SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  29
Télécharger pour lire hors ligne
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menamatkan latihan industri di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) serta
dapat menyiapkan laporan latihan industri ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua
kakitangan dan staff di bahagian Penyelidikan JAHEAIK yang diterajui oleh Ustaz Anuar al-
Sadat bin Mohd Noor, selaku Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan) di atas jasa mereka
menerima kehadiran saya di JAHEAIK ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga dari saya buat Penolong Pengarah
(Pengurusan Halal) merangkap Penyelia Latihan Industri saya iaitu Ustaz Nik Mohamad
Zawawi bin Ibrahim yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah, menyumbang
idea dan pendapat, memberi tunjuk ajar serta kesabaran beliau membimbing saya
sepanjang menjalani latihan industri di JAHEAIK. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan
lain yang turut sama membantu serta menyumbang idea berguna kepada saya sepanjang
tempoh saya berada di sini.
Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu semasa latihan industri,
ribuan terima kasih saya ucapkan. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada rakan-
rakan yang turut menjalani latihan industri di bahagian Penyelidikan ini. Saling bertukar-
tukar ilmu, berkongsi apa yang telah dipelajari di tempat belajar masing-masing untuk
diaplikasikan sepanjang tempoh latihan industri ini. Jasa kalian amat saya hargai.
Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan serta kelemahan
sepanjang saya menjalankan latihan industri ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu
membalas segala budi dan jasa baik yang diberikan oleh kalian. Sekian terima kasih.
2
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Latihan industri adalah salah satu komponen untuk keperluan bergraduat di Kolej Universiti
Islam Sains & Teknologi (KUIST) mengikut gred yang akan diperolehi oleh pelajar. Laporan
industri ini meringkaskan dan meliputi semua maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti,
tugas-tugas yang telah dilakukan semasa latihan industri dan perkhidmatan yang dilakukan
oleh JaHEAIK sepanjang saya berada di bawah bahagian Penyelidikan (Pengurusan Halal) di
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selama 12 minggu.
Sebagai pelajar latihan industri, saya telah diminta untuk melibatkan dan mengikuti
aktiviti yang dilakukan oleh bahagian Pengurusan Halal sekali gus dapat menimba ilmu. Saya
juga terlibat dalam memantau premis makanan yang telah memohon sijil halal bagi
memastikan pematuhan halal yang berterusan. Selama tempoh latihan industri juga, saya
telah diberi tugas oleh penyelia latihan industri untuk menyiapkan satu artikel berkaitan
proses istihalah.
1.2 Objektif
Antara objektif latihan praktikal adalah:
1. Untuk memberi peluang kepada para pelajar membiasakan diri dengan operasi,
pentadbiran dan pembentukan operasi sesuatu organisasi
2. Untuk memberi peluang kepada para pelajar meneliti dan mengaplikasi amalan yang
sebenar dalam pekerjaan
3. Untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja yang sebenar dan masalah-
masalah yang biasa dialami oleh organisasi
4. Untuk memberi peluang kepada organisasi yang menempatkan para pelajar KUIST
untuk mengenalpasti pelajar yang berkelayakan untuk diberikan pekerjaan selepas
bergraduasi
5. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat dan menghasilkan tenaga
pekerja yang beretika dan mempunyai nilai diri
3
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Setelah tamat menjalani latihan industri selama tiga bulan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan (JaHEAIK), pelbagai aktiviti dan tugas yang telah dilakukan dan memerlukan satu
laporan khas untuk dibuat penilaian. Setiap laporan mestilah berpandukan kepada piawaian
yang telah ditetapkan dan disiapkan dengan lengkap. Antara objektif laporan latihan industri
ialah:
1. Mendokumentasikan segala aktiviti dan tugas yang telah dilakukan sepanjang
tempoh latihan industri.
2. Menjadi bahan bukti secara bertulis kepada latihan yang diikuti.
3. Laporan yang baik dapat membantu dalam temuduga kerjaya selepas tamat
pengajian kelak.
4. Dapat melatih pelajar agar mampu memenuhi kehendak sesebuah institusi apabila
bekerja kelak.
5. Melatih pelajar agar berupaya mengikuti segala arahan yang telah ditetapkan ke atas
format laporan.
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
1. Menjadikan pelajar lebih efektif dan produktif di mana pelajar dapat
mengaplikasikan semula teori-teori yang telah dipelajari semasa di universiti dengan
lebih meluas dan berkesan.
2. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pengendalian mesin
dan peralatan yang digunakan dalam sesuatu industri.
3. Dapat melahirkan seseorang individu yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab,
berketerampilan, serta menanamkan sifat amanah dalam melakukan sesuatu
perkara.
4
BAB 2
PENGENALAN ORGANISASI
2.1 JAHEAIK
2.1.1 Profil Organisasi
NAMA ORGANISASI : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
ALAMAT : Kompleks Darulnaim, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
NO. TELEFON : 09-7446121
WEBSITE : www.jaheaik.gov.my
STATUS ORGANISASI : Badan berkanun (kerajaan)
PENGARAH : Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh
5
2.1.2 Penubuhan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari
1980 dengan tujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal ehwal
Islam di negeri Kelantan. Pada Awal penubuhannya iaitu pada 1/12/1950, bidang tugas
JAHEAIK yang dikenali dengan nama Pejabat Penyelia Agama atau lebih mashyur dengan
panggilan Pejabat Pencegah Maksiat lebih tertumpu kepada bidang pencegahan,
penangkapan dan pendakwaan jenayah syariah semata-mata. Pejabat ini wujud di bawah
Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan.
Sekitar bulan Mac 1978 kerajaan telah mewujudkan Bahagian Agama Islam di
Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang dikendalikan seorang pegawai yang berjawatan
"Penolong Setiausaha (Hal Ehwal Agama)" serta beberapa kakitangan perkeranian. Bermula
pada bulan jun 1978, struktur pentadbirannya diperbesarkan dengan diberi taraf jabatan
penuh iaitu diketuai oleh seorang pegawai berjawatan Pengarah, sementara Penolong
Kanannya bergelar Setiausaha, tetapi masih di bawah sayap Pejabat Setiausaha Kerajaan
Kelantan. Hanya pada tahun 1980 barulah diwujud secara berasingan dari pejabat
Setiausaha Kerajaan dengan peruntukan tahunan serta kuasa mengawal kewangan dan
pentadbirannya sendiri.
Pada tahun 60an dan seterusnya hingga kini, JAHEAIK telah mengalami
perkembangan pesat dari segi bidang tugas serta struktur perjawatan dan pentadbirannya
sesuai dengan tuntutan perubahan masa dan keadaan.
Asas kepada bidang kuasa pembangunan Hal Ehwal Islam di Malaysia telah
diletakkan secara jelas dalam sistem perundangan Negara. Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Dalam
pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pengurusan Agama
Islam diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua
Agama Islam di negeri masing-masing.
6
Bagi negeri-negeri yang tidak beraja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Yang DiPertuan Agung adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berkenaan.
Bagi konteks Negeri Kelantan Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa KDYMM
Al Sultan Kelantan sebagai ketua Agama Islam. Dalam melaksanakan pengurusan dan
pentadbiran Hal Ehwal Islam. JAHEAIK menggunakan akta – akta seperti berikut :
I. - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 8/2002
II. - Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 2/1985
III. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002
IV. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002
V. - Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 3/1983
VI. - Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 9/2002
VII. - Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 4/1994
VISI
Menerajui Pengurusan Hal Ehwal Islam yang Efisien Dalam Melahirkan Insan Yang Bertakwa
Menjelang 1441 H
MISI
Melahirkan Ummah Yang Progresif Berteraskan Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman Dan
Salaman Sejajar Dengan Dasar Membangun Bersama Islam
Motto
Ketakwaan Teras Kemuliaan
7
2.1.3 Peranan Jabatan
1. Melaksanakan dasar yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam serta peraturan
yang terkandung dalam enakmen yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan
dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan dakwah kepada
seluruh masyarakat.
3. Merancang dan melaksanakan program pembangunan kerohanian dan jatidiri
ummah.
4. Melaksanakan undang-undang Agama Islam di dalam konteks “Amar Makruf Nahi
Mungkar”.
5. Melaksanakan program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut
hukum syarak dan undang-undang Keluarga Islam.
6. Membuat kajian, penyelidikan dan penilaian terhadap isu-isu Hal Ehwal Islam yang
merangkumi aspek-aspek Aqidah, kekeluargaan, moral, sosial, bahan-bahan terbitan,
pemakanan “Halalan Toyyiba” dan lain-lain.
7. Mengurus hal ehwal pengurusan persijilan halal dari segi permohonan pemantauan
dan penguatkuasaan.
8
2.1.4 Carta Organisasi JAHEAIK
9
2.2 Bahagian Penyelidikan
2.2.1 Pengenalan
Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dahulunya merupakan satu unit di
Bahagian Dakwah dan telah diasingkan menjadi satu bahagian pada tahun 1997. Bahagian
ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan isu-isu
akidah, syariah, ajaran sesat, pensijilan halal dan juga penapisan media.
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah
Kanan, seorang Penolong Pengarah dan juga beberapa kakitangan sokongan. Bahagian ini
terbahagi kepada 3 unit utama iaitu :
i. Unit Akidah dan Syariah
ii. Unit Pengurusan Halal
iii. Unit Penapisan Media
Visi
Ke arah mewujudkan masyarakat yang mantap akidah dan menjaga kesucian agama serta
faham konsep halal dan haram.
Misi
Menjadi sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah, syariah, dan pengurusan
pensijilan halal.
2.2.2 Objektif
1. Mengatasi masalah yang timbul di kalangan masyarakat dan umat Islam sama ada
dari segi aqidah atau syariah
2. Menyampaikan maklumat-maklumat yang betul dan tepat menurut ajaran islam
kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan
mereka.
3. Melahirkan umat islam yang berpengetahuan tinggi dan peka dengan masalah-
masalah semasa terutama yang berkait dengan hal-hal keagamaan.
10
4. Melahirkan masyarakat islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk
menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mudah terpesong akidahnya.
5. Mengurus permohonan, pensijilan halal, pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan
halal dengan cekap dan berkesan.
2.2.3 Piagam Pelanggan
1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima.
2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan
Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima.
3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan
Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima.
4. Membuat pemeriksaan pensijilan halal dalam tempoh satu bulan setelah
permohonan lengkap diterima.
5. Mengeluarkan sijil halal bagi pemohon pensijilan halal dalam tempoh dua (2) minggu
selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal.
6. Membuat pemeriksaan pemantauan penyalahgunaan sijil dan logo halal dalam
masa dua (2) minggu selepas aduan diterima.
2.2.4 Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Bahagian Penyelidikan
1. Membuat kaji selidik mengenai hal-hal yang berhubung dengan aqidah, syariat Islam
dan membuat rumusan dari hasil penyelidikan dan cadangan balas untuk pihak
berkuasa.
2. Membuat kajian mengenai pengeluaran makanan dan minuman atau sebarang jenis
perdagangan yang menimbulkan keraguan masyarakat tentang halal dan haram
3. Mengeluarkan sijil pengesahan halal dan logo halal serta membuat pemantauan dan
penguatkuasaan terhadap pensijilan halal.
11
4. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memperketatkan syarat
perlesenan perniagaan barang-barang yang boleh memesongkan aqidah Islam atau
berlawanan dengan tatacara Islam.
5. Membuat operasi bersama dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengenai
penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran.
6. Berkerjasama dengan Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan dalam membuat kaji selidik tentang pengajaran atau majlis amal
yang menyentuh kesucian aqidah dan syariat Islam.
7. Menyediakan perkhidmatan penterjemahan kepada tulisan Jawi
12
2.2.5 Carta Organisasi Bahagian Penyelidikan
13
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 PENGENALAN
Ringkasan aktiviti latihan industri ini merupakan salah satu isi-isi penting dalam laporan
pelajar sepanjang latihan industri. Ia diringkaskan dalam bentuk aktiviti mingguan bermula
dari tarikh melapor diri latihan industri iaitu 19 Jun 2016 sehingga 8 September 2016.
3.2 AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI
MINGGU RINGKASAN AKTIVITI
MINGGU 1
(19.06.16 – 23.06.16)
 Sesi taaruf bersama staf bahagian Penyelidikan
 Kemaskini folio keratan akhbar
 Belajar perkara asas berkaitan aktiviti pejabat seperti fotostat,
binding, faks & kemaskini fail
MINGGU 2
(26.06.16-30.06.16)
 Menyenaraikan badan / pertubuhan yang terlibat dengan
sumbangan wakaf al quran
 Semak ramuan halal Nando’s Chickenland
 Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (vaksin / tabarruk)
MINGGU 3
(03.07.16-07.07.16)
 Melakukan kerja-kerja pejabat
 Cuti Raya Aidilfitri
14
MINGGU 4
(10.07.16-14.07.16)
 Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (militan IS / Dr. Zakir
Naik)
 Mencari maklumat berkaitan militan Daish untuk dibentangkan
 Persiapan untuk kelas Sijil Pengajian Perawatan Islam
MINGGU 5
(17.07.16-21.07.16)
 Melakukan kerja-kerja pejabat
 Majlis Mesra Aidilfitri bersama MB Kelantan, YB Ahmad bin
Yaacob
 Mengemaskini fail keratan akhbar berkaitan isu semasa
MINGGU 6
(24.07.16-28.07.16)
 Fotostat & binding dokumen direktori pensijilan halal
 Perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Pengurusan
 Mencari maklumat berkaitan permainan Pokemon Go
MINGGU 7
(31.07.16-04.08.16)
 Mencari maklumat berkaitan proses istihalah
 Audit kilang makanan di MIM Industries & Kopitiam Trans
Arwana
 Urusetia Pameran Halal JaHEAIK di Ekspo Tani
 Kemaskini fail keratan akhbar
MINGGU 8
(07.08.16-11.08.16)
 Melakukan kerja-kerja pejabat
 Audit kilang makanan di D Klasik (Kubang Kerian & Cherang)
 Siapkan slideshow Lawatan Ilmiah ke Thailand
MINGGU 9
(14.08.16-18.08.16)
 Melakukan kerja-kerja pejabat
 Taklimat permohonan pensijilan halal
 Seminar perawatan Islam
MINGGU 10
(21.08.16-25.08.16)
 Melakukan kerja-kerja pejabat
 Siapkan laporan praktikal
 Semak ramuan halal Koperasi
15
MINGGU 11
(28.08.16-01.09.16)
 Melakukan kerja-kerja pejabat
 Mencari maklumat berkaitan haiwan jalalah & konsep halalan
toyyiban
 Menyiapkan buku laporan ringkas pemeriksaan pengesahan sijil
halal
MINGGU 12
(04.09.16-08.09.16)
 Audit kilang / premis makanan
- Imtiaz Academy
- Nando’s Chickenland
- Sabit Banani Industries Sdn Bhd
- Intan Biotech Sdn Bhd
16
3.3 HASIL LATIHAN PRAKTIKAL
1. Menyemak ramuan halal dalam sistem MYeHalal
Setiap premis makanan yang memohon sijil halal akan direkodkan segala ramuan dan bahan
yang digunakan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem MYeHalal. Hal ini bertujuan
memudahkan para auditor untuk memantau premis berkenaan setelah memperolehi
pensijilan halal daripada JAKIM. Semua bahan mentah akan disemak status sijil halal sama
ada telah tamat tempoh atau belum. Sekiranya telah tamat, para auditor perlu
memaklumkan kepada pemilik premis semasa pemantauan dilakukan atau melalui emel.
Pensijilan halal untuk setiap premis hanya sah untuk tempoh selama 2 tahun dan perlu
diperbaharui dari masa ke semasa.
Untuk ramuan daripada Malaysia, ianya tidak begitu rumit untuk disemak status halalnya.
Sekiranya tidak dilampirkan dalam fail premis semasa permohonan pensijilan halal dibuat, ia
boleh disemak melalui Direktori Halal JAKIM. Berlainan dengan ramuan dari luar negara,
ianya agak merumitkan kerana auditor perlu menyemak sijil halal dari luar negara yang
kadang kala tidak dilampirkan sekali semasa permohonan pensijilan halal dilakukan.
17
2. Photostat / binding direktori pensijilan halal
3. Seminar permohonan pensijilan halal
Negeri Kelantan telah menggalakkan semua sekolah berasrama di negeri ini untuk
memohon pensijilan halal bagi kantin sekolah masing-masing. Oleh itu, satu seminar
permohonan pensijilan halal telah dilakukan yang berlangsung pada hari Selasa,16 Ogos
2016 melibatkan wakil guru dari semua sekolah menengah di negeri Kelantan. Sebanyak 30
wakil guru terlibat dalam seminar ini yang berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 3 JAHEAIK.
Para hadirin dibekalkan goodies bag yang mengandungi buku dan artikel berkaitan makanan
halal sebagai rujukan. Mereka turut diberi penerangan tentang siapa yang layak memohon
sijil halal, cara memohonnya serta salah laku yang boleh menyebabkan pensijilan halal
ditarik balik.
18
4. Ekspo tani (bahagian halal)
Bagi menggalakkan rakyat Kelantan menceburkan diri dalam bidang pertanian, Menteri Besar
Kelantan, YB Ahmad bin Yakob telah mencari inisiatif dengan menganjurkan Ekspo Tani yang
diadakan di Kompleks Padang Perdana Kota Bharu selama 5 hari. Ekspo ini disertai oleh pelbagai
lapisan masyarakat dari seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang
mengambil bahagian dalam mempamerkan perkhidmatan dan produk di booth masing-masing.
Beberapa orang staf dan pelajar praktikal di bahagian Penyelidikan telah diberi jadual untuk
bertugas menjaga booth secara bergilir-gilir sepanjang pameran ini berlangsung.
Di booth JAHEAIK, bahagian Penyelidikan yang merangkumi unit Pengurusan Halal, Akidah & Syariah
serta Penapisan Media telah mempamerkan produk masing-masing. Bagi unit Akidah & Syariah,
pengunjung diberi pendedahan tentang aktiviti perbomohan dan perbuatan syirik di Malaysia. Bagi
Penapisan Media, beberapa buku yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipamerkan.
Antara faktor dirampas adalah kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Frame yang ditulis ayat
Quran tetapi tidak dinyatakan surah dan ayat turut dirampas KDN dan dipamerkan di booth.
Bagi unit Pengurusan Halal, pengunjung didedahkan dengan 3 kategori barangan dan produk
makanan iaitu yang mempunyai logo halal, tidak mempunyai logo halal dan yang mempunyai logo
halal tetapi tidak diiktiraf (logo halal swasta). Selain itu, contoh produk daripada kulit dan bulu
khinzir turut dipamerkan. Pengunjung turut diberi pamplet dan brochure berkaitan produk halal,
logo halal yang diiktiraf dari luar negara serta berkaitan gelatin. Bagi menarik perhatian pengunjung
ekspo Tani ke booth JAHEAIK, beberapa soalan kuiz telah diajukan dan pemenang akan diberi
hadiah dan sedikit cenderamata.
19
5. Audit kilang / premis makanan
Setiap minggu, auditor daripada bahagian Pengurusan Halal akan memantau kilang dan
premis makanan yang ingin memohon pensijilan halal atau yang telah mendapat sijil halal
sekitar Kelantan untuk melakukan pemantauan. Bagi permohonan pensijilan halal yang
baru, auditor akan memantau kebersihan premis terutamanya bahagian pemprosesan
makanan dan menyemak bahan ramuan yang digunakan sama ada halal atau tidak. Sijil halal
bagi bahan yang digunakan akan disemak sama ada telah tamat tempoh atau tidak. Semasa
pemantauan, auditor juga akan menyemak samaada bahan yang digunakan semasa
pemprosesan sama dengan yang dimasukkan dalam data semasa permohonan pensijilan
halal. Sekiranya tidak sama, kehalalan bahan baru itu harus dipastikan dan pengusaha perlu
merekod semula data bahan dalam MyeHalal.
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di premis makanan akan dicatat dalam satu
borang khas untuk diambil tindakan oleh pemilik premis. Antara kesalahan yang biasa
dilakukan adalah penyelenggaraan di bahagian pemprosesan makanan kurang memuaskan
contohnya lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah yang digunakan tidak berpenutup,
papan pemotong yang sudah lama tidak ditukar, para pekerja tidak berpakaian sepatutnya
seperti tidak memakai apron dan penutup mulut serta stor bahan mentah dicampur dengan
bahan lain seperti bahan untuk pembersihan. Hal ini secara tidak langsung akan membuka
jalan untuk berlakunya pencemaran silang.
Setiap hujung bulan, satu meeting akan dijalankan yang melibatkan auditor halal
JaHEAIK, Dato’ Pengarah JaHEAIK serta beberapa orang pegawai bahagian halal dari JAKIM.
Auditor halal akan membentangkan hasil pemantauan premis makanan pada bulan itu
untuk menetapkan sama ada premis itu layak atau tidak untuk mendapat pensijilan halal.
Sekiranya layak, sijil halal akan dikeluarkan dan diberikan kepada premis makanan tersebut.
Sepanjang tiga bulan menjalani latihan praktikal di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan, sebanyak tujuh buah kilang / premis makanan telah saya pantau bersama auditor
halal JaHEAIK iaitu MIM Trading, Trans Arwana, D Klasik, Imtiaz Academy,Nando’s
Chickenland, Sabit Banani Sdn Bhd dan Intan Biotech Industries Sdn Bhd.
20
a) MIM Trading Sdn Bhd
Semua ramuan digaul dan dimasak pada suhu
80◦C
Bahan yang telah dimasak akan dialirkan melalui
paip khas ke satu balang besar
Kicap akan dimasukkan ke
dalam botol dan disukat
suhunya
Botol kicap direndam dan
dibersihkan bahagian luarnya
Proses melekatkan label pada
botol kicap secara manual
Bagi botol kaca, botol akan dilalukan atas
api agar penutup botol dibalut kemas
Kicap yang siap dibungkus akan disimpan
dalam satu bilik khas
21
b) Trans Arwana Sdn Bhd
Pemilik Trans Arwana ingin memohon sijil halal bagi dapur hotel ini. Secara keseluruhannya,
tidak begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengusahanya cuma perlu
dititikberatkan bahagian dapur. Lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah terlalu dekat
dengan dapur memasak serta kipas pengudaraan tidak berfungsi. Bahan mentah yang
digunakan pula ada yang berlainan daripada yang direkodkan dalam data MyEhalal. Oleh itu,
auditor halal telah mencatat kesalahan yang dilakukan untuk dibaikpulih oleh pemilik.
Setelah memantau dapur Trans Arwana ini, kami pergi ke dua buah kilang di sekitar Pasir
Puteh iaitu Keropok Sira tetapi pemiliknya tiada di kilang dan Blue Hill Oil Industries tetapi
kilang ini tidak beroperasi pada hari tersebut. Oleh itu, pemantauan tidak dapat dijalankan.
c) D Klasik Cafe
D klasik mempunyai empat cawangan di sekitar Kelantan iaitu di Kubang Kerian, Cherang,
Wakaf Che Yeh dan Bandar Kota Bharu. Saya hanya berkesempatan untuk mengikut auditor
halal memantau D Klasik cawangan Kubang Kerian dan Cherang. Banyak pembaikan perlu
dilakukan di D Klasik cawangan Kubang Kerian terutamanya di bahagian dapur. Tong
sampah yang tidak berpenutup diletakkan terlalu dekat dengan dapur masakan, lantai yang
kotor dan sawang tidak dibersihkan di dinding dapur. Kebanyakan pekerja pula tidak
mematuhi etika pemakaian yang betul seperti tidak memakai apron dan penutup mulut.
Ada juga pekerja yang memakai jam tangan dan barangan kemas semasa melakukan kerja
pemprosesan makanan.
22
Setelah mengaudit D Klasik Kubang Kerian, kami menuju ke tempat pemprosesan kopi yang menjadi
menu di D Klasik ini. Proses membuat kopi ini dilakukan sendiri oleh pemilik D Klasik di sebuah
bangunan kecil di sebelah rumahnya. Pelbagai jenis perisa kopi dibuat sendiri dengan tenaga kerja
hanya tiga orang antaranya perisa cappucino, milk tea, lemon tea, habbatus sauda dan white coffee.
Kami diberikan peluang melihat proses pembuatan kopi di sini. Sebelum masuk, beberapa pakaian
khas diberikan seperti apron, penutup kepala, penutup mulut serta kasut yang sesuai untuk dipakai
dalam tempat pemprosesan.
Kami meneruskan perjalanan kami ke D Klasik Cherang. Tidak banyak penambaikan perlu dilakukan
di sini memandangkan kebersihan dan pengurusan di sini lebih teratur berbanding di Kubang Kerian.
23
d) Imtiaz Academy Industries Sdn Bhd
Imtiaz Academy telah memohon pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan iaitu madu. Madu ini
diambil dari selatan Mesir, Syria dan dibungkus semula di Malaysia. Untuk membolehkan produk ini
dipasarkan di negara luar, logo dan sijil halal diperlukan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan
pengguna terhadap madu ini. Mengikut pemilik premis, madu diambil dari selatan Mesir dan Syria
yang dipastikan keasliannya, tanpa dicampur apa-apa bahan lain seperti air atau gula.
Banyak penambahbaikan perlu dilakukan oleh premis ini memandangkan tempat
pemprosesannya hanyalah bilik biasa. Antaranya adalah tempat pemprosesan haruslah bertutup,
perlu diletakkan kipas pengudaraan, sinki dan alatan yang berkaitan dengannya seperti sabun, tuala
kecil, tong sampah. Meja perlu ditukar dan sebolehnya menggunakan stainless steel. Pekerja juga
seharusnya mengambil kursus Pengendalian Makanan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan
Malaysia sebelum melakukan pemprosesan serta mengambil suntikan typhoid. Pemilik juga
dikehendaki melampirkan cara pengambilan madu di ladang Mesir & Syria sebagai bukti keasliannya
dan tiada pencemaran silang dengan bahan tidak halal semasa proses pengambilan madu itu.
Pemilik premis diberi tempoh dua minggu untuk melakukan penambahbaikan sebelum
diaudit semula untuk kali kedua. Sekiranya memenuhi syarat dan piawaian pensijilan halal serta
dipersetujui ketika meeting bulanan, sijil halal akan diberikan kepada premis tersebut.
Atas : bekas madu asal daripada
negara Mesir & Syria
Bawah : bekas untuk mengisi
madu ke dalam botol
Proses memasukkan
madu ke dalam botol
Kotak yang menyimpan
botol kaca untuk diisi
madu
Madu yang telah siap
diisi dalam botol
Tempat
pemprosesan yang
terlalu terbuka
24
e) Nando’s Chickenland
Nando’s Chickenland di Aeon Mall KB telah menghantar permohonan pensijilan halal kali pertama.
Oleh itu, saya bersama auditor halal JaHEAIK memantau keadaan premis mereka sama ada layak
atau tidak mendapat sijil halal. Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan semua aspek
meliputi kebersihan, pengurusan dan kakitangannya. Bekalan bahan mentah yang digunakan
kebanyakannya daripada luar negara seperti Singapura, Italy, Australia dan New Zealand dan
kesemuannya telah mendapat pengiktirafan halal dari negara masing-masing. Semua sijil halal bagi
ramuan yang digunakan telah dilampirkan dengan lengkap. Hal ini memudahkan auditor halal untuk
menyemak kehalalannya.
Selain itu, kebersihan premis berada di tahap sangat memuaskan bermula dari bahagian dapur
sehinggalah tempat makan. Semua bahan mentah yang dibeli disimpan sesuai dengan suhu yang
sepatutnya. Selain itu, sistem First In First Out (FIFO) telah digunakan bagi mengelakkan kerosakan
bahan mentah berlaku. Bagi kerja pembersihan pula, satu jadual khas melibatkan semua pekerja
harus membersihkan tempat pemprosesan dan tempat makan sebelum dan selepas waktu bekerja.
25
f) Sabit Banani Industries Sdn Bhd
Syarikat Sabit Banani telah beroperasi sejak tahun 2014 di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Syarikat ini telah mendapat sijil halal untuk kesemua 14 produk yang dikilangkan di sini tetapi
pemilik syarikat baru mengemukakan permohonan halal untuk premis ini. Walaupun belum
mendapat pengiktirafan halal untuk premis, pemilik telah menggunakan logo halal pada bungkusan
produk yang dikilangkan di sini. Hal ini adalah bertentangan dengan syarat pensijilan halal kerana
menggunakan logo halal tanpa izin.
Semasa pemantauan dilakukan, auditor mendapati bahawa bungkusan produk telah
diletakkan logo halal, berlainan dengan bungkusan yang dilampirkan dalam rekod yang dihantar
semasa permohonan pensijilan halal untuk premis dibuat. Oleh itu, auditor bertindak dengan
menarik kesemua sijil halal bagi produk yang dikilangkan di sini kerana mereka dikira telah
melakukan kesalahan yang tergolong dalam kategori kesalahan besar iaitu menggunakan logo halal
tanpa izin.
Secara keseluruhannya, semua produk yang dikilangkan di sini adalah memenuhi piawaian
halal dan telah mendapat sijil halal. Tetapi disebabkan mereka telah menggunakan logo halal pada
bungkusan produk sedangkan permohonan baru sahaja dilakukan, kesemua sijil halal telah ditarik
semula. Pemilik premis dan eksekutif halal telah diberi tempoh dua minggu untuk melakukan
penambahbaikan iaitu menutup semua logo halal pada bungkusan produk yang dikilangkan di sini
sebelum audit kali kedua dilakukan sekali lagi.
26
g) Intan Biotech Industries Sdn Bhd
Intan Biotech Industries telah memohon pensijilan halal yang baru untuk beberapa produk
yang baru ditambah. Kesemua produk yang dikilangkan di sini sebelum ini telah mendapat
sijil halal. Secara keseluruhannya, semua aktiviti pemprosesan dan keadaan premis
bertepatan dengan piawaian halal yang ditetapkan. Semua bahan mentah dan ramuan yang
digunakan adalah halal cuma ada beberapa ramuan yang tidak dilampirkan sijil halal semasa
permohonan dilakukan. Auditor meminta pemilik premis melampirkan sijil halal tersebut
semasa pemantauan dilakukan.
Mesin untuk menggaul
semua ramuan dalam kopi
Ramuan untuk
pembuatan kopi
Kopi yang telah
digaul sebati
Serbuk kopi dimasukkan
dalam paket kecil
Paket kecil kopi dilekatkan pada
papan bungkusan
Paket kecil dimasukkan
dalam bungkusan kedua
27
BAB 4 KOMEN & CADANGAN
Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan ini, banyak perkara dan ilmu yang telah saya perolehi. Hasil daripada pemerhatian
sepanjang menjalani latihan industri di sini, terdapat kelebihan dan kelemahan sama ada
yang zahir ataupun tersembunyi. Di sini, saya kemukakan beberapa komen dan cadangan
kepada bahagian Penyelidikan JAHEAIK dan pihak KUIST sendiri. Diharapkan komen dan
cadangan ini boleh diterima baik oleh kedua belah pihak untuk kebaikan semua.
Bahagian Penyelidikan JAHEAIK
Secara umumnya, tiada kelemahan yang begitu berat untuk diperbaiki di sini. Cuma saya
berharap agar tempat yang lebih selesa disediakan untuk pelajar praktikal kerana
penerimaan pelajar praktikal di bahagian ini sahaja kadang mencecah sehingga 10 orang
dalam satu masa. Disebabkan tidak cukup kerusi dan keadaan yang agak sesak di dalam
pejabat, ada segelintir pelajar yang perlu duduk di bawah tangga di luar pejabat. Walaupun
disediakan kerusi dan meja di sana namun agak kurang selesa bagi kami kerana agak
terasing daripada staff dan menyukarkan kami menghulurkan bantuan sekiranya ada kerja
yang perlu dilakukan.
Bahagian pengurusan JAHEAIK perlu menapis pelajar yang memohon untuk
menjalani latihan praktikal di sini agar tidak terlalu ramai dalam satu-satu masa sehingga
menyebabkan ketidakselesaan serta kekurangan kerja yang perlu dilakukan.
Kolej Universiti Islam Sains Teknologi
Pertama sekali, saya amat berharap agar pihak pengurusan boleh menyediakan buku
laporan yang lebih formal kepada para pelajar praktikal. Walaupun kekurangan bajet,
sekurangnya biarlah ia kelihatan seperti buku, bukannya kertas semata-mata. Isi
kandungannya pula diharapkan agar lebih formal bukannya diari semata-mata. Contohnya,
perlulah ada ruangan untuk pelajar menulis laporan harian, masalah yang dihadapi serta apa
cadangan atau penambahbaikan yang dilakukan untuk mengatasi masalah. Ini akan
menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan mencari inisiatif untuk
menyelesaikan masalah.
28
Saya juga berharap agar pihak pengurusan kolej boleh memberi borang yang lebih lengkap
dan terperinci untuk dinilai oleh penyelia latihan industri. Borang atau dokumen tersebut
juga perlulah diperiksa dan diperhatikan butirannya agar tidak berlaku salah ejaan atau
terlalu jelas copy paste dari borang lama sehingga saya sendiri yang perlu mengedit dan
membuat muka depan baru atas permintaan penyelia latihan industri. Secara tidak
langsung, ini akan memberi imej yang agak buruk di mata mereka terhadap kolej kita ini.
Seterusnya, saya juga berharap agar pihak kolej boleh menyediakan kemudahan
pengangkutan bagi kami ke tempat praktikal (sekitar Kelantan). Sekiranya bayaran perlu
dikenakan, biarlah ia berbaloi. Akan tetapi, pada pendapat saya, tidak perlulah dikenakan
bayaran kepada pelajar praktikal KUIST, cukuplah diambil dari bayaran yang dinyatakan
dalam yuran pengajian supaya kami membayar kemudahan perpusatakaan, makmal
komputer dan sebagainya yang ada sesetengahnya langsung tidak pernah kami gunakan
sepanjang pengajian di kolej ini. Sekiranya kami tidak dapat menikmati kemudahan makmal
komputer dan lain-lain yang termaktub dalam yuran pengajian, biarlah ia ditampung dan
diganti dengan kemudahan pengangkutan ke tempat praktikal.
29
BAB 5 KESIMPULAN
Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidkan JAHEAIK, saya mendapati latihan
industri ini memberi peluang yang baik kepada pelajar-pelajar dalam mempraktikkan segala
ilmu pengetahuan daripada teori-teori yang dipelajari di universiti. Bagi saya program ini
amat berkesan dan berguna kerana ia bukan hanya mendedahkan saya kepada persekitaran
dunia pekerjaan sebenar, tetapi juga memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri saya
menjadi lebih berkeyakinan, berdedikasi, dan mempunyai insiatif diri.
Selain itu, saya juga telah mempelajari cara mengendalikan kerja-kerja pejabat
seperti fotostat, print, faks, binding, pendokumentasian dan sebagainya. Saya juga telah
belajar cara berhadapan dan mengendalikan pelanggan atau pengunjung yang bertanyakan
soalan dan maklumat berkaitan bidang halal dengan baik dan tepat. Sepanjang berada di
sini, saya telah berjaya mendalami ilmu berkaitan halal dengan lebih mendalam dan boleh
menerangkan kepada orang sekeliling.
Sekiranya diberi pilihan untuk memanjangkan lagi tempoh latihan praktikal di sini,
saya semestinya tidak akan menolak. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip
sepanjang berada di sini namun masih belum cukup dan masih banyak lagi yang perlu
dipelajari. Pengalaman memantau premis makanan yang memohon sijil halal paling tidak
dapat saya lupakan. Melihat kerenah pengusaha premis yang berusaha memujuk auditor
halal JAHEAIK kerana sijil halal ditarik telah menimbulkan semangat yang lagi berkobar-
kobar dalam diri ini untuk memperkasa dan mengukuhkan lagi industri halal di Malaysia ini.

Contenu connexe

Tendances

Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Roslim Mustapha
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinQaseh Nur Husna
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn salmy1001
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniNaimAlmashoori
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docDaud Ayub Abdullah
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriKizizikachi Izzat
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
prinsip asas pengurusan islam
prinsip asas pengurusan islamprinsip asas pengurusan islam
prinsip asas pengurusan islamh_halimatul
 

Tendances (20)

Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Qazaf
QazafQazaf
Qazaf
 
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
 
konsep syariah
konsep syariahkonsep syariah
konsep syariah
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu doc
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan Industri
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
prinsip asas pengurusan islam
prinsip asas pengurusan islamprinsip asas pengurusan islam
prinsip asas pengurusan islam
 
Iman
ImanIman
Iman
 

Similaire à Laporan Praktikal JAHEAIK

SKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdfSKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdfundpmalang
 
PROPOSAL TOT PPNI FINAL.doc
PROPOSAL TOT PPNI FINAL.docPROPOSAL TOT PPNI FINAL.doc
PROPOSAL TOT PPNI FINAL.docRonnyEkaSaputra1
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalfifiusm
 
Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048
Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048
Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048AnonymousPhQThoJsM
 
Dasar sosial
Dasar sosialDasar sosial
Dasar sosialNtah Afiq
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
DSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBAN
DSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBANDSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBAN
DSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBANhttps://edu2u.my
 
SISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSAR
SISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSARSISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSAR
SISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSARKamal Muz
 
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokLyda Hassan
 
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra SelatanAD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra SelatanIbnu Fajar
 
laporan kem motivasi bersama ibu bapa
laporan kem motivasi bersama ibu bapalaporan kem motivasi bersama ibu bapa
laporan kem motivasi bersama ibu bapaSiti Khadijah Ariffin
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat Nadia Bohari
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 
Peran dan Fungsi Penyelenggaraan Diklat
Peran dan Fungsi Penyelenggaraan DiklatPeran dan Fungsi Penyelenggaraan Diklat
Peran dan Fungsi Penyelenggaraan DiklatTri Pangesti
 
Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2
Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2
Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2Yusuf Hasyim Addakhil
 

Similaire à Laporan Praktikal JAHEAIK (20)

SKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdfSKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdf
 
PROPOSAL TOT PPNI FINAL.doc
PROPOSAL TOT PPNI FINAL.docPROPOSAL TOT PPNI FINAL.doc
PROPOSAL TOT PPNI FINAL.doc
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasional
 
Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048
Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048
Karya ilmiah florensiana feo hanoe 22200048
 
Dasar sosial
Dasar sosialDasar sosial
Dasar sosial
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA IBAN TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
 
DSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBAN
DSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBANDSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBAN
DSKP KSSR TAHUN 1 BAHASA IBAN
 
SISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSAR
SISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSARSISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSAR
SISTEM ADMINISTRASI NEGARA PKP2A II LAN MAKASSAR
 
KKGPAI KAB BANGKALAN
KKGPAI KAB BANGKALANKKGPAI KAB BANGKALAN
KKGPAI KAB BANGKALAN
 
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
 
21516157 paper-manajemen-pengawasan
21516157 paper-manajemen-pengawasan21516157 paper-manajemen-pengawasan
21516157 paper-manajemen-pengawasan
 
21516157 paper-manajemen-pengawasan
21516157 paper-manajemen-pengawasan21516157 paper-manajemen-pengawasan
21516157 paper-manajemen-pengawasan
 
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra SelatanAD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
AD ART MGMP Matematika SMA Sumatra Selatan
 
laporan kem motivasi bersama ibu bapa
laporan kem motivasi bersama ibu bapalaporan kem motivasi bersama ibu bapa
laporan kem motivasi bersama ibu bapa
 
Praktik strategi
Praktik strategiPraktik strategi
Praktik strategi
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 
Peran dan Fungsi Penyelenggaraan Diklat
Peran dan Fungsi Penyelenggaraan DiklatPeran dan Fungsi Penyelenggaraan Diklat
Peran dan Fungsi Penyelenggaraan Diklat
 
Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2
Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2
Buku kumpulan peraturan dan pedoman lp ma arif nu 2
 

Laporan Praktikal JAHEAIK

  • 1. 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menamatkan latihan industri di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) serta dapat menyiapkan laporan latihan industri ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan staff di bahagian Penyelidikan JAHEAIK yang diterajui oleh Ustaz Anuar al- Sadat bin Mohd Noor, selaku Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan) di atas jasa mereka menerima kehadiran saya di JAHEAIK ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga dari saya buat Penolong Pengarah (Pengurusan Halal) merangkap Penyelia Latihan Industri saya iaitu Ustaz Nik Mohamad Zawawi bin Ibrahim yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah, menyumbang idea dan pendapat, memberi tunjuk ajar serta kesabaran beliau membimbing saya sepanjang menjalani latihan industri di JAHEAIK. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan lain yang turut sama membantu serta menyumbang idea berguna kepada saya sepanjang tempoh saya berada di sini. Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu semasa latihan industri, ribuan terima kasih saya ucapkan. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada rakan- rakan yang turut menjalani latihan industri di bahagian Penyelidikan ini. Saling bertukar- tukar ilmu, berkongsi apa yang telah dipelajari di tempat belajar masing-masing untuk diaplikasikan sepanjang tempoh latihan industri ini. Jasa kalian amat saya hargai. Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan serta kelemahan sepanjang saya menjalankan latihan industri ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala budi dan jasa baik yang diberikan oleh kalian. Sekian terima kasih.
  • 2. 2 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latihan industri adalah salah satu komponen untuk keperluan bergraduat di Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi (KUIST) mengikut gred yang akan diperolehi oleh pelajar. Laporan industri ini meringkaskan dan meliputi semua maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti, tugas-tugas yang telah dilakukan semasa latihan industri dan perkhidmatan yang dilakukan oleh JaHEAIK sepanjang saya berada di bawah bahagian Penyelidikan (Pengurusan Halal) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selama 12 minggu. Sebagai pelajar latihan industri, saya telah diminta untuk melibatkan dan mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh bahagian Pengurusan Halal sekali gus dapat menimba ilmu. Saya juga terlibat dalam memantau premis makanan yang telah memohon sijil halal bagi memastikan pematuhan halal yang berterusan. Selama tempoh latihan industri juga, saya telah diberi tugas oleh penyelia latihan industri untuk menyiapkan satu artikel berkaitan proses istihalah. 1.2 Objektif Antara objektif latihan praktikal adalah: 1. Untuk memberi peluang kepada para pelajar membiasakan diri dengan operasi, pentadbiran dan pembentukan operasi sesuatu organisasi 2. Untuk memberi peluang kepada para pelajar meneliti dan mengaplikasi amalan yang sebenar dalam pekerjaan 3. Untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja yang sebenar dan masalah- masalah yang biasa dialami oleh organisasi 4. Untuk memberi peluang kepada organisasi yang menempatkan para pelajar KUIST untuk mengenalpasti pelajar yang berkelayakan untuk diberikan pekerjaan selepas bergraduasi 5. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat dan menghasilkan tenaga pekerja yang beretika dan mempunyai nilai diri
  • 3. 3 1.3 Objektif Laporan Latihan Industri Setelah tamat menjalani latihan industri selama tiga bulan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JaHEAIK), pelbagai aktiviti dan tugas yang telah dilakukan dan memerlukan satu laporan khas untuk dibuat penilaian. Setiap laporan mestilah berpandukan kepada piawaian yang telah ditetapkan dan disiapkan dengan lengkap. Antara objektif laporan latihan industri ialah: 1. Mendokumentasikan segala aktiviti dan tugas yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan industri. 2. Menjadi bahan bukti secara bertulis kepada latihan yang diikuti. 3. Laporan yang baik dapat membantu dalam temuduga kerjaya selepas tamat pengajian kelak. 4. Dapat melatih pelajar agar mampu memenuhi kehendak sesebuah institusi apabila bekerja kelak. 5. Melatih pelajar agar berupaya mengikuti segala arahan yang telah ditetapkan ke atas format laporan. 1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 1. Menjadikan pelajar lebih efektif dan produktif di mana pelajar dapat mengaplikasikan semula teori-teori yang telah dipelajari semasa di universiti dengan lebih meluas dan berkesan. 2. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pengendalian mesin dan peralatan yang digunakan dalam sesuatu industri. 3. Dapat melahirkan seseorang individu yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab, berketerampilan, serta menanamkan sifat amanah dalam melakukan sesuatu perkara.
  • 4. 4 BAB 2 PENGENALAN ORGANISASI 2.1 JAHEAIK 2.1.1 Profil Organisasi NAMA ORGANISASI : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ALAMAT : Kompleks Darulnaim, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim NO. TELEFON : 09-7446121 WEBSITE : www.jaheaik.gov.my STATUS ORGANISASI : Badan berkanun (kerajaan) PENGARAH : Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh
  • 5. 5 2.1.2 Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1980 dengan tujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal ehwal Islam di negeri Kelantan. Pada Awal penubuhannya iaitu pada 1/12/1950, bidang tugas JAHEAIK yang dikenali dengan nama Pejabat Penyelia Agama atau lebih mashyur dengan panggilan Pejabat Pencegah Maksiat lebih tertumpu kepada bidang pencegahan, penangkapan dan pendakwaan jenayah syariah semata-mata. Pejabat ini wujud di bawah Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan. Sekitar bulan Mac 1978 kerajaan telah mewujudkan Bahagian Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang dikendalikan seorang pegawai yang berjawatan "Penolong Setiausaha (Hal Ehwal Agama)" serta beberapa kakitangan perkeranian. Bermula pada bulan jun 1978, struktur pentadbirannya diperbesarkan dengan diberi taraf jabatan penuh iaitu diketuai oleh seorang pegawai berjawatan Pengarah, sementara Penolong Kanannya bergelar Setiausaha, tetapi masih di bawah sayap Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan. Hanya pada tahun 1980 barulah diwujud secara berasingan dari pejabat Setiausaha Kerajaan dengan peruntukan tahunan serta kuasa mengawal kewangan dan pentadbirannya sendiri. Pada tahun 60an dan seterusnya hingga kini, JAHEAIK telah mengalami perkembangan pesat dari segi bidang tugas serta struktur perjawatan dan pentadbirannya sesuai dengan tuntutan perubahan masa dan keadaan. Asas kepada bidang kuasa pembangunan Hal Ehwal Islam di Malaysia telah diletakkan secara jelas dalam sistem perundangan Negara. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
  • 6. 6 Bagi negeri-negeri yang tidak beraja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agung adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berkenaan. Bagi konteks Negeri Kelantan Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa KDYMM Al Sultan Kelantan sebagai ketua Agama Islam. Dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Islam. JAHEAIK menggunakan akta – akta seperti berikut : I. - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 8/2002 II. - Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 2/1985 III. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 IV. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 V. - Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 3/1983 VI. - Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 9/2002 VII. - Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 4/1994 VISI Menerajui Pengurusan Hal Ehwal Islam yang Efisien Dalam Melahirkan Insan Yang Bertakwa Menjelang 1441 H MISI Melahirkan Ummah Yang Progresif Berteraskan Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman Dan Salaman Sejajar Dengan Dasar Membangun Bersama Islam Motto Ketakwaan Teras Kemuliaan
  • 7. 7 2.1.3 Peranan Jabatan 1. Melaksanakan dasar yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam serta peraturan yang terkandung dalam enakmen yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan dakwah kepada seluruh masyarakat. 3. Merancang dan melaksanakan program pembangunan kerohanian dan jatidiri ummah. 4. Melaksanakan undang-undang Agama Islam di dalam konteks “Amar Makruf Nahi Mungkar”. 5. Melaksanakan program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan undang-undang Keluarga Islam. 6. Membuat kajian, penyelidikan dan penilaian terhadap isu-isu Hal Ehwal Islam yang merangkumi aspek-aspek Aqidah, kekeluargaan, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan “Halalan Toyyiba” dan lain-lain. 7. Mengurus hal ehwal pengurusan persijilan halal dari segi permohonan pemantauan dan penguatkuasaan.
  • 9. 9 2.2 Bahagian Penyelidikan 2.2.1 Pengenalan Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dahulunya merupakan satu unit di Bahagian Dakwah dan telah diasingkan menjadi satu bahagian pada tahun 1997. Bahagian ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan isu-isu akidah, syariah, ajaran sesat, pensijilan halal dan juga penapisan media. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah Kanan, seorang Penolong Pengarah dan juga beberapa kakitangan sokongan. Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit utama iaitu : i. Unit Akidah dan Syariah ii. Unit Pengurusan Halal iii. Unit Penapisan Media Visi Ke arah mewujudkan masyarakat yang mantap akidah dan menjaga kesucian agama serta faham konsep halal dan haram. Misi Menjadi sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah, syariah, dan pengurusan pensijilan halal. 2.2.2 Objektif 1. Mengatasi masalah yang timbul di kalangan masyarakat dan umat Islam sama ada dari segi aqidah atau syariah 2. Menyampaikan maklumat-maklumat yang betul dan tepat menurut ajaran islam kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. 3. Melahirkan umat islam yang berpengetahuan tinggi dan peka dengan masalah- masalah semasa terutama yang berkait dengan hal-hal keagamaan.
  • 10. 10 4. Melahirkan masyarakat islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mudah terpesong akidahnya. 5. Mengurus permohonan, pensijilan halal, pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan halal dengan cekap dan berkesan. 2.2.3 Piagam Pelanggan 1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima. 2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima. 3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima. 4. Membuat pemeriksaan pensijilan halal dalam tempoh satu bulan setelah permohonan lengkap diterima. 5. Mengeluarkan sijil halal bagi pemohon pensijilan halal dalam tempoh dua (2) minggu selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal. 6. Membuat pemeriksaan pemantauan penyalahgunaan sijil dan logo halal dalam masa dua (2) minggu selepas aduan diterima. 2.2.4 Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Bahagian Penyelidikan 1. Membuat kaji selidik mengenai hal-hal yang berhubung dengan aqidah, syariat Islam dan membuat rumusan dari hasil penyelidikan dan cadangan balas untuk pihak berkuasa. 2. Membuat kajian mengenai pengeluaran makanan dan minuman atau sebarang jenis perdagangan yang menimbulkan keraguan masyarakat tentang halal dan haram 3. Mengeluarkan sijil pengesahan halal dan logo halal serta membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pensijilan halal.
  • 11. 11 4. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memperketatkan syarat perlesenan perniagaan barang-barang yang boleh memesongkan aqidah Islam atau berlawanan dengan tatacara Islam. 5. Membuat operasi bersama dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengenai penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran. 6. Berkerjasama dengan Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam membuat kaji selidik tentang pengajaran atau majlis amal yang menyentuh kesucian aqidah dan syariat Islam. 7. Menyediakan perkhidmatan penterjemahan kepada tulisan Jawi
  • 12. 12 2.2.5 Carta Organisasi Bahagian Penyelidikan
  • 13. 13 BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 PENGENALAN Ringkasan aktiviti latihan industri ini merupakan salah satu isi-isi penting dalam laporan pelajar sepanjang latihan industri. Ia diringkaskan dalam bentuk aktiviti mingguan bermula dari tarikh melapor diri latihan industri iaitu 19 Jun 2016 sehingga 8 September 2016. 3.2 AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU RINGKASAN AKTIVITI MINGGU 1 (19.06.16 – 23.06.16)  Sesi taaruf bersama staf bahagian Penyelidikan  Kemaskini folio keratan akhbar  Belajar perkara asas berkaitan aktiviti pejabat seperti fotostat, binding, faks & kemaskini fail MINGGU 2 (26.06.16-30.06.16)  Menyenaraikan badan / pertubuhan yang terlibat dengan sumbangan wakaf al quran  Semak ramuan halal Nando’s Chickenland  Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (vaksin / tabarruk) MINGGU 3 (03.07.16-07.07.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Cuti Raya Aidilfitri
  • 14. 14 MINGGU 4 (10.07.16-14.07.16)  Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (militan IS / Dr. Zakir Naik)  Mencari maklumat berkaitan militan Daish untuk dibentangkan  Persiapan untuk kelas Sijil Pengajian Perawatan Islam MINGGU 5 (17.07.16-21.07.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Majlis Mesra Aidilfitri bersama MB Kelantan, YB Ahmad bin Yaacob  Mengemaskini fail keratan akhbar berkaitan isu semasa MINGGU 6 (24.07.16-28.07.16)  Fotostat & binding dokumen direktori pensijilan halal  Perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Pengurusan  Mencari maklumat berkaitan permainan Pokemon Go MINGGU 7 (31.07.16-04.08.16)  Mencari maklumat berkaitan proses istihalah  Audit kilang makanan di MIM Industries & Kopitiam Trans Arwana  Urusetia Pameran Halal JaHEAIK di Ekspo Tani  Kemaskini fail keratan akhbar MINGGU 8 (07.08.16-11.08.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Audit kilang makanan di D Klasik (Kubang Kerian & Cherang)  Siapkan slideshow Lawatan Ilmiah ke Thailand MINGGU 9 (14.08.16-18.08.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Taklimat permohonan pensijilan halal  Seminar perawatan Islam MINGGU 10 (21.08.16-25.08.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Siapkan laporan praktikal  Semak ramuan halal Koperasi
  • 15. 15 MINGGU 11 (28.08.16-01.09.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Mencari maklumat berkaitan haiwan jalalah & konsep halalan toyyiban  Menyiapkan buku laporan ringkas pemeriksaan pengesahan sijil halal MINGGU 12 (04.09.16-08.09.16)  Audit kilang / premis makanan - Imtiaz Academy - Nando’s Chickenland - Sabit Banani Industries Sdn Bhd - Intan Biotech Sdn Bhd
  • 16. 16 3.3 HASIL LATIHAN PRAKTIKAL 1. Menyemak ramuan halal dalam sistem MYeHalal Setiap premis makanan yang memohon sijil halal akan direkodkan segala ramuan dan bahan yang digunakan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem MYeHalal. Hal ini bertujuan memudahkan para auditor untuk memantau premis berkenaan setelah memperolehi pensijilan halal daripada JAKIM. Semua bahan mentah akan disemak status sijil halal sama ada telah tamat tempoh atau belum. Sekiranya telah tamat, para auditor perlu memaklumkan kepada pemilik premis semasa pemantauan dilakukan atau melalui emel. Pensijilan halal untuk setiap premis hanya sah untuk tempoh selama 2 tahun dan perlu diperbaharui dari masa ke semasa. Untuk ramuan daripada Malaysia, ianya tidak begitu rumit untuk disemak status halalnya. Sekiranya tidak dilampirkan dalam fail premis semasa permohonan pensijilan halal dibuat, ia boleh disemak melalui Direktori Halal JAKIM. Berlainan dengan ramuan dari luar negara, ianya agak merumitkan kerana auditor perlu menyemak sijil halal dari luar negara yang kadang kala tidak dilampirkan sekali semasa permohonan pensijilan halal dilakukan.
  • 17. 17 2. Photostat / binding direktori pensijilan halal 3. Seminar permohonan pensijilan halal Negeri Kelantan telah menggalakkan semua sekolah berasrama di negeri ini untuk memohon pensijilan halal bagi kantin sekolah masing-masing. Oleh itu, satu seminar permohonan pensijilan halal telah dilakukan yang berlangsung pada hari Selasa,16 Ogos 2016 melibatkan wakil guru dari semua sekolah menengah di negeri Kelantan. Sebanyak 30 wakil guru terlibat dalam seminar ini yang berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 3 JAHEAIK. Para hadirin dibekalkan goodies bag yang mengandungi buku dan artikel berkaitan makanan halal sebagai rujukan. Mereka turut diberi penerangan tentang siapa yang layak memohon sijil halal, cara memohonnya serta salah laku yang boleh menyebabkan pensijilan halal ditarik balik.
  • 18. 18 4. Ekspo tani (bahagian halal) Bagi menggalakkan rakyat Kelantan menceburkan diri dalam bidang pertanian, Menteri Besar Kelantan, YB Ahmad bin Yakob telah mencari inisiatif dengan menganjurkan Ekspo Tani yang diadakan di Kompleks Padang Perdana Kota Bharu selama 5 hari. Ekspo ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang mengambil bahagian dalam mempamerkan perkhidmatan dan produk di booth masing-masing. Beberapa orang staf dan pelajar praktikal di bahagian Penyelidikan telah diberi jadual untuk bertugas menjaga booth secara bergilir-gilir sepanjang pameran ini berlangsung. Di booth JAHEAIK, bahagian Penyelidikan yang merangkumi unit Pengurusan Halal, Akidah & Syariah serta Penapisan Media telah mempamerkan produk masing-masing. Bagi unit Akidah & Syariah, pengunjung diberi pendedahan tentang aktiviti perbomohan dan perbuatan syirik di Malaysia. Bagi Penapisan Media, beberapa buku yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipamerkan. Antara faktor dirampas adalah kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Frame yang ditulis ayat Quran tetapi tidak dinyatakan surah dan ayat turut dirampas KDN dan dipamerkan di booth. Bagi unit Pengurusan Halal, pengunjung didedahkan dengan 3 kategori barangan dan produk makanan iaitu yang mempunyai logo halal, tidak mempunyai logo halal dan yang mempunyai logo halal tetapi tidak diiktiraf (logo halal swasta). Selain itu, contoh produk daripada kulit dan bulu khinzir turut dipamerkan. Pengunjung turut diberi pamplet dan brochure berkaitan produk halal, logo halal yang diiktiraf dari luar negara serta berkaitan gelatin. Bagi menarik perhatian pengunjung ekspo Tani ke booth JAHEAIK, beberapa soalan kuiz telah diajukan dan pemenang akan diberi hadiah dan sedikit cenderamata.
  • 19. 19 5. Audit kilang / premis makanan Setiap minggu, auditor daripada bahagian Pengurusan Halal akan memantau kilang dan premis makanan yang ingin memohon pensijilan halal atau yang telah mendapat sijil halal sekitar Kelantan untuk melakukan pemantauan. Bagi permohonan pensijilan halal yang baru, auditor akan memantau kebersihan premis terutamanya bahagian pemprosesan makanan dan menyemak bahan ramuan yang digunakan sama ada halal atau tidak. Sijil halal bagi bahan yang digunakan akan disemak sama ada telah tamat tempoh atau tidak. Semasa pemantauan, auditor juga akan menyemak samaada bahan yang digunakan semasa pemprosesan sama dengan yang dimasukkan dalam data semasa permohonan pensijilan halal. Sekiranya tidak sama, kehalalan bahan baru itu harus dipastikan dan pengusaha perlu merekod semula data bahan dalam MyeHalal. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di premis makanan akan dicatat dalam satu borang khas untuk diambil tindakan oleh pemilik premis. Antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah penyelenggaraan di bahagian pemprosesan makanan kurang memuaskan contohnya lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah yang digunakan tidak berpenutup, papan pemotong yang sudah lama tidak ditukar, para pekerja tidak berpakaian sepatutnya seperti tidak memakai apron dan penutup mulut serta stor bahan mentah dicampur dengan bahan lain seperti bahan untuk pembersihan. Hal ini secara tidak langsung akan membuka jalan untuk berlakunya pencemaran silang. Setiap hujung bulan, satu meeting akan dijalankan yang melibatkan auditor halal JaHEAIK, Dato’ Pengarah JaHEAIK serta beberapa orang pegawai bahagian halal dari JAKIM. Auditor halal akan membentangkan hasil pemantauan premis makanan pada bulan itu untuk menetapkan sama ada premis itu layak atau tidak untuk mendapat pensijilan halal. Sekiranya layak, sijil halal akan dikeluarkan dan diberikan kepada premis makanan tersebut. Sepanjang tiga bulan menjalani latihan praktikal di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, sebanyak tujuh buah kilang / premis makanan telah saya pantau bersama auditor halal JaHEAIK iaitu MIM Trading, Trans Arwana, D Klasik, Imtiaz Academy,Nando’s Chickenland, Sabit Banani Sdn Bhd dan Intan Biotech Industries Sdn Bhd.
  • 20. 20 a) MIM Trading Sdn Bhd Semua ramuan digaul dan dimasak pada suhu 80◦C Bahan yang telah dimasak akan dialirkan melalui paip khas ke satu balang besar Kicap akan dimasukkan ke dalam botol dan disukat suhunya Botol kicap direndam dan dibersihkan bahagian luarnya Proses melekatkan label pada botol kicap secara manual Bagi botol kaca, botol akan dilalukan atas api agar penutup botol dibalut kemas Kicap yang siap dibungkus akan disimpan dalam satu bilik khas
  • 21. 21 b) Trans Arwana Sdn Bhd Pemilik Trans Arwana ingin memohon sijil halal bagi dapur hotel ini. Secara keseluruhannya, tidak begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengusahanya cuma perlu dititikberatkan bahagian dapur. Lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah terlalu dekat dengan dapur memasak serta kipas pengudaraan tidak berfungsi. Bahan mentah yang digunakan pula ada yang berlainan daripada yang direkodkan dalam data MyEhalal. Oleh itu, auditor halal telah mencatat kesalahan yang dilakukan untuk dibaikpulih oleh pemilik. Setelah memantau dapur Trans Arwana ini, kami pergi ke dua buah kilang di sekitar Pasir Puteh iaitu Keropok Sira tetapi pemiliknya tiada di kilang dan Blue Hill Oil Industries tetapi kilang ini tidak beroperasi pada hari tersebut. Oleh itu, pemantauan tidak dapat dijalankan. c) D Klasik Cafe D klasik mempunyai empat cawangan di sekitar Kelantan iaitu di Kubang Kerian, Cherang, Wakaf Che Yeh dan Bandar Kota Bharu. Saya hanya berkesempatan untuk mengikut auditor halal memantau D Klasik cawangan Kubang Kerian dan Cherang. Banyak pembaikan perlu dilakukan di D Klasik cawangan Kubang Kerian terutamanya di bahagian dapur. Tong sampah yang tidak berpenutup diletakkan terlalu dekat dengan dapur masakan, lantai yang kotor dan sawang tidak dibersihkan di dinding dapur. Kebanyakan pekerja pula tidak mematuhi etika pemakaian yang betul seperti tidak memakai apron dan penutup mulut. Ada juga pekerja yang memakai jam tangan dan barangan kemas semasa melakukan kerja pemprosesan makanan.
  • 22. 22 Setelah mengaudit D Klasik Kubang Kerian, kami menuju ke tempat pemprosesan kopi yang menjadi menu di D Klasik ini. Proses membuat kopi ini dilakukan sendiri oleh pemilik D Klasik di sebuah bangunan kecil di sebelah rumahnya. Pelbagai jenis perisa kopi dibuat sendiri dengan tenaga kerja hanya tiga orang antaranya perisa cappucino, milk tea, lemon tea, habbatus sauda dan white coffee. Kami diberikan peluang melihat proses pembuatan kopi di sini. Sebelum masuk, beberapa pakaian khas diberikan seperti apron, penutup kepala, penutup mulut serta kasut yang sesuai untuk dipakai dalam tempat pemprosesan. Kami meneruskan perjalanan kami ke D Klasik Cherang. Tidak banyak penambaikan perlu dilakukan di sini memandangkan kebersihan dan pengurusan di sini lebih teratur berbanding di Kubang Kerian.
  • 23. 23 d) Imtiaz Academy Industries Sdn Bhd Imtiaz Academy telah memohon pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan iaitu madu. Madu ini diambil dari selatan Mesir, Syria dan dibungkus semula di Malaysia. Untuk membolehkan produk ini dipasarkan di negara luar, logo dan sijil halal diperlukan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan pengguna terhadap madu ini. Mengikut pemilik premis, madu diambil dari selatan Mesir dan Syria yang dipastikan keasliannya, tanpa dicampur apa-apa bahan lain seperti air atau gula. Banyak penambahbaikan perlu dilakukan oleh premis ini memandangkan tempat pemprosesannya hanyalah bilik biasa. Antaranya adalah tempat pemprosesan haruslah bertutup, perlu diletakkan kipas pengudaraan, sinki dan alatan yang berkaitan dengannya seperti sabun, tuala kecil, tong sampah. Meja perlu ditukar dan sebolehnya menggunakan stainless steel. Pekerja juga seharusnya mengambil kursus Pengendalian Makanan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum melakukan pemprosesan serta mengambil suntikan typhoid. Pemilik juga dikehendaki melampirkan cara pengambilan madu di ladang Mesir & Syria sebagai bukti keasliannya dan tiada pencemaran silang dengan bahan tidak halal semasa proses pengambilan madu itu. Pemilik premis diberi tempoh dua minggu untuk melakukan penambahbaikan sebelum diaudit semula untuk kali kedua. Sekiranya memenuhi syarat dan piawaian pensijilan halal serta dipersetujui ketika meeting bulanan, sijil halal akan diberikan kepada premis tersebut. Atas : bekas madu asal daripada negara Mesir & Syria Bawah : bekas untuk mengisi madu ke dalam botol Proses memasukkan madu ke dalam botol Kotak yang menyimpan botol kaca untuk diisi madu Madu yang telah siap diisi dalam botol Tempat pemprosesan yang terlalu terbuka
  • 24. 24 e) Nando’s Chickenland Nando’s Chickenland di Aeon Mall KB telah menghantar permohonan pensijilan halal kali pertama. Oleh itu, saya bersama auditor halal JaHEAIK memantau keadaan premis mereka sama ada layak atau tidak mendapat sijil halal. Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan semua aspek meliputi kebersihan, pengurusan dan kakitangannya. Bekalan bahan mentah yang digunakan kebanyakannya daripada luar negara seperti Singapura, Italy, Australia dan New Zealand dan kesemuannya telah mendapat pengiktirafan halal dari negara masing-masing. Semua sijil halal bagi ramuan yang digunakan telah dilampirkan dengan lengkap. Hal ini memudahkan auditor halal untuk menyemak kehalalannya. Selain itu, kebersihan premis berada di tahap sangat memuaskan bermula dari bahagian dapur sehinggalah tempat makan. Semua bahan mentah yang dibeli disimpan sesuai dengan suhu yang sepatutnya. Selain itu, sistem First In First Out (FIFO) telah digunakan bagi mengelakkan kerosakan bahan mentah berlaku. Bagi kerja pembersihan pula, satu jadual khas melibatkan semua pekerja harus membersihkan tempat pemprosesan dan tempat makan sebelum dan selepas waktu bekerja.
  • 25. 25 f) Sabit Banani Industries Sdn Bhd Syarikat Sabit Banani telah beroperasi sejak tahun 2014 di Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Syarikat ini telah mendapat sijil halal untuk kesemua 14 produk yang dikilangkan di sini tetapi pemilik syarikat baru mengemukakan permohonan halal untuk premis ini. Walaupun belum mendapat pengiktirafan halal untuk premis, pemilik telah menggunakan logo halal pada bungkusan produk yang dikilangkan di sini. Hal ini adalah bertentangan dengan syarat pensijilan halal kerana menggunakan logo halal tanpa izin. Semasa pemantauan dilakukan, auditor mendapati bahawa bungkusan produk telah diletakkan logo halal, berlainan dengan bungkusan yang dilampirkan dalam rekod yang dihantar semasa permohonan pensijilan halal untuk premis dibuat. Oleh itu, auditor bertindak dengan menarik kesemua sijil halal bagi produk yang dikilangkan di sini kerana mereka dikira telah melakukan kesalahan yang tergolong dalam kategori kesalahan besar iaitu menggunakan logo halal tanpa izin. Secara keseluruhannya, semua produk yang dikilangkan di sini adalah memenuhi piawaian halal dan telah mendapat sijil halal. Tetapi disebabkan mereka telah menggunakan logo halal pada bungkusan produk sedangkan permohonan baru sahaja dilakukan, kesemua sijil halal telah ditarik semula. Pemilik premis dan eksekutif halal telah diberi tempoh dua minggu untuk melakukan penambahbaikan iaitu menutup semua logo halal pada bungkusan produk yang dikilangkan di sini sebelum audit kali kedua dilakukan sekali lagi.
  • 26. 26 g) Intan Biotech Industries Sdn Bhd Intan Biotech Industries telah memohon pensijilan halal yang baru untuk beberapa produk yang baru ditambah. Kesemua produk yang dikilangkan di sini sebelum ini telah mendapat sijil halal. Secara keseluruhannya, semua aktiviti pemprosesan dan keadaan premis bertepatan dengan piawaian halal yang ditetapkan. Semua bahan mentah dan ramuan yang digunakan adalah halal cuma ada beberapa ramuan yang tidak dilampirkan sijil halal semasa permohonan dilakukan. Auditor meminta pemilik premis melampirkan sijil halal tersebut semasa pemantauan dilakukan. Mesin untuk menggaul semua ramuan dalam kopi Ramuan untuk pembuatan kopi Kopi yang telah digaul sebati Serbuk kopi dimasukkan dalam paket kecil Paket kecil kopi dilekatkan pada papan bungkusan Paket kecil dimasukkan dalam bungkusan kedua
  • 27. 27 BAB 4 KOMEN & CADANGAN Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ini, banyak perkara dan ilmu yang telah saya perolehi. Hasil daripada pemerhatian sepanjang menjalani latihan industri di sini, terdapat kelebihan dan kelemahan sama ada yang zahir ataupun tersembunyi. Di sini, saya kemukakan beberapa komen dan cadangan kepada bahagian Penyelidikan JAHEAIK dan pihak KUIST sendiri. Diharapkan komen dan cadangan ini boleh diterima baik oleh kedua belah pihak untuk kebaikan semua. Bahagian Penyelidikan JAHEAIK Secara umumnya, tiada kelemahan yang begitu berat untuk diperbaiki di sini. Cuma saya berharap agar tempat yang lebih selesa disediakan untuk pelajar praktikal kerana penerimaan pelajar praktikal di bahagian ini sahaja kadang mencecah sehingga 10 orang dalam satu masa. Disebabkan tidak cukup kerusi dan keadaan yang agak sesak di dalam pejabat, ada segelintir pelajar yang perlu duduk di bawah tangga di luar pejabat. Walaupun disediakan kerusi dan meja di sana namun agak kurang selesa bagi kami kerana agak terasing daripada staff dan menyukarkan kami menghulurkan bantuan sekiranya ada kerja yang perlu dilakukan. Bahagian pengurusan JAHEAIK perlu menapis pelajar yang memohon untuk menjalani latihan praktikal di sini agar tidak terlalu ramai dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan ketidakselesaan serta kekurangan kerja yang perlu dilakukan. Kolej Universiti Islam Sains Teknologi Pertama sekali, saya amat berharap agar pihak pengurusan boleh menyediakan buku laporan yang lebih formal kepada para pelajar praktikal. Walaupun kekurangan bajet, sekurangnya biarlah ia kelihatan seperti buku, bukannya kertas semata-mata. Isi kandungannya pula diharapkan agar lebih formal bukannya diari semata-mata. Contohnya, perlulah ada ruangan untuk pelajar menulis laporan harian, masalah yang dihadapi serta apa cadangan atau penambahbaikan yang dilakukan untuk mengatasi masalah. Ini akan menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah.
  • 28. 28 Saya juga berharap agar pihak pengurusan kolej boleh memberi borang yang lebih lengkap dan terperinci untuk dinilai oleh penyelia latihan industri. Borang atau dokumen tersebut juga perlulah diperiksa dan diperhatikan butirannya agar tidak berlaku salah ejaan atau terlalu jelas copy paste dari borang lama sehingga saya sendiri yang perlu mengedit dan membuat muka depan baru atas permintaan penyelia latihan industri. Secara tidak langsung, ini akan memberi imej yang agak buruk di mata mereka terhadap kolej kita ini. Seterusnya, saya juga berharap agar pihak kolej boleh menyediakan kemudahan pengangkutan bagi kami ke tempat praktikal (sekitar Kelantan). Sekiranya bayaran perlu dikenakan, biarlah ia berbaloi. Akan tetapi, pada pendapat saya, tidak perlulah dikenakan bayaran kepada pelajar praktikal KUIST, cukuplah diambil dari bayaran yang dinyatakan dalam yuran pengajian supaya kami membayar kemudahan perpusatakaan, makmal komputer dan sebagainya yang ada sesetengahnya langsung tidak pernah kami gunakan sepanjang pengajian di kolej ini. Sekiranya kami tidak dapat menikmati kemudahan makmal komputer dan lain-lain yang termaktub dalam yuran pengajian, biarlah ia ditampung dan diganti dengan kemudahan pengangkutan ke tempat praktikal.
  • 29. 29 BAB 5 KESIMPULAN Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidkan JAHEAIK, saya mendapati latihan industri ini memberi peluang yang baik kepada pelajar-pelajar dalam mempraktikkan segala ilmu pengetahuan daripada teori-teori yang dipelajari di universiti. Bagi saya program ini amat berkesan dan berguna kerana ia bukan hanya mendedahkan saya kepada persekitaran dunia pekerjaan sebenar, tetapi juga memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri saya menjadi lebih berkeyakinan, berdedikasi, dan mempunyai insiatif diri. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara mengendalikan kerja-kerja pejabat seperti fotostat, print, faks, binding, pendokumentasian dan sebagainya. Saya juga telah belajar cara berhadapan dan mengendalikan pelanggan atau pengunjung yang bertanyakan soalan dan maklumat berkaitan bidang halal dengan baik dan tepat. Sepanjang berada di sini, saya telah berjaya mendalami ilmu berkaitan halal dengan lebih mendalam dan boleh menerangkan kepada orang sekeliling. Sekiranya diberi pilihan untuk memanjangkan lagi tempoh latihan praktikal di sini, saya semestinya tidak akan menolak. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip sepanjang berada di sini namun masih belum cukup dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Pengalaman memantau premis makanan yang memohon sijil halal paling tidak dapat saya lupakan. Melihat kerenah pengusaha premis yang berusaha memujuk auditor halal JAHEAIK kerana sijil halal ditarik telah menimbulkan semangat yang lagi berkobar- kobar dalam diri ini untuk memperkasa dan mengukuhkan lagi industri halal di Malaysia ini.