SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK,
PERAK
INTAN SAPINAS BINTI BAHURI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
29 APRIL 2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL ::: TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB
RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya INTAN SAPINAS BINTI BAHURI
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (√)
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHYA
LOT 67, CHABANG 3,
HAJI MUSA BUKIT MARAK,
16030 KOTA BHARU,
KELANTAN
Tarikh: __________________ Tarikh: __________________
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa
/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
♦
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ……………………………….......
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHYA
Tarikh : …………………………................
TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK,
PERAK
INTAN SAPINAS BINTI BAHURI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………..............
Nama Penulis : INTAN SAPINAS BINTI BAHURI
Tarikh : ……………………………..............29 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
“Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini
dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di sini”
Buat...
Suamiku yang dikasihi.....
En. Nik Sujairi Bin Ahyat
Pengorbananmu begitu besar buatku,
Doa, kasih sayang dan perhatian mu membantuku dalam mengharungi
setiap kesukaran dalam perjuangan ini. Terima kasih atas doa dan restumu,
Semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu.
Buat…
Abah dan Emak
En. Bahuri Bin Kulup Kessin dan Pn. Fatimah Binti Osman
serta
Abah dan Ma
En. Ahyat Bin Sulaiman dan Pn. Tuan Rapuan Binti Tuan Mat
Demi sedikit harapan..........
Melihat kejayaanku dunia dan akhirat,
Terima kasih atas doa dan restu kalian,
Anak-anakku yang disayangi….
Nik Qistina Fitri Binti Nik Sujairi & Nik Qhair Fikri Bin Nik Sujairi
Ingatan dan kasih sayang kalian
menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku……
Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH yang sentiasa membantu sepanjang
perjuangan kita di sini. Terima kasih si atas segalanya, semoga kejayaan
menjadi milik kita semua. InsyaAllah.......
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah dan segala puji-pujian ke-atas Mu Tuhan semesta alam,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta
sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat
saya menyiapkan kajian tinjauan terhadap amalan pembelajaran koperatif di
kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Pelbagai
rintangan dan dugaan yang harus saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan
laporan ilmiah ini. Walau bagaimanapun saya berasa amat bertuah dan amat
bersyukur kerana dengan adanya kehadiran dan sokongan daripada semua pihak
yang terlibat, secara tidak langsung telah memotivasikan saya untuk menyiapkan
kajian ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr Azizi Yahya selaku
penyelia projek ini atas segala nasihat dan pandangan yang diberikan. Di samping
itu, buat kedua-dua ibu bapa saya serta ahli keluarga yang disayangi, terima kasih
yang tidak terhingga atas doa dan restu yang diberikan.
Penghargaan ini juga diberikan kepada pihak pengetua Maktab Rendah Sains
Mara Gerik, Perak di atas kesudian membenarkan saya menjalankan penyelidikan di
sini. Kerjasama yang diberikan oleh En. Efendi Binti Bahuri dalam menjayakan
projek penyelidikan ini juga amat saya sanjungi.
Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu
pendidikan.
Intan Sapinas Binti Bahuri
April, 2008
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi
amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah
Sains Mara Gerik, Perak. Kajian ini mengandungi lima objektif kajian. Responden
kajian terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara
Gerik, Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set
soalan soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian A adalah
un tuk mendapatkan maklumat latar belakang responden. Bahagian B mengandungi
item-item yang perkaitan dengan persoalan kajian. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian SPSSv14.0, iaitu Statistical Package for the Social Science
Version 14.0 untuk mendapatkan min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai.
Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik.
Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal
selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini
ialah 0.926. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi faktor diri sendiri
adalah 3.88 dengan sisihan piawai 0.52, faktor rakan sebaya ialah 4.18 dengan
sisihan piawai 0.47, faktor guru ialah 4.17 dengan sisihan piawai 0.47 dan faktor
suasana pembelajaran adalah 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Pada keseluruhannya,
didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan
terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab
Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Dapatan menunjukan faktor rakan sebaya berada di
tahap yang tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan pada akhir kertas
penyelidikan untuk membolehkan kajian lanjutan dijalankan. Di antara cadangannya
adalah responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah sahaja
tetapi boleh melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian juga
diperluaskan kepada banyak sekolah dan menggunakan responden dari kawasan
bandar dan luar bandar.
vi
ABSTRACT
This study is carried out to investigate factors which affect the cooperative
learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. There are five
objectives in this study. 132 form two students were selected to be the respondents
of the study. Questionnaire is manipulated as the research instrument. The
questionnaire is divided into two sections. Section A is to gather demographic
background of the respondents. For section B, the items are aimed to answer the
research questions. Data obtained was analyzed using SPSS to find the mean,
frequency, percentage and standard deviation. The pilot study was done in order to
determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach
Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The
reliability value of Cronbach’s Alpha for the whole set of questionnaires used was
0.926. The findings indicated that the cumulative mean value for individual factor is
3.88 with 0.52 for the standard deviation. As for peers, the mean value is 4.18 and
the standard deviation value is 0.47 followed by teachers factor with 4.17 for the
mean value and 0.47 for the standard deviation value. The final factor is the
environment with the mean 4.17 and 0.48 for the standard deviation. The findings
demonstrate that the peers play the most important role in affecting the cooperative
learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. From the findings,
some suggestions are proposed for further research. Amongst the suggestions are to
involve other group of respondents for example students in universities or other
higher education institution and also students in urban and rural schools.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
viii
1.8 Batas Kajian 8
1.9 Skop Kajian 9
1.10 Definisi Istilah 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pembelajaran Koperatif 11
2.3 Ciri-Ciri Pembelajaran Koperatif 12
2.4 Prinsip-Prinsip Koperatif 13
2.5 Kebaikan Pendekatan Pembelajaran Koperatif 14
2.6 Jenis Pembelajaran Koperatif 16
2.6.1 Kaedah Jigsaw 16
2.6.2 Learning Together (LT)- Belajar Bersama 16
2.6.3 Team- Games Tournament (TGT) 17
2.6.4 Student Team Achievement Division (STAD) 17
2.6.5 Team – Accelerated Instruction- Mathematics 17
(TAI)
2.6.6 Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) 18
2.7 Faktor Diri Sendiri 18
2.8 Faktor Rakan Sebaya 19
2.9 Faktor Guru 20
2.10 Faktor Suasana Pembelajaran 21
2.11 Teori Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran Koperatif 23
2.11.1 Teori Konstruktivisme 23
2.11.2 Teori Kolaboratif-Integrasi 25
2.11.3 Teori Tingkah Laku 26
2.11.4 Pengunaan Teori Kolaboratif-Integrasi Sebagai 27
Model Kajian
2.12 Kajian-Kajian Lepas 28
ix
BAB 3 METOLODOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Subjek Kajian 34
3.4.1 Populasi 34
3.4.2 Sampel Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang 38
Responden Dan Keluarga
3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Faktor Yang 38
Paling Dominan Seperti Faktor Diri Sendiri,
Rakan Sebaya,Guru Dan Suasana Pembelajaran
3.5.3 Pemarkatan Skor Faktor-Faktor Paling Dominan 39
3.6 Kajian Rintis 40
3.6.1 Keesahan Instrumen 41
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 42
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 43
3.8 Analisis Data 43
3.8.1 Min 44
3.8.2 Analisis Ujian-t 44
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Data Bahagian A 48
4.2.1 Tingkatan 48
4.2.2 Jantina 49
4.2.3 Bangsa 49
4.2.4 Bilangan Adik Beradik 50
x
4.2.5 Tahap Pendidikan Bapa 51
4.2.6 Tahap Pendidikan Ibu 52
4.2.7 Pekerjaan Bapa 53
4.2.8 Pekerjaan Ibu 54
4.3 Analisis Data Bahagian B 55
4.3.1 Apakah faktor diri sendiri merupakan faktor 56
yang paling dominan terhadap amalan
pembelajaran koperatif ?
4.3.2 Apakah faktor rakan sebaya merupakan faktor 59
yang paling dominan terhadap amalan
pembelajaran koperatif ?
4.3.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang 63
paling dominan terhadap amalan pembelajaran
koperatif ?
4.3.4 Apakah faktor suasana pembelajaran merupakan 67
faktor yang paling dominan terhadap amalan
pembelajaran koperatif ?
4.4 Perbincangan Dapatan Hipotesis 71
4.4.1 Analisi ujian-t 71
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 74
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 75
5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor 76
Diri Sendiri Merupakan Faktor Yang
Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran
Koperatif
5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Rakan 78
Sebaya Merupakan Faktor Yang Paling Dominan
Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
xi
5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Guru 79
Merupakan Faktor Yang Paling Dominan
Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Suasana 81
Pembelajaran Merupakan Faktor Yang Paling
Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran
Koperatif
5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan 82
Hipotesis Kajian
5.3 Rumusan 85
5.4 Cadangan Kajian 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.6 Kesimpulan 88
BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN 94
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah Populasi Mengikut Kelas Bagi Pelajar Tingkatan Dua 35
Di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak
3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W 36
3.3 Taburan Sampel Bagi Setiap Kelas 37
3.4 Taburan Skala Likert 39
3.5 Pembahagian Item Berdasarkan Faktor Dominan 39
3.6 Pemarkatan Skor Dan Tahap 40
3.7 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian 43
3.8 Jadual Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 44
3.9 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 45
3.10 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian 46
4.1 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tingkatan 48
4.2 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 49
4.3 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa 50
4.4 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bilangan Adik 50
Beradik
4.5 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap 51
Pendidikan Bapa
4.6 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap 52
Pendidikan Ibu
4.7 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa 53
4.8 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu 55
4.9 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 56
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Diri Sendiri Yang Paling
Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
xiii
4.10 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Diri 59
Sendiri
4.11 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 60
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Rakan Sebaya Yang Paling
Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
4.12 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor 63
Bagi Rakan Sebaya
4.13 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 64
Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling
Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling Dominan Terhadap
Amalan Pembelajaran Koperatif
4.14 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Guru 67
4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jadual Taburan Bilangan 67
Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai
Bagi Faktor Suasana Pembelajaran Yang Paling Dominan
Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
4.16 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Suasana 70
Pembelajaran
4.17 Ujian-t untuk perbezaan min 72
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Model Kerangka Kajian Tentang Faktor-Faktor 27
Yang Mempengaruhi Amalan Pembelajaran Koperatif
Menurut Teori Kolaboratif-Integrasi
xv
SENARAI SINGKATAN
MRSM - Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak
CLEAR - Cooperative Learning Exercises And Roles
SPSS - Statistical Package For Social Science
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
XYC - Excellence Youth Club
LT - Learning Together
TGT - Team- Games Tournament
STAD - Student Team Achievement Division
TAI - Team – Accelerated Instruction- Mathematics
SS _ Sangat Setuju
S _ Setuju
TP _ Tidak Pasti
TS _ Tidak Setuju
STS _ Sangat Tidak Setuju
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik Responden 94
B Surat Pengesahan Kesahan Soal Selidik 99
C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan 100
Dasar Pendidikan ( BPPDP / EPRD )
D Surat Pengesahan Pelajar 102
E Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 103
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu
pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan
pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan
mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. Dengan memberi penekanan
kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif
kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi
pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Isi
pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran pembelajaran
akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik akal
pelajar.
Selain itu juga, objektif asas reformasi dalam pendidikan adalah untuk
menentukan negara dapat mengeluarkan warganegara yang seimbang dan cemerlang
dari segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Untuk memperkasakan
produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang terbaik untuk melahirkan
genarasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi.
Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah dicadang untuk
digunakan semasa menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif.
2
Di Malaysia pembelajaran koperatif masih dalam peringkat permulaan dan ia
memerlukan kajian sama ada dari segi pengalaman, sikap, tingkah laku, bakat yang
sangat luas oleh para penyelidik pendidikan ( Ng Kim Choy, 1999). Pembelajaran
koperatif merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia. Ianya merupakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi antara pelajar-pelajar
berbilang kaum dan menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai
murni sebagaimana dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).
Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran umum yang boleh
dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil dimana pelajar berinteraksi sesama
sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara
ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan
sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran.
Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian''
seseorang individu dengan lebih ‘bestari''. Kebestarian dalam penilaian
pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang pelajar
dapat menterjemaahkan kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang
menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta
idea baru yang lebih kreatif. Secara tidak langsung, ianya akan dapat meningkatkan
mutu pembelajaran.
Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif dapat dilihat sebagai satu usaha ke
arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Ini terbukti apabila kaedah belajar secara berkumpulan serta memberi
tumpuan di bilik darjah membolehkan Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon memperoleh keputusan iaitu 19 1A bagi
semua mata pelajaran yang diambil tanpa had dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia tahun 2006 (Berita Harian, Disember 2006).
3
Justeru itu, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang baik dan
perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping
mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam peperiksaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
“Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa
pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan
saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri
sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan
cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti,
produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan
kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi
untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan”.
( Falsafah Pendidikan MRSM )
Sejajar dengan itu, menerusi pendidikan generasi muda dapat diasuh dan
dipupuk agar mereka membesar dan menjadi manusia yang bertanggungjawab bukan
sahaja kepada tuhan dan diri sendiri bahkan juga pada masyarakat dan negara.
Selain itu juga, pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan budi pekerti yang
mampu menghasilkan orang yang bermoral, mempunyai jiwa bersih, niat yang kuat,
cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaanya,
menghormati hak-hak manusia serta tahu membezakan perkara yang baik dan buruk.
Justeru itu, pendidikan pada hari ini perlu menggunakan pendekatan ataupun
kaedah yang mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar. Pengajaran dan
pembelajaran yang di buat perlu bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan semua
golongan pelajar sama ada berkebolehan tinggi, sederhana atau rendah. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran perlu ada perubahan yang lebih efektif untuk menarik
minat pelajar serta membuka minda pelajar supaya lebih fleksibel dalam menimba
ilmu pengetahuan.
4
Menurut Hidhir Ismail (2004), pendekatan pengajaran yang digunakan oleh
guru pada masa kini ialah gemar menggunakan cara tradisional. Ini menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan dan menjadikan suasana
pembelajaran menjadi bosan.
Kajian Chew (1998), menyatakan bahawa kaedah pengajaran secara
tradisional iaitu mengunakan kaedah bersoal jawab berdasarkan pembacaan buku
teks hanya memberi kesan yang minimum. Situasi tersebut tidak akan dapat
meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini adalah kerana melalui
aktiviti pembacaan buku teks akan merendahkan pencapaian kecemerlangan
akademik, keseimbangan sahsiah dan kecergasan fizikal.
Menurut Mc Caslin & Good (1996), teknik-teknik dalam pembelajaran
koperatif adalah sangat sesuai dalam lingkungan pelajar yang memiliki pelbagai
kebolehan kerana ia menjalankan perasaan positif dan saling menghargai,
menyokong dan menghormati sesama pelajar. Melalui pembelajaran koperatif
setiap pelajar akan berusaha untuk dapatkan hasil yang dapat memberi manafaat
bukan sahaja kepada dirinya tetapi terhadap ahli kumpulannya. Selain itu juga,
kemahiran berkerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan adalah penting bagi
mendedahkan mereka untuk bersama dalam mengembangkan dan mengeratkan
persaudaraan, mengadakan hubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Ianya juga
dapat membentuk sesebuah masyarakat yang harmonis.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada hari ini, suasana di dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu
memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran
yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar
menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan.
Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi aspek pretasi dan hubungan sosial. Salah satu
5
alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada adalah
pembelajaran koperatif. Maka kajian ini adalah penting untuk mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar-pelajar
semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian
yang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat
dicapai sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah seperti butiran tersebut:-
1.4.1 Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri sendiri merupakan faktor
yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.
1.4.2 Untuk mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor
yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.
1.4.3 Untuk mengenalpasti sama ada faktor guru merupakan faktor yang
paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.
1.4.4 Untuk mengenalpasti sama ada faktor suasana pembelajaran
merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran
koperatif.
1.4.5 Untuk mengetahui sama ada tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara faktor-faktor terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu
faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran
dengan jantina.

More Related Content

What's hot

Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakanhajizul
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiMardhiah Hayati Rahim
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 

What's hot (20)

Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 

Similar to Jurnal Pembelajaran Koperatif

Similar to Jurnal Pembelajaran Koperatif (20)

Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
2 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 22 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 2
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md SaidHHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesis
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesis
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
Bahan kreativiti
Bahan kreativitiBahan kreativiti
Bahan kreativiti
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1edP 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativiti
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Linus
Linus Linus
Linus
 
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 

More from Paee Faiezah Kertau Kintus

Huraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatif
Huraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatifHuraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatif
Huraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatifPaee Faiezah Kertau Kintus
 
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5Paee Faiezah Kertau Kintus
 
Huraian Sukatan Pelajaran Programming & d tools
Huraian Sukatan Pelajaran Programming & d toolsHuraian Sukatan Pelajaran Programming & d tools
Huraian Sukatan Pelajaran Programming & d toolsPaee Faiezah Kertau Kintus
 
Huraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk Penerbit
Huraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk PenerbitHuraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk Penerbit
Huraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk PenerbitPaee Faiezah Kertau Kintus
 

More from Paee Faiezah Kertau Kintus (20)

Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
 
Spm produksi multimedia 2005
Spm produksi multimedia 2005Spm produksi multimedia 2005
Spm produksi multimedia 2005
 
Spm produksi multimedia 2008
Spm produksi multimedia 2008Spm produksi multimedia 2008
Spm produksi multimedia 2008
 
Spm produksi multimedia 2007
Spm produksi multimedia 2007Spm produksi multimedia 2007
Spm produksi multimedia 2007
 
Spm produksi multimedia 2006
Spm produksi multimedia 2006Spm produksi multimedia 2006
Spm produksi multimedia 2006
 
Spm produksi multimedia 2004
Spm produksi multimedia 2004Spm produksi multimedia 2004
Spm produksi multimedia 2004
 
Spm produksi multimedia 2009
Spm produksi multimedia 2009Spm produksi multimedia 2009
Spm produksi multimedia 2009
 
RPH Berpusatkan Guru Perisian Teks
RPH Berpusatkan Guru Perisian TeksRPH Berpusatkan Guru Perisian Teks
RPH Berpusatkan Guru Perisian Teks
 
RPH Berpusatkan Guru Asas Grafik
RPH Berpusatkan Guru Asas GrafikRPH Berpusatkan Guru Asas Grafik
RPH Berpusatkan Guru Asas Grafik
 
Huraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatif
Huraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatifHuraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatif
Huraian Sukatan Pelajaran Penerbitan Multimedia kreatif
 
Module multimedia
Module multimediaModule multimedia
Module multimedia
 
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
 
Huraian Sukatan Pelajaran ict ting_4dan5
Huraian Sukatan Pelajaran ict ting_4dan5Huraian Sukatan Pelajaran ict ting_4dan5
Huraian Sukatan Pelajaran ict ting_4dan5
 
Huraian Sukatan Pelajaran ict16 040906
Huraian Sukatan Pelajaran ict16 040906Huraian Sukatan Pelajaran ict16 040906
Huraian Sukatan Pelajaran ict16 040906
 
Huraian Sukatan Pelajaran Programming & d tools
Huraian Sukatan Pelajaran Programming & d toolsHuraian Sukatan Pelajaran Programming & d tools
Huraian Sukatan Pelajaran Programming & d tools
 
Huraian Sukatan Pelajaran Sokongan Komputer
Huraian Sukatan Pelajaran Sokongan KomputerHuraian Sukatan Pelajaran Sokongan Komputer
Huraian Sukatan Pelajaran Sokongan Komputer
 
Huraian Sukatan Pelajaran Sokongan Rangkaian
Huraian Sukatan Pelajaran Sokongan RangkaianHuraian Sukatan Pelajaran Sokongan Rangkaian
Huraian Sukatan Pelajaran Sokongan Rangkaian
 
Huraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk Penerbit
Huraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk PenerbitHuraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk Penerbit
Huraian Sukatan Pelajaran Animasi Rekabentuk Penerbit
 
Peta Minda Pembelajaran Koperatif
Peta Minda Pembelajaran KoperatifPeta Minda Pembelajaran Koperatif
Peta Minda Pembelajaran Koperatif
 
RPH Berpusatkan Pelajar Animasi
RPH Berpusatkan Pelajar AnimasiRPH Berpusatkan Pelajar Animasi
RPH Berpusatkan Pelajar Animasi
 

Recently uploaded

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (14)

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Jurnal Pembelajaran Koperatif

  • 1. TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK INTAN SAPINAS BINTI BAHURI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2. 29 APRIL 2008 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL ::: TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya INTAN SAPINAS BINTI BAHURI Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHYA LOT 67, CHABANG 3, HAJI MUSA BUKIT MARAK, 16030 KOTA BHARU, KELANTAN Tarikh: __________________ Tarikh: __________________ PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ♦
  • 3. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”. Tandatangan : ………………………………....... Nama Penyelia : PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHYA Tarikh : …………………………................
  • 4. TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK INTAN SAPINAS BINTI BAHURI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2008
  • 5. ii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : …………………………….............. Nama Penulis : INTAN SAPINAS BINTI BAHURI Tarikh : ……………………………..............29 APRIL 2008
  • 6. iii DEDIKASI “Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di sini” Buat... Suamiku yang dikasihi..... En. Nik Sujairi Bin Ahyat Pengorbananmu begitu besar buatku, Doa, kasih sayang dan perhatian mu membantuku dalam mengharungi setiap kesukaran dalam perjuangan ini. Terima kasih atas doa dan restumu, Semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu. Buat… Abah dan Emak En. Bahuri Bin Kulup Kessin dan Pn. Fatimah Binti Osman serta Abah dan Ma En. Ahyat Bin Sulaiman dan Pn. Tuan Rapuan Binti Tuan Mat Demi sedikit harapan.......... Melihat kejayaanku dunia dan akhirat, Terima kasih atas doa dan restu kalian, Anak-anakku yang disayangi…. Nik Qistina Fitri Binti Nik Sujairi & Nik Qhair Fikri Bin Nik Sujairi Ingatan dan kasih sayang kalian menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku…… Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita di sini. Terima kasih si atas segalanya, semoga kejayaan menjadi milik kita semua. InsyaAllah.......
  • 7. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah dan segala puji-pujian ke-atas Mu Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan kajian tinjauan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Pelbagai rintangan dan dugaan yang harus saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan laporan ilmiah ini. Walau bagaimanapun saya berasa amat bertuah dan amat bersyukur kerana dengan adanya kehadiran dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat, secara tidak langsung telah memotivasikan saya untuk menyiapkan kajian ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr Azizi Yahya selaku penyelia projek ini atas segala nasihat dan pandangan yang diberikan. Di samping itu, buat kedua-dua ibu bapa saya serta ahli keluarga yang disayangi, terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan restu yang diberikan. Penghargaan ini juga diberikan kepada pihak pengetua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak di atas kesudian membenarkan saya menjalankan penyelidikan di sini. Kerjasama yang diberikan oleh En. Efendi Binti Bahuri dalam menjayakan projek penyelidikan ini juga amat saya sanjungi. Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan. Intan Sapinas Binti Bahuri April, 2008
  • 8. v ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Kajian ini mengandungi lima objektif kajian. Responden kajian terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set soalan soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian A adalah un tuk mendapatkan maklumat latar belakang responden. Bahagian B mengandungi item-item yang perkaitan dengan persoalan kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSSv14.0, iaitu Statistical Package for the Social Science Version 14.0 untuk mendapatkan min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.926. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi faktor diri sendiri adalah 3.88 dengan sisihan piawai 0.52, faktor rakan sebaya ialah 4.18 dengan sisihan piawai 0.47, faktor guru ialah 4.17 dengan sisihan piawai 0.47 dan faktor suasana pembelajaran adalah 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Pada keseluruhannya, didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Dapatan menunjukan faktor rakan sebaya berada di tahap yang tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan pada akhir kertas penyelidikan untuk membolehkan kajian lanjutan dijalankan. Di antara cadangannya adalah responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah sahaja tetapi boleh melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian juga diperluaskan kepada banyak sekolah dan menggunakan responden dari kawasan bandar dan luar bandar.
  • 9. vi ABSTRACT This study is carried out to investigate factors which affect the cooperative learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. There are five objectives in this study. 132 form two students were selected to be the respondents of the study. Questionnaire is manipulated as the research instrument. The questionnaire is divided into two sections. Section A is to gather demographic background of the respondents. For section B, the items are aimed to answer the research questions. Data obtained was analyzed using SPSS to find the mean, frequency, percentage and standard deviation. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbach’s Alpha for the whole set of questionnaires used was 0.926. The findings indicated that the cumulative mean value for individual factor is 3.88 with 0.52 for the standard deviation. As for peers, the mean value is 4.18 and the standard deviation value is 0.47 followed by teachers factor with 4.17 for the mean value and 0.47 for the standard deviation value. The final factor is the environment with the mean 4.17 and 0.48 for the standard deviation. The findings demonstrate that the peers play the most important role in affecting the cooperative learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. From the findings, some suggestions are proposed for further research. Amongst the suggestions are to involve other group of respondents for example students in universities or other higher education institution and also students in urban and rural schools.
  • 10. vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii HALAMAN DEDIKASI iii HALAMAN PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiv SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Hipotesis Kajian 6 1.7 Kepentingan Kajian 7
  • 11. viii 1.8 Batas Kajian 8 1.9 Skop Kajian 9 1.10 Definisi Istilah 9 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 11 2.2 Pembelajaran Koperatif 11 2.3 Ciri-Ciri Pembelajaran Koperatif 12 2.4 Prinsip-Prinsip Koperatif 13 2.5 Kebaikan Pendekatan Pembelajaran Koperatif 14 2.6 Jenis Pembelajaran Koperatif 16 2.6.1 Kaedah Jigsaw 16 2.6.2 Learning Together (LT)- Belajar Bersama 16 2.6.3 Team- Games Tournament (TGT) 17 2.6.4 Student Team Achievement Division (STAD) 17 2.6.5 Team – Accelerated Instruction- Mathematics 17 (TAI) 2.6.6 Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) 18 2.7 Faktor Diri Sendiri 18 2.8 Faktor Rakan Sebaya 19 2.9 Faktor Guru 20 2.10 Faktor Suasana Pembelajaran 21 2.11 Teori Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran Koperatif 23 2.11.1 Teori Konstruktivisme 23 2.11.2 Teori Kolaboratif-Integrasi 25 2.11.3 Teori Tingkah Laku 26 2.11.4 Pengunaan Teori Kolaboratif-Integrasi Sebagai 27 Model Kajian 2.12 Kajian-Kajian Lepas 28
  • 12. ix BAB 3 METOLODOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 33 3.2 Reka Bentuk Kajian 33 3.3 Tempat Kajian 34 3.4 Subjek Kajian 34 3.4.1 Populasi 34 3.4.2 Sampel Kajian 35 3.5 Instrumen Kajian 37 3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang 38 Responden Dan Keluarga 3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Faktor Yang 38 Paling Dominan Seperti Faktor Diri Sendiri, Rakan Sebaya,Guru Dan Suasana Pembelajaran 3.5.3 Pemarkatan Skor Faktor-Faktor Paling Dominan 39 3.6 Kajian Rintis 40 3.6.1 Keesahan Instrumen 41 3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 42 3.7 Prosedur Pengumpulan Data 43 3.8 Analisis Data 43 3.8.1 Min 44 3.8.2 Analisis Ujian-t 44 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 47 4.2 Analisis Data Bahagian A 48 4.2.1 Tingkatan 48 4.2.2 Jantina 49 4.2.3 Bangsa 49 4.2.4 Bilangan Adik Beradik 50
  • 13. x 4.2.5 Tahap Pendidikan Bapa 51 4.2.6 Tahap Pendidikan Ibu 52 4.2.7 Pekerjaan Bapa 53 4.2.8 Pekerjaan Ibu 54 4.3 Analisis Data Bahagian B 55 4.3.1 Apakah faktor diri sendiri merupakan faktor 56 yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ? 4.3.2 Apakah faktor rakan sebaya merupakan faktor 59 yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ? 4.3.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang 63 paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ? 4.3.4 Apakah faktor suasana pembelajaran merupakan 67 faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ? 4.4 Perbincangan Dapatan Hipotesis 71 4.4.1 Analisi ujian-t 71 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 74 5.2 Perbincangan Hasil Kajian 74 5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 75 5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor 76 Diri Sendiri Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Rakan 78 Sebaya Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
  • 14. xi 5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Guru 79 Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Suasana 81 Pembelajaran Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan 82 Hipotesis Kajian 5.3 Rumusan 85 5.4 Cadangan Kajian 86 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88 5.6 Kesimpulan 88 BIBLIOGRAFI 89 LAMPIRAN 94
  • 15. xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jumlah Populasi Mengikut Kelas Bagi Pelajar Tingkatan Dua 35 Di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak 3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W 36 3.3 Taburan Sampel Bagi Setiap Kelas 37 3.4 Taburan Skala Likert 39 3.5 Pembahagian Item Berdasarkan Faktor Dominan 39 3.6 Pemarkatan Skor Dan Tahap 40 3.7 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian 43 3.8 Jadual Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 44 3.9 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 45 3.10 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian 46 4.1 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tingkatan 48 4.2 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 49 4.3 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa 50 4.4 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bilangan Adik 50 Beradik 4.5 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap 51 Pendidikan Bapa 4.6 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap 52 Pendidikan Ibu 4.7 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa 53 4.8 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu 55 4.9 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 56 Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Diri Sendiri Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif
  • 16. xiii 4.10 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Diri 59 Sendiri 4.11 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 60 Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Rakan Sebaya Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 4.12 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor 63 Bagi Rakan Sebaya 4.13 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 64 Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 4.14 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Guru 67 4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jadual Taburan Bilangan 67 Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Suasana Pembelajaran Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 4.16 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Suasana 70 Pembelajaran 4.17 Ujian-t untuk perbezaan min 72
  • 17. xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Model Kerangka Kajian Tentang Faktor-Faktor 27 Yang Mempengaruhi Amalan Pembelajaran Koperatif Menurut Teori Kolaboratif-Integrasi
  • 18. xv SENARAI SINGKATAN MRSM - Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak CLEAR - Cooperative Learning Exercises And Roles SPSS - Statistical Package For Social Science KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah JPN - Jabatan Pendidikan Negeri KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia XYC - Excellence Youth Club LT - Learning Together TGT - Team- Games Tournament STAD - Student Team Achievement Division TAI - Team – Accelerated Instruction- Mathematics SS _ Sangat Setuju S _ Setuju TP _ Tidak Pasti TS _ Tidak Setuju STS _ Sangat Tidak Setuju
  • 19. xvi SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik Responden 94 B Surat Pengesahan Kesahan Soal Selidik 99 C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan 100 Dasar Pendidikan ( BPPDP / EPRD ) D Surat Pengesahan Pelajar 102 E Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 103
  • 20. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. Dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Isi pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran pembelajaran akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik akal pelajar. Selain itu juga, objektif asas reformasi dalam pendidikan adalah untuk menentukan negara dapat mengeluarkan warganegara yang seimbang dan cemerlang dari segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Untuk memperkasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang terbaik untuk melahirkan genarasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah dicadang untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
  • 21. 2 Di Malaysia pembelajaran koperatif masih dalam peringkat permulaan dan ia memerlukan kajian sama ada dari segi pengalaman, sikap, tingkah laku, bakat yang sangat luas oleh para penyelidik pendidikan ( Ng Kim Choy, 1999). Pembelajaran koperatif merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia. Ianya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi antara pelajar-pelajar berbilang kaum dan menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni sebagaimana dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ). Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil dimana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran. Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian'' seseorang individu dengan lebih ‘bestari''. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang pelajar dapat menterjemaahkan kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif. Secara tidak langsung, ianya akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran. Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif dapat dilihat sebagai satu usaha ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini terbukti apabila kaedah belajar secara berkumpulan serta memberi tumpuan di bilik darjah membolehkan Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon memperoleh keputusan iaitu 19 1A bagi semua mata pelajaran yang diambil tanpa had dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2006 (Berita Harian, Disember 2006).
  • 22. 3 Justeru itu, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam peperiksaan. 1.2 Latar Belakang Masalah “Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan”. ( Falsafah Pendidikan MRSM ) Sejajar dengan itu, menerusi pendidikan generasi muda dapat diasuh dan dipupuk agar mereka membesar dan menjadi manusia yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada tuhan dan diri sendiri bahkan juga pada masyarakat dan negara. Selain itu juga, pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan budi pekerti yang mampu menghasilkan orang yang bermoral, mempunyai jiwa bersih, niat yang kuat, cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaanya, menghormati hak-hak manusia serta tahu membezakan perkara yang baik dan buruk. Justeru itu, pendidikan pada hari ini perlu menggunakan pendekatan ataupun kaedah yang mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar. Pengajaran dan pembelajaran yang di buat perlu bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan semua golongan pelajar sama ada berkebolehan tinggi, sederhana atau rendah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu ada perubahan yang lebih efektif untuk menarik minat pelajar serta membuka minda pelajar supaya lebih fleksibel dalam menimba ilmu pengetahuan.
  • 23. 4 Menurut Hidhir Ismail (2004), pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru pada masa kini ialah gemar menggunakan cara tradisional. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi bosan. Kajian Chew (1998), menyatakan bahawa kaedah pengajaran secara tradisional iaitu mengunakan kaedah bersoal jawab berdasarkan pembacaan buku teks hanya memberi kesan yang minimum. Situasi tersebut tidak akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini adalah kerana melalui aktiviti pembacaan buku teks akan merendahkan pencapaian kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah dan kecergasan fizikal. Menurut Mc Caslin & Good (1996), teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam lingkungan pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan kerana ia menjalankan perasaan positif dan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama pelajar. Melalui pembelajaran koperatif setiap pelajar akan berusaha untuk dapatkan hasil yang dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi terhadap ahli kumpulannya. Selain itu juga, kemahiran berkerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan adalah penting bagi mendedahkan mereka untuk bersama dalam mengembangkan dan mengeratkan persaudaraan, mengadakan hubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Ianya juga dapat membentuk sesebuah masyarakat yang harmonis. 1.3 Pernyataan Masalah Pada hari ini, suasana di dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek pretasi dan hubungan sosial. Salah satu
  • 24. 5 alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada adalah pembelajaran koperatif. Maka kajian ini adalah penting untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar-pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. 1.4 Objektif Kajian Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah seperti butiran tersebut:- 1.4.1 Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. 1.4.2 Untuk mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. 1.4.3 Untuk mengenalpasti sama ada faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. 1.4.4 Untuk mengenalpasti sama ada faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. 1.4.5 Untuk mengetahui sama ada tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran dengan jantina.