SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
HYPERLINK quot;
http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/03/pembuangan-bayi-mencari-punca-dan.htmlquot;
Pembuangan bayi: Mencari punca dan penyelesaian
Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor.Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah.Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat.Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang “Safe Haven” yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang “Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah www.robynsnest.com/.Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini?
Langkah
Pembuangan bayi semakin mendapat perhatian serius daripada masyarakat. Dalam sesi parlimen baru-baru ini (29 Jun 2010), YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu mengemukakan soalan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, Dan Masyarakat mengenai isu ini dan mendapat jawapan bertulis daripada pihak kementerian. Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah: (a) Berapakah kes pembuangan bayi daripada tahun 2005 – 2009 dan tindakan pihak Kementerian ke atas ibu bapa yang dikenal pasti terlibat dalam pembangunan bayi dan (b) apakah tindakan lanjut yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi. Untuk soalan pertama, mengikut statistic Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka dengan 2 dan 3 kes masing-masing. Di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 317, ibu bapa yang terlibat melakukan pembuangan bayi boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-dua dan Seksyen 318 Kanun yang sama juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau dengan keduanya sekali bagi kesalahan membuang bayi yang telah mati. Dalam soalan kedua, pihak kementerian menyatakan pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berperanan untuk menyelamat dan member perlindungan kepada bayi dibuang yang didapati masih hidup termasuklah melalui penyediaan tempat-tempat perlindungan kepada bayi-bayi tersebut. Kementerian mempunyai 55 buah institusi kebajikan, 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 55 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia menerima bayi-bayi tersebut yang memerlukan perlindungan. Selain itu, tindakan lanjut yang diambil oleh JKM terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 melalui Program Anak Pelihara. Megikut kementerian, bayi yang tidak dituntut oleh ibu bapa akan ditawarkan untuk dijadikan anak pelihara kepada pemohon yang memohon anak pelihara. Tawaran akan dibuat bagi mereka yang benar-benar layak dan dapat member penjagaan dan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak serta berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM. Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan ibu bapa pelihara perlu memelihara kanak-kanak bagi tempoh dua tahun sebelum bayi dijadikan anak angkat sekiranya pemohon ingin berbuat demikian. Status anak pelihara akan kekal sekiranya ibu bapa pelihara enggan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat. Proses permohonan dan kelulusan untuk menjadikan kanak-kanak sebagai anak angkat adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Selain itu, kerjasama dengan NGO juga diwujudkan untuk menempatkan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun melalui Program Anak Pelihara. Pemantauan sentiasa dijalankan oleh JKM sama ada urusan penyerahan kanak-kanak tersebut dilaksanakan oleh JKM sendiri mahupun NGO untuk memastikan kanak-kanak diberi penjagaan dan perlindungan selaras dengan ketetapan Konvensyen Bagi Hak Kanak-kanak.
Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas
JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala buang bayi terus berlaku.
Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini.
Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya.
Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya.
Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.
“Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 bagi membantu siasatan.
Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun
(Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun).
MELAKA 17 Jun – Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 12 Mei lalu, seorang remaja, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut menggenakan denda RM8,000 kepada Muhammad Safiuddin, 19, selepas remaja lelaki itu dan pasangannya, seorang pesalah juvenil berusia 15 tahun mengekalkan pengakuan bersalah mereka atas tuduhan tersebut.
Muhamad Faizal yang membuat keputusan di kamarnya turut mengarahkan remaja perempuan itu membayar jaminan bon sebanyak RM2,000.
Pesalah juvenil terbabit turut dikenakan syarat wajib berada di rumah sebelum pukul 6 petang selama dua tahun dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali selama dua tahun.
Ketika pertama kali didakwa di mahkamah pada 18 Mei lalu, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi itu di tepi sebatang sungai di Taman Melaka Baru di sini.
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 dan pukul 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor memberitahu, keputusan menjatuhkan hukuman penjara maksimum itu dibuat memandangkan kes tersebut adalah berat.
Ujarnya, Muhamad Faizal menyatakan hukuman setimpal yang dijatuhkan bukan hanya untuk pesalah semata-mata tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada masyarakat tentang kesalahan serius yang dilakukan itu.
Kata pendakwa raya itu lagi, ini kerana pada pandangan Muhamad Faizal, kedua-dua tertuduh bukan sahaja melakukan hubungan seks tanpa nikah malah menyembunyikan kelahiran bayi mereka dan secara tidak langsung menyebabkan bayi itu meninggal dunia.
Sementara itu, sebelum hukuman dijatuhkan, Farah Wahida menghujahkan bahawa perbuatan kedua-dua tertuduh bukan sahaja memberi impak negatif kepada masyarakat malah lebih teruk lagi, kedua-dua tertuduh mempunyai rancangan untuk membuang bayi mereka.
”Kedua-dua mereka telah merancang untuk membuang bayi itu dengan bukti lokasi bayi ditanam jauh daripada orang ramai termasuk sebuah peralatan cangkul yang digunakan untuk menggali lubang,” katanya.
Turut hadir dalam prosiding tertutup itu ialah dua penasihat dari Mahkamah Juvenil iaitu Rizal Abdullah dan Zainon Mohd. Ali yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi
TERTUDUH (menutup muka) hadir di Mahkamah Majistret, Melaka semalam atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi.
MELAKA 18 Mei – Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.
Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.
Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah.
”Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,” katanya.
Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar.
”Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,” katanya.
Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing.
Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.
Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.
Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit.
Remaja tanam bayi
MUHAMMAD Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara mengebumikannya, di Alor Gajah, Melaka, 18 Mei. – Utusan/ABDUL RAZAK LATIF
Oleh Rizanizam Abdul Hamidpengarang@utusan.com.my
MELAKA 17 Mei – Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya.Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah.Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir.Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.Yang mengejutkan, dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.Difahamkan, sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia sebelum ditanam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu.“Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.Tambahnya, doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi.“Terperanjat dengan kata-kata doktor itu, ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang hari yang sama,” katanya.Susulan daripada itu, Mohd. Adnan memberitahu, polis menahan teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi di Terengganu.Tambahnya, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu, polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan harinya.“Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.8 meter di tebing sebatang sungai sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.“Siasatan mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala,” katanya.Berikutan itu, polis menahan pasangan terbabit di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.
Lagi mayat bayi ditemui
Oleh ANGELINA SINYANGpengarang@utusan.com.my
MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.
SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.
Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.
Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air.
Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki.
“Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.
Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu kerana masih bertali pusat.
Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.
Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang.
“Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras,” katanya.
Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis
Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.
SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau.
Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.
Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.
Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.
“Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.
“Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu.
“Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.
“Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui,” katanya.
Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.

New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document
New word 2007 document

More Related Content

What's hot

Pendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia DiniPendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia DiniAliem Masykur

Kekerasan pada anak dan aspek kuratif 2
Kekerasan pada anak dan aspek kuratif  2Kekerasan pada anak dan aspek kuratif  2
Kekerasan pada anak dan aspek kuratif 2Rita Pranawati

Child Abduction Penculikan Anak Oleh Orang Tua
Child Abduction Penculikan Anak Oleh Orang TuaChild Abduction Penculikan Anak Oleh Orang Tua
Child Abduction Penculikan Anak Oleh Orang TuaRita Pranawati

Konvensi hak anak dan implementasinya di aceh
Konvensi hak anak dan implementasinya di acehKonvensi hak anak dan implementasinya di aceh
Konvensi hak anak dan implementasinya di acehSulaiman Zuhdi Manik

Hakikat ANAK dan Problematikanya
Hakikat ANAK dan Problematikanya Hakikat ANAK dan Problematikanya
Hakikat ANAK dan Problematikanya Rita Pranawati

Pergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPutri Tampubolon

Perlindungan perempuan 2
Perlindungan perempuan 2Perlindungan perempuan 2
Perlindungan perempuan 2Afrizal Bob

Kebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldren
Kebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldrenKebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldren
Kebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldrenRita Pranawati

Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaTanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaLeyla Adrianti Hermina

1. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 0
1. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 01. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 0
1. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 0Agit Fusg

Menentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap Anak
Menentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap AnakMenentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap Anak
Menentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap AnakECPAT Indonesia

Pengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anak
Pengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anakPengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anak
Pengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anakDinda Rudzikzani

Kesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaKesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaDyan Arshyl

What's hot (18)

Pendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia DiniPendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia Dini

Kekerasan pada anak dan aspek kuratif 2
Kekerasan pada anak dan aspek kuratif  2Kekerasan pada anak dan aspek kuratif  2
Kekerasan pada anak dan aspek kuratif 2

Asg3
Asg3Asg3
Asg3

Makalah isbd
Makalah isbdMakalah isbd
Makalah isbd

Child Abduction Penculikan Anak Oleh Orang Tua
Child Abduction Penculikan Anak Oleh Orang TuaChild Abduction Penculikan Anak Oleh Orang Tua
Child Abduction Penculikan Anak Oleh Orang Tua

Bayi
BayiBayi
Bayi

Konvensi hak anak dan implementasinya di aceh
Konvensi hak anak dan implementasinya di acehKonvensi hak anak dan implementasinya di aceh
Konvensi hak anak dan implementasinya di aceh

Hakikat ANAK dan Problematikanya
Hakikat ANAK dan Problematikanya Hakikat ANAK dan Problematikanya
Hakikat ANAK dan Problematikanya

Pergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remaja

Pergaulan dikalangan remaja
Pergaulan dikalangan remajaPergaulan dikalangan remaja
Pergaulan dikalangan remaja

Utk blog
Utk blogUtk blog
Utk blog

Perlindungan perempuan 2
Perlindungan perempuan 2Perlindungan perempuan 2
Perlindungan perempuan 2

Kebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldren
Kebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldrenKebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldren
Kebijakan perlindungan anak di dunia usaha rita save the chilldren

Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaTanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma

1. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 0
1. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 01. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 0
1. pemateri kesehatan reproduksi remaja pada mos 0

Menentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap Anak
Menentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap AnakMenentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap Anak
Menentang Pornografi dan Eksploitasi Seksual Terhadap Anak

Pengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anak
Pengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anakPengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anak
Pengaruh Pola makan terhadap perkembangan gizi anak

Kesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaKesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remaja

Viewers also liked

Riebiņu novada Gailīšu bibliotēka
Riebiņu novada Gailīšu bibliotēkaRiebiņu novada Gailīšu bibliotēka
Riebiņu novada Gailīšu bibliotēkaiva55

Device Level Energy Management Solutions for Industrial Manufacturers
Device Level Energy Management Solutions  for Industrial ManufacturersDevice Level Energy Management Solutions  for Industrial Manufacturers
Device Level Energy Management Solutions for Industrial ManufacturersPanoramic Power

$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easily
$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easily$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easily
$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easilyPanoramic Power

A New Approach to Energy Management
A New Approach to Energy ManagementA New Approach to Energy Management
A New Approach to Energy ManagementPanoramic Power

Gejala sosial pembuangan bayi
Gejala sosial  pembuangan bayiGejala sosial  pembuangan bayi
Gejala sosial pembuangan bayiPPD Sabak Bernam

Pembuangan bayi di malaysia
Pembuangan bayi di malaysiaPembuangan bayi di malaysia
Pembuangan bayi di malaysiaBalqis Nasir

Unit 1. The organisation of the human body.
Unit 1. The organisation of the human body.Unit 1. The organisation of the human body.
Unit 1. The organisation of the human body.Majal Blanco S. Coop.

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri

Rangkuman bab akhlak
Rangkuman bab akhlakRangkuman bab akhlak
Rangkuman bab akhlakalfilza

Procesos estadisticos..encuestas
Procesos estadisticos..encuestasProcesos estadisticos..encuestas
Procesos estadisticos..encuestasnatalia arias

Viewers also liked (20)

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi

Riebiņu novada Gailīšu bibliotēka
Riebiņu novada Gailīšu bibliotēkaRiebiņu novada Gailīšu bibliotēka
Riebiņu novada Gailīšu bibliotēka

I phone vs ipad
I phone vs ipadI phone vs ipad
I phone vs ipad

Device Level Energy Management Solutions for Industrial Manufacturers
Device Level Energy Management Solutions  for Industrial ManufacturersDevice Level Energy Management Solutions  for Industrial Manufacturers
Device Level Energy Management Solutions for Industrial Manufacturers

$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easily
$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easily$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easily
$3 Billion for Retailers - How to get your share quickly and easily

Lit circle tutorial
Lit circle tutorialLit circle tutorial
Lit circle tutorial

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi

A New Approach to Energy Management
A New Approach to Energy ManagementA New Approach to Energy Management
A New Approach to Energy Management

Gejala sosial pembuangan bayi
Gejala sosial  pembuangan bayiGejala sosial  pembuangan bayi
Gejala sosial pembuangan bayi

5C William Shakespeare
5C William Shakespeare5C William Shakespeare
5C William Shakespeare

Facility planning
Facility planningFacility planning
Facility planning

Isu masalah pembuangan bayi (pembentangan)
Isu masalah pembuangan bayi (pembentangan)Isu masalah pembuangan bayi (pembentangan)
Isu masalah pembuangan bayi (pembentangan)

Pembuangan bayi di malaysia
Pembuangan bayi di malaysiaPembuangan bayi di malaysia
Pembuangan bayi di malaysia

Unit 1. The organisation of the human body.
Unit 1. The organisation of the human body.Unit 1. The organisation of the human body.
Unit 1. The organisation of the human body.

Isu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayiIsu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayi

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi

Edu hak asasi kanak2 telegram
Edu   hak asasi kanak2 telegramEdu   hak asasi kanak2 telegram
Edu hak asasi kanak2 telegram

Rangkuman bab akhlak
Rangkuman bab akhlakRangkuman bab akhlak
Rangkuman bab akhlak

Muro
MuroMuro
Muro

Procesos estadisticos..encuestas
Procesos estadisticos..encuestasProcesos estadisticos..encuestas
Procesos estadisticos..encuestas

Similar to New word 2007 document

Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...csdp123

Tindakan yang diambil
Tindakan yang diambilTindakan yang diambil
Tindakan yang diambilSitiNajihah21

Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana ridaMkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana ridaOperator Warnet Vast Raha

14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasan
14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasan14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasan
14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasansakuramochi

Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan Fiona Yong

PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAzatul ayuni

KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah

Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniPentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniEARLY SUSAN

Asuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptx
Asuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptxAsuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptx
Asuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptxFionaAmelia1

Esei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasEsei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasAiman_hakimi00

Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dininrukmana rukmana

Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Iella Zakaria

Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakPerlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakTrini Handayani

Hari Kebersihan Menstruasi 2019
Hari Kebersihan Menstruasi 2019Hari Kebersihan Menstruasi 2019
Hari Kebersihan Menstruasi 2019Reza Hendrawan

Peranan ibu bapa dalam pendidikan seks
Peranan ibu bapa dalam pendidikan seksPeranan ibu bapa dalam pendidikan seks
Peranan ibu bapa dalam pendidikan seksSharifah Mohd Zain

Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz

PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptxPPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptxBerliyanaDiani

dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxngek ngok

Similar to New word 2007 document (20)

Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...

Tindakan yang diambil
Tindakan yang diambilTindakan yang diambil
Tindakan yang diambil

Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana ridaMkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida

14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasan
14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasan14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasan
14_Akhiri Mendidik Anak Dengan Kekerasan

Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan

PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)

Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniPentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini

Asuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptx
Asuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptxAsuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptx
Asuhan Kebidanan Pada Perempuan dan Anak pada Kondisi Rentan.pptx

Esei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasEsei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebas

Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dini

Sex education
Sex educationSex education
Sex education

Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517

Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakPerlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak

Hari Kebersihan Menstruasi 2019
Hari Kebersihan Menstruasi 2019Hari Kebersihan Menstruasi 2019
Hari Kebersihan Menstruasi 2019

Peranan ibu bapa dalam pendidikan seks
Peranan ibu bapa dalam pendidikan seksPeranan ibu bapa dalam pendidikan seks
Peranan ibu bapa dalam pendidikan seks

Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya

PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptxPPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx

Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas

dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx

New word 2007 document

• 1. HYPERLINK quot; http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/03/pembuangan-bayi-mencari-punca-dan.htmlquot; Pembuangan bayi: Mencari punca dan penyelesaian