SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
Pendahuluan .
Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat.
Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong
untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah
dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan
British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu1
tidak
diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada
sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu.
Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja
Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat
istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit
demi sedikit terhakis.
Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?,
Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas
perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar
melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah
Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam
perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudaha
pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan
dan perdagangan .
Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara
89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada
undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu
daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu .
Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan
dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak
mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan
dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-
1
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar.
1
masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang palin penting , hak
untuk mendapat layanan yang sama rata .
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang
di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal
Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel
mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-
kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan
awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai
sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan
legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah
penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan
Malaysia.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-
undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan
anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran
yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam
2
perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada
biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh
undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau
perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara
ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2),
perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah
dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa,
danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain,
memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada
mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-
mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi
pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau
kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah
mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang
persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang
olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau
lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan,
maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-
undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am
kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-
3
undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang
dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit
atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-
Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan
atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau
lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau
dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan
mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian
apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak
seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya
dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-
mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi
mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu
boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit
atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi
maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,
keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang
itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen
mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen
kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika
pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-
4
undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik
bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan
hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan
pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian
permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa
pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide
sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa
untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-
mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen
sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang
itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan
atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan
biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-
mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan
selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya,
bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab
bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon
bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang
layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan
Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu
kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran
daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh
Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu
dengan sewajarnya.
5
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk
menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban
bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri
Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya
dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang
bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan
artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai
hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan
menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia
dipertahankan.
Hak-hak istimewa orang Melayu
Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang
Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan2
. Perkara 160 mendefinisikan
orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap
bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari
Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di
Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisilkan di
Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang
tersebut.
Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu
terbuka imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu
2
Perkara 3, 32, 38, 152 dan 153.
6
terdampar di kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan
mereka tidak dapat bersaing dengan kaum pendatang yang masuk ke Negara ini
untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang di Tanah Melayu
mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang
berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di
Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan
baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri
Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam
Perlembagaan? Di bawah Perkara 1533
Yang di-Pertuan Agomg dikehendaki
dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan,
melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi
jawatan dan perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan atau
kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan
perdagangan.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong4
, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu
tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan
dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli.
Tetapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan
Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada
Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu megikut syarat yang
ditetapkan.
3
Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-
kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan
pendidikan awam.
4
YDPA mempunyai bertanggungjawab khas untuk memelihara hak istimewa orang Melayu
mengikut dan berdasarkan Perkara 153.
7
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk
Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran
oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia
Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu
dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi
orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh
melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil
untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang
tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan
biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut
Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan
ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang
Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi
membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan
Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri
dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa
orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak
istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada
hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hak Tanah
8
Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu
yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu
menurut fasal (1),
Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum
sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh
terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu
sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan
suatu Enakmen.
Menurut fasal (2) yang menyatakan, Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang
pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang
ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan sebagai
tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.
Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu)
yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang-
undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan
oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa
meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab
ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan
orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan
Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap
sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.
Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman
penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi
menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-
kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi
bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di
Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia
9
adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong
melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai
'Chinatown'.
Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia,
terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati
pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan
tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala
Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar
utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi
kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.
Jawatan Dalam Kerajaan
Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor
ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki
kekayaan di mana juga di Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat
masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat
Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman
tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak
pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui
proses politik.
Peruntukan Biasiswa
10
Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan
terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan
terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan
kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam
bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan
keatas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
Bumiputra di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada
mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak-
anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa.
Bantuan Ekonomi
Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan
penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan
kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki
sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu
(kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya
dipegang oleh orang-orang asing.
Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut
kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam
perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi
orang-orang Melayu
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah5
Inggeris telah mengeruhkan perpaduan
masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan
sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya
5
Dasar “divide and rule”.
11
menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan
dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan
serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India
kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.
Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu
sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.
Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan
pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan
sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)6
. Tujuan rancangan ini
diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan
penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di
Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai
tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang
Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,
sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13
Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan
dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam
ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap
penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan
manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak
negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa
bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan
pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar
6
Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein digantikan dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN).
12
bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan
bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan
menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang
Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di
bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka
bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.
Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar ekonomi7
ini ialah
menggalakkan orang Melayu dan rakyat pribumi yang lain mengambil bahagian
dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung
dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memiliki saham dalam syarikat-
syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan-rancangan ekonomi
bagi membentuk perpaduan nasional.
Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi.
Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap
apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak kita. Jangan pula kita
mudah terima bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "May 13"
yang ingin membangkitkan suatu revolusi untuk menafikan hak dan kekuatan
sejarah orang Melayu. Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan
Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the
Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969)
tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu
menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada
ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua
mengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak
cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’
Dalam kajian Dr Mansor bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum
Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak
menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu
kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes
kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan
7
RRJP (RM)/ DPN, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan
Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Sains dan Teknologi.
13
berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun
dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur
dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’
(keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan).
KONTRAK SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN PERPADUAN MASYARAKAT
hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah
dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku
sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua
kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh
perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat
dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan
urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan
mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan
mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu
berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman
damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di
negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan
masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah
ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad
Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat
Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang Kemuncak Media Asia
2004. Beliau berkata bahawa:
“Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu
diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk
perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan
bersama. Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta
14
membolehkan setiap orang menumpukan kepada usaha meningkatkan
hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni”
Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau
sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum
bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang
terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana
mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang
penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.
Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak
dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan
persekutuan.
Ketuanan Melayu
Menurut Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris untuk mempertahankan
Ketuanan Melayu.
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang
Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia .
Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang
dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu
kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai
warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat
British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai
timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai
pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada
orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia).
15
Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak
sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun
Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya
dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada
hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa
ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal
tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti
yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP),
tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep
ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an
apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan
kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha
yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti
Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari
1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu,
sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas
rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang
menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu
tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar
kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa
orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu
boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan
kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru
iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970,
memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum
Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad
menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan
bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun
2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan
membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil
sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar
oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan
raya umum lalu.
16
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang
Melayu mengambil sikap ‘menyerang’ bagi memastikan hak-hak yang dinikmati
selama ini dapat dipertahankan.
”Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi
tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan
Melayu dan agama Islam.
”Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris
kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita
kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri,” katanya ketika
berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan
Perdana di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir pula, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang
lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu
diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.
Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang
Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan
yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.
Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara
yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum
lain di negara ini.
”Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita
tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.
”Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang
bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.
”Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang
diberikan kepada mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu,
banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara
terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu
banyak hak di negara ini.
17
”Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan
mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza
dengan orang Cina dan India,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan
kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS)
baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh
seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.
”Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak
boleh disamakan dengan kita.
”Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia
menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia
cukup dengan identiti Amerika,” katanya.
Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan
Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan
datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan.
Beliau menegaskan, jika sebelum ini rakyat beralih kepada parti pembangkang
disebabkan pemimpin tertentu dalam kerajaan, mereka tidak mustahil akan
menolak seluruh calon BN yang didapati memenangi pemilihan parti dengan
cara rasuah.
Sehubungan itu, kata beliau, adalah tidak berguna sekiranya para pemimpin
UMNO berebut-rebut untuk memenangi pemilihan parti pada Mac depan
termasuk melalui cara rasuah tetapi parti kecundang dalam Pilihan Raya Umum
Ke-13.
”Jadi penolakan terhadap UMNO bukan suatu yang mustahil, kemungkinan
besar kerana rakyat sekarang pandang jijik kepada UMNO.
”Kalau dulu UMNO didokong oleh rakyat, mereka bersedia memberikan
sokongan kepada UMNO dan BN tetapi hari ini pandangan rakyat sudah
berbeza, sekarang saya fikir rakyat sudah benci dengan semua pemimpin
kerana mereka terlibat rasuah.
”Rakyat pandang UMNO yang meletakkan calon-calon yang menang dalam
pemilihan parti merupakan calon yang rasuah, adakah parti akan mendapat
undi?,” katanya pada program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan
Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
18
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga membidas pandangan
segelintir pihak yang menyatakan orang luar daripada UMNO tidak wajar
mencampuri dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku dalam parti
tersebut.
Ini kerana katanya, selama ini UMNO dan BN berjaya memenangi semua pilihan
raya umum lalu bukan sekadar dengan sokongan ahli-ahli parti sebaliknya atas
dokongan rakyat yang menyokong dasar serta perjuangan parti tersebut.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mengamalkan politik
wang perlu disingkirkan daripada menduduki jawatan-jawatan penting parti bagi
mengelakkan pandangan buruk rakyat yang berada di luar parti.
”Sudah tentu tidak semua pengundi gila tetapi ada yang masih waras, mereka
akan tolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan inilah nasib yang
sedang menunggu untuk mereka yang keluarkan wang yang banyak,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berpandangan, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan
oleh UMNO tidak akan memberikan kesan sekiranya ia hanya membabitkan
pertukaran pemimpin secara fizikal.
Sebaliknya, jelas beliau, peralihan kuasa itu mesti melibatkan pertukaran dasar-
dasar yang sebelum ini didapati menjadi punca kebencian rakyat dan kerugian
kepada negara serta menyebabkan UMNO menjadi lemah.
”Untuk bersihkan UMNO kita perlu kepada pemimpin yang berani dan bukan
lebih mirip kepada hendak menjaga air muka orang lain.
”Oleh itu peralihan kuasa tidak hanya dalam bentuk tubuh badan sahaja tetapi
mesti melibatkan segala dasar yang dibenci oleh rakyat, jika tidak peralihan itu
akan menjadi sia-sia sahaja, kalau teruskan rakyat akan tolak kepimpinan
UMNO,” tegasnya.
Sementara itu pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir menegaskan beliau akan cuba
membantu ahli-ahli UMNO memerangi rasuah politik dalam parti termasuk
menghubungi Lembaga Disiplin parti dan menghantar laporan mengenai gejala
itu kepada badan tersebut.
”Saya juga boleh masukkan nama-nama mereka yang dilaporkan terlibat dengan
politik wang dalam laman blog saya,” katanya.
19
FAKTOR-FAKTOR MELAYU DITELAN ZAMAN
Tiada apa yang menghairankan daripada hasil kajian Jabatan Perangkaan
Malaysia yang mendedahkan bahawa sebanyak 301,000 isi rumah orang Melayu
memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Pendedahan berdasarkan
Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) itu hanyalah penegasan berulang
bahawa orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini
sememangnya jauh ketinggalan daripada sudut ekonomi dengan kaum minoriti
lain. Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar
bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar besar, masih ramai
tergolong dalam kumpulan di bawah paras kemiskinan. Malah, bukanlah sesuatu
yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang tidak mempunyai
pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, kemampuan untuk
menyediakan sebuah kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi keluarga juga
pastinya sangat terhad.
Dalam serba kekurangan, ia memberikan lebih cabaran terutamanya bagi
keluarga besar, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar serta kawasan-kawasan
pinggiran bandar. Daripada soal makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan,
pendidikan dan pelbagai keperluan asas lain, semuanya terpaksa ditempuh
seadanya. Paling menyedihkan apabila masa depan pendidikan anak-anak juga
terpaksa diperjudikan, sementelah ketika ini terdapat pula syarat untuk ibu bapa
mencarum bagi pendidikan anak-anak mereka sebelum boleh diberikan
pinjaman pendidikan pada masa depan.
Dalam keadaan sudah terbeban untuk meneruskan kehidupan seharian,
bagaimana pula untuk ibu bapa ini mencarum bagi masa depan pendidikan anak
mereka? Tanpa pendidikan sempurna, maka jalur kemiskinan itu akan beterusan
dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
20
Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika
ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan
dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit
di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan
misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan
kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan ekonomi yang
mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak
mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan
ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin
Melayu. Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini.
Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan
diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang
Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik
yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang
Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan
kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu.
Antara hakikat yang perlu diakui meskipun agak pahit untuk ditelan ialah orang
Melayu tidak berada dalam kelas ekonomi yang penting menyebabkan agak
sukar untuk mereka menentukan perjalanan ekonomi yang lebih besar.
Mengambil contoh dalam piramid jawatan di sesebuah syarikat misalnya,
meskipun kuota 30 peratus8
yang diperuntukkan kepada bumiputera dipenuhi,
namun kedudukan orang Melayu itu perlu diteliti. Hakikatnya, dalam senarai
jawatan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat korporat, kehadiran orang
Melayu sangat kecil. Sebaliknya, orang Melayu lebih banyak berada pada
kedudukan jawatan yang lebih rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh
modal insan orang Melayu sendiri yang tidak cukup kuat untuk bersaing dengan
kaum lain. Tambahan pula untuk melangkah jauh dalam sektor korporat, orang
8
P.Persekutuan, Perkara 153.
21
Melayu perlu menepati kriteria yang sangat tinggi, termasuk latar belakang
pendidikan yang cemerlang serta menguasai bahasa Inggeris.
Barangkali disinilah kelemahan kebanyakan tenaga pekerja Melayu, yang
meskipun merupakan golongan terpelajar dan lepasan pengajian tinggi, namun
tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik sehingga menyempitkan peluang
pekerjaan dalam sektor berkenaan. Kenyataan itu sebenarnya hanyalah
sebahagian daripada dilema penguasaan ekonomi orang Melayu, kerana
hakikatnya, masih banyak isu yang membelenggu keadaan itu. Antaranya
peluang-peluang pekerjaan yang lebih didominasi oleh pekerja asing di sebalik
tingginya kadar pengangguran dikalangan orang Melayu. Begitu juga dengan
sikap segelintir industri yang meletakkan kriteria tertentu yang tidak
memungkinkan orang Melayu untuk bekerja, selain diskriminasi gaji yang
menolak kepada keinginan orang Melayu untuk menceburinya.
Dalam membincangkan tentang agenda pembangunan ekonomi Melayu juga,
pelbagai saranan diajukan supaya kek ekonomi negara dapat terbahagi secara
sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu semata-mata.
Antaranya ialah dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam
bidang perniagaan. Tidak dinafikan, cabang perniagaan mampu menjana
pendapatan yang lumayan. Malah, ia juga digalakkan dalam Islam yang
meletakkannya sebagai sembilan daripada sepuluh pintu rezeki. Bagaimanapun,
dunia perniagaan bukanlah sektor yang boleh diceburi oleh semua orang,
sementelah senario ketika ini sangat jelas memperlihatkan dominasi atau
monopoli kumpulan tertentu sehingga sukar untuk orang Melayu bersaing.
Melainkan perniagaan makanan seperti membuka restoran, gerai-gerai kecil atau
warung, sukar untuk melihat kelibat orang Melayu sebagai tauke atau bos dalam
cabang perniagaan lain. Sama ada pasar raya, kedai runcit, bengkel kereta,
kedai elektrik, kedai perabot dan sektor perniagaan berpotensi lainnya,
semuanya dikuasai oleh kaum selain Melayu.
22
Tanpa ada rangkaian dan jalinan perniagaan yang kukuh, orang Melayu yang
cuba merebut peluang perniagaan ini ibarat sengaja mencari musibah, dan tidak
mustahil akan gulung tikar dengan cepat. Barangkali di sinilah pentingnya
peranan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu dalam memastikan
kelangsungan usahawan Melayu dalam cabang perniagaan. Antara yang perlu
diberi penekanan ialah mengenalpasti cabang ekonomi yang mampu dikuasai
oleh orang Melayu dan memperluaskannya supaya mampu melahirkan lebih
ramai usahawan berjaya. Badan ekonomi Melayu juga perlu menjadi tunjang
kekuatan kepada usahawan Melayu sama ada dari segi modal, program
menambah nilai keusahawan atau sokongan logistik lainnya.
HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU : HILANG DI TELAN
ZAMAN?
Persoalan Hak Keistimewaan.
Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna meritokrasi,
tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang dimahukan konon-
kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul orang Melayu
sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-habis isu Hak Keistimewaan
Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun kegagalan DEB
dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan,
atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun
apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum
Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda mereka.
Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak
kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana
mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa
hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi
persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa
lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan
adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?
Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun sehingga hari ini seolah-olah
23
sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut
30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa
persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus
menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu.
Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi
kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang
ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui
oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu?
Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu
meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya
dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang
Melayu. Noktah!
Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah
desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap
Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka?
Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu
ada di satu pihak sahaja?
Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak yang ada pada Melayu
adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu
pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama – siapa yang
dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula.
Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur sedangkan
kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain
kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat
oleh Melayu.
Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. – Jual sahaja Melayu
untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah
dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga
kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan
sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahu
menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila
berdiri.
Comments
Add New Search
24
PERMINTAAN ATAU PENGHINAAN ? .
1. Tindakan empat peguam termasuk seorang peguam Melayu yang ingin
mengkaji semula kontrak sosial itu boleh dianggap satu penghinaan
terhadap orang Melayu dan orang Islam.
Peguam Melayu ini boleh dianggap sebagai petualang kepada bangsanya
sendiri dan ia semata-mata sebagai kuda tunggangan kepada pihak lain.
Perkara ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas termaktub
dalam perlembagaan Negara.
Selepas mencapai kemerdekaan, semua rakyat Negara ini faham hak masing-
masing dan perkara ini tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak lagi.
Jika mereka ingin mengkaji semula hak keistimewaan orang melayu, tidak
mustahil kita juga boleh mengkaji hak keistimewaan kaum lain seperti Hak
Kerakyatan. Sebagai parti orang Melayu, UMNO akan terus mempertahankan
hak keistimewaan orang Melayu dan orang lain tidak perlu mempertikaikan
kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama selepas kemerdekaan. Jika tidak
negera ini akan jadi neraka.
Jika orang Cina boleh berbangga dengan negara China, orang India berbangga
dengan negara India, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan Malaysia
sebagai negaranya yang turut dikongsi bersama kaum-kaum lain.
Umno berjuang untuk menjaga kepentingan orang melayu dan kita tidak pernah
meminggirkan mana-mana kaum di Negara ini. Inilah prinsip kita dan kita akan
tetap mempertahankannya sampai bila-bila.
25
2. November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan
dan ketuanan Melayu oleh Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi
Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan
orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula
masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu
perkara yang dianggap amat sensitif didalam negara ini. Para pemimpin
UMNO telah meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan
David yang dianggap akan menggugat kedudukan orang Melayu dan
akan mencetuskan perbalahan kaum.
Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu
kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur walaupun satu
langkah dalam mempertahankan hak hak keistimewaan orang-orang Melayu di
negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk bantuan bantuan, subsidi dan
sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.
Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan
oarang Melayu dipertahankan sebagai intiti utama pembangunan negara dan
didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara
bumiputera dan bukan bumiputera.
Bagaimana pun pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak
bermakna rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara kelas kedua
dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan.
Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata keran tidak
semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang
hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada
dibawah garis kemiskinan.
Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan
mungkin disebabkan wujudnya anggapan di kalangan masyarakat bukan
26
Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap
golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang
dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka mahu ialah
bantuan yang dihulurkan dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan
bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini
golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan yang membolehkan
mereka memberikan sumbangan kearah pembanguan serta memakmurkan
ekonomi negara.
Salah satu tuntutan 17 perkara yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan
Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang mahukan
perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera di hapuskan dalam
segala bidang samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya
mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina
pada pertengan tahun 1980an.
3. Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna
meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang
dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan
asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-
habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah
dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak
keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi
dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga
alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum
Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda
mereka.
Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak
27
kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana
mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa
hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi
persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa
lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan
adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?
Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun sehingga hari ini seolah-olah
sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut
30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa
persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus
menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu.
Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi
kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang
ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui
oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu?
Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu
meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya
dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang
Melayu.
Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah
desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap
Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka?
Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu
ada di satu pihak sahaja?
Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak yang ada pada Melayu
adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu
pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama – siapa yang
dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula.
28
Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur sedangkan
kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain
kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat
oleh Melayu.
Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. – Jual sahaja Melayu
untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah
dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga
kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan
sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahu
menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila
berdiri.
Comments
Add New Search
KESIMPULAN
MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan
Melayu9
dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini
menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu
termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.
Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan
Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di
tanah air sendiri. Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak
negara mencapai kemerdekaan? Miskin benarkah keadaan orang bukan Melayu
di Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu.
Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan
9
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan
kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia .
29
agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak
lagi relevan?
Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka
tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu
berbuat demikian. Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang
didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas
golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000. Malah
pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat
menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan
kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana
menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.
Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan
Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu
dihapuskan. Jelaslah matlamat mereka hanya satu iaitu ingin melihat Melayu
tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa
depan politik. Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan
beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya
laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu
dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat.
Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh
segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan
dan merempat di bumi sendiri. Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang
turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan
Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada
dasar tersebut.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia
untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan
dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew dan
30
akhirnya menyemarakkan lagi perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-
kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13
Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda. Ini
menyebabkan hubungan antara kaum-kaum di Tanah Melayu terjejas dan
semakin renggang. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan
pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Pengisytiharan ini
telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan
Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato
Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa
pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang
di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan
MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk
membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan
menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu
masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk
di Malaysia. Adalah didapati bahawa masyarakat Malaysia masih terbahagi atas
dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan
sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah penyatuan ekonomi dan
sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Negara
telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali
sebagai Rukun Negara10
.
10
Mengandungi lima Perkara:
(1) Kepercayaan Kepada Tuhan.
(2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara.
(3) Keluhuran Perlembagaan.
(4) Kedaulatan Undan-Undang.
(5) Kesopanan Dan Kesusilaan.
31
Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu
sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk
menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada
kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu
untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara.
Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan
bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.
32

More Related Content

What's hot

konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnikFAROUQ
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihnelson fredoline
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 

What's hot (20)

konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
 
Tajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 MetafizikTajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 Metafizik
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatih
 
Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 

Similar to HAK ORANG MELAYU

KOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdf
KOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdfKOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdf
KOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdfrosdin3
 
PERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIAHafiz Al-Din
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)JASONYAPMUNHONG
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanNormurni Mohamad
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiJulaiza Hisham
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Brenda Rachel Marie
 

Similar to HAK ORANG MELAYU (8)

KOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdf
KOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdfKOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdf
KOMPONEN UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA .pdf
 
PERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERKARA YANG MAHU DIMANSUHKAN DAP DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
 
Perkara 153
Perkara 153Perkara 153
Perkara 153
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
 
RG8bm.pdf
RG8bm.pdfRG8bm.pdf
RG8bm.pdf
 

HAK ORANG MELAYU

  • 1. Pendahuluan . Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu1 tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis. Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?, Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudaha pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan . Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu . Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing- 1 Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar. 1
  • 2. masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang palin penting , hak untuk mendapat layanan yang sama rata . Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan- kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia. Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. (2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang- undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam 2
  • 3. perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana- mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya. (5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136. (6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang- undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang- 3
  • 4. undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di- Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana- mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu— (a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau (b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang- 4
  • 5. undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau (c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana- mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana- mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. 5
  • 6. (9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini. Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan. Hak-hak istimewa orang Melayu Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan2 . Perkara 160 mendefinisikan orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisilkan di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut. Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu terbuka imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu 2 Perkara 3, 32, 38, 152 dan 153. 6
  • 7. terdampar di kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan mereka tidak dapat bersaing dengan kaum pendatang yang masuk ke Negara ini untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi. Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam Perlembagaan? Di bawah Perkara 1533 Yang di-Pertuan Agomg dikehendaki dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dan perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan atau kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan perdagangan. Jawatan Yang di-Pertuan Agong4 , tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tetapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu megikut syarat yang ditetapkan. 3 Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan- kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. 4 YDPA mempunyai bertanggungjawab khas untuk memelihara hak istimewa orang Melayu mengikut dan berdasarkan Perkara 153. 7
  • 8. Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain. Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak Tanah 8
  • 9. Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu menurut fasal (1), Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmen. Menurut fasal (2) yang menyatakan, Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu. Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang- undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung- kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia 9
  • 10. adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'. Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu. Jawatan Dalam Kerajaan Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki kekayaan di mana juga di Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. Peruntukan Biasiswa 10
  • 11. Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan keatas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputra di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak- anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa. Bantuan Ekonomi Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing. Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu Perlaksanaan dasar pecah dan perintah5 Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya 5 Dasar “divide and rule”. 11
  • 12. menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)6 . Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur. Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar 6 Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). 12
  • 13. bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan. Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar ekonomi7 ini ialah menggalakkan orang Melayu dan rakyat pribumi yang lain mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memiliki saham dalam syarikat- syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan-rancangan ekonomi bagi membentuk perpaduan nasional. Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi. Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak kita. Jangan pula kita mudah terima bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "May 13" yang ingin membangkitkan suatu revolusi untuk menafikan hak dan kekuatan sejarah orang Melayu. Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua mengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’ Dalam kajian Dr Mansor bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan 7 RRJP (RM)/ DPN, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Sains dan Teknologi. 13
  • 14. berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’ (keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan). KONTRAK SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN PERPADUAN MASYARAKAT hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang Kemuncak Media Asia 2004. Beliau berkata bahawa: “Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan bersama. Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta 14
  • 15. membolehkan setiap orang menumpukan kepada usaha meningkatkan hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni” Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Ketuanan Melayu Menurut Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris untuk mempertahankan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). 15
  • 16. Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini. Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia. Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu. 16
  • 17. Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap ‘menyerang’ bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan. ”Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam. ”Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri,” katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Menurut Dr. Mahathir pula, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah. Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut. Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini. ”Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak. ”Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin. ”Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka,” katanya. Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini. 17
  • 18. ”Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India,” katanya. Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu. ”Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita. ”Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika,” katanya. Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan. Beliau menegaskan, jika sebelum ini rakyat beralih kepada parti pembangkang disebabkan pemimpin tertentu dalam kerajaan, mereka tidak mustahil akan menolak seluruh calon BN yang didapati memenangi pemilihan parti dengan cara rasuah. Sehubungan itu, kata beliau, adalah tidak berguna sekiranya para pemimpin UMNO berebut-rebut untuk memenangi pemilihan parti pada Mac depan termasuk melalui cara rasuah tetapi parti kecundang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. ”Jadi penolakan terhadap UMNO bukan suatu yang mustahil, kemungkinan besar kerana rakyat sekarang pandang jijik kepada UMNO. ”Kalau dulu UMNO didokong oleh rakyat, mereka bersedia memberikan sokongan kepada UMNO dan BN tetapi hari ini pandangan rakyat sudah berbeza, sekarang saya fikir rakyat sudah benci dengan semua pemimpin kerana mereka terlibat rasuah. ”Rakyat pandang UMNO yang meletakkan calon-calon yang menang dalam pemilihan parti merupakan calon yang rasuah, adakah parti akan mendapat undi?,” katanya pada program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. 18
  • 19. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga membidas pandangan segelintir pihak yang menyatakan orang luar daripada UMNO tidak wajar mencampuri dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku dalam parti tersebut. Ini kerana katanya, selama ini UMNO dan BN berjaya memenangi semua pilihan raya umum lalu bukan sekadar dengan sokongan ahli-ahli parti sebaliknya atas dokongan rakyat yang menyokong dasar serta perjuangan parti tersebut. Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mengamalkan politik wang perlu disingkirkan daripada menduduki jawatan-jawatan penting parti bagi mengelakkan pandangan buruk rakyat yang berada di luar parti. ”Sudah tentu tidak semua pengundi gila tetapi ada yang masih waras, mereka akan tolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan inilah nasib yang sedang menunggu untuk mereka yang keluarkan wang yang banyak,” katanya. Dalam pada itu, beliau berpandangan, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh UMNO tidak akan memberikan kesan sekiranya ia hanya membabitkan pertukaran pemimpin secara fizikal. Sebaliknya, jelas beliau, peralihan kuasa itu mesti melibatkan pertukaran dasar- dasar yang sebelum ini didapati menjadi punca kebencian rakyat dan kerugian kepada negara serta menyebabkan UMNO menjadi lemah. ”Untuk bersihkan UMNO kita perlu kepada pemimpin yang berani dan bukan lebih mirip kepada hendak menjaga air muka orang lain. ”Oleh itu peralihan kuasa tidak hanya dalam bentuk tubuh badan sahaja tetapi mesti melibatkan segala dasar yang dibenci oleh rakyat, jika tidak peralihan itu akan menjadi sia-sia sahaja, kalau teruskan rakyat akan tolak kepimpinan UMNO,” tegasnya. Sementara itu pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir menegaskan beliau akan cuba membantu ahli-ahli UMNO memerangi rasuah politik dalam parti termasuk menghubungi Lembaga Disiplin parti dan menghantar laporan mengenai gejala itu kepada badan tersebut. ”Saya juga boleh masukkan nama-nama mereka yang dilaporkan terlibat dengan politik wang dalam laman blog saya,” katanya. 19
  • 20. FAKTOR-FAKTOR MELAYU DITELAN ZAMAN Tiada apa yang menghairankan daripada hasil kajian Jabatan Perangkaan Malaysia yang mendedahkan bahawa sebanyak 301,000 isi rumah orang Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Pendedahan berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) itu hanyalah penegasan berulang bahawa orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini sememangnya jauh ketinggalan daripada sudut ekonomi dengan kaum minoriti lain. Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar besar, masih ramai tergolong dalam kumpulan di bawah paras kemiskinan. Malah, bukanlah sesuatu yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang tidak mempunyai pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, kemampuan untuk menyediakan sebuah kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi keluarga juga pastinya sangat terhad. Dalam serba kekurangan, ia memberikan lebih cabaran terutamanya bagi keluarga besar, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar serta kawasan-kawasan pinggiran bandar. Daripada soal makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pelbagai keperluan asas lain, semuanya terpaksa ditempuh seadanya. Paling menyedihkan apabila masa depan pendidikan anak-anak juga terpaksa diperjudikan, sementelah ketika ini terdapat pula syarat untuk ibu bapa mencarum bagi pendidikan anak-anak mereka sebelum boleh diberikan pinjaman pendidikan pada masa depan. Dalam keadaan sudah terbeban untuk meneruskan kehidupan seharian, bagaimana pula untuk ibu bapa ini mencarum bagi masa depan pendidikan anak mereka? Tanpa pendidikan sempurna, maka jalur kemiskinan itu akan beterusan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. 20
  • 21. Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan ekonomi yang mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu. Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini. Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu. Antara hakikat yang perlu diakui meskipun agak pahit untuk ditelan ialah orang Melayu tidak berada dalam kelas ekonomi yang penting menyebabkan agak sukar untuk mereka menentukan perjalanan ekonomi yang lebih besar. Mengambil contoh dalam piramid jawatan di sesebuah syarikat misalnya, meskipun kuota 30 peratus8 yang diperuntukkan kepada bumiputera dipenuhi, namun kedudukan orang Melayu itu perlu diteliti. Hakikatnya, dalam senarai jawatan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat korporat, kehadiran orang Melayu sangat kecil. Sebaliknya, orang Melayu lebih banyak berada pada kedudukan jawatan yang lebih rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh modal insan orang Melayu sendiri yang tidak cukup kuat untuk bersaing dengan kaum lain. Tambahan pula untuk melangkah jauh dalam sektor korporat, orang 8 P.Persekutuan, Perkara 153. 21
  • 22. Melayu perlu menepati kriteria yang sangat tinggi, termasuk latar belakang pendidikan yang cemerlang serta menguasai bahasa Inggeris. Barangkali disinilah kelemahan kebanyakan tenaga pekerja Melayu, yang meskipun merupakan golongan terpelajar dan lepasan pengajian tinggi, namun tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik sehingga menyempitkan peluang pekerjaan dalam sektor berkenaan. Kenyataan itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada dilema penguasaan ekonomi orang Melayu, kerana hakikatnya, masih banyak isu yang membelenggu keadaan itu. Antaranya peluang-peluang pekerjaan yang lebih didominasi oleh pekerja asing di sebalik tingginya kadar pengangguran dikalangan orang Melayu. Begitu juga dengan sikap segelintir industri yang meletakkan kriteria tertentu yang tidak memungkinkan orang Melayu untuk bekerja, selain diskriminasi gaji yang menolak kepada keinginan orang Melayu untuk menceburinya. Dalam membincangkan tentang agenda pembangunan ekonomi Melayu juga, pelbagai saranan diajukan supaya kek ekonomi negara dapat terbahagi secara sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu semata-mata. Antaranya ialah dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tidak dinafikan, cabang perniagaan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Malah, ia juga digalakkan dalam Islam yang meletakkannya sebagai sembilan daripada sepuluh pintu rezeki. Bagaimanapun, dunia perniagaan bukanlah sektor yang boleh diceburi oleh semua orang, sementelah senario ketika ini sangat jelas memperlihatkan dominasi atau monopoli kumpulan tertentu sehingga sukar untuk orang Melayu bersaing. Melainkan perniagaan makanan seperti membuka restoran, gerai-gerai kecil atau warung, sukar untuk melihat kelibat orang Melayu sebagai tauke atau bos dalam cabang perniagaan lain. Sama ada pasar raya, kedai runcit, bengkel kereta, kedai elektrik, kedai perabot dan sektor perniagaan berpotensi lainnya, semuanya dikuasai oleh kaum selain Melayu. 22
  • 23. Tanpa ada rangkaian dan jalinan perniagaan yang kukuh, orang Melayu yang cuba merebut peluang perniagaan ini ibarat sengaja mencari musibah, dan tidak mustahil akan gulung tikar dengan cepat. Barangkali di sinilah pentingnya peranan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu dalam memastikan kelangsungan usahawan Melayu dalam cabang perniagaan. Antara yang perlu diberi penekanan ialah mengenalpasti cabang ekonomi yang mampu dikuasai oleh orang Melayu dan memperluaskannya supaya mampu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya. Badan ekonomi Melayu juga perlu menjadi tunjang kekuatan kepada usahawan Melayu sama ada dari segi modal, program menambah nilai keusahawan atau sokongan logistik lainnya. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU : HILANG DI TELAN ZAMAN? Persoalan Hak Keistimewaan. Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang dimahukan konon- kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda mereka. Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur? Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun sehingga hari ini seolah-olah 23
  • 24. sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut 30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu. Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu? Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang Melayu. Noktah! Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka? Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu ada di satu pihak sahaja? Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak yang ada pada Melayu adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama – siapa yang dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula. Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur sedangkan kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat oleh Melayu. Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. – Jual sahaja Melayu untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahu menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila berdiri. Comments Add New Search 24
  • 25. PERMINTAAN ATAU PENGHINAAN ? . 1. Tindakan empat peguam termasuk seorang peguam Melayu yang ingin mengkaji semula kontrak sosial itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap orang Melayu dan orang Islam. Peguam Melayu ini boleh dianggap sebagai petualang kepada bangsanya sendiri dan ia semata-mata sebagai kuda tunggangan kepada pihak lain. Perkara ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas termaktub dalam perlembagaan Negara. Selepas mencapai kemerdekaan, semua rakyat Negara ini faham hak masing- masing dan perkara ini tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak lagi. Jika mereka ingin mengkaji semula hak keistimewaan orang melayu, tidak mustahil kita juga boleh mengkaji hak keistimewaan kaum lain seperti Hak Kerakyatan. Sebagai parti orang Melayu, UMNO akan terus mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan orang lain tidak perlu mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama selepas kemerdekaan. Jika tidak negera ini akan jadi neraka. Jika orang Cina boleh berbangga dengan negara China, orang India berbangga dengan negara India, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan Malaysia sebagai negaranya yang turut dikongsi bersama kaum-kaum lain. Umno berjuang untuk menjaga kepentingan orang melayu dan kita tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di Negara ini. Inilah prinsip kita dan kita akan tetap mempertahankannya sampai bila-bila. 25
  • 26. 2. November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan dan ketuanan Melayu oleh Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu perkara yang dianggap amat sensitif didalam negara ini. Para pemimpin UMNO telah meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap akan menggugat kedudukan orang Melayu dan akan mencetuskan perbalahan kaum. Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk bantuan bantuan, subsidi dan sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu. Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan oarang Melayu dipertahankan sebagai intiti utama pembangunan negara dan didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera. Bagaimana pun pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak bermakna rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara kelas kedua dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata keran tidak semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada dibawah garis kemiskinan. Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan mungkin disebabkan wujudnya anggapan di kalangan masyarakat bukan 26
  • 27. Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka mahu ialah bantuan yang dihulurkan dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan yang membolehkan mereka memberikan sumbangan kearah pembanguan serta memakmurkan ekonomi negara. Salah satu tuntutan 17 perkara yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang mahukan perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera di hapuskan dalam segala bidang samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina pada pertengan tahun 1980an. 3. Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis- habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda mereka. Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak 27
  • 28. kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur? Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun sehingga hari ini seolah-olah sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut 30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu. Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu? Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang Melayu. Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka? Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu ada di satu pihak sahaja? Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak yang ada pada Melayu adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama – siapa yang dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula. 28
  • 29. Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur sedangkan kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat oleh Melayu. Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. – Jual sahaja Melayu untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahu menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila berdiri. Comments Add New Search KESIMPULAN MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan Melayu9 dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan. Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di tanah air sendiri. Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan? Miskin benarkah keadaan orang bukan Melayu di Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu. Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan 9 Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . 29
  • 30. agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak lagi relevan? Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu berbuat demikian. Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000. Malah pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu. Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu dihapuskan. Jelaslah matlamat mereka hanya satu iaitu ingin melihat Melayu tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa depan politik. Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat. Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan dan merempat di bumi sendiri. Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada dasar tersebut. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew dan 30
  • 31. akhirnya menyemarakkan lagi perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian- kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda. Ini menyebabkan hubungan antara kaum-kaum di Tanah Melayu terjejas dan semakin renggang. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui. Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati bahawa masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara10 . 10 Mengandungi lima Perkara: (1) Kepercayaan Kepada Tuhan. (2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara. (3) Keluhuran Perlembagaan. (4) Kedaulatan Undan-Undang. (5) Kesopanan Dan Kesusilaan. 31
  • 32. Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara. Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu. 32