SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
Top i k                       Pengetahuan 
       6                      Asas dalam 
                              Pergerakan
     HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
    1. Menjelaskan asas-asas pergerakan yang terdapat di dalam pengajaran
       dan pembelajaran;
    2. Menyatakan kemahiran pergerakan yang akan diperolehi oleh pelajar
       apabila mempelajari asas-asas pergerakan;
    3. Menjelaskan jenis-jenis pendidikan pergerakan supaya dapat
       diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
    4. Menyatakan kepentingan pendidikan pergerakan kreatif untuk
       mempertingkatkan proses pengajaran; dan
    5. Mengenalpasti unsur-unsur pergerakan.



     PENGENALAN
Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai
pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan
potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat
pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah)
adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi
membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang
bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbang
ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah
pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN         111



berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak-kanak. Pendidikan
pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanan dengan menjadikannya
sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan-kegiatan penerokaan,
kreativiti, proses-proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pembentukan
konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri dan
pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip
pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang dari landasan konsep „kanak-
kanak total‰.

Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai
tambahan kepada kurikulum sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakan
suatu pendekatan dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah
perkembangan pelajar itu dengan cara seperti berikut:
(a)   Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan
      lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot;
(b)   Memantapkan tahap kecerdasann fizikal, pengetahuan dan sikap;
(c)   Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman-
      pengalaman pergerakan terarah;
(d)   Memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat;
(e)   Memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintegrasian
      konsep bilik darjah dengan program aktiviti fizikal; dan
(f)   Meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang
      mencabar dan menyeronokkan.

Aktiviti-aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan menengah
terbahagi kepada empat bidang kandungan utama, iaitu:
(a)   Permainan berunsur pendidikan;
(b)   Pergerakan berunsur pendidikan;
(c)   Sukan dan atletik; dan
(d)   Kecergasan jasmani.


 6.1       PERGERAKAN ASAS
Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan.
Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk
memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan
masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang
berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala
112      TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak
untuk belajar.

Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan
kepada dua kategori:
(a)   Pergerakan kreatif; dan
(b)   Gimnastik.

Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk
ketrampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini
apabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia,
memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalam
kategori aktiviti berirama. Pengalaman-pengalaman ini ada diterapkan di dalam
kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri daripada:
(a)   Pengalaman tidak berstruktur;
(b)   Pengalaman separuh berstruktur; dan
(c)   Pengalaman berstruktur.

Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam
pergerakan kreatif dan gimnastik jika berdasarkan kepada pengalaman-
pengalaman di atas.

Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara
KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman
berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut;
(a)   Ritma asas;
(b)   Ritma kreatif;
(c)   Lagu pergerakan;
(d)   Permainan; dan
(e)   Kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti
pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang
dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat
mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin
dan joget. Jadual 6.1 menunjukkan contoh-contoh pergerakan asas ini yang
dipanggil pergerakan lokomotor.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN           113



6.1.1 Pergerakan Lokomotor
                            Jadual 6.1: Pergerakan Lokomotor

                   Bukan Lokomotor                     Lokomotor
                  Membongkok                          Berjalan
                  Meregang                            Berlari
                  Memulas                             Meloncat
                  Berpusing                           Melompat
                  Mengangkat badan                    Lari skip
                  Merebah                             Memacu seperti kuda
                  Menghayun                           Meluncur

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk
membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara
kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor.
Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang
lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih
kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:
(a)   Berjalan
(b)   Berlari
(c)   Melonjak
(d)   Melompat
(e)   Meloncat
(f)   Melungsur
(g)   Memacu seperti kuda
(h)   Skip



            AKTIVITI 6.1

      Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah
      pendidikan gimnastik.
      (a)    Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik
      (b)    Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama.
      (c)    Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama?
114       TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



Untuk membiasakan guru dengan cara menggunakan dan melaksanakan
pergerakan-pergerakan di atas, analisanya telah dibuat dalam bentuk
penerangan ringkas. Diharapkan penerangan ini dapat difahami oleh guru
supaya konsep setiap pergerakan menjadi jelas. Kata kunci dan frasa tertentu
dicadangkan sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan merangsang
pembetulan.

(a)   Kemahiran Lokomotor Asas
      Berjalan
      Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak
      melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak
      mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa
      bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga
      berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang
      betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat
      seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.
      Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan
      memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.
      Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan
      dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut
      satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselang-seli mengikut arah
      kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan
      sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan.
      Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah dan
      pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan
      anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa
      tegak dan dalam keadaan yang lega.

      Frasa pengajaran penting:
      •   Ayun langkah dari paras punggung;
      •   Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang
          bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari;
      •   Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan;
      •   Berjalan dengan lembut;
      •   Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan; dan
      •   Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN            115



      Cadangan untuk penelitian:
      •      Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni lebih
             tinggi;
      •      Jalan berundur kemudian ke hadapan;
      •      Berjalan seperti robot atau askar permainan;
      •      Berjalan seperti gergasi;
      •      Berjalan seperti gorila, gajah, anjing cedera di kaki;
      •      Berjalan seperti barang mainan berkuasa bateri;
      •      Berjalan seperti patung-patung kawalan tali;
      •      Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik);
      •      Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan
             dalam bentuk zig zag;
      •      Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas;
      •      Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki jegang
             dan berjalan seperti berkawat;
      •      Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil;
      •      Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil; dan
      •      Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan.

(b)   Berlari
      Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Yang berbeza ialah semasa
      berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan
      seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat
      dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku
      sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah
      pergerakan kaki.

      Frasa Pengajaran Penting:
      (i)     Berlari di atas bebola kaki.
      (ii)    Bengkokkan siku dan lutut
      (iii) Ayun tangan ke hadapan
      (iv) Tegakkan kepala
      (v)     Berlari dengan gaya yang lembut
116          TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



      Cadangan untuk Penelitian:
      (i)     Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan.
      (ii)    Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi
      (iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki.
      (iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap.
      (v)     Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan.
      (vi) Berlari dan berhenti apabila syarat diberi, kemudian berlari semula.
      (vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi.
      (viii) Berlari mengikut seorang ketua.
      (ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan.
      (x)     Berlari mengikut hala zig zag
      (xi) Berlari berjengket
      (xii) Berlari menendang ke belakang

(c)   Berlari serta Berlonjak (Leap)
      Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika
      berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih
      banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut diangkat
      ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak.
      Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil
      kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada
      satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya
      lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya
      mendapat lonjakan yang sempurna.

      Frasa Pengajaran Penting:
      (i)     Tolak ke atas, hulur dan jejak.
      (ii)    Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan
      (iii) Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk menandakan
            kekuatan dalam pergerakan)
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN          117



      Cadangan untuk Penelitian
      Berlari serta berlonjak adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan
      lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memadai perlu
      dikuasai:
      (i)    Lari beberapa langkah dan kemudian melompat;
      (ii)   Melompat seperti rusa melompat pagar;
      (iii) Melompat seutas tali di atas lantai;
      (iv) Melompat tali yang ditinggikan sedikit; dan
      (v)    Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai.

(d)   Lompatan
      Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada
      tempat berpijak dengan tolakan/lonjakan sebelah atau kedua-dua belah
      kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas
      sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai
      jarak hadapan atau ketinggian lompatan.

      Frasa Pengajaran Penting
      (i)    mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke
             atas
      (ii)   membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat
      (iii) hulur dan jejak

      Cadangan untuk Penelitian
      (i)    melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
      (ii)   melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah
      (iii) melompat dan capai pelbagai benda
      (iv) melompat sambil bergerak ke hadapan dan pelbagai arah
      (v)    melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan
      (vi) lompat untuk jarak
      (vii) melompat sambil mengubah ke arah lompatan
      (viii) melompat seperti kanggaru
      (ix) melompat anak sungai
118          TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



(e)   Melompat Ketingting
      Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama
      akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah
      dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di
      atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

      Frasa Pengajaran Penting
      (i)    Ketingting ke udara dengan sebelah kaki dan menurun dan mendarat
             semula dengan kaki yang sama
      (ii) Angkat tangan ke atas
      (iii) Kepala tegak
      (iv) Lutut bengkok

      Cadangan untuk Penelitian
      (i)    Ketingting setempat, tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan
      (ii) Ketingting dan pusingkan badan
      (iii) Ketingting arah ke hadapan, ke belakang dan ke kiri kanan.
      (iv) Ketingting meliputi pelbagai jarak
      (v) Ketingting melintasi tali atau garisan


            SEMAK KENDIRI 6.1

       Nyatakan perbezaan lokomotor dengan bukan lokomotor.



6.1.2         Kemahiran Persepsi Motor
Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah
penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa
kewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenal pasti arah kiri dan
kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan
persepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak-
kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat
(decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran
membaca.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN           119



(a)   Mengimbang
      Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau
      ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan
      aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyoronokkan bagi
      pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas
      yang berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas
      belakang kuda sarkas.

(b)   Kesedaran Badan
      Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:
      (i)    Saiz;
      (ii)   Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh          badan    serta
             perkaitannya di antara satu dengan yang lain;
      (iii) Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing,
            mengilas dan menggerakkan badan; dan
      (iv) Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

      Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi
      pergerakannya. Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang
      kewujudan diri. Salah satu daripada caranya ialah melalui aktiviti yang
      melibatkan bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar boleh disoal, „Berapa
      carakah boleh anda gerakkan kepala anda?‰ atau „Bolehkah anda
      menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?‰

(c)   Kesedaran Ruang
      Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan
      tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang
      dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang
      berada di persekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta
      perkaitannya di antara benda-benda di sekitar. Hal ini merupakan konsep
      asas yang perlu diterokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari
      tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya.

      Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh
      pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua
      arah. Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri
      persendirian mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk
      bergerak bebas di dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka.
120      TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



(d)   Kesedaran Hala Datar (Laterality)
      Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi
      tubuh badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan
      daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau
      secara berasingan.

      Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan
      tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan
      kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong
      mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality).
      Permainan seperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam
      permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan
      kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement)
      mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

(e)   Kesedaran Arah
      Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas,
      bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran
      lauran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai
      kesedaran hala datar.

      Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan
      kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri,
      ke kanan, ke atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui
      pergerakan seumpama ini, pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan
      pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di
      dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca.

(f)   Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata
      Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi
      di antara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan
      baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini
      melibatkan interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot
      imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul.

      Permainan bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar
      melambungkan dan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau
      melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan
      yang sebelah lagi. Permainan yang melibatkan sepakan pula adalah baik
      bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran
      yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN            121



6.1.3       Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih
awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,
menangani atau mengawasi sesuatu objek.

Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran
diri seseorang pelajar:
(a)   Membaling;
(b)   Menyambut;
(c)   Memukul;
(d)   Menendang atau menyepak; dan
(e)   Menggelecek.

Kesemua kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan
perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu, kemahiran
manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk
menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.


        AKTIVITI 6.2
      Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor)
      adalah penting untuk pembinaan pergerakan berkordinasi.
      (a)   Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu
            diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor.
      (b)   Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui.


 6.2        PENDIDIKAN PERGERAKAN
Pendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang
bermakna. Pendidikan haruslah juga memberangsangkan dan menghasilkan
kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan
pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan
sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu
yang baharu. Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik
kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambil
bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai sesuatu
secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan
122      TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat mempelajari tentang
dirinya sendiri. Antara lain dia boleh tahu
(a)   Apa yang mampu dilakukannya;
(b)   Bagaimana dia boleh mengawal diri;
(c)   Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada di sekelilingnya;
(d)   Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan
      alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan yang tidak
      bernyawa); dan
(e)   Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya.

Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh bagi
diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk
belajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri
dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui
pelbagai pergerakan itu.

Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan
kemahiran-kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.2.

                     Jadual 6.2: Hubungkaitan Beberapa Kemahiran

       Kemahiran                                     Contoh
Hubung kait motor-         – Menangkap bola
penglihatan                – Melambungkan bola melalui gelung rotan
                           – Menggelecek bola hoki
Pemindahan motor-          – Mengulang semula sesuatu pergerakan
penglihatan                – Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat
                             di dalam sesuatu gambar
                           – Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang
                             terdapat di dalam sesuatu arahan
Hubung kait motor-         – Menari mengikut muzik
pendengaran                – Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti
                             pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan
                             dengan langkah yang kuat dan badan yang
                             direndahkan.
Penukaran motor-           – Mendengar dan melakukan arahan
pergerakan                 – Melahirkan urutan ritma          seperti   bertepuk   atau
                             mengetuk mengikut irama
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN            123




Hubung kait motor        – Aktiviti penyedaran tubuh badan
kinestatik               – Aktiviti mengimbangkan badan.
Hubung kait motor-       – Memanjat (jungle gym)
taktil                   – Merangkak menerusi terowong.


6.2.1      Gimnastik Pendidikan
Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai,
pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak
memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula
terdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku
panjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Pada
peringkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti
lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan dialihkan
pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan.

(a)   Pengalaman Lantai
      Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas,
      tumpuan seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha
      merapatkan seluruh anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila
      setiap pelajar telah dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk-
      bentuk aksi itu, mereka bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan
      lain seperti menggulingkan tubuh ke arah yang berlainan.
      Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan
      mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan
      mengguling. Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan
      terbalik boleh diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh
      diterangkan dengan membandingkan perbezaannya dengan aksi
      mengguling. Guru boleh mencabar pelajar untuk menggabungkan antara
      dua jenis kemahiran yang mudah tetapi berkaitan, seperti bergerak dengan
      mengimbangkan badan dengan menggunakan dua anggota dan
      seterusnya.
      Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan                sahaja
      menyeronokkan, malah mencabar keupayaan pelajar. Pemindahan         beban
      dari bahagian anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan     badan
      yang tidak stabil dan menerap sebahagian atau seluruh beban berat   badan
      rakan, adalah antara cabaran yang sesuai bagi setiap pelajar.
      Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah
      antara konsep-konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana
124      TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



      pelajar yang telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik
      akan berasa seronok dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada
      kualiti pelaksanaan. Kegiatan memadan dan mencerminkan pergerakan
      rakan, mengulangi urutan kekerapan.

(b)   Pengalaman Peralatan
      Selepas pelajar telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar
      itu bolehlah membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan
      gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang.
      Kebanyakan sekolah menengah mempunyai peralatan seperti di atas tetapi
      tidak bagi kebanyakan sekolah rendah. Lazimnya sekolah rendah hanya
      menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan
      rangka-rangka panjat untuk menerapkan pengalaman gimnastik menerusi
      penggunaan alatan.
      Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana
      pelajar yang masih berada di peringkat prakawalan boleh memulakan
      program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku
      yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut
      pada tali atau bergerak di sepanjang rangka panjat. Ini secara tidak langsung
      membawa pelajar itu untuk membiasakan dirinya dengan peralatan yang
      digunakan dalam latihan sebenar untuk membina keyakinan diri.
      Latihan-latihan   permainan       berhalangan  yang   mudah     dengan
      menggunakan peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelung
      rotan, tali, bongkah dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari
      konsep-konsep seperti di atas iaitu menyimpang, menerusi dan bawah.
      Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan
      pelbagai cara untuk bergerak di atas alang, bergayut di atas palang atau
      tali, melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian
      ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah pelajar itu mahir
      menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka
      memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan
      peralatan.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN             125



Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka perlulah pula
memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara
menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar seperti pengalaman aktiviti
lantai dalam permainan gimnastik. Pelajar haruslah digalakkan supaya memberi
perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka dan mengadunkannya ke dalam
suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai untuk
gimnastik pendidikan ialah melompat dan mendarat, mengguling,
membongkok, melentur, memusing dan mengayun, kesedaran ruang dan
kesedaran kinestetik.


6.2.2         Gimnastik Irama
Dalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara beransur-
ansur dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan
berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan
sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran mereka yang kompleks
dan mencabar itu.

Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan
menggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila
pelajar itu telah mahir menggunakan peralatan itu, bolehlah dia menggabungkan
pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin
termasuklah gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik
reben berirama dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik.

Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama:
(a)   Gunakan muzik iringan semasa berlatih;
(b)   Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan
      membangkitkan minat;
(c)   Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan;
(d)   Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara
      serentak semasa menangkap objek-objek;
(e)   Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh; dan
(f)   Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri.

Jenis-jenis peralatan untuk gimnastik berirama:
(a)   Bola;
(b)   Belantan;
(c)   Gelung;
126          TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



(d)   Reben; dan
(e)   Tali.

Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan
mengikut muzik.

(a)   Gimnastik Berirama (Bola)
      Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulasikan bola seperti
      mengguling, mengayun dan melontar yang digubah mengikut muzik.
      (i)     Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa
              melakukan aktiviti.
      (ii)    Lontarkan bola dengan hanya menggunakan gerakan bahu.
      (iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari.
      (iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya dengan
           pergelangan tangan.

(b)   Gimnastik Berirama (Belantan)
      Belantan yang digunakan adalah lebih kurang tiga kaki persegi panjang.
      Teknik-teknik penggunaan belantan serta aktivitinya adalah seperti
      berikut: dengan muzik berentak Waltz.
      (i)     Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Jatuhkan belantan ke
              lantai dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk
              menangkapnya.
      (ii)    Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Lontar belantan ke
              udara dan tangkap.
      (iii) Berdiri dengan tangan kanan memegang sebelah hujung belantan.
            Kedua-dua tangannya di sisi. Ayun belantan melintasi badan dan
            tangkapnya dengan tangan kiri.
      (iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai-bagai bentuk pergerakan
           lokomotor untuk aktiviti-aktiviti di atas.

(c)   Gimnastik Berirama (Gelung)
      Gelung yang digunakan berukuran 50-70sm diameter dengan tapak tangan
      menadah ke atas dan ke bawah untuk aktiviti-aktiviti gelung dengan
      muzik berentak Waltz.
      (i)     Pegang gelung dengan sebelah tangan dan ayunkan gelung ke atas
              dan ke bawah.
      (ii)    Pegang gelung.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN           127



(d)   Gimnastik Berirama (Reben)
      Reben yang digunakan berukuran 3-4.5m panjang dan muzik berentak
      Waltz. Kibarkan reben dari satu bahagian ke satu bahagian lain di hadapan
      dalam pola melengkung.

(e)   Gimnastik Berirama (Tali)
      Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur
      dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas.


6.2.3      Gimnastik Artistik
Untuk melaksanakan gimnastik artistik, pelajar seharusnya telah boleh
menguasai semua asas gimnastik. Ini bermakna tahap penggunaan dan
kecekapan itu sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas
pengalaman gimnastik seperti aksi-aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan,
imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalam
pelaksanaan gimnastik berirama ini. Ketika ini, ramai pelajar meminati
permainan gimnastik secara sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkan
oleh kelab-kelab gimnastik; di mana kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yang
bertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengendalikan
program gimnastik dengan baik.

Kelahiran kelab-kelab ini banyak merangsang ciptaan bentuk-bentuk kemahiran
gimnastik yang menarik oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang telah mencapai
tahap kecekapan yang sewajarnya patut meneruskan latihan dengan memberi
tumpuan kepada aksi-aksi yang lebih mencabar seperti mengimbangi badan,
mencipta bentuk pergerakan yang baru, serta mempelbagaikan cara berjalan atau
bergerak dan cara menyokong beban berat badan. Mereka harus digalakkan
memfokuskan tumpuan kepada kualiti artistik pergerakan semasa membuat
latihan-latihan pergerakan dan membuat penggabungan pergerakan-pergerakan
yang telah dipelajari ke dalam satu rangkaian yang kemas, licin dan teratur.

Dalam gimnastik artistik, guru perlulah membuat satu demonstrasi sesuatu
kemahiran itu dengan betul supaya mudah diikuti oleh pelajar. Beberapa orang
pelajar yang telah cekap menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contoh
untuk melakukan aktiviti-aktiviti supaya dapat diikuti oleh pelajar yang lain.

Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan pelajar melaksanakan
kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yang
khusus. Guru dikehendaki membimbing pelajar untuk meningkatkan kebolehan
mereka bergerak dalam melaksanakan aktiviti, memupuk keyakinan diri dan
kebolehan menginterpretasikan tugas serta menentukan cara terbaik untuk
mempraktikkan kemahiran-kemahiran.
128      TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar di tahap kecekapan
tertentu:

(a)   Gulingan
      Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian
      anggota yang lain di sekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap penggunaan
      boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-
      lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan
      lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga
      boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau
      mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang
      berbeza-beza.
      Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan
      mengguling sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka
      harus bersedia untuk menggunakan kemahiran ini apabila berlaku
      kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola jaring, bola sepak dan
      sebagainya.

(b)   Imbangan
      Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat
      yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai
      ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik.
      Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada di tahap
      aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban beratnya dengan
      kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua
      kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan
      selama tiga hingga lima saat..
      Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah
      mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan
      menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama
      melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk
      membantu pelajar membuat keputusan mengenai gabungan pergerakan di
      samping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis
      pergerakan dengan cekap.
      Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan di atas
      sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan
      faktor masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk
      mengekspresikan kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan
      memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka dari satu kedudukan ke
      satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan
      menggunakan fokus sepenuhnya.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN            129



     Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling,
     meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban
     yang lazim. Namun lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah
     dari kaki ke kaki seperti dalam berjalan.
     Terdapat perbezaan yang ketara antara gimnastik pendidikan dengan
     gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas.
     Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran
     yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan
     daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran-
     kemahiran yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan
     praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini
     guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk
     meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus
     graviti, membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta
     menginterpretasikan perlakuan-perlakuan di samping menentukan cara
     terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran berkenaan.


6.3       PENDIDIKAN KREATIF
Subtopik ini akan membincangkan elemen-elemen pendidikan kreatif.


6.3.1     Interpretasi Idea
Para pelajar merupakan golongan yang kreatif. Kekreatifan mereka tidak mengenal
sempadan dalam proses mereka meneroka dan berangan-angan (fantasi) tentang
persekitaran mereka. Mengikut Albert Einstein, seorang ahli sains terkemuka,
imaginasilah penggerak kepada kreativiti. Namun, setelah pelajar itu meningkat
dewasa sifat kreatif ini akan semakin berkurangan. Ini adalah disebabkan tekanan
ke atas pelajar untuk mengikut norma sosial dan pelbagai hukum dan peraturan
yang ditetapkan agar boleh menyesuaikan diri dan berfungsi dalam masyarakat.

Kreatif juga merupakan sebagai satu bentuk kecerdasan. Gardner 1978,
mengganggapnya sebagai salah satu daripada “multiple intelligence‰ yang
meliputi pelbagai fungsi otak. Mengikut Gardner 1993, kreativiti adalah aspek
yang penting dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu
menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkan
kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman
dan minat. Semua kualiti ini terdapat pada para pelajar. Aspek ini boleh
dimanfaatkan dan diperkembangkan agar pelajar boleh memindahkan kreativiti
dalam pembelajaran yang lain.
130      TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



Pembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan melibatkan
membuat keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk meneroka
dan mencuba idea dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Torrance (1969), ciri-
ciri berikut yang terdapat pada para pelajar dapat membantu mereka belajar
secara kreatif.
(a)   Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama;
(b)   Keupayaan untuk menyusun;
(c)   Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan;
(d)   Meneroka sebelum pengajaran formal;
(e)   Menggunakan “silence‰ dan “hesitation‰;
(f)   Melihat dengan lebih dekat;
(g)   Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah; dan
(h)   Bercerita dan menyanyi.

Justeru, setiap pelajar perlu diberi peluang yang sama dan akses yang
sepenuhnya kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Namun demikian,
bukan semua pelajar akan memberi respons yang sama kepada kreativiti. Oleh
itu, sebagai guru amat penting bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelas
mengenai kreativiti dan kriteria-kriteria yang boleh digunakan sebagai kayu
pengukur dalam menentukan kreativiti pelajar.


6.3.2      Perasaan dan Tanggapan Deria
Lowenfeld dan Brittain (1982)        mencadangkan     empat   peringkat   dalam
perkembangan kreativiti pelajar.
(a)   Peringkat “scribbling‰ di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan
      menggunakan pancaindera yang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara
      rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D.
      Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.
(b)   Praskema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka.
(c)   Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk
      menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Pada peringkat ini,
      pelajar telah mula menggunakan simbol.
(d)   Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial.
      Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal perasaan dalam
      kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih
      realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN           131



Dalam melalui peringkat perkembangan ini, pelajar mempelajari juga tentang
diri mereka melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan. Sebagi guru,
kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar supaya
mereka tidak beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan mempunyai idea
yang sama dengan kanak-kanak lain. Untuk itu kita perlulah menyediakan
ruang dan masa bagi pelajar meneroka dan menghasilkan idea-idea mengikut
cara mereka sendiri. Kebebasan ini akan membantu pelajar belajar berdikari dan
bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka di samping
meningkatkan keupayaan minda mereka.

Kreativiti pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan,
emosi dan semua aspek ini sering dilihat apabila melihat pelajar bermain.
Dengan bermain, pelajar berasa bebas untuk melakukan sesuatu mengikut cara
mereka sendiri, menginterpretasi tugas mengikut kefahaman mereka sendiri dan
memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka
fikirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru.


        SEMAK KENDIRI 6.2

      Nyatakan peringkat perkembangan kreativiti pelajar berdasarkan
      kepada pendapat Lowenfeld dan Brittain (1982).



6.3.3      Unsur Pergerakan – Tubuh Badan, Ruang,
           Masa dan Daya
Dalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk
meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan
contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu, pergerakan kreatif boleh berlaku di
mana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah:
(a)   Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan;
(b)   Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang
      serta idea;
(c)   Meningkatkan tahap kesediaan; dan
(d)   Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

Untuk mengelolakan pergerakan kreatif adalah diharapkan agar pelajar dapat
memanfaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan aktiviti-
aktiviti pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan
dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar.
132          TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN



Untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik, disenaraikan di bawah
komponen-komponen asas pergerakan:

(a)   Imbangan badan
      (i)      Tenaga yang digunakan untuk bergerak.
      (ii)     Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga
               badan.
      (iii) Bahagian atas mencerminkan keringanan.

(b)   Masa
      (i)      Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa.
      (ii)     Pergerakan lambat banyak menggunakan masa.
      (iii) Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan.
      (iv) Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai
           rentak, degupan (beat) atau denyutan (pulse).

(c)   Ruang
      (i)      Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum
               (personal space) atau lingkungan kendiri (general space).
      (ii)     Aras: tinggi, sederhana dan rendah.
      (iii) Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah.

(d)   Aliran
      (i)      Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau
               terkawal.

             AKTIVITI 6.3

      Bagaimanakah kreativiti dapat meningkatkan kecerdasan minda
      pelajar? Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu mereka ada?
TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN          133




•   Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan
    yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan
    kreatif.

•   Penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai
    pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan
    potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni.

•   Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah
    dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang
    berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai
    warganegara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam
    masyarakat.

•   Pergerakan asas yang penting dan menjadi kata kunci dalam aktiviti
    pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing,
    menegang dan menguncup.

•   Pendidikan pergerakan boleh dibahagikan kepada gimnastik pendidikan,
    gimnastik irama dan gimnastik artistik.

•   Pendidikan kreatif pula melibatkan interpretasi data, perasaan dan
    tanggapan deria, serta unsur-unsur pergerakan seperti tubuh badan, ruang,
    masa dan daya.




Artistik                               Kreatif
Bukan Lokomotor                        Kreativiti
Kinestetik                             Lokomotor
134      TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN




Amabile, T.M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed) Frontiers
  of Creativity research, pp 223-254.
Ayob, S. (1992) Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo Enterprise
   Sdn. Bhd.
Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open
   University Press.
Gallahue, D.A. (1982). Developmental movement experiences for young children.
   New York, Wiley.
Pautz, M.P (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in
   Education, 89 (3), 28-30.
Swanwick, K., and Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study
   of childrenÊs composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.
Choksy Lois, (1991)Teaching music effectively in the elementary school. Prentice
    Hall Inc, New Jersey.
L. Choksy, R.M. Abramson, A. E. Gillespie and D. Woods (1986). Teaching music
    in the 20th century. Englewood Cliffs, U.S.A.

More Related Content

What's hot

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysiaAkashah Meera Hussain
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovwan nurul uliana
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanakSyaza Yasmin
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 

What's hot (20)

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Teknik Nyanyian
Teknik NyanyianTeknik Nyanyian
Teknik Nyanyian
 
Latihan lari pecut
Latihan lari pecutLatihan lari pecut
Latihan lari pecut
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 

Viewers also liked

95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asasErwin Joseph
 
Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatifPergerakan kreatif
Pergerakan kreatifAfzan Razali
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanAfzan Razali
 
Taekwando assignment
Taekwando assignmentTaekwando assignment
Taekwando assignmentFatiha Akma
 
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbPergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbdugros84
 
Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1Ahmad Husairi
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANnoor izieyana
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorPiong Yee Hsiang
 
Gimnastik asas
Gimnastik asasGimnastik asas
Gimnastik asasJimmy Siow
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistikAfzan Razali
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
Modul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPMModul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPMSooSing Ng
 

Viewers also liked (20)

Tajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakanTajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakan
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
 
Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatifPergerakan kreatif
Pergerakan kreatif
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Tarian joget
Tarian jogetTarian joget
Tarian joget
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikan
 
Teknik dasar taekwondo
Teknik dasar taekwondoTeknik dasar taekwondo
Teknik dasar taekwondo
 
Taekwando assignment
Taekwando assignmentTaekwando assignment
Taekwando assignment
 
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbPergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
 
Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1
 
Pergerakan
PergerakanPergerakan
Pergerakan
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotor
 
Gimnastik asas
Gimnastik asasGimnastik asas
Gimnastik asas
 
Gimnastik irama
Gimnastik iramaGimnastik irama
Gimnastik irama
 
46651564 apresiasi-muzik
46651564 apresiasi-muzik46651564 apresiasi-muzik
46651564 apresiasi-muzik
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
Modul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPMModul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPM
 

Similar to Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan

Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Lavendar Craft
 
Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Winnie Entap
 
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012kerolaiman
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasSyafiqah Mohamed Noor
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 
Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015ABG BAIN
 
Kertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asasKertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asasShafiq Al Jauhari
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotornurhusna
 
Pergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatifPergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatifwaniehas2110
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perrymurni mohamat
 
Hbef1403seni2
Hbef1403seni2Hbef1403seni2
Hbef1403seni2yoon may
 
Gerak dasar bermain
Gerak dasar bermainGerak dasar bermain
Gerak dasar bermainIrma Miyanti
 
1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.ppt
1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.ppt1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.ppt
1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.pptBaguskhoerulanam
 

Similar to Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan (20)

Assignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individuAssignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individu
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
 
Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2
 
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015
 
Kertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asasKertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asas
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatifPergerakan lokomoto kreatif
Pergerakan lokomoto kreatif
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Kertas kerja pj
Kertas kerja pjKertas kerja pj
Kertas kerja pj
 
Hbef1403seni2
Hbef1403seni2Hbef1403seni2
Hbef1403seni2
 
Gerak dasar bermain
Gerak dasar bermainGerak dasar bermain
Gerak dasar bermain
 
ATP PJOK 1.docx
ATP PJOK 1.docxATP PJOK 1.docx
ATP PJOK 1.docx
 
Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]
Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]
Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]
 
1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.ppt
1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.ppt1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.ppt
1649889837_AKTIVITAS PENGEMBANGAN GERAK DASAR.ppt
 

More from Wany Hardy

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxWany Hardy
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Wany Hardy
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Wany Hardy
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Wany Hardy
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Wany Hardy
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Wany Hardy
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifWany Hardy
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islamWany Hardy
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadunWany Hardy
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadunWany Hardy
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliahWany Hardy
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Wany Hardy
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERWany Hardy
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 

More from Wany Hardy (20)

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptx
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
 
2 bahan audio
2   bahan audio2   bahan audio
2 bahan audio
 
1 asas grafik
1  asas grafik1  asas grafik
1 asas grafik
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatif
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islam
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadun
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliah
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 

Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan

  • 1. Top i k Pengetahuan  6 Asas dalam  Pergerakan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan asas-asas pergerakan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran; 2. Menyatakan kemahiran pergerakan yang akan diperolehi oleh pelajar apabila mempelajari asas-asas pergerakan; 3. Menjelaskan jenis-jenis pendidikan pergerakan supaya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 4. Menyatakan kepentingan pendidikan pergerakan kreatif untuk mempertingkatkan proses pengajaran; dan 5. Mengenalpasti unsur-unsur pergerakan. PENGENALAN Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat. Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar
  • 2. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 111 berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak-kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanan dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan-kegiatan penerokaan, kreativiti, proses-proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pembentukan konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri dan pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang dari landasan konsep „kanak- kanak total‰. Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai tambahan kepada kurikulum sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakan suatu pendekatan dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah perkembangan pelajar itu dengan cara seperti berikut: (a) Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot; (b) Memantapkan tahap kecerdasann fizikal, pengetahuan dan sikap; (c) Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman- pengalaman pergerakan terarah; (d) Memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat; (e) Memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintegrasian konsep bilik darjah dengan program aktiviti fizikal; dan (f) Meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang mencabar dan menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan menengah terbahagi kepada empat bidang kandungan utama, iaitu: (a) Permainan berunsur pendidikan; (b) Pergerakan berunsur pendidikan; (c) Sukan dan atletik; dan (d) Kecergasan jasmani. 6.1 PERGERAKAN ASAS Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan. Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala
  • 3. 112 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan kepada dua kategori: (a) Pergerakan kreatif; dan (b) Gimnastik. Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk ketrampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini apabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia, memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalam kategori aktiviti berirama. Pengalaman-pengalaman ini ada diterapkan di dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri daripada: (a) Pengalaman tidak berstruktur; (b) Pengalaman separuh berstruktur; dan (c) Pengalaman berstruktur. Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam pergerakan kreatif dan gimnastik jika berdasarkan kepada pengalaman- pengalaman di atas. Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut; (a) Ritma asas; (b) Ritma kreatif; (c) Lagu pergerakan; (d) Permainan; dan (e) Kemahiran gimnastik. Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget. Jadual 6.1 menunjukkan contoh-contoh pergerakan asas ini yang dipanggil pergerakan lokomotor.
  • 4. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 113 6.1.1 Pergerakan Lokomotor Jadual 6.1: Pergerakan Lokomotor Bukan Lokomotor Lokomotor Membongkok Berjalan Meregang Berlari Memulas Meloncat Berpusing Melompat Mengangkat badan Lari skip Merebah Memacu seperti kuda Menghayun Meluncur Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut: (a) Berjalan (b) Berlari (c) Melonjak (d) Melompat (e) Meloncat (f) Melungsur (g) Memacu seperti kuda (h) Skip AKTIVITI 6.1 Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah pendidikan gimnastik. (a) Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik (b) Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama. (c) Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama?
  • 5. 114 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Untuk membiasakan guru dengan cara menggunakan dan melaksanakan pergerakan-pergerakan di atas, analisanya telah dibuat dalam bentuk penerangan ringkas. Diharapkan penerangan ini dapat difahami oleh guru supaya konsep setiap pergerakan menjadi jelas. Kata kunci dan frasa tertentu dicadangkan sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan merangsang pembetulan. (a) Kemahiran Lokomotor Asas Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselang-seli mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega. Frasa pengajaran penting: • Ayun langkah dari paras punggung; • Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari; • Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan; • Berjalan dengan lembut; • Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan; dan • Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja.
  • 6. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 115 Cadangan untuk penelitian: • Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni lebih tinggi; • Jalan berundur kemudian ke hadapan; • Berjalan seperti robot atau askar permainan; • Berjalan seperti gergasi; • Berjalan seperti gorila, gajah, anjing cedera di kaki; • Berjalan seperti barang mainan berkuasa bateri; • Berjalan seperti patung-patung kawalan tali; • Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik); • Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bentuk zig zag; • Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas; • Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki jegang dan berjalan seperti berkawat; • Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil; • Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil; dan • Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan. (b) Berlari Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki. Frasa Pengajaran Penting: (i) Berlari di atas bebola kaki. (ii) Bengkokkan siku dan lutut (iii) Ayun tangan ke hadapan (iv) Tegakkan kepala (v) Berlari dengan gaya yang lembut
  • 7. 116 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Cadangan untuk Penelitian: (i) Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan. (ii) Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi (iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki. (iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap. (v) Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan. (vi) Berlari dan berhenti apabila syarat diberi, kemudian berlari semula. (vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi. (viii) Berlari mengikut seorang ketua. (ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan. (x) Berlari mengikut hala zig zag (xi) Berlari berjengket (xii) Berlari menendang ke belakang (c) Berlari serta Berlonjak (Leap) Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. Frasa Pengajaran Penting: (i) Tolak ke atas, hulur dan jejak. (ii) Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan (iii) Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk menandakan kekuatan dalam pergerakan)
  • 8. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 117 Cadangan untuk Penelitian Berlari serta berlonjak adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memadai perlu dikuasai: (i) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat; (ii) Melompat seperti rusa melompat pagar; (iii) Melompat seutas tali di atas lantai; (iv) Melompat tali yang ditinggikan sedikit; dan (v) Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai. (d) Lompatan Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan/lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Frasa Pengajaran Penting (i) mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke atas (ii) membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat (iii) hulur dan jejak Cadangan untuk Penelitian (i) melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan (ii) melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah (iii) melompat dan capai pelbagai benda (iv) melompat sambil bergerak ke hadapan dan pelbagai arah (v) melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan (vi) lompat untuk jarak (vii) melompat sambil mengubah ke arah lompatan (viii) melompat seperti kanggaru (ix) melompat anak sungai
  • 9. 118 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN (e) Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. Frasa Pengajaran Penting (i) Ketingting ke udara dengan sebelah kaki dan menurun dan mendarat semula dengan kaki yang sama (ii) Angkat tangan ke atas (iii) Kepala tegak (iv) Lutut bengkok Cadangan untuk Penelitian (i) Ketingting setempat, tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan (ii) Ketingting dan pusingkan badan (iii) Ketingting arah ke hadapan, ke belakang dan ke kiri kanan. (iv) Ketingting meliputi pelbagai jarak (v) Ketingting melintasi tali atau garisan SEMAK KENDIRI 6.1 Nyatakan perbezaan lokomotor dengan bukan lokomotor. 6.1.2 Kemahiran Persepsi Motor Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenal pasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan persepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak- kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca.
  • 10. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 119 (a) Mengimbang Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyoronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas. (b) Kesedaran Badan Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri: (i) Saiz; (ii) Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di antara satu dengan yang lain; (iii) Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan menggerakkan badan; dan (iv) Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza. Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi pergerakannya. Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan diri. Salah satu daripada caranya ialah melalui aktiviti yang melibatkan bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar boleh disoal, „Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda?‰ atau „Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?‰ (c) Kesedaran Ruang Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang berada di persekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda di sekitar. Hal ini merupakan konsep asas yang perlu diterokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya. Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas di dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka.
  • 11. 120 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN (d) Kesedaran Hala Datar (Laterality) Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan. Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality). Permainan seperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement) mengikut arahan yang diberikan oleh guru. (e) Kesedaran Arah Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran lauran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui pergerakan seumpama ini, pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca. (f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi di antara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul. Permainan bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar melambungkan dan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan yang sebelah lagi. Permainan yang melibatkan sepakan pula adalah baik bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.
  • 12. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 121 6.1.3 Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek. Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar: (a) Membaling; (b) Menyambut; (c) Memukul; (d) Menendang atau menyepak; dan (e) Menggelecek. Kesemua kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu, kemahiran manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya. AKTIVITI 6.2 Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting untuk pembinaan pergerakan berkordinasi. (a) Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor. (b) Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui. 6.2 PENDIDIKAN PERGERAKAN Pendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang bermakna. Pendidikan haruslah juga memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan
  • 13. 122 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri. Antara lain dia boleh tahu (a) Apa yang mampu dilakukannya; (b) Bagaimana dia boleh mengawal diri; (c) Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada di sekelilingnya; (d) Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan yang tidak bernyawa); dan (e) Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya. Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh bagi diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan itu. Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan kemahiran-kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.2. Jadual 6.2: Hubungkaitan Beberapa Kemahiran Kemahiran Contoh Hubung kait motor- – Menangkap bola penglihatan – Melambungkan bola melalui gelung rotan – Menggelecek bola hoki Pemindahan motor- – Mengulang semula sesuatu pergerakan penglihatan – Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu gambar – Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu arahan Hubung kait motor- – Menari mengikut muzik pendengaran – Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan. Penukaran motor- – Mendengar dan melakukan arahan pergerakan – Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk mengikut irama
  • 14. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 123 Hubung kait motor – Aktiviti penyedaran tubuh badan kinestatik – Aktiviti mengimbangkan badan. Hubung kait motor- – Memanjat (jungle gym) taktil – Merangkak menerusi terowong. 6.2.1 Gimnastik Pendidikan Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai, pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan dialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan. (a) Pengalaman Lantai Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas, tumpuan seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha merapatkan seluruh anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila setiap pelajar telah dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk- bentuk aksi itu, mereka bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan lain seperti menggulingkan tubuh ke arah yang berlainan. Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling. Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan terbalik boleh diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh diterangkan dengan membandingkan perbezaannya dengan aksi mengguling. Guru boleh mencabar pelajar untuk menggabungkan antara dua jenis kemahiran yang mudah tetapi berkaitan, seperti bergerak dengan mengimbangkan badan dengan menggunakan dua anggota dan seterusnya. Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan sahaja menyeronokkan, malah mencabar keupayaan pelajar. Pemindahan beban dari bahagian anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan badan yang tidak stabil dan menerap sebahagian atau seluruh beban berat badan rakan, adalah antara cabaran yang sesuai bagi setiap pelajar. Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah antara konsep-konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana
  • 15. 124 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN pelajar yang telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik akan berasa seronok dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada kualiti pelaksanaan. Kegiatan memadan dan mencerminkan pergerakan rakan, mengulangi urutan kekerapan. (b) Pengalaman Peralatan Selepas pelajar telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu bolehlah membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Kebanyakan sekolah menengah mempunyai peralatan seperti di atas tetapi tidak bagi kebanyakan sekolah rendah. Lazimnya sekolah rendah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk menerapkan pengalaman gimnastik menerusi penggunaan alatan. Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana pelajar yang masih berada di peringkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali atau bergerak di sepanjang rangka panjat. Ini secara tidak langsung membawa pelajar itu untuk membiasakan dirinya dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar untuk membina keyakinan diri. Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelung rotan, tali, bongkah dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti di atas iaitu menyimpang, menerusi dan bawah. Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan pelbagai cara untuk bergerak di atas alang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah pelajar itu mahir menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan peralatan.
  • 16. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 125 Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar seperti pengalaman aktiviti lantai dalam permainan gimnastik. Pelajar haruslah digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai untuk gimnastik pendidikan ialah melompat dan mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan mengayun, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik. 6.2.2 Gimnastik Irama Dalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara beransur- ansur dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran mereka yang kompleks dan mencabar itu. Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan menggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila pelajar itu telah mahir menggunakan peralatan itu, bolehlah dia menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin termasuklah gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik reben berirama dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik. Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama: (a) Gunakan muzik iringan semasa berlatih; (b) Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan membangkitkan minat; (c) Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan; (d) Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara serentak semasa menangkap objek-objek; (e) Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh; dan (f) Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri. Jenis-jenis peralatan untuk gimnastik berirama: (a) Bola; (b) Belantan; (c) Gelung;
  • 17. 126 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN (d) Reben; dan (e) Tali. Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan mengikut muzik. (a) Gimnastik Berirama (Bola) Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulasikan bola seperti mengguling, mengayun dan melontar yang digubah mengikut muzik. (i) Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa melakukan aktiviti. (ii) Lontarkan bola dengan hanya menggunakan gerakan bahu. (iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari. (iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya dengan pergelangan tangan. (b) Gimnastik Berirama (Belantan) Belantan yang digunakan adalah lebih kurang tiga kaki persegi panjang. Teknik-teknik penggunaan belantan serta aktivitinya adalah seperti berikut: dengan muzik berentak Waltz. (i) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Jatuhkan belantan ke lantai dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk menangkapnya. (ii) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Lontar belantan ke udara dan tangkap. (iii) Berdiri dengan tangan kanan memegang sebelah hujung belantan. Kedua-dua tangannya di sisi. Ayun belantan melintasi badan dan tangkapnya dengan tangan kiri. (iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai-bagai bentuk pergerakan lokomotor untuk aktiviti-aktiviti di atas. (c) Gimnastik Berirama (Gelung) Gelung yang digunakan berukuran 50-70sm diameter dengan tapak tangan menadah ke atas dan ke bawah untuk aktiviti-aktiviti gelung dengan muzik berentak Waltz. (i) Pegang gelung dengan sebelah tangan dan ayunkan gelung ke atas dan ke bawah. (ii) Pegang gelung.
  • 18. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 127 (d) Gimnastik Berirama (Reben) Reben yang digunakan berukuran 3-4.5m panjang dan muzik berentak Waltz. Kibarkan reben dari satu bahagian ke satu bahagian lain di hadapan dalam pola melengkung. (e) Gimnastik Berirama (Tali) Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas. 6.2.3 Gimnastik Artistik Untuk melaksanakan gimnastik artistik, pelajar seharusnya telah boleh menguasai semua asas gimnastik. Ini bermakna tahap penggunaan dan kecekapan itu sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas pengalaman gimnastik seperti aksi-aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalam pelaksanaan gimnastik berirama ini. Ketika ini, ramai pelajar meminati permainan gimnastik secara sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh kelab-kelab gimnastik; di mana kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yang bertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengendalikan program gimnastik dengan baik. Kelahiran kelab-kelab ini banyak merangsang ciptaan bentuk-bentuk kemahiran gimnastik yang menarik oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang telah mencapai tahap kecekapan yang sewajarnya patut meneruskan latihan dengan memberi tumpuan kepada aksi-aksi yang lebih mencabar seperti mengimbangi badan, mencipta bentuk pergerakan yang baru, serta mempelbagaikan cara berjalan atau bergerak dan cara menyokong beban berat badan. Mereka harus digalakkan memfokuskan tumpuan kepada kualiti artistik pergerakan semasa membuat latihan-latihan pergerakan dan membuat penggabungan pergerakan-pergerakan yang telah dipelajari ke dalam satu rangkaian yang kemas, licin dan teratur. Dalam gimnastik artistik, guru perlulah membuat satu demonstrasi sesuatu kemahiran itu dengan betul supaya mudah diikuti oleh pelajar. Beberapa orang pelajar yang telah cekap menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contoh untuk melakukan aktiviti-aktiviti supaya dapat diikuti oleh pelajar yang lain. Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan pelajar melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yang khusus. Guru dikehendaki membimbing pelajar untuk meningkatkan kebolehan mereka bergerak dalam melaksanakan aktiviti, memupuk keyakinan diri dan kebolehan menginterpretasikan tugas serta menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran.
  • 19. 128 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar di tahap kecekapan tertentu: (a) Gulingan Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain di sekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap penggunaan boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan- lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza. Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus bersedia untuk menggunakan kemahiran ini apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya. (b) Imbangan Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada di tahap aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban beratnya dengan kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan selama tiga hingga lima saat.. Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu pelajar membuat keputusan mengenai gabungan pergerakan di samping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap. Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan di atas sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan faktor masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk mengekspresikan kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka dari satu kedudukan ke satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya.
  • 20. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 129 Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Namun lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah dari kaki ke kaki seperti dalam berjalan. Terdapat perbezaan yang ketara antara gimnastik pendidikan dengan gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas. Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran- kemahiran yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti, membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuan-perlakuan di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran berkenaan. 6.3 PENDIDIKAN KREATIF Subtopik ini akan membincangkan elemen-elemen pendidikan kreatif. 6.3.1 Interpretasi Idea Para pelajar merupakan golongan yang kreatif. Kekreatifan mereka tidak mengenal sempadan dalam proses mereka meneroka dan berangan-angan (fantasi) tentang persekitaran mereka. Mengikut Albert Einstein, seorang ahli sains terkemuka, imaginasilah penggerak kepada kreativiti. Namun, setelah pelajar itu meningkat dewasa sifat kreatif ini akan semakin berkurangan. Ini adalah disebabkan tekanan ke atas pelajar untuk mengikut norma sosial dan pelbagai hukum dan peraturan yang ditetapkan agar boleh menyesuaikan diri dan berfungsi dalam masyarakat. Kreatif juga merupakan sebagai satu bentuk kecerdasan. Gardner 1978, mengganggapnya sebagai salah satu daripada “multiple intelligence‰ yang meliputi pelbagai fungsi otak. Mengikut Gardner 1993, kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat. Semua kualiti ini terdapat pada para pelajar. Aspek ini boleh dimanfaatkan dan diperkembangkan agar pelajar boleh memindahkan kreativiti dalam pembelajaran yang lain.
  • 21. 130 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Pembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan melibatkan membuat keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk meneroka dan mencuba idea dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Torrance (1969), ciri- ciri berikut yang terdapat pada para pelajar dapat membantu mereka belajar secara kreatif. (a) Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama; (b) Keupayaan untuk menyusun; (c) Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan; (d) Meneroka sebelum pengajaran formal; (e) Menggunakan “silence‰ dan “hesitation‰; (f) Melihat dengan lebih dekat; (g) Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah; dan (h) Bercerita dan menyanyi. Justeru, setiap pelajar perlu diberi peluang yang sama dan akses yang sepenuhnya kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Namun demikian, bukan semua pelajar akan memberi respons yang sama kepada kreativiti. Oleh itu, sebagai guru amat penting bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelas mengenai kreativiti dan kriteria-kriteria yang boleh digunakan sebagai kayu pengukur dalam menentukan kreativiti pelajar. 6.3.2 Perasaan dan Tanggapan Deria Lowenfeld dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kreativiti pelajar. (a) Peringkat “scribbling‰ di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan pancaindera yang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal. (b) Praskema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka. (c) Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Pada peringkat ini, pelajar telah mula menggunakan simbol. (d) Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal perasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.
  • 22. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 131 Dalam melalui peringkat perkembangan ini, pelajar mempelajari juga tentang diri mereka melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan. Sebagi guru, kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar supaya mereka tidak beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan mempunyai idea yang sama dengan kanak-kanak lain. Untuk itu kita perlulah menyediakan ruang dan masa bagi pelajar meneroka dan menghasilkan idea-idea mengikut cara mereka sendiri. Kebebasan ini akan membantu pelajar belajar berdikari dan bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka di samping meningkatkan keupayaan minda mereka. Kreativiti pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan, emosi dan semua aspek ini sering dilihat apabila melihat pelajar bermain. Dengan bermain, pelajar berasa bebas untuk melakukan sesuatu mengikut cara mereka sendiri, menginterpretasi tugas mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka fikirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru. SEMAK KENDIRI 6.2 Nyatakan peringkat perkembangan kreativiti pelajar berdasarkan kepada pendapat Lowenfeld dan Brittain (1982). 6.3.3 Unsur Pergerakan – Tubuh Badan, Ruang, Masa dan Daya Dalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu, pergerakan kreatif boleh berlaku di mana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah: (a) Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan; (b) Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang serta idea; (c) Meningkatkan tahap kesediaan; dan (d) Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan. Untuk mengelolakan pergerakan kreatif adalah diharapkan agar pelajar dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan aktiviti- aktiviti pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar.
  • 23. 132 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik, disenaraikan di bawah komponen-komponen asas pergerakan: (a) Imbangan badan (i) Tenaga yang digunakan untuk bergerak. (ii) Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. (iii) Bahagian atas mencerminkan keringanan. (b) Masa (i) Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa. (ii) Pergerakan lambat banyak menggunakan masa. (iii) Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan. (iv) Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, degupan (beat) atau denyutan (pulse). (c) Ruang (i) Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (personal space) atau lingkungan kendiri (general space). (ii) Aras: tinggi, sederhana dan rendah. (iii) Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah. (d) Aliran (i) Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau terkawal. AKTIVITI 6.3 Bagaimanakah kreativiti dapat meningkatkan kecerdasan minda pelajar? Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu mereka ada?
  • 24. TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 133 • Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif. • Penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. • Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat. • Pergerakan asas yang penting dan menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, menegang dan menguncup. • Pendidikan pergerakan boleh dibahagikan kepada gimnastik pendidikan, gimnastik irama dan gimnastik artistik. • Pendidikan kreatif pula melibatkan interpretasi data, perasaan dan tanggapan deria, serta unsur-unsur pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya. Artistik Kreatif Bukan Lokomotor Kreativiti Kinestetik Lokomotor
  • 25. 134 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Amabile, T.M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed) Frontiers of Creativity research, pp 223-254. Ayob, S. (1992) Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo Enterprise Sdn. Bhd. Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open University Press. Gallahue, D.A. (1982). Developmental movement experiences for young children. New York, Wiley. Pautz, M.P (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in Education, 89 (3), 28-30. Swanwick, K., and Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study of childrenÊs composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339. Choksy Lois, (1991)Teaching music effectively in the elementary school. Prentice Hall Inc, New Jersey. L. Choksy, R.M. Abramson, A. E. Gillespie and D. Woods (1986). Teaching music in the 20th century. Englewood Cliffs, U.S.A.