1. i
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iii
KATA PENGANTAR iv
PENDAHULUAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3
PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI
PERKEMBANGAN MORAL
7
BIDANG PEMBELAJARAN 1 :
Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
9
BIDANG PEMBELAJARAN 2 :
Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
17
BIDANG PEMBELAJARAN 3 :
Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar
21
BIDANG PEMBELAJARAN 4 :
Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme
25
BIDANG PEMBELAJARAN 5 :
Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia
29
BIDANG PEMBELAJARAN 6 :
Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi
34
BIDANG PEMBELAJARAN 7 :
Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian
39
2. ii
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL KBSM
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
3. iii
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
4. iv
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL KBSM
KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan
menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah
aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap
dapat membantu guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai,
pembelajaran masteri, pembelajaran secara
kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan
pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni
dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap
diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat
memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan
dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru
perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah
laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan
secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan
murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan
menggembirakan.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak
pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan
universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu
yang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
5. 1
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
PENDAHULUAN
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik
murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan
tingkah laku moral.
Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian
dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di
negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi
insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka
menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan
sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang
dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai
panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari
segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Prinsip-prinsip itu ialah :
• bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
lain.
• berpegang teguh pada ajaran agama.
• prihatin kepada alam sekitar.
• mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.
• bersemangat patriotik.
• menghormati hak asasi manusia; dan
• mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk
merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung
dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Untuk membolehkan murid memahami, menghayati
serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak
tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan
nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang
pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan
kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga
menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.
Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang
berikut :
i. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
ii. Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
iii. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar
iv. Nilai berkaitan dengan Patriotisme
v. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
vi. Nilai berkaitan dengan Demokrasi
vii. Nilai berkaitan dengan Keamanan dan
Keharmonian
Takrifan
Pendidikan
Moral
Tujuh
Bidang
Pembelajaran
6. 2
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh
yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan.
(Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang
positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu
murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan
menunjukkan komitmen terhadapnya, serta
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga
dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid
mencapai tahap kematangan moral.
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah
yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi
ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran
hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa
gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak
bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak
seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani
yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi
moral tersebut.
PEMIKIRAN
MORAL
PERASAAN
MORAL
TINDAKAN
MORAL
KESEDARAN
HATI NURANI
RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH
INSAN
BERAKHLAK
MULIA
Rangka
Konsepsi
7. 3
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk
insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
boleh menyumbang ke arah keharmonian dan
kestabilan negara serta masyarakat global.
Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid :
i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang
diperlukan untuk berakhlak mulia;
ii. menyedari dan menerima kepentingan
keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar serta berusaha ke arah
mengekalkannya;
iii. meningkatkan persefahaman dan kerjasama
bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian
hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;
iv. mengembangkan pemikiran dan perasaan
moral dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah; dan
v. mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah
laku yang bermoral secara adil dan altruistik
selaras dengan nilai murni masyarakat
Malaysia.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu
guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan
penerangan untuk membantu guru melaksanakan
kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan
berkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang
pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan
akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti
pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai
diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang
pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap
tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu
moral atau kandungan yang dikemukakan semakin
kompleks dan mendalam selaras dengan tahap
kematangan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat
lajur utama, iaitu :
Lajur Nilai
Lajur Kandungan Akademik
Lajur Hasil Pembelajaran
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Matlamat
Pendidikan
Moral
Objektif
Pendidikan
Moral
Tujuan
Penerangan
Lajur
1
2
Format
Empat
Lajur
3
4
8. 4
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung
di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan
penerangannya yang dipetik daripada Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (Semakan).
Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang
diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap
kematangan murid bermula dari diri, keluarga,
masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun
dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh
tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran
yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi
memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perkembangan kurikulum dan proses
pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh
dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan
akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir
secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap
sesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan
memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-
kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,
murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan
pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang
seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa
dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan
akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan
kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan
Moral.
Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan
tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid
dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.
Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini
dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian
dengan kandungan akademik yang disampaikan.
5
Lajur
Nilai
Lajur
Kandungan
Akademik
Lajur
Hasil
Pembelajaran
6
7
1
2
3
4
5
6
7
8
8
9. 5
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu
atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu
atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang
berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga
meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti,
negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau
situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada
cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh
lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat
memperkukuh nilai yang diajar.
Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah
kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu
dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik,
berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu
daripada pelbagai mata pelajaran lain harus
disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah.
Lajur
Cadangan
Aktiviti
Pembelajaran
10. 6
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
TINGKATAN 2
BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan
Perkembangan Diri
LAJUR NILAI
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Penerangan nilai :
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
Tema : Percaya kewujudan Tuhan asas
kesejahteraan hidup
Tajuk pengajaran : Agama benteng hidup manusia
Huraian tajuk pengajaran :
• Keperluan beragama dalam kehidupan manusia
- Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraan hidup
LAJUR HASIL PEMBELAJARAN
Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
i. Berbincang tentang kepentingan agama dalam
kehidupan
ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas
baik’
Contoh
Persembahan
Lajur
11. 7
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
PEMBINAAN KEMAHIRAN UNTUK PERKEMBANGAN MORAL
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran
sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan
membolehkan murid menghadapi dunia ledakan
maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan
sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan
kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya
tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan
cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid
kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu
cara memupuk dan merangsang perkembangan moral
mereka.
Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik
yang akan membantu murid membuat keputusan
berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan
nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain.
Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui
Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung
atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih
berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.
Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan
kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan
moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu
tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam
konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu
menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran
pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai
masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan
seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.
Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid
mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan
alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah
dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral
memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara
kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat
untuk diri sendiri dan orang lain.
Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan
sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau
moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan
dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau
sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid
menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna
mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang
baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar
murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
dan mempertahankan nilai moral sendiri.
Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa
depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran
yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau
permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau,
masa kini dan masa depan. Ini membantu murid
membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia
menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin
berlaku.
Kemahiran
Utama
Kemahiran
Mengkaji
Masa
Depan
Kemahiran
Pemikiran
Kritikal
Kemahiran
Pemikiran
Kreatif
Kemahiran
Menentang
Tekanan
Rakan
SebayaKemahiran
Penyelesaian
Konflik
12. 8
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral,
murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh
sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi
Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web,
e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti
seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan
pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain
itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat
membuat pertimbangan dengan mencari maklumat
yang positif dan mengelakkan mereka daripada
melayari laman-laman web yang berunsur negatif.
Kemahiran sosial memberi penekanan kepada
kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang
lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima
oleh masyarakat dan pada masa yang sama
bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran
sosial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran.
Kemahiran
Teknologi
Maklumat
Kemahiran
Sosial
15. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
11
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai
pencipta alamdan mematuhi segala
suruhan Nya berlandaskan
pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
Percaya kewujudan Tuhan asas
kesejahteraan hidup
Agama panduan hidup manusia
• Keperluan beragama dalamkehidupan
manusia
- Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraanhidup
Mengamalkanajaranagama
sebagai panduan hidup
i. Berbincang tentang kepentingan agama
dalamkehidupan
ii. Menghasilkanesei bertema `Buat baik
dibalas baik’.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain.
Amanah menjamin perhubunganyang
harmonis
Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang
lain
• Sikap amanah dalamsetiap perhubungan
- Anggota keluarga
- Rakan sebaya
- Warga sekolah
- Anggota masyarakat
Bersikap amanah dalamhubungan
dengan anggota keluarga dan
individu lain
i. Melakonkan satu situasi sikap amanah
dalamkehidupan
ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam
pelbagai situasi
- Koperasi sekolah
- Bendahari persatuan/kelab
16. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
12
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar
mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalamkehidupan.
Sayang akan diri membentuk peribadi mulia
Perlakuan yang baik membentuk jati diri
• Tingkah laku yang merosakkan diri perlu
dijauhi
- Kumpulan kongsi gelap
- Pergaulan bebas
- Penyalahgunaan dadah
- Tabiat merokok
Menghindari amalan yang boleh
menjejaskan maruah diri
i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan
maruah diri’
ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang
mengelak daripada terlibat dalamkegiatan
yang menjejaskan maruah diri
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupandiri seseorang untuk
memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna.
Sikap bertanggungjawab menjamin
kesejahteraan hidup
Amalan bertanggungjawab menjamin
kesempurnaan tugas
• Sikap bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas
- Rumah
- Sekolah
- Masyarakat
Menjalankan tanggungjawab di
rumah, sekolah dan dalam
masyarakat dengan sempurna
i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di
rumah, sekolah dan dalammasyarakat
ii. Main peranan untuk menunjukkan sikap
bertanggungjawab dalampelbagai situasi
17. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
13
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopandanberbudi pekerti
mulia dalampergaulan seharian.
Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia
Tutur kata dan tingkah laku yang selaras dengan
norma masyarakat
• Tutur kata dan tingkah laku terpuji
- Menghormati orang lain
- Berterima kasih atas pemberian
• Jauhi sikap negatif
- Angkuh
- Mementingkan diri
Mengamalkanpertuturan dan
tingkah laku yang sesuai dengan
norma masyarakat
Memerhati tingkah laku rakandi sekolah dan
menyenaraikan tingkah laku yang berhemah
1.6 Toleransi
Kesanggupanbertolak ansur, sabar
dan mengawal diribagi
mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan
fahamdemi kesejahteraanhidup.
Toleransi menjalin kemesraan
Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang
mesra
• Toleransi dalamperhubungan
- Anggota keluarga
- Rakan sebaya
- Warga sekolah
- Masyarakat
Bertolak ansur dan mengawal diri
bagi menjaga hubungan yang baik
dengan keluarga dan orang lain
i. Berkongsi pengalaman tentang sikap
bertoleransi dalammenjaga hubungan
yang baik dengan keluarga dan orang lain.
ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap
bertoleransi tidak diamalkan dalam
kehidupan seharian.
18. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
14
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.
Berdikari membawa kejayaan
Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk
sikap berdikari
• Keupayaan menyelesaikan masalah
- Secara individu
- Secara kumpulan
Berkeupayaan menyelesaikan
masalah sendiri secara individu atau
berkumpulan
i. Main peranan sebagai anak/murid yang
berdikari dalammembuat kerja rumah/
sekolah
ii. Menceritakan tentang anggota keluarga
yang berjaya atas hasil usaha sendiri
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh
dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalammelakukan
sesuatu perkara.
Rajin dan usaha tangga kejayaan
Kegigihan dalamkehidupan seharian
• Usaha yang gigih menjamin kejayaan
- Diri
- Keluarga
- Sekolah
Berusaha dengan gigih demi
kepentingan diri, keluarga dan
sekolah
i. Mengumpul dan membincangkan
kata-kata hikmah berkaitan tema
ii. Mewawancara atau kajian kes tentang
individu yang telah berjaya
19. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
15
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalamserta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas.
Kasih sayang asas kesejahteraan hidup
Kasih dan sayang semua hidupandi dunia
• Sayangi semuahidupan
- Manusia
- Fauna
- Flora
Menyayangi dan tidak
memusnahkan semua hidupan
di dunia
i. Menghayati dan membincangkan lirik lagu
bertemakan kasih sayang
ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan
rekreasi dan membuat laporan
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang
saksama serta tidak berat sebelah.
Keadilan menjamin kesejahteraan bersama
Keadilan membentuk budaya sekolah
• Keadilan di sekolah tanggungjawab bersama
- Hukuman dan ganjaran
- Layanan antara murid
- Kemudahan
Menerima dan mengamalkan prinsip
keadilandi sekolah
i. Menulis eseiberkaitandengan tema
amalan keadilan di sekolah
ii. Main peranan
- Pelaksanaan prinsip keadilan di
sekolah
20. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
16
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan
yang wajar.
Sikap rasional membentuk pemikiran yang
matang
Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang
bijak
• Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan
berdasarkanbeberapa faktor sebelum
membuat keputusan
- Bukti yang kukuh
- Pengetahuan
- Pengalaman
Membuat keputusan setelah
menimbangkan pelbagai faktor
i. Menyenaraikan kebaikan membuat
keputusan setelah menimbangkan
pelbagai faktor.
ii. Mengumpul keratan akhbar tentang
kegiatan perlumbaanharam, rasuah,
penyalahgunaandadah dan membuat
analisa akibat kegiatan tersebut.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangandan tindakan
sama ada dalampemikiran, pertuturan
atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.
Hidup sederhanaasas kesejahteraan
bersama
Sikap sederhanadalamhubungan
• Keupayaan mengimbangi kepentingan diri
dan orang lain
- Pergaulan
- Membantu mengikut kemampuan diri
Mengambil tindakan dengan
mengambil kira kepentingandiri dan
orang lain
Melengkapkan senarai semak kendiri tentang
nilai kesederhanaan dalamhubungan dengan
orang lain.
21. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
17
NILAI BERKAITAN DENGAN
KEKELUARGAAN
BIDANG PEMBELAJARAN 2
23. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
19
BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalamdan berkekalan terhadap
keluarga.
Kasih sayang asas keluarga bahagia
Kebahagiaan keluarga tanggungjawab bersama
• Kasih dan sayang terhadap anggota
keluarga
• Hubungan keluarga yangharmonis
Menyayangi ibu bapa dan anggota
keluarga yang lain
i. Peta minda tentang ciri-ciri keluarga
bahagia
ii. Main peranan sebagai anak yang
menyayangi ibu bapa dan anggota
keluarga yang lain
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota
Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga
dengan berinteraksi dan memberi
layanan secarabersopan untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni.
Pegangan agama menjamin keluarga bahagia
Hormat dan taat kepada ibu bapa tuntutanagama
• Kedudukan ibu bapa mengikut perspektif
agama
- Islam
- Buddha
- Hindu
- Kristian
- Sikh
Memulia dan mentaati ibu bapa
seperti yang dituntut agama
i. Menyenaraikan perlakuan yang
menunjukkan sikap hormat dan taat
kepada anggota keluarga
ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai
media dan membincangkan tentang
kedudukan ibu bapa mengikut perspektif
agama
24. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
20
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Mengekalkan Tradisi
Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan
mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat
dan kepercayaan yang diwarisi secara
turun-temurundalamkeluarga.
Tradisi kekeluargaan warisan berharga
Amalan adat menghidupkan tradisi kekeluargaan
• Amalan tradisi oleh keluarga sejak turun-
temurun
- Sambutan sesuatu perayaan bersama
keluarga
Mematuhi adat dan tradisi yang
diamalkan oleh keluarga
Mengumpul gambar besertapenerangan
ringkas mengenai adat dan tradisi keluarga
dan menghasilkanbuku skrap
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh
setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga ialah satu
amanah
Maju diri demi kebahagiaan hidup keluarga
• Sikap bertanggungjawab untuk memajukan
diri dan keluarga
- Pendidikan
- Kerjaya
i. Belajarbersungguh-sungguh
untuk kemajuan diri dan
keluarga
ii. Menjalankan tanggungjawab
terhadap keluarga
Membina carta roda masa depan yang
menunjukkan kemajuandiri dalampendidikan
dan kerjaya
25. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
ALAM SEKITAR
BIDANG PEMBELAJARAN 3
27. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
23
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam
Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara
dan memulihara alamsekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Persekitaran berkualiti kesejahteraan
bersama
Keceriaan sekolah tanggungjawab bersama
• Tanggungjawab memelihara dan
memulihara persekitaran sekolah
- Kebersihan dan penghijauan
persekitaran sekolah
Menjaga persekitaran supaya
sentiasabersih dan segar
i. Menjaga dan menceriakan kawasan
di sekolah
ii. Membuat penilaian tentang kebersihan
kawasan-kawasan di sekolah
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan
Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan
yang harmonis antara manusiadengan
alamsekeliling supaya kualiti kehidupan
manusia dan alamsekeliling terpelihara.
Air sumber alam berharga
Air nadi kehidupan
• Kepentingan air dalamkehidupan
- Punca airdan kegunaannya
- Tanggungjawab menjaga kebersihan
sumber air
- Penjimatan air
Menjaga kebersihan sumber air dan
mengelakkan pembaziran
i. Menghasilkanposter bertemakan `Air ’
ii. Buku skrap:
- Kepentinganair
28. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
24
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam
sekeliling sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan hidup.
Perlindungan santuari hidupan
tanggungjawab bersama
Zon persisiran pantaiperlu dilindungi
• Pembangunan terkawal di zon persisiran
pantai
• Pengekalan kawasan terumbu karang untuk
pembiakan hidupan marin
Melibatkandiri dalammelindungi
zon persisiran pantai
i. Tayangan video mengenaiperlindungan
santuari.
ii. Mengadakan aktiviti membersihkan
persisiranpantai.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang
berkaitan dengan alam sekeliling dan
berusaha menyelesaikannya.
Bencana alam ialah fenomena semulajadi
Peka terhadap kejadian bencana alamdemi
keselamatan bersama
• Kesan bencana alamkepada alamsekitar
• Persediaan menghadapi bencanaalam
Peka terhadap kejadian dan kesan
bencana alamserta mengenal pasti
langkah-langkah persediaan dalam
menghadapi bencana alam
i. Membina peta aliran yang menunjukkan
persediaan yangdibuat dalammenghadapi
bencana alam.
ii. Mengumpul maklumat daripada media
cetak atau elektronik dan berbincang
tentang bencana alam.
iii. Melakonkan satu latihan kecemasan.
29. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
PATRIOTISME
BIDANG PEMBELAJARAN 4
31. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
27
BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.1 Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada
negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri.
Nikmat dan keselesaan hidup tanda
kemakmuran negara
Kemudahan awamdan perkhidmatan sosial
negara tanggungjawab bersama
• Perasaan bangga dengan kemudahan
awamdan perkhidmatan sosial negara
• Sikap bertanggungjawab menjaga
kemudahan awamdan perkhidmatan sosial
yang terdapat dalamnegara
Berbangga serta menggunakan
sebaik-baiknya segala perkhidmatan
dan kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan
Surat kepada sahabat di luar negeri
menceritakan tentang rasa bangga tentang
kemudahan awam/perkhidmatan sosial yang
ada dalamnegara
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang
berkekalan kepada Raja dan Negara.
Raja dan pemimpin ialah payung negara
Kesetiaan kepada rajadannegara ialah
kewajipan bagi setiap rakyat
• Tatalaku dalammajlis yang dihadiri oleh
pembesar negara
• Taat setia kepada raja dan negara
- Hari Keputeraan
- Hari Kebangsaan
- Pertabalan Raja
i. Menghormati dan mentaati
upacaradan majlis rasmi yang
dihadiri oleh pembesar negara
ii. Menyokong dan menyertai
program-programsambutan hari
kebesaran negara
i. Menunjukkan rakaman pertabalan Yang Di
Pertuan Agong/Sultan dan membuat
perbincangan tentang tata lakudalam
majlis tersebut.
ii. Merancang dan menyertai programHari
Kebangsaan di peringkat sekolah
- Melukis/mewarna/mengibar Bendera
Malaysia
- Sudut patriotisme di dalamkelas
32. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
28
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.3 Sanggup Berkorban
untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan
sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda
kebaktian untuk negara.
Sanggup berkorban demi kebajikan
masyarakat dan kemakmuran negara
Kesanggupan melibatkandiri dalamaktiviti
kemasyarakatan
• Sedia mengorbankan masa dan tenaga
dalamkerja-kerja amal
- Ekonomi
- Kesihatan
- Pendidikan
- Sukan
Sanggup mengambil bahagian
dalamaktiviti kemasyarakatan demi
negara
Membuat laporan tentang aktiviti
kemasyarakatan yang pernah disertai.
33. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
HAK ASASI MANUSIA
BIDANG PEMBELAJARAN 5
35. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
31
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan mereka yang
sempurna.
Persekitaran mempengaruhi pertumbuhan
kanak-kanak
Ibu bapa pelindung kanak-kanak
• Tanggungjawab ibubapa memastikan
anak-anak mendapat kehidupan sempurna
- Pendidikan
- Perlindungan
Menyedari kanak-kanak berhak
mendapat pendidikan dan
perlindungan untuk menjamin
kehidupan yang sempurna
Berbincang dan menghasilkan buku skrap
tentang persekitaran yang selesa untuk
kanak-kanak
- Tempat tinggal
- Suasana pembelajaran
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungidan mengiktiraf wanita
sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalampembangunan
keluarga, masyarakat dan negara.
Pengiktirafan hak wanita menjamin
pembangunan insan
Hak wanita tanggunggjawab bersama
• Peka terhadap hak wanita
- Hal-hal kebajikan
- Peluang kenaikan pangkat
- Pengeksploitasian
- Iklan
Bersikap terbukadalammengikfiraf
wanita sebagai golongan yang
berkebolehan, berpotensidan
bermaruah
Mengumpul maklumat dari media cetak dan
media elektronik mengenai pengeksploitasian
wanita dan mempamerkandi kelas
36. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
32
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan
mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan
sumbangan golongan pekerja dalam
pembangunan negara.
Majikan yang prihatin meningkatkan
produktiviti negara
Majikan prihatin pekerjaberjaya
• Tanggungjawab majikan dalammenjaga
kebajikanpekerja
- Keselesaan tempat kerja
- Peluang meningkatkan kerjaya
- Kemudahan berekreasi
Menerima hakikat bahawa kebajikan
pekerja merupakan tanggungjawab
majikan
i. Mengumpul iklan kerja dari akhbar dan
membuat perbandingan tentang
kemudahan serta faedah yang ditawarkan
ii. Simulasi
- Mewawancara denganpekerja atau
majikan tentang kebajikan pekerja
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang
Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada
golongan kurang berupaya supaya tidak
berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan Tuhan.
Golongan kurang berupaya insan ciptaan
Tuhan
Prihatin terhadap golongan kurang berupaya
• Golongan kurang berupaya memerlukan
layanan dan sokongandaripada pelbagai
pihak
- Keluarga
- Rakan sebaya
- Anggota masyarakat
Memberi layanan dan sokongan
yang baik kepada golongan kurang
berupaya
i. Lawatan ke pusat spastik atau kelas
pendidikan khas dan membuat laporan
ii. Tayangan video berkaitan golongan
kurang berupayadanberbincang tentang
layanan yang diberi
37. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
33
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu
untuk menjadi pengguna yang berilmu,
mendapat perkhidmatan serta barangan
yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi.
Kesedaran pengguna tanda masyarakat
matang
Pendidikan kepenggunaan asas kepekaan
pengguna
• Kepekaan pengguna terhadap hak dan
tanggungjawab
- Maklumat tentang barangan dan
perkhidmatan supaya mudah membuat
pilihan dan mengelakkan penipuan
- Perlindungan daripadapenggunaan
barangandanperkhidmatan yang
membahayakan
Menyedari dan mengenalpasti hak
pengguna untuk mendapat
perlindungan dan maklumat tentang
barangandanperkhidmatan
i. Mengumpul, membincang dan
mempamerkan maklumat tentang hak
pengguna daripada media cetak dan
elektronik
ii. Menulis surat aduan kepada Persatuan
Pengguna tentang barangan/perkhidmatan
yang tidak memuaskan
38. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
DEMOKRASI
BIDANG PEMBELAJARAN 6
40. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
36
BIDANG PEMBELAJARAN 6 : NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.1 Mematuhi Peraturan dan
Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telahditentukan
tanpa mengira sesiapa dan di mana
seseorang itu berada.
Undang-undang menjamin kesejahteraan
hidup masyarakat
Undang-undang menjamin keselamatan
di jalan raya
• Patuhi undang-undang dan peraturan
jalan raya
• Tidak terlibat dalamperbuatan yang
menyalahi undang-undang jalan raya
- Perlumbaan haram
- Memandu tanpa lesen
- Memandu dalamkeadaan mabuk
- Kecuaian pejalan kaki
Mematuhi peraturan dan undang-
undang jalan raya bagi menjamin
keselamatan diri dan orang lain
i. Mencari maklumat mengenai kesalahan-
kesalahan di jalan raya
ii. Ceramah keselamatandi jalan raya oleh
pegawai JPJ atau Polis
iii. Mempamerkan keratan akhbar yang
berkaitan dan mengadakan perbincangan
tentang pentingnya mematuhi peraturan
dan undang-undang jalan raya
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan
fikiran denganbatasan tertentu bagi
menjaga keselamatan dan ketenteraman.
Kebebasan bersuara mencerminkan keluarga
berfikiran terbuka
Amalan bermusyawarah sebagai budayahidup
berkeluarga
• Kebebasan mengeluarkan pendapat dalam
perbincangan keluarga
- Perbincanganbersama keluarga
dalampelbagaihal
- Perasaan dan emosi dikawal
Berbincang dengan anggota
keluarga dalamsuasana yang
harmoni
Sketsa atau main peranan sebagai anggota
keluarga yang mengamalkan kebebasan
bersuara dalamperbincangan secara terbuka
dan harmoni
41. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN DUA
37
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk
menganuti dan mengamalkan agamanya
seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia.
Kebebasan beragama lambang masyarakat
majmuk
Rakyat Malaysia merayakan pelbagaiupacara
keagamaan
• Kebebasan meraikanupacara keagamaan
- Sambutan Maulidur-Rasul (Islam)
- Hari Wesak (Buddha)
- Thaipusam(Hindu)
- Good Friday (Kristian)
- Hari Vasakhi (Sikh)
Meraikan upacara keagamaan
sendiri dan menghormati upacara
keagamaan orang lain
i. Perbincangan tentang perayaan
keagamaan sendiri dan pentingnya
menghormati perayaan keagamaan
orang lain
ii. Menghasilkan folio tentangperayaan
keagamaan di Malaysia
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan
Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti pembangunan negara
dengan mematuhi peraturan, undang-
undang dan Perlembagaan Malaysia.
Minda yang sihat melalui aktiviti yang
bermanfaat
Aktiviti kemasyarakatan dijayakan bersama
• Penyertaan dalamaktiviti luar sekolah yang
membina dan berfaedah
- Aktiviti kebajikandengan masyarakat
setempat
Melibatkandiri dalamaktiviti
kebajikandan kemasyarakatan demi
pembangunan negara
Menyenaraikan aktiviti luar sekolah yang
berfaedah dan mengkaji kesannya
42. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
38
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima
pandangan, pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan
norma masyarakat Malaysia.
Sikap terbuka tanda kematangan fikiran
Teguran yang membinapenting untuk kebaikan
bersama
• Pendapat dan teguran diterima dengan
sikap terbuka
- Akademik
- Kokurikulum
- Bimbingan dan kaunseling
Menerima pandangan dan teguran
orang lain demi kebaikan bersama
Main peranan
- Orang yang memberi teguran dan orang
yang menerima tegurandalamsesuatu
hal.
43. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
BIDANG PEMBELAJARAN 7
45. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN DUA
41
BIDANG PEMBELAJARAN 7 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain
dengan mengutamakan kedamaiandan
keharmonian hidup tanpa mengira
agama, bangsadanbudaya.
Perpaduan masyarakat tunggak
kesejahteraan negara
Semangat kejiranan membentuk kesejahteraan
masyarakat
• Konsep kejiranan sebagai amalandalam
kehidupan bermasyarakat
- Kunjungan Muhibah
(Rumah terbuka, hari keluarga, saling
membantu, ziarah-menziarahi)
Menjadi jiran yangbaik boleh
dicontohi oleh masyarakat
i. Membincangkan ciri-ciri jiran yang baik
ii. Projek : membantu jirandan membuat
laporan
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang
dilakukanbersama pada peringkat
individu, komuniti atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Hidup sepakat membawa berkat
Permuafakatan masyarakat untuk kebaikan
bersama
• Permuafakatandalammelaksanakan tugas
kemasyarakatan
- Gotong royong
- Rukun Tetangga
- Jawatankuasa Kemajuandan
Keselamatan Kampung
- ProgramPermuafakatan
Melibatkandiri dalampelbagai
aktiviti masyarakat untuk
kesejahteraanbersama
Melibatkandiri dalamsalah satu program
komuniti dan membuat laporan ringkas
46. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
42
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan
antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat.
Kesepakatanantara negara menjamin
kemakmuransejagat
Amalan saling menghormati antara negara
menjamin kemantapan ekonomi
• Perasaan bertolak ansur dan
hormat-menghormati antaranegara untuk
kesepakatan serantau
Menerima hakikat bahawa perasaan
bertolak ansur dan saling
menghormati antara negara
menjamin kesepakatan dan
pembangunan serantau
i. Menghasilkanbuku skrap tentang
kesepakatanantara negara serantau
dalampelbagaiaspek.
ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber tentang penyelesaian secara
diplomasi isu kesempadanan antara
negaradan mempamerkan di kelas