1. TOKOH FALSAFAH ISLAM – IBNU KHALDUN
Pengenalan
Ibn khaldun adalah seorang tokoh cendikiawan yang tidak asing lagi dalam kalangan
orang-orang islam. Beliau juga telah banyak memberi sumbangan dari segi pemikiran.
Beliau merupakan ahli falsafah Islam yang tiada bandingnya.
Ibnu khaldun begitu dipandang agung dan disanjung tinggi oleh barat kerana buah
fikirannya yang mantap, berguna, serta berkesan. Secara holistiknya falsafah beliau
terus digunakan dan dijadikan panduan dalam membina ekonomi yang stabil.
Falsafah serta pemikiran Ibn khaldun menjurus kepada pembentukan aksiologi
iaitu etika, disiplin, nilai-nilai murni. Falsafah beliau jelas menjurus kepada keislaman
serta mencari keredhaan Allah dalam melakukan sebarang aktiviviti dan pekerjaan di
dunia.
2. Latar belakang
Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abd al-Rahman bin Muhammad bin
Khaldun al-Hadrami. Tokoh ini dilahirkan di Tunis pada tarikh 1 Ramadan pada tahun
732Hijrah (1331M). Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang
pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya beliau berpindah dan
menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis
pada waktu itu. Beliau mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-
Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik.
Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah
Muhammad bin Abd al-Salam.
Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, hajib (menyamai
taraf Perdana Menteri) di Bougie, bertugas menjadi kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir
beliau telah dilantik memgang jawatan Hakim Mahkamah Raja dan juga setiausaha
Raja Muda Abu Ishak ketika usia beliau mencecah 25 tahun.
Pada tahun 789 H (1387 M), beliau menumpukan perhatian kepada bidang
penulisan. Minat beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran
dan pengalaman dalam disiplin ilmu tradisional serta ilmu pengetahuan semasa
terutama dalam bidang politik.
Ibnu Khaldun merupakan pakar sejarah Arab teragung dan diiktiraf sebagai
bapa sejarah kebudayaan dan bapa sains social moden.
3. Pendidikan
Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan itu adalah proses transformasi yang
diperoleh daripada nilai-nilai Al Quran dan hadith serta berlandaskan falsafah dan
empiris atau pengalaman agar dapat mempertahankan eksistensi manusia dalam
peradaban masyarakat. Terdapat beberapa cara pengajaran dan pembelajaran yang
harus digunakan oleh para pelajar sebagaimana yang telah terkandung di dalam buku
penulisannya iaitu Muqaddimah. Antaranya ialah guru harus memberikan masalah
atau persoalan pokok yang bersifat umum dan menyeluruh untuk mengetahui tahap
kemmapuan para pelajar untuk berfikir. Kemudian, setelah diberi masalah atau
persoalan kepada para pelajar, guru perlu menerangkan secara lebih terperinci agar
para pelajar dapat memahami perkara yang hendak disampaikan. Ibnu Khaldun juga
menekankan aspek perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana, dengan berbincang para pelajar dapat meluahan segala idea atau buah
fikiran, mengasah akal fikiran, melatih diri untuk berbicara dan menambahkan
keyakinan diri. Dengan ini dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai pemikiran
kreatif dan kritis serta inovatif. Menurut Ibnu Khaldun, melalui kaedah hafalan, para
pelajar tidak mendapat pemahaman sebenar.
Ibnu Khaldun telah membahagikan ilmu kepada empat bahagian iaitu ;
1. Ilmu agama (syariat) yang terdiri daripada tafsir, hadith, fiqh dan ilmu kalam.
2. Ilmu ‘aqliyah iaitu ilmu kalam, fizik dan ilmu ketuhanan (metafizik)
3. Ilmu alat yang membantu mempelajari ilmu agama iaitu ilmu Bahasa Arab, dan
matematik.
4. Ilmu yang mempelajari ilmu falsafah iaitu logika.
4. Berdasarkan buku Muqaddimah, terdapat enam tujuan pendidikan yang perlu dicapai
iaitu :
1. Menyiapkan seseorang dengan keagamaan iaitu mengajarkan syair-syair
agama menurut Al-Quran dan Hadith kerana dapat menguatkan iman
seseorang.
2. Menyiapkan seseorang daripada segi akhlak. Pendidikan menurut Islam
adalah untuk membentuk keperibadian manusia yang sempurna melalui budi
yang luhur dan akhlak mulia.
3. Menyiapkan seseorang dengan kemasyarakatan dan sosial.
4. Menyiapkan seseorang dengan ilmu vokasional dan pekerjaan.
5. Menyiapkan seseorang daripada segi pemikiran kerana dengan pemikiran
seseorang dapat melakukan sesuatu dengan baik.
6. Menyiapkan seseorang dengan ilmu kesenian iaitu muzik, syair, khat, dan seni
bina.
Ibnu Khaldun beranggapan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk memberikan
kesempatan kepada fikiran yang aktif kerana ia penting untuk kematangan individu
itu. Beliau juga menekankan konsep keseimbangan iaitu para pelajar perlu
memperoleh ilmu dunia dan akhirat.
Kurikulum Pendidikan dan Klasifikasi Ilmu
Ibn Khaldun membuat klasifikasi ilmu dan menerangkan pokok bahasannya bagi
para pendidik. Beliau menyusun kurikulum yang sesuai sebagai salah satu sarana
untuk mencapai tujuan-tujuan pendidikan. Hal ini dilakukan kerana kurikulum dan
sistem pendidikan yang selaras dengan akal dan kejiwaan para guru akan menjadikan
mereka enggan dan malas belajar.
Berkenaan dengan hal itu Ibnu Khaldun membahagikan ilmu menjadi tiga
bahagian. Pertama kelompok ilmu lisan (bahasa), kedua kelompok ilmu naqli: ilmu
5. yang diambil dari kitab suci dan sunnah Nabi. Ketiga, kelompok ilmu aqli: ilmu-ilmu
yang diperoleh manusia melalui kemampuan berfikir.
1) Sifat-sifat Pendidik
Seorang pendidik akan berhasil dalam tugasnya apabila memiliki sifat-sifat yang
mendukung profesionalismenya.
a) Pendidik hendaknya lemah lembut, senantiasa menjauhi sifat-sifat kasar dan menjauhi
hukuman yang boleh merosakkan fizikal dan mental para pelajar, terutama pada
anak-anak yang masih kecil.
b) Pendidik hendaknya menjadikan dirinya sebagai uswah al-hasanah (teladan) bagi
para pelajarnya.
c) Pendidik hendaknya memperhatikan kondisi para pelajarnya dalam memberikan
pengajaran sehingga cara dapat disesuaikan secara logik.
d) Keempat, pendidik hendaknya mengisi waktu luang dengan aktiviti yang berguna.
e) Pendidik harus profesional dan mempunyai wawasan yang luas tentang para pelajar,
terutama yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan jiwanya, serta
kesediaan mereka untuk menerima pelajaran.
Prinsip-prinsip dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Ibnu Khaldun telah meletakkan prinsip-prinsip proses pengajaran dan
pembelajaran sebagai suatu hal yang sangat perlu dalam mengajarkan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar. Prinsip-prinsip tersebut secara garis besarnya
meliputi beberapa hal seperti berikut:
a. Adanya pengulangan secara berproses, yang harus disesuaikan dengan
kemampuan para pelajar dan tema-tema yang diajarkan secara bersamaan.
b. Tidak membebani fikiran para pelajar. Dalam masalah ini Ibnu Khaldun
menyatakan, bahawa pemikiran manusia tumbuh dan berkembang secara
berperingkat.
c. Tidak pindah dari satu topik ke topik yang lain sebelum para pelajar
memahaminya. Seorang guru tidak dianjurkan berpindah pada topik yang baru
sebelum ia yakin bahawa pelajarnya telah faham terhadap topik pelajaran yang lalu.
6. Hal tersebut ditandai dengan bertambahnya tingkat kemampuan yang dimiliki oleh
seorang pelajar dan daya kesiapan yang dimilikinya.
d. Lupa merupakan hal biasa dalam belajar, dan solusinya adalah dengan sering
mengulang dan mempelajarinya kembali. Ibnu Khaldun dengan prinsip belajar-
mengajarnya, menghendaki agar seorang guru juga memperhatikan terhadap proses
pendidikan potensi yang dimiliki seorang pelajar.
e. Tidak bertindak keras terhadap pelajar. Menurut Ibnu Khaldun tindakan keras
atau kasar terhadap siswa dapat menyebabkan munculnya sikap rendah diri, dan
mendorong seseorang memiliki perilaku dan kebiasaan buruk.
Kesimpulan
Sebagai ilmuan yang juga sejarawan Ibnu Khaldun telah banyak turut
mewarnai pemikiran-pemikiran tentang pendidikan. Beliau telah mencanangkan
dasar-dasar dan sistem pendidikan yang patut diteladani baik pada masa lalu mahu
pun masa sekarang. Dari segi corak atau cara pengajaran, topik, mahu pun kurikulum
yang ditawarkan secara keseluruhan perlu untuk dikaji dan diamati.
Walaupun di dalam meluahkan tentang pandangannya terhadap falsafah
pendidikan Ibnu Khaldun hanya mengemukakan secara garis besar,namun harus
diakui bahwa sumbangannya terhadap proses pendidikan cukuplah besar. Beliau
telah mengemukakan pandangan-pandangannya dalam bentuk orientasi umum,
sehingga dia mengatakan bahawa pendidikan bukan semata-mata bersifat pemikiran
dan perenungan, akan tetapi ia merupakan gejala sosial yang menjadi ciri khas jenis
insani, dan kerananya ia harus dinikmati oleh setiap makhluk sosial yang bernama
manusia. Hal ini kerana orientasi pendidikan menurutnya adalah cara
hidup bermasyarakat. Sementara itu Ibnu Khaldun melihat bahawa penguasaan
terhadap bahasa merupakan prasyarat bagi keberhasilan suatu pendidikan.
Walau bagaimanapun cara yang ditawarkan Ibnu Khaldun adalah bersifat
intelektual, dengan prinsip memberikan kemudahan-kemudahan bagi para pelajar,
demi terciptanya tujuan pendidikan. Menurutnya hakikat manusia itu adalah jiwanya,
sehingga jiwanyalah yang akan menentukan hakikat perbuatan-perbuatannya,
termasuk perbuatan pendidikan.