Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan global
1. LMCP1532
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TUGASAN 6: BANDAR TERJEJAS DENGAN
PEMANASAN GLOBAL
MUHAMMAD ZAHIRUL IRFAN BIN ABDUL RAZAK A159337
Disediakan untuk : Prof. Dato’ Dr. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. ARAHAN SOALAN
Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan
aras laut semenjak 50 thaun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang
panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang
rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara
ringkas untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini.
Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan adaptasi.
3. Pemanasan Global
Fenomena pemanasan global merupakan satu fenomena gas rumah hijau di mana ia
menghalang dan memerangkap haba bumi daripada bebas keluar ke angkasa. Antara gas
rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana,
nitrogen oksida dan lain-lain. Punca berlakunya pemanasan global ini adalah disebabkan
aktiviti perindustrian, pengangkutan, pembakaran hutan secara terbuka dan sebagainya.
4. Mitigasi
Langkah awal yang perlu diambil sebelum atau timbulnya sesuatu masalah
dan bencana.
Merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan risiko bencana, baik melalui
pembangunan fizik mahupun penyedaran dan peningkatan kemampuan
menghadapi ancaman bencana.
5. Pelan Tindakan Mitigasi
Mengenakan tindakan atau hukuman yang berat terhadap aktiviti
pembalakan haram dan pembakaran terbuka.
Mengawal aktiviti pembalakan dan menggalakkan aktiviti menanam
semula pokok bagi mengatasi masalah pemanasan global.
Membuat perancangan bandar yang lebih strategik dengan cara
mengurangkan pembinaan bangunan yang rapat dan mewujudkan
kawasan-kawasan hijau di sekitar Bandar.
Meningkatkan mutu atau kualiti perkhidmatan pengangkutan awam
seperti bas ataupun kereta api bagi mengurangkan peningkatan
jumlah kenderaan dimana cara ini dapat mengawal masalah
pencemaran udara.
Menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti
tenaga hidroelektrik, angin dan solar.
6. Adaptasi
Langkah atau usaha yang boleh digunakan untuk orang ramai menyesuaikan
diri dengan keadaan setempat.
7. Pelan Tindakan Mitigasi
Mengamalkan amalan kitar semula bagi mengurangkan sisa buangan yang
boleh menyebabkan pencemaran dan berlakunya pemanasan global.
Mengamalkan amalan kongsi kenderaan bagi mengurangkan jumlah kenderaan
di jalan raya yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran.
Membuat penambakkan di kawasan yang terjejas dengan peningkatan aras air
laut dan menanam tanaman bakau di kawasan tersebut bagi mengurangkan
hakisan.
Mengamalkan sikap jimat tenaga elektrik seperti ‘earth-hour’ bagi
mengurangkan kesan pemanasan global.