(Bengkel) Bab 1 Pengenalan.pptxdjksjdksjdksjdksjdk
Kritik artikel
1. SME 6044
Contemporary Issues in Mathematics Education
ULASAN DAN KRITIK ARTIKEL
KUMPULAN 6
NOMBOR MATRIK : M20111000344
M20111000345
M20111000346
NAMA : NUR AZURA BT AZUDDIN
NORATINI BT MUKHTAR
DANIEL @ DANIAL B HARUN
1
2. Kritik Artikel
Tajuk Artikel : ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan
Pedagogi oleh Robiah Sidin, Nor Sakinah Mohamad
Pendahuluan
Artikel yang dikritik adalah bertajuk ICT dalam Pendidikan: Prospek dan
Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi yang ditulis berdasarkan kajian oleh Robiah
Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pencapaian
ke atas subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme)
berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Kajian ini merupakan
kajian kuasi eksperimental.
Pada artikel tersebut ada dinyatakan tujuan, objektif dan hipotesis kajian tetapi tidak
dinyatakan persoalan kajian. Pada bahagian objektif kajian ada dinyatakan untuk mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis berbanding kaedah tradisional tetapi hal ini
tidak merujuk kembali kepada tujuan asal kajian tersebut iaitu untuk melihat perbezaan antara
kedah perantis dan kaedah tradisional terhadap pencapaian pelajar.
Dalam menyokong pendapat yang diutarakan, penulis menggunakan penyataan
pendapat yang melebihi sepuluh tahun ke atas dan hal ini kurang bersesuaian kerana
sesetengah perkara tidak lagi relevan pada tahun kajian dijalankan iaitu pada tahun 2007.
Terdapat juga beberapa kenyataan yang tidak disokong oleh mana-mana sumber dan hal ini
lebih kepada pendapat sendiri yang kadang kala mengikut emosi. Penulis juga tidak
menyatakan sorotan literatur dengan terperinci.
2
3. Metodologi Kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuasi eksperimen yang direka
bentuk untuk mengajar subjek komputer di sekolah menengah rendah. Dua kumpulan
dibentuk iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Penulis tidak menyatakan cara atau
kriteria pemilihan sampel untuk diasingkan kepada dua kumpulan tersebut. Penulis juga ada
menyatakan sampel yang diambil adalah daripada pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di
daerah Bentong, Pahang tetapi tidak dinyatakan mengapa pelajar dari sekolah tersebut terpilih
untuk dijalankan kajiannya.
Dalam artikel tersebut ada dinyatakan huraian terperinci untuk langkah-langkah
pengajaran bagi kaedah perantis. Terdapat langkah yang tidak praktikal seperti pelajar
dilarang membuat catatan untuk memastikan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada guru. Setiap pelajar mempunyai cara penerimaan maklumat berbeza dan hal ini tidak
bererti bahawa pelajar yang mengambil nota, tidak menumpukan kepada guru. Adakah
seorang guru akan hanya memberi tumpuan kepada perkara tersebut kerana terdapat perkara
lain yang juga perlu diberi perhatian semasa kajian dijalankan. Terdapat juga langkah yang
menyatakan guru mengaskan kepada pelajar pentingnya mereka bekerjasama antara satu
sama lain jika terdapat masalah dalam menyiapkan tugasan. Bagaimanakah implementasinya
terhadap pelajar bagi memastikan kerjasama itu berlaku?
Bagi ujian bertulis yang dijalankan, penulis tidak menyatakan format ujian bertulis
tersebut. Hal ini penting untuk diketahui samada ujian tersebut betul-betul mengukur apa
yang hendak dinilai. Mengenai kebolehpercayaan tidak dibincangkan dan menyentuh sedikit
kesahan iaitu kesahan dalaman. Variable juga tidak dinyatakan secara terus iaitu apakah
variable bebas dan variable menganggu.
3
4. Dapatan Kajian
Data yang diperolehi menggunakan ujian-t dan didapati aras signifikan p adalah 0.002
untuk pembinaan web yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara dua
kumpulan seterusnya penulis ada menyatakan hipotesis nul ditolak tetapi sebelum ini,
hipotesis tidak dinyatakan. Secara keseluruhannya penulis menyatakan penerangannya secara
tidak mendalam kerana masih wujud perkataan atau istilah yang digunakan tidak jelas bagi
sesetengah pihak yang membacanya. Sebagai contoh jadual waktu anjal, sebagai pendidik
memahami apa itu jadual waktu anjal tetapi tidak bagi sesetengah individu yang luar dari
profession perguruan.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masih terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki dan
diperhalusi dalam artikel tersebut agar dapat dijadikan panduan oleh guru-guru khususnya
dalam melaksanakan P&P yang lebih berkesan.
4