Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Metodologi kajian PA

45 741 vues

Publié le

Kerja Kursus PA Sem 2 '15

Metodologi kajian PA

  1. 1. 4.0 Metodologi Kajian Kajian ini bertujuan untuk contoh mengenalpasti tajuk masing-masing. Pelbagai kaedah yang digunakan dalam mengkaji tajuk ini. 4.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Tinjauan adalah pendekatan deskriptif yang digunakan dengan meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpul data dan maklumat ( Azizi Yahaya 2007). Menurut Finik (1995), tinjauan adalah satu sistem mengumpaul data untuk menghurai,membandingkan atau menjelaskan pengetahuan, sikap dan amalan serta tingkah laku. 4.2 Sampel Kajian Pemilihan sampel untuk kajian dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 ( pelajar/penduduk) di _____(SMK ____@ Kg ____). Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji. 4.3 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan instrument borang soal selidik dan temu bual. 4.3.1 Soal Selidik Menurut Openheim (1983), penggunaan soal selidik dapat meliputi sampel yang besar dengan kos yang sederhana dan juga dapat memberikan persampelan yang lebih tepat. Instrumen ini hanya memerlukan peralatan kertas dan pensil yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa untuk mengumpul data. Kebaikan utama menggunakan borang soal selidik ialah jika disediakan dengan baik, ia boleh menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Instrument soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS ( Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. Menurut R. Kuberan et al, 2013 borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian Bahagia A berkisar kepada latar belakang responden seperti jantina, umur, kaum @ tingkatan. Bahagian B mengandungi 15 soalan yang berkaitan dengan _________________________manakala bahagian C pula mengandungi 15 soalan yang berkaitan dengan______________________. Soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup dengan menggunakan skala Likert 4 poin. 4.3.2 Temu Bual Pengkaji menyediakan 10 soalan yang berkaitan dengan ________________________untuk mendapatkan maklumat daripada responden
  2. 2. 4.4 Cara Pengumpulan Data Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, sosl selidik dan temu bual 4.4.1 Dokumentasi Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti jurnal, tesis, akhbar dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenanan _____________________________________________. 4.4.2 Keperpustakaan Pengkaji menggunakan kaedah keperpustakaan bagi mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada : i. Perpustakaan ____________ ii. Peepustakaan ____________ 4.4.3 Soal Selidik Borang soal selidik diberikan kepada 30 orang responden yang sudi bekerjasama. Responden akan diberi masa untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik dan borang soal selidik akan dikutip semula. Rajah 4.1.1 carta alir proses mendapatkan maklumat kajian Menulis dapatan, perbincangan dan merumus kajian Mengedarkan borang soal selidik Menganalisis soal selidik Menganalisis dapatan bagi setiap item Analisis dibuat dalam bentuk peratusan@ nilaian asal setiap item yang disoal Menulis dapatan, perbincangan dan merumus kajian
  3. 3. 4.4.4 Temu Bual Kaedah temu bual berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat________________. Pengkaji telah menemu bual 5 orang ______. Setiap sesi temu bual mengambil masa lebih kurang 15 minit. 4.5 Cara Analisis Data Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana semua data yang diperolehi dikumpul melalui borang selidik. Kajian ini berbentuk tinjauan yang dijalankan terhadap 30 ( pelajar/penduduk) di _____(SMK ____@ Kg ____) menggunakan kaedah soal selidik. Soalan kebanyakkannya di rangka berdasarkan penyataan 4 skala Likert, iaitu : 1. Sangat setuju 2. Setuju 3. Tidak setuju 4. Sangat tidak setuju Likart ( 1932 ) mencadangkan kaedah penyelidikan yang lebih mudah. Analisis item dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan. Borang soal selidik yang diberikan kepada responden Penilaian sampel adalah menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Persampelan rawak adalah bermaksud penilaian berdasarkan kepada individu. Responden kajian terdiri dariada 30 orang ( pelajar/penduduk kampung) di ( SMK/ Kg). Secara umumnya, data daripada boring soal selidik yang telah dianalisis. Data yang dipunggut melalui soal selidik dianalisis dengan mengamalkan persampelan secara rawak. Soal selidik menggunakan skala Likert dengan menggunakan penentuan peratusan (%) atau skor asal berdasarkan bilangan responden. Kesimpulan Borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden iaitu ___( pelajar/penduduk) telah dianalisis bagi mendapatkan hasil dapatan kajian. Statistik persampelan secara rawak digunakan bagi menjawab setiap persoalan dalam kajian ini. Walaupun kaedah kajian ini berbentuk tinjauan dan --------di sebuah ______( kg/sek), namun hasil dapatan ini diharap dapat membantu membangunkan ________. Kaedah soal selidik yang digunakan ini adalah lebih mudah untuk mendapatkan maklumat daripada _____( pelajar/penduduk) kerana aspek-aspek berkaitan telah dikodkan dengan menggunakan skala Likert.

×