Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

Transkripsi temubual bersama murid pemulihan

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA MURID PEMULIHAN.
01 Guru : Nama penuh awak apa ?
02 Murid : Siti Nuraina binti Mahadi
03 Guru...
15 Guru : Suka tak tinggal di asrama?
16 Murid : Suka.
17 Guru : Adik awak umur berapa tahun?
18 Murid :5 tahun
19 Guru :A...
30 Murid : Selalu.
31 Guru : Abah awak kerja bawa traktor? Memang dari dulu bawa traktor ke?
32 Murid : Tak. Dulu abah say...
Publicité
Publicité
Prochain SlideShare
Protokol temu bual
Protokol temu bual
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 11 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Diaporamas pour vous (20)

Les utilisateurs ont également aimé (20)

Publicité

Similaire à Transkripsi temubual bersama murid pemulihan (20)

Publicité

Transkripsi temubual bersama murid pemulihan

  1. 1. TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA MURID PEMULIHAN. 01 Guru : Nama penuh awak apa ? 02 Murid : Siti Nuraina binti Mahadi 03 Guru : Awak tinggal di mana? 04 Murid : Lata Rek. 05 Guru : Ayah kerja apa? 06 Murid : Bekerja sendiri 07 Guru : Emak, kerja ke? 08 Murid : Dok. 09 Guru : Berapa orang adik beradik? 10 Murid : 3 11 Guru : Datang sekolah dengan apa? 12 Murid : Motorsika..Saya dok asrama cikgu. 13 Guru : Sebab apa tinggal di asrama? 14 Murid : Rumoh jauh denge sekoloh.
  2. 2. 15 Guru : Suka tak tinggal di asrama? 16 Murid : Suka. 17 Guru : Adik awak umur berapa tahun? 18 Murid :5 tahun 19 Guru :Ada berapa orang adik? 20 Murid : Sow 21 Guru : Kakak. Kakak awak umur berapa? 22 Murid : 15 23 Guru : Tiada abang? 24 Murid : ( menggeleng kepala, muka tunduk ke bawah ) 25 Guru : Baiklah, awak suka makan apa? 26 Murid : Nasi aye 26 Guru : Emak masak atau makan kat kedai? 27 Murid : Ummi masak. 29 Guru : Ummi..selalu ummi masak nasi ayam kat rumah?
  3. 3. 30 Murid : Selalu. 31 Guru : Abah awak kerja bawa traktor? Memang dari dulu bawa traktor ke? 32 Murid : Tak. Dulu abah saya kerja askar. Kat Gemas. 33 Guru : OOO. Jadi dulu tinggal kat Gemas lah. Lama ke tinggal sana? 34 Murid : Mmm..Lama jugak... 35 Guru : Suka tinggal sana? 36 Murid : Suka 37 Guru : Masa tinggal di Gemas, selalu ke balik kampung? 38 Murid : Balik jugak. 39 Guru : Bila balik Kelantan? Masa cuti atau tidak. 40 Murid : Cuti skoloh 41 Guru : Okay. Suka tak sekolah kat Kelantan? 42 Murid : Suka. 43 Guru : Ummi awak kerja ke? 44 Murid : Surirumah
  4. 4. 45 Guru : Ummi buat apa? 50 Murid: Ummi dok ghumoh. 51 Guru : Masa hari raya tempohari, banyak tak dapat duit raya? 52 Murid : Banyok. 53 Guru : Guna atau simpan dalam bank? 54 Murid : Sipe dale bank. 55 Guru : Bila cuti sekolah tidak pergi ke mana-mana ke? 56 Murid : Dok. 57 Guru : Abah selalu bawa jalan-jalan? 58 Murid : Bawak jugak..kade-kade. 59 Guru : Sebab apa jarang ? 60 Murid : Abah kejo sokmo. 61 Guru : Okay. Cikgu tanya ni, mana lah tahu cikgu boleh rumah awak ke? Rumah awak ada pokok duku tak? 62 Murid : Ado.
  5. 5. 63 Guru : Kalau macam tu, boleh lah cikgu pergi rumah awak. 64 Murid : Boleh. 65 Guru : Boleh? Okay, terima kasih. 66 Murid : Samo-samo.
  6. 6. ANALISIS TRANSKRIPSI TEMU BUAL. Berdasarkan temu bual yang telah saya lakukan bersama seorang murid pemulihan saya mendapati terdapat beberapa kesalahan bahasa dalam pertuturan murid. Saya akan menyatakan kesalahan yang kerap dilakukan muird terlebih dahulu. Kesalahan pertama yang saya dapati ialah murid menjawab pertanyaan tanpa subjek dalam ayat. Contohnya: Baris 04 Murid : Lata Rek. Baris 06 Murid : Bekerja sendiri Baris 10 Murid : 3 Berdasarkan jawapan murid seperti di atas, kesalahan murid tersebut ialah murid menjawab soalan dengan ringkas dan tidak mengambilkira tentang penggunaan subjek dalam ayat. Subjek terdiri daripada frasa nama dan kata nama. Dalam pertuturan ini, murid tidak menggunakan sebarang kata nama mahupun frasa nama pada subjek dalam ayat untuk menjawab pertanyaan. Sepatutnya murid perlu menjawab soalan yang ditanya seperti berikut: Baris 04 Murid : Saya tinggal di Kampung Lata Rek. Baris 06 Murid : Ayah saya bekerja sendiri. Baris 10 Murid : Saya ada tiga orang adik beradik. Kesalahan kedua yang saya perhatikan ialah murid suka menggunakan dialek Negeri Kelantan dalam pertuturannya. Antara ayat yang dituturkan adalah seperti berikut: Baris 22 Murid : Saw Baris 28 Murid : Nasi aye Baris 52 Murid : sipe dale bank Baris 56 Murid : ada la jugak kade-kade. Baris 58 Murid : Abah kejo sokmo
  7. 7. Kesalahan-kesalahan di atas merupakan perkataan dalam penggunaan dialek bahasa Kelantan. Ayat pada baris 22 merupakan jawapan yang hanya diucapkan tanpa menggunakan perkataan dalam subjek. Saw bermaksud satu dalam bahasa Melayu satndard. Ayat baris 28 pula merupakan ayat yang menggunakan ganti nama makanan di sebut dalam dialek Kelantan. Nasi aye merupakan perkataan nasi ayam dalam bahasa yang standard. Ayat baris 56, merupakan ayat yang menggunakan dialek Kelantan dan merujuk kepada perkataan ganda. Dalam dialek Kelantan kade-kade , bermaksud jarang-jarang. Ayat yang seharusnya murid sebut adalah seperti berikut: Baris 22 Murid : Saya ada seorang adik. Baris 28 Murid : Saya suka makan nasi ayam. Baris 52 Murid : Saya simpan wang dalam bank. Baris 56 Murid : Kami pergi bercuti jika ada masa. Baris 58 Murid : Abah sentiasa bekerja. Kesalahan yang seterusnya dapat dilihat pada ayat di bawah: Baris 30 Murid : Ummi masak. Baris 12 Murid : Motosika. Dalam ayat di atas, kesalahan pertama yang murid lakukan ialah murid menjawab soalan tanpa pradiket di belakang. Jawapan yang diberikan mengandungi subjek sahaja. Jawapan yang betul perlu dikatakan murid adalah seperti berikut: Baris 30 Murid : Ummi masak nasi ayam di ruma Baris 12 Murid : Saya datang ke sekolah dengan motorsikal Kesalahan seterusnya dapat dilihat dalam ayat dibawah: Baris 38 Murid : Suka Dalam ayat di atas, kesalahan yang murid lakukan ialah murid tidak menjawab dengan ayat yang lengkap, hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu suka ( kata kerja transitif ) di
  8. 8. mana Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama. Jawapan yang betul perlu dikatakan oleh murid ialah: Baris 38 Murid : Saya suka tinggal di Gemas. Kesalahan seterusnya dapat dilihat pada ayat di bawah: Baris 48 Murid : Surirumah Dalam ayat tersebut, kesalahan yang murid lakukan ialah murid menjawab yang tidak mempunyai hubungan dengan soalan yang ditanya oleh guru. Murid tidak faham pertanyaan guru. Jawapan yang betul perlu dikatakan oleh murid adalah seperti berikut: Baris 48 Murid : Ummi sedang membuat kerja rumah.
  9. 9. RUMUSAN / CADANGAN Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelas utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Ini berdasarkan huraian bahawa kata nama, kata adjektif, dan kata kerja dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang lain (kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata sandang) pula tidak dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh kerana itu ia boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas. Dalam memperkatakan tentang ayat, ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu. Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Za’ba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.Menurut Za’ba : ”ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya” ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm.148 ) Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai : “ Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat.” (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )
  10. 10. Menerusi temubual ini saya dapati murid suka menjawab soalan guru dengan menggunakan ayat yang ringkas dan tidak mengambilkira tentang penggunaan subjek dalam ayat. Subjek terdiri daripada frasa nama dan kata nama. Murid juga tidak menggunakan kata sendi nama yang betul dalam pertuturannya. Paling ketara kesalahan murid ialah penggunaan dialek Kelantan dalam pertuturannya. Hampir keseluruhan pertuturannya menggunakan dialek Kelantan. Murid ini perlu dilatih untuk bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang standard dan juga bantu murid ini dalam menjawab pertanyaan dengan menggunakan ayat yang betul.

×