Syarat Wajib Solat:
Syarat Wajib Solat
Orang Islam.
Suci dari Haidh, Nifas dan
Junub.
Akil baligh
Berakal.
Melihat atau mendengar.
Jaga (tidak tidur)
Syarat Sah Solat ialah:
Sesudah masuk waktu solat.
Menghadap ke arah Kiblat.
Suci dari hadas kecil dan hadas
besar (sudah berwuduk dan
sudah mandi wajib jika ada
sebabnya).
Suci pakaian, tempat dan badan
dari najis.
Menutup Aurat.
Menutupi tubuh dengan pakaian
sekurang-kurangnya dari pusat
ke lutut (lelaki).
Menutup semua badan kecuali
dua tapak tangan dan muka
(perempuan).
RUKUN SOLAT
Perkara yang mesti dilakukan dalam solat.
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga
boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah
Waladhaallin.
UKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada
RUKUN SOLAT
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud
yang pertama.
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR dan MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti
pula sebelah kiri juga dengan salam.
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan
yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari
rukun ini dinamakan sunat.
(THUMAKNINAH – berhenti seketika dalam waktu lebih lama).
ADAB-ADAB SOLAT
ADAB LELAKI DALAM SEMBAHYANG
1. Berpakaian bersih dan menutup aurat.
2. Merenggangkan siku dari perut.
3. Mengangkat (merenggangkan) dari kedua peha ketika sujud.
4. Menjahar (menguatkan suara) pada tempat bacaan yang kuat.
5. Bila terjadi sesuatu kepadanya ketika sembahyang seperti kedatangan
tetamu atau mengingatkan imam yang terlupa dan sebagainya
hendaklah membaca tasbih.
ADAB PEREMPUAN DALAM SEMBAHYANG
1. Sebelum sembahyang pakailah telekung dan kain sembahyang sehingga menutup semua
aurat.
2. Merapatkan kedua belah kaki ketika berdiri lurus.Sewaktu mengangkat tangan untuk
takbiratul ihram, kedua-dua siku hendaklah dirapatkan kepada tulang rusuk. Jari-jari
dirapatkan dan diluruskan.
3. Tangan hendaklah diangkat lebih kurang sampai paras bahu.
4. Waktu melipatkan tangan didada, kedua siku hendaklah rapat kepada tulang rusuk.
5. Waktu rukuk jari-jari tangan hendaklah diluruskan dan letakkan diatas lutut dan kedua
siku hendaklah dirapatkan kepada bahu dan peha.
6. Waktu sujud jari-jari tangan hendaklah dirapatkan, telapak tangan hendaklah diletakkan
diatas tempat sujud bertentangan dengan telinga, siku hendaklah dirapatkan kepada
badan dan peha.
7. Hendaklah melembutkan suara kalau sembahyang bersama-sama dengan orang lelaki.
8. Bila terjadi sesuatu ketika sembahyang, hendaklah bertepuk tangan. Cara bertepuk itu
adalah dengan memukul telapak tangan kanan kepada belakang tangan kiri.
SUNAT-SUNAT SOLAT
Sunat-sunat solat terbahagi kepada dua bahagian:
1. Sunat Sunat ab'adh ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di
mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang
(sebelum memberi salam).
2. Sunat ketika melakakukan sembahyang ada dua jenis perkara yang sunat dilakukan
hai'ah pula ialah setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sudud sahwi.
Apa itu sujud sahwi?
Sujud yang dilakukan ketika kita meninggalkan atau lupa melaksanakan salah satu sunat
ab’adh
Cara melakukan sujud sahwi:
1. Sujud sahwi dilakukan setelah tahiyyat akhir sebelum salam.
2. Setelah membaca tahiyyat akhir dilanjutkan sujud (sujud sahwi) seraya membaca takbir
ketika turun sujud.
3. Adapun bacaan sujud sahwi adalah sebagai berikut : (ْوُهْسَيَالَو ُامَنَي َال ْنَم َناَحْبُ)س
SUNAT-SUNAT SOLAT
Sunat Ab‘adh:
1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas
melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang Zuhur, ‘Asar,
Maghrib dan ‘Isya’.
2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas
tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli
keluarga Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.
3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi
wasallam selepas tasyahhud akhir.
4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab‘adh di atas.
5. Bacaan qunut semasa i‘tidal pada raka‘at sembahyang Subuh, pada
raka‘at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan
iaitu selepas malam kelima belas.
Sebab-sebab diharuskan sujud sahwi terbahagi kepada tiga:
1. Kerana kelebihan
2. Kerana ragu-ragu
3. Kerana kekurangan
Kerana Kelebihan: Kerana terlupa ketika solat lalu tertambah rukuk, atau
sujud dan sebagainya.Jadi ia perlu sujud sahwi.
Kerana Ragu-ragu: Tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang seperti
bilangan rakaat ketika dalam solat.
Kerana Kekurangan: terlupa untuk melakukan salah satu sunat aba'ad
seperti tahiyat awal atau doa qunut.
SUNAT-SUNAT SOLAT
Sunat Hai’ah
1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit
daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.
2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat
sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.
3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.
6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat
yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama
sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’,
tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh.
Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.
7. Membaca ( Amiin) selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau
bersendirian.
8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah.
Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak
mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat
kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.
9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang
lain.
10. Membaca (samia Allah)semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.
11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk
tasyahhud.
13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada
selain mereka yang masbuq dan yang lupa.
14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas
tasyahhud akhir.
16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan
memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.
MAKRUH-MAKRUH SOLAT
1. Menaruk telapak tangan di dalam lengan pakaian ketika Takbiratul Ihram, ruku dan
sujud.
2. Menutup mulut rapat – rapat waktu mengucapkan “ Allahu Akbar “ atau “Aminn” dan
“Salam”.
3. Bertolak Pinggang. Iaitu kondisi solat dengan tanggan di pinggang, perihal ini seperti
Sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi : “ Beliau (Nabi Muhammad Saw) melarang seorang solat
dengan meletakkan tangan-nya pada perutnya / bertolak pinggang (HR Bukhari Muslim)
“.
4. Memalingkan muka baik ke kiri atau pun ke kanan. Berdasarkan hadith Aisyah r.a. Nabi
s.a.w. bersabda : “ Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. berkenaan menoleh dalam
solat” Beliau selanjutnya bersabda :
6. Mendongak pandangan ke langit. Nabi s.a.w. bersabda yang berbunyi : “Apa yang
menciptakan orang-orang itu mengangkat penglihatan mereka ke langit dalam solat
mereka. Hendaknya mereka berhenti dari hal tersebut atau jikalau tidak niscaya dapat
tersambar penglihatan mereka (HR Bukhari)”
7. Menahan Hadath : Yang dimaksud hadath di sini merupakan menahan buang air kecil
atau besar atau menahan kentut
8. Melaksanakan Solat di atas Kuburan dll. Nabi s.a.w. bersabda yang berbunyi :
“Bahwasannya Nabi s.a.w. sudah melarang solat di tempat sampah, kuburan, tengah
jalan, di tandas, di tempat-tempat menderumnya unta dan di atas ka’bah “.
9. Memejamkan mata dan berludah di waktu melaksanakan solat.
BATAL SOLAT
Batal wuduk.
Makan dan minum dengan
sengaja walaupun seteguk
air atau sebiji nasi
sekalipun (sisa makanan di
dalam mulut).
Terbuka aurat.
Melangkah, tiga langkah
berturut-turut.
Terdapat najis di badan ,
• Tertawa terbahak-bahak.
• Bercakap, berkata-kata
dengan sengaja.
• Berubah niat.
• Mendahulu imam sampai
dua rukun.
• Meninggalkan rukun
sembahyang.
Ertinya tidak sah solat serta terbatal jika melakukannya dan perlu
dibuat semula. Di antara yang membatalkan solat ialah:-
WAKTU-WAKTU YANG DILARANG UNTUK MENGERJAKAN SOLAT
Dari Uqbah bin Amir r.a beliau berkata : “Tiga waktu yang Rasulullah s.a.w. melarang
kami untuk mengerjakan solat atau menguburkan orang mati pada waktu tersebut :
Ketika terbit matahari dalam keadaan terang hingga meninggi
Waktu ketika orang berdiri tegak tidak memiliki bayangan hingga condongnya
matahari ke arah barat
Ketika matahari mengalami proses untuk tengegelam hingga hilangnya bulatan
matahari di ufuk barat” (Shahih, HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, dan Ibnu
Majah)
Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam menjelaskan alasan pelarangan waktu-waktu ini
dalam sabdanya kepada Amr bin Abasah :
“Tegakkanlah sholat shubuh kemudian berhentilah mengerjakan sholat, hingga matahari
terbit dan agak meninggi, karena terbitnya matahari pada waktu itu di antara dua tanduk
setan, dan ketika itu [sebagian] orang-orang kafir [penyembah matahari] sujud kepada
matahari, kemudian setelah itu kerjakankah sholat, karena sesungguhnya sholat pada
waktu itu disaksikan dan dihadiri [oleh malaikat], hingga hilangnya bayang-bayang pada
sebuah tombak, kemudian tahanlah diri dari mengerjakan sholat, karena saat itu neraka
jahannam sedang dibakar, kemudian jika telah muncul bayang-bayang maka kerjakanlah
sholat [sunnah] karena sesungguhnya sholat pada waktu itu disaksikan dan dihadiri [oleh
malaikat], hingga engkau mengerjakan sholat ashar, kemudian berhentilah mengerjakan
sholat sampai matahari benar-benar tenggelam, karena waktu itu tenggelamnya matahari
diantara dua tanduk setan, dan pada saat itu orang-orang kafir [penyembah matahari]
bersujud menyembah matahari. (Shahih, HR. Muslim)
1. Solat Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat
sunat rawatib ada dua jenis:
Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib,
dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat
sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat
sebelum solat Isya';
Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu,
dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat
sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.
2. Solat Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi
sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-
banyaknya 12 rakaat (enam salam).
Solat-solat sunnat
4. Solat Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.
5. Solat Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-
kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu
salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada
malam hari.
Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah
membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10
tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika
sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga
(atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di
rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.
6. Solat Sunat Hajat. Solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam
kesulitan.
7. Solat Sunat Tahiyyatul Masjid - Solat ketika memasuki masjid.
8. Solat Sunat Taubat - solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan
mungkar.
10. Solat Sunat Hari Raya - solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi
takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua.
11. Solat Sunat Tarawih - solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.