Sebuah restoran menghidangkan manisan bubur cha cha setiap 3 hari dan nasi
ayam Hainan setiap 5 hari. Jika manisan bubur cha cha dan nasi ayam Hainan
dihidangkan pada hari Isnin, pada hari apakah kedua-dua jenis makanan itu akan
dihidangkan sekali lagi di restoran itu?
TP5
b) Azlin dan Aina masing-masing mempunyai seutas reben yang sama panjang.
Azlin memotong rebennya kepada beberapa bahagian yang setiap satu 20 cm
tanpa baki manakala Aina memotong rebennya kepada beberapa bahagian yang
setiap satu 50cm tanpa baki. Cari tiga panjang yang mungkin, dalam cm, bagi
reben Azlin.
3. 6 a) GSTK bagi dua nombor ialah 80 dan FSTB bagi dua nombor ialah 8. Cari dua
nombor yang mungkin itu.
TP6
b) Encik Johan ingin memasang jubin berbentuk segi empat sama pada lantai
sebuah bilik yang berukuran 7.6m x 9.2m. Apakah saiz terbesar, dalam cm,
jubin yang boleh digunakan supaya jubin-jubin dapat menutupi keseluruhan
lantai itu?