SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1.0 PENGENALAN
Karya sastera sama ada traditional atau pun moden, kedua – duanya memainkan
peranan yang penting dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui sajak, pantun,
puisi, cerpen, novel dan sebagainya. Sesebuah karya satera yang indah susur galurnya,
kepelbagaian gaya bahasanya seta penuh dengan elemen estetika amat penting untuk
melahirkan sebuah karya yang dapat diselami maksud penyampaiannya sama ada secara
tersurat ataupun tersirat.
Tiga persoalan utama untuk mengangkat dan meletakkan sastera pada kedudukannya yang
hak serta memperlihatkan perkembangannya yang sihat ialah yang pertama, fenomena seni itu
sendiri, kedua fenomena sosial dan ketiga, keterampilan kesusasteraan. Ia juga dapat
memartabatkan diri sasterawan dan karyanya sekaligus(Shahnon Ahmad, 2006).
Fenomena seni merupakan intipati untuk menjadikan sesebuah karya itu kreatif.
Keremehan dalam menerapkan elemen estetika dalam sesebuah karya, menjadikannya
hambar, koosng, hilang seninya dan tidak bermakna kerana mesej yang ingin disampaikan
oleh penulis tidak dapat diselami oleh pembaca dengan baik. Penyampaian terbaik bagi
sesebuah karya yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan,, penulis perlu melalui
pelbagai kepayahan, ketelitian, penyelidikan yang berterusan, pengalaman yang dikutip di
setiap penjuru alam serta daya keupayaan berimaginasi dan kreativiti yang tinggi. Keunikan
sesebuah karya sastera terletak pada nilai estetika ini kerana tanpanya didalam diri seorang
sasterawan, karya tersebut tidak membawa apa – apa makna signifikan. Martabat karya itu
juga tidak wujud dan menyebabkan ianya dipandang enteng dan remeh oleh masyarakat.
Seperti fenomena seni, fenomena sosial juga memerlukan ilmu yang mendalam,
pengalaman yang diterokai, keperitan akal yang gemar berhujah dalam mencari kebenaran
serta keyakinan diri yang tinggi. Ini kerana karya yang dihasilkan bukanlah karya tiruan atau
diciplak tetapi karya – karya ini memepunyai ketulenannya dari segi gaya bahasa yang
pelbagai, kecanggihan dalam penyusunan jalan cerita, liku – liku serta cabaran yang dilalui
bagi menghasilkan sebuah karya sastera yang menyampaikan mesej kebenaran melalui
kesusasteraan.
Penghasilan karya yang terbaik juga melalui keterampilan kesasterawanan. Jati diri
sasterawan memainkan peranan yang penting kerana identitinya itu sendiri menonjolkan
keperibadiannya, gaya hidup serta pembawaannya dalam berkarya. Kita dapat melihat
kelemahan serta kekuatan daya kreativiti, imaginasi serta daya sensitiviti seseorang penulis
dalam menentukan sejauh mana penulis dapat menjiwai karyanya. Pembaca yang bijak
menyelami sesebuah karya, tidak hanya menerima ia sebagai sebuah teks semata – mata,
tetapi berada bersama – sama dengan penulis didalam liku – liku perjalanan cerita tersebut.
Setiap karya mempunyai kelemahan dan kekuatannya. Namun begitu, kepentingan
mesej yang ingin disampaikan oleh penulis melalui karyanya tidak boleh dipandang remeh
kerana kadang kala mereka membawa kita selami realiti kehidupan yang cuba kita selindungi.
Walaupun terdapat karya- karya yang menggunakan gaya bahasa yang begitu sinis sekali dan
mendapat kritikan yang hebat dari pelbagai pihak, tetapi itulah realiti yang perlu diberi
perhatian sewajarnya oleh kita semua.
2.0 PEMILIHAN KARYA SASTERA
Saya telah memilih sebuah karya sastera moden dalam bentuk sebuah novel iaitu Tok Guru
karya Shahnon Ahmad (1988) untuk digunakan dalam analisis mengenai pemikiran yang cuba
digarapkan oleh pengarang ini didalam novelnya. Novel ini sering dijadikan kajian kerana
bersangkut paut dengan pengalaman sasterawan negara, Shahnon Ahmad sepanjang
penglibatan beliau dalam al – Arqam sehingga beliau keluar dari pertubuhan tersebut dan
mengarang novel ini sebagai meluahkan perasaan serta pengalaman beliau dalam bentuk
coretan.

2.1 SINOPSIS “TOK GURU”
Novel Tok Guru mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang terdiri daripada
Mamak Merican, Mami Yam, Mumdas, Cumbi dan Mirasa yang menjadikan agama Islam
sebagai tunggak dalam kehidupan mereka sekeluarga. Mereka ini berguru dengan seorang
alim yang bergelar Tok Guru. Kelazimannya, Tok Guru akan menghadirkan diri di rumah
Mamak sekeluarga setiap malam Jumaat untuk mengajar mereka mengenai ilmu agama Islam
dengan lebih mendalam dari segi ilmu – ilmu tasawwuf, fardu ain, fiqh dan Usuluddin.
Sejak kehadiran Tok Guru, kehidupan Mamak sekeluarga telah berubah jauh sekali
dan mereka menghayati ajaran Tok Guru dengan mendalam sekali sehingga Mamak menjadi
begitu taksub dengan Tok Guru. Beliau memasang niat dan angan – angan untuk menjadi
pendakwah dengan menjejaki kehidupan seperti Tok Guru, kehidupan Nabi dan Kehidupan
para Ulama dengan meramaikan zuriat kerana menurut Tok Guru meramaikan zuriat juga
merupakan satu ibadah. Mami pula mula menyedari bagaimana peranannya untuk menjadi
seorang isteri yang soleha manakala Cumbi mula memasang angan – angan untuk menjadi
seorang isteri yang soleha kepada kekasih hatinya, Mubarak.
Oleh kerana ketaksubannya itu, Mamak telah menyampaikan hasratnya untuk
berkahwin lagi satu dan menyuruh Mami supaya mencari calon isteri untuknya. Namun
begitu, Mami tidak sanggup dan terus bertemu dengan Tok Guru. Tok Guru begitu bijak
memainkan peranan memujuk Mami dan akhirnya tercapai juga hasrat Mamak untuk
berkahwin lagi satu. Dia berkahwin dengan adik Tok Guru sendiri, Rabiatunadawiyyah iaitu
seorang janda yang mempunyai seorang anak.
Namun kerakusan Mamak tidak berhenti setakat itu dimana beliau menyatakan
hasratnya untuk berkahwin dua orang lagi sekaligus. Segala urusan mencari diserahkan
kepada Mami dengan alasannya yang biasa didengar oleh Mami iaitu untuk meramaikan
zuriat. Akhirnya beliau berkahwin dengan dua orang janda iaitu Zeenab Bibi dan Chumchum.
Maka berlakulah ketidakadilan dalam sistem giliran bermalam apabila isteri yang lebih muda
menerima giliran yang lebih dari isteri – isteri yang tua.
Cumbi yang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya mendapat
halangan yang keras dari ayahnya. Mamak tidak berkenan dengan Mubarak kerana
keluarganya yang tidak berlatarbelakangkan agama. Malah Mamak menyarankan agar Cumbi
berkahwin dengan Tok Guru dan menjadi isterinya yang keempat kerana bagi Mamak,
sekiranya Cumbi berkahwin dengan Tok Guru, dia akan masuk ke syurga. Cumbi yang pada
mulanya membantah, akhirnya berkahwin juga dengan Tok Guru. Malahan sistem giliran
bermalam Tok Guru juga memberatkan kepada isterinya yang lebih muda iaitu Cumbi.
3.0 PENDEKATAN KRITIKAN SASTERA
Kritikan amat penting bagi sesebuah karya sastera kerana dari kritikan kita dapat lihat
apa yang disampaikan oleh pengarang didalam karya sasteranya itu mampu membuka mata
masyarakat ataupun tidak. Karya yang baik mampu memberi impak yang besar kepada
pembaca dan sedikit sebanyak memberi ruang kepada masyarakat untuk menilai apa yang
cuba disampaikan oleh pengarang. Ketajaman pena seorang pengarang terletak pada
ketajaman imaginasi dan kreativitinya yang bersandarkan pada pengalaman, penyelidikan
serta ketelitiannya dalam menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh para kritikawan untuk
menilai hasil karya pengarang – pengarang. Antaranya ialah pendekatan formalistikas,
pendekatan struktural, prinsip dan kaedah pendekatan moral/agama dan pendekatan sosiologi.
Bagi tujuan menganalisis karya Shahnon Ahmad ini, saya memilih pendekatan sosiologi
kerana sasterawan negara ini banyak melahirkan karya – karyanya berdasarkan pengalaman
serta sesuatu yang berhubung kait dengan kehidupan beliau. Sebagai contoh, karya Tok Guru
ini dihasilkan setelah beliau keluar dari pertubuhan al –Arqam dan beliau meluahkan apa yang
dirasainya sepanjang bersama dengan jemaah didalam novel ini.
W.S Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana
sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam
kehidupan manusia sedalam – dalamnya (Harun Jaafar, 2009).
Pendekatan sosiologi menekankan tiga aspek iaitu yang pertama, melihat secara luas sosiologi
sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya. Kehidupan yang dilalui serta pengalaman
yang diperolehi oleh sasterawan menjadi tunjang kepada terhasilnya sesebuah karya kerana
dirinya lebih hampir dengan masyarakat disekelilingnya. Aspek yang kedua, melihat pada
pengaruh dan sifat yang terdapat dalam diri seorang pengarang kerana pengarang akan
melahirkannya menggunakan mata penanya untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Ketiga, pendekatan sosiologi melihat pada pengaruh institusi kesusasteraan terhadap
perkembangan sastera. Pada tahun 40an dan 50an, ramai penulis yang memilih untuk
meluahkan coretan mereka dalam bentuk cerpen kerana lebih mudah berbanding karangan –
karangan yang berat kerana untuk menyesuaikan dengan kehendsak pembaca yang rata –
ratanya tidak ramai yang berpelajaran.
4.0 ANALISIS NOVEL TOK GURU
Shahnon Ahmad didalam “Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi” ada
menyatakan bahawa kedua – dua novelnya iaitu Tok Guru dan Ummi & Abang Syeikhul
memaparkan konsep poligami yang selaras dengan tuntutan Islam (Shahnon Ahmad, 2000).
Beliau juga ada menyatakannya didalam “Setitis Embun Semarak Api” dimana novel Tok
Guru mencerminkan kebahagian didalam berpoligami kerana Tok Guru mampu memberi
kebahagian dan kesejahteraan kepada isteri – isteri beliau terutama Cumbi yang pada mulanya
keberatan untuk berkahwin dengan Tok Guru tetapi akhirnya hidup bahagia bersama
(Shahnon Ahmad, 2006).
Namun begitu, setelah dikaji dan dibuat analisis, didapati novel ini lebih
mencerminkan penyelewengan yang berlaku dalam poligami. Analisis ini dilakukan mengikut
empat aspek utama yang terdapat didalam novel ini. Aspek yang pertama adalah mengenai
konsep keadilan dalam berpoligami, yang kedua penyelewengan dan diskriminasi, ketiga
agama Islam digunakan sebagai penyelindung maksud tersembunyi untuk memenuhi
kehendak diri dan yang keempat, ketaksuban seseorang itu terhadap orang yang mempunyai
ilmu agama yang tinggi tanpa melihat ketulusan hatinya dalam berdakwah.

4.1. Konsep Keadilan dalam berpoligami
Didalam karya ini, kita dapat lihat ketidakadilan yang berlaku dalam sistem poligami
Tok Guru dan juga Mamak melalui penyusunan jadual giliran bermalam bersama – sama
dengan isteri – isteri mereka. Dalam berdakwah dan memberi nasihat, Tok Guru menasihati
supaya Mamak berlaku adil kepada isteri – isterinya kelak. Namun begitu, Tok Guru sendiri
mengatur jadual giliran bermalam yang sama sekali tidak adil kepada isteri – isterinya. Giliran
bermalam mengikut hak yang sepatutnya hanya berjalan untuk beberapa ketika sahaja dan
kemudiannya isteri yang tua mula dipinggirkan dan isteri yang muda mendapat keutamaan.
Jadual Giliran Bermalam Tok Guru

Jadual Giliran Bermalam Mamak

Musalmah ( 3 )
MamiYam ( 2 )
Mariyah ( 3 )
Rabiatunadawiyyah ( 3 )
Romlah ( 7 )
Zeenab Bibi ( 10 )
Cumbi ( 15 )
Chumchum ( 11 )
“Percayalah Mami kepada Nana ini. Nana pun bukan larat sangat, tapi bila teringatkan
sunnah Nabi dan ingin beribadat dalam semua jurusan, termasuk jurusan kahwin empat,
Nana pun hendak kahwin empatlah. Nana sudah tua juga. Biarlah Nana kumpul pahala
banyak-banyak dengan apa cara sekali pun. Cara kahwin empat dan memberi giliran yang
adil adalah diantara keadilan yang sebaik-baiknya. Itu adalah satu ujian kepada Nana.
Kalau Nana tak jaga giliran, Nana berdosa. Kalau Nana jaga giliran , nah, Nana dapat
pahala.”
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 179]
Dialog di atas adalah seperti yang diucapkan oleh Mamak kepada isterinya, Mami.
Kata – kata Mamak itu jauh sekali dengan apa yang dipraktisnya setiap malam berhubung
dengan soal giliran bermalam dimana isteri yang paling muda mendapat giliran yang lebih
berbanding isteri yang lebih tua. Ini menunjukkan Mamak tidak mempraktikkan sistem
poligami sepetimana yang dituntut dalam Islam.
Ooi Eng Lye (2005:184) berpendapat bahawa “......Wanita dalam Tok Guru....sebenarnya
mereka menentang ketidakadilan di kalangan pengamal poligami....”
Namun begitu, pendapat ini sukar diterima kerana pada akhirnya wanita tetap menjadi
mangsa penindasan dan menguntungkan kaum lelaki (Mohd Zariat, 2008:10). Seperti watak
Cumbi yang menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya,
Mubarak. Namun begitu, Mamak menentang keras niat anaknya itu. Isterinya, Mami pula
seorang yang patuh pada suaminya dan walaupun dia kasihan dengan anaknya tetapi dia tidak
mampu untuk melawan kata – kata Mamak dan menenangkan hati anaknya setelah dipaksa
oleh Mamak supaya berkahwin dengan Tok Guru. Akhirnya dengan kerelaan, Cumbi pun
berkahwin dengan Tok Guru.
Keadilan dalam berpoligami amat penting kerana Islam sendiri menyuruh
umatnya berlaku adil terhadap isteri – isterinya. Seperti yang terdapat didalam surah AlNisa:3 “ dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap anak – anak yatim,
maka kahwinilah wanita – wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika takut
tidak dapat berlaku adil, (terhadap isteri – isteri), maka kahwinilah seorang sahaja....yang
demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
Ayat Al – Quran ini menuntut umat Islam supaya berlaku adil apabila berpoligami
agar keadilan dapat ditegakkan dan isteri – isteri mendapat hak yang sama rata. Menurut
ulama, keadilan yang disyaratkan dalam ayat 3 itu adalah didalam perkara – perkara seperti,
tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, giliran bermalam dan seterusnya, iaitu perkara
madhi (zahir dan material) (Sofian Ahmad, 2009).
4.2. Penyelewengan dan Diskriminasi
Penyelewengan dan diskriminasi dalam novel Tok Guru ini dapat dilihat dikaji dengan
teliti kerana pada akhirnya, kaum lelaki yang mendapat untung manakala kaum wanita
ditindas oleh suami masing – masing. Hal init terjadi kepada isteri – isteri tua Tok Guru dan
juga Mamak. Ini kerana, apabila tiba pada pembahagian giliran bermalam, ternyata isteri yang
tua mendapat jumlah bermalam yang terlalu sedikit dan jauh berbeza dengan isteri – isteri
yang lebih muda. Ini munujukkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Tok Guru dan
juga pengikutnya, Mamak.
Adalah lebih jelas daripada analisis ini bahawa poligami dalam Tok Guru hadir
sebagai satu praktik perkahwinan Islam yang membuka ruang yang luas kepada berlakunya
deskriminasi dan ketidakadilan dalam perhubungan antara gender (Mohd Zariat, 2008:11).
“Kalau Mamak tak adil, Mamak yang berdosa. Mamak mesti adil kepada Mami. Adil dalam
soal luar dan juga soal rohaniah. Bermalam pun mesti ada jadual, mesti ikut giliran. Mamak
mesti jaga giliran itu kalau mahu adil. Kalau Mamak tak tahu jaga giliran, bala akan
menimpa Mamak kerana itu berdosa juga. Itu kalau dua orang isteri.Kalau tiga atau empat,
giliran mesti jaga betul-betul”. Panjang juga Tok Guru memberi keterangan hal jadual dan
giliran itu..................
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 45 ]
Dialog di atas diucapkan oleh Tok Guru kepada Mamak. Tetapi setelah dibuat analisis,
ternyata Tok Guru seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Tok Guru sendiri
melakukan penyelewengan apabila giliran isteri -isterinya tidak dipenuhi seperti yang dituntut
oleh Islam bagi tiap – tiap lelaki yang berpoligami. Ini jelas menunjukkan watak Protoganis
seperti Tok Guru sebenarnya memberi gambaran penyelewengan yang paling ketara dalam
berpoligami sehingga menjadi ikutan pengikut setianya, Mamak. Isteri Mamak iaitu Mami
misalnya merupakan seorang isteri yang taat dan patuh pada suami. Dia tidak berani
membantah keinginan Mamak untuk berkahwin lain kerana takut diceraikan dan tanpa dia
sedar apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah satu bentuk diskriminasi dan penindasan
terhadap wanita.
Melalui kajian Mohd Zariat, (2008:11) menunjukkan persepsi bahawa amalan perkahwinan
Islam dalam novel Tok Guru membuka ruang kepada diskriminasi dan penyelewengan
poligami meskipun Shahnon Ahmad membuat kenyataan bahawa poligami dalam novelnya
itu sejajar dengan kehendak agama Islam seperti yang dinyatakan didalam autobiografinya.

4.3. Menggunakan Agama untuk Kepentingan Diri
Setelah dianalisis novel ini, keinginan Mamak untuk berkahwin lain bukanlah kerana
hendak mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama tetapi lebih kepada memenuhi
keperluan nafsunya dan sikapnya lebih terburu – buru untuk mengikut jejak Tok Guru.
Setelah beristeri dua, Mamak bersikap lebih tamak dan ingin beristeri tiga dan empat
sekaligus. Dia juga menggunakan helah ingin meramaikan zuriat agar dapat melahirkan
pendakwah yang hebat bagi memujuk Mami supaya membenarkan dia berkahwin lagi.
Namun begitu, motifnya jelas dapat dilihat apabila dia menyatakan hanya inginkan ladang –
ladang yang subur untuk menternak dan sekiranya ladang itu tandus, dia akan menceraikan
isterinya itu dengan cara baik. Ternyata amalan poligami Mamak tidak mengikut syariat yang
sepatutnya.
“Kalau tak ada janda beranak banyak pun, cukup dengan janda tanpa anak saja dengan
syarat ladangnya masih subur. Mami barangkali tahu memilih tanah ladang yang subur
kerana melihat raut muka dan air muka pun tentu sudah dapat menentukan sama ada tanah
itu tandus atau terpugar: kontang atau lemah, gersang atau berbaja. Kalau tanah ladang itu
kemudiannya diketahui gersang atau tandus atau kontang, aku terpaksa ceraikanlah dengan
baik hati. Penceraian dengan cara begitu dituntut juga. Buat apa simpan tanah tandus dan
gersang.”
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 190]
Menurut Sofian Ahmad (2009), Poligami diizinkan dengan maksud untuk membela nasib
janda dan anak yatim supaya mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Walaubagaimanapun, watak Mamak menunjukkan bahawa tujuannya berpoligami bukanlah
untuk melindungi janda dan anak yatim tetapi lebih kepada keperluan nafsunya semata –
mata.
Hal ini juga dapat dilihat pada diri Tok Guru yang menggunakan ilmu agama yang
dimilikinya pada jalan yang tidak betul. Ini kerana setiap malam Jumaat, beliau lebih banyak
menyentuh soal – soal perkahwinan. Hal ini telah disedari oleh Cumbi, anak Mamak.
“Dulu pun bukan aku tidak sedar. Gelagat Tok Guru seimbas pun aku sudah dapat
menangkap hajat Tok Guru. Dia selalu kerling kepada aku bila selesai memberi salam.
Bukan aku tidak sedar. Waktu menadah tangan minta doa yang panjang pun, Tok Guru asyik
kerling saja kepada aku. Memang Tok Guru itu gatal orangnya.”
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 235 ]
Berdasarkan petikan di atas, ternyata Tok Guru menunjukkan sifat dirinya yang sebenar dan
tujuannya menghadirkan diri setiap malam Jumaat di rumah Mamak. Ditambah pula dengan
kepercayaan Mamak yang tidak berbelah bagi padanya memberi peluang pada Tok Guru
untuk mencapai misinya memiliki Cumbi. Syed Syeikh al – Hadi menyatakan bahawa wanita
perlu diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidup kerana kahwin paksa akan
mendatangkan keburukan.
(S. Ali Yasir, 1983:5)menerangkan konsep yang betul dalam meyebarkan ajaran Islam
serta tidak mempergunakan ilmu yang dimiliki untuk kepentingan diri sendiri. Menyebarkan
ajaran Islam perlulah di landasan yang benar kerana sekiranya terdapat kepincangan, maka
Islam akan dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Inilah yang berlaku seperti watak Tok
Guru yang berpengetahuan agama yang luas tetapi telah menggunakan ilmu yang dimiliknya
dengan tujuan dan niat yang terpesong kerana beliau lebih gemar menyentuh soal – soal
perkahwinan.

4.4. Ketaksuban Terhadap Orang Alim
Watak Mamak jelas sekali menunjukkan ketaksubannya terhadap Tok Guru. Ini dapat
dianalisis apabila dia mula merubah corak pemakaiannya mengikut Tok Guru. Malahan beliau
juga mengikut jejak Tok Guru yang telah beristeri tiga, untuk beristeri lagi satu setelah
mendapat nasihat dari Tok Guru supaya meramaikan zuriat kerana meramaikan zuriat
merupakan satu ibadah. Kerakusan Mamak dapat dilihat setelah beliau meminta Mami untuk
mencari calon isteri kepadanya dan kemudiannya menambah bilangan kepada tiga dan empat
sekaligus hanya kerana ingin menjadi seperti Tok Guru yang punya ramai zuriat. Namun,
Mamak tidak menyedari bahawa Tok Guru sendiri tidak mengingati anak – anaknya dan
bagaimana boleh Tok Guru mendidik anak – anaknya dengan baik? Ketaksuban Mamak
terhadap Tok Guru ditambah lagi apabila dia mencadangkan agar anaknya Cumbi berkahwin
dengan Tok Guru supaya mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Tok Guru! Mengapa pula tidak dengan Tok Guru.Tok Guru masih ada lagi satu tanah ladang
untuk ditanam dan Tok Guru belum miliki mana-mana tanah ladang lagi. Mengapa Cumbi
tidak jadi saja tanah ladang itu untuk Tok Guru tanam benihnya. Tok Guru orang alim,
orang bertakwa, orang kuat mujahadat dan Tok Guru juga lebih tahu mengatur giliran
malam.
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 147 ]
‘Mami setujukah kalau Cumbi kita jadi isteri keempat Tok Guru?’
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 1
‘Nana tak suka budak itu. Cumbi mesti ikut Nana dalam soal ini kerana Cumbi masih belum
tahu memilih peladang. Mami pun mesti ikut Nana. Nana kata Tok Guru, Tok Gurulah’
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 153 ]
‘Tentang Cumbi. Mamak rasa-rasa hendak serahkan saja kepada Tok Guru, Kalau Tok Guru
sudi. Moga-moga selamat Cumbi dalam dunia dan akhirat bila ada di bawah payung Tok
Guru’
[ Shahnon Ahmad, 1988 : 215 ]
Petikan – petikan di atas jelas sekali menunjukkan ketaksuban Mamak terhadap Tok Guru.
Kesemuanya lebih jelas apabila penglihatan Mamak dikaburi dengan kebaikan Tok Guru yang
menjodohkan adiknya, Rabiatunadawiyyah sebagai isterinya nombor dua. Mamak terlalu
taksub dengan Tok Guru yang dianggapnya sebagai seorang alim, warak dan penuh dengan
ilmu agama serta menjadi rujukan kepada dia dan keluarganya. Padahal, melalui jadual giliran
bermalam sudah menunjukkan sifat sebenar Tok Guru serta kunjungannya ke rumah Mamak
setiap malam Jumaat apabila Tok Guru lebih gemar menyentuh isu – isu yang berkaitan
tentang hal – hal perkahwinan berbanding hal- hal agama yang lebih meluas.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap coretan pengarang akan tersimpan seribu erti kepada pembaca.
Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang lazimnya sentiasa mendapat kritikan dan
pandangan daripada masyarakat umum dan ahli –ahli sarjana. Sebagai contoh, Novel Tok
Guru ini banyak memperlihatkan kepincangan dalam sistem poligami yang diamalkan oleh
Tok Guru dan Mamak. Kepincangan ini bukanlah salah bagi mereka untuk beristeri empat
tetapi kerana ketidakadilan yang telah mereka lakukan dalam berpoligami yang dapat dikesan
dalam karya ini.
Karya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Kerana adanya masyarakat
maka terhasillah karya yang sentiasa menyampaikan mesej – mesej yang berkesan dan
sentiasa mendapat pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak. Namun, mata pena pengarang
tidak akan sesekali tumpul selagi jiwa, minda dan tenaga masih mampu bekerja dalam
menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti utnuk hidangan pembaca.
(3202 patah perkataan)
RUJUKAN
1.

Shahnon Ahmad, 1988. Tok Guru.

2.

Shahnon Ahmad, 2006 . Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi. Pulau
Pinang: Pustaka Shahnonahmad

3.

Shahnon Ahmad, 2006. Setitis Embun Semarak Api. Selangor: Dasar Cetak (M) Sdn
Bhd

3.

Di petik dari S.Ali Yasir. “Di Balik Poligami Rasulullah S.A.W”,Pustaka Nasional
PTE LTD Singapura, 1983:5

4.

Website.Source:http://bicarasastera.blogspot.com/.4,Julai 2011

5.

Website.Source:http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-74-01abstrak.html,4 Julai 2011

6.

Website,Source:http://journalarticle.ukm.my/630/1/akademika74%5B01%5D.pdf,4
Julai 2011
Analisis Pemikiran Penulis

More Related Content

What's hot

teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Mok Ming yan
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaVince Here
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanAhmad Fahmi
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumJaf Hussin
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Penjagaan air muka
Penjagaan air mukaPenjagaan air muka
Penjagaan air mukaMickgun
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacafiro HAR
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 

What's hot (20)

Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Penjagaan air muka
Penjagaan air mukaPenjagaan air muka
Penjagaan air muka
 
sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 

Viewers also liked

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Contoh sinopsis novel
Contoh sinopsis novel Contoh sinopsis novel
Contoh sinopsis novel Ridho Satria
 
Cerpen Memori seorang Tua
Cerpen Memori seorang TuaCerpen Memori seorang Tua
Cerpen Memori seorang Tuafarina86
 
Kumpulan mite bahasa jawa
Kumpulan mite bahasa jawaKumpulan mite bahasa jawa
Kumpulan mite bahasa jawaFirdika Arini
 
Naskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha Pratomo
Naskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha PratomoNaskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha Pratomo
Naskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha PratomoZAM MIME Production
 
Cerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulit
Cerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulitCerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulit
Cerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulitdaniasasqia
 
10 kritik seni
10 kritik seni10 kritik seni
10 kritik seniSunja Dewi
 
KD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJA
KD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJAKD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJA
KD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJAPhaphy Wahyudhi
 
Cara menganalisis novel
Cara menganalisis novelCara menganalisis novel
Cara menganalisis novelEki Ashadi
 
Kump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangiKump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangisaramah upsi
 
Slogan dan poster
Slogan dan posterSlogan dan poster
Slogan dan posterDormaito
 
Makalah senbud cover buku - kel. 6
Makalah senbud   cover buku - kel. 6Makalah senbud   cover buku - kel. 6
Makalah senbud cover buku - kel. 6Umar Mukhtar
 
Cerita rakyat da n jenis jeninya
Cerita rakyat da n jenis jeninyaCerita rakyat da n jenis jeninya
Cerita rakyat da n jenis jeninyaAndri Hardiansyah
 
Materi Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XI
Materi Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XIMateri Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XI
Materi Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XIMaulana Husada
 
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-194901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1inanisrina
 

Viewers also liked (20)

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Contoh sinopsis novel
Contoh sinopsis novel Contoh sinopsis novel
Contoh sinopsis novel
 
Pantomim
PantomimPantomim
Pantomim
 
Membandingkan Teks Cerita Fiksi dalam Novel
Membandingkan Teks Cerita Fiksi dalam NovelMembandingkan Teks Cerita Fiksi dalam Novel
Membandingkan Teks Cerita Fiksi dalam Novel
 
Bm 2 kandung
Bm 2 kandungBm 2 kandung
Bm 2 kandung
 
Cerpen Memori seorang Tua
Cerpen Memori seorang TuaCerpen Memori seorang Tua
Cerpen Memori seorang Tua
 
Kumpulan mite bahasa jawa
Kumpulan mite bahasa jawaKumpulan mite bahasa jawa
Kumpulan mite bahasa jawa
 
Naskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha Pratomo
Naskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha PratomoNaskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha Pratomo
Naskah Repertoar Pantomime, karya : Rhamanda Yudha Pratomo
 
Cerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulit
Cerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulitCerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulit
Cerpen Robohnya Surau Kami, strukturnya, majas dan kata-kata sulit
 
10 kritik seni
10 kritik seni10 kritik seni
10 kritik seni
 
KD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJA
KD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJAKD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJA
KD 7.2 MEMBUAT SINOPSIS NOVEL REMAJA
 
Nota bmm-3116
Nota bmm-3116Nota bmm-3116
Nota bmm-3116
 
Cara menganalisis novel
Cara menganalisis novelCara menganalisis novel
Cara menganalisis novel
 
Kump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangiKump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangi
 
Slogan dan poster
Slogan dan posterSlogan dan poster
Slogan dan poster
 
Makalah senbud cover buku - kel. 6
Makalah senbud   cover buku - kel. 6Makalah senbud   cover buku - kel. 6
Makalah senbud cover buku - kel. 6
 
Cerita rakyat da n jenis jeninya
Cerita rakyat da n jenis jeninyaCerita rakyat da n jenis jeninya
Cerita rakyat da n jenis jeninya
 
Materi Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XI
Materi Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XIMateri Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XI
Materi Teks Cerpen Bahasa Indonesia Kelas XI
 
Cerita dongeng (sage)
Cerita dongeng (sage)Cerita dongeng (sage)
Cerita dongeng (sage)
 
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-194901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
 

Similar to contoh olahan karya novel "Tok Guru"

KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file httpSyawiril Syawiril
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarahWildan Insan Fauzi
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sasteraAyah Ma
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaManfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaMujahid Vanquisher
 
Analisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesisAnalisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesisSri Rejeki Manalu
 
Analisis Novel Perempuan Kembang Jepun
Analisis Novel Perempuan Kembang JepunAnalisis Novel Perempuan Kembang Jepun
Analisis Novel Perempuan Kembang JepunChurifiani Eva
 
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka RusminiPotret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusminiahmad bahtiar
 
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxSEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxRicaSugandi
 
Ringkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasionalRingkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasionalHuzny Baztian
 
Makalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastraMakalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastrarentalaka
 
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfSalindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfGalehPramudianto
 

Similar to contoh olahan karya novel "Tok Guru" (20)

KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
 
Gumuk sandhi
Gumuk sandhiGumuk sandhi
Gumuk sandhi
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
Sosiologi sastra
Sosiologi sastraSosiologi sastra
Sosiologi sastra
 
Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sastera
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaManfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
 
Analisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesisAnalisis novel pdktn mimesis
Analisis novel pdktn mimesis
 
Analisis Novel Perempuan Kembang Jepun
Analisis Novel Perempuan Kembang JepunAnalisis Novel Perempuan Kembang Jepun
Analisis Novel Perempuan Kembang Jepun
 
Penerapan nilai
Penerapan nilaiPenerapan nilai
Penerapan nilai
 
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka RusminiPotret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
 
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxSEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
 
Ringkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasionalRingkasan seminar nasional
Ringkasan seminar nasional
 
Makalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastraMakalah sosiologi sastra
Makalah sosiologi sastra
 
Makalah sosiologi
Makalah sosiologiMakalah sosiologi
Makalah sosiologi
 
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfSalindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
 

More from KPM- ex KPLI students

More from KPM- ex KPLI students (6)

Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
 
Buku log pandu puteri tunas
Buku log pandu puteri tunasBuku log pandu puteri tunas
Buku log pandu puteri tunas
 
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasDasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
 
Program pandu puteri tunas
Program pandu puteri tunasProgram pandu puteri tunas
Program pandu puteri tunas
 
Penggabungjalinan (1)
Penggabungjalinan (1)Penggabungjalinan (1)
Penggabungjalinan (1)
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 

Recently uploaded

Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakAjiFauzi8
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMPNiPutuDewikAgustina
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugasTeks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugasMuhamadIlham361836
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfsubki124
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptxfurqanridha
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfTeukuEriSyahputra
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugasTeks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

contoh olahan karya novel "Tok Guru"

  • 1. 1.0 PENGENALAN Karya sastera sama ada traditional atau pun moden, kedua – duanya memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui sajak, pantun, puisi, cerpen, novel dan sebagainya. Sesebuah karya satera yang indah susur galurnya, kepelbagaian gaya bahasanya seta penuh dengan elemen estetika amat penting untuk melahirkan sebuah karya yang dapat diselami maksud penyampaiannya sama ada secara tersurat ataupun tersirat. Tiga persoalan utama untuk mengangkat dan meletakkan sastera pada kedudukannya yang hak serta memperlihatkan perkembangannya yang sihat ialah yang pertama, fenomena seni itu sendiri, kedua fenomena sosial dan ketiga, keterampilan kesusasteraan. Ia juga dapat memartabatkan diri sasterawan dan karyanya sekaligus(Shahnon Ahmad, 2006). Fenomena seni merupakan intipati untuk menjadikan sesebuah karya itu kreatif. Keremehan dalam menerapkan elemen estetika dalam sesebuah karya, menjadikannya hambar, koosng, hilang seninya dan tidak bermakna kerana mesej yang ingin disampaikan oleh penulis tidak dapat diselami oleh pembaca dengan baik. Penyampaian terbaik bagi sesebuah karya yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan,, penulis perlu melalui pelbagai kepayahan, ketelitian, penyelidikan yang berterusan, pengalaman yang dikutip di setiap penjuru alam serta daya keupayaan berimaginasi dan kreativiti yang tinggi. Keunikan sesebuah karya sastera terletak pada nilai estetika ini kerana tanpanya didalam diri seorang sasterawan, karya tersebut tidak membawa apa – apa makna signifikan. Martabat karya itu juga tidak wujud dan menyebabkan ianya dipandang enteng dan remeh oleh masyarakat. Seperti fenomena seni, fenomena sosial juga memerlukan ilmu yang mendalam, pengalaman yang diterokai, keperitan akal yang gemar berhujah dalam mencari kebenaran serta keyakinan diri yang tinggi. Ini kerana karya yang dihasilkan bukanlah karya tiruan atau diciplak tetapi karya – karya ini memepunyai ketulenannya dari segi gaya bahasa yang pelbagai, kecanggihan dalam penyusunan jalan cerita, liku – liku serta cabaran yang dilalui bagi menghasilkan sebuah karya sastera yang menyampaikan mesej kebenaran melalui kesusasteraan. Penghasilan karya yang terbaik juga melalui keterampilan kesasterawanan. Jati diri sasterawan memainkan peranan yang penting kerana identitinya itu sendiri menonjolkan keperibadiannya, gaya hidup serta pembawaannya dalam berkarya. Kita dapat melihat
  • 2. kelemahan serta kekuatan daya kreativiti, imaginasi serta daya sensitiviti seseorang penulis dalam menentukan sejauh mana penulis dapat menjiwai karyanya. Pembaca yang bijak menyelami sesebuah karya, tidak hanya menerima ia sebagai sebuah teks semata – mata, tetapi berada bersama – sama dengan penulis didalam liku – liku perjalanan cerita tersebut. Setiap karya mempunyai kelemahan dan kekuatannya. Namun begitu, kepentingan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis melalui karyanya tidak boleh dipandang remeh kerana kadang kala mereka membawa kita selami realiti kehidupan yang cuba kita selindungi. Walaupun terdapat karya- karya yang menggunakan gaya bahasa yang begitu sinis sekali dan mendapat kritikan yang hebat dari pelbagai pihak, tetapi itulah realiti yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kita semua.
  • 3. 2.0 PEMILIHAN KARYA SASTERA Saya telah memilih sebuah karya sastera moden dalam bentuk sebuah novel iaitu Tok Guru karya Shahnon Ahmad (1988) untuk digunakan dalam analisis mengenai pemikiran yang cuba digarapkan oleh pengarang ini didalam novelnya. Novel ini sering dijadikan kajian kerana bersangkut paut dengan pengalaman sasterawan negara, Shahnon Ahmad sepanjang penglibatan beliau dalam al – Arqam sehingga beliau keluar dari pertubuhan tersebut dan mengarang novel ini sebagai meluahkan perasaan serta pengalaman beliau dalam bentuk coretan. 2.1 SINOPSIS “TOK GURU” Novel Tok Guru mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang terdiri daripada Mamak Merican, Mami Yam, Mumdas, Cumbi dan Mirasa yang menjadikan agama Islam sebagai tunggak dalam kehidupan mereka sekeluarga. Mereka ini berguru dengan seorang alim yang bergelar Tok Guru. Kelazimannya, Tok Guru akan menghadirkan diri di rumah Mamak sekeluarga setiap malam Jumaat untuk mengajar mereka mengenai ilmu agama Islam dengan lebih mendalam dari segi ilmu – ilmu tasawwuf, fardu ain, fiqh dan Usuluddin. Sejak kehadiran Tok Guru, kehidupan Mamak sekeluarga telah berubah jauh sekali dan mereka menghayati ajaran Tok Guru dengan mendalam sekali sehingga Mamak menjadi begitu taksub dengan Tok Guru. Beliau memasang niat dan angan – angan untuk menjadi pendakwah dengan menjejaki kehidupan seperti Tok Guru, kehidupan Nabi dan Kehidupan para Ulama dengan meramaikan zuriat kerana menurut Tok Guru meramaikan zuriat juga merupakan satu ibadah. Mami pula mula menyedari bagaimana peranannya untuk menjadi seorang isteri yang soleha manakala Cumbi mula memasang angan – angan untuk menjadi seorang isteri yang soleha kepada kekasih hatinya, Mubarak. Oleh kerana ketaksubannya itu, Mamak telah menyampaikan hasratnya untuk berkahwin lagi satu dan menyuruh Mami supaya mencari calon isteri untuknya. Namun begitu, Mami tidak sanggup dan terus bertemu dengan Tok Guru. Tok Guru begitu bijak memainkan peranan memujuk Mami dan akhirnya tercapai juga hasrat Mamak untuk berkahwin lagi satu. Dia berkahwin dengan adik Tok Guru sendiri, Rabiatunadawiyyah iaitu seorang janda yang mempunyai seorang anak.
  • 4. Namun kerakusan Mamak tidak berhenti setakat itu dimana beliau menyatakan hasratnya untuk berkahwin dua orang lagi sekaligus. Segala urusan mencari diserahkan kepada Mami dengan alasannya yang biasa didengar oleh Mami iaitu untuk meramaikan zuriat. Akhirnya beliau berkahwin dengan dua orang janda iaitu Zeenab Bibi dan Chumchum. Maka berlakulah ketidakadilan dalam sistem giliran bermalam apabila isteri yang lebih muda menerima giliran yang lebih dari isteri – isteri yang tua. Cumbi yang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya mendapat halangan yang keras dari ayahnya. Mamak tidak berkenan dengan Mubarak kerana keluarganya yang tidak berlatarbelakangkan agama. Malah Mamak menyarankan agar Cumbi berkahwin dengan Tok Guru dan menjadi isterinya yang keempat kerana bagi Mamak, sekiranya Cumbi berkahwin dengan Tok Guru, dia akan masuk ke syurga. Cumbi yang pada mulanya membantah, akhirnya berkahwin juga dengan Tok Guru. Malahan sistem giliran bermalam Tok Guru juga memberatkan kepada isterinya yang lebih muda iaitu Cumbi.
  • 5. 3.0 PENDEKATAN KRITIKAN SASTERA Kritikan amat penting bagi sesebuah karya sastera kerana dari kritikan kita dapat lihat apa yang disampaikan oleh pengarang didalam karya sasteranya itu mampu membuka mata masyarakat ataupun tidak. Karya yang baik mampu memberi impak yang besar kepada pembaca dan sedikit sebanyak memberi ruang kepada masyarakat untuk menilai apa yang cuba disampaikan oleh pengarang. Ketajaman pena seorang pengarang terletak pada ketajaman imaginasi dan kreativitinya yang bersandarkan pada pengalaman, penyelidikan serta ketelitiannya dalam menghasilkan sebuah karya yang berkualiti. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh para kritikawan untuk menilai hasil karya pengarang – pengarang. Antaranya ialah pendekatan formalistikas, pendekatan struktural, prinsip dan kaedah pendekatan moral/agama dan pendekatan sosiologi. Bagi tujuan menganalisis karya Shahnon Ahmad ini, saya memilih pendekatan sosiologi kerana sasterawan negara ini banyak melahirkan karya – karyanya berdasarkan pengalaman serta sesuatu yang berhubung kait dengan kehidupan beliau. Sebagai contoh, karya Tok Guru ini dihasilkan setelah beliau keluar dari pertubuhan al –Arqam dan beliau meluahkan apa yang dirasainya sepanjang bersama dengan jemaah didalam novel ini. W.S Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam kehidupan manusia sedalam – dalamnya (Harun Jaafar, 2009). Pendekatan sosiologi menekankan tiga aspek iaitu yang pertama, melihat secara luas sosiologi sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya. Kehidupan yang dilalui serta pengalaman yang diperolehi oleh sasterawan menjadi tunjang kepada terhasilnya sesebuah karya kerana dirinya lebih hampir dengan masyarakat disekelilingnya. Aspek yang kedua, melihat pada pengaruh dan sifat yang terdapat dalam diri seorang pengarang kerana pengarang akan melahirkannya menggunakan mata penanya untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ketiga, pendekatan sosiologi melihat pada pengaruh institusi kesusasteraan terhadap perkembangan sastera. Pada tahun 40an dan 50an, ramai penulis yang memilih untuk meluahkan coretan mereka dalam bentuk cerpen kerana lebih mudah berbanding karangan – karangan yang berat kerana untuk menyesuaikan dengan kehendsak pembaca yang rata – ratanya tidak ramai yang berpelajaran.
  • 6. 4.0 ANALISIS NOVEL TOK GURU Shahnon Ahmad didalam “Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi” ada menyatakan bahawa kedua – dua novelnya iaitu Tok Guru dan Ummi & Abang Syeikhul memaparkan konsep poligami yang selaras dengan tuntutan Islam (Shahnon Ahmad, 2000). Beliau juga ada menyatakannya didalam “Setitis Embun Semarak Api” dimana novel Tok Guru mencerminkan kebahagian didalam berpoligami kerana Tok Guru mampu memberi kebahagian dan kesejahteraan kepada isteri – isteri beliau terutama Cumbi yang pada mulanya keberatan untuk berkahwin dengan Tok Guru tetapi akhirnya hidup bahagia bersama (Shahnon Ahmad, 2006). Namun begitu, setelah dikaji dan dibuat analisis, didapati novel ini lebih mencerminkan penyelewengan yang berlaku dalam poligami. Analisis ini dilakukan mengikut empat aspek utama yang terdapat didalam novel ini. Aspek yang pertama adalah mengenai konsep keadilan dalam berpoligami, yang kedua penyelewengan dan diskriminasi, ketiga agama Islam digunakan sebagai penyelindung maksud tersembunyi untuk memenuhi kehendak diri dan yang keempat, ketaksuban seseorang itu terhadap orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi tanpa melihat ketulusan hatinya dalam berdakwah. 4.1. Konsep Keadilan dalam berpoligami Didalam karya ini, kita dapat lihat ketidakadilan yang berlaku dalam sistem poligami Tok Guru dan juga Mamak melalui penyusunan jadual giliran bermalam bersama – sama dengan isteri – isteri mereka. Dalam berdakwah dan memberi nasihat, Tok Guru menasihati supaya Mamak berlaku adil kepada isteri – isterinya kelak. Namun begitu, Tok Guru sendiri mengatur jadual giliran bermalam yang sama sekali tidak adil kepada isteri – isterinya. Giliran bermalam mengikut hak yang sepatutnya hanya berjalan untuk beberapa ketika sahaja dan kemudiannya isteri yang tua mula dipinggirkan dan isteri yang muda mendapat keutamaan. Jadual Giliran Bermalam Tok Guru Jadual Giliran Bermalam Mamak Musalmah ( 3 ) MamiYam ( 2 ) Mariyah ( 3 ) Rabiatunadawiyyah ( 3 ) Romlah ( 7 ) Zeenab Bibi ( 10 ) Cumbi ( 15 ) Chumchum ( 11 ) “Percayalah Mami kepada Nana ini. Nana pun bukan larat sangat, tapi bila teringatkan sunnah Nabi dan ingin beribadat dalam semua jurusan, termasuk jurusan kahwin empat,
  • 7. Nana pun hendak kahwin empatlah. Nana sudah tua juga. Biarlah Nana kumpul pahala banyak-banyak dengan apa cara sekali pun. Cara kahwin empat dan memberi giliran yang adil adalah diantara keadilan yang sebaik-baiknya. Itu adalah satu ujian kepada Nana. Kalau Nana tak jaga giliran, Nana berdosa. Kalau Nana jaga giliran , nah, Nana dapat pahala.” [ Shahnon Ahmad, 1988 : 179] Dialog di atas adalah seperti yang diucapkan oleh Mamak kepada isterinya, Mami. Kata – kata Mamak itu jauh sekali dengan apa yang dipraktisnya setiap malam berhubung dengan soal giliran bermalam dimana isteri yang paling muda mendapat giliran yang lebih berbanding isteri yang lebih tua. Ini menunjukkan Mamak tidak mempraktikkan sistem poligami sepetimana yang dituntut dalam Islam. Ooi Eng Lye (2005:184) berpendapat bahawa “......Wanita dalam Tok Guru....sebenarnya mereka menentang ketidakadilan di kalangan pengamal poligami....” Namun begitu, pendapat ini sukar diterima kerana pada akhirnya wanita tetap menjadi mangsa penindasan dan menguntungkan kaum lelaki (Mohd Zariat, 2008:10). Seperti watak Cumbi yang menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Mubarak. Namun begitu, Mamak menentang keras niat anaknya itu. Isterinya, Mami pula seorang yang patuh pada suaminya dan walaupun dia kasihan dengan anaknya tetapi dia tidak mampu untuk melawan kata – kata Mamak dan menenangkan hati anaknya setelah dipaksa oleh Mamak supaya berkahwin dengan Tok Guru. Akhirnya dengan kerelaan, Cumbi pun berkahwin dengan Tok Guru. Keadilan dalam berpoligami amat penting kerana Islam sendiri menyuruh umatnya berlaku adil terhadap isteri – isterinya. Seperti yang terdapat didalam surah AlNisa:3 “ dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap anak – anak yatim, maka kahwinilah wanita – wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika takut tidak dapat berlaku adil, (terhadap isteri – isteri), maka kahwinilah seorang sahaja....yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” Ayat Al – Quran ini menuntut umat Islam supaya berlaku adil apabila berpoligami agar keadilan dapat ditegakkan dan isteri – isteri mendapat hak yang sama rata. Menurut ulama, keadilan yang disyaratkan dalam ayat 3 itu adalah didalam perkara – perkara seperti, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, giliran bermalam dan seterusnya, iaitu perkara madhi (zahir dan material) (Sofian Ahmad, 2009).
  • 8. 4.2. Penyelewengan dan Diskriminasi Penyelewengan dan diskriminasi dalam novel Tok Guru ini dapat dilihat dikaji dengan teliti kerana pada akhirnya, kaum lelaki yang mendapat untung manakala kaum wanita ditindas oleh suami masing – masing. Hal init terjadi kepada isteri – isteri tua Tok Guru dan juga Mamak. Ini kerana, apabila tiba pada pembahagian giliran bermalam, ternyata isteri yang tua mendapat jumlah bermalam yang terlalu sedikit dan jauh berbeza dengan isteri – isteri yang lebih muda. Ini munujukkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Tok Guru dan juga pengikutnya, Mamak. Adalah lebih jelas daripada analisis ini bahawa poligami dalam Tok Guru hadir sebagai satu praktik perkahwinan Islam yang membuka ruang yang luas kepada berlakunya deskriminasi dan ketidakadilan dalam perhubungan antara gender (Mohd Zariat, 2008:11). “Kalau Mamak tak adil, Mamak yang berdosa. Mamak mesti adil kepada Mami. Adil dalam soal luar dan juga soal rohaniah. Bermalam pun mesti ada jadual, mesti ikut giliran. Mamak mesti jaga giliran itu kalau mahu adil. Kalau Mamak tak tahu jaga giliran, bala akan menimpa Mamak kerana itu berdosa juga. Itu kalau dua orang isteri.Kalau tiga atau empat, giliran mesti jaga betul-betul”. Panjang juga Tok Guru memberi keterangan hal jadual dan giliran itu.................. [ Shahnon Ahmad, 1988 : 45 ] Dialog di atas diucapkan oleh Tok Guru kepada Mamak. Tetapi setelah dibuat analisis, ternyata Tok Guru seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Tok Guru sendiri melakukan penyelewengan apabila giliran isteri -isterinya tidak dipenuhi seperti yang dituntut oleh Islam bagi tiap – tiap lelaki yang berpoligami. Ini jelas menunjukkan watak Protoganis seperti Tok Guru sebenarnya memberi gambaran penyelewengan yang paling ketara dalam berpoligami sehingga menjadi ikutan pengikut setianya, Mamak. Isteri Mamak iaitu Mami misalnya merupakan seorang isteri yang taat dan patuh pada suami. Dia tidak berani membantah keinginan Mamak untuk berkahwin lain kerana takut diceraikan dan tanpa dia sedar apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah satu bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap wanita.
  • 9. Melalui kajian Mohd Zariat, (2008:11) menunjukkan persepsi bahawa amalan perkahwinan Islam dalam novel Tok Guru membuka ruang kepada diskriminasi dan penyelewengan poligami meskipun Shahnon Ahmad membuat kenyataan bahawa poligami dalam novelnya itu sejajar dengan kehendak agama Islam seperti yang dinyatakan didalam autobiografinya. 4.3. Menggunakan Agama untuk Kepentingan Diri Setelah dianalisis novel ini, keinginan Mamak untuk berkahwin lain bukanlah kerana hendak mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama tetapi lebih kepada memenuhi keperluan nafsunya dan sikapnya lebih terburu – buru untuk mengikut jejak Tok Guru. Setelah beristeri dua, Mamak bersikap lebih tamak dan ingin beristeri tiga dan empat sekaligus. Dia juga menggunakan helah ingin meramaikan zuriat agar dapat melahirkan pendakwah yang hebat bagi memujuk Mami supaya membenarkan dia berkahwin lagi. Namun begitu, motifnya jelas dapat dilihat apabila dia menyatakan hanya inginkan ladang – ladang yang subur untuk menternak dan sekiranya ladang itu tandus, dia akan menceraikan isterinya itu dengan cara baik. Ternyata amalan poligami Mamak tidak mengikut syariat yang sepatutnya. “Kalau tak ada janda beranak banyak pun, cukup dengan janda tanpa anak saja dengan syarat ladangnya masih subur. Mami barangkali tahu memilih tanah ladang yang subur kerana melihat raut muka dan air muka pun tentu sudah dapat menentukan sama ada tanah itu tandus atau terpugar: kontang atau lemah, gersang atau berbaja. Kalau tanah ladang itu kemudiannya diketahui gersang atau tandus atau kontang, aku terpaksa ceraikanlah dengan baik hati. Penceraian dengan cara begitu dituntut juga. Buat apa simpan tanah tandus dan gersang.” [ Shahnon Ahmad, 1988 : 190] Menurut Sofian Ahmad (2009), Poligami diizinkan dengan maksud untuk membela nasib janda dan anak yatim supaya mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya. Walaubagaimanapun, watak Mamak menunjukkan bahawa tujuannya berpoligami bukanlah untuk melindungi janda dan anak yatim tetapi lebih kepada keperluan nafsunya semata – mata.
  • 10. Hal ini juga dapat dilihat pada diri Tok Guru yang menggunakan ilmu agama yang dimilikinya pada jalan yang tidak betul. Ini kerana setiap malam Jumaat, beliau lebih banyak menyentuh soal – soal perkahwinan. Hal ini telah disedari oleh Cumbi, anak Mamak. “Dulu pun bukan aku tidak sedar. Gelagat Tok Guru seimbas pun aku sudah dapat menangkap hajat Tok Guru. Dia selalu kerling kepada aku bila selesai memberi salam. Bukan aku tidak sedar. Waktu menadah tangan minta doa yang panjang pun, Tok Guru asyik kerling saja kepada aku. Memang Tok Guru itu gatal orangnya.” [ Shahnon Ahmad, 1988 : 235 ] Berdasarkan petikan di atas, ternyata Tok Guru menunjukkan sifat dirinya yang sebenar dan tujuannya menghadirkan diri setiap malam Jumaat di rumah Mamak. Ditambah pula dengan kepercayaan Mamak yang tidak berbelah bagi padanya memberi peluang pada Tok Guru untuk mencapai misinya memiliki Cumbi. Syed Syeikh al – Hadi menyatakan bahawa wanita perlu diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidup kerana kahwin paksa akan mendatangkan keburukan. (S. Ali Yasir, 1983:5)menerangkan konsep yang betul dalam meyebarkan ajaran Islam serta tidak mempergunakan ilmu yang dimiliki untuk kepentingan diri sendiri. Menyebarkan ajaran Islam perlulah di landasan yang benar kerana sekiranya terdapat kepincangan, maka Islam akan dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Inilah yang berlaku seperti watak Tok Guru yang berpengetahuan agama yang luas tetapi telah menggunakan ilmu yang dimiliknya dengan tujuan dan niat yang terpesong kerana beliau lebih gemar menyentuh soal – soal perkahwinan. 4.4. Ketaksuban Terhadap Orang Alim Watak Mamak jelas sekali menunjukkan ketaksubannya terhadap Tok Guru. Ini dapat dianalisis apabila dia mula merubah corak pemakaiannya mengikut Tok Guru. Malahan beliau juga mengikut jejak Tok Guru yang telah beristeri tiga, untuk beristeri lagi satu setelah mendapat nasihat dari Tok Guru supaya meramaikan zuriat kerana meramaikan zuriat merupakan satu ibadah. Kerakusan Mamak dapat dilihat setelah beliau meminta Mami untuk mencari calon isteri kepadanya dan kemudiannya menambah bilangan kepada tiga dan empat sekaligus hanya kerana ingin menjadi seperti Tok Guru yang punya ramai zuriat. Namun,
  • 11. Mamak tidak menyedari bahawa Tok Guru sendiri tidak mengingati anak – anaknya dan bagaimana boleh Tok Guru mendidik anak – anaknya dengan baik? Ketaksuban Mamak terhadap Tok Guru ditambah lagi apabila dia mencadangkan agar anaknya Cumbi berkahwin dengan Tok Guru supaya mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Tok Guru! Mengapa pula tidak dengan Tok Guru.Tok Guru masih ada lagi satu tanah ladang untuk ditanam dan Tok Guru belum miliki mana-mana tanah ladang lagi. Mengapa Cumbi tidak jadi saja tanah ladang itu untuk Tok Guru tanam benihnya. Tok Guru orang alim, orang bertakwa, orang kuat mujahadat dan Tok Guru juga lebih tahu mengatur giliran malam. [ Shahnon Ahmad, 1988 : 147 ] ‘Mami setujukah kalau Cumbi kita jadi isteri keempat Tok Guru?’ [ Shahnon Ahmad, 1988 : 1 ‘Nana tak suka budak itu. Cumbi mesti ikut Nana dalam soal ini kerana Cumbi masih belum tahu memilih peladang. Mami pun mesti ikut Nana. Nana kata Tok Guru, Tok Gurulah’ [ Shahnon Ahmad, 1988 : 153 ] ‘Tentang Cumbi. Mamak rasa-rasa hendak serahkan saja kepada Tok Guru, Kalau Tok Guru sudi. Moga-moga selamat Cumbi dalam dunia dan akhirat bila ada di bawah payung Tok Guru’ [ Shahnon Ahmad, 1988 : 215 ] Petikan – petikan di atas jelas sekali menunjukkan ketaksuban Mamak terhadap Tok Guru. Kesemuanya lebih jelas apabila penglihatan Mamak dikaburi dengan kebaikan Tok Guru yang menjodohkan adiknya, Rabiatunadawiyyah sebagai isterinya nombor dua. Mamak terlalu taksub dengan Tok Guru yang dianggapnya sebagai seorang alim, warak dan penuh dengan ilmu agama serta menjadi rujukan kepada dia dan keluarganya. Padahal, melalui jadual giliran bermalam sudah menunjukkan sifat sebenar Tok Guru serta kunjungannya ke rumah Mamak setiap malam Jumaat apabila Tok Guru lebih gemar menyentuh isu – isu yang berkaitan tentang hal – hal perkahwinan berbanding hal- hal agama yang lebih meluas.
  • 12. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap coretan pengarang akan tersimpan seribu erti kepada pembaca. Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang lazimnya sentiasa mendapat kritikan dan pandangan daripada masyarakat umum dan ahli –ahli sarjana. Sebagai contoh, Novel Tok Guru ini banyak memperlihatkan kepincangan dalam sistem poligami yang diamalkan oleh Tok Guru dan Mamak. Kepincangan ini bukanlah salah bagi mereka untuk beristeri empat tetapi kerana ketidakadilan yang telah mereka lakukan dalam berpoligami yang dapat dikesan dalam karya ini. Karya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Kerana adanya masyarakat maka terhasillah karya yang sentiasa menyampaikan mesej – mesej yang berkesan dan sentiasa mendapat pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak. Namun, mata pena pengarang tidak akan sesekali tumpul selagi jiwa, minda dan tenaga masih mampu bekerja dalam menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti utnuk hidangan pembaca. (3202 patah perkataan)
  • 13. RUJUKAN 1. Shahnon Ahmad, 1988. Tok Guru. 2. Shahnon Ahmad, 2006 . Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi. Pulau Pinang: Pustaka Shahnonahmad 3. Shahnon Ahmad, 2006. Setitis Embun Semarak Api. Selangor: Dasar Cetak (M) Sdn Bhd 3. Di petik dari S.Ali Yasir. “Di Balik Poligami Rasulullah S.A.W”,Pustaka Nasional PTE LTD Singapura, 1983:5 4. Website.Source:http://bicarasastera.blogspot.com/.4,Julai 2011 5. Website.Source:http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-74-01abstrak.html,4 Julai 2011 6. Website,Source:http://journalarticle.ukm.my/630/1/akademika74%5B01%5D.pdf,4 Julai 2011