SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  44
Télécharger pour lire hors ligne
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
KERTAS CADANGAN
PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
KURSUS PENYENGGARAAN DAN
MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT
DILAKSANAKAN OLEH
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN
(PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY IP0235515-X)
2
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
RINGKASAN EKSEKUTIF
1.0 PENDAHULUAN
2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI
2.1 RINGKASAN PROFIL SYARIKAT
2.2 AKTIVIT SYARIKAT
2.3 IMPIAN SYARIKAT
2.4 MISI
2.5 VISI
2.6 MAKLUMAT PENGENDALI
2.7 BIODATA TENAGA PENGAJAR
3.0 RINGKASAN PROJEK
3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS
3.2 JUSTIFIKASI PROJEK
3.3 OBJEKTIF
3.4 SASARAN OUTCOME
3.5 SKOP PROJEK
3.6 GOLONGAN SASAR
3.7 PELAKSANAAN PROGRAM
3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN
3.9 KOMPENAN PROJEK
3.10 LAPORAN PELAKSANAAN
4.0 METODOLOGI PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 SECARA TEORI/ BENGKEL- AMALI/ PRAKTIKAL
5.0 FAEDAH/ PULANGAN KEPADA PESERTA
6.0 KESIMPULAN
- LAMPIRAN DAIRI KURSUS KEMAHIRAN DAN PROGRAM
- SEBUTHARGA PROGRAM
- LAMPIRAN DOKUMEN
3
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
RINGKASAN EKSEKUTIF
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, Passion Beauty Training Consultancy (PBTC) melalui
devisyennya, Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) masih lagi berdiri teguh dan
meneruskan usaha bagi merialisasikan cita-cita dan impian untuk menjadi sebagai sebuah pusat
latihan yang mampu menyumbangkan tenaga dan pengalaman bagi melaksanakan pelbagai Program
Pembangunan Usahawan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit
serta pelbagai Program Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK). Berdasarkan pengalaman sebagai pengendali Program SLDN dan Program Latihan Jangka
Pendek (Indoor & Outdoor) pihak kami pada 2015 telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). Pihak kami telah berjaya mengendalikan
Kursus Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit dan berjaya melahirkan 15 orang
Juruteknik Telefon Bimbit (Hardware dan Software).
Syukur juga kehadrat ilahi, pihak kami turut berjaya menyumbangkan tenaga dan idea serta turut
mendapat kepercayaan pihak MARA Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat-Pejabat MARA Daerah
bagi melahirkan usahawan cemerlang dalam bidang telekomunikasi dengan melaksanakan latihan
Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit. Selain kursus Penyenggaraan dan Membaik
Pulih Telefon Bimbit pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis turut memberi
kepercayaan kepada pihak kami bagi membantu golongan i-keunita bagi mendapatkan pengiktirafan
melalui pengalaman yang telah mereka miliki dengan mengendalikan Kursus Jahitan Pakaian Wanita.
Pihak kami akan terus berusaha mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan pelbagai
kursus dan program yang telah disusun seperti Kursus Jahitan Pakaian, Kursus Masakan dan
Penyediaan Makanan serta Kursus Kecantikan dan Aromatheraphy. Kursus-kursus ini menjadi
medium untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan para belia yang menyertainya, bahkan
turut diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan yang
sistematik untuk menceburi bidang perniagaan.
Melalui program dan kursus yang dijalankan akan turut melahirkan masyarakat yang lebih berdikari
dan berdaya maju serta berkemahiran tinggi lagi inovatif. Selain itu ia turut dapat mengurangkan
jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan
tegar ke tahap sifar sekaligus dapat mencapai matlamat kerajaan.
Passion Beauty Training Consultancy dan Institut Latihan Teknikal Usahawan sentiasa
berharap dan berdoa agar mendapat pertimbangan sewajarnya seterusnya diberi peluang
sebagai pengendali dan pelaksana pelbagai program kemahiran yang difikirkan bersesuaian.
4
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
1.0 PENDAHULUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta
Penajaan daripada mana-mana pihak yang mana, hasil bantuan yang
dihulurkan mampu menaja program yang dikenali sebagai Program
Pembangunan Usahawanan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih
Telefon Bimbit dimana Program Latihan ini akan dilaksanakan secara Jangka
Panjang ataupun secara Jangka Pendek. Kesemua latihan yang dijalankan
akan dapat membantu peserta program mendapat pengiktirafan dari industri
pekerjaan serta pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang
berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang
kemahiran seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik
kerajaan atau pun swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan
masakini. Secara umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi
amalan sebenar di dalam industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada
peserta-peserta, khususnya belia yang tidak berkemampuan atau berpeluang
meningkatkan persijilan mereka. Di akhir program ini belia-belia ini berpeluang
menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing dan kompetitif untuk berada di
dalam industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang dirancang.
Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam
menjalankan pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri
pekerjaan pada masa hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih
yang dapat menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan
ekonomi Malaysia selari dengan hasrat cita-cita dan slogan kami
“Kemahiran Berinovasi Pemangkin Kejayaan”
5
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI
2.1. RINGKASAN PROFIL SYARIKAT
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dimiliki sepenuhnya oleh Passion
Beauty Training Consultancy (IP-0235515-X).
Didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1956 pada 17 hb. Febuari 2006.
Pada awal penubuhannya, syarikat ini merupakan syarikat yang
ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN)
di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran 2011 No. Kod : IA
0011
Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan
dengan No. Pendaftaran 357-02167233 dan mendapat pengiktirafan
sebagai sebuah Syarikat Bumiputera No. Pendaftaran BP
220987474431313868 .
Memulakan operasi dengan menumpukan perhatian dalam
perniagaan utama sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional
(SLDN) yang menjalankan Kursus Jurukecantikan dan Aromatherapy.
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training
Consultancy kini menumpukan perhatian menjalankan Kursus
Keusahawanan Telekomunikasi (Penyenggaraan dan Membaik pulih
telefon Bimbit) dan Kursus Keusahawanan Jahitan Pakaian Wanita
untuk kursus sepenuh masa.
Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera ini, berhasrat untuk
membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan masyarakat yang
berkemahiran dalam bidang yang disertai dan menjadikan bidang
kemahiran sebagai perniagaan utama.
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training
Consultancy kini menjalankan segala urusan perkhidmatan dan
perniagaan produk secara berpusat di No. 55A, Lorong Bertam Indah
Satu (1), Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Selain itu ILTU dan PBTC juga menjalankan pelbagai jenis kursus dalam
pelbagai bidang kemahiran bagi memperluaskan lagi perniagaan
yang diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin
menambah ilmu kemahiran. Antara kursus yang dilaksanakan adalah
Kursus Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus
Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan Dandanan
Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung Moden.
6
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
2.2 AKTVITI SYARIKAT
Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training
Consultancy sebelum ini merupakan sebuah Pusat Latihan Skim
Latihan Dual Nasional (SLDN) yang menjalankan latihan bagi Bidang
Kecantikan dan Aromatherapy (Jurukecantikan (MP-060-1/Tahap 1) /
Juruestetik (MP-060-2 /Tahap-2) dan Juruterapi Estetik (MP-060-3/Tahap
3) serta Aromatherapy (N-014-2).
Merupakan sebuah syarikat yang turut menjalan dan melaksanakan
Program Latihan 1 Malaysia/ Kursus Jangka Pendek bersama
Kementerian Pengajian Tinggi (Kolej Komuniti) dan Kursus
Keusahawanan bagi Program NBOS bersama Majlis Amanah Rakyat
Negeri Perak (MARA).
Selain itu pihak Passion Beauty Training Consultancy juga turut
menjalankan Kursus Jangka Pendek (Perkhidmatan Melatih Ibu
Tunggal (i-kit) dan Keusahawanan Wanita (i-keunita Bidang
Pemprosesan Bahan Surimi / Makanan Sejuk Beku) bersama Jabatan
Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.
Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training
Consultancy kini menjalankan latihan bagi Program Latihan Kemahiran
dan Kerjaya (PLKK), Kursus Keusahawanan Telekomunikasi
(Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit).
Melalui program dan kursus ini peserta bukan sahaja dapat
mempelajari selok-belok tentang ilmu kemahiran telekomunikasi serta
permasalahan yang berkaitan dengan perkakasan (hardware) tetapi
turut didedahkan dengan masalah perisian dan software. Peserta
dilengkapkan dengan kedua-dua ilmu kemahiran tersebut agar boleh
menjadi pekerja yang baik seterusnya menjadikan bidang ini sebagai
satu perniagaan.
Pihak ILTU dan PBTC juga turut diberi peluang oleh pihak MARA Negeri
Pulau Pinang melalui Pejabat MARA Daerah Seberang Perai Utara dan
Seberang Perai Tengah (SPT) bagi melahirkan usahawan
telekomunikasi dengan mengendalikan Kursus Penyenggaraan dan
Membaik pulih telefon Bimbit.
Bagi Kursus Jahitan Pakaian Wanita pihak ILTU dan PBTC juga turut
menjalankan kursus Keusahawanan Wanita (i-keunita) bagi mendapat
pengiktirafan serta persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jahitan
Pakaian Wanita) bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis.
Dalam bidang Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit,
pihak kami sememangnya berpengalaman dan telah berjaya
melahirkan para pelatih yang kini menjadi Juruteknik Kanan antaranya
(3) tiga orang yang bekerja di Pusat Servis Telefon Bimbit (Cellnet
7
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
Electronic) di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, (2) dua orang di Pusat
Servis di Plaza Low Yatt, Bukit Bintang, (1) seorang di Pusat Servis HTC,
(1) seorang di Pusat Servis Telefon Bimbit di GIANT Cheras, Selangor
dan (1) seorang sebagai Jurujual dan Juruteknik di Pusat Jualan
Samsung Cawangan Alamanda, Putrajaya.
Sebahagian besar pelatih juga berjaya dididik menjadi usahawan
yang berjaya dimana telahpun membuka perniagaan sendiri di Besut
dan Jertih, Terengganu di Jeli, Kelantan dan di Tapak Gerbang Malam,
Ipoh, Perak.
Tugas kami Passion Beauty Training Consultancy adalah membimbing
para peserta kursus secara teori dan praktikal agar dapat mendalami
bidang ini secara mendalam sehingga mampu menjadi seorang
juruteknik, tenaga pengajar dan pegawai bertauliah dalam bidang
yang diceburi.
Kursus dan latihan yang diberikan juga merupakan satu usaha
melahirkan usahawan yang cekap dan berilmu untuk mengharungi
pelbagai cabaran dalam industri kecantikan, telekomunikasi, jahitan
dan makanan seterusnya kekal lama di dalam perniagaan yang
diceburi.
Sehubungan dengan itu bagi memperluaskan lagi perniagaan yang
diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin
menambah ilmu kemahiran, pihak kami turut melaksanakan Kursus
Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus
Keusahawanan Penyediaan Makanan dan Masakan (Ala-Thai), Kursus
Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan Dandanan
Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung Moden.
2.3 IMPIAN SYARIKAT
Memastikan kewangan syarikat kukuh serta kekal bersaing dalam
arena perniagaan.
Memberikan pulangan kepada ahli kumpulan syarikat agar syarikat
dapat mengembangkan perniagaan ke peringkat global.
Mampu merebut peluang yang terbuka bahkan mampu menarik
minat pasaran sedia ada untuk menjalinkan kerjasama seterusnya
mengukuhkan dan memperkembangkan perniagaan Institut Latihan
Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy.
8
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
2.4 MISI
Komited memberikan perkhidmatan dan kursus ke tahap tertinggi serta
memperluaskan rangkaian latihan secara usahasama di seluruh
Malaysia dan Rantau Asia.
Mempelbagaikan kursus dan latihan singkat bagi melahirkan lebih
ramai tenaga mahir.
Sentiasa memberikan latihan dan kursus yang bersesuaian dan
mengikut perkembangan era - teknologi terkini.
Menyediakan perkhidmatan mendapatkan dana kepada usahawan
muda serta khidmat nasihat dari segi teori dan praktikal.
Sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan di Institut Latihan
Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy yang
terbaik agar kesetiaan pelanggan dapat dikekalkan.
2.5 VISI
Menjadi sebuah pusat bertauliah yang mampu melahirkan peserta
kursus yang berkualiti dan mencapai tahap keperluan pasaran
pekerjaan.
Melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berkebolehan,
yakin dan terdedah kepada potensi industri mengikut bidang yang
diceburi, membantu belia menjadi usahawan yang berilmu untuk
menghadapi cabaran yang mencabar .
Pihak kami ingin mengwujudkan peluang pekerjaan kepada
masyarakat serta memberikan tunjuk ajar yang efektif dan efisyen
sebagai persediaan dan galakkan kepada kakitangan dan mana-
mana individu yang ingin menceburi industri ini.
9
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
2.6 MAKLUMAT PENGENDALI
Nama Syarikat : PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY
Tarikh Ditubuhkan : 17 hb FEBUARI 2006
No. Pendaftaran : IP 0235515-X
No. Pendaftaran
Kem Kewangan : 357-02167233
Alamat Pusat Latihan : INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN
(PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY)
No. 55A, Lorong Bertam Indah 1
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG
No. Telefon : +6016- 511 7866/ +6010-561 7356
e- mail : passion_beauty515@yahoo.com
Penasihat : Puan Fauziah-Hani Binti Yacob PJK,PJM
Ketua Pegawai Operasi : En. Mohd Azli Bin Ramli@Sulong
Ketua Unit Khas : En. Maizal Affendey Bin Jalaludin
Bahagian Kewangan : Cik Nur Atikah Bt. Fakiri Mydin
Ketua Program & : En. Wan Muhammad Siraj Munir
Latihan Kemahiran
Sumber Manusia : Cik Afeera Rahayu Bt. Ahmad Radzi
Modal Berbayar : RM 100,000.00
Akaun Syarikat : CIMB ISLAMIC BANK
8601197219
10
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
2.7 BIODATA TENAGA PENGAJAR
EN. MOHD. AZLI B. RAMLI@SULONG berasal dari
Kampung Santong, Paka, Terengganu merupakan
seorang belia yang bersemangat tinggi. Dilahirkan
dalam keluarga yang serba kekurangan namun telah
berjaya merebut segala peluang dan menggunakan
segala kemudahan yang diberikan untuk
meningkatkan kecemerlangan diri. Melalui Program e-
kasih beliau telah dipilih menyertai Program Latihan
Kemahiran dan Kerjaya dan melalui program ini beliau
berpeluang mempelajari segala ilmu kemahiran
telekomunikasi sehingga memiliki Sijil Kemahiran
Membaik Pulih Telefon Bimbit (Software dan Hardware).
Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi beliau pernah bertugas di
beberapa pusat latihan kemahiran dan berpeluang mengajar di Semenanjung
Malaysia serta menyumbangkan pengalaman dan pengetahuan sampai ke negeri
Sabah dan Sarawak. Selain itu, En. Mohd Azli juga turut berjaya membantu
melahirkan para belia yang mahir dalam bidang telekomunikasi serta turut
membimbing mereka menjadi seorang usahawan.
Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dan berjaya mempertingkatkan
pengetahuan diri sehingga memperolehi Sijil Kemahiran sebagai Pembantu
Juruteknik Elektronik dan beliau juga merupakan salah seorang Tenaga Pakar dalam
bidang Telekomunikasi dan beliau bertindak sebagai seorang Tenaga Pengajar bagi
setiap program kendalian INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (PASSION BEAUTY
TRAINING CONSULTANCY). Berkat ketekunan beliau, En. Mohd Azli telah berusaha
bersama untuk turut berkongsi dengan rakan-rakan mengambil-alih sebuah Pusat
Latihan Skim Latihan Dual Nasional (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) di
Ipoh, Perak.
Akhirnya beliau telah diberi peluang untuk menambah pengalaman serta menerajui
syarikat tersebut dimana kebolehan serta pengalaman yang dimiliki kini turut berjaya
mengwujudkan jalinan kerjasama dengan pihak MARA Negeri Pulau Pinang, MARA
Negeri Perak & Kolej Komuniti sebagai usaha melahirkan usahawan telekomunikasi
Melayu. Selain itu beliau juga turut membantu Unit Penilaian dan menyelia para
peserta yang mengikuti kursus di bawah syarikat yang dikendalikan.
11
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
3.0 RINGKASAN PROJEK
3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS
Kursus Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit biasanya dijalankan
mengikut tahap dimana Tahap 1 (meliputi system “Perkakasan”/“Hardware”) ia
meliputi latihan, teori dan amali. Latihan yang diberikan kepada para peserta atau
pengguna yang berminat mempelajarinya boleh dimanfaatkan untuk kepentingan
sendiri atau dengan tujuan bagi mengwujudkan sebuah perniagaan. Kursus ini
dapat memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran para peserta sebagai
persediaan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membaik pulih telefon bimbit.
Selain itu para peserta didedahkan tentang rekabentuk, teknologi terbaru serta
teknik-teknik yang betul untuk membaiki telefon bimbit. Para peserta kursus juga
diberi pendedahan tentang masalah, rintangan, risiko serta tentang kaedah
mengatasinya di dalam mengharungi dunia perniagaan.
Tahap 2 meliputi kursus menaik taraf system “perisian”/“software”, “programming”,
“application” dan “intergrated circuit” di dalam telefon bimbit. Tahap ini memberi
pendedahan kepada peserta tentang kaedah-kaedah terkini membaik pulih setiap
telefon yang berhadapan dengan gangguan masalah perisian serta membaik pulih
sesebuah telefon untuk menjadikannya lebih pantas dalam kepelbagaian
kegunaan.
Perjalanan Kursus Tahap 1 & 2 ini dijalankan di dalam dwi-bahasa. Selain daripada itu,
sesi soal jawab semasa sesi pembelajaran diadakan bagi memastikan para peserta
memahami setiap isi kandungan kursus. Di akhir kursus, para peserta sudah pastinya
mendapat pendedahan kerja-kerja membuka dan memasang telefon bimbit,
mengenalpasti setiap komponen didalam set telefon bimbit serta teknik-teknik
mudah membaiki kerosakan telefon bimbit.
Tahap 3 pula meliputi persediaan Rancangan Perniagaan (Business Plan) di mana
para peserta akan di dedahkan kepada rangka dan kaedah untuk membuat
Rancangan Perniagaan seperti analisa pasaran, pesaing-pesaing di pasaran, analisa
SWOT, pengurusan perniagaan, pemasaran perniagaan, unjuran aliran wang tunai
dan sebagainya. Peserta turut diberi pendedahan tentang sistem perniagaan yang
sebenar, susun atur di dalam kedai dan jenis perkhidmatan berkaitan yang
disediakan. Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat tentang jaringan
perniagaan membaiki dan membaik pulih telefon bimbit yang dijalankan.
Walaubagimanapun kursus ini juga boleh dijalankan untuk tempoh masa singkat
(Jangka Pendek) dimana ia bertujuan memberi pengetahuan tentang perkara-
perkara asas dan bahagian serta maklumat penting yang boleh memberi kesedaran
kepada pengguna atau peserta kursus yang menyertai program. Para peserta yang
telah mendapat bimbingan asas boleh meneruskan pengajian secara sepenuh
masa bagi memastikan setiap kemahiran yang diperolehi boleh membantu menjana
pendapatan selain sebagai pengetahuan asas.
12
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
3.2 JUSTIFIKASI PROJEK
Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) memilih untuk mengendalikan kursus ini
memandangkan terlalu banyak ruang dan peluang perniagaan tersedia di pasaran
tempatan. Selain itu perkembangan dunia masa kini lebih mengutamakan
kepakaran di dalam bidang multimedia dan telekomunikasi bersesuaian dengan
arus perubahan teknologi yang begitu pantas.
Oleh yang demikian, dengan pendedahan kursus secara teori, amali serta
persediaan rancangan perniagaan yang di ajar kepada para peserta, ia akan
dapat memberi peluang kepada para usahawan menjalankan sendiri perniagaan
membaiki dan membaik pulih telefon bimbit untuk menjana hasil pendapatan yang
lumayan. Kerajaan telah menyediakan kepada bakal-bakal usahawan dari segi
lokasi perniagaan dan bantuan kewangan serta khidmat nasihat dari segi bekalan
alat ganti dan produk-produk telefon bimbit setelah tamat kursus.
3.3 OBJEKTIF
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) berpendapat bahawa kursus kemahiran
ini amat penting untuk didedahkan kepada para belia & beliawanis yang berminat
di dalam perniagaan Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit dimana di
akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :
i. Melahirkan masyarakat dan belia/beliawanis yang berkemahiran dan
berkualiti.
ii. Melahirkan belia dan beliawanis yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek
kemahiran.
iii. Meningkatkan taraf hidup masyarakat dan belia/beliawanis khasnya agar
lebih maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan masyarakat
sekaligus dapat membasmi kemiskinan.
iv. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis di
seluruh Malaysia.
v. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta
supaya meminati dan menceburi bidang kemahiran.
vi. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam
bidang penyenggaraan dan membaik pulih telefon bimbit.
vii. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi
dalaman telefon bimbit yang berubah dengan pantas. Memberi peluang
kepada para peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang
akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan.
13
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
viii. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin
pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan
mereka.
ix. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para
usahawan yang sedia ada di pasaran.
x. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam
anasir-anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan
sebagainya.
xi. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi
usahawan pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.
3.4 SASARAN OUTCOME
i. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) mempunyai misi untuk melahirkan
belia dan beliawanis yang mempunyai kemahiran Penyenggaraan dan
Membaik Pulih Telefon Bimbit.
ii. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) juga memasarkan 70% dari
jumlah belia dan beliawanis yang dilahirkan membuka perniagaan sendiri.
iii. Melahirkan bakal usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam
bidang multimedia dan telekomunikasi.
iv. Pendapatan dari perniagaan yang diusahakan sendiri dapat menjana
pendapatan lumayan serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi
Negara.
v. Memupuk minat di dalam bidang keusahawanan di kalangan bakal
usahawan.
3.5 SKOP PROJEK
Skop yang diterapkan kepada peserta kursus untuk projek ini adalah seperti berikut:
i. Peserta diberi pengetahuan secara teori dan kemahiran amali bagi
penyenggaraan dan membaik pulih telefon bimbit.
ii. Setiap peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen dalaman dan
luaran telefon bimbit serta alat-alat ganti yang digunakan untun membaiki
dan membaik pulih telefon bimbit.
iii. Setiap peserta akan dibekalkan segala ilmu yang diperlukan di dalam bidang
perniagaan seperti pengurusan, pemasaran, perakaunan, kawalan inventori
dan sebagainya.
14
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
iv. Setiap peserta turut diajar nilai-nilai murni seperti memupuk dan menerapkan
unsur-unsur ilmiah dan keagamaan.
3.6 GOLONGAN SASAR
Antara golongan sasaran pelaksanaan kursus ini adalah terbuka untuk seluruh
golongan masyarakat khususnya para Belia, Beliawanis dan Remaja dan sesiapa
yang berminat menceburkan diri di dalam industri kemahiran Penyenggaraan dan
Membaik Pulih Telefon Bimbit.
Usahawan
Lepasan Sekolah/IPTA/IPTS
Masyarakat Bandar dan Luar Bandar
Surirumah Yang Berminat
Ibu Tunggal
Miskin dan Miskin Tegar
Pelajar Yang Tercicir
3.7 PERLAKSANAAN PROGRAM
TEMPOH PROGRAM KURSUS/ TEMPAT
Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah
mengikut peruntukan atau buget dimana tempoh paling minima adalah selama 2
bulan 15 hari atau 2 ½ bulan. Kursus ini akan di jalankan dan akan dilaksanakan
beralamat seperti di bawah:
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU)
No. 55, Lorong Bertam Indah 1
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG
Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang
pakar serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini (Rujuk Profail
yang disertakan). Pelaksanaan kursus juga boleh dijalankan di premis-premis
mengikut kesesuaian dan permintaan penganjur
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 2 1/2 BULAN
BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN
1.
MINGGU
PERTAMA
&
MODUL 1
Sejarah dan Perkembangan Telekomunikasi &
Telefon Bimbit
Penerangan Secara
Teori dan
Latihan Amali
Pengenalan dan Konsep
 Jenama Telefon Bimbit
 Jenis Keluaran Telefon Bimbit
Pengetahuan System Operasi Dan Rangkaian Telefon
Bimbit
Pengenalan Komponen Telefon Bimbit
 Komponen Luaran
 Komponen Dalaman
 Komponen Utama
Pengenalan Peralatan Utama Dan Ciri-Ciri
Penggunaan
 Blower Station
 Soldering Station
 Power Supply
 Multimeter
Memperkenalkan Peralatan Utama lain Dan Ciri-Ciri
Penggunaan
Memperkenalkan Kerosakan Yang Berlaku Kepada
Telefon Bimbit dan Teknik Penyenggaraan Serta
Pembaikan
 Kerosakkan Yang Berkaitan dengan Komponen
Chip IC
 Teknik Membersih Papan Litar (Main Board)
2.
MINGGU KEDUA
&
MODUL 2
Cara tepat membuka dan memasang casing/hausing
telefon bimbit
 Normal Phone
Mengenali Komponen Chip IC dan Jenis-Jenis
Komponen
Mengenali Komponen Chip IC dalam Normal Phone
Penerangan Secara
Teori dan
Latihan Amali dan
Soal Jawab
Cara Tepat Membuka Dan Memasang Casing/Hausing
Telefon Bimbit
 Slide Phone
 Flip Phone
Mengenali Komponen Chip IC dan Jenis-Jenis
Komponen Dalam Slide Phone dan Flip Phone
Teknik Asas Membaik Pulih Telefon Bimbit
 Teknik memasang On / Off telefon bimbit
Mempelajari Teknik Membuka dan Memasang Lampu
(LED)
16
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN
3.
MINGGU KEDUA
&
MODUL 3
Mengetahui Pelbagai Bentuk Kerosakkan Telefon
Bimbit
 Phone Cannot On
 Phone No Network
 Insert Sim Card
 LCD No Display/ Blinking Screen
 Speaker Problem
 Mic Problem
 Buzzer No Sound
 No Vibration
 Keypad Jam
 Phone Cannot Charge
Penerangan Secara
Teori dan
Latihan Amali dan
Praktikal
Sesi Soal Jawab dan Perbincangan
Ujian Praktikal dan Latihan Amali
4.
MINGGU KETIGA
&
MODUL 4
Mempelajari Kaedah Penyenggaraan dan Teknik
Membaiki Kerosakkan Telefon Bimbit
 Phone Cannot On
 Phone No Network
 Insert Sim Card
 LCD / Touch Screen
 Speaker Problem
 Mic Problem
 Buzzer No Sound
 No Vibration
 Keypad Jam
Penerangan Secara
Teori dan
Latihan Amali dan
Praktikal
Mengetahui Kaedah Membuka dan Memasang BGA
IC Serta Keseluruhan Komponen IC
Mempelajari Cara Membuka dan Memasang
 Spider IC
 Capasitor
 Resistor
 Transistor
 Fuse
Mengulangkaji Semula Teknik Yang Tepat Menukar
Kompenan Dalaman dan Mengenali Perbezaan
Kompenan Mengikut Model
Mempelajari dan Memahami Pembacaan Peta Litar
DIAGRAM/ TROBLESHOOTING
Latihan Amali dan Praktikal
 Membuka dan Memasang Komponen Chip
 Penyenggaraan dan Membaiki Telefon
17
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN
5.
MINGGU
KEEMPAT/
MODUL 5
&
MINGGU
KELIMA/MODUL
6
Mempelajari Cara-Cara Menggunakan Perisian
Maklumat Telefon Bimbit
 JAF BOX- UNTUK MODEL NOKIA
 SE TOOL- SONY ERICSSON
 SAMSUNG
 LENOVO
 iPHONE
 LAIN- LAIN MODEL
Penerangan Secara
Teori dan
Latihan Amali dan
Praktikal
Sesi Soal Jawab dan Perbincangan
Ujian Praktikal dan Latihan Amali
6.
MINGGU KEENAM
&
MODUL 7
UJIAN KOMPOTENSI AKHIR TEORI DAN AMALI
 Ujian Pemahaman Kertas 1 dan Kertas 2
 Ujian Praktikal (Spider IC dan Komponen Ic)
 Ujian Praktikal (BGA IC)
Latihan Amali dan
Praktikal
UJIAN KOMPETENSI AKHIR
 JAF BOX – SOFTWARE NOKIA
 SE TOOL – SOFTWARE SONY
 SAMSUNG PROGRAMMER
 LAIN-LAIN MODEL
TAMAT LATIHAN
18
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
3.8.1 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUS
JANGKA PENDEK – ASAS HARDWARE (3 HARI)
KOD MODUL PERKARA CATATAN
MO1 – 3/1 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (ASAS- HARDWARE)
 Sejarah Telefon Bimbit
 Pengenalan – Jenis- Jenis Telefon Bimbit
 Mengenal Kerosakan Yang Biasa Dialami
 Mengatasi Masalah dan Kerosakan
 Mengenali Peralatan Membaiki Telefon Bimbit
 Fungsi, Ciri Dan Cara Menggunakan Alatan
 Latihan Pratikal Penggunaan Peralatan Dan
Mengenal Kerosakan Melalui Alatan
Penerangan &
Perbincangan
M02 – 3/2 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)
 Penerangan Dan Pengenalan Tentang
Komponen Luaran Telefon Bimbit
 Mengenali Komponen- Kompenan Dalaman
Telefon Bimbit Serta Fungsi Kompenan
 Mengenal Pasti Jenis-Jenis Komponen Mengikut
Model Setiap Telefon
 Mengenal Komponen –Kompenan Utama
Telefon Bimbit
 Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka Telefon
Bimbit (SLIDE PHONE)
 Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka Casing
Telefon Bimbit (FLIP PHONE)
 Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka (SMART
PHONE)
- Membuka Casing/Perumah
- Membuka Touch Pad
- Membuka LCD
Penerangan,
Perbincangan
& Latihan Amali
M03 – 3/2 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)
 Mempelajari Teknik-Teknik Asas Membaik Pulih
Pelbagai Kerosakan Telefon Bimbit
 Latihan Praktikal Membaik-Pulih Telefon Bimbit
 Mempelajari Teknik Pemasangan (ON/OFF
SWITCH)
 Mempelajari Teknik Pemasangan Lampu (LED)
 Menukar – (PLUG IN, MIC SERTA BUZZER DAN
SPEAKER)
 Membaiki – (SOKET BATERI)
 Mengatasi Masalah (INSERT SIM)
Penerangan/
Perbincangan
& Latihan Amali
19
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
3.8.2 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUS
JANGKA PENDEK LANJUTAN - HARDWARE (5 HARI)
Samb
MO3 – 3/2H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)
 Membetulkan Kerosakan (KEYPAD JAM)
 Telefon Gagal Hidup
 Teknik Dan Cara Membersihkan Papan Litar
 (DIMASUKI AIR)
 Mengenali Dan Mengenalpasti Kerosakkan
Yang Berkaitan Dengan Komponen Chip
 Pengenalan Teknik Asas Membuka Dan
Memasang Komponen Chip/Bga Ic Pada
Papan Litar Utama
 Berbincang Dan Soal Jawab Tentang
Permasalahan Telefon Bimbit
 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL
Penerangan/
Perbincangan
& Latihan Amali
KOD MODUL PERKARA CATATAN
MO1 – 5/1 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)
 Pembentangan Tentang Masalah Telefon Bimbit
Dan Cara Membaik Pulih
 Perbincangan Tentang Teknik Pembaikan dan
Mengatasi Masalah Telefon Bimbit
 Rintangan Yang Dihadapi Ketika Menjalankan
Kerja Pembaikan
 Pengenalan Kompenan Dalaman/Luaran dan
Utama
 Mengenali Kerosakan Berkaitan Kompenan
Dalaman dan Luaran atau Utama (Chip IC)
Penerangan/
Perbincangan
M02 – 5/2 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)
 Mengenali Kompenan Chip IC dalam Normal
Phone
 Mengenali Kompenan Chip IC dalam Slide
Phone dan Flip Phone
 Mengenali Kompenan Chip IC dalam Smart
Phone
 Mengetahui Kaedah Membuka dan Memasang
Kompenan IC dan BGA IC
 Latihan Pratikal Membuka Kompenan IC/
 Membuat Kaki Kompenan IC dan Memasang
Penerangan,
Perbincangan
& Latihan Amali
20
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
Kompenan Chip
 Penerangan Dan Teknik Membuka dan
Memasang Komponen
- Spideric
- Capisitor
- Resistor
- Transistor
- Fuse
M03 – 5/3 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)
 Menjalankan ulangkaji semula Teknik yang
Tepat Untuk Menukar Kompenan Dalaman
 Perbincangan dan Kerja Ulangkaji Perbezaan
Kompenan Mengikut Modul
 Membuka dan Memasang Kompenan Chip
 Menjalankan Kerja Penyenggaraan Dan
Membaiki Telefon Mengikut Masalah Yang
Diberikan
Penerangan/
Perbincangan
& Latihan Amali
MO3 – 5/4 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)
 Perbincangan tentang kerja-kerja menukar
kompenan dalaman
 Menjalankan kerja Ulangkaji Kaedah dan Cara
Membuka Dan Memasang
- Spideric
- Capasitor
- Resistor
- Transistor
- Fuse
 Menjalankan Kerja Ulangkaji Tentang Kaedah
Membuka,Membuat Dan Memasang Bga Ic
Serta Keseluruhan Komponen Ic
Penerangan/
Perbincangan
& Latihan Amali
MO3 – 5/4 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)
 Membuka dan Memasang Kompenan Chip
 Menjalankan Kerja Penyenggaraan Dan
Membaiki Telefon Mengikut Masalah Yang
Diberikan
 Perbincangan dan Soaljawab Tentang
Kompenan IC dan Kerosakan Melibatkan
Kompenan
 Mempelajari Dan Memahami Cara
Pembacaan Peta Litar
(Diagram /Trubleshooting)
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL
Penerangan,
Perbincangan
& Latihan Amali
21
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
3.8.3 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUS
JANGKA PENDEK LANJUTAN – SOFTWARE (3 HARI)
KOD MODUL PERKARA CATATAN
MO1 – S3/1 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE)
 Penerangan Tentang Perisian/ Software Yang
Sering Digunakan Oleh Usahawan
 Perbincangan Tentang Kerosakan Yang
Melibatkan Perisian dan Kompenan IC
 Perisian dari Laman Web
 Jenis-jenis Perisian Yang Digunakan Dahulu dan
Terkini
 Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon
Samsung
 Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon
Samsung
 Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model
Telefon Jenama Samsung
 Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Lenovo
Penerangan/
Perbincangan
M02 – S3/2 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE)
 Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon
Lenovo
 Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon
Lenovo
 Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model
Telefon Jenama Lenovo
 Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Lenovo
 Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon ASUS
 Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon
ASUS
 Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model
Telefon Jenama ASUS
 Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon ASUS
Penerangan,
Perbincangan
& Latihan Amali
M03 – S3/3 H
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI
TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE)
 Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon
iPHONE
 Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon
iPHONE
 Mengenal Fail Perisian Mengikut Model Telefon
Jenama iPHONE
 Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Iphone
 Perbincangan dan Soal Jawab Tentang
Permasalahan Telefon Bimbit Melibatkan Perisian
 Penerangan Tentang Risiko Dalam Mengendali
Perisian dan Software Telefon Bimbit
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL
Penerangan/
Perbincangan
& Latihan Amali
22
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
3.9 KOMPONEN PROJEK
Setiap peralatan dan perkakasan untuk kursus ini disediakan oleh pihak syarikat.
Selain itu, segala peralatan teknikal yang terkini turut disediakan untuk kemudahan
peserta sekaligus bagi menjayakan kursus ini.
3.10 LAPORAN PERLAKSANAAN
Pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) turut menyediakan borang khas
yang perlu dilengkapkan oleh para peserta yang meliputi laporan hasil
pembelajaran sebagai kajiselidik terhadap tahap kefahaman pembelajaran
peserta.
Pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) akan menyalurkan maklumat
hasil dari kaji selidik yang dijalankan kepada pihak berwajib agar setiap hasil
program dan kursus yang dijalankan dapat dinilai pelaksanaannya serta
memberi kesan impak yang positif kepada setiap peserta.
4.0 METODOLOGI PERLAKSANAAN KURSUS
4.1 SECARA TEORI, BENGKEL (AMALI) DAN PRAKTIKAL
Para peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori (20%) dimana
penerangan akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran.
Setiap penerangan yang disampaikan adalah berdasarkan modul yang telah
disediakan. Setiap peralatan akan diperkenalkan kepada para peserta
melalui tayangan “slide” dan juga alatan yang sedia ada diatas setiap meja
para peserta. Para peserta perlu mencatat setiap perkara-perkara yang
penting. Di akhir pembelajaran para peserta akan menduduki peperiksaan
bagi memastikan dan mengukur kebolehan pengetahuan para peserta.
Peserta akan mendalami setiap ilmu tentang telefon bimbit melalui bengkel/
latihan amali (60%) yang dijalankan pada setiap hari dimana peserta akan
dapat membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan
kelak. Bengkel ini juga memberikan pendedahan awal kepada para peserta
mengenai telefon dan komponen yang terdapat di dalam telefon bimbit
yang akan dibaiki nanti.
Di akhir kursus ini, (20%) dari jumlah masa para peserta akan disoal bagi
mengenalpasti tahap kefahaman setiap individu yang menjalani latihan. Para
peserta kebiasaannya perlu menjalani latihan secara latih-tubi bagi mengukur
tahap kefahaman mereka.
23
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
METODOLOGI TRAINING
Amali
Teori
Latihtubi
5.0 FAEDAH /PULANGAN KEPADA PESERTA
Peluang bekerja dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sebagai
Juruteknik Telefon Bimbit adalah terbuka luas kerana permintaan tenaga kerja
didalam bidang ini adalah tinggi.
Peluang berniaga sendiri juga terbuka luas di dalam bidang ini.
Peluang-peluang pinjaman juga turut disediakan untuk membuka perniagaan
sendiri.
Pendapatan yang lumayan boleh diperolehi melalui perniagaan ini.
24
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
6.0 KESIMPULAN
Secara ringkasnya, Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) menawarkan
Kursus Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit kerana bidang
ini adalah satu bidang yang baru dan kurang diceburi oleh para belia dan
usahawan Bumiputera khasnya. Pendedahan dari segi teori, amali dan
penyediaan rancangan perniagaan akan diberikan kepada semua bakal-bakal
usahawan yang menceburi perniagaan ini. Bantuan-bantuan seperti khidmat
nasihat dan pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan penyenggaraan
dan membaik pulih telefon bimbit akan disediakan oleh agensi-agensi kerajaan
dan swasta. Perniagaan ini memberi peluang yang lumayan kepada para
usahawan dimana sebanyak 90% dari jumlah penduduk Malaysia menggunakan
telefon bimbit dan sebahagian besar pengguna-pengguna telefon bimbit sering
kali menghadapi pelbagai masalah teknikal atau ingin menaik-taraf telefon
bimbit mereka. Secara tidak langsung ilmu ini dapat dijadikan sebagai sumber
pendapatan utama kepada para usahawan selain itu menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
Diharap para usahawan dan peserta kursus dapat menjadi rakan niaga kepada
pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) sehingga mewujudkan
rangkaian perniagaan yang lebih besar didalam bidang ini. Jalinan rangkaian ini
akan dapat menjalinkan kerjasama lebih erat dimana segala produk seperti
telefon model-model terbaru dibekalkan terus kepada usahawan begitu juga
peralatan-peralatan yang diperlukan sebagai alat ganti.
25
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
LAMPIRAN DAIRI
KURSUS –KURSUS
KEMAHIRAN DAN PROGRAM
YANG TELAH DIKENDALIKAN
OLEH
INSTITUT LATIHAN
TEKNIKAL USAHAWAN
(Passion Beauty Training Consultancy)
26
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
(Juruteknik Telefon Bimbit)
27
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
KURSUS KEUSAHAWANAN
Kelas Perisian
(Mobile Cellular Software)
28
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
ANJURAN PEJABAT MARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (SPU)
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)
29
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
KURSUS KEUSAHAWANAN
ANJURAN PEJABAT MARA
DAERAH BUKIT MERTAJAM (SPT)
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)
30
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
PROGRAM LATIHAN 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
31
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
BELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2
32
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIA
BELIA DAN BELIAWANIS FELDA
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
33
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
SEBUTHARGA PROGRAM
INSTITUT LATIHAN
TEKNIKAL USAHAWAN
(Passion Beauty Training Consultancy)
34
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
LAMPIRAN 1
KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG
PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI
(PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT - PERKAKASAN/HARDWARE
DAN PERISIAN/SOFTWARE)
SELAMA 90 HARI (3 Bulan)
BIL KETERANGAN
BIL
PESERTA
KOS
SEPESERTA
JUMLAH (RM)
1.
Pentadbiran
- Pendaftaran Peserta
- Pengurusan Pentadbiran
- Persijilan (SKM@INDUSTRI)
25
150.00
100.00
150.00
3,750.00
2,500.00
3,750.00
2.
Yuran Pengajian
Produk & Barangan Amali/
Barangan Pakai Buang
Peralatan Asas Khas – (Untuk Peserta)
- (Anroid Phone,Tools Set,Tweezer ,Full
Set Screw Driver32 bt, Screen Tools)
25
1,700.00
600.00
42,500.00
15,000.00
3.
Kemudahan
- Insuran Berkelompok
- Penginapan & Asrama (120.00 x 3)
- T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai)
25
100.00
360.00
100.00
2,500.00
9,000.00
2,500.00
4. Elaun Sara Diri Peserta
- RM500 x 3 bulan
25 1,500.00 13,750.00
JUMLAH BESAR 4,760.00 119,0000.00
35
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
LAMPIRAN 2
KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG
PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI
(PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT
PERKAKASAN/HARDWARE DAN PERISIAN/SOFTWARE)
SELAMA DUA (2) BULAN (TEORI/PRAKTIKAL)
NOTA/ CATATAN
Sebutharga Atau Buget Kursus Adalah Bergantung Kepada Keperluan Dan
Persetujuan Di Antara Kedua Belah iaitu Pihak Pembiaya Dan Pihak Pengendali
BIL KETERANGAN
BIL
PESERTA
KOS
SEPESERTA
JUMLAH
(RM)
1.
PENGAJIAN
- Yuran Pengajian
(Nota/ Bahan Latihan/ Bahan Pakai Buang)
- Peralatan Amali Untuk Peserta
(Telefon Anroid,Twezer, Full Set Screw
Driver32 bts, Screen Tools)
10
1,260.00
500.00
12,600.00
5,000.00
2.
KEMUDAHAN
- Penginapan & Asrama (110.00 x 2 bln) 10 220.00 2,200.00
3.
MAKAN DAN MINUM
- Makan/ Minum (17.00 x 30 hari x 2 bln)
(Sarapan Pagi/ Makan Tengahari/
Makan Malam)
10 1,020.00 10,200.00
JUMLAH BESAR 3.000.00 30,000.00
36
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)
LAMPIRAN DOKUMEN
38
39
40
41
42
43
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)

Contenu connexe

Tendances

Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriMLee Official
 
Susunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premisSusunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premisAlpNjmi
 
Jadual pengiraan gaji pekerja
Jadual pengiraan gaji pekerjaJadual pengiraan gaji pekerja
Jadual pengiraan gaji pekerjazulcikin
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaPPD HULU SELANGOR
 
Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)Cik Aisyahfitrah
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Lea Athira
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATnelson fredoline
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4Shahril Majid
 
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018fnurizdian
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...AlFakir Fikri AlTakiri
 
Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)
Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)
Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)Rizalshah Zulkifli
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungannuraizat
 
Kesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan IndustriKesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan Industricik Ena
 

Tendances (20)

Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
 
Susunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premisSusunan atur ruang premis
Susunan atur ruang premis
 
Jadual pengiraan gaji pekerja
Jadual pengiraan gaji pekerjaJadual pengiraan gaji pekerja
Jadual pengiraan gaji pekerja
 
Example Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan IndustriExample Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan Industri
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerja
 
Wafafida
WafafidaWafafida
Wafafida
 
Frozenfood
FrozenfoodFrozenfood
Frozenfood
 
Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
CONTOH LAPORAN DLKM OPERASI SISTEM KOMPUTER IT-020-4
 
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
 
Strategi Pemasaran
Strategi  Pemasaran Strategi  Pemasaran
Strategi Pemasaran
 
Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)
Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)
Resume Lengkap untuk Memohon Kerja (Pelajar Latihan Industri)
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 
Kesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan IndustriKesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan Industri
 

En vedette

90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihan90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihanutohbill
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaAzalina Harun
 
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)izazihazirah
 
Program usahawan telekomunikasi
Program usahawan telekomunikasiProgram usahawan telekomunikasi
Program usahawan telekomunikasimkumar10
 
Program Usahawan 2015
Program Usahawan 2015Program Usahawan 2015
Program Usahawan 2015Aloe Chia
 
Powerpoint bab 3 perniagaan dalam negeri
Powerpoint bab 3 perniagaan dalam negeriPowerpoint bab 3 perniagaan dalam negeri
Powerpoint bab 3 perniagaan dalam negeriWeeya86
 
Tradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media Sosial
Tradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media SosialTradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media Sosial
Tradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media SosialAbdullah Abdul Rashid
 
Keperluan elektrik-dalam-bangunan
Keperluan elektrik-dalam-bangunanKeperluan elektrik-dalam-bangunan
Keperluan elektrik-dalam-bangunanaz mei
 

En vedette (20)

90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihan90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihan
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Biopreneur giat mara
Biopreneur giat maraBiopreneur giat mara
Biopreneur giat mara
 
Corrosion control
Corrosion controlCorrosion control
Corrosion control
 
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
 
Kertas Kerja Program
Kertas Kerja ProgramKertas Kerja Program
Kertas Kerja Program
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
 
Taklimat pembiayaan mara
Taklimat pembiayaan maraTaklimat pembiayaan mara
Taklimat pembiayaan mara
 
Panduan kajian
Panduan kajianPanduan kajian
Panduan kajian
 
Elektronik
Elektronik Elektronik
Elektronik
 
Program usahawan telekomunikasi
Program usahawan telekomunikasiProgram usahawan telekomunikasi
Program usahawan telekomunikasi
 
Program Usahawan 2015
Program Usahawan 2015Program Usahawan 2015
Program Usahawan 2015
 
Kemudahan mara
Kemudahan maraKemudahan mara
Kemudahan mara
 
Powerpoint bab 3 perniagaan dalam negeri
Powerpoint bab 3 perniagaan dalam negeriPowerpoint bab 3 perniagaan dalam negeri
Powerpoint bab 3 perniagaan dalam negeri
 
Tradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media Sosial
Tradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media SosialTradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media Sosial
Tradec16 dan i kekwa1.0 - Teknik Pemasaran Kreatif Melalui Media Sosial
 
Info menganai Keusahawanan
Info menganai KeusahawananInfo menganai Keusahawanan
Info menganai Keusahawanan
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Keperluan elektrik-dalam-bangunan
Keperluan elektrik-dalam-bangunanKeperluan elektrik-dalam-bangunan
Keperluan elektrik-dalam-bangunan
 
Panduan Menulis Proposal Kajian Tindakan
Panduan Menulis Proposal Kajian TindakanPanduan Menulis Proposal Kajian Tindakan
Panduan Menulis Proposal Kajian Tindakan
 

Similaire à Kertas cadangan kursus mobile repairing course

BISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIA
BISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIABISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIA
BISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIASidiq Budiyanto
 
New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019
New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019
New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019rianasoraya
 
Peningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang Kepariwisataan
Peningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang KepariwisataanPeningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang Kepariwisataan
Peningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang KepariwisataanNoersal Samad
 
Be the global certified professional training firm
Be the global certified professional training firmBe the global certified professional training firm
Be the global certified professional training firmSetiono Winardi
 
pkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdfpkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdfFajar Baskoro
 
LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...
LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...
LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...Rizano Ahdiat R
 
Company Profile Usahawan Digital Resources
Company Profile Usahawan Digital ResourcesCompany Profile Usahawan Digital Resources
Company Profile Usahawan Digital ResourcesForever Living Malaysia
 

Similaire à Kertas cadangan kursus mobile repairing course (20)

Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANYProfil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
 
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANYProfil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
 
Company profile 2014
Company profile 2014Company profile 2014
Company profile 2014
 
Proposal Bantuan Dana
Proposal Bantuan DanaProposal Bantuan Dana
Proposal Bantuan Dana
 
BISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIA
BISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIABISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIA
BISNISUKM.ID: PUSAT PELATIHAN UKM & UMKM INDONESIA
 
New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019
New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019
New info bimtek pusdiklat pemendagri terlengkap 2019
 
Laporan l.i
Laporan l.iLaporan l.i
Laporan l.i
 
Peningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang Kepariwisataan
Peningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang KepariwisataanPeningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang Kepariwisataan
Peningkatan Profesionalisme Sumber Daya Manusia Bidang Kepariwisataan
 
Be the global certified professional training firm
Be the global certified professional training firmBe the global certified professional training firm
Be the global certified professional training firm
 
KONSULTAN MODUL BIJAK NIAGA
KONSULTAN  MODUL BIJAK NIAGAKONSULTAN  MODUL BIJAK NIAGA
KONSULTAN MODUL BIJAK NIAGA
 
pkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdfpkw-2016-210416235902.pdf
pkw-2016-210416235902.pdf
 
Pkw 2016
Pkw 2016Pkw 2016
Pkw 2016
 
LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...
LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...
LAPORAN PELAKSANAAN MAGANG PROGRAM MAHASISWA WIRAUSAHA USAHA CUCIAN MOTOR DAN...
 
TVET as Center of Excellence)
TVET as  Center of Excellence)TVET as  Center of Excellence)
TVET as Center of Excellence)
 
Juknis pkw 2016
Juknis pkw 2016Juknis pkw 2016
Juknis pkw 2016
 
Corporate Profile LDP-Pinbuk
Corporate Profile LDP-PinbukCorporate Profile LDP-Pinbuk
Corporate Profile LDP-Pinbuk
 
Company Usahawan Digital Resources
Company Usahawan Digital ResourcesCompany Usahawan Digital Resources
Company Usahawan Digital Resources
 
Company Profile Usahawan Digital Resources
Company Profile Usahawan Digital ResourcesCompany Profile Usahawan Digital Resources
Company Profile Usahawan Digital Resources
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timurDasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
 
Pkk 2016
Pkk 2016Pkk 2016
Pkk 2016
 

Kertas cadangan kursus mobile repairing course

  • 1. Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT DILAKSANAKAN OLEH INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY IP0235515-X)
  • 2. 2 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENDAHULUAN 2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI 2.1 RINGKASAN PROFIL SYARIKAT 2.2 AKTIVIT SYARIKAT 2.3 IMPIAN SYARIKAT 2.4 MISI 2.5 VISI 2.6 MAKLUMAT PENGENDALI 2.7 BIODATA TENAGA PENGAJAR 3.0 RINGKASAN PROJEK 3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS 3.2 JUSTIFIKASI PROJEK 3.3 OBJEKTIF 3.4 SASARAN OUTCOME 3.5 SKOP PROJEK 3.6 GOLONGAN SASAR 3.7 PELAKSANAAN PROGRAM 3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN 3.9 KOMPENAN PROJEK 3.10 LAPORAN PELAKSANAAN 4.0 METODOLOGI PELAKSANAAN PROGRAM 4.1 SECARA TEORI/ BENGKEL- AMALI/ PRAKTIKAL 5.0 FAEDAH/ PULANGAN KEPADA PESERTA 6.0 KESIMPULAN - LAMPIRAN DAIRI KURSUS KEMAHIRAN DAN PROGRAM - SEBUTHARGA PROGRAM - LAMPIRAN DOKUMEN
  • 3. 3 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) RINGKASAN EKSEKUTIF Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, Passion Beauty Training Consultancy (PBTC) melalui devisyennya, Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) masih lagi berdiri teguh dan meneruskan usaha bagi merialisasikan cita-cita dan impian untuk menjadi sebagai sebuah pusat latihan yang mampu menyumbangkan tenaga dan pengalaman bagi melaksanakan pelbagai Program Pembangunan Usahawan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit serta pelbagai Program Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Berdasarkan pengalaman sebagai pengendali Program SLDN dan Program Latihan Jangka Pendek (Indoor & Outdoor) pihak kami pada 2015 telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). Pihak kami telah berjaya mengendalikan Kursus Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit dan berjaya melahirkan 15 orang Juruteknik Telefon Bimbit (Hardware dan Software). Syukur juga kehadrat ilahi, pihak kami turut berjaya menyumbangkan tenaga dan idea serta turut mendapat kepercayaan pihak MARA Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat-Pejabat MARA Daerah bagi melahirkan usahawan cemerlang dalam bidang telekomunikasi dengan melaksanakan latihan Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit. Selain kursus Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis turut memberi kepercayaan kepada pihak kami bagi membantu golongan i-keunita bagi mendapatkan pengiktirafan melalui pengalaman yang telah mereka miliki dengan mengendalikan Kursus Jahitan Pakaian Wanita. Pihak kami akan terus berusaha mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan pelbagai kursus dan program yang telah disusun seperti Kursus Jahitan Pakaian, Kursus Masakan dan Penyediaan Makanan serta Kursus Kecantikan dan Aromatheraphy. Kursus-kursus ini menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan para belia yang menyertainya, bahkan turut diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan yang sistematik untuk menceburi bidang perniagaan. Melalui program dan kursus yang dijalankan akan turut melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran tinggi lagi inovatif. Selain itu ia turut dapat mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar sekaligus dapat mencapai matlamat kerajaan. Passion Beauty Training Consultancy dan Institut Latihan Teknikal Usahawan sentiasa berharap dan berdoa agar mendapat pertimbangan sewajarnya seterusnya diberi peluang sebagai pengendali dan pelaksana pelbagai program kemahiran yang difikirkan bersesuaian.
  • 4. 4 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 1.0 PENDAHULUAN Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta Penajaan daripada mana-mana pihak yang mana, hasil bantuan yang dihulurkan mampu menaja program yang dikenali sebagai Program Pembangunan Usahawanan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit dimana Program Latihan ini akan dilaksanakan secara Jangka Panjang ataupun secara Jangka Pendek. Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu peserta program mendapat pengiktirafan dari industri pekerjaan serta pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang kemahiran seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik kerajaan atau pun swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan masakini. Secara umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi amalan sebenar di dalam industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada peserta-peserta, khususnya belia yang tidak berkemampuan atau berpeluang meningkatkan persijilan mereka. Di akhir program ini belia-belia ini berpeluang menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing dan kompetitif untuk berada di dalam industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang dirancang. Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada masa hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih yang dapat menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan ekonomi Malaysia selari dengan hasrat cita-cita dan slogan kami “Kemahiran Berinovasi Pemangkin Kejayaan”
  • 5. 5 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI 2.1. RINGKASAN PROFIL SYARIKAT INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dimiliki sepenuhnya oleh Passion Beauty Training Consultancy (IP-0235515-X). Didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1956 pada 17 hb. Febuari 2006. Pada awal penubuhannya, syarikat ini merupakan syarikat yang ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran 2011 No. Kod : IA 0011 Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan No. Pendaftaran 357-02167233 dan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Syarikat Bumiputera No. Pendaftaran BP 220987474431313868 . Memulakan operasi dengan menumpukan perhatian dalam perniagaan utama sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) yang menjalankan Kursus Jurukecantikan dan Aromatherapy. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training Consultancy kini menumpukan perhatian menjalankan Kursus Keusahawanan Telekomunikasi (Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit) dan Kursus Keusahawanan Jahitan Pakaian Wanita untuk kursus sepenuh masa. Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera ini, berhasrat untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan masyarakat yang berkemahiran dalam bidang yang disertai dan menjadikan bidang kemahiran sebagai perniagaan utama. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training Consultancy kini menjalankan segala urusan perkhidmatan dan perniagaan produk secara berpusat di No. 55A, Lorong Bertam Indah Satu (1), Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Selain itu ILTU dan PBTC juga menjalankan pelbagai jenis kursus dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memperluaskan lagi perniagaan yang diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin menambah ilmu kemahiran. Antara kursus yang dilaksanakan adalah Kursus Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan Dandanan Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung Moden.
  • 6. 6 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 2.2 AKTVITI SYARIKAT Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy sebelum ini merupakan sebuah Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) yang menjalankan latihan bagi Bidang Kecantikan dan Aromatherapy (Jurukecantikan (MP-060-1/Tahap 1) / Juruestetik (MP-060-2 /Tahap-2) dan Juruterapi Estetik (MP-060-3/Tahap 3) serta Aromatherapy (N-014-2). Merupakan sebuah syarikat yang turut menjalan dan melaksanakan Program Latihan 1 Malaysia/ Kursus Jangka Pendek bersama Kementerian Pengajian Tinggi (Kolej Komuniti) dan Kursus Keusahawanan bagi Program NBOS bersama Majlis Amanah Rakyat Negeri Perak (MARA). Selain itu pihak Passion Beauty Training Consultancy juga turut menjalankan Kursus Jangka Pendek (Perkhidmatan Melatih Ibu Tunggal (i-kit) dan Keusahawanan Wanita (i-keunita Bidang Pemprosesan Bahan Surimi / Makanan Sejuk Beku) bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan. Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy kini menjalankan latihan bagi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Kursus Keusahawanan Telekomunikasi (Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit). Melalui program dan kursus ini peserta bukan sahaja dapat mempelajari selok-belok tentang ilmu kemahiran telekomunikasi serta permasalahan yang berkaitan dengan perkakasan (hardware) tetapi turut didedahkan dengan masalah perisian dan software. Peserta dilengkapkan dengan kedua-dua ilmu kemahiran tersebut agar boleh menjadi pekerja yang baik seterusnya menjadikan bidang ini sebagai satu perniagaan. Pihak ILTU dan PBTC juga turut diberi peluang oleh pihak MARA Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat MARA Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah (SPT) bagi melahirkan usahawan telekomunikasi dengan mengendalikan Kursus Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit. Bagi Kursus Jahitan Pakaian Wanita pihak ILTU dan PBTC juga turut menjalankan kursus Keusahawanan Wanita (i-keunita) bagi mendapat pengiktirafan serta persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jahitan Pakaian Wanita) bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis. Dalam bidang Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit, pihak kami sememangnya berpengalaman dan telah berjaya melahirkan para pelatih yang kini menjadi Juruteknik Kanan antaranya (3) tiga orang yang bekerja di Pusat Servis Telefon Bimbit (Cellnet
  • 7. 7 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) Electronic) di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, (2) dua orang di Pusat Servis di Plaza Low Yatt, Bukit Bintang, (1) seorang di Pusat Servis HTC, (1) seorang di Pusat Servis Telefon Bimbit di GIANT Cheras, Selangor dan (1) seorang sebagai Jurujual dan Juruteknik di Pusat Jualan Samsung Cawangan Alamanda, Putrajaya. Sebahagian besar pelatih juga berjaya dididik menjadi usahawan yang berjaya dimana telahpun membuka perniagaan sendiri di Besut dan Jertih, Terengganu di Jeli, Kelantan dan di Tapak Gerbang Malam, Ipoh, Perak. Tugas kami Passion Beauty Training Consultancy adalah membimbing para peserta kursus secara teori dan praktikal agar dapat mendalami bidang ini secara mendalam sehingga mampu menjadi seorang juruteknik, tenaga pengajar dan pegawai bertauliah dalam bidang yang diceburi. Kursus dan latihan yang diberikan juga merupakan satu usaha melahirkan usahawan yang cekap dan berilmu untuk mengharungi pelbagai cabaran dalam industri kecantikan, telekomunikasi, jahitan dan makanan seterusnya kekal lama di dalam perniagaan yang diceburi. Sehubungan dengan itu bagi memperluaskan lagi perniagaan yang diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin menambah ilmu kemahiran, pihak kami turut melaksanakan Kursus Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus Keusahawanan Penyediaan Makanan dan Masakan (Ala-Thai), Kursus Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan Dandanan Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung Moden. 2.3 IMPIAN SYARIKAT Memastikan kewangan syarikat kukuh serta kekal bersaing dalam arena perniagaan. Memberikan pulangan kepada ahli kumpulan syarikat agar syarikat dapat mengembangkan perniagaan ke peringkat global. Mampu merebut peluang yang terbuka bahkan mampu menarik minat pasaran sedia ada untuk menjalinkan kerjasama seterusnya mengukuhkan dan memperkembangkan perniagaan Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy.
  • 8. 8 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 2.4 MISI Komited memberikan perkhidmatan dan kursus ke tahap tertinggi serta memperluaskan rangkaian latihan secara usahasama di seluruh Malaysia dan Rantau Asia. Mempelbagaikan kursus dan latihan singkat bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir. Sentiasa memberikan latihan dan kursus yang bersesuaian dan mengikut perkembangan era - teknologi terkini. Menyediakan perkhidmatan mendapatkan dana kepada usahawan muda serta khidmat nasihat dari segi teori dan praktikal. Sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan di Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy yang terbaik agar kesetiaan pelanggan dapat dikekalkan. 2.5 VISI Menjadi sebuah pusat bertauliah yang mampu melahirkan peserta kursus yang berkualiti dan mencapai tahap keperluan pasaran pekerjaan. Melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berkebolehan, yakin dan terdedah kepada potensi industri mengikut bidang yang diceburi, membantu belia menjadi usahawan yang berilmu untuk menghadapi cabaran yang mencabar . Pihak kami ingin mengwujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat serta memberikan tunjuk ajar yang efektif dan efisyen sebagai persediaan dan galakkan kepada kakitangan dan mana- mana individu yang ingin menceburi industri ini.
  • 9. 9 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 2.6 MAKLUMAT PENGENDALI Nama Syarikat : PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY Tarikh Ditubuhkan : 17 hb FEBUARI 2006 No. Pendaftaran : IP 0235515-X No. Pendaftaran Kem Kewangan : 357-02167233 Alamat Pusat Latihan : INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) No. 55A, Lorong Bertam Indah 1 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas PULAU PINANG No. Telefon : +6016- 511 7866/ +6010-561 7356 e- mail : passion_beauty515@yahoo.com Penasihat : Puan Fauziah-Hani Binti Yacob PJK,PJM Ketua Pegawai Operasi : En. Mohd Azli Bin Ramli@Sulong Ketua Unit Khas : En. Maizal Affendey Bin Jalaludin Bahagian Kewangan : Cik Nur Atikah Bt. Fakiri Mydin Ketua Program & : En. Wan Muhammad Siraj Munir Latihan Kemahiran Sumber Manusia : Cik Afeera Rahayu Bt. Ahmad Radzi Modal Berbayar : RM 100,000.00 Akaun Syarikat : CIMB ISLAMIC BANK 8601197219
  • 10. 10 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 2.7 BIODATA TENAGA PENGAJAR EN. MOHD. AZLI B. RAMLI@SULONG berasal dari Kampung Santong, Paka, Terengganu merupakan seorang belia yang bersemangat tinggi. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan namun telah berjaya merebut segala peluang dan menggunakan segala kemudahan yang diberikan untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Melalui Program e- kasih beliau telah dipilih menyertai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya dan melalui program ini beliau berpeluang mempelajari segala ilmu kemahiran telekomunikasi sehingga memiliki Sijil Kemahiran Membaik Pulih Telefon Bimbit (Software dan Hardware). Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi beliau pernah bertugas di beberapa pusat latihan kemahiran dan berpeluang mengajar di Semenanjung Malaysia serta menyumbangkan pengalaman dan pengetahuan sampai ke negeri Sabah dan Sarawak. Selain itu, En. Mohd Azli juga turut berjaya membantu melahirkan para belia yang mahir dalam bidang telekomunikasi serta turut membimbing mereka menjadi seorang usahawan. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dan berjaya mempertingkatkan pengetahuan diri sehingga memperolehi Sijil Kemahiran sebagai Pembantu Juruteknik Elektronik dan beliau juga merupakan salah seorang Tenaga Pakar dalam bidang Telekomunikasi dan beliau bertindak sebagai seorang Tenaga Pengajar bagi setiap program kendalian INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY). Berkat ketekunan beliau, En. Mohd Azli telah berusaha bersama untuk turut berkongsi dengan rakan-rakan mengambil-alih sebuah Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) di Ipoh, Perak. Akhirnya beliau telah diberi peluang untuk menambah pengalaman serta menerajui syarikat tersebut dimana kebolehan serta pengalaman yang dimiliki kini turut berjaya mengwujudkan jalinan kerjasama dengan pihak MARA Negeri Pulau Pinang, MARA Negeri Perak & Kolej Komuniti sebagai usaha melahirkan usahawan telekomunikasi Melayu. Selain itu beliau juga turut membantu Unit Penilaian dan menyelia para peserta yang mengikuti kursus di bawah syarikat yang dikendalikan.
  • 11. 11 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 3.0 RINGKASAN PROJEK 3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS Kursus Penyenggaraan dan Membaik pulih telefon Bimbit biasanya dijalankan mengikut tahap dimana Tahap 1 (meliputi system “Perkakasan”/“Hardware”) ia meliputi latihan, teori dan amali. Latihan yang diberikan kepada para peserta atau pengguna yang berminat mempelajarinya boleh dimanfaatkan untuk kepentingan sendiri atau dengan tujuan bagi mengwujudkan sebuah perniagaan. Kursus ini dapat memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran para peserta sebagai persediaan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membaik pulih telefon bimbit. Selain itu para peserta didedahkan tentang rekabentuk, teknologi terbaru serta teknik-teknik yang betul untuk membaiki telefon bimbit. Para peserta kursus juga diberi pendedahan tentang masalah, rintangan, risiko serta tentang kaedah mengatasinya di dalam mengharungi dunia perniagaan. Tahap 2 meliputi kursus menaik taraf system “perisian”/“software”, “programming”, “application” dan “intergrated circuit” di dalam telefon bimbit. Tahap ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah-kaedah terkini membaik pulih setiap telefon yang berhadapan dengan gangguan masalah perisian serta membaik pulih sesebuah telefon untuk menjadikannya lebih pantas dalam kepelbagaian kegunaan. Perjalanan Kursus Tahap 1 & 2 ini dijalankan di dalam dwi-bahasa. Selain daripada itu, sesi soal jawab semasa sesi pembelajaran diadakan bagi memastikan para peserta memahami setiap isi kandungan kursus. Di akhir kursus, para peserta sudah pastinya mendapat pendedahan kerja-kerja membuka dan memasang telefon bimbit, mengenalpasti setiap komponen didalam set telefon bimbit serta teknik-teknik mudah membaiki kerosakan telefon bimbit. Tahap 3 pula meliputi persediaan Rancangan Perniagaan (Business Plan) di mana para peserta akan di dedahkan kepada rangka dan kaedah untuk membuat Rancangan Perniagaan seperti analisa pasaran, pesaing-pesaing di pasaran, analisa SWOT, pengurusan perniagaan, pemasaran perniagaan, unjuran aliran wang tunai dan sebagainya. Peserta turut diberi pendedahan tentang sistem perniagaan yang sebenar, susun atur di dalam kedai dan jenis perkhidmatan berkaitan yang disediakan. Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat tentang jaringan perniagaan membaiki dan membaik pulih telefon bimbit yang dijalankan. Walaubagimanapun kursus ini juga boleh dijalankan untuk tempoh masa singkat (Jangka Pendek) dimana ia bertujuan memberi pengetahuan tentang perkara- perkara asas dan bahagian serta maklumat penting yang boleh memberi kesedaran kepada pengguna atau peserta kursus yang menyertai program. Para peserta yang telah mendapat bimbingan asas boleh meneruskan pengajian secara sepenuh masa bagi memastikan setiap kemahiran yang diperolehi boleh membantu menjana pendapatan selain sebagai pengetahuan asas.
  • 12. 12 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 3.2 JUSTIFIKASI PROJEK Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) memilih untuk mengendalikan kursus ini memandangkan terlalu banyak ruang dan peluang perniagaan tersedia di pasaran tempatan. Selain itu perkembangan dunia masa kini lebih mengutamakan kepakaran di dalam bidang multimedia dan telekomunikasi bersesuaian dengan arus perubahan teknologi yang begitu pantas. Oleh yang demikian, dengan pendedahan kursus secara teori, amali serta persediaan rancangan perniagaan yang di ajar kepada para peserta, ia akan dapat memberi peluang kepada para usahawan menjalankan sendiri perniagaan membaiki dan membaik pulih telefon bimbit untuk menjana hasil pendapatan yang lumayan. Kerajaan telah menyediakan kepada bakal-bakal usahawan dari segi lokasi perniagaan dan bantuan kewangan serta khidmat nasihat dari segi bekalan alat ganti dan produk-produk telefon bimbit setelah tamat kursus. 3.3 OBJEKTIF INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) berpendapat bahawa kursus kemahiran ini amat penting untuk didedahkan kepada para belia & beliawanis yang berminat di dalam perniagaan Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit dimana di akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai matlamat seperti berikut : i. Melahirkan masyarakat dan belia/beliawanis yang berkemahiran dan berkualiti. ii. Melahirkan belia dan beliawanis yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek kemahiran. iii. Meningkatkan taraf hidup masyarakat dan belia/beliawanis khasnya agar lebih maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan. iv. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis di seluruh Malaysia. v. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya meminati dan menceburi bidang kemahiran. vi. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang penyenggaraan dan membaik pulih telefon bimbit. vii. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi dalaman telefon bimbit yang berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan.
  • 13. 13 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) viii. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka. ix. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan yang sedia ada di pasaran. x. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir-anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya. xi. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan. 3.4 SASARAN OUTCOME i. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) mempunyai misi untuk melahirkan belia dan beliawanis yang mempunyai kemahiran Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit. ii. INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) juga memasarkan 70% dari jumlah belia dan beliawanis yang dilahirkan membuka perniagaan sendiri. iii. Melahirkan bakal usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang multimedia dan telekomunikasi. iv. Pendapatan dari perniagaan yang diusahakan sendiri dapat menjana pendapatan lumayan serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara. v. Memupuk minat di dalam bidang keusahawanan di kalangan bakal usahawan. 3.5 SKOP PROJEK Skop yang diterapkan kepada peserta kursus untuk projek ini adalah seperti berikut: i. Peserta diberi pengetahuan secara teori dan kemahiran amali bagi penyenggaraan dan membaik pulih telefon bimbit. ii. Setiap peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen dalaman dan luaran telefon bimbit serta alat-alat ganti yang digunakan untun membaiki dan membaik pulih telefon bimbit. iii. Setiap peserta akan dibekalkan segala ilmu yang diperlukan di dalam bidang perniagaan seperti pengurusan, pemasaran, perakaunan, kawalan inventori dan sebagainya.
  • 14. 14 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) iv. Setiap peserta turut diajar nilai-nilai murni seperti memupuk dan menerapkan unsur-unsur ilmiah dan keagamaan. 3.6 GOLONGAN SASAR Antara golongan sasaran pelaksanaan kursus ini adalah terbuka untuk seluruh golongan masyarakat khususnya para Belia, Beliawanis dan Remaja dan sesiapa yang berminat menceburkan diri di dalam industri kemahiran Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit. Usahawan Lepasan Sekolah/IPTA/IPTS Masyarakat Bandar dan Luar Bandar Surirumah Yang Berminat Ibu Tunggal Miskin dan Miskin Tegar Pelajar Yang Tercicir 3.7 PERLAKSANAAN PROGRAM TEMPOH PROGRAM KURSUS/ TEMPAT Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah mengikut peruntukan atau buget dimana tempoh paling minima adalah selama 2 bulan 15 hari atau 2 ½ bulan. Kursus ini akan di jalankan dan akan dilaksanakan beralamat seperti di bawah: INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU) No. 55, Lorong Bertam Indah 1 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas PULAU PINANG Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang pakar serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini (Rujuk Profail yang disertakan). Pelaksanaan kursus juga boleh dijalankan di premis-premis mengikut kesesuaian dan permintaan penganjur
  • 15. Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 2 1/2 BULAN BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN 1. MINGGU PERTAMA & MODUL 1 Sejarah dan Perkembangan Telekomunikasi & Telefon Bimbit Penerangan Secara Teori dan Latihan Amali Pengenalan dan Konsep  Jenama Telefon Bimbit  Jenis Keluaran Telefon Bimbit Pengetahuan System Operasi Dan Rangkaian Telefon Bimbit Pengenalan Komponen Telefon Bimbit  Komponen Luaran  Komponen Dalaman  Komponen Utama Pengenalan Peralatan Utama Dan Ciri-Ciri Penggunaan  Blower Station  Soldering Station  Power Supply  Multimeter Memperkenalkan Peralatan Utama lain Dan Ciri-Ciri Penggunaan Memperkenalkan Kerosakan Yang Berlaku Kepada Telefon Bimbit dan Teknik Penyenggaraan Serta Pembaikan  Kerosakkan Yang Berkaitan dengan Komponen Chip IC  Teknik Membersih Papan Litar (Main Board) 2. MINGGU KEDUA & MODUL 2 Cara tepat membuka dan memasang casing/hausing telefon bimbit  Normal Phone Mengenali Komponen Chip IC dan Jenis-Jenis Komponen Mengenali Komponen Chip IC dalam Normal Phone Penerangan Secara Teori dan Latihan Amali dan Soal Jawab Cara Tepat Membuka Dan Memasang Casing/Hausing Telefon Bimbit  Slide Phone  Flip Phone Mengenali Komponen Chip IC dan Jenis-Jenis Komponen Dalam Slide Phone dan Flip Phone Teknik Asas Membaik Pulih Telefon Bimbit  Teknik memasang On / Off telefon bimbit Mempelajari Teknik Membuka dan Memasang Lampu (LED)
  • 16. 16 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN 3. MINGGU KEDUA & MODUL 3 Mengetahui Pelbagai Bentuk Kerosakkan Telefon Bimbit  Phone Cannot On  Phone No Network  Insert Sim Card  LCD No Display/ Blinking Screen  Speaker Problem  Mic Problem  Buzzer No Sound  No Vibration  Keypad Jam  Phone Cannot Charge Penerangan Secara Teori dan Latihan Amali dan Praktikal Sesi Soal Jawab dan Perbincangan Ujian Praktikal dan Latihan Amali 4. MINGGU KETIGA & MODUL 4 Mempelajari Kaedah Penyenggaraan dan Teknik Membaiki Kerosakkan Telefon Bimbit  Phone Cannot On  Phone No Network  Insert Sim Card  LCD / Touch Screen  Speaker Problem  Mic Problem  Buzzer No Sound  No Vibration  Keypad Jam Penerangan Secara Teori dan Latihan Amali dan Praktikal Mengetahui Kaedah Membuka dan Memasang BGA IC Serta Keseluruhan Komponen IC Mempelajari Cara Membuka dan Memasang  Spider IC  Capasitor  Resistor  Transistor  Fuse Mengulangkaji Semula Teknik Yang Tepat Menukar Kompenan Dalaman dan Mengenali Perbezaan Kompenan Mengikut Model Mempelajari dan Memahami Pembacaan Peta Litar DIAGRAM/ TROBLESHOOTING Latihan Amali dan Praktikal  Membuka dan Memasang Komponen Chip  Penyenggaraan dan Membaiki Telefon
  • 17. 17 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN 5. MINGGU KEEMPAT/ MODUL 5 & MINGGU KELIMA/MODUL 6 Mempelajari Cara-Cara Menggunakan Perisian Maklumat Telefon Bimbit  JAF BOX- UNTUK MODEL NOKIA  SE TOOL- SONY ERICSSON  SAMSUNG  LENOVO  iPHONE  LAIN- LAIN MODEL Penerangan Secara Teori dan Latihan Amali dan Praktikal Sesi Soal Jawab dan Perbincangan Ujian Praktikal dan Latihan Amali 6. MINGGU KEENAM & MODUL 7 UJIAN KOMPOTENSI AKHIR TEORI DAN AMALI  Ujian Pemahaman Kertas 1 dan Kertas 2  Ujian Praktikal (Spider IC dan Komponen Ic)  Ujian Praktikal (BGA IC) Latihan Amali dan Praktikal UJIAN KOMPETENSI AKHIR  JAF BOX – SOFTWARE NOKIA  SE TOOL – SOFTWARE SONY  SAMSUNG PROGRAMMER  LAIN-LAIN MODEL TAMAT LATIHAN
  • 18. 18 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 3.8.1 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUS JANGKA PENDEK – ASAS HARDWARE (3 HARI) KOD MODUL PERKARA CATATAN MO1 – 3/1 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (ASAS- HARDWARE)  Sejarah Telefon Bimbit  Pengenalan – Jenis- Jenis Telefon Bimbit  Mengenal Kerosakan Yang Biasa Dialami  Mengatasi Masalah dan Kerosakan  Mengenali Peralatan Membaiki Telefon Bimbit  Fungsi, Ciri Dan Cara Menggunakan Alatan  Latihan Pratikal Penggunaan Peralatan Dan Mengenal Kerosakan Melalui Alatan Penerangan & Perbincangan M02 – 3/2 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)  Penerangan Dan Pengenalan Tentang Komponen Luaran Telefon Bimbit  Mengenali Komponen- Kompenan Dalaman Telefon Bimbit Serta Fungsi Kompenan  Mengenal Pasti Jenis-Jenis Komponen Mengikut Model Setiap Telefon  Mengenal Komponen –Kompenan Utama Telefon Bimbit  Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka Telefon Bimbit (SLIDE PHONE)  Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka Casing Telefon Bimbit (FLIP PHONE)  Teknik Dan Cara Yang Betul Membuka (SMART PHONE) - Membuka Casing/Perumah - Membuka Touch Pad - Membuka LCD Penerangan, Perbincangan & Latihan Amali M03 – 3/2 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)  Mempelajari Teknik-Teknik Asas Membaik Pulih Pelbagai Kerosakan Telefon Bimbit  Latihan Praktikal Membaik-Pulih Telefon Bimbit  Mempelajari Teknik Pemasangan (ON/OFF SWITCH)  Mempelajari Teknik Pemasangan Lampu (LED)  Menukar – (PLUG IN, MIC SERTA BUZZER DAN SPEAKER)  Membaiki – (SOKET BATERI)  Mengatasi Masalah (INSERT SIM) Penerangan/ Perbincangan & Latihan Amali
  • 19. 19 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 3.8.2 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUS JANGKA PENDEK LANJUTAN - HARDWARE (5 HARI) Samb MO3 – 3/2H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (ASAS – HARDWARE)  Membetulkan Kerosakan (KEYPAD JAM)  Telefon Gagal Hidup  Teknik Dan Cara Membersihkan Papan Litar  (DIMASUKI AIR)  Mengenali Dan Mengenalpasti Kerosakkan Yang Berkaitan Dengan Komponen Chip  Pengenalan Teknik Asas Membuka Dan Memasang Komponen Chip/Bga Ic Pada Papan Litar Utama  Berbincang Dan Soal Jawab Tentang Permasalahan Telefon Bimbit  MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL Penerangan/ Perbincangan & Latihan Amali KOD MODUL PERKARA CATATAN MO1 – 5/1 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)  Pembentangan Tentang Masalah Telefon Bimbit Dan Cara Membaik Pulih  Perbincangan Tentang Teknik Pembaikan dan Mengatasi Masalah Telefon Bimbit  Rintangan Yang Dihadapi Ketika Menjalankan Kerja Pembaikan  Pengenalan Kompenan Dalaman/Luaran dan Utama  Mengenali Kerosakan Berkaitan Kompenan Dalaman dan Luaran atau Utama (Chip IC) Penerangan/ Perbincangan M02 – 5/2 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)  Mengenali Kompenan Chip IC dalam Normal Phone  Mengenali Kompenan Chip IC dalam Slide Phone dan Flip Phone  Mengenali Kompenan Chip IC dalam Smart Phone  Mengetahui Kaedah Membuka dan Memasang Kompenan IC dan BGA IC  Latihan Pratikal Membuka Kompenan IC/  Membuat Kaki Kompenan IC dan Memasang Penerangan, Perbincangan & Latihan Amali
  • 20. 20 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) Kompenan Chip  Penerangan Dan Teknik Membuka dan Memasang Komponen - Spideric - Capisitor - Resistor - Transistor - Fuse M03 – 5/3 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)  Menjalankan ulangkaji semula Teknik yang Tepat Untuk Menukar Kompenan Dalaman  Perbincangan dan Kerja Ulangkaji Perbezaan Kompenan Mengikut Modul  Membuka dan Memasang Kompenan Chip  Menjalankan Kerja Penyenggaraan Dan Membaiki Telefon Mengikut Masalah Yang Diberikan Penerangan/ Perbincangan & Latihan Amali MO3 – 5/4 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)  Perbincangan tentang kerja-kerja menukar kompenan dalaman  Menjalankan kerja Ulangkaji Kaedah dan Cara Membuka Dan Memasang - Spideric - Capasitor - Resistor - Transistor - Fuse  Menjalankan Kerja Ulangkaji Tentang Kaedah Membuka,Membuat Dan Memasang Bga Ic Serta Keseluruhan Komponen Ic Penerangan/ Perbincangan & Latihan Amali MO3 – 5/4 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – HARDWARE)  Membuka dan Memasang Kompenan Chip  Menjalankan Kerja Penyenggaraan Dan Membaiki Telefon Mengikut Masalah Yang Diberikan  Perbincangan dan Soaljawab Tentang Kompenan IC dan Kerosakan Melibatkan Kompenan  Mempelajari Dan Memahami Cara Pembacaan Peta Litar (Diagram /Trubleshooting) MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL Penerangan, Perbincangan & Latihan Amali
  • 21. 21 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 3.8.3 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN BAGI KURSUS JANGKA PENDEK LANJUTAN – SOFTWARE (3 HARI) KOD MODUL PERKARA CATATAN MO1 – S3/1 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE)  Penerangan Tentang Perisian/ Software Yang Sering Digunakan Oleh Usahawan  Perbincangan Tentang Kerosakan Yang Melibatkan Perisian dan Kompenan IC  Perisian dari Laman Web  Jenis-jenis Perisian Yang Digunakan Dahulu dan Terkini  Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon Samsung  Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon Samsung  Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model Telefon Jenama Samsung  Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Lenovo Penerangan/ Perbincangan M02 – S3/2 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE)  Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon Lenovo  Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon Lenovo  Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model Telefon Jenama Lenovo  Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Lenovo  Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon ASUS  Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon ASUS  Mengenal Fail Perisian Mengikut Model-Model Telefon Jenama ASUS  Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon ASUS Penerangan, Perbincangan & Latihan Amali M03 – S3/3 H KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (LANJUTAN – SOFTWARE)  Mengenali Perisian Yang Digunakan Telefon iPHONE  Mengenalpasti Kerosakan Perisian Telefon iPHONE  Mengenal Fail Perisian Mengikut Model Telefon Jenama iPHONE  Membaiki Kerosakan Melibatkan Telefon Iphone  Perbincangan dan Soal Jawab Tentang Permasalahan Telefon Bimbit Melibatkan Perisian  Penerangan Tentang Risiko Dalam Mengendali Perisian dan Software Telefon Bimbit MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL Penerangan/ Perbincangan & Latihan Amali
  • 22. 22 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 3.9 KOMPONEN PROJEK Setiap peralatan dan perkakasan untuk kursus ini disediakan oleh pihak syarikat. Selain itu, segala peralatan teknikal yang terkini turut disediakan untuk kemudahan peserta sekaligus bagi menjayakan kursus ini. 3.10 LAPORAN PERLAKSANAAN Pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) turut menyediakan borang khas yang perlu dilengkapkan oleh para peserta yang meliputi laporan hasil pembelajaran sebagai kajiselidik terhadap tahap kefahaman pembelajaran peserta. Pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) akan menyalurkan maklumat hasil dari kaji selidik yang dijalankan kepada pihak berwajib agar setiap hasil program dan kursus yang dijalankan dapat dinilai pelaksanaannya serta memberi kesan impak yang positif kepada setiap peserta. 4.0 METODOLOGI PERLAKSANAAN KURSUS 4.1 SECARA TEORI, BENGKEL (AMALI) DAN PRAKTIKAL Para peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori (20%) dimana penerangan akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran. Setiap penerangan yang disampaikan adalah berdasarkan modul yang telah disediakan. Setiap peralatan akan diperkenalkan kepada para peserta melalui tayangan “slide” dan juga alatan yang sedia ada diatas setiap meja para peserta. Para peserta perlu mencatat setiap perkara-perkara yang penting. Di akhir pembelajaran para peserta akan menduduki peperiksaan bagi memastikan dan mengukur kebolehan pengetahuan para peserta. Peserta akan mendalami setiap ilmu tentang telefon bimbit melalui bengkel/ latihan amali (60%) yang dijalankan pada setiap hari dimana peserta akan dapat membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak. Bengkel ini juga memberikan pendedahan awal kepada para peserta mengenai telefon dan komponen yang terdapat di dalam telefon bimbit yang akan dibaiki nanti. Di akhir kursus ini, (20%) dari jumlah masa para peserta akan disoal bagi mengenalpasti tahap kefahaman setiap individu yang menjalani latihan. Para peserta kebiasaannya perlu menjalani latihan secara latih-tubi bagi mengukur tahap kefahaman mereka.
  • 23. 23 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) METODOLOGI TRAINING Amali Teori Latihtubi 5.0 FAEDAH /PULANGAN KEPADA PESERTA Peluang bekerja dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sebagai Juruteknik Telefon Bimbit adalah terbuka luas kerana permintaan tenaga kerja didalam bidang ini adalah tinggi. Peluang berniaga sendiri juga terbuka luas di dalam bidang ini. Peluang-peluang pinjaman juga turut disediakan untuk membuka perniagaan sendiri. Pendapatan yang lumayan boleh diperolehi melalui perniagaan ini.
  • 24. 24 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) 6.0 KESIMPULAN Secara ringkasnya, Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) menawarkan Kursus Bidang Penyenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Bimbit kerana bidang ini adalah satu bidang yang baru dan kurang diceburi oleh para belia dan usahawan Bumiputera khasnya. Pendedahan dari segi teori, amali dan penyediaan rancangan perniagaan akan diberikan kepada semua bakal-bakal usahawan yang menceburi perniagaan ini. Bantuan-bantuan seperti khidmat nasihat dan pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan penyenggaraan dan membaik pulih telefon bimbit akan disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Perniagaan ini memberi peluang yang lumayan kepada para usahawan dimana sebanyak 90% dari jumlah penduduk Malaysia menggunakan telefon bimbit dan sebahagian besar pengguna-pengguna telefon bimbit sering kali menghadapi pelbagai masalah teknikal atau ingin menaik-taraf telefon bimbit mereka. Secara tidak langsung ilmu ini dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan utama kepada para usahawan selain itu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Diharap para usahawan dan peserta kursus dapat menjadi rakan niaga kepada pihak Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) sehingga mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih besar didalam bidang ini. Jalinan rangkaian ini akan dapat menjalinkan kerjasama lebih erat dimana segala produk seperti telefon model-model terbaru dibekalkan terus kepada usahawan begitu juga peralatan-peralatan yang diperlukan sebagai alat ganti.
  • 25. 25 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) LAMPIRAN DAIRI KURSUS –KURSUS KEMAHIRAN DAN PROGRAM YANG TELAH DIKENDALIKAN OLEH INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (Passion Beauty Training Consultancy)
  • 26. 26 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT (Juruteknik Telefon Bimbit)
  • 27. 27 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) KURSUS KEUSAHAWANAN Kelas Perisian (Mobile Cellular Software)
  • 28. 28 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) ANJURAN PEJABAT MARA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (SPU) (KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)
  • 29. 29 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) KURSUS KEUSAHAWANAN ANJURAN PEJABAT MARA DAERAH BUKIT MERTAJAM (SPT) (KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)
  • 30. 30 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) PROGRAM LATIHAN 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH (KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
  • 31. 31 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT BELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2
  • 32. 32 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIA BELIA DAN BELIAWANIS FELDA (KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)
  • 33. 33 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) SEBUTHARGA PROGRAM INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (Passion Beauty Training Consultancy)
  • 34. 34 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) LAMPIRAN 1 KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI (PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT - PERKAKASAN/HARDWARE DAN PERISIAN/SOFTWARE) SELAMA 90 HARI (3 Bulan) BIL KETERANGAN BIL PESERTA KOS SEPESERTA JUMLAH (RM) 1. Pentadbiran - Pendaftaran Peserta - Pengurusan Pentadbiran - Persijilan (SKM@INDUSTRI) 25 150.00 100.00 150.00 3,750.00 2,500.00 3,750.00 2. Yuran Pengajian Produk & Barangan Amali/ Barangan Pakai Buang Peralatan Asas Khas – (Untuk Peserta) - (Anroid Phone,Tools Set,Tweezer ,Full Set Screw Driver32 bt, Screen Tools) 25 1,700.00 600.00 42,500.00 15,000.00 3. Kemudahan - Insuran Berkelompok - Penginapan & Asrama (120.00 x 3) - T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai) 25 100.00 360.00 100.00 2,500.00 9,000.00 2,500.00 4. Elaun Sara Diri Peserta - RM500 x 3 bulan 25 1,500.00 13,750.00 JUMLAH BESAR 4,760.00 119,0000.00
  • 35. 35 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) LAMPIRAN 2 KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI (PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT PERKAKASAN/HARDWARE DAN PERISIAN/SOFTWARE) SELAMA DUA (2) BULAN (TEORI/PRAKTIKAL) NOTA/ CATATAN Sebutharga Atau Buget Kursus Adalah Bergantung Kepada Keperluan Dan Persetujuan Di Antara Kedua Belah iaitu Pihak Pembiaya Dan Pihak Pengendali BIL KETERANGAN BIL PESERTA KOS SEPESERTA JUMLAH (RM) 1. PENGAJIAN - Yuran Pengajian (Nota/ Bahan Latihan/ Bahan Pakai Buang) - Peralatan Amali Untuk Peserta (Telefon Anroid,Twezer, Full Set Screw Driver32 bts, Screen Tools) 10 1,260.00 500.00 12,600.00 5,000.00 2. KEMUDAHAN - Penginapan & Asrama (110.00 x 2 bln) 10 220.00 2,200.00 3. MAKAN DAN MINUM - Makan/ Minum (17.00 x 30 hari x 2 bln) (Sarapan Pagi/ Makan Tengahari/ Makan Malam) 10 1,020.00 10,200.00 JUMLAH BESAR 3.000.00 30,000.00
  • 36. 36 Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC) LAMPIRAN DOKUMEN
  • 37.
  • 38. 38
  • 39. 39
  • 40. 40
  • 41. 41
  • 42. 42
  • 43. 43
  • 44. Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC)