SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
Télécharger pour lire hors ligne
1
KEBERKESANAN MEMPELAJARI ILMU QIRAAT:
ANTARA HARAPAN, CABARAN DAN PENYELESAIAN MASALAH
Oleh:
Muhammad Hafiz bin Saleh
Abd Muhaimin bin Ahmad
Norazman bin Alias
mhafiz@usim.edu.my
muhaimin@usim.edu.my
norazman@usim.edu.my
Pengajian ilmu qiraat di Malaysia kini bukan lagi suatu yang asing. Hampir
setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajian
Islam di negara ini turut menawarkan ilmu qiraat kepada mahasiswa dan
mahasiswi mereka. Ini kerana ilmu qiraat berkait rapat dengan pelbagai
disiplin ilmu terutamanya dalam bidang tafsir al-Quran. Namun begitu, tidak
dinafikan bahawa perkembangan ilmu qiraat di negara ini masih pada
peringkat pengukuhan di mana institusi-institusi pengajian tempatan mula
mengorak langkah dan berusaha untuk mengembangkan ilmu ini. Dalam
menempuhi peringkat ini, pelbagai cabaran harus dilalui demi mencapai
harapan dan hasrat yang disasarkan. Antara cabaran utama yang menjadi
tumpuan adalah keberkesanan mempelajari ilmu qiraat dan kaedah
pengajaran yang paling sesuai digunakan dalam menyampaikan ilmu ini.
Melalui kertas kerja ini, pandangan daripada ahli-ahli yang arif dan
berpengalaman dalam bidang qiraat akan dijadikan sebagai landasan bagi
menempuh cabaran tersebut sekaligus merungkai masalah pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan pengajian ilmu ini.
1.0 Pendahuluan
Perkembangan pengajian ilmu qiraat di negara ini merupakan fenomena yang dapat
diperhatikan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia dapat dilihat menerusi penawaran
institusi pengajian tinggi awam dan swasta terhadap kursus-kursus yang berkaitan dengan
pengajian qiraat. Malahan, subjek qiraat juga diterapkan kepada para pelajar di sekolah
menengah agama menerusi Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ).
Ini menunjukkan bahawa pengajian ilmu qiraat semakin mendapat perhatian dalam
kalangan para pelajar yang menuntut dalam bidang pengajian Islam. Tidak dapat
disangkal bahawa fenomena ini menggambarkan bahawa pembelajaran ilmu qiraat adalah
penting kerana ia merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan bacaan al-Quran.
2
2.0 Definisi Ilmu Qiraat
Menurut Imam Ibn al-Jazari: Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang menjelaskan kaedah
menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran di samping menjelaskan perbandingan
bacaan antara imam-imam qiraat.1
Ini menunjukkan bahawa bacaan al-Quran dan ilmu
tajwid yang dipelajari dan diamalkan pada hari ini merupakan salah satu jenis bacaan
yang terdapat di dalam pengajian ilmu qiraat iaitu menurut bacaan riwayat Hafs daripada
Imam Asim.
Namun begitu, ruang lingkup ilmu qiraat tidak terbatas sekadar pada bacaan al-
Quran sahaja, bahkan ianya turut memainkan peranan yang besar dalam memahami
pengajian tafsir al-Quran, permasalahan fekah dan akidah. Memandangkan kepentingan
dan hubung kait ilmu qiraat dengan ilmu-ilmu yang lain, ianya amat wajar dipelajari oleh
para pelajar yang mengambil jurusan pengajian Islam tanpa membatasi peringkat usia.
3.0 Pengajian Ilmu Qiraat di Malaysia
Menurut kajian yang dilakukan, pengajian ilmu qiraat di Malaysia secara formal bermula
seawal tahun 1966 dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Pusat
Islam, Kuala Lumpur. Penubuhan institusi pertama qiraat ini merupakan cetusan idea
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sewaktu Rektor
Universiti al-Azhar, Syeikh Muhammad Syaltut membuat lawatan ke Malaysia.2
Sejak
penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang pertama ini, maka bermulalah
perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.
Selepas beberapa dekad penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Kuala
Lumpur, lahir pula beberapa institusi tahfiz yang turut menawarkan pengajian ilmu qiraat
menurut kronologi berikut:
i. Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Melaka (1990);
ii. Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (1991);
iii. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1996); dan
iv. Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Istana Alaeddin Bandar (1996).
1
Ibn al-Jazari, Taqrib al-nashr fi al-Qira’at al-Ashr, ed. Muhammad Ali Baidun, (Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah, 2002), 3.
2
http://www.darulquran.gov.my/sejarah.html
3
Selain daripada institusi tahfiz, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi
yang turut menawarkan kursus pengajian ilmu qiraat seperti Universiti Kebangsaan
Malaysia seawal tahun 1980, Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (1995);
Kolej Pengajian Islam Johor (1997).3
Setelah melangkah ke tahun 2000, perkembangan pengajian ilmu qiraat semakin
pesat sehingga begitu banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus
pengajian ilmu qiraat kepada para pelajar. Keunikan kursus ini dapat dilihat menerusi
nama-nama yang diberikan kepadanya kerana ia bukan hanya dikenali dengan satu nama
seperti ilmu qiraat, bahkan terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada kursus
pengajian qiraat seperti berikut:
i. Pengantar Ilmu Qiraat dan Hafazan;
ii. Qiraat Ilmi;
iii. Qiraat Amali;
iv. Qiraat Asyarah;
v. Ilmu Qiraat;
vi. Metodologi Pengajaran Ilmu Qiraat;
vii. Pengajian Qiraat;
viii. Tarikh al-Qurra’;
ix. Mutun Tahriri dan lain-lain.
Selain daripada institusi pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diamanahkan untuk mewujudkan Kelas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ). Ia merupakan sebahagian
daripada aktiviti ko-kurikulum di sekolah di mana ia turut menerapkan pengajian ilmu
qiraat kepada para pelajar. Menerusi aktiviti ini para pelajar didedahkan dengan
pengenalan terhadap imam-imam qiraat serta cara bacaan mereka menerusi surah-surah
lazim bermula dari Surah al-Nas kepada Surah al-Dhuha.4
3
Muhammad Hafiz, Comparative Study On The Science Of Qiraat In Higher Education Institutions In
Malaysia, (MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2010),
4
http://spikel.bpi.edu.my/index.php?view=article&catid=3%3Akurikulum&id=86%3Akelas-kemahiran-al-
quran&format=pdf&option=com_content&Itemid=49
4
Pengajian ilmu qiraat turut mendapat perhatian masyarakat awam yang dahagakan
ilmu berkaitan al-Quran. Pelbagai program pengajian al-Quran yang disediakan turut
mendedahkan pengajian ilmu qiraat kepada peserta yang mengikuti program tersebut.
Sebagai contoh, Universiti Sains Islam Malaysia menawarkan program sepanjang hayat
menerusi Program Persijilan Talaqqi al-Quran yang dibuka kepada masyarakat awam.
Kelas yang dijalankan pada setiap hujung minggu ini menawarkan beberapa subjek
berkaitan ilmu al-Quran seperti Ilmu Tajwid, Talaqqi al-Quran, Pengantar Ulum al-Quran
dan termasuklah Pengantar Ilmu Qiraat.5
Selain Universiti Sains Islam Malaysia, terdapat
beberapa lagi institusi yang menawarkan program seumpamanya seperti Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor dan lain-lain.
4.0 Objektif Pembelajaran Ilmu Qiraat
Menurut kajian yang dilakukan terhadap institusi pengajian tinggi awam, setiap kursus
atau subjek qiraat mempunyai objektif yang hampir sama walaupun menggunakan nama
yang berbeza. Antara objektif atau penekanan yang ditumpukan dalam pembelajaran ilmu
qiraat adalah seperti berikut:6
i. Memberikan pengenalan yang jelas terhadap ilmu qiraat seperti definisi,
objektif, sumber, dalil serta bahan rujukan;
ii. Memberikan penjelasan mengenai peranan ilmu qiraat dan hubungannya
dengan al-Quran;
iii. Menjelaskan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan ilmu qiraat secara
umum seperti Ilmu tajwid, Ilmu Rasm dan Dhabt al-Quran serta Ilmu al-
Fawasil. Ini kerana ilmu-ilmu ini berkait rapat di antara satu sama yang lain;
iv. Menerangkan latar belakang imam-imam qiraat tujuh atau sepuluh serta
perawi mereka. Di samping itu, penekanan juga diberi terhadap kaedah bacaan
al-Quran bagi setiap perawi tersebut secara umum; dan
v. Mempraktikkan bacaan bagi setiap imam qiraat beserta perawi mereka dengan
menumpukan kepada surah-surah tertentu di dalam al-Quran. Terdapat
5
http://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-hayat/101-talaqqi-al-quran.html
6
Maklumat ini berdasarkan kepada temubual dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus ilmu
qira’at di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej
Universiti Islam Selangor.
5
sebahagian daripada institusi yang memilih juzuk Amma, ada pula yang
memilih surah pilihan seperti Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan, manakala
ada yang memilih Surah al-Baqarah.
5.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat yang Berkesan
Daripada sudut pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat pula, kaedah yang digunakan
adalah hampir serupa di antara satu institusi dengan institusi yang lain. Antara kaedah
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:7
1. Penyampaian di dalam dewan kuliah
Menerusi kaedah ini, para pensyarah atau guru akan memberikan penyampaian
kepada pelajar dalam jumlah yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah
300 orang pelajar. Pengajaran adalah berdasarkan kepada rangka kursus yang
telah ditetapkan. Antara penekanan dalam pembelajaran ilmu qiraat menerusi
kaedah ini adalah berbentuk teori dan merangkumi topik-topik berikut:
i. Objektif pembelajaran ilmu qiraat;
ii. Kelebihan mempelajari ilmu qiraat;
iii. Definisi ilmu qiraat;
iv. Latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka;
v. Manhaj atau kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawi merka;
vi. Istilah-istilah khas yang digunakan dalam ilmu qiraat; dan
vii. Cara sebutan bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan
riwayat Hafs daripada Imam Asim.
2. Penyampaian di dalam kelas tutorial
Selain daripada pengajaran di dalam dewan kuliah, para pensyarah atau guru turut
memanfaatkan kelas tutorial untuk memantapkan pengetahuan para pelajar. Di
dalam kelas tutorial, jumlah para pelajar adalah terhad antara 10 hingga 30 orang
pelajar sahaja. Interaksi dua hala antara pensyarah atau guru dengan para pelajar
7
Maklumat ini berdasarkan kepada temubual dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus ilmu
qira’at di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej
Universiti Islam Selangor.
6
diterapkan menerusi kaedah ini agar dapat memberi peluang kepada para pelajar
bersoal-jawab dan berbincang berkaitan ilmu qiraat dengan lebih mendalam.
Antara penekanan dalam pembelajaran ilmu qiraat menerusi kaedah ini adalah
seperti berikut:
i. Pembentangan ilmu qiraat daripada para pelajar;
ii. Bacaan al-Quran menurut bacaan imam-imam qiraat beserta perawi
mereka secara talaqqi dan mushafahah;
iii. Hafazan matan al-Shatibiyyah sebagai dalil bagi bacaan imam-imam
qiraat beserta perawi mereka;
viii. Membantu para pelajar menyebut dengan tepat bagi bacaan yang jarang
atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim;
iv. Mendengar dan memperbetulkan bacaan para pelajar ketika
mempraktikkan bacaan al-Quran selain daripada bacaan riwayat Hafs
daripada Imam Asim;
v. Melantik setiap pelajar untuk mewakili salah satu bacaan bagi imam-imam
qiraat atau perawi mereka.
3. Penggunaan alat bantuan mengajar
Sewaktu sesi pembelajaran berlangsung, para pensyarah atau guru amat
digalakkan menggunakan alat bantuan mengajar bagi mempermudahkan pelajar
untuk memahami isi kandungan pelajaran. Antara alat bantuan mengajar yang
boleh digunakan adalah seperti berikut:
i. Pembentangan pengajaran menggunakan Microsoft Power Point
ii. CD qiraat
iii. Laman web qiraat
iv. Quran Flash
v. My LMS @ Goals
vi. Audio dan video qiraat
vii. Blog qiraat
viii. Keratan akhbar dan majalah
7
4. Peperiksaan atau kuiz
Pembelajaran yang berteraskan peperiksaan atau kuiz turut memberi kesan kepada
penguasaan pelajar terhadap ilmu qiraat. Ini menyebabkan para pelajar lebih fokus
dalam pembelajaran dan mampu menarik perhatian mereka terhadap perkara-perkara
penting di dalam ilmu qiraat khususnya kepada istilah yang jarang digunakan dalam
bacaan riwayat hafs daripada Imam Asim. Kuiz yang kerap kali dilakukan juga dapat
menajamkan minda sehingga persoalan yang seringkali ditanya mampu dijawab
secara spontan. Kedua-kedua kaedah ini turut menambahkan tumpuan para pelajar
terhadap topik yang sedang dipelajari. Lebih-lebih lagi, ia membantu pelajar untuk
mengingati nama-nama imam qiraat beserta perawi mereka dan istilah yang
digunakan khusus dalam ilmu qiraat.
6.0 Cabaran dan Penyelesaiannya Dalam Pembelajaran Ilmu Qiraat
Dalam mengharungi fasa pembelajaran, seseorang kebiasaannya akan menghadapi
cabaran untuk menguasai suatu ilmu tanpa mengira apa jua kursus atau subjek. Suasana
ini turut berlaku pada peringkat permulaan dalam mempelajari ilmu qiraat. Antara
cabaran dan penyelesaiannya dalam pembelajaran ilmu qiraat adalah seperti berikut:8
i. Pra syarat mempelajari ilmu qiraat
Terdapat beberapa pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum mendalami ilmu
qiraat. Tanpa pra syarat tersebut, seseorang akan menghadapi kesukaran
dalam mempelajari ilmu qiraat. Antaranya adalah; memahami ilmu tajwid
terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana terdapat pelbagai
istilah atau kata nama yang terdapat di dalam ilmu tajwid akan digunakan di
dalam pembelajaran ilmu qiraat. Contohnya seperti, Mad Jaiz Munfasil, Mad
Wajib Muttasil, Mad Badal, Mad Lin, Tashil, Imalah, Saktah dan sebagainya.
Sekiranya maksud atau cara bacaan bagi istilah tersebut tidak difahami, maka
kesukaran akan dihadapi sewaktu mempelajari ilmu qiraat kerana istilah-
istilah tersebut akan seringkali digunakan, bahkan terdapat pelbagai lagi
istilah baru yang akan dipelajari dalam ilmu qiraat. Selain itu, penguasaan
8
Muhammad Hafiz, 63- 64.
8
bacaan al-Quran juga menjadi pra syarat dalam mempelajari ilmu qiraat. Ini
kerana, bacaan yang digunakan selama ini hanyalah menurut satu riwayat
sahaja iaitu; bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Sekiranya tahap
bacaan al-Quran masih lemah, maka ditakuti kekeliruan akan dihadapi dalam
pembelajaran ilmu qiraat. Oleh itu, dengan penguasaan bacaan al-Quran yang
mantap, seseorang dapat melihat perbezaan bacaan di antara bacaan riwayat
Hafs daripada Imam Asim dengan bacaan-bacaan lain dengan lebih ketara.
ii. Mengingati kesemua nama imam dan perawi mereka
Ini merupakan antara cabaran terawal yang akan dihadapi ketika mempelajari
ilmu qiraat. Ini kerana terdapat 21 nama yang perlu diingati dalam
pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Manakala bagi qiraat sepuluh, 30 nama yang
harus diingati. Apatah lagi nama mereka bukanlah seperti nama Melayu
melainkan Hisham, Hamzah dan Yaakub. Oleh yang demikian, setiap pelajar
digalakkan untuk mengenali nama-nama tersebut terlebih dahulu sebelum
mempraktikkan bacaan mereka. Para pelajar juga diharapkan dapat menguasai
bacaan satu imam atau perawi secara satu per satu sebelum beralih kepada
cara bacaan imam atau perawi yang lain. Manakala peranan pengajar pula
adalah mengulangi nama-nama mereka sehingga para pelajar mampu
mengingatinya.
iii. Penggunaan istilah yang jarang digunakan
Di dalam ilmu qiraat terdapat beberapa istilah yang hanya digunakan dalam
pembelajaran ilmu qiraat sahaja. Kalau pun ada, barangkali ia membawa
maksud yang berbeza. Antara istilah yang digunakan adalah seperti tariq,
sanad, taqlil, taghliz, tarqiq, naqal, idgham kabir, tashil al-Hamzah al-Thaniah
ma’a idkhal al-Alif, ibdal al-Hamzah, qasar, tawassut, ishba’, silah dan
sebagainya. Oleh yang demikian, istilah-istilah tersebut seharusnya selalu
disebut dan dihafal agar setiap bacaan yang dibaca atau didengar dapat
diketahui dengan jelas nama bagi hukum tersebut.9
9
Ibid, 64-65.
9
iv. Kesukaran menyebut kalimah yang mempunyai khilaf
Sebagaimana yang telah dijelaskan cabaran berkaitan istilah yang digunakan
di dalam ilmu qiraat, cabaran untuk menyebutnya merupakan perkara yang
berbeza. Ini kerana ilmu qiraat tidak boleh dipelajari secara teori sahaja,
bahkan ia mesti dipelajari secara praktikal melalui kaedah talaqqi dan
mushafahah. Biar pun kaedah ini sudah dilaksanakan, kesukaran menyebut
kalimah-kalimah khilaf masih berlaku kerana sesetengah bacaan bagi imam
qiraat dan perawi mereka tidak sama dengan bacaan yang dipraktikkan selama
ini menerusi bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Contohnya pada
bacaan taqlil, tashil al-Hamzah, naqal, ibdal al-Hamzah, taghliz al-Lam, tarqiq
al-Ra, ikhtilas dan sebagainya. Bagi menangani cabaran ini, para pelajar perlu
selalu berlatih menyebut hukum-hukum tersebut dan memastikan bacaan yang
disebut adalah tepat dengan memperdengarkannya kepada pensyarah atau
guru yang mengajar ilmu qiraat.
v. Penggunaan Matan al-Shatibiyyah
Matan al-Shatibiyyah atau Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani merupakan bait-
bait syair yang menghimpunkan keseluruhan bacaan bagi imam-imam qiraat
tujuh berserta perawi mereka. Ia juga merupakan sumber utama dalam
pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Namun, didapati beberapa institusi yang tidak
menggunakan matan ini dalam pengajaran ilmu qiraat. Ini menyebabkan
pembelajaran ilmu qiraat terbatas pada perkara-perkara asas sahaja. Bahkan,
jarang sekali seseorang mampu menguasai ketujuh-tujuh qiraat tanpa
mempelajari matan ini. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa pembelajaran
menggunakan matan ini memang sukar dan mengambil masa yang lama
sedangkan tempoh pembelajaran adalah terhad dan singkat. Mungkin
disebabkan itu, mereka memilih untuk tidak menggunakan matan ini namun
hanya sekadar memberikan penjelasan umum sahaja tentang perbezaan bacaan
dalam kalangan imam-imam qiraat beserta perawi mereka tanpa menggunakan
matan al-Shatibiyyah.10
10
Ibid, 65.
10
vi. Kekurangan bahan bacaan dan rujukan ilmu qiraat
Tidak dinafikan bahawa bahan bacaan dan rujukan untuk ilmu qiraat dalam
Bahasa Melayu adalah amat terhad sekiranya dibandingkan dengan jumlah
buku ilmu qiraat di dalam Bahasa Arab. Bahkan boleh dianggarkan bahawa
jumlah buku khusus berkaitan ilmu qiraat dalam Bahasa Melayu tidak lebih
daripada 10 buah buku yang diterbitkan. Kemungkinan ini merupakan salah
satu cabaran yang dihadapi oleh para pelajar iaitu dalam masalah mencari
rujukan. Namun cabaran ini boleh ditangani dengan penguasaan Bahasa Arab
dengan tujuan memahami isi kandungan ilmu qiraat daripada buku-buku
Bahasa Arab. Begitu juga dengan merujuk kepada kertas-kertas kerja
berkaitan ilmu qiraat yang pernah dibentangkan melalui seminar-seminar atau
kursus-kursus qiraat. Antara rujukan yang boleh digunakan bagi tujuan
pembelajaran ilmu qiraat menggunakan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
• Pengenalan Ilmu Qiraat karangan Ustaz Mohd Rahim Jusoh;
• Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah karangan bersama Ustaz Sabri
Mohamad dan Ustaz Mohd Faizulamri Mohd Saad;
• Jurnal Darul Quran yang dikeluarkan secara berkala;
• Modul Qiraat daripada Open University Malaysia karangan bersama
Ustaz Khairul Anuar Mohamad dan Ustaz Norakyairee Mohd Raus;
• Keratan akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Bicara Agama setiap
Rabu karangan Ustaz Khairul Anuar Mohamad; dan
• Himpunan pembentangan kertas kerja seminar seperti Seminar Wahyu
Asas Tamadun 2011 (USIM), Seminar Pendidikan dan Penyelidikan
Qiraat (KUIS) dan Seminar Antarabangsa Qiraat dan Qurra’ (UDM).
vii. Tempoh pembelajaran yang terhad
Pembelajaran ilmu qiraat secara formal biasanya menggunakan sistem
semester di mana tempoh pembelajaran adalah terhad kepada 14 minggu
sahaja. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, kebiasaannya para pelajar
diperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu qiraat dalam tempoh tersebut
selama 3 ke 4 jam seminggu. Dalam tempoh tersebut, pembelajaran akan
11
menyentuh dari sudut latar belakang ilmu qiraat, latar belakang imam-imam
qiraat beserta perawi mereka, kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawi
mereka dan penumpuan terhadap beberapa surah yang tertentu sahaja. Adapun
pembelajaran ilmu qiraat secara keseluruhannya tidaklah mencukupi
disebabkan tempoh pembelajaran agak singkat. Oleh yang demikian, tempoh
yang dinyatakan ini adalah sesuai bagi mereka yang berada dalam pengajian
Islam tetapi bukan pengkhususan dalam bidang qiraat. Seandainya
pengkhususan yang diceburi adalah dalam bidang qiraat, maka sekirang-
kurangnya 8 semester diperlukan untuk menguasai ilmu qiraat secara
keseluruhannya.11
viii. Minat yang kurang
Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang kurang berminat
dengan ilmu qiraat. Ini kerana wujudnya perasaan bahawa ilmu qiraat tidak
berkait secara langsung dengan kehidupan seharian seperti bidang feqah dan
akidah. Namun, perasaan atau persepsi sedemikian adalah salah dan harus
diperbetulkan. Ini kerana membaca al-Quran sama ada dalam solat atau di luar
solat merupakan perkara yang berkait secara langsung dengan qiraat. Cuma,
bacaan al-Quran yang dibaca adalah menurut salah satu riwayat daripada
qiraat tujuh sahaja. Pada hakikatnya, ilmu qiraat walaupun secara zahirnya
tidak berkait dengan amalan seharian, sebenarnya ia mempunyai hubungan
yang kuat antara ilmu feqah dalam kepelbagaian mazhab, ilmu tafsir al-Quran
yang membawa kepada pelbagai penafsiran dan sebagainya. Oleh itu, bagi
menanam perasaan minat terhadap ilmu qiraat para pelajar boleh merujuk
kepada kitab-kitab qiraat atau tafsir yang menerangkan makna-makna
perubahan yang ada pada satu kalimah di dalam al-Quran dan apakah
kesannya terhadap makna atau hukum fekah. Begitu juga dengan mendengar
bacaan yang mempunyai perbezaan bacaan yang ketara dengan riwayat Hafs
daripada Imam Asim seperti mendengar bacaan riwayat Warsh daripada Imam
Nafi’ atau riwayat Khalaf daripada Imam Hamzah. Dengan kedua-dua cara
11
Ibid.
12
tersebut, ia mampu memupuk rasa minat untuk mempelajari ilmu qiraat
dengan lebih mendalam.12
7.0 Kesimpulan
Perkembangan ilmu qiraat tidak seharusnya terbatas kepada para pelajar di peringkat
sekolah dan institusi pengajian tinggi sahaja, bahkan ia seharusnya didedahkan kepada
setiap lapisan masyarakat agar ilmu yang mulia ini terus dipelihara. Ini kerana kemuliaan
orang yang mempelajari ilmu qiraat adalah sama dengan kemuliaan orang yang
mempelajari al-Quran. Tambahan pula, kelebihan mereka yang mempelajari ilmu qiraat
terserlah dengan peranan mereka sebagai pemelihara kalam Allah yang suci daripada apa
jua bentuk perubahan dan pemesongan kerana hanya dengan ilmu qiraat perubahan itu
dapat diketahui. Oleh yang demikian, menjadi harapan bagi setiap pencinta al-Quran
agar;
i. Pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus berkembang khususnya di
negara ini. Malah ianya merupakan satu harapan yang besar agar Malaysia
menjadi sebuah pusat rujukan bagi Asia dalam mempelopori kepakaran dalam
bidang ilmu qiraat;
ii. Lebih ramai lagi yang berminat untuk menceburi bidang qiraat. Biarpun
hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah, namun peranannya adalah
cukup besar. Ini jelas dibuktikan dengan pengorbanan para ulama terkemuka
dahulu dan sekarang yang telah menghabiskan usia dan hayat mereka dengan
mendalami ilmu qiraat serta mengajarkannya;
iii. Lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang turut
mengambil peranan untuk menyebarluaskan ilmu ini sehingga melahirkan
pakar-pakar qiraat di seluruh pelusuk tanah air;
iv. Setiap pengajar ilmu qiraat mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan
kaedah atau teknik pengajaran ilmu qiraat agar pembelajaran ilmu qiraat
menjadi lebih menarik dan berkesan. Penggunaan teknologi terkini adalah
12
Ibid.
13
amat penting kerana fitrah manusia yang minat kepada perkara yang baru
haruslah dimanfaatkan;
v. Lebih banyak buku-buku qiraat menggunakan Bahasa Melayu diterbitkan agar
rakyat di negara ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Selain itu,
perlulah dihimpunkan kertas-kertas kerja berkaitan ilmu qiraat dan dibukukan
agar ia juga boleh menjadi salah satu daripada bahan rujukan dalam
mempelajari ilmu qiraat;
vi. Memperbanyakkan lagi diskusi atau seminar atau kursus bagi mendedahkan
keistimewaan dan kelebihan mempelajari ilmu qiraat. Kaedah ini boleh
menarik lebih ramai golongan untuk mempelajari ilmu qiraat;
vii. Memanjangkan lagi tempoh pembelajaran ilmu qiraat khususnya bagi mereka
yang mendalami pengkhususan pengajian al-Quran atau qiraat. Ini bagi
memberi tempoh yang cukup bagi mereka memahami selok belok ilmu qiraat
dengan lebih mendalam; dan
viii. Penggunaan audio, video dan software qiraat sebagai alat bantuan mengajar
kepada pengajar dan pelajar amat digalakkan agar pembelajaran tidak hanya
bergantung kepada keberadaan pensyarah semata-mata. Malah dengan adanya
perkara-perkara tersebut, ia boleh melahirkan suasana pembelajaran secara
kendiri sebagai persiapan sebelum memasuki kelas qiraat atau sebagai
ulangkaji secara berkumpulan dan bersendirian.
Mudah-mudahan dengan adanya kesepakatan dan kerjasama daripada setiap
pihak, pembelajaran ilmu qiraat akan menjadi lebih berkesan dan terus berkembang serta
diwarisi kepada generasi yang akan datang. Teguran dan cadangan hendaklah sentiasa
dikemukakan agar proses pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus maju ke tahap
yang membanggakan.
14
Rujukan
Ibn al-Jazari, Taqrib al-nashr fi al-qira’at al-Ashr, ed. Muhammad Ali Baidun, (Beirut:
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002).
Muhammad Hafiz, Comparative Study On The Science Of Qiraat In Higher Education
Institutions In Malaysia, (MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
2010).
Rujukan Internet
http://spikel.bpi.edu.my/index.php?view=article&catid=3%3Akurikulum&id=86%3Akel
as-kemahiran-al-quran&format=pdf&option=com_content&Itemid=49
http://www.darulquran.gov.my/sejarah.html
http://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-hayat/101-
talaqqi-al-quran.html
Rujukan Lain
Temubual bersama beberapa para pensyarah yang mengajar pengajian ilmu qiraat di
institusi pengajian tinggi awam di Malaysia seperti berikut;
i. Dr Sabri Mohamad (UKM)
ii. Dr Abdul Rahman Abdul Ghani (UM, KUIS, UPSI)
iii. Ustaz Ashraf Ismail (UKM)
iv. Ustaz Muhammad Hafiz Saleh (USIM)
v. Ustaz Abdul Muhaimin Ahmad (USIM)
vi. Ustaz Norazman Alias (USIM)

Contenu connexe

Tendances

kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqhIM UMAZ
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRINurul Husna
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadithdr2200s
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirNorafsah Awang Kati
 
59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8Nor Aina Mahat
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inNoor Aziah Mamat
 
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islamPerkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islammzaidin
 
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Shafiefie Fey
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Khairul Anwar
 
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuanTugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuanNorafsah Awang Kati
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 

Tendances (20)

kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadith
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8
 
tayammum
tayammumtayammum
tayammum
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
 
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islamPerkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islam
 
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
 
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuanTugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuan
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 

Similaire à ILMU QIRAAT

Tarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdf
Tarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdfTarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdf
Tarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdfpgmiidaqu
 
Kurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa KlasikKurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa KlasikAli Murfi
 
Kurikulum pesantren salafiyah
Kurikulum pesantren salafiyahKurikulum pesantren salafiyah
Kurikulum pesantren salafiyahIzzanAlbari
 
Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04
Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04
Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04ssuserc956b11
 
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaranPengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaranAfiem Sweet
 
Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017
Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017
Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017jurnal ilmiah
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Documentfuad663329
 
1. Pengantar Perkuliahan.pptx
1. Pengantar Perkuliahan.pptx1. Pengantar Perkuliahan.pptx
1. Pengantar Perkuliahan.pptxabdulwafi59
 
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehSPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehNamaku Mohd Hazwan
 
Kurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamKurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamWina Ariyani
 
385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdf
385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdf385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdf
385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdfssusere283431
 
Al-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SDAl-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SDHazana Itriya
 
PENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docx
PENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docxPENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docx
PENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docxAvontur
 

Similaire à ILMU QIRAAT (20)

Tarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdf
Tarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdfTarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdf
Tarbiyah Islamiyah sebagai Modal Pendidikan Masa Depan.pdf
 
Kurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa KlasikKurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
 
Bab satu
Bab satuBab satu
Bab satu
 
Kurikulum pesantren salafiyah
Kurikulum pesantren salafiyahKurikulum pesantren salafiyah
Kurikulum pesantren salafiyah
 
Bab ii2
Bab ii2Bab ii2
Bab ii2
 
Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04
Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04
Toaz.info pengnalan-kpd-ulum-al-quran-pr b70af5decc8b08668c16dbe5ba9c6c04
 
Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203
 
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaranPengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran
 
Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017
Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017
Jurnal Ilmiah Pesantren Vol 3 No 2 Juli 2017
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Document
 
1. Pengantar Perkuliahan.pptx
1. Pengantar Perkuliahan.pptx1. Pengantar Perkuliahan.pptx
1. Pengantar Perkuliahan.pptx
 
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehSPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
 
Kurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamKurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islam
 
3 silabus-ma
3 silabus-ma3 silabus-ma
3 silabus-ma
 
3 silabus-ma
3 silabus-ma3 silabus-ma
3 silabus-ma
 
385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdf
385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdf385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdf
385493303-KURIKULUM-PESANTREN-SALAFIYAH-pdf.pdf
 
Al-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SDAl-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SD
 
SUBHAN SIDIQ 1.pptx
SUBHAN SIDIQ 1.pptxSUBHAN SIDIQ 1.pptx
SUBHAN SIDIQ 1.pptx
 
Proposal sekripsi
Proposal sekripsi Proposal sekripsi
Proposal sekripsi
 
PENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docx
PENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docxPENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docx
PENELITIAN STUDI ISLAM DI SMK AL-MUNAWWIR.docx
 

ILMU QIRAAT

  • 1. 1 KEBERKESANAN MEMPELAJARI ILMU QIRAAT: ANTARA HARAPAN, CABARAN DAN PENYELESAIAN MASALAH Oleh: Muhammad Hafiz bin Saleh Abd Muhaimin bin Ahmad Norazman bin Alias mhafiz@usim.edu.my muhaimin@usim.edu.my norazman@usim.edu.my Pengajian ilmu qiraat di Malaysia kini bukan lagi suatu yang asing. Hampir setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajian Islam di negara ini turut menawarkan ilmu qiraat kepada mahasiswa dan mahasiswi mereka. Ini kerana ilmu qiraat berkait rapat dengan pelbagai disiplin ilmu terutamanya dalam bidang tafsir al-Quran. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa perkembangan ilmu qiraat di negara ini masih pada peringkat pengukuhan di mana institusi-institusi pengajian tempatan mula mengorak langkah dan berusaha untuk mengembangkan ilmu ini. Dalam menempuhi peringkat ini, pelbagai cabaran harus dilalui demi mencapai harapan dan hasrat yang disasarkan. Antara cabaran utama yang menjadi tumpuan adalah keberkesanan mempelajari ilmu qiraat dan kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan dalam menyampaikan ilmu ini. Melalui kertas kerja ini, pandangan daripada ahli-ahli yang arif dan berpengalaman dalam bidang qiraat akan dijadikan sebagai landasan bagi menempuh cabaran tersebut sekaligus merungkai masalah pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pengajian ilmu ini. 1.0 Pendahuluan Perkembangan pengajian ilmu qiraat di negara ini merupakan fenomena yang dapat diperhatikan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia dapat dilihat menerusi penawaran institusi pengajian tinggi awam dan swasta terhadap kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajian qiraat. Malahan, subjek qiraat juga diterapkan kepada para pelajar di sekolah menengah agama menerusi Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ). Ini menunjukkan bahawa pengajian ilmu qiraat semakin mendapat perhatian dalam kalangan para pelajar yang menuntut dalam bidang pengajian Islam. Tidak dapat disangkal bahawa fenomena ini menggambarkan bahawa pembelajaran ilmu qiraat adalah penting kerana ia merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bacaan al-Quran.
  • 2. 2 2.0 Definisi Ilmu Qiraat Menurut Imam Ibn al-Jazari: Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang menjelaskan kaedah menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran di samping menjelaskan perbandingan bacaan antara imam-imam qiraat.1 Ini menunjukkan bahawa bacaan al-Quran dan ilmu tajwid yang dipelajari dan diamalkan pada hari ini merupakan salah satu jenis bacaan yang terdapat di dalam pengajian ilmu qiraat iaitu menurut bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Namun begitu, ruang lingkup ilmu qiraat tidak terbatas sekadar pada bacaan al- Quran sahaja, bahkan ianya turut memainkan peranan yang besar dalam memahami pengajian tafsir al-Quran, permasalahan fekah dan akidah. Memandangkan kepentingan dan hubung kait ilmu qiraat dengan ilmu-ilmu yang lain, ianya amat wajar dipelajari oleh para pelajar yang mengambil jurusan pengajian Islam tanpa membatasi peringkat usia. 3.0 Pengajian Ilmu Qiraat di Malaysia Menurut kajian yang dilakukan, pengajian ilmu qiraat di Malaysia secara formal bermula seawal tahun 1966 dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Penubuhan institusi pertama qiraat ini merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sewaktu Rektor Universiti al-Azhar, Syeikh Muhammad Syaltut membuat lawatan ke Malaysia.2 Sejak penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya. Selepas beberapa dekad penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Kuala Lumpur, lahir pula beberapa institusi tahfiz yang turut menawarkan pengajian ilmu qiraat menurut kronologi berikut: i. Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Melaka (1990); ii. Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (1991); iii. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1996); dan iv. Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Istana Alaeddin Bandar (1996). 1 Ibn al-Jazari, Taqrib al-nashr fi al-Qira’at al-Ashr, ed. Muhammad Ali Baidun, (Beirut: Dar al-Kutub al- Ilmiyyah, 2002), 3. 2 http://www.darulquran.gov.my/sejarah.html
  • 3. 3 Selain daripada institusi tahfiz, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus pengajian ilmu qiraat seperti Universiti Kebangsaan Malaysia seawal tahun 1980, Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (1995); Kolej Pengajian Islam Johor (1997).3 Setelah melangkah ke tahun 2000, perkembangan pengajian ilmu qiraat semakin pesat sehingga begitu banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus pengajian ilmu qiraat kepada para pelajar. Keunikan kursus ini dapat dilihat menerusi nama-nama yang diberikan kepadanya kerana ia bukan hanya dikenali dengan satu nama seperti ilmu qiraat, bahkan terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada kursus pengajian qiraat seperti berikut: i. Pengantar Ilmu Qiraat dan Hafazan; ii. Qiraat Ilmi; iii. Qiraat Amali; iv. Qiraat Asyarah; v. Ilmu Qiraat; vi. Metodologi Pengajaran Ilmu Qiraat; vii. Pengajian Qiraat; viii. Tarikh al-Qurra’; ix. Mutun Tahriri dan lain-lain. Selain daripada institusi pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diamanahkan untuk mewujudkan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ). Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum di sekolah di mana ia turut menerapkan pengajian ilmu qiraat kepada para pelajar. Menerusi aktiviti ini para pelajar didedahkan dengan pengenalan terhadap imam-imam qiraat serta cara bacaan mereka menerusi surah-surah lazim bermula dari Surah al-Nas kepada Surah al-Dhuha.4 3 Muhammad Hafiz, Comparative Study On The Science Of Qiraat In Higher Education Institutions In Malaysia, (MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2010), 4 http://spikel.bpi.edu.my/index.php?view=article&catid=3%3Akurikulum&id=86%3Akelas-kemahiran-al- quran&format=pdf&option=com_content&Itemid=49
  • 4. 4 Pengajian ilmu qiraat turut mendapat perhatian masyarakat awam yang dahagakan ilmu berkaitan al-Quran. Pelbagai program pengajian al-Quran yang disediakan turut mendedahkan pengajian ilmu qiraat kepada peserta yang mengikuti program tersebut. Sebagai contoh, Universiti Sains Islam Malaysia menawarkan program sepanjang hayat menerusi Program Persijilan Talaqqi al-Quran yang dibuka kepada masyarakat awam. Kelas yang dijalankan pada setiap hujung minggu ini menawarkan beberapa subjek berkaitan ilmu al-Quran seperti Ilmu Tajwid, Talaqqi al-Quran, Pengantar Ulum al-Quran dan termasuklah Pengantar Ilmu Qiraat.5 Selain Universiti Sains Islam Malaysia, terdapat beberapa lagi institusi yang menawarkan program seumpamanya seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor dan lain-lain. 4.0 Objektif Pembelajaran Ilmu Qiraat Menurut kajian yang dilakukan terhadap institusi pengajian tinggi awam, setiap kursus atau subjek qiraat mempunyai objektif yang hampir sama walaupun menggunakan nama yang berbeza. Antara objektif atau penekanan yang ditumpukan dalam pembelajaran ilmu qiraat adalah seperti berikut:6 i. Memberikan pengenalan yang jelas terhadap ilmu qiraat seperti definisi, objektif, sumber, dalil serta bahan rujukan; ii. Memberikan penjelasan mengenai peranan ilmu qiraat dan hubungannya dengan al-Quran; iii. Menjelaskan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan ilmu qiraat secara umum seperti Ilmu tajwid, Ilmu Rasm dan Dhabt al-Quran serta Ilmu al- Fawasil. Ini kerana ilmu-ilmu ini berkait rapat di antara satu sama yang lain; iv. Menerangkan latar belakang imam-imam qiraat tujuh atau sepuluh serta perawi mereka. Di samping itu, penekanan juga diberi terhadap kaedah bacaan al-Quran bagi setiap perawi tersebut secara umum; dan v. Mempraktikkan bacaan bagi setiap imam qiraat beserta perawi mereka dengan menumpukan kepada surah-surah tertentu di dalam al-Quran. Terdapat 5 http://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-hayat/101-talaqqi-al-quran.html 6 Maklumat ini berdasarkan kepada temubual dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus ilmu qira’at di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Universiti Islam Selangor.
  • 5. 5 sebahagian daripada institusi yang memilih juzuk Amma, ada pula yang memilih surah pilihan seperti Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan, manakala ada yang memilih Surah al-Baqarah. 5.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat yang Berkesan Daripada sudut pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat pula, kaedah yang digunakan adalah hampir serupa di antara satu institusi dengan institusi yang lain. Antara kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:7 1. Penyampaian di dalam dewan kuliah Menerusi kaedah ini, para pensyarah atau guru akan memberikan penyampaian kepada pelajar dalam jumlah yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah 300 orang pelajar. Pengajaran adalah berdasarkan kepada rangka kursus yang telah ditetapkan. Antara penekanan dalam pembelajaran ilmu qiraat menerusi kaedah ini adalah berbentuk teori dan merangkumi topik-topik berikut: i. Objektif pembelajaran ilmu qiraat; ii. Kelebihan mempelajari ilmu qiraat; iii. Definisi ilmu qiraat; iv. Latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka; v. Manhaj atau kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawi merka; vi. Istilah-istilah khas yang digunakan dalam ilmu qiraat; dan vii. Cara sebutan bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. 2. Penyampaian di dalam kelas tutorial Selain daripada pengajaran di dalam dewan kuliah, para pensyarah atau guru turut memanfaatkan kelas tutorial untuk memantapkan pengetahuan para pelajar. Di dalam kelas tutorial, jumlah para pelajar adalah terhad antara 10 hingga 30 orang pelajar sahaja. Interaksi dua hala antara pensyarah atau guru dengan para pelajar 7 Maklumat ini berdasarkan kepada temubual dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus ilmu qira’at di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Universiti Islam Selangor.
  • 6. 6 diterapkan menerusi kaedah ini agar dapat memberi peluang kepada para pelajar bersoal-jawab dan berbincang berkaitan ilmu qiraat dengan lebih mendalam. Antara penekanan dalam pembelajaran ilmu qiraat menerusi kaedah ini adalah seperti berikut: i. Pembentangan ilmu qiraat daripada para pelajar; ii. Bacaan al-Quran menurut bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka secara talaqqi dan mushafahah; iii. Hafazan matan al-Shatibiyyah sebagai dalil bagi bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka; viii. Membantu para pelajar menyebut dengan tepat bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim; iv. Mendengar dan memperbetulkan bacaan para pelajar ketika mempraktikkan bacaan al-Quran selain daripada bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim; v. Melantik setiap pelajar untuk mewakili salah satu bacaan bagi imam-imam qiraat atau perawi mereka. 3. Penggunaan alat bantuan mengajar Sewaktu sesi pembelajaran berlangsung, para pensyarah atau guru amat digalakkan menggunakan alat bantuan mengajar bagi mempermudahkan pelajar untuk memahami isi kandungan pelajaran. Antara alat bantuan mengajar yang boleh digunakan adalah seperti berikut: i. Pembentangan pengajaran menggunakan Microsoft Power Point ii. CD qiraat iii. Laman web qiraat iv. Quran Flash v. My LMS @ Goals vi. Audio dan video qiraat vii. Blog qiraat viii. Keratan akhbar dan majalah
  • 7. 7 4. Peperiksaan atau kuiz Pembelajaran yang berteraskan peperiksaan atau kuiz turut memberi kesan kepada penguasaan pelajar terhadap ilmu qiraat. Ini menyebabkan para pelajar lebih fokus dalam pembelajaran dan mampu menarik perhatian mereka terhadap perkara-perkara penting di dalam ilmu qiraat khususnya kepada istilah yang jarang digunakan dalam bacaan riwayat hafs daripada Imam Asim. Kuiz yang kerap kali dilakukan juga dapat menajamkan minda sehingga persoalan yang seringkali ditanya mampu dijawab secara spontan. Kedua-kedua kaedah ini turut menambahkan tumpuan para pelajar terhadap topik yang sedang dipelajari. Lebih-lebih lagi, ia membantu pelajar untuk mengingati nama-nama imam qiraat beserta perawi mereka dan istilah yang digunakan khusus dalam ilmu qiraat. 6.0 Cabaran dan Penyelesaiannya Dalam Pembelajaran Ilmu Qiraat Dalam mengharungi fasa pembelajaran, seseorang kebiasaannya akan menghadapi cabaran untuk menguasai suatu ilmu tanpa mengira apa jua kursus atau subjek. Suasana ini turut berlaku pada peringkat permulaan dalam mempelajari ilmu qiraat. Antara cabaran dan penyelesaiannya dalam pembelajaran ilmu qiraat adalah seperti berikut:8 i. Pra syarat mempelajari ilmu qiraat Terdapat beberapa pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum mendalami ilmu qiraat. Tanpa pra syarat tersebut, seseorang akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari ilmu qiraat. Antaranya adalah; memahami ilmu tajwid terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana terdapat pelbagai istilah atau kata nama yang terdapat di dalam ilmu tajwid akan digunakan di dalam pembelajaran ilmu qiraat. Contohnya seperti, Mad Jaiz Munfasil, Mad Wajib Muttasil, Mad Badal, Mad Lin, Tashil, Imalah, Saktah dan sebagainya. Sekiranya maksud atau cara bacaan bagi istilah tersebut tidak difahami, maka kesukaran akan dihadapi sewaktu mempelajari ilmu qiraat kerana istilah- istilah tersebut akan seringkali digunakan, bahkan terdapat pelbagai lagi istilah baru yang akan dipelajari dalam ilmu qiraat. Selain itu, penguasaan 8 Muhammad Hafiz, 63- 64.
  • 8. 8 bacaan al-Quran juga menjadi pra syarat dalam mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana, bacaan yang digunakan selama ini hanyalah menurut satu riwayat sahaja iaitu; bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Sekiranya tahap bacaan al-Quran masih lemah, maka ditakuti kekeliruan akan dihadapi dalam pembelajaran ilmu qiraat. Oleh itu, dengan penguasaan bacaan al-Quran yang mantap, seseorang dapat melihat perbezaan bacaan di antara bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim dengan bacaan-bacaan lain dengan lebih ketara. ii. Mengingati kesemua nama imam dan perawi mereka Ini merupakan antara cabaran terawal yang akan dihadapi ketika mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana terdapat 21 nama yang perlu diingati dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Manakala bagi qiraat sepuluh, 30 nama yang harus diingati. Apatah lagi nama mereka bukanlah seperti nama Melayu melainkan Hisham, Hamzah dan Yaakub. Oleh yang demikian, setiap pelajar digalakkan untuk mengenali nama-nama tersebut terlebih dahulu sebelum mempraktikkan bacaan mereka. Para pelajar juga diharapkan dapat menguasai bacaan satu imam atau perawi secara satu per satu sebelum beralih kepada cara bacaan imam atau perawi yang lain. Manakala peranan pengajar pula adalah mengulangi nama-nama mereka sehingga para pelajar mampu mengingatinya. iii. Penggunaan istilah yang jarang digunakan Di dalam ilmu qiraat terdapat beberapa istilah yang hanya digunakan dalam pembelajaran ilmu qiraat sahaja. Kalau pun ada, barangkali ia membawa maksud yang berbeza. Antara istilah yang digunakan adalah seperti tariq, sanad, taqlil, taghliz, tarqiq, naqal, idgham kabir, tashil al-Hamzah al-Thaniah ma’a idkhal al-Alif, ibdal al-Hamzah, qasar, tawassut, ishba’, silah dan sebagainya. Oleh yang demikian, istilah-istilah tersebut seharusnya selalu disebut dan dihafal agar setiap bacaan yang dibaca atau didengar dapat diketahui dengan jelas nama bagi hukum tersebut.9 9 Ibid, 64-65.
  • 9. 9 iv. Kesukaran menyebut kalimah yang mempunyai khilaf Sebagaimana yang telah dijelaskan cabaran berkaitan istilah yang digunakan di dalam ilmu qiraat, cabaran untuk menyebutnya merupakan perkara yang berbeza. Ini kerana ilmu qiraat tidak boleh dipelajari secara teori sahaja, bahkan ia mesti dipelajari secara praktikal melalui kaedah talaqqi dan mushafahah. Biar pun kaedah ini sudah dilaksanakan, kesukaran menyebut kalimah-kalimah khilaf masih berlaku kerana sesetengah bacaan bagi imam qiraat dan perawi mereka tidak sama dengan bacaan yang dipraktikkan selama ini menerusi bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Contohnya pada bacaan taqlil, tashil al-Hamzah, naqal, ibdal al-Hamzah, taghliz al-Lam, tarqiq al-Ra, ikhtilas dan sebagainya. Bagi menangani cabaran ini, para pelajar perlu selalu berlatih menyebut hukum-hukum tersebut dan memastikan bacaan yang disebut adalah tepat dengan memperdengarkannya kepada pensyarah atau guru yang mengajar ilmu qiraat. v. Penggunaan Matan al-Shatibiyyah Matan al-Shatibiyyah atau Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani merupakan bait- bait syair yang menghimpunkan keseluruhan bacaan bagi imam-imam qiraat tujuh berserta perawi mereka. Ia juga merupakan sumber utama dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Namun, didapati beberapa institusi yang tidak menggunakan matan ini dalam pengajaran ilmu qiraat. Ini menyebabkan pembelajaran ilmu qiraat terbatas pada perkara-perkara asas sahaja. Bahkan, jarang sekali seseorang mampu menguasai ketujuh-tujuh qiraat tanpa mempelajari matan ini. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa pembelajaran menggunakan matan ini memang sukar dan mengambil masa yang lama sedangkan tempoh pembelajaran adalah terhad dan singkat. Mungkin disebabkan itu, mereka memilih untuk tidak menggunakan matan ini namun hanya sekadar memberikan penjelasan umum sahaja tentang perbezaan bacaan dalam kalangan imam-imam qiraat beserta perawi mereka tanpa menggunakan matan al-Shatibiyyah.10 10 Ibid, 65.
  • 10. 10 vi. Kekurangan bahan bacaan dan rujukan ilmu qiraat Tidak dinafikan bahawa bahan bacaan dan rujukan untuk ilmu qiraat dalam Bahasa Melayu adalah amat terhad sekiranya dibandingkan dengan jumlah buku ilmu qiraat di dalam Bahasa Arab. Bahkan boleh dianggarkan bahawa jumlah buku khusus berkaitan ilmu qiraat dalam Bahasa Melayu tidak lebih daripada 10 buah buku yang diterbitkan. Kemungkinan ini merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh para pelajar iaitu dalam masalah mencari rujukan. Namun cabaran ini boleh ditangani dengan penguasaan Bahasa Arab dengan tujuan memahami isi kandungan ilmu qiraat daripada buku-buku Bahasa Arab. Begitu juga dengan merujuk kepada kertas-kertas kerja berkaitan ilmu qiraat yang pernah dibentangkan melalui seminar-seminar atau kursus-kursus qiraat. Antara rujukan yang boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran ilmu qiraat menggunakan Bahasa Melayu adalah seperti berikut: • Pengenalan Ilmu Qiraat karangan Ustaz Mohd Rahim Jusoh; • Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah karangan bersama Ustaz Sabri Mohamad dan Ustaz Mohd Faizulamri Mohd Saad; • Jurnal Darul Quran yang dikeluarkan secara berkala; • Modul Qiraat daripada Open University Malaysia karangan bersama Ustaz Khairul Anuar Mohamad dan Ustaz Norakyairee Mohd Raus; • Keratan akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Bicara Agama setiap Rabu karangan Ustaz Khairul Anuar Mohamad; dan • Himpunan pembentangan kertas kerja seminar seperti Seminar Wahyu Asas Tamadun 2011 (USIM), Seminar Pendidikan dan Penyelidikan Qiraat (KUIS) dan Seminar Antarabangsa Qiraat dan Qurra’ (UDM). vii. Tempoh pembelajaran yang terhad Pembelajaran ilmu qiraat secara formal biasanya menggunakan sistem semester di mana tempoh pembelajaran adalah terhad kepada 14 minggu sahaja. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, kebiasaannya para pelajar diperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu qiraat dalam tempoh tersebut selama 3 ke 4 jam seminggu. Dalam tempoh tersebut, pembelajaran akan
  • 11. 11 menyentuh dari sudut latar belakang ilmu qiraat, latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka, kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawi mereka dan penumpuan terhadap beberapa surah yang tertentu sahaja. Adapun pembelajaran ilmu qiraat secara keseluruhannya tidaklah mencukupi disebabkan tempoh pembelajaran agak singkat. Oleh yang demikian, tempoh yang dinyatakan ini adalah sesuai bagi mereka yang berada dalam pengajian Islam tetapi bukan pengkhususan dalam bidang qiraat. Seandainya pengkhususan yang diceburi adalah dalam bidang qiraat, maka sekirang- kurangnya 8 semester diperlukan untuk menguasai ilmu qiraat secara keseluruhannya.11 viii. Minat yang kurang Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang kurang berminat dengan ilmu qiraat. Ini kerana wujudnya perasaan bahawa ilmu qiraat tidak berkait secara langsung dengan kehidupan seharian seperti bidang feqah dan akidah. Namun, perasaan atau persepsi sedemikian adalah salah dan harus diperbetulkan. Ini kerana membaca al-Quran sama ada dalam solat atau di luar solat merupakan perkara yang berkait secara langsung dengan qiraat. Cuma, bacaan al-Quran yang dibaca adalah menurut salah satu riwayat daripada qiraat tujuh sahaja. Pada hakikatnya, ilmu qiraat walaupun secara zahirnya tidak berkait dengan amalan seharian, sebenarnya ia mempunyai hubungan yang kuat antara ilmu feqah dalam kepelbagaian mazhab, ilmu tafsir al-Quran yang membawa kepada pelbagai penafsiran dan sebagainya. Oleh itu, bagi menanam perasaan minat terhadap ilmu qiraat para pelajar boleh merujuk kepada kitab-kitab qiraat atau tafsir yang menerangkan makna-makna perubahan yang ada pada satu kalimah di dalam al-Quran dan apakah kesannya terhadap makna atau hukum fekah. Begitu juga dengan mendengar bacaan yang mempunyai perbezaan bacaan yang ketara dengan riwayat Hafs daripada Imam Asim seperti mendengar bacaan riwayat Warsh daripada Imam Nafi’ atau riwayat Khalaf daripada Imam Hamzah. Dengan kedua-dua cara 11 Ibid.
  • 12. 12 tersebut, ia mampu memupuk rasa minat untuk mempelajari ilmu qiraat dengan lebih mendalam.12 7.0 Kesimpulan Perkembangan ilmu qiraat tidak seharusnya terbatas kepada para pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi sahaja, bahkan ia seharusnya didedahkan kepada setiap lapisan masyarakat agar ilmu yang mulia ini terus dipelihara. Ini kerana kemuliaan orang yang mempelajari ilmu qiraat adalah sama dengan kemuliaan orang yang mempelajari al-Quran. Tambahan pula, kelebihan mereka yang mempelajari ilmu qiraat terserlah dengan peranan mereka sebagai pemelihara kalam Allah yang suci daripada apa jua bentuk perubahan dan pemesongan kerana hanya dengan ilmu qiraat perubahan itu dapat diketahui. Oleh yang demikian, menjadi harapan bagi setiap pencinta al-Quran agar; i. Pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus berkembang khususnya di negara ini. Malah ianya merupakan satu harapan yang besar agar Malaysia menjadi sebuah pusat rujukan bagi Asia dalam mempelopori kepakaran dalam bidang ilmu qiraat; ii. Lebih ramai lagi yang berminat untuk menceburi bidang qiraat. Biarpun hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah, namun peranannya adalah cukup besar. Ini jelas dibuktikan dengan pengorbanan para ulama terkemuka dahulu dan sekarang yang telah menghabiskan usia dan hayat mereka dengan mendalami ilmu qiraat serta mengajarkannya; iii. Lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang turut mengambil peranan untuk menyebarluaskan ilmu ini sehingga melahirkan pakar-pakar qiraat di seluruh pelusuk tanah air; iv. Setiap pengajar ilmu qiraat mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran ilmu qiraat agar pembelajaran ilmu qiraat menjadi lebih menarik dan berkesan. Penggunaan teknologi terkini adalah 12 Ibid.
  • 13. 13 amat penting kerana fitrah manusia yang minat kepada perkara yang baru haruslah dimanfaatkan; v. Lebih banyak buku-buku qiraat menggunakan Bahasa Melayu diterbitkan agar rakyat di negara ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Selain itu, perlulah dihimpunkan kertas-kertas kerja berkaitan ilmu qiraat dan dibukukan agar ia juga boleh menjadi salah satu daripada bahan rujukan dalam mempelajari ilmu qiraat; vi. Memperbanyakkan lagi diskusi atau seminar atau kursus bagi mendedahkan keistimewaan dan kelebihan mempelajari ilmu qiraat. Kaedah ini boleh menarik lebih ramai golongan untuk mempelajari ilmu qiraat; vii. Memanjangkan lagi tempoh pembelajaran ilmu qiraat khususnya bagi mereka yang mendalami pengkhususan pengajian al-Quran atau qiraat. Ini bagi memberi tempoh yang cukup bagi mereka memahami selok belok ilmu qiraat dengan lebih mendalam; dan viii. Penggunaan audio, video dan software qiraat sebagai alat bantuan mengajar kepada pengajar dan pelajar amat digalakkan agar pembelajaran tidak hanya bergantung kepada keberadaan pensyarah semata-mata. Malah dengan adanya perkara-perkara tersebut, ia boleh melahirkan suasana pembelajaran secara kendiri sebagai persiapan sebelum memasuki kelas qiraat atau sebagai ulangkaji secara berkumpulan dan bersendirian. Mudah-mudahan dengan adanya kesepakatan dan kerjasama daripada setiap pihak, pembelajaran ilmu qiraat akan menjadi lebih berkesan dan terus berkembang serta diwarisi kepada generasi yang akan datang. Teguran dan cadangan hendaklah sentiasa dikemukakan agar proses pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus maju ke tahap yang membanggakan.
  • 14. 14 Rujukan Ibn al-Jazari, Taqrib al-nashr fi al-qira’at al-Ashr, ed. Muhammad Ali Baidun, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002). Muhammad Hafiz, Comparative Study On The Science Of Qiraat In Higher Education Institutions In Malaysia, (MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2010). Rujukan Internet http://spikel.bpi.edu.my/index.php?view=article&catid=3%3Akurikulum&id=86%3Akel as-kemahiran-al-quran&format=pdf&option=com_content&Itemid=49 http://www.darulquran.gov.my/sejarah.html http://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-hayat/101- talaqqi-al-quran.html Rujukan Lain Temubual bersama beberapa para pensyarah yang mengajar pengajian ilmu qiraat di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia seperti berikut; i. Dr Sabri Mohamad (UKM) ii. Dr Abdul Rahman Abdul Ghani (UM, KUIS, UPSI) iii. Ustaz Ashraf Ismail (UKM) iv. Ustaz Muhammad Hafiz Saleh (USIM) v. Ustaz Abdul Muhaimin Ahmad (USIM) vi. Ustaz Norazman Alias (USIM)