SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  21
Télécharger pour lire hors ligne
98
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Norizah Taib dan Zanariah Mahyun
PENGENALAN
Sumber: Intell Teach to the Future Program
Gambar-gambar di atas menunjukkan murid-murid begitu gembira, berminat, bermotivasi
dan tekun dalam pembelajaran. Apakah pendekatan yang harus anda pilih untuk
memastikan murid-murid anda juga begitu?
99
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. memahami konsep pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran
Berasaskan Projek;
2. membanding bezakan pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan
Pembelajaran Berasaskan Projek; dan
3. mengaplikasi pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran
Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
100
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
5.1 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
5.1.1 Definisi
5.1.2 Konsep Pendekatan Konstruktivisme
Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses pelajar membina pengetahuan
melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina ke dalam struktur kognitif
kanak-kanak tersebut hasil pengalaman mereka dengan alam. Struktur pengetahuan ini
kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan perubahan
konseptual murid-murid.
Dari perspektif konstruktivis, pembelajaran bermakna pengetahuan dibina di dalam diri
pelajar hasil daripada pengalaman pancainderanya dengan alam. Murid-murid akan
bertindak kepada pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara membina di dalam
minda mereka skema atau struktur kognitif yang mana akan membentuk makna dan
kefahaman mereka. Individu-individu akan memberi makna kepada situasi atau fenomena
dan mengakibatkan pembentukan proses yang mengambil tempat dalam minda individu
tersebut.
Ahli pendidikan masa kini mempercayai dan berkeyakinan bahawa murid-murid yang
datang ke dalam suasana pembelajaran membawa bersama mereka segala pengalaman
terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990).
Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan
alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran,
perasaan dan kemahiran yang mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman
pembelajaran yang bakal mereka lalui.
Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana murid-
murid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur kognitif
mereka. Pengalaman pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata
struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi
membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne & Wittrock, 1983). Dengan lain
perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari
dengan fakta dan dapatan yang sebenarnya .
Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang berpegang kepada
sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi serta merta dan konkrit. Ini
bermakna bahawa ilmu pengetahuan dibina oleh individu-individu melalui pengamatan
kepada fenomena alam.
Watzlawick (1984), mentakrifkan konstruktivisme sebagai kedudukan psikologikal yang
percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta dan makna yang konkrit;
pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan lain
perkataan, dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya dan
beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya, rekaan itu kemudian menjadi
asas pandangan sejagat dan tindakan.
101
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar
untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang.
Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar perlu ditinggalkan
manakala pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan
dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama
pendidikan ialah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga
berhubung dengan dunia nyata.
Sesuatu ilmu yang hendak disampaikan tidak mungkin dapat disampaikan oleh
seseorang kepada seseorang yang lain dalam bentuk yang sempurna. Setiap individu
akan membina ilmu pengetahuannya sendiri melalui pengalaman yang dilalui dan
dialaminya. Kita tidak boleh belajar untuk orang lain, begitulah juga guru tidak boleh
belajar bagi pihak muridnya. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea, dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Seseorang guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar iaitu
pengalaman yang sedia ada untuk membantu mereka membina konsep atau
pengetahuan baru. Apabila maklumat dan idea baru dapat disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian dari pegangan mereka, maka satu kerangka baru tentang sesuatu
ilmu itu akan dapat dibina. Proses inilah yang dikatakan sebagai proses konstruktivisme.
Perspektif Konstruktivisme akan mengubah kaedah pengajaran guru yang biasa kepada
kaedah yang menumpu kepada kejayaan murid membina dan menyusun skema
pengkonsepan berdasarkan pengalaman yang aktif dari kacamata murid itu sendiri.
5.1.3 Premis Pendekatan Konstruktivisme
Dua corak pemikiran utama dalam konstuktivisme ialah konstruktivisme peribadi dan
konstruktivisme sosial.
Konstruktivisme peribadi melibatkan seorang individu yang membina konstruktivisme itu
sendiri iaitu memproses struktur kognitif dan ingatan (teoris utama dalam kategori ini ialah
Von Glaserfeld dan Piaget).
Konstruktivisme sosial pula melibatkan kumpulan yang membina proses tersebut. (Teoris
utama dalam kategori ini ialah Vygotsky dan Bandura).
102
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Teori lain:
Jean Piaget Membangunkan skemata, akomodasi dan asimilasi, 4 tahap
perkembangan intelektual dan pemuliharaan.
Max Wertheimer Psikologi Gestalt, menekankan pandangan dalaman, hukum
terdekat dan pengakhiran (proximity & closure).
Lev Vygotsky Pembangunan sosial.
Jerome Bruner Teori Konstruktivisme.
Albert Bandura
Teori pembelajaran sosial, peniruan, pemodelan, efikasi
kendiri.
Ernst Von Glaserfeld Konstruktivisme radikal.
J Lave Pembelajaran situasi.
J Bransford Pembelajaran berteraju (anchored learning).
C Rogers Pembelajaran ekperiensial (berasas pengalaman).
John Dewey Pembelajaran berasaskan keputusan ketidakseimbangan
(a result of disequilibrium).
R Spiro Teori Kebolehlenturan kognitif.
C Reigeluth Teori huraian (Elaboration).
T Sticht Konteks Fungsian.
5.1.4 Konstruktivisme Dalam KHSR
Hasrat yang hendak dicapai dalam KBSR dinyatakan secara jelas dalam Falsafah
Pendidikan Sekolah Rendah yang berbunyi:
“Murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran dan
pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman ini meliputi
aspek intelek, rohani dan jasmani. Pengalaman yang patut dilalui oleh murid
hendaklah sesuai dan relevan dengan matlamat yang hendak dicapai melalui
aktiviti-aktiviti yang menarik. Perkara penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah penglibatan setiap murid yang aktif”
(KPM, 1981).
103
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Daripada penyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlaku melalui
penglibatan murid-murid secara aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
menarik. Ini menunjukan bahawa proses pendidikan peringkat rendah menekankan
kepada membina kemahiran dan menggunakannya.
Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu
kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat
dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara “hands-on” dan
“minds-on”. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid mempelajari dan
memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai
bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman
dan konsepnya sendiri mengenai alam dan fenomena-fenomenanya. Oleh itu, suasana
pembelajaran bilik darjah semestinya menyediakan ruang untuk murid-murid menguji,
menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar.
Pembelajaran dalam KHSR dicapai melalui pengalaman praktikal dan mencari
penerangan mengenainya. Murid-murid belajar secara pembinaan sendiri ilmu
pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh guru mereka.
Mereka akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk membina pengalaman
dan pengetahuan baru.
Perspektif konstruktivisme menjadi suatu paradigma yang dominan dalam bidang psikologi
kognitif. Menurut Wittrock (1985), dalam dekad ini terjadi anjakan kepada pengkaji
pembelajaran manusia daripada mengkaji aspek-aspek luaran kepada aspek-aspek
dalaman. Mereka lebih berminat untuk mengkaji aspek-aspek dalaman diri murid-murid
seperti pengetahuan sedia ada, muatan ingatan, motivasi dan kognitif mereka.
5.1.4.1 Ciri-ciri Bilik Darjah
Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan
pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya,
amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik darjah perlu berorientasikan kepada
pembelajaran melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang
menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam
pengajaran mereka mempunyai ciri-ciri tertentu.
Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang mengamalkan
pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang mengandungi kriteria-
kriteria seperti berikut:
1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi
pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka
mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut.
2. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk
murid-murid dan mempunyai kefahaman bagaimana mereka mesti bergerak ke arah
mencapainya.
104
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
3. Guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan
sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka dan
menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka.
4. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaik-
baiknya idea baru yang mereka perolehi.
5. Guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid
mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka.
5.1.4.2 Aplikasi Konstuktivisme dalam KHSR
Teori Konstruktivisme amat sesuai diaplikasikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup. Model pengajaran konstruktivisme 5 fasa yang telah dicadangkan
dalam ‘Children’s Learning in Science Project’ (Needham, 1987) juga sesuai digunakan.
Model Konsruktivisme 5 fasa Needham :
Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
1 Orientasi Menimbulkan minat dan
menyediakan suasana.
Amali dan
penyelesaian
masalah sebenar,
tunjukcara oleh
guru, tayangan
video dan keratan
akhbar.
2 Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar
tentang idea terdahulu.
Amali,
perbincangan
dalam kumpulan
kecil, pemetaan
konsep dan
laporan.
3 Penstrukturan
Semula
i) Penjelasan dan
Pertukaran
ii) Pendedahan
kepada situasi
konflik
Mewujudkan kesedaran
tentang idea alternatif yang
berbentuk saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea
sedia ada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti
dengan idea yang lebih
saintifik.
Perbincangan
dalam kumpulan
kecil dan buat
laporan
Perbincangan,
pembacaan, input
guru.
Amali, kerja projek,
eksperimen, tunjuk
cara guru
105
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
iii)Pembinaan idea
baru
iv) Penilaian
Mengenal pasti idea-idea
alternatif dan memeriksa
secara kritis idea-idea sedia
ada sendiri.
Menguji kesahan idea-idea
sedia ada.
Pengubahsuaian,
pengembangan atau
penukaran idea
Menguji kesahan untuk idea-
idea baru yang dibina.
4 Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea
yang telah dibina dalam
situasi baru dan biasa.
Penulisan sendiri
kerja projek.
5 Renungan kembali Menyedari tentang perubahan
idea murid. Murid dapat
membuat refleksi sejauh
manakah idea asal mereka
telah berubah.
Penulisan kendiri,
perbincangan
kumpulan, catatan
peribadi dan lain-
lain.
Cuba anda bayangkan, sebagai seorang guru KHSR, anda sedang mengajar topik
Penyambungan Bahan. Bagaimana anda memperkenalkan topik ini dan menyampaikan
kandungannya? Mengikut pendekatan konstruktivisme, sesuatu pembelajaran perlu
dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid.
Anda mungkin boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
murid-murid contoh bahan (kayu, fabrik, kertas). Berdasarkan bahan yang diberi anda
boleh meminta mereka berbincang dalam kumpulan bagaimanakah bahan-bahan tadi
boleh disambungkan.
Kemungkinan-kemungkinan jawapan murid-murid ialah:
Jenis bahan: Fabrik
Cara penyambungan:
1. Jahitan
2. Gam
3. Staple
4. Pin
5. Zip
6. Valcro
Berdasarkan jawapan murid, anda perlu membetulkan bagi fakta-fakta yang salah dan
meneguhkan bagi fakta-fakta yang benar. Anda perlu menerangkan tujuan fabrik
disambung ialah untuk menghasilkan sehelai pakaian.
106
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Fakta-fakta yang Betul
Jenis bahan: Fabrik
Cara penyambungan:
1. Jahitan
2. Zip
3. Valcro
Fakta-fakta yang Salah
Jenis bahan: Fabrik
Cara penyambungan:
1. Gam
2. Pin
3. Staple
Situasi di atas membolehkan pelajar mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia
ada dan membina sendiri ilmu pengetahuan baru melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan
oleh guru.
5.1.4.3 Adakah Anda Telah Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme?
Anda telah mempraktikkan pendekatan kontruktivisme sekiranya:
Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah.
Pelajaran berpusatkan murid.
Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
Murid menghubungkaitkan idea asal dan idea yang baru dibina.
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
Murid digalakkan mengemukakan hipotesis.
Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid memberi jawapan.
Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.
Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.
107
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Guru prihatin terhadap kebolahan, keperluan dan minat murid-murid.
Murid-murid bekerja dalam kumpulan.
Aktiviti 5.1
Apakah topik yang sesuai diajar dengan pendekatan kontruktivisme?
Jelaskan bagaimana anda boleh menyediakan situasi pembelajaran
dengan menggunakan pendekatan tersebut?
5.2 PENDEKATAN KONTEKSTUAL
5.2.1 Definisi
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin
con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks
pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual
membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, pendekatan kontekstual iaitu pendekatan yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran
isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna
dalam kehidupan seharian mereka.
5.2.2 Konsep Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah
ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan
minds-on.
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila
pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan
membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori
Pembelajaran kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan seharian.
Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal
atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
108
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran?
Pendekatan kontekstual penting kerana:
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan
peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan
yang tidak asing kepada murid.
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal,
belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas
yang positif.
Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu
kemahiran yang perlu dipelajari.
Pendekatan ini bersesuaian dengan ciri-ciri kejayaan dalam pembelajaran yang
disarankan oleh William Glaser, iaitu 80% pelajaran yang mereka pelajari akan kekal
dalam ingatan daripada apa yang kita alami sendiri.
Kebanyakan murid di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka
pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab
cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk murid tidak tersentuh
melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak),
namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka
mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di
mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.
Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila
berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa
pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau atau
melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi, rangsangan serta tindak balas.
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri
(dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
Pendekatan ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara
semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan
cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia terbentuk
daripada pemahaman, persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam
makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia
menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang
menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial,
fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara
idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Pengajaran-
pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang
membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar
dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan
109
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan
pekerja.
Pembelajaran kontekstual berlaku apabila terdapat hubungan yang rapat antara ilmu yang
dipelajari dengan pengalaman sebenar. Sesuatu yang membolehkan seseorang
mengaplikasikan teori-teori akademiknya dalam situasi yang sebenarnya. Melalui
pembelajaran kontekstual jugalah seseorang itu terutamanya pelajar digalakkan untuk
menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian sebagai
seorang ahli keluarga, warganegara dan pekerja.
Konsep pembelajaran konstekstual adalah seperti berikut:
Berpusatkan pelajar, guru sebgai fasilitator
Penerapan konsep ‘Competency Based Education’.
Tayangan video yang berkaitan dengan topik dan situasi tempat kerja.
Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit melalui interaksi pelajar dengan
pelajar, pelajar dengan guru.
Melalui pendekatan ‘cooperative learning’.
Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara ‘hands-on’ dan berkaitan alam
pekerjaan/situasi tempat kerja.
Antara strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kontekstual ialah:
Menitikberatkan penyelesaian masalah
Mengenal pasti keperluan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam
pelbagai keadaan seperti di tempat kediaman, komuniti dan tempat bekerja
Mengajar pelajar memantau pembelajarannya sendiri supaya mereka menjadi
individu yang boleh mengawal pembelajaran kendiri
Meneraju pengajaran bagi pelajar yang mempunyai konteks kehidupan yang
berlainan
Menggalakkan pelajar belajar di antara satu sama lain atau antara kumpulan
Menjalankan penilaian yang ‘authentic’
5.2.3 Kepentingan Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan industri
seperti berikut:
(a) Murid
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama
110
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
(b) Guru
• Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau
industri.
(c) Industri
• Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara
berkesan pengikut keperluan
• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi
5.2.4 Bentuk Pembelajaran Kontekstual
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih
daripada bentuk pembelajaran yang berikut:
(a) E (Experiencing)
(Mengalami)
Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta
(b) R (Relating)
(Menghubung kait)
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman
hidup
(c) A (Applying)
(Mengaplikasi)
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan
dalam situasi lain.
(d) C (Cooperating)
(Bekerjasama)
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi
(e) T (Transfering)
(Memindahkan)
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina
daripada apa yang telah diketahui
5.2.5 Premis Pembelajaran Kontekstual
Bukan semua orang boleh belajar secara abstrak. Kebanyakannya orang belajar dengan
lebih baik secara informal iaitu melalui pengalaman kontekstual (Caine, dan Caine, 1991,
Gardner, 1983, Kolb,1984). Oleh itu, untuk memenuhi cara belajar yang pelbagai maka
perlulah digunakan pelbagai strategi pembelajaran, pelbagai cara menyusun kandungan
kurikulum dan pelbagai konteks bagi peluang-peluang pembelajaran.
111
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Pembelajaran kontekstual memerlukan koordinasi akademik dan kemahiran
teknik yang piawai.
Pada masa kini para pendidik, pembuat dasar dan majikan telah menggunakan dan
menitikberatkan perhubungan antara akademik dengan pendidikan vokasional.
Contohnya, kebanyakan institusi pengajian menghantar pelajar-pelajarnya untuk menjalani
latihan industri atau praktikum di industri tertentu. Tenaga pengajar juga dihantar
menjalani ‘internship/externship’ di tempat-tempat yang dipilih. Latihan industri atau
praktikum ini memberi pengalaman kepada keadaan yang sebenar dan menyediakan
pelajar ke alam pekerjaan kelak.
Sebelum melaksanakan kaedah pembelajaran kontekstual, pelbagai perkara harus diambil
kira seperti meneliti apakah keadaan (nature) sesebuah tempat latihan itu dalam
memenuhi keperluan pelajar yang menjalani latihan, tanggungjawab yang akan dipikul dan
pengalaman yang bakal diperolehi, cara membuat penilaian, masa yang diperlukan dan
sebagainya.
Pembelajaran kontekstual memerlukan komunikasi yang berterusan di kalangan pihak-
pihak yang terlibat iaitu guru, majikan, pembimbing, pelajar dan juga ibu bapa. Ibu bapa
boleh dijemput ke dalam kelas untuk mempelajari bagaimanakah bentuk dan cara
pembelajaran kontekstual ini dilakukan, apakah matlamatnya dan hasil kemajuan pelajar.
Mereka perlu digalakkan menyumbang kepada perancangan dan pembangunan sistem
ini. Maklum balas daripada pelajar adalah amat penting sebagai komponen utama dalam
penilaian dan pemurnian sistem.
5.2.6 Aplikasi Pendekatan Kontekstual
Beberapa contoh boleh diambil dalam mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup seperti Hari Keushawanan di mana
pelajar-pelajar boleh dilibatkan dalam semua aktiviti seperti merancang aktiviti yang akan
dijalankan, penghasilan produk, promosi, membuat belanjawan dan simpankira dan
sebagainya. Sebagai tambahan seseorang pelajar bukan sahaja terlibat dengan satu mata
pelajaran sahaja malah mengaplikasikan mata pelajaran matematik, seni, sains, bahasa
dan lain-lain. Melalui cara sebegini pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari di sekolah ke dunia pekerjaan kelak.
Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah merupakan suatu dokumen yang
menggabungjalinkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai komponen mata pelajaran.
Ini juga merupakan suatu contoh di mana setiap komponen akan melibatkan aktiviti-aktiviti
kontekstual yang berupa aktiviti pembelajaran amali seperti menjahit, membina litar
elektrik, menanam pokok, merancang belanjawan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan
menjadi pemangkin dan dapat diaplikasikan di rumah.
Terdapat pelbagai contoh yang menjelaskan bagaimana pembelajaran kontekstual ini
dijalankan. Namun apa yang penting ialah para pelajar dapat disediakan untuk
menghadapi situasi yang sebenar apabila mereka meninggalkan institusi pengajian
mereka.
112
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan
dalam sesuatu pelajaran?
5.3 PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
(PBP)
5.3.1 Definisi
PBP adalah satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu.
Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan yang
betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.
Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya siap.
Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi murid dengan guru yang
merupakan bimbingan dan perundingan merupakan ciri penting dalam mengendalikan
projek.
5.3.2 Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek
Kaedah ini merupakan satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau
sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam
atau di luar waktu belajar yang biasa. Kaedah ini melibatkan pelajar memainkan peranan
aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang dikaji.
Kaedah ini mula disarankan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Hasil
pembelajaran murid adalah lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik. Kaedah
ini juga menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti seperti kerja amali,
permainan, kajian dan lawatan. Ianya dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan,
kebolehan berfikir secara reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut
bidang masing-masing.
Apabila pelajar-pelajar telah menguasai beberapa kemahiran tertentu aktiviti berasaskan
projek akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Misalnya, pelajar-pelajar telah didedahkan
tentang bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula, maka mereka boleh diberi suatu
projek penghasilan produk dengan menggunakan bahan-bahan buangan. Selain itu
sesuatu projek boleh diberikan kepada pelajar yang menggemari topik-topik tertentu
dalam pelajaran mereka.
113
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
5.3.2.1 Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek
Berikut adalah prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek. Anda boleh
menggunakannya sebagai panduan merancang kaedah pembelajaran ini.
1. Aktiviti pembelajaran sepatutnya berfokus kepada penggunaan kemahiran
pemprosesan maklumat (information-processing skills) daripada pemerhatian
sehinggalah mensintesis. Aktiviti yang dirancang juga perlu mengaplikasikan
peraturan-peraturan asas dalam konteks konseptual.
2. Pembelajaran Inkuiri meletakkan murid-murid dalam proses pembelajaran yang aktif.
Elemen seperti guru, sumber pembelajaran, teknologi dan sebagainya boleh
membantu murid-murid dalam proses pembelajaran.
3. Model yang disediakan oleh guru menjadi contoh dalam proses pembelajaran. Guru
juga adalah sebagai pemudah cara dalam proses murid-murid mencari maklumat
dan melaksanakan tugas-tugas projek.
4. Apa yang ditaksirkan itu adakah benar-benar bernilai? Oleh itu, penekanan perlu
diberikan kepada kemahiran memproses maklumat, tingkah laku semula jadi
pemikiran dan pemahaman tentang sesuatu konsep, berbanding dengan hanya
melihat kandungan dalam sesuatu bidang.
5.3.3 Premis Pembelajaran Berasaskan Projek
Terdapat tiga komponen penting dalam PBP seperti yang ditunjukkan di bawah
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
PROJEK
PROSES HASIL SAHSIAH
Pelaksanaan
Strategi
implementasi
Unsur Inovasi
Unsur Kreatif
Mengikut
tempoh masa
ditetapkan
Penggunaan
produk
Kualiti Produk
Laporan
Persembahan
Dapatan
Sikap
Kerjasama
Penglibatan
kolaboratif
pelajar
114
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Untuk memastikan supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, terdapat
beberapa faktor yang perlu dititikberatkan seperti:
Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan kelancaran projek yang
hendak dijalankan
Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan kecenderungan pelajar
Memastikan keperluan dan alatan disediakan
Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan guru dan yang manakah perlu
dijalankan sendiri oleh pelajar
Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek dipersembahkan, dipamerkan,
disimpan dan sebagainya.
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
Menggalakkan murid bekerjasama dan mengambil tanggungjawab.
Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti dan inovasi
Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar
bilik darjah.
Memotivasikan murid
Memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai pemimpin
Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing.
Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan bekerja pada kadar yang
setaraf dengan kemampuannya.
Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang kurang yakin dan mahu
menunjukkan kebolehan mereka sepenuhnya.
Garis panduan yang tepat dan terpenrinci harus diberi oleh guru untuk menggalakkan
pemikiran pelajar pada aras yang lebih tinggi (higher order thingking skill). Ini termasuk
semua kriteria yang akan dinilai dalam hasil kerja mereka.
5.3.4 Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek
Terdapat pelbagai projek yang sesuai diberikan kepada pelajar di peringkat sekolah
rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara berkumpulan. Antaranya ialah
menjalankan kajian, menghasilkan kerja tangan dan lawatan.
Suatu kajian yang dapat dijalankan oleh pelajar misalnya ialah berkaitan dengan
pertumbuhan beberapa anak benih seperti jagung, kacang hijau dan sawi. Pelajar boleh
mengukur berapakah ketinggian anak benih berbanding masa pertumbuhannya.
115
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Selain dari itu, bagi penghasilan objek pula projek yang sesuai diberikan adalah seperrti
meminta pelajar menghasilkan satu bingkai gambar dengan menggunakan bahan
buangan.
Bagi projek lawatan pula, pelajar mungkin dibawa melawat muzium atau kampung budaya
selepas mereka mempelajari sejarah atau budaya kehidupan sesebuah masyarakat.
Sebelum lawatan dibuat guru perlulah menentukan tempat lawatan yang berkaitan, aktiviti
yang perlu dibuat semasa lawatan seperti membuat pemerhatian dan catatan dan juga
perkara yang perlu dilakukan selepas lawatan seperti mengumpul objek-objek yang
diperolehi selepas lawatan, membuat buku skrap dan sebagainya.
5.3.5 Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
Rangka Kerja
Soalan
Perancangan
Jadual Pelaksanaan
Mengawas
Mentaksir
Menilai
Sumber: George Lucas
Education Foundation
5.3.5.1 Soalan
Mulakan dengan soalan essential.
Pilih topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan mulakan dengan
penyiasatan.
Pastikan relevan dengan murid-murid
116
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
5.3.5.2 Perancangan
Rancang kandungan spesifik yang perlu dikaitkan apabila murid-murid menjawab
soalan.
Libatkan murid-murid dalam proses merancang dan menjalankan projek.
Guru dan murid-murid adakan sumbangsaran untuk aktiviti yang akan dijalankan
dalam projek yang dirancang.
5.3.5.3 Jadual Pelaksanaan
Guru bersama pelajar mereka bentuk jadual pelaksanaan untuk setiap komponen
projek.
Setkan benchmarks.
Pastikan jadual anda mudah difahami dan sesuai dengan umur murid-murid.
5.3.5.4 Mengawas
Guru sebagai pemudahcara
Guru membimbing proses projek.
Gunakan rubriks dalam proses membimbing
5.3.5.5 Mentaksir
Pastikan pentaksiran adalah asli dan disediakan oleh guru
Gunakan pelbagai jenis pentaksiran.
Ambil masa untuk mentaksir secara indivudu dan kumpulan
5.3.5.6 Penilaian
Murid-murid berkongsi pengalaman
Bincang bagaimanakah projek itu dijalankan sehingga berjaya.
Bincang apakah perubahan yang perlu dilakukan
Berkongsi idea untuk pelaksanaan projek baru kelak.
117
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Aktiviti 5.2
Pilih satu topik yang anda fikir sesuai untuk mengaplikasikan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Projek. Jawab soalan-soalan berikut:
1. Apakah soalan essential (mustahak) yang anda akan ajukan kepada
murid-murid untuk meransang mereka memilih projek?
2. Apakah cadangan projek yang anda fikirkan boleh dilaksanakan oleh
murid-murid?
3. Tempoh masa pelaksanaan projek?
RUMUSAN
Teori pendekatan konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek
merupakan teori pembelajaran yang banyak digunakan masa kini. Terdapat pelbagai teori
pembelajaran lain yang digunakan. Namun, yang pastinya teori-teori ini dihasilkan dengan
tujuan untuk memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditentukan.
Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan
membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman
dan pengetahuan terdahulu mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional
perlu bertukar kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti “hands-on” dan “minds-
on” bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru
harus berupaya untuk mengubah kerangka konseptual murid-murid supaya berfikir selari
dengan fakta saintifik, dan di samping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan
konseptual dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. Pembelajaran berasaskan
projek pula lebih menggalakkan pelajar memproses maklumat untuk mencari
penyelesaian sesuatu persoalan.
118
OUM
TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
GLOSARI
Akomodasi – Penyesuaian: pendekatan yang kerap dibincangkan.
Asimilasi – Pemaduan bermacam-macam unsur menjadi satu.
Authentic – Tulen.
Discovery Learning – Pembelajaran melalui penemuan-penemuan baru yang
diperolehi.
Internship – Menjalani latihan di lokasi sebenar bagi suatu jangka
masa tertentu.
UJIAN 1
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 15 minit
1. Berikan definisi Konstruktivisme
2. Jelaskan dengan ringkas 2 corak pemikiran utama dalam konstruktivisme
3. Berikan 3 strategi pembelajaran kontekstual
4. Jelaskan 2 perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan program
pembelajaran kontekstual
5. Jelaskan 2 faktor yang perlu diberi perhatian supaya hasil pengajaran dan
pembelajaran berasaskan projek berkesan.
UJIAN 2
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 30 minit
1. Jelaskan dengan ringkas tentang pembelajaran berasaskan projek.
2. Terangkan perbezaan antara teori konstruktivisme dan kontekstual
3. Bincangkan bagaimanakah pembelajaran berasaskan projek dapat diaplikasikan
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan berikan contoh yang bersesuaian.

Contenu connexe

Tendances

Nota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi PembelajaranNota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi Pembelajaranadeendra
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifzikriamri86
 
Hubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babii
Hubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babiiHubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babii
Hubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babiiAyu Rinjani
 
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajarTeori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajararuna227
 
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...yulius LYAN
 
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Zuelaikha Rahim
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016yulianusmendrofa
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Nor Rani Othman
 
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, danPerbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, danIka Pratiwi
 
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)Sriwijaya University
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifCikgu Zatiah
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 

Tendances (20)

Rumpun Teori Belajar
Rumpun Teori BelajarRumpun Teori Belajar
Rumpun Teori Belajar
 
Nota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi PembelajaranNota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi Pembelajaran
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitif
 
Hubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babii
Hubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babiiHubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babii
Hubptain gdl-innanyfitr-7535-3-babii
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajarTeori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
 
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
Ragam model dan sintaknya pembeljaran yang dikembangkan berdasrkan teori beha...
 
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
 
Prinsip
PrinsipPrinsip
Prinsip
 
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, danPerbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
 
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Model model pembelajaran-sertf
Model model pembelajaran-sertfModel model pembelajaran-sertf
Model model pembelajaran-sertf
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 

Similaire à 45565607 topik-5-khsr-oum

Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)Dedi Yulianto
 
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Dedi Yulianto
 
Konsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKonsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKundas Tanma
 
Makalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistikMakalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistikPujiati Puu
 
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxTUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxazrirans
 
Teori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar KonstruktivismeTeori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar KonstruktivismeCharis Muhammad
 
Konstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiahKonstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiahDiah Japri
 
materi 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptx
materi 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptxmateri 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptx
materi 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptxchaidijuberti
 
Teori Belajar Kelompok 2.pptx
Teori Belajar Kelompok 2.pptxTeori Belajar Kelompok 2.pptx
Teori Belajar Kelompok 2.pptxcyclonecc
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivismeTeori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivismeMuhammadLatif68
 
Unit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivismeUnit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivismeAminah Rahmat
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeBun Faris
 

Similaire à 45565607 topik-5-khsr-oum (20)

Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
 
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
 
Teori konstruktive
Teori konstruktiveTeori konstruktive
Teori konstruktive
 
Konsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKonsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistik
 
Makalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistikMakalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistik
 
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxTUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
 
Teori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar KonstruktivismeTeori Belajar Konstruktivisme
Teori Belajar Konstruktivisme
 
Modul 6 kb 3
Modul 6 kb 3Modul 6 kb 3
Modul 6 kb 3
 
Konstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiahKonstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiah
 
Sbd1
Sbd1Sbd1
Sbd1
 
materi 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptx
materi 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptxmateri 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptx
materi 9 teori prmbrlajaran Pendekatan_konstruktivisme_dalam_pembela - Copy.pptx
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Teori Belajar Kelompok 2.pptx
Teori Belajar Kelompok 2.pptxTeori Belajar Kelompok 2.pptx
Teori Belajar Kelompok 2.pptx
 
Ctl
CtlCtl
Ctl
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivismeTeori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme
 
Unit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivismeUnit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivisme
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
 

45565607 topik-5-khsr-oum

  • 1. 98 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Norizah Taib dan Zanariah Mahyun PENGENALAN Sumber: Intell Teach to the Future Program Gambar-gambar di atas menunjukkan murid-murid begitu gembira, berminat, bermotivasi dan tekun dalam pembelajaran. Apakah pendekatan yang harus anda pilih untuk memastikan murid-murid anda juga begitu?
  • 2. 99 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. memahami konsep pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek; 2. membanding bezakan pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek; dan 3. mengaplikasi pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran. GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
  • 3. 100 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR 5.1 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME 5.1.1 Definisi 5.1.2 Konsep Pendekatan Konstruktivisme Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses pelajar membina pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina ke dalam struktur kognitif kanak-kanak tersebut hasil pengalaman mereka dengan alam. Struktur pengetahuan ini kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan perubahan konseptual murid-murid. Dari perspektif konstruktivis, pembelajaran bermakna pengetahuan dibina di dalam diri pelajar hasil daripada pengalaman pancainderanya dengan alam. Murid-murid akan bertindak kepada pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara membina di dalam minda mereka skema atau struktur kognitif yang mana akan membentuk makna dan kefahaman mereka. Individu-individu akan memberi makna kepada situasi atau fenomena dan mengakibatkan pembentukan proses yang mengambil tempat dalam minda individu tersebut. Ahli pendidikan masa kini mempercayai dan berkeyakinan bahawa murid-murid yang datang ke dalam suasana pembelajaran membawa bersama mereka segala pengalaman terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990). Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran, perasaan dan kemahiran yang mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman pembelajaran yang bakal mereka lalui. Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana murid- murid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne & Wittrock, 1983). Dengan lain perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan fakta dan dapatan yang sebenarnya . Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang berpegang kepada sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi serta merta dan konkrit. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan dibina oleh individu-individu melalui pengamatan kepada fenomena alam. Watzlawick (1984), mentakrifkan konstruktivisme sebagai kedudukan psikologikal yang percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta dan makna yang konkrit; pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan lain perkataan, dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya dan beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya, rekaan itu kemudian menjadi asas pandangan sejagat dan tindakan.
  • 4. 101 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang. Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar perlu ditinggalkan manakala pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama pendidikan ialah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia nyata. Sesuatu ilmu yang hendak disampaikan tidak mungkin dapat disampaikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain dalam bentuk yang sempurna. Setiap individu akan membina ilmu pengetahuannya sendiri melalui pengalaman yang dilalui dan dialaminya. Kita tidak boleh belajar untuk orang lain, begitulah juga guru tidak boleh belajar bagi pihak muridnya. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea, dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Seseorang guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar iaitu pengalaman yang sedia ada untuk membantu mereka membina konsep atau pengetahuan baru. Apabila maklumat dan idea baru dapat disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian dari pegangan mereka, maka satu kerangka baru tentang sesuatu ilmu itu akan dapat dibina. Proses inilah yang dikatakan sebagai proses konstruktivisme. Perspektif Konstruktivisme akan mengubah kaedah pengajaran guru yang biasa kepada kaedah yang menumpu kepada kejayaan murid membina dan menyusun skema pengkonsepan berdasarkan pengalaman yang aktif dari kacamata murid itu sendiri. 5.1.3 Premis Pendekatan Konstruktivisme Dua corak pemikiran utama dalam konstuktivisme ialah konstruktivisme peribadi dan konstruktivisme sosial. Konstruktivisme peribadi melibatkan seorang individu yang membina konstruktivisme itu sendiri iaitu memproses struktur kognitif dan ingatan (teoris utama dalam kategori ini ialah Von Glaserfeld dan Piaget). Konstruktivisme sosial pula melibatkan kumpulan yang membina proses tersebut. (Teoris utama dalam kategori ini ialah Vygotsky dan Bandura).
  • 5. 102 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Teori lain: Jean Piaget Membangunkan skemata, akomodasi dan asimilasi, 4 tahap perkembangan intelektual dan pemuliharaan. Max Wertheimer Psikologi Gestalt, menekankan pandangan dalaman, hukum terdekat dan pengakhiran (proximity & closure). Lev Vygotsky Pembangunan sosial. Jerome Bruner Teori Konstruktivisme. Albert Bandura Teori pembelajaran sosial, peniruan, pemodelan, efikasi kendiri. Ernst Von Glaserfeld Konstruktivisme radikal. J Lave Pembelajaran situasi. J Bransford Pembelajaran berteraju (anchored learning). C Rogers Pembelajaran ekperiensial (berasas pengalaman). John Dewey Pembelajaran berasaskan keputusan ketidakseimbangan (a result of disequilibrium). R Spiro Teori Kebolehlenturan kognitif. C Reigeluth Teori huraian (Elaboration). T Sticht Konteks Fungsian. 5.1.4 Konstruktivisme Dalam KHSR Hasrat yang hendak dicapai dalam KBSR dinyatakan secara jelas dalam Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah yang berbunyi: “Murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman ini meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani. Pengalaman yang patut dilalui oleh murid hendaklah sesuai dan relevan dengan matlamat yang hendak dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang menarik. Perkara penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penglibatan setiap murid yang aktif” (KPM, 1981).
  • 6. 103 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Daripada penyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlaku melalui penglibatan murid-murid secara aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik. Ini menunjukan bahawa proses pendidikan peringkat rendah menekankan kepada membina kemahiran dan menggunakannya. Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara “hands-on” dan “minds-on”. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri mengenai alam dan fenomena-fenomenanya. Oleh itu, suasana pembelajaran bilik darjah semestinya menyediakan ruang untuk murid-murid menguji, menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar. Pembelajaran dalam KHSR dicapai melalui pengalaman praktikal dan mencari penerangan mengenainya. Murid-murid belajar secara pembinaan sendiri ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh guru mereka. Mereka akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk membina pengalaman dan pengetahuan baru. Perspektif konstruktivisme menjadi suatu paradigma yang dominan dalam bidang psikologi kognitif. Menurut Wittrock (1985), dalam dekad ini terjadi anjakan kepada pengkaji pembelajaran manusia daripada mengkaji aspek-aspek luaran kepada aspek-aspek dalaman. Mereka lebih berminat untuk mengkaji aspek-aspek dalaman diri murid-murid seperti pengetahuan sedia ada, muatan ingatan, motivasi dan kognitif mereka. 5.1.4.1 Ciri-ciri Bilik Darjah Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik darjah perlu berorientasikan kepada pembelajaran melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran mereka mempunyai ciri-ciri tertentu. Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang mengamalkan pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang mengandungi kriteria- kriteria seperti berikut: 1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut. 2. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk murid-murid dan mempunyai kefahaman bagaimana mereka mesti bergerak ke arah mencapainya.
  • 7. 104 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR 3. Guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka dan menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka. 4. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaik- baiknya idea baru yang mereka perolehi. 5. Guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka. 5.1.4.2 Aplikasi Konstuktivisme dalam KHSR Teori Konstruktivisme amat sesuai diaplikasikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Model pengajaran konstruktivisme 5 fasa yang telah dicadangkan dalam ‘Children’s Learning in Science Project’ (Needham, 1987) juga sesuai digunakan. Model Konsruktivisme 5 fasa Needham : Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah 1 Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana. Amali dan penyelesaian masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan video dan keratan akhbar. 2 Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu. Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. 3 Penstrukturan Semula i) Penjelasan dan Pertukaran ii) Pendedahan kepada situasi konflik Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan Perbincangan, pembacaan, input guru. Amali, kerja projek, eksperimen, tunjuk cara guru
  • 8. 105 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR iii)Pembinaan idea baru iv) Penilaian Mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri. Menguji kesahan idea-idea sedia ada. Pengubahsuaian, pengembangan atau penukaran idea Menguji kesahan untuk idea- idea baru yang dibina. 4 Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Penulisan sendiri kerja projek. 5 Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain- lain. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang guru KHSR, anda sedang mengajar topik Penyambungan Bahan. Bagaimana anda memperkenalkan topik ini dan menyampaikan kandungannya? Mengikut pendekatan konstruktivisme, sesuatu pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid. Anda mungkin boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi murid-murid contoh bahan (kayu, fabrik, kertas). Berdasarkan bahan yang diberi anda boleh meminta mereka berbincang dalam kumpulan bagaimanakah bahan-bahan tadi boleh disambungkan. Kemungkinan-kemungkinan jawapan murid-murid ialah: Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Gam 3. Staple 4. Pin 5. Zip 6. Valcro Berdasarkan jawapan murid, anda perlu membetulkan bagi fakta-fakta yang salah dan meneguhkan bagi fakta-fakta yang benar. Anda perlu menerangkan tujuan fabrik disambung ialah untuk menghasilkan sehelai pakaian.
  • 9. 106 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Fakta-fakta yang Betul Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Zip 3. Valcro Fakta-fakta yang Salah Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Gam 2. Pin 3. Staple Situasi di atas membolehkan pelajar mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada dan membina sendiri ilmu pengetahuan baru melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru. 5.1.4.3 Adakah Anda Telah Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme? Anda telah mempraktikkan pendekatan kontruktivisme sekiranya: Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah. Pelajaran berpusatkan murid. Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’. Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Murid menghubungkaitkan idea asal dan idea yang baru dibina. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis. Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid memberi jawapan. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid. Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.
  • 10. 107 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Guru prihatin terhadap kebolahan, keperluan dan minat murid-murid. Murid-murid bekerja dalam kumpulan. Aktiviti 5.1 Apakah topik yang sesuai diajar dengan pendekatan kontruktivisme? Jelaskan bagaimana anda boleh menyediakan situasi pembelajaran dengan menggunakan pendekatan tersebut? 5.2 PENDEKATAN KONTEKSTUAL 5.2.1 Definisi Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, pendekatan kontekstual iaitu pendekatan yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. 5.2.2 Konsep Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan seharian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
  • 11. 108 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran? Pendekatan kontekstual penting kerana: Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Pendekatan ini bersesuaian dengan ciri-ciri kejayaan dalam pembelajaran yang disarankan oleh William Glaser, iaitu 80% pelajaran yang mereka pelajari akan kekal dalam ingatan daripada apa yang kita alami sendiri. Kebanyakan murid di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk murid tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau atau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi, rangsangan serta tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia terbentuk daripada pemahaman, persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Pengajaran- pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan
  • 12. 109 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Pembelajaran kontekstual berlaku apabila terdapat hubungan yang rapat antara ilmu yang dipelajari dengan pengalaman sebenar. Sesuatu yang membolehkan seseorang mengaplikasikan teori-teori akademiknya dalam situasi yang sebenarnya. Melalui pembelajaran kontekstual jugalah seseorang itu terutamanya pelajar digalakkan untuk menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian sebagai seorang ahli keluarga, warganegara dan pekerja. Konsep pembelajaran konstekstual adalah seperti berikut: Berpusatkan pelajar, guru sebgai fasilitator Penerapan konsep ‘Competency Based Education’. Tayangan video yang berkaitan dengan topik dan situasi tempat kerja. Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit melalui interaksi pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru. Melalui pendekatan ‘cooperative learning’. Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara ‘hands-on’ dan berkaitan alam pekerjaan/situasi tempat kerja. Antara strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kontekstual ialah: Menitikberatkan penyelesaian masalah Mengenal pasti keperluan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam pelbagai keadaan seperti di tempat kediaman, komuniti dan tempat bekerja Mengajar pelajar memantau pembelajarannya sendiri supaya mereka menjadi individu yang boleh mengawal pembelajaran kendiri Meneraju pengajaran bagi pelajar yang mempunyai konteks kehidupan yang berlainan Menggalakkan pelajar belajar di antara satu sama lain atau antara kumpulan Menjalankan penilaian yang ‘authentic’ 5.2.3 Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan industri seperti berikut: (a) Murid Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama
  • 13. 110 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR (b) Guru • Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. • Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. • Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. (c) Industri • Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan pengikut keperluan • Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi 5.2.4 Bentuk Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut: (a) E (Experiencing) (Mengalami) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta (b) R (Relating) (Menghubung kait) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup (c) A (Applying) (Mengaplikasi) Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. (d) C (Cooperating) (Bekerjasama) Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi (e) T (Transfering) (Memindahkan) Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui 5.2.5 Premis Pembelajaran Kontekstual Bukan semua orang boleh belajar secara abstrak. Kebanyakannya orang belajar dengan lebih baik secara informal iaitu melalui pengalaman kontekstual (Caine, dan Caine, 1991, Gardner, 1983, Kolb,1984). Oleh itu, untuk memenuhi cara belajar yang pelbagai maka perlulah digunakan pelbagai strategi pembelajaran, pelbagai cara menyusun kandungan kurikulum dan pelbagai konteks bagi peluang-peluang pembelajaran.
  • 14. 111 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Pembelajaran kontekstual memerlukan koordinasi akademik dan kemahiran teknik yang piawai. Pada masa kini para pendidik, pembuat dasar dan majikan telah menggunakan dan menitikberatkan perhubungan antara akademik dengan pendidikan vokasional. Contohnya, kebanyakan institusi pengajian menghantar pelajar-pelajarnya untuk menjalani latihan industri atau praktikum di industri tertentu. Tenaga pengajar juga dihantar menjalani ‘internship/externship’ di tempat-tempat yang dipilih. Latihan industri atau praktikum ini memberi pengalaman kepada keadaan yang sebenar dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan kelak. Sebelum melaksanakan kaedah pembelajaran kontekstual, pelbagai perkara harus diambil kira seperti meneliti apakah keadaan (nature) sesebuah tempat latihan itu dalam memenuhi keperluan pelajar yang menjalani latihan, tanggungjawab yang akan dipikul dan pengalaman yang bakal diperolehi, cara membuat penilaian, masa yang diperlukan dan sebagainya. Pembelajaran kontekstual memerlukan komunikasi yang berterusan di kalangan pihak- pihak yang terlibat iaitu guru, majikan, pembimbing, pelajar dan juga ibu bapa. Ibu bapa boleh dijemput ke dalam kelas untuk mempelajari bagaimanakah bentuk dan cara pembelajaran kontekstual ini dilakukan, apakah matlamatnya dan hasil kemajuan pelajar. Mereka perlu digalakkan menyumbang kepada perancangan dan pembangunan sistem ini. Maklum balas daripada pelajar adalah amat penting sebagai komponen utama dalam penilaian dan pemurnian sistem. 5.2.6 Aplikasi Pendekatan Kontekstual Beberapa contoh boleh diambil dalam mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup seperti Hari Keushawanan di mana pelajar-pelajar boleh dilibatkan dalam semua aktiviti seperti merancang aktiviti yang akan dijalankan, penghasilan produk, promosi, membuat belanjawan dan simpankira dan sebagainya. Sebagai tambahan seseorang pelajar bukan sahaja terlibat dengan satu mata pelajaran sahaja malah mengaplikasikan mata pelajaran matematik, seni, sains, bahasa dan lain-lain. Melalui cara sebegini pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah ke dunia pekerjaan kelak. Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah merupakan suatu dokumen yang menggabungjalinkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai komponen mata pelajaran. Ini juga merupakan suatu contoh di mana setiap komponen akan melibatkan aktiviti-aktiviti kontekstual yang berupa aktiviti pembelajaran amali seperti menjahit, membina litar elektrik, menanam pokok, merancang belanjawan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan menjadi pemangkin dan dapat diaplikasikan di rumah. Terdapat pelbagai contoh yang menjelaskan bagaimana pembelajaran kontekstual ini dijalankan. Namun apa yang penting ialah para pelajar dapat disediakan untuk menghadapi situasi yang sebenar apabila mereka meninggalkan institusi pengajian mereka.
  • 15. 112 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran? 5.3 PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) 5.3.1 Definisi PBP adalah satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya siap. Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi murid dengan guru yang merupakan bimbingan dan perundingan merupakan ciri penting dalam mengendalikan projek. 5.3.2 Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek Kaedah ini merupakan satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar yang biasa. Kaedah ini melibatkan pelajar memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang dikaji. Kaedah ini mula disarankan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Hasil pembelajaran murid adalah lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik. Kaedah ini juga menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti seperti kerja amali, permainan, kajian dan lawatan. Ianya dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing. Apabila pelajar-pelajar telah menguasai beberapa kemahiran tertentu aktiviti berasaskan projek akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Misalnya, pelajar-pelajar telah didedahkan tentang bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula, maka mereka boleh diberi suatu projek penghasilan produk dengan menggunakan bahan-bahan buangan. Selain itu sesuatu projek boleh diberikan kepada pelajar yang menggemari topik-topik tertentu dalam pelajaran mereka.
  • 16. 113 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR 5.3.2.1 Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek Berikut adalah prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek. Anda boleh menggunakannya sebagai panduan merancang kaedah pembelajaran ini. 1. Aktiviti pembelajaran sepatutnya berfokus kepada penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat (information-processing skills) daripada pemerhatian sehinggalah mensintesis. Aktiviti yang dirancang juga perlu mengaplikasikan peraturan-peraturan asas dalam konteks konseptual. 2. Pembelajaran Inkuiri meletakkan murid-murid dalam proses pembelajaran yang aktif. Elemen seperti guru, sumber pembelajaran, teknologi dan sebagainya boleh membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. 3. Model yang disediakan oleh guru menjadi contoh dalam proses pembelajaran. Guru juga adalah sebagai pemudah cara dalam proses murid-murid mencari maklumat dan melaksanakan tugas-tugas projek. 4. Apa yang ditaksirkan itu adakah benar-benar bernilai? Oleh itu, penekanan perlu diberikan kepada kemahiran memproses maklumat, tingkah laku semula jadi pemikiran dan pemahaman tentang sesuatu konsep, berbanding dengan hanya melihat kandungan dalam sesuatu bidang. 5.3.3 Premis Pembelajaran Berasaskan Projek Terdapat tiga komponen penting dalam PBP seperti yang ditunjukkan di bawah PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK PROSES HASIL SAHSIAH Pelaksanaan Strategi implementasi Unsur Inovasi Unsur Kreatif Mengikut tempoh masa ditetapkan Penggunaan produk Kualiti Produk Laporan Persembahan Dapatan Sikap Kerjasama Penglibatan kolaboratif pelajar
  • 17. 114 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Untuk memastikan supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan seperti: Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan kelancaran projek yang hendak dijalankan Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan kecenderungan pelajar Memastikan keperluan dan alatan disediakan Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan guru dan yang manakah perlu dijalankan sendiri oleh pelajar Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek dipersembahkan, dipamerkan, disimpan dan sebagainya. Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut: Menggalakkan murid bekerjasama dan mengambil tanggungjawab. Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti dan inovasi Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. Memotivasikan murid Memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai pemimpin Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing. Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuannya. Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang kurang yakin dan mahu menunjukkan kebolehan mereka sepenuhnya. Garis panduan yang tepat dan terpenrinci harus diberi oleh guru untuk menggalakkan pemikiran pelajar pada aras yang lebih tinggi (higher order thingking skill). Ini termasuk semua kriteria yang akan dinilai dalam hasil kerja mereka. 5.3.4 Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek Terdapat pelbagai projek yang sesuai diberikan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kajian, menghasilkan kerja tangan dan lawatan. Suatu kajian yang dapat dijalankan oleh pelajar misalnya ialah berkaitan dengan pertumbuhan beberapa anak benih seperti jagung, kacang hijau dan sawi. Pelajar boleh mengukur berapakah ketinggian anak benih berbanding masa pertumbuhannya.
  • 18. 115 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Selain dari itu, bagi penghasilan objek pula projek yang sesuai diberikan adalah seperrti meminta pelajar menghasilkan satu bingkai gambar dengan menggunakan bahan buangan. Bagi projek lawatan pula, pelajar mungkin dibawa melawat muzium atau kampung budaya selepas mereka mempelajari sejarah atau budaya kehidupan sesebuah masyarakat. Sebelum lawatan dibuat guru perlulah menentukan tempat lawatan yang berkaitan, aktiviti yang perlu dibuat semasa lawatan seperti membuat pemerhatian dan catatan dan juga perkara yang perlu dilakukan selepas lawatan seperti mengumpul objek-objek yang diperolehi selepas lawatan, membuat buku skrap dan sebagainya. 5.3.5 Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Rangka Kerja Soalan Perancangan Jadual Pelaksanaan Mengawas Mentaksir Menilai Sumber: George Lucas Education Foundation 5.3.5.1 Soalan Mulakan dengan soalan essential. Pilih topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan mulakan dengan penyiasatan. Pastikan relevan dengan murid-murid
  • 19. 116 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR 5.3.5.2 Perancangan Rancang kandungan spesifik yang perlu dikaitkan apabila murid-murid menjawab soalan. Libatkan murid-murid dalam proses merancang dan menjalankan projek. Guru dan murid-murid adakan sumbangsaran untuk aktiviti yang akan dijalankan dalam projek yang dirancang. 5.3.5.3 Jadual Pelaksanaan Guru bersama pelajar mereka bentuk jadual pelaksanaan untuk setiap komponen projek. Setkan benchmarks. Pastikan jadual anda mudah difahami dan sesuai dengan umur murid-murid. 5.3.5.4 Mengawas Guru sebagai pemudahcara Guru membimbing proses projek. Gunakan rubriks dalam proses membimbing 5.3.5.5 Mentaksir Pastikan pentaksiran adalah asli dan disediakan oleh guru Gunakan pelbagai jenis pentaksiran. Ambil masa untuk mentaksir secara indivudu dan kumpulan 5.3.5.6 Penilaian Murid-murid berkongsi pengalaman Bincang bagaimanakah projek itu dijalankan sehingga berjaya. Bincang apakah perubahan yang perlu dilakukan Berkongsi idea untuk pelaksanaan projek baru kelak.
  • 20. 117 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Aktiviti 5.2 Pilih satu topik yang anda fikir sesuai untuk mengaplikasikan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Jawab soalan-soalan berikut: 1. Apakah soalan essential (mustahak) yang anda akan ajukan kepada murid-murid untuk meransang mereka memilih projek? 2. Apakah cadangan projek yang anda fikirkan boleh dilaksanakan oleh murid-murid? 3. Tempoh masa pelaksanaan projek? RUMUSAN Teori pendekatan konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek merupakan teori pembelajaran yang banyak digunakan masa kini. Terdapat pelbagai teori pembelajaran lain yang digunakan. Namun, yang pastinya teori-teori ini dihasilkan dengan tujuan untuk memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditentukan. Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan terdahulu mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional perlu bertukar kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti “hands-on” dan “minds- on” bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru harus berupaya untuk mengubah kerangka konseptual murid-murid supaya berfikir selari dengan fakta saintifik, dan di samping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan konseptual dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. Pembelajaran berasaskan projek pula lebih menggalakkan pelajar memproses maklumat untuk mencari penyelesaian sesuatu persoalan.
  • 21. 118 OUM TOPIK 5PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR GLOSARI Akomodasi – Penyesuaian: pendekatan yang kerap dibincangkan. Asimilasi – Pemaduan bermacam-macam unsur menjadi satu. Authentic – Tulen. Discovery Learning – Pembelajaran melalui penemuan-penemuan baru yang diperolehi. Internship – Menjalani latihan di lokasi sebenar bagi suatu jangka masa tertentu. UJIAN 1 Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 15 minit 1. Berikan definisi Konstruktivisme 2. Jelaskan dengan ringkas 2 corak pemikiran utama dalam konstruktivisme 3. Berikan 3 strategi pembelajaran kontekstual 4. Jelaskan 2 perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan program pembelajaran kontekstual 5. Jelaskan 2 faktor yang perlu diberi perhatian supaya hasil pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek berkesan. UJIAN 2 Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 30 minit 1. Jelaskan dengan ringkas tentang pembelajaran berasaskan projek. 2. Terangkan perbezaan antara teori konstruktivisme dan kontekstual 3. Bincangkan bagaimanakah pembelajaran berasaskan projek dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan berikan contoh yang bersesuaian.