3. Ayat Salah Ayat Betul
Saya ke sekolah dengan Saya ke sekolah dengan
kereta perodua myvi. kereta Perodua Myvi.
Keterangan : Pangkal huruf
bagi kata nama khas perlu
dieja dengan huruf besar.
4. Ayat Salah Ayat Betul
Ayah Muthu bekerja Ayah Muthu bekerja
sebagai guru di Sekolah. sebagai guru di sekolah.
Keterangan : Pangkal huruf
bagi kata nama am perlu
dieja dengan huruf kecil.
5. Ayat Salah Ayat Betul
Emak menyangkut ke Emak menyangkut
dalam almari bajunya. bajunya ke dalam
almari.
Keterangan : Kata kerja
transitif “menyangkut”
tidak boleh dipisahkan
daripada objek.
6. Ayat Salah Ayat Betul
Ai Ling dan Mei Li saling Ai Ling dan Mei Li
bersalam-salaman. bersalam-salaman.
Keterangan : Kata ganda
“bersalam-salaman” telah
membawa saling. Jadi,
tidak perlu hadir
sebelumnya.
7. Ayat Salah Ayat Betul
Mei Chin kakak apa? Mei Chin kakak siapa?
Keterangan : Kata tanya
“apa” digunakan untuk
nama benda atau binatang.
8. Ayat Salah Ayat Betul
Arnab itu makan siapa? Arnab itu makan apa?
Keterangan : Kata nama
“siapa” digunakan untuk
manusia sahaja.