Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Perkhemahan

1 372 vues

Publié le

  • Soyez le premier à commenter

Perkhemahan

  1. 1. Latihan Pra-Perkhemahan PBSM/SKSP PERKHEMAHAN 1. Maksud  Mendirikan khemah atau perlindungan untuk kediaman sementara bagi berteduh, berlindung dan bermalam di luar rumah 2. Tujuan; Antaranya ,  Melatih ahli cara hidup berdikari  Melatih ahli hidup bekerjasama & membina semnagat berpersatuan  Menikmati alam semulajadi  Melatih ketahanan diri melalui cabaran  Menjadi pengalaman baru bagi ahli yang tidak biasa dengan kehidupan sesuatu tempat 3. Peralatan Perkhemahan; A. Kegunaan kumpulan  Kotak Pertolongan Cemas (First Aid Kit)  Khemah yang cukup dengan peralatannya  Kapak, gergaji, cangkul, parang dan peralatan kerja yang lain  Kayu, kayu gajet/buluh  Tali Nylon, tali raffia  Lampu gasolin, pelita, lilin, mancis B. Kegunaan Individu  Buku log & alat tulis  Pakaian seragam lengkap, Tshirt (Uniform)  Baju Hujan  Sarung kaki/ stoking  Selipar getah  Pakaian mandi (tuala dank ain basahan)  Lampu picit  Ubat peribadi dan antiserangga  Pakaian , baju –T, seluar(track bottom)  Kasut  Pakaian tidur  Peralatan sembahyang  Topi  Selimut  Bantal kecil  Alat menjahit  Tali ikatan, tongkat  Baldi  Peralatan Bersih Diri(berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dll) 4. Cara-cara Mendirikan Khemah  Hendaklah didirikan di kawasan yang rata  Periksa kawasan itu dan pastikan tiada sebarang serangga berbahaya  Rumput dan sampah perlu dibersihkan untuk mengelak daripada lipan, kala jengking, ular dan lain-lain lagi  Jangan dirikan khemah di sekitar pangkal pokok dan dahan yang rapuh  Sebelum mendirikan khemah perlu meneliti keadaan cuaca, arah matahari dan tiupan angin  Pastikan pintu khemah tidak bertentangan dengan arah tiupan angin  Elakkan pokok rendang kerana kemungkinan sambaran petir dan ditimpa dahan yang patah  Jarak di antara tali-tali khemah sekurang-kurangnya 30 cm.  Pancang khemah seboleh-bolehnya tegak (90 darjah) dan tali pengikat (45 darjah) daripada tanah  Gali parit di sekeliling khemah untuk saliran (jika perlu) 5. Aktiviti Perkhemahan; Antaranya ,  Latihan Dalam Kumpulan (LDK) –Permainan, Pembentangan  Mempelajari Ilmu Pertolongan Cemas  Mempelajari Teknik Ikatan  Aktiviti Kebudayaan –Persembahan Cikgu Muliadi@SKSP
  2. 2. Latihan Pra-Perkhemahan PBSM/SKSP  Pandu Arah  Aktiviti Khidmat Masyarakat  Malam Burung Pungguk 6. Peraturan Perkhemahan bagi ahli/peserta; A. Sebelum Perkhemahan  Mengikuti latihan Pra perkhemahan  Menyediakan peralatan perkhemahan individu  Segera bertemu guru penyelaras sekiranya terdapat masalah dan kekeliruan  Mengisi borang kebenaran ibu bapa, borang sebelum program dan menghantarnya sebelum tarikh perkhemahan B. Semasa Perkhemahan  Membersih kawasan perkhemahan  Mendirikan khemah bersama-ahli lain  Membuat gajet-gajet penting (atas arahan guru)  Melaksanakan giliran bertugas  Menghadiri semua aktivit yang dianjurkan  Berjumpa guru/ pengelola perkhemahan sekiranya terdapat sebarang masalah(kecurian, sakit dsb)  Jaga peralatan dan barang masing-masing  DENGAR & PATUH ARAHAN C. Selepas Perkhemahan  Mengemaskan alat-alat perkhemahan  Memastikan kebersihan tapak perkhemahan seperti sediakala  Mengisi borang selepas program Cikgu Muliadi@SKSP

×