SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
1
PERUTUSAN HARI GURU 2012
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA”
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi
sekalian,
1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu
signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan tema Hari Guru yang
diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Guru dipandang tinggi sebagai
pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas
kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru
yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui
mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan
kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang,
guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara
terbilang.
2. Pada tahun ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi
Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru
menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012
3
merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu,
amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta
kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.
3. Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai
perubahan, kita perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi
guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau
strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam
menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga
berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur
dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis
yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, seorang guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan
yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea
secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan
pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang
berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan
teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan
seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.
4
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
4. Kesinambungan sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui
transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan
direalisasikan oleh para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan
berdaya saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melaksanakan program bina upaya untuk meningkatkan amalan
profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi
pendidikan secara keseluruhan. Objektif Pelan Pembangunan
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara khususnya
bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak profesional,
berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar.
Warga pendidik sekelian,
5. Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh pihak
kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.
Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya
melalui pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam
aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa
5
penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan
keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi
sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan
perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang
berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi
cabaran global.
6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban
tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu,
bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu
Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima
fokus utama bagi menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik
pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus;
menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan
bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan
ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan
sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.
7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua
warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan
6
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang
tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan
oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik
terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas
tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri,
berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran
agama serta mengamalkan nilai sejagat.
Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
8. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para
guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa
kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada
di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid
ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu
dan mempertingkat kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang
guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan
tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya akhirnya
mereka dapat menjadi individu dan warganegara yang berdaya saing,
berfikiran kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan sedar akan
7
kepentingan amalan berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid
yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri
kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah
yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk
murid-murid semua.
9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang
dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh
dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan.
Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses
transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai
kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap
kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap
daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
Sebagai penutup, ingin saya titipkan mutiara kata Syeikh Muhammad
Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun
umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka,
memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang
terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat
8
dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk
memperbaharui gerak langkah”.
WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”!
DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Hari Guru 2012

More Related Content

What's hot

1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
Abdullah Lah
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Bazrol
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
Irul Erul
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
Rozi Aza
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
hidayahperlis
 

What's hot (18)

tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Peningkatan mutu kompetensi pendidik dan tenaga kependidikan serta
Peningkatan mutu kompetensi  pendidik dan tenaga kependidikan sertaPeningkatan mutu kompetensi  pendidik dan tenaga kependidikan serta
Peningkatan mutu kompetensi pendidik dan tenaga kependidikan serta
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Percepatan peningkatan mutu pendidikan
Percepatan peningkatan mutu pendidikanPercepatan peningkatan mutu pendidikan
Percepatan peningkatan mutu pendidikan
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Ucapan Kppm 2009 Majalah
Ucapan Kppm 2009 MajalahUcapan Kppm 2009 Majalah
Ucapan Kppm 2009 Majalah
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
 

Similar to Perutusan hari guru

2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
Mages Panjaman
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Anoi Edrieana
 
Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1
Mas Arifin
 
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf
AzmiAyumiMasse
 
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf
TahmidMaulana2
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Mohamad Bakar
 

Similar to Perutusan hari guru (20)

2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Apa itu sekolah unggulan.pptx
Apa itu sekolah unggulan.pptxApa itu sekolah unggulan.pptx
Apa itu sekolah unggulan.pptx
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022)2.pdf
 
4. Panduan P5 PPRA.pdf
4. Panduan P5 PPRA.pdf4. Panduan P5 PPRA.pdf
4. Panduan P5 PPRA.pdf
 
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf
3__Kirim_Panduan_P5_PPRA_(26_10_2022).pdf
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilang
 

More from Valen Lee (6)

三年级美术世界全年计划 1
三年级美术世界全年计划 1三年级美术世界全年计划 1
三年级美术世界全年计划 1
 
金光闪闪十二生肖
金光闪闪十二生肖金光闪闪十二生肖
金光闪闪十二生肖
 
行动研究
行动研究行动研究
行动研究
 
教育研究
教育研究教育研究
教育研究
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
五年级道德教育全年计划
五年级道德教育全年计划五年级道德教育全年计划
五年级道德教育全年计划
 

Recently uploaded

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 

Perutusan hari guru

  • 1. 1 PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
  • 2. 2 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan tema Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Guru dipandang tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang. 2. Pada tahun ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012
  • 3. 3 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah. 3. Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.
  • 4. 4 Warga pendidik yang diraikan sekalian, 4. Kesinambungan sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan direalisasikan oleh para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan berdaya saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program bina upaya untuk meningkatkan amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi pendidikan secara keseluruhan. Objektif Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar. Warga pendidik sekelian, 5. Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya melalui pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa
  • 5. 5 penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global. 6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran. 7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan
  • 6. 6 ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat. Anak-anak murid yang disayangi sekelian, 8. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan mempertingkat kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya akhirnya mereka dapat menjadi individu dan warganegara yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan sedar akan
  • 7. 7 kepentingan amalan berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua. 9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Sebagai penutup, ingin saya titipkan mutiara kata Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat
  • 8. 8 dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk memperbaharui gerak langkah”. WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”! DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Perutusan Hari Guru 2012