SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Transformasi Pendidikan Vokasional

Pengenalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu
melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan
(pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).

2. Apakah pula makna aliran vokasional?

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan
sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan
(vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran
ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu
teknik.

3. Maksud aliran kemahiran?

Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah
tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat
kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus
aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian
Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Transformasi Pendidikan Vokasional

APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka
aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum
beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran
akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika
dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang
akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan
peperiksaan SPM.

Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam
sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke
peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas
tingkatan tiga.
Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh
memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.


Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di
kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari
dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.

Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi
penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan
komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan
diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu.

Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada
tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di
tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas
tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga
peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.

Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS),
SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.

Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime,
oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam
aliran ini.

Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan
supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama
pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar
yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan
negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%,
Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang
berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%.

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional
akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya
pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan
pendidikan tersebut.

Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini
diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang
berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.
Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan
amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan
mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah
mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan
adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa
kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan
bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan.

Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh
meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini
adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan
tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada
tahun 2020.

Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan
bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah
pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap
tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.

Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai
pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan
peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah
tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk
mengikuti aliran ini.

Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan
lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan
berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas
Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan
dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan
arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang
diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian
teknik dan vokasional.

"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan
pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi
dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang
kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil
Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai
sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam
PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah
sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu
penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke
kolej vokasional sedia ada.

Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih
pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat
menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik.

"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk
melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian
Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar
yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap
Diploma atau SKM Tahap IV.

Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan
ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka
mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.

"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus
vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di
negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan
hanya 30 peratus akademik," katanya.

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun
di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-
kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan
berkemahiran tinggi.
Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan
'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang
berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination
Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran
sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus
serta mengekalkankesejahteraan alam.

More Related Content

What's hot

Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...NickyAng45
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamarozitasksp
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 

What's hot (20)

Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 

Similar to Transformasi pendidikan vokasional

Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikalMengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikalAtunn Ismail
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRFazHani Faz
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRroyzamy
 
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysTugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysMitha Ye Es
 
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfPELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfssuserb8872a
 
Alih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -Muhaemin
Alih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -MuhaeminAlih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -Muhaemin
Alih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -MuhaeminVina Serevina
 
editorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdf
editorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdfeditorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdf
editorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdfFadhilPradana4
 
Transformasi Vokasional
Transformasi VokasionalTransformasi Vokasional
Transformasi VokasionalMohd Noor Noor
 
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...NurBalqis33200
 
exe summary_dec2022_final.pdf
exe summary_dec2022_final.pdfexe summary_dec2022_final.pdf
exe summary_dec2022_final.pdfFajar Baskoro
 
1 Executive summary 2019
1 Executive summary 20191 Executive summary 2019
1 Executive summary 2019Fajar Baskoro
 
Executive summary 2021
Executive summary 2021Executive summary 2021
Executive summary 2021Fajar Baskoro
 
Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3Fajar Baskoro
 
Draft executive summary copy
Draft executive summary copyDraft executive summary copy
Draft executive summary copyFajar Baskoro
 

Similar to Transformasi pendidikan vokasional (20)

Maklumat kolej vokasional
Maklumat kolej vokasionalMaklumat kolej vokasional
Maklumat kolej vokasional
 
Kolej vokasional
Kolej vokasionalKolej vokasional
Kolej vokasional
 
Hawati
HawatiHawati
Hawati
 
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikalMengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
 
PIMA(MBK)
PIMA(MBK)PIMA(MBK)
PIMA(MBK)
 
Pendidikan vokasi
Pendidikan vokasiPendidikan vokasi
Pendidikan vokasi
 
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysTugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
 
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfPELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
 
Alih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -Muhaemin
Alih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -MuhaeminAlih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -Muhaemin
Alih Fungsi Tugas Guru Produktif SMK -Muhaemin
 
editorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdf
editorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdfeditorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdf
editorsnpasca,+5.+cahya+fajar+budi+hartanto.pdf
 
Transformasi Vokasional
Transformasi VokasionalTransformasi Vokasional
Transformasi Vokasional
 
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK...
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 
exe summary_dec2022_final.pdf
exe summary_dec2022_final.pdfexe summary_dec2022_final.pdf
exe summary_dec2022_final.pdf
 
1 Executive summary 2019
1 Executive summary 20191 Executive summary 2019
1 Executive summary 2019
 
Executive summary 2021
Executive summary 2021Executive summary 2021
Executive summary 2021
 
Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3
 
Draft executive summary copy
Draft executive summary copyDraft executive summary copy
Draft executive summary copy
 

More from Hayati Mustaffa

More from Hayati Mustaffa (6)

Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulumTajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
 
Perbincangan b dan c
Perbincangan b dan cPerbincangan b dan c
Perbincangan b dan c
 
Img
ImgImg
Img
 
Perbincangan
Perbincangan Perbincangan
Perbincangan
 
3. abstrak
3. abstrak3. abstrak
3. abstrak
 

Transformasi pendidikan vokasional

  • 1. Transformasi Pendidikan Vokasional Pengenalan ; 1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal? Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga). 2. Apakah pula makna aliran vokasional? Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik. 3. Maksud aliran kemahiran? Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Transformasi Pendidikan Vokasional APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM. Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.
  • 2. Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu. Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara. Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu. Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini. Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju. Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%. Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut. Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.
  • 3. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan. Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020. Program Asas Vokasional (PAV) Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. "Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan
  • 4. pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad. Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat. Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada. Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik. "Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya. Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV. Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa. "Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik," katanya. Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang- kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi.
  • 5. Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan 'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam.