2. LAPORAN INI ANDA :
[BOLEH] Mengedar semula dengan percuma
[DILARANG] Mengubah kandungan laporan
ini
[DILARANG] Menukar pautan, maklumat dan
tulisan laporan ini
[DILARANG] Menjual kepada mana-mana
pihak
3. Pendahuluan
Kerja Kerajaan: Satu Realiti Dan
Pendedahan
Pada masa ini, masalah ekonomi yang teruk melanda bukan saja Malaysia akan
tetapi seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, terdapat beribu-ribu pekerja diberhentikan
kerja pada setiap bulan. Bagaimana dengan kehidupan mereka seterusnya? Apa
yang akan mereka lakukan untuk menyara kehidupan mereka? Lebih-lebih lagi bagi
mereka yang mempunyai tanggungan yang besar. Sungguh kasihan. Adakah
mereka hanya menunggu saja mengharapakan bantuan kerajaan? Mereka perlu
mencari kerja yang baru untuk meneruskan kehidupan.
Jadi tidak hairanlah mengapa permohonan jawatan dalam sektor awam tiba-tiba
meningkat dengan mendadak. Hampir setengah juta permohonan untuk memasuki
bidang kerja dalam sektor awam! Akan tetapi berapa kekosongan yang ada bagi
jawatan yang dipohon?
Pada masa ini, sangat sukar mencari kerja. Malah yang bekerja pun mula runsing
memikirkan adakah mereka juga bakal diberhentikan kerja. Jadi pilihan mereka untuk
mmendapat kerjaya yang stabil yang dapat menjamin masa depan mereka adalah
dengan menyertai sektor awam. Akan tetapi, adakah mudah untuk mengisi atau
memasuki bidang kerja sektor awam? Ianya tidak semudah seperti yang
disangkakan. Sangat susah sebenarnya…Anda perlu bersaing dengan 200 - 500
pesaing yang lain bagi hanya satu kekosongan jawatan sahaja! Bagaimana untuk
menjadikan diri anda yang terpilih di kalangan calon yang begitu ramai ini?
teruskan bacaan anda................
Pernahkah anda terfikir, mengapa pada ketika ini ramai orang yang amat suka
bekerja sebagai kakitangan kerajaan? Jika seorang graduan universiti yang
baru tamatkan pengajiannya pastinya RM2000 pendapatan bulanannya.
Ingat, RM2000 bukanlah banyak sangat dibandingkan jika anda seorang usahawan
atau ahli perniagaan yang sejati. Namun, sehingga artikel ini ditulis, masih
berpusu-pusu orang ingin bekerja sebagai kakitangan kerajaan ini.
4. Kelebihan kerja kerajaan
Adakah anda mahu tahu apakah sebab utamanya?
Ini adalah kerana kerja kerajaan banyak kelebihannya. Dan terbukti ianya
menewaskan semua sektor swasta yang lain. Kami percaya disebabkan
kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan
kosong yang di iklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang
anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:
· Elaun perumahan - Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan.
Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun
ini sudah pasti akan membantu.
· Cost Of Living Allowance (COLA) - Anda bekerja di bandaraya yang
taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas,
makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan
di bandar mana anda bekerja?
· Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - Anda sebagai kakitangan
awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu
penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.
· Kenaikan Gaji Setiap Tahun - Anda berkhidmat untuk kerajaan,
sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi
tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati
kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.
· Kemudahan Pinjaman Komputer dan Kenderaan - Anda mahu buat
pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda
boleh mendapatkannya.
· Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan - Tahukah anda bahawa cuti
diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda
berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Tambahan pula kenaikan
cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
5. · Cuti Bersalin - Usah risau lagi jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu
ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!
· Pinjaman Perumahan - Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam
kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah
boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.
· Caruman KWSP atau Pencen - Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke
pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa
depan anda lagi.
· Bersara pada umur 58 tahun - Sungguh lama anda berkhidmat dalam
kerajaan. Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat
selama itu?
· Peluang Kenaikan Pangkat - Siapa tak nak naik pangkat kan? Naik
pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda
sebelum ini. Kiranya anda jadi bos selepas itu!
· Peluang Melanjutkan Pelajaran - Wah! Sambung belajar pun diberikan
peluang. Hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi
peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini
memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
· Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa - Boleh dikatakan pada
setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu
pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika
anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar
setahun.
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga - Ya, Kami JAMIN. Ini
adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Kini anda akan punyai
lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan
keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya. Ingatlah, masa adalah
emas. Jika anda berpendapatan tinggi mana sekalipun, jika tiada masa
bersama keluarga adalah amat menyedihkan. Jadi, hargailah masa yang anda
luangkan bersama keluarga ini. Ianya amat berbaloi.
6. Siapa yang patut baca ebook ini?
ANDA yang baru diberhentikan kerja disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda
ANDA yang bekerja di sektor swasta yang rasa kerjaya anda kurang selamat
ANDA yang baru saja menamatkan pengajian di sekolah mahupun di universiti
yangmasih tercari-cari kerja.
ANDA yang berada di semester akhir di universiti mahupun di sekolah yang sedang
merancang kerjaya anda
ANDA yang mempunyai anak, mahupun ahli keluarga yang lain yang kerjanya
“menanam anggur”
ANDA yang menginginkan kehidupan yang lebih terjamin dan selamat
ANDA yang sememangnya memang berminat untuk berkhidmat dengan kerajaan
MALAYSIA
Jika anda tergolong dalam golongan yang dinyatakan di atas, YA! Anda memang
amat memerlukan E-book ini..
Bonus-bonus yang disediakan
Bonus #1: 101 Tips Mencegah Sakit Kepala
Bonus #2: Sampel Soalan-Soalan Peperiksaan Am Temuduga Kerja Kerajaan
Bonus #3: Secrets To Successful Job Hunting
Bonus #4: Contoh Resume Dalam Bahasa Melayu Dan English
Bonus #5: YM Support
Bonus #6: Ahli Ekslusif Pembeli Ebook Kerja-kerajaan
Anda pasti tidak menyesal selepas membaca ebook Rahsia Lulus Temuduga
SPA!
7. ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda
fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam
yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu,
tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim
kegawatan ekonomi ini.
Penutup
Bagaimana? Anda boleh lihat sendiri begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja
dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja
kerajaan ini? Itulah persoalannya
FAKTA: BUKAN MUDAH sebenarnya!
Dalam kerajaan ini, anda memerlukan keunikan dan pengetahuan yang berlainan
dari calon biasa. Anda perlulah ada ilmu yang selengkapnya sebelum mula mengisi
borang kekosongan jawatan kerajaan.