1. Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan Al-Quran
Isi Kandungan Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an :
Kitab Taurat
Kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. untuk Bani Israel ini menggunakan
bahasa Ibrani. Kitab ini terdiri atas tiga bagian, yaitu thora, nabiin, dan khetabiin. Tiga
bahagian tersebut terdapat dalam kitab agama Yahudi yang disebut Bibilia (Al-Kitab),
Sedangkan orang-orang Kristian menamakannya dengan nama Od Testament (perjanjian
lama), yang terdapat dalam lima kitab.
Kelima kitab yang dimaksudkan adalah sebagai berikut :
Kitab Kejadian
Berisi tentang penciptaan Nabi Adam a.s. dan Hawa, alam smesta, turunnya Nabi Adam a.s.
dan Hawa ke bumi serta kisah Nabi Yusuf a.s.
Kitab Keluaran
Berisi tentang kisah penindasan Bani Israel oleh Fir'aun di Mesir, kisah keberadaan Nabi
Musa a.s. di Padang Tiah (semenanjung Sinai) selama 40 tahun. Di tempat itu Nabi Musa a.s.
berdoa kepada Allah, kemudian Allah menurunkan 10 perintah . Perintah tersebut adalah
sebagai berikut.
1. Hormati dan cintai Allah.
2. Sebutlah nama Allah dengan hormat.
3. Kuduskanlah Allah.
4. Hormati ibu dan bapa.
5. Tidak membunuh.
6. Tidak Bercabul.
7. Tidak Mencuri.
8. Tidak Berdusta.
9. Jangan berbuat cabul.
10. Jangan ingin memiliki barang orang lain dengan cara yang tidak halal.
2. Kitab Imamat
Berisi tentang kumpulan aturan perintah agama Yahudi.
Kitab Bilangan
Kitab yang berisi tentang jumlah keturunan 12 suku bangsa Israel pada masa Nabi Musa a.s.
Kitab Ulangan
Berisi kisah diusirnya Bani Israel dari tanah Mesir dan kumpulan aturan perintah.
Kitab Suci Zabur
Asal kata Zabur adalah dari kata Zabara-Yazburu-Zabur, yang artinya menulis. Isi kandungan
kitab zabur adalah tentang 150 nyayian Nabi Daud a.s. tentang pengalaman pada masa
hidupnya.
Isi kandungan kitab zabur terdiri atas lima nyanyian, iaitu sebagai berikut.
1. Nyanian kebaktian untuk memuji Tuhan.
2. Nyanyian perseorangan sebagai ucapan syukur kepada Tuhan.
3. Ratapan-ratapan jemaah.
4. Ratapan dan doa individu.
5. Nyanyian untuk raja.
Kitab Suci Injil
Isi kandungan kitab injil ini pada dasarnya adalah berupa ajakan kepada umat Nabi Isa a.s.
agar menjauhi sikap rakus dan tamak dalam kehidupan duniawi. Adapun lainnya adalah
seperti berikut:
1. Menjelaskan bahawa kelak akan datang kembali rasul setelah Nabi Isa a.s., iaitu
Nabi Muhammad SAW.
2. Perintah untuk kembali mengesakan Allah Swt.
3. Menghapus beberapa hukum dalam Kitab Taurat yang tidak lagi sesuai dengan
perkembangan zaman.
4. Menjelaskan bahwa kelak akan datang kembali rasul setelah Nabi Isa a.s., iaitu
Nabi Muhammad SAW.
3. Kitab Suci Al-Qur'an
Al-Qur'an diturunkan oleh Allah sebagai penyempurna dan perangkum kitab-kitab terdahulu,
iaitu Taurat, Zabur, dan Injil. Maka setelah Al-Qur'an diturunkan, kisah kitab-kitab terdahulu
sudah berakhir atau habis. Disebut AL-Qur'an kerana merupakan kitab suci yang berisi
ajaran-ajaran yang terbaik, wajib dipelajari dan dibaca, dan membacanya adalah ibadah. Isi
Kandungan Al-Qur'an adalah seperti berikut :
1. Akidah
Iaitu ajaran untuk mempercayai adanya Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan Qada’
dan Qadar. Akidah juga mengajarkan tentang hal-hal yang bersifat ghaib.
2. Ibadah
Iaitu ajaran untuk melaksanakan cara-cara beribadah kepada Allah.
3. Akhlakul Karimah
Iaitu ajaran untuk berperilaku atau berbuat baik kepada Allah mahupun kepada sesama
manusia.
4. Tarikh
Iaitu cerita tentang sejarah umat terdahulu agar dapat diambil pelajaran bagi umat
sesudahnya.
5. Muamalah
Iaitu ajaran untuk mengadakan hubungan sesama manusia, baik dalam keluarga, tetangga,
dan masyarakat.