Publicité
Publicité

Contenu connexe

Publicité

Bab 2 seni catan

  1. Catan
  2. • Catan ialah proses menggambar dengan menggunakan media basah yang disapu ke atas pelbagai permukaan 2 dimensi (2D) seperti kanvas, kertas atau kayu. • Warna dan berus merupakan media paling utama dalam seni catan. PENGENALAN
  3. PERBEZAAN CATAN & LUKISAN • Catan berbeza daripada lukisan kerana ia dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan dengan menggunakan berus, manakala lukisan dihasilkan tanpa menggunakan berus. • Catan menggunakan media basah manakala Lukisan menggunakan media kering • Pada masa kini cat air, cat akrilik dan cat minyak merupakan media yang popular digunakan. • Catan tempera ialah media catan yang tertua sekali.
  4. SEJARAH PERKEMBANGAN SENI CATAN • Perkembangan seni bermula sejak zaman sebelum merdeka dan awal merdeka. • Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi. • Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahan- bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua. • Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman kemunculan penghasilan catan di Eropah. Ia menunjukkan negara-negara Eropah sudah pun mempelopori seni catan sejak sekian lama. • Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke- 19. Ia dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah mendapat pendidikan di Institut Pengajian Seni di negara- negara Barat
  5. PELUKIS CAT AIR TEMPATAN • YONG MUN SEN - TEMA ALAM DAN MANUSIA -TERPENGARUH DENGAN ALIRAN IMPRESIONISME • ABDULLAH ARIFF -TEMA LANDSKAP DAN KEKAYAAN HASIL BUMI • KHAW SIA - TEMA BUNGA DAN LANDSKAP -TERPENGARUH DENGAN ALIRAN IMPRESIONISME • IBRAHIM ABU @ A.B. IBRAHIM -TEMA LANDSKAP -PELUKIS DIDIKAN SENDIRI
  6. MEDIA BASAH CAT MINYAK WARNA AIR CAT POSTER CAT AKRILIK CAT TEMPERA CAT GOUACHE
  7. • BASAH ATAS BASAH • BASAH ATAS KERING • KERING ATAS KERING • KERING ATAS BASAH TEKNIK CATAN CAT AIR
  8. TEKNIK BASAH ATAS BASAH (a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah. (b) Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan. (c) Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar. (d) Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan. (e) Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya.
  9. Langkah Penghasilan A. CAT AIR Bahantaranya air; menggunakan pengilat gam Arab; pewarnanya bersifat lutsinar; boleh dilegapkan dengan sapuan kerap kali. Penggunaan Teknik Basah Atas Basah Penggunaan air yang banyak dan warna yang sedikit dalam penghasilan sesebuah catan. Permukaan kertas dibasahkan dahulu kemudian dicatkan dengan cat air yang telah dibancuh dengan air. Ia menghasilkan kesan lutsinar.
  10. TEKNIK BASAH ATAS KERING (a)Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. (b) Menghasilkan kesan warna legap (opaque). (c) Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripada ton nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan gelap. (d) Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media.
  11. Penggunaan Teknik Basah Atas Kering Teknik ini sesuai digunakan apabila menyapu warna cat air yang telah dibancuh dengan air ke atas permukaan warna atau kertas yang telah kering. Ombak, bukit, perkampungan , objek dan sebagainya amat sesuai dihasilkan dengan penggunaan teknik ini.
  12. TEKNIK KERING ATAS KERING (a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. (b) Campuran warna yang agak pekat atau likat. (c) Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek. (d) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang telah kering.
  13. Penggunaan Teknik Kering Atas Kering • Warna yang melekat pada berus tidak banyak tetapi jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya
  14. TEKNIK KERING ATAS BASAH a) Melibatkan sapuan warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap. (b) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan legap (opaque) yang kering. (c) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang lain.
  15. Penggunaan Teknik Kering Atas Basah sapuan warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah atau lembap.
  16. Penggunaan Tekinik Tindihan Teknik ini dapat menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk menghasilkan kesan ton dan pencahayaan. Kesan catannya tebal dan berlegap.
  17. Penggunaan Teknik Menekan Dengan Span Penggunaan span untuk menghasilkan jalinan kasar misalnya daun, ketulan batu, tanah, dan sebagainya pada permukaan kertas yang kering.
  18. Penggunaan Teknik Menyembur Dengan Berus Teknik ini dapat menghasilkan jalinan yang lebih kasar dan luas misalnya jalinan pada pantai pasir, daun-daun, dan padang rumput.
  19. • TEKNIK IMPASTO • TEKNIK TITIK • TEKNIK HARD EDGE • TEKNIK GLAZING • TEKNIK SCUMBLING TEKNIK CATAN CAT MINYAK
  20. TEKNIK IMPASTO menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna dengan berus atau pisau palet ke atas kanvas. Kesan jalinannya kasar dan lebih tebal.
  21. TEKNIK TITIK • Penggunaan berus untuk menghasilkan titik-titik yang berwarna. • Menghasilkan titik-titik menggunakan berus secara bertindan-tindan untuk membentuk objek
  22. TEKNIK HARD EDGES Teknik ini dapat menghasilkan kesan catan yang kelihatan telah dipotong-potong atau dibahagi- bahagikan. Masking tape digunakan untuk memisahkan warna.
  23. TEKNIK GLAZING • Teknik ini dapat menghasilkan kesan yang menampakkan kekilauan kerana hasilnya dibentuk dengan sapuan berus yang bersahaja. • mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut,licin, lutsinar dan berkilau
  24. TEKNIK SCUMBLING (MELEMBUT) menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
  25. FUNGSI CATAN • Menyampaikan mesej • Menyampaikan hasrat diri • Meluahkan perasaan • Merakam sejarah
Publicité