SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
Bendera dan Jata Negeri.
BENDERA JOHOR
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri dan Rakyat Jelata.
JATA JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan
Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor
Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang
pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di
sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang
asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ialah " Kepada Allah Berserah"
BENDERA KEDAH
Bendera negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai
kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh
jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna
tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan,
sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi
maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga
dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.
JATA KEDAH
Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian
utama negeri – beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai
melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan.
BENDERA KELANTAN
Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran
penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian
Raja Negeri Kelantan.
JATA KELANTAN
Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan
orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam. Dua
laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk
mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua
negeri ini di masa Che' Wan Kembang, Permaisuri Kelantan yang terlalu kasih pada
kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar
binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
BENDERA NEGERI SEMBILAN
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam
maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri
ini.
JATA NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-
datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.
Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam
Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di
tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang
di-Pertuan Besar.
BENDERA PAHANG
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih
adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna
bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan
pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta
kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan
berdaulat.
JATA PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam
tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya
tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang
bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat
dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang
besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak
menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna
BENDERA PERAK
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan
hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul
Ridzuan.
JATA PERAK
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit
yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi
menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
BENDERA PERLIS
Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera
menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di
Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna
kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang
terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat
jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".
Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera
negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.
JATA PERLIS
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil
utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri
itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya.
BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih
pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning
melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.
JATA PULAU PINANG
Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat
kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua
Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di
negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu
warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah
pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
BENDERA SELANGOR
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit
dan bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam, agama rasmi
negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
JATA SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-
tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris
Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi
"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang
dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
BENDERA TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia
melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama
Islam, agama negeri.
JATA TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan
Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama
rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali
menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
BENDERA SABAH
Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera
berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung
Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung
bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru
muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan
kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi
bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan
grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
JATA SABAH
Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini
melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan
rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri
Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima
bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan
kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna
biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.Lukisan grafik berbentuk
bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di bahagian
bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu Sabah Maju Jaya.
BENDERA SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat
dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri
contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan,
perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam
melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi
rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
JATA SARAWAK
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi
politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
BENDERA MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat
pada Jalur Gemilang dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda
agama Islam, agama negeri dan juga negara.
JATA MELAKA
Putih, kuning dan biru yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang
terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari
Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada
zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang
Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas
tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.Di samping
itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2
ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua
bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana
Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing
semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum
dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan
seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal
di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja
Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
Bendera& JataNegaraMalaysia
Bendera Malaysia JALUR GEMILANG
Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur
putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah
negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis,
Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas
jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua
itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang
pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna
Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja.
Jata Negara Malaysia
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-samaanak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu
tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan
dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari
Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah
itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor,
hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri
Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di
sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di
tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan
sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang
Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan
jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan
pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya
rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih
dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah
bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang
melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah
menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna
Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan
negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
 Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi
Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
 Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam
mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan
berkeperibadian Malaysia.
 Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman
makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang
berasaskan sains dan teknologi.
 Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong
dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
 Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang
keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-
tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan
kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian,
kesucian dan perpaduan.
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna
utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna
Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan
melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara
yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna
biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat
dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga
Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan
13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama
Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat
Kerajaan dan pentadbiran.
 Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
 Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam
menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang
dinamik dan berprogresif.
 Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
 Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya
dalam taman bercahaya
Bendera dan jata negeri

Contenu connexe

Tendances

Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Mariana Lopez
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
100 soalan Matematik Ting1
100 soalan Matematik Ting1100 soalan Matematik Ting1
100 soalan Matematik Ting1Roiamah Basri
 
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di MalaysiaSejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di MalaysiaHazirah Salleh
 
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putihBendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putihMohd Isa Barum
 
Sejarah Tahun 5- Lagu kebangsaan
Sejarah Tahun 5- Lagu kebangsaanSejarah Tahun 5- Lagu kebangsaan
Sejarah Tahun 5- Lagu kebangsaanamiraaa96
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Syafiqah Abu Bakar
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
Nota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian dataNota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian dataBeela Sensei
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2VisharaamBalaMurugan
 
Lirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaLirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaAh Zi Zi
 
Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendirisarahzackiron
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Rathnaa Wayy
 
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
Asal Usul Nama- Nama Negeri di MalaysiaAsal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysianorrashidah82
 
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2Myu 21
 

Tendances (20)

Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
100 soalan Matematik Ting1
100 soalan Matematik Ting1100 soalan Matematik Ting1
100 soalan Matematik Ting1
 
Kata nama am
Kata nama amKata nama am
Kata nama am
 
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di MalaysiaSejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
 
Latihan kata pemeri
Latihan kata pemeriLatihan kata pemeri
Latihan kata pemeri
 
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putihBendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
 
Sejarah Tahun 5- Lagu kebangsaan
Sejarah Tahun 5- Lagu kebangsaanSejarah Tahun 5- Lagu kebangsaan
Sejarah Tahun 5- Lagu kebangsaan
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Nota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian dataNota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian data
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
 
Lirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaLirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwa
 
Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiri
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
Asal Usul Nama- Nama Negeri di MalaysiaAsal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
 
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
 

En vedette

Latar belakang jata negara
Latar belakang jata negaraLatar belakang jata negara
Latar belakang jata negaraMugilah Mugilah
 
Bendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysiaBendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysiaAlex Dudley
 
Kenali bendera negeri
Kenali bendera negeriKenali bendera negeri
Kenali bendera negeriothman yob
 
Kenali bendera di malaysia
Kenali bendera di malaysiaKenali bendera di malaysia
Kenali bendera di malaysiaNor liza
 
Bendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
Bendera-Bendera Negeri dan WP di MalaysiaBendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
Bendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysiadynalina
 
Bendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysiaBendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysiakikinani
 
Anggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remajaAnggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remajaMohddali
 
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4Roiamah Basri
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShareSlideShare
 
sejarah bab 8 (8.2)(form1)
sejarah bab 8 (8.2)(form1)sejarah bab 8 (8.2)(form1)
sejarah bab 8 (8.2)(form1)hi0987
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareSlideShare
 

En vedette (20)

Latar belakang jata negara
Latar belakang jata negaraLatar belakang jata negara
Latar belakang jata negara
 
Bendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysiaBendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysia
 
Kenali malaysia
Kenali malaysiaKenali malaysia
Kenali malaysia
 
Bendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysiaBendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysia
 
Bendera Negeri Di Malaysia
Bendera Negeri Di MalaysiaBendera Negeri Di Malaysia
Bendera Negeri Di Malaysia
 
Kenali bendera negeri
Kenali bendera negeriKenali bendera negeri
Kenali bendera negeri
 
Kenali bendera di malaysia
Kenali bendera di malaysiaKenali bendera di malaysia
Kenali bendera di malaysia
 
Bendera
BenderaBendera
Bendera
 
Bendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
Bendera-Bendera Negeri dan WP di MalaysiaBendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
Bendera-Bendera Negeri dan WP di Malaysia
 
Bendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysiaBendera bendera di malaysia
Bendera bendera di malaysia
 
Anggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remajaAnggaran ujian pengakap remaja
Anggaran ujian pengakap remaja
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Abm unit 11
Abm unit 11Abm unit 11
Abm unit 11
 
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
 
Kelana siswa
Kelana  siswaKelana  siswa
Kelana siswa
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
 
sejarah bab 8 (8.2)(form1)
sejarah bab 8 (8.2)(form1)sejarah bab 8 (8.2)(form1)
sejarah bab 8 (8.2)(form1)
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShare
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 

Bendera dan jata negeri

  • 1. Bendera dan Jata Negeri. BENDERA JOHOR Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri dan Rakyat Jelata. JATA JOHOR Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ialah " Kepada Allah Berserah"
  • 2. BENDERA KEDAH Bendera negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman. JATA KEDAH Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan.
  • 3. BENDERA KELANTAN Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan. JATA KELANTAN Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam. Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang, Permaisuri Kelantan yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
  • 4. BENDERA NEGERI SEMBILAN Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. JATA NEGERI SEMBILAN Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk- datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar.
  • 5. BENDERA PAHANG Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. JATA PAHANG Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna
  • 6. BENDERA PERAK Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. JATA PERAK Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
  • 7. BENDERA PERLIS Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat". Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda. JATA PERLIS Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
  • 8. BENDERA PULAU PINANG Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. JATA PULAU PINANG Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
  • 9. BENDERA SELANGOR Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih. JATA SELANGOR Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah- tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
  • 10. BENDERA TERENGGANU Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. JATA TERENGGANU Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
  • 11. BENDERA SABAH Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. JATA SABAH Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu Sabah Maju Jaya.
  • 12. BENDERA SARAWAK Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan, perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka. JATA SARAWAK Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
  • 13. BENDERA MELAKA Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Jalur Gemilang dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara. JATA MELAKA Putih, kuning dan biru yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
  • 14. Bendera& JataNegaraMalaysia Bendera Malaysia JALUR GEMILANG Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • 15. Jata Negara Malaysia Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-samaanak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia, Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
  • 16. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.  Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.  Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.  Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.  Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.  Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah- tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
  • 17. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.  Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.  Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.  Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.  Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya