LAPORAN PENGANGKUTAN DI BALING, KEDAH
LAPORAN PENGANGKUTAN DI BALING, KEDAH
NAMA: MUHAMMAD ZULHILMI BIN ABU KHOSEM
NO MATRIK: A182718
PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT
KURSUS: PENGANGKUTAN BANDAR
KOD KURSUS: LMCP2502
Baling tidak mempunyai banyak
pengangkutan awam yang disediakan
seperti di bandar. Hal ini kerana Baling
merupakan kawasan luar bandar. Oleh
itu, para penduduk di kawasan ini
hanya bergantung dengan kenderaan
mereka sendiri seperti kereta dan
motosikal.
Penduduk di kawasan ini menggunakan
kereta dan motosikal untuk kegunaan
harian seperti berjalan-jalan, membeli
barang keperluan dan sebagainya.
Kebanyakan penduduk di kawasan ini
mempunyai kenderaan sendiri bagi
memudahkan urusan mereka untuk
bergerak ke sesuatu tempat.
KERETA & MOTOSIKAL
Terdapat perhentian bas di pekan
Baling yang menyediakan
perkhidmatan bas untuk memudahkan
para penduduk pergi ke bandar atau ke
tempat yang ingin di tuju.
Pengangkutan ini memberikan
kemudahan kepada penduduk yang
tidak mempunyai kenderaan
persendirian atau kenderaan yang tidak
mampu bergerak jauh untuk mereka
pergi ke sesuatu tempat dengan lebih
selesa dan mudah.
BAS
Penduduk di Baling juga sering berjalan
kaki dan berbasikal untuk ke tempat
yang tidak jauh dari rumah mereka dan
juga untuk ke sekolah.
JALAN KAKI DAN
BERBASIKAL
Keselamatan jalan raya
Kekurangan pengangkutan awam
Kenderaan berat yang membahayakan
Tiada kemudahan pejalan kaki
MASALAH YANG DIHADAPI
Menambahkan bilangan lampu isyarat di kawasan persimpangan jalan.
Membina stesen kereta api untuk memudahkan penduduk bergerak ke
tempat yang jauh dengan lebih mudah.
Membina jalan yang khusus untuk kenderaan berat.
Membina kemudahan pejalan kaki.
CADANGAN MENGATASI MASALAH