Publicité

Contenu connexe

Publicité

KEPENTINGAN WARM DOWN.pptx

  1. KEPENTINGAN WARM DOWN
  2. Apa itu warm down?  Penyejukkan atau cooling down merupakan suatu aktiviti fizikal yang dilakukan secara perlahan-lahan dan berhenti seperti berjalan, limbering down (senam ringan) dan diikuti dengan stretching setelah tubuh bergerak pada tahap maksimum. Pada umumnya, penyejukan bukan sahaja ditemui dalam sukan aerobik, tetapi beberapa sukan lain seperti mengangkat, berlari, berenang dan lain-lain.
  3.  Walaupun tubuh tahu pergerakan dalam latihan metabolisme asas tubuh akan meningkat dengan dramatik, ini dapat dilihat, apabila kerja kardio vaskular cepat menyebabkan nafas mula termengah-mengah. Lebih banyak aliran darah yang mengalir di dalam badan, maka suhu badan mula panas. Jadi badan akan berpeluh sebagai bentuk rintangan panas yang dialami. Di samping itu, otot-otot yang berfungkis semasa bergerak menyebabkan jantung bergerak laju, kerana setiap otot yang menyebabkan aliran darah menjadi lebih sukar untuk dilalui
  4. Kadar denyutan kembali ke ke normal  Apa sahaja bentuk senaman akan meningkatkan kadar denyutan jantung anda, lebih-lebih lagi latihan kardiovaskular. Apabila anda lakukan penyejukkan badan, anda sebenarnya membantu jantung untuk kembali ke tahap normal secara perlahan-lahan. Ini akan mengelakkan kesan sampingan seperti rasa pening atau pitam.
  5. Memperlahankan kadar pernafasan  Apabila kadar denyutan jantung meningkat, anda akan tercungap-cungap, bukan? Ini bermakna jantung sedang bekerja keras dan tubuh anda sedang membakar lebih banyak kalori. Proses menyejukkan badan akan membantu menurunkan kadar pernafasan menjadi serentak dengan ritma jantung dan kembali ke tahap normal.
  6. Mengurangkan sakit otot  Memang biasa jika rasa lenguh dan sakit pada otot selepas sesi senaman. Tetapi cooling down akan mengurangkan rasa lenguh tersebut dan otot akan lebih cepat pulih.  Proses cooling down ini WAJIB dilakukan supaya darah tidak terperangkap dalam otot yang tidak bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) yang akan menyebabkan rasa pening-pening. Ini juga boleh mengelakkan kita daripada mengalami kesakitan otot disebabkan asid laktik yang terkumpul semasa melakukan aktiviti fizikal.
Publicité